You are on page 1of 10

CARA JIMAT POSTAGE BARANG DENGAN

EASYPARCEL
Easy Parcel : Cara mendaftar dan bagaimana ia
berfungsi?

EASY PARCEL ialah sebuah syarikat yang ala ala macam orang tengah antara client
dengan courier company. Maksudnya, easy parcel ni bukan lah sebuah syarikat
courier pun. Bukan diorang yang pos kan barang korang. Sebaliknya dia tolong
manage kan je, dan jadi perantara antara kita dengan syarikat courier besar besar
tu .

EASY PARCEL ni menggunakan sistem prepaid. Maksudnya kita kena topup


akaun kita, dan setiap kali pengeposan dibuat , akan tolak directly daripada baki
akaun kita.

Masa aku mula mula guna EASYPARCEL dulu, tengah ada promosi flat rate RM5.00
je untuk pos item bawah 1kg seluruh semenanjung. Tapi sekarang dah jadi
RM6.00 dah. Mungkin masa tu promosi penganalan kot. Tapi , bagi aku RM6.00 tu
masih lagi murah lah. Sebab kalau direct dengan Poslaju, untuk 500gm pertama
dah RM5.95 , lepastuu kalau contoh berat barang tu 0.70 kg, harga pos mungkin
dah jadi RM6.00+ atau RM7.00+ . So , dekat sini lah kelebihan EASY PARCEL ni .

Korang pun tak gaduh nak beratur dekat POSLAJU tu panjang panjang, sebab
dengan EASY PARCEL ni, korang boleh request untuk pickup .

So, macam mana nak gunakan EASY PARCEL ni? ha meh nak ajar .

Mula mula, korang ke website rasmi EASY PARCEL : easyparcel.my

Lepastuuuu macam biasalah, kena daftar daftar dulu. Boleh create account
menggunakan email, atau pun login menggunakan facebook. So, bergantung lah
korang selesa macam mana .

Macam aku, aku suka semua benda guna Facebook je. Sebab malas menaip
muahahaha .

DAFTAR DI: easyparcel.my


Okay, sekarang nak ajar korang cara untuk request postage pulak .

Nampak tak kotak warna maroon atas tu? ha, isi kotak tu . Masukkan poskod
selengkapnya . Ini berfungsi untuk bagi sistem easyparcel ni dapat estimate berapa
kos postage korang nanti . Tapi kalau below 1kg, dan nak pos within semenanjung
, konfem konfem RM6 jurrr .

Lagi satu yang menariknya EASY PARCEL ni, dia bekerjasama dengan
banyakkkkkkk courier company termasuklah POSLAJU, SKYNET, AIRPAK dan
Nationwide Express. So, korang boleh lah pilih courier mana yang bersesuaian
ikut suka kehendak qalbu masing masing . Tapi paling common, guna POSLAJU lah
.
Dalam kes ni, aku masukkan poskod untuk poskan barang daripada Selangor, ke
Melaka. Bila dah isi isi semua details tu, boleh terus tekan "QUOTE & BOOK" .
Lagi satu .... pastikan eh korang declare berat barang tu betul betul . Jangan lah
barang berat 3kg kau tulis 0.8g pulak . Kalau salah, nanti ada additional cost pulak
ye. Nak senang, beli lah penimbang satu khas untuk timbang parcel korang kat
rumah .
Ini antara senarai courier yang ada . ANTARA eh .. ada lagi bawah bawah tu
POSLAJU, AIRPAK semua .. tapi aku malas nak screenshot satu satu kakakakaka .

Rate tu tulis RM7.80 kan? Tu sebab aku tak login masa buat ni . Nanti kalau dah
login dan request pos , korang akan dapat rate RM6.00 tu . Don't worry. Kalau tak
dapat gak, kau gi complaint kat facebook dorang eh . Kat sini
: https://www.facebook.com/easyParcel.my/ . Tapi makesure dah topup /
beli pakej baru boleh dapat flat rate tu .

Nanti dekat bawah bawah sikit, iols cerita pasal PAKEJ dia pulak .
Okay , ni pulak form untuk korang isi details customer. Pastikan isi selengkapnya
ya, dan ALWAYS ALWAYS double check poskod . Sebab kalau salah poskod, barang
akan dihantar ke hub yang salah . Sama ada salah pusat atau pun salah negeri
teros haha . Kang mula lah kasteme bising "eh saya duk Paya Jaras, dah
kenapa bila track barang saya kat Langkawi pulekk?" .

"Kalau saya request pickup , pukul berapa


orang courier datang rumah?"
Takde specific masa ya. Diorang akan allocate masa dari pukul 1pm sampai
6pm . So dalam range masa tu juga lah abang courier akan datang ambik .
Pastikan ada orang kat rumah lah ye . Sebab diorang ada banyak tempat nak
singgah dan collect item pickup. So bertabahlah dan menunggu dengan kesabaran
setinggi broga .

Dalam sistem , akan ada semua detail dan rekod pengeposan yang kita buat. Siap
tulis lagi status barang tu dah selamat di terima atau pun belum .

Nampak tak ada tracking number dekat column kiri sekali , tulisan biru biru?
Okay tu tracking number. Nombor ni lah korang bagi pada customer untuk diorang
check status item dorang . Bila click dekat tulisan biru tu, automatik sistem akan
paparkan secara detail korang punya shipment status . Macam dekat bawah
ni ...

Sangat sangat detail kan? Tak susah susah dah nak copy paste tracking number
dan trace dekat website poslaju/skynet etc. Cuma click je dekat link tracking
number tu. Senang gila babas alagapasss!
Ini pulak contoh untuk korang tengok baki dalam akaun korang ada berapa ,
berapa total item dah dipos dan macam macam lagi lah . Boleh tengok ni dekat
bahagian 'MY DASHBOARD" . Lepastu, kalau rasa rasa macam baki dalam akaun
dah tak banyak , boleh lah topup .

Ada disediakan dua pakej . Pakej VIP dan pakej biasa. Kalau pakej VIP tu
memang sembang ribu ribu lah cerita nya . Yang pakej biasa, seperti yang berikut .
Serendah RM100 . Campur GST, jadinya RM106 jurrr .

Aku biasanya topup RM100 je haha kedekut gitu . Biar sikit sikit dulu . Kalau
korang topup RM500 terus, dapat lah 50 pcs flyers percuma. Flyers tu sejenis
plastik untuk bungkus barang. Easyparcel punya flyers comel gila weh, warna pink!
Memang comel . Tapi kalau nak, kena ambik pakej RM500 keatas. Kalau bawah
daripada tu tak dapat free dan dorang pulak takde jual flyers tu . Sobs .
Comel kan warna pink!
Untuk urusan topup pun mudah, sebab dah tersedia payment
gateway. Takdelah nak kena bayar manually masuk maybank2u dah. Tekan tekan
je akan terus redirect ke bahagian payment . Mudahh sangat .

DAFTAR DI: easyparcel.my

Kesimpulannya , Easy Parcel ni memang sangat membantu para peniaga yang baru
berjinak jinak nak bermula dalam online business. Dapat flat rate, dan dapat pulak
privilage boleh request pickup .

Lagi satu nak highlight, kalau korang nak dia pickup , nak senang better
place order sehari sebelum nya. Sebab kalau tak, dia akan pickup hari esoknya .
Ada cut off time, kalau tak silap pukul 11 pagi kot . Paling lewat request order 11
pagi untuk pihak courier datang collect pada hari yang sama .

You might also like