You are on page 1of 3

PENULISAN REFLEKSI

HIE50104 : PENTAKSIRAN HOLISTIK PENDIDIKAN ISLAM

PENSYARAH : DR. SAMSUDDIN BIN ABD HAMID

NAMA NO MATRIKS
MARIANSHAH BIN SARUDIN M20211002268
PENULISAN REFLEKSI (SOROTAN KRITIKAL)
Marianshah bin Sarudin
M20211002268
Fakulti Sains Kemanusiaan,
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Tema khusus artikel yang dipilih untuk diniali adalah Amalan Pentaksiran Holistik dalam

Pendidikan Islam. Berdasarkan pembacaan, sebanyak tiga artikel yang telah dipilih mengikut

tema iaitu Tahap Kesedian Guru Pendidikan Islam Dalam Pentaksiran Dokumen Standard

Kurikulum dan Pentaksiran Sekolah Rendah yang ditulis oleh Artika Rasul bin Sulaiman (UMP),

seterusnya Pengurusan Pentaksiran Bilik Darjah Mata Pelajaran Bahasa Arab Berasaskan

Keperluan Pembelajaran Murid oleh Hariatul Hafidzah Binti Mahmad Khory (UM) dan artikel

ketiga iaitu Kebolehlaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Secara Atas Talian Sepanjang

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Daerah Sentul, Kuala Lumpur ditulis oleh Masfarizan

binti Maslan (UKM).

Hasil pembacaan ketiga-tiga artikel tersebut, saya memilih untuk membuat ulasan dari

aspek kesimpulan atau rumusan kajian. Ketiga-tiga artikel menjelaskan bahawa pengetahuan dan

kemahiran guru dalam melaksanakan pentaksiran dalam bilik darjah (PBD) merupakan faktor

yang penting dan utama. Tiap guru perlu mempunyai maklumat tentang pengetahuan sedia ada

dan latar belakang murid mereka. Tanpa maklumat berkenaan, guru tidak dapat mengetahui dan

menilai dengan lebih tepat hasil dan dapatan selepas sesuatu pentaksiran yang telah

dilaksanakan.

Selain itu, tanggungjawab dan bantuan daripada semua pihak dalam pelaksanaan

pentaksiran. Tiap guru mahupun pihak pentadbir sekolah harus bekerjasama dalam menentukan

dan membina instrument. Pembinaan instrument yang pelbagai dapat membantu membangunkan
potensi murid. Kepelbagaian pandangan, bimbigan dan bantuan daripada semua pihak yang

berkepentingan amat diperlukan. Hal ini selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan

Kebangsaan dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025).

Seterusnya, peranan dalam menguruskan pentaksiran bilik darjah seawal fasa

perancangan, pelaksanaan, perekodan dan akhirnya membuat pelaporan. Sebelum melaksanakan

sesuatu pentaksiran, perlu adanya perancangan. Hal ini kerana, perancagan yang tersusun dapat

membantu melancarkan sesuatu kerja atau tugas. Sekiranya terdapat kesilapan atau kesalahan

dalam sesuatu tindakan, tidak perlu mengulang semula tetapi hanya perlu ulang dan semak

semula proses sebelumnya untuk menilai kekurangan dan memperbaikinya.

Secara tuntasnya, guru selaku pendidik yang efektif perlu membuat keputusan dengan

tepat dalam mengoptimumkan potensi murid. Pengetahuan dan kemahiran guru adalah

kompetensi yang perlu dikuasai oleh guru dalam pelaksanaan PBD secara teori dan praktikalnya.

Pemahaman yang baik tentang asas kurikulum meningkatkan kompetensi guru merancang

pentaksiran dan pengajaran yang berkesan. Komitmen guru mengenalpasti kebolehan dan

keupayaan kognitif murid memudahkan mereka merancang instrumen pentaksiran yang sesuai.

You might also like