You are on page 1of 137

DASAR - PERTUBUHAN - PERATURAN

( P. O. R. )

KANDUNGAN

Bahagian I - Akta Perbadanan Persekutuan Budak-Budak 3


Pengakap, Malaysia, 1968.

Bahagian II - Tujuan dan Dasar. 9

Bahagian III - Perlembagaan Persekutuan Budak-Budak 12


Pengakap Malaysia dan Majlis Pengakap
Malaysia.

Bahagian IV - Tauliah-Tauliah.
39

Bahagian V - Pertubuhan Negeri. 52

Bahagian VI - Pertubuhan Daerah. 61

Bahagian VII - Pertubuhan Kumpulan. 75

Bahagian VIII - Pakaian Seragam dan Lencana Pangkat. 111

Bahagian IX - Bintang-Bintang dan Anugerah-Anugerah. 124

Bahagian X- Latihan. 133

Bahagian XI - Am. 136


BAHAGIAN I

MALAYSIA

Act Parlimen

No. 38 tahun 1968

ACT (PERBADANAN) PERSEKUTUAN BUDAK-


BUDAK PENGAKAP MALAYSIA, 1968

SUSUNAN SEKSYEN

Seksyen

1. Tajuk ringkas dan pemakaian.

2. Tafsiran.

3. Memperbadankan Persekutuan Budak-Budak Pengakap, Negeri-Negeri Tanah Melayu


dan Persekutuan Budak-Budak Pengakap di Sabah dan Sarawak.

4. Matlamat Perbadanan.

5. Tujuan dan maksud-maksud Perbadanan.

6. Majlis.

7. Meteri Perbadanan.

8. Daftar ahli-ahli.

9. Kaedah-kaedah dan Undang-Undang kecil.

10. Memindah-milik harta dan tanggungan, dsb.

11. Menggunakan pendapatan dan harta.

12. Sekatan atas penjualan lencana, dsb., Persekutuan.

13. Memiliki lencana dan sekatan atas menggunakan lencana.

14. Pemansuhan.
MALAYSIA

Act Parlimen

No. 38 tahun 1968

ACT (PERBADANAN) PERSEKUTUAN BUDAK-


BUDAK PENGAKAP MALAYSIA, 1968

Suatu Act bagi memperbadankan Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia (atau dalam
bahasa Inggeris “ Boy Scouts Association of Malaysia ”), dan bagi maksud-maksud yang berkenaan
dengannya.

(21hb November, 1968)

Maka Inilah Diperbuat Undang-Undang oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda
Yang Dipertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang
dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya seperti berikut :

Tajuk Ringkas Dan Pemakaian

1. (1) Act ini bolehlah dinamakan Act (Perbadanan) Persekutuan Budak-Budak Pengakap
Malaysia, 1968.

(2) Act ini hendaklah dipakai di seluruh Persekutuan.

Tafsiran

2. Dalam Act ini melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki makna yang lain -

“ Ordinance ”ertinya -

(a) Ordinance Budak-Budak Pengakap, Negeri-Negeri Tanah Melayu ;

(b) Ordinance Persekutuan Budak-Budak Pengakap, Sabah ;atau


(c) Ordinance Persekutuan Budak-Budak Pengakap, Sarawak ;

“ Pengakap ” termasuklah Anak Serigala, Budak Pengakap, Pengakap Kanan, Pengakap Kelana,
Pemimpin Pengakap, Ahli Pereman Persekutuan atau Ahli Kumpulan
Baden Powell yang diiktiraf sedemikian oleh Ordinance.

“ Perbadanan ” ertinya Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia (atau dalam bahasa


Inggeris “ Boy Scouts Association of Malaysia ”) yang diperbadankan oleh Act ini ;

“ Persekutuan ” ertinya Persekutuan Budak-Budak Pengakap, yang dirujuk di bawah Ordinance.

Memperbadankan Persekutuan Budak-Budak Pengakap, Negeri-Negeri Tanah Melayu Dan


Persekutuan Budak-Budak Pengakap Di Sabah Dan Sarawak.

3. (1) Orang-Orang yang sebelum sahaja Act ini mula berkuatkuasa menjadi ahli Persekutuan
dan semua Pengakap yang selepas ini menjadi ahli Perbadanan menurut peruntukan-peruntukan Act ini
atau mana-mana Kaedah-Kaedah yang dibuat di bawahnya hendaklah menjadi suatu pertubuhan yang
diperbadankan dengan nama Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia (atau dalam bahasa Inggeris
“ Boy Scouts Association of Malaysia ”).

(2) Perbadanan hendaklah kekal turun temurun dan boleh membuat kontrak, dan boleh
memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menggunakan harta yang boleh dialih dan yang tak
boleh dialih dari segala jenis dan boleh memindah, memindah-milik, memberi, menyerah dan
melepaskan, menggadai, menggadai-janji, memajak, memberi semula atau dengan jalan lain melepaskan,
atau menguruskan, apa-apa harta yang boleh dialih atau yang tak boleh dialih yang menjadi kepunyaan
Perbadanan mengikut syarat-syarat yang difikirkannya patut.

(3) Perbadanan boleh mendakwa dan didakwa dalam mahkamah dan dalam segala cara
dakwaan dan guaman dan boleh melakukan hal-hal dan perkara-perkara lain yang bersangkutan dan
berkenaan dengan sesuatu pertubuhan yang diperbadankan.
Matlamat Perbadanan

4. Matlamat Perbadanan ialah untuk mengadakan suatu pertubuhan yang terbuka kepada semua
Pengakap dalam Malaysia bagi membolehkan mereka melaksanakan tujuan dan maksud-maksud
Perbadanan yang tersebut dalam seksyen 5, dan bagi melakukan semua perkara lain sebagaimana yang
disifatkan oleh Perbadanan atau Majlisnya sebagai bersangkutan dan berfaedah bagi mencapai tujuan-
tujuan itu.

Tujuan Dan Maksud-Maksud Perbadanan

5. (1) Tujuan Perbadanan ialah bagi menggalakkan kewarganegaraan yang baik di kalangan
budak-budak dengan membentuk watak mereka dan bagi mencapai maksud ini dengan -

(a) melatih mereka mengenai perangai patuh, taat dan bergantung kepada diri
sendiri ;

(b) menanam sifat-sifat setia dan bertimbangrasa kepada orang lain ;

(c) mengajar mereka perkhidmatan-perkhidmatan yang berguna untuk awam dan


pertukangan tangan yang berguna untuk mereka sendiri ; dan

(d) memperbaiki kesuburan jasmani, akal dan rohani mereka.

(2) Prinsip-prinsip dan amalan-amalan Perbadanan hendaklah berdasarkan kepada ikrar


Pengakap dan Undang-Undang Pengakap dan prinsip-prinsip dan amalan-amalan lain
sebagaimana yang diperuntukkan dalam Kaedah-Kaedah Perbadanan.

Majlis

6. (1) Urusan-urusan Perbadanan hendaklah ditadbirkan oleh suatu Majlis yang ditubuhkan
menurut Kaedah-Kaedah Perbadanan yang ada pada masa itu.

(2) Bagi kali yang pertama ahli-ahli Majlis hendaklah terdiri daripada Pengakap-Pengakap
yang sebelum sahaja Act ini mula berkuatkuasa adalah ahli-ahli Majlis yang ditubuhkan
di bawah Kaedah-Kaedah Persekutuan.
Meteri Perbadanan

7. (1) Perbadanan hendaklah mempunyai suatu meteri dan meteri itu boleh dari semasa ke
semasa dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat yang lain sebagaimana yang difikirkan
patut oleh Perbadanan.

(2) Segala suratikatan, suratan dan lain-lain suratcara yang dikehendaki dimeteri dengan
meteri Perbadanan hendaklah dimeteri dengan meteri Perbadanan menurut suatu ketetapan Majlis bagi
maksud itu, di hadapan orang-orang yang pada masa itu menjalankan kewajipan-kewajipan Ketua
Pesuruhjaya Negara atau seorang Penolong Ketua Pesuruhjaya Negara dan seorang yang lain yang diberi
kuasa oleh Majlis dan mereka hendaklah menandatangani tiap-tiap suratikatan, suratan atau lain-lain
suratcara yang dimeterikan itu, dan tandatangan itu adalah keterangan yang cukup bahawa meteri itu
telah dimeteri dengan sempurna dan sepatutnya dan ia adalah meteri Perbadanan yang sah di sisi undang-
undang.

Daftar Ahli-Ahli

8. (1) Majlis hendaklah menyebabkan supaya disimpan suatu daftar yang di dalamnya
direkodkan nama tiap-tiap Pengakap yang sebelum sahaja Act ini mula berkuatkuasa menjadi seorang
ahli Persekutuan atau nama tiap-tiap Pengakap yang selepas Act ini mula berkuatkuasa menjadi seorang
ahli Perbadanan yang diterima sedemikian dengan sempurnanya dan di dalam daftar itu hendaklah
direkodkan perkara-perkara lain yang dari semasa ke semasa ditentukan oleh Majlis.

(2) Daftar itu bolehlah disimpan mengikut cara sebagaimana yang diputuskan oleh Majlis
dari semasa ke semasa dan kewajipan menyimpan bahagian-bahagian daftar itu boleh diwakilkan kepada
mana-mana ahli atau pegawai Perbadanan.

Kaedah-Kaedah Dan Undang-Undang Kecil

9. Adalah sah bagi Majlis dari semasa ke semasa membuat, mengubah atau membatalkan Kaedah-
Kaedah sebagaimana yang disifatkan berfaedah bagi menguruskan urusan-urusan Perbadanan dan bagi
mencapai tujuan-tujuannya, dan sesiapa jua yang pada masa itu menjadi ahli Perbadanan adalah terikat
kepada segala kaedah dan undang-undang kecil itu.
Memindahmilik Harta Dan Tanggungan, Dsb.

10. (1) Segala harta kepunyaan Persekutuan sebelum sahaja Act ini mula berkuatkuasa, sama
ada yang dipegang atas nama Ketua Pesuruhjaya Persekutuan Budak-Budak Pengakap Cawangan Negeri-
Negeri Tanah Melayu atau atas nama atau nama-nama mana-mana orang sebagai pemegang amanah bagi
Persekutuan hendaklah dan harta itu adalah dengan ini terletak haknya kepada Perbadanan, dan harta-
harta tersebut serta segala harta yang diperolehi kemudiannya sama ada yang boleh dialih atau yang tak
boleh dialih, dan segala yuran, carum, pemberian, denda, wang-wang pinjaman dan pendahuluan yang
diterima atau yang akan diterima hendaklah dipegang oleh Perbadanan bagi maksud-maksud Act ini dan
tertakluk kepada Kaedah-Kaedah Perbadanan yang ada pada masa itu.

(2) Segala hutang dan tanggungan Persekutuan sebelum sahaja Act ini mula berkuatkuasa
hendaklah dibayar oleh Perbadanan, dan segala hutang yang kena dibayar dan yuran dan carum yang kena
dibayar kepada Persekutuan sebelum sahaja Act ini mula berkuatkuasa hendaklah dibayar kepada
Perbadanan.

Menggunakan Pendapatan Dan Harta

11. Pendapatan dan harta Perbadanan, walau dari mana jua pun didapati, hendaklah digunakan
semata-mata bagi memajukan tujuan-tujuan Perbadanan sebagaimana yang tersebut dalam Act ini, dan
tiadalah boleh mana-mana bahagiannya dibayar atau dipindah-milik dengan secara terus atau tidak terus
dengan jalan dividen, bonus atau dengan cara apa jua secara keuntungan kepada ahli-ahli Perbadanan :

Dengan syarat bahawa tiadalah apa-apa jua yang terkandung di dalam ini akan menghalang
dibayar dengan suci hati apa-apa bayaran kepada mana-mana pegawai atau kakitangan Perbadanan atau
mana-mana orang sebagai balasan kepada apa-apa perkhidmatan yang sebenarnya diberi terhadap
Perbadanan.

Sekatan Atas Penjualan Lencana, Dsb., Persekutuan

12. Tiadalah sesiapa jua, selain daripada Perbadanan atau seseorang yang diberi kuasa dengan
bertulis untuk berbuat demikian oleh Perbadanan, boleh menjual atau mempamer untuk dijual apa-apa
lencana, tanda atau lambang yang khususnya disesuaikan untuk diguna oleh seseorang Pengakap di
bawah Kaedah-Kaedah Perbadanan.
Memiliki Lencana Dan Sekatan Atas Menggunakan Lencana

13. (1) Tiadalah sesiapa jua, yang bukan seorang Pengakap, boleh memakai, membawa atau
menunjukkan di tempat awam secara yang akan menyebabkan orang itu disangkakan sebagai seorang
Pengakap mana-mana lencana, tanda atau lambang yang khususnya disesuaikan untuk diguna oleh
seorang Pengakap di bawah Kaedah-Kaedah Perbadanan.

(2) Tiadalah sesiapa jua boleh memiliki dengan tiada kebenaran atau sebab yang sah di sisi
undang-undang -

(a) apa-apa tanda yang hampir-hampir serupa dengan mana-mana lencana, tanda
atau lambang yang khususnya disesuaikan untuk diguna oleh seorang Pengakap
di bawah Kaedah-Kaedah Perbadanan hingga menyebabkan bahawa
tanda tersebut dipercayai sebagai lencana, tanda atau lambang ; atau

(b) apa-apa lencana, tanda atau lambang yang mengandungi apa-apa perkataan
atau tulisan yang hampir-hampir serupa dengan mana-mana perkataan atau
tulisan yang biasanya diguna bagi memperihalkan mana-mana Pengakap
hingga menjadi boleh tertipu atau terkeliru olehnya ; atau

(c) apa-apa lencana, tanda atau lambang yang mengandungi perkataan-perkataan


“ Budak Pengakap ” atau “ Budak-Budak Pengakap ”.

Pemansuhan

14. Undang-Undang yang berikut adalah dengan ini dimansuhkan -

(a) Ordinance Budak-Budak Pengakap Negeri-Negeri Tanah Melayu ;

(b) Ordinance Persekutuan Budak-Budak Pengakap, Sabah ; dan

(c) Ordinance Persekutuan Budak-Budak Pengakap, Sarawak setakat yang


peruntukan-peruntukannya dipakai bagi budak-budak pengakap.

(Persetujuan di Raja diterima pada 8hb


November, 1968).
BAHAGIAN II

TUJUAN DAN DASAR

Tujuan

1. (a) Tujuan Persekutuan ini ialah bagi memajukan anak-anak menjadi rakyat yang baik
dengan membentuk sifat perangainya - melatih tabiatnya supaya biasa tajam pemerhatiannya, menurut
perintah dan percayakan kebolehan dirinya - menanamkan semangat taat setia dan menimbangkan orang
lain - mengajar mereka berkhidmat dan berguna kepada orang ramai, dan membuat sendiri benda-benda
yang berguna bagi dirinya - memajukan kesihatan tubuhnya, fikirannya dan semangatnya terhadap
agama.

(b) Cara latihan yang tertentu bagi PENGAKAP ialah dengan penerimaannya sebagai ahli
kepada sesuatu persaudaraan yang disukainya, dipandu oleh pemimpin dewasa, yang beransur-ansur
dikelolakan sendiri dalam kumpulan-kumpulan lingkungan umur yang bertingkat-tingkat seterusnya ;
dengan membukakan kepadanya berturut-turut gerakerja-gerakerja dan kejayaan-kejayaan yang sesama
disukai diluar-luar dan peluang-peluang berkhidmat kepada orang lain, dengan memberikan kepadanya
beransur-ansur tanggungjawab yang bertambah-tambah untuk dirinya dan orang-orang lain, supaya dia
mempunyai kelayakan, berdikari, perangai baik, boleh diharap dan kuasa bekerjasama dan
kepemimpinan.

Dasar

2. Dasar dan amalan Persekutuan ini adalah berdasarkan di atas Undang-Undang Pengakap dan
Persetiaan Pengakap. Persetiaan Pengakap dan Undang-Undang Pengakap rasmi adalah dalam bahasa
Malaysia, tetapi kiranya mustahak, Persetiaan dan Undang-Undang itu dalam bahasa Inggeris yang
disahkan seperti tersebut dalam Peraturan-Peraturan ini boleh digunakan.

Persetiaan Pengakap

3. Waktu dilantik, PENGAKAP membuat Persetiaan berikut :-

Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa
daya upaya saya akan -
Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara,
Menolong orang pada setiap masa,
Menurut Undang-Undang Pengakap.

Dalam bahasa Inggeris :-

On my honour, I promise that I will do my best -

To do my duty to God, King and Country,


To help other people at all times,
To obey the Scout Law

Pemimpin Pengakap

4. Pemimpin-Pemimpin Pengakap yang menerima tauliah mereka pada kali pertamanya hendaklah
mengulangi Persetiaan Pengakap seperti dalam Peraturan 3.

Orang-Orang Lain

5. Orang-Orang lain yang menjadi ahli Persekutuan ini menurut Peraturan-Peraturan ini boleh
membuat Persetiaan Pengakap seperti dalam Peraturan 3 kiranya mereka suka.

Undang-Undang Pengakap

6. Undang-Undang Pengakap adalah seperti berikut :-

1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya.

2. Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang DiPertuan Agong serta Raja-Raja, dan
kepada Pemimpin-Pemimpin Pengakapnya, ibubapanya, majikannya dan
orang-orang di bawahnya.

3. Pengakap adalah wajip menjadikan dirinya berguna, dan menolong orang pada setiap
masa.

4. Pengakap adalah sahabat kepada sekalian orang dan saudara kepada lain-lain Pengakap
walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun.

5. Pengakap adalah seorang yang baik dan sempurna budi pekertinya, dan sentiasa
berbudi.
6. Pengakap adalah baik dan kasih kepada segala binatang.
7. Pengakap adalah seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibubapanya,
Ketua Patrolnya, atau Pemimpin-Pemimpin Pengakapnya dengan tiada apa-apa soalan.
8. Pengakap adalah seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya dalam masa
kesusahan.
9. Pengakap adalah jimat dan cermat.
10. Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.

Dalam bahasa Inggeris - The Scout Law.

1. A Scout’s honour is to be trusted.

2. A Scout is loyal to the Yang Dipertuan Agong, the Rulers, and to his Scouters, his
parents, his employers and to those under him.

3. A Scout’s duty is to be useful and to help others.

4. A Scout is a friend to all, and a brother to every other Scout.

5. A Scout is courteous.

6. A Scout is a friend to animals.

7. A Scout obeys orders of his parents, Patrol Leader or Scout-master, without question.

8. A Scout smiles and whistles under all difficulties.

9. A Scout is thrifty.

10. A Scout is clean in thought, word and deed.

Pengakap Kanak-Kanak

7. Undang-Undang Pengakap Kanak-Kanak adalah seperti berikut :-

1. Pengakap Kanak-Kanak mengikut kata Tuk Guru.

2. Pengakap Kanak-Kanak tidak mengikut kata hatinya sendiri.

Dalam bahasa Inggeris - The Cub Scout Law.

1. The Cub Scout gives in to Tuk Guru.

2. The Cub Scout does not give in to himself.

8. (Disimpan)
9. (Disimpan)
BAHAGIAN III

SEKSYEN I

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN BUDAK-BUDAK PENGAKAP


DAN MAJLIS PENGAKAP MALAYSIA

Tafsiran

10. Dalam Peraturan-Peraturan ini melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki makna yang lain
:-

“ Persekutuan ” ertinya Persekutuan Budak-budak Pengakap Malaysia.

“ Majlis Pengakap ” ertinya Majlis Pengakap Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia.

“ Pesuruhjaya Negeri ” termasuk Ketua-Ketua Pesuruhjaya Sarawak dan Sabah.

Perlembagaan

11. Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia adalah ditubuh mengandungi seperti berikut :-

(1) Penaung Utama : Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dupertuan Agong
ialah Penaung Utama.

(2) Penaung-Penaung : Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Negeri-Negeri Melayu dan
Tuan-Tuan Yang Terutama Gabenor Pulau Pinang, Gabenor Melaka, Gabenor
Sarawak dan Yang di-Pertua Negara Sabah ialah Penaung-Penaung.

Penaung Utama boleh melantik seorang Ketua Pengakap bagi tiap-tiap sebuah Negeri
Sarawak dan Sabah. Kiranya perlantikan itu terjatuh kepada Ketua Negeri masing-
masing maka dia boleh juga dilantik sebagai Penaung dan dia akan mengambil tempat utama
kepada Ketua Pengakap Negara di semua majlis.
(3) Ketua Pengakap Negara : Maka hendaklah ada seorang Ketua Pengakap Negara bagi
Malaysia daripada warganegara Malaysia dilantik oleh Penaung Utama dan Penaung-
Penaung Persekutuan ini bagi memegang jawatan tersebut untuk selama lima tahun,
selepas itu jawatan itu akan jatuh kosong dan seorang Ketua Pengakap Negara baru
hendaklah dilantik; asalkan orang yang memegang jawatan Ketua Pengakap Negara
pada hari Peraturan-Peraturan ini diterima oleh Majlis Pengakap hendaklah
meneruskan perkhidmatannya sehingga tempoh jawatannya sekarang itu tamat dan
akan menjalankan segala kuatkuasa, hak dan tanggungjawab yang diberi di
bawah Peraturan-Peraturan ini. Pemegang jawatan itu boleh dilantik semula sebagai
Ketua Pengakap Negara. Tauliah bagi perlantikan Ketua Pengakap Negara hendaklah
ditandatangani oleh Penaung Utama dan Penaung-Penaung dan dikeluarkan oleh Ibu
Pejabat Persekutuan ini.

Tugas-tugas dan tanggungjawab-tanggungjawab Ketua Pengakap Negara adalah seperti berikut :-

(a) Memelihara dan menggalakkan Pergerakan ini mengikut Tujuan dan Dasar Persekutuan
dan kehendak yang tertentu Persidangan Pengakap Sedunia.

(b) Mengerusi mesyuarat-mesyuarat Majlis Pengakap dan Jawatan Kuasanya.

(c) Melantik, mengikut Peraturan-Peraturan ini, seorang Ketua Pesuruhjaya Negara,


Penolong-Penolong Ketua Pesuruhjaya Negara, seorang Pesuruhjaya
Antarabangsa dan Penolong-Penolong Pesuruhjaya Antarabangsa.

(d) Menandatangan Tauliah bagi semua Pemimpin-Pemimpin Pengakap di Malaysia untuk


dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Persekutuan ini.

(e) Melantik Yang di-Pertua Majlis-Majlis Pengakap Negeri. Perlantikan itu adalah untuk
dua tahun sahaja bagi tiap-tiap seorang mulai daripada tarikh perlantikan itu.
(f) Menandatangan Sijil-Sijil pangkat yang tidak Bertauliah bagi anggota-anggota Majlis
Pengakap dan Majlis-Majlis Pengakap Negeri yang dipilih.

(g) Mengambil tindakan di atas sebarang perkara-perkara lain bagaimana dikehendakkan


dalam Peraturan-Peraturan ini atas nasihat Ketua Pesuruhjaya Negara atau Majlis
Pengakap atau kedua-duanya.

(h) Menentukan dengan berunding sama dengan Ketua Pesuruhjaya Negara atau Majlis
Pengakap atau kedua-duanya, dasar-dasar Antarabangsa dan Am dan aktiviti-aktiviti
Persekutuan.

(4) Ketua Pesuruhjaya Negara : Maka hendaklah ada seorang Ketua Pesuruhjaya Negara
bagi Malaysia daripada warganegara Malaysia dilantik oleh Ketua Pengakap Negara
dan keutamaan hendaklah diberi kepada seorang yang sebelum daripada
perlantikannya itu telah memegang jawatan yang bertauliah selama tidak kurang
daripada 10 tahun ; dan seterusnya memegang Sijil Tugas Kehormatan sebagai
Timbalan Ketua Kem atau Ketua Akela dan telah berumur 40 tahun ke atas. Tauliah
bagi perlantikan Ketua Pesuruhjaya Negara hendaklah ditandatangani oleh
Ketua Pengakap Negara dan dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Persekutuan ini. Sekiranya
tidak ada Ketua Pesuruhjaya Negara pada sebarang masa, atau dalam tempoh
ketiadaan atau keuzuran bagi Ketua Pesuruhjaya Negara itu menjalankan
tanggungjawabnya, Ketua Pengakap Negara hendaklah melantik seorang daripada
Penolong-Penolong Ketua Pesuruhjaya Negara memangku sementara sebagai Ketua
Pesuruhjaya Negara.

Tugas-tugas dan tanggungjawab Ketua Pesuruhjaya Negara adalah seperti berikut, melainkan
dalam perkara-perkara yang bersangkut-paut dengan dasar-dasar Antarabangsa dan Am
dan aktiviti-aktiviti Persekutuan yang mana dia hendaklah bertindak dengan persetujuan Ketua
Pengakap Negara :-

(a) Mengelolakan latihan bagi semua PENGAKAP dan Pemimpin-Pemimpin melalui


Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Negeri dan Pesuruhjaya Latihan Negara bersama-sama dengan
ahli-
ahli Pasukan Latihan Antarabangsa dan Kebangsaan yang dilantik untuk tujuan tersebut.

Menjalankan tugas-tugas Ketua Pengakap Negara dalam tempoh ketiadaan atau


keuzurannya.

(b) Menasihatkan Majlis Pengakap dalam menjalankan tugas-tugas dan tanggungjawabnya,


dengan kuasa menahan sebarang tindakan yang akan diambil atau bercadang
hendak diambil oleh Majlis Pengakap, kiranya tindakan itu melanggar atau nampaknya
akan melanggar sebarang syarat-syarat yang terkandung dalam Peraturan-Peraturan
ini, atau syarat-ayarat keahlian Persidangan Pengakap Sedunia, atau bertentangan
dengan dasar cara Berpengakap yang telah ditetapkan.

(c) Menjamin pemakaian peruntukan-peruntukan dalam Akta (Perbadanan) Persekutuan


Budak-Budak Pengakap Malaysia, 1968 dan Peraturan-Peraturan ini, melainkan dalam
sebarang pertelingkahan dia hendaklah mendapatkan nasihat Majlis Pengakap atau
Ketua Pengakap Negara atau kedua-duanya dengan syarat dalam keadaan yang kedua,
nasihat Ketua Pengakap Negara hendaklah diterima.

(d) Melantik semua Pesuruhjaya yang lain dan menentukan kerja-kerja mereka mengikut
Peraturan-Peraturan ini.

(e) Menyelesaikan segala perbalahan yang dirujukkan kepadanya mengikut Peraturan-


Peraturan ini oleh Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Negeri.

(f) Memelihara perhubungan-perhubungan persahabatan dan kerjasama dengan semua


Persekutuan-Persekutuan Pengakap Negara-Negara lain yang diakui, melalui
Pesuruhjaya Antarabangsa.

(g) Menimbangkan dan, kiranya sesuai, mempersetujukan kandungan-kandungan semua


penerbitan yang dikeluarkan atau diterbitkan atau nama Persekutuan ini.

(h) Menimbangkan dan, kiranya sesuai, mempersetujukan semua kenyataan-kenyataan


kepada umum berkenaan dengan dasar Persekutuan ini ; dan atas bijaksananya
memberikan
kebenaran untuk kenyataan-kenyataan kepada umum berkenaan dengan dasar yang
tertentu bagi Persekutuan ini untuk sebaran oleh ahli-ahli Persekutuan ini.

Dan tugas-tugas dan tanggungjawab-tanggungjawab yang berikut yang dijalankan bersama dan
dengan persetujuan Majlis Pengakap :-

(i) Menimbangkan dan, kiranya sesuai, mempersetujukan semua pencalonan bagi


Anugerah- Anugerah Pengakap kerana Perkhidmatan Lama, Keberanian, Pekerti
Baik, Perkhidmatan Baik dan Perkhidmatan Cemerlang.

(j) Menjalankan tugas-tugas dan kuasa-kuasa Perbadanan yang dikuatkuasakan dalam Akta
(Perbadanan) Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia, 1968.

(k) Melantik, menyelia dan dengan bijaksana mereka membuang atau menggantung kerja
pekerja-pekerja Persekutuan yang mereka fikir patut dari semasa ke semasa, dan
menentukan kuasa-kuasa dan kerja-kerja mereka dan menetapkan gaji dan
syarat-syarat perkhidmatan mereka.

(l) Menguruskan mengikut kehendak Peraturan-Peraturan ini, sebarang perbalahan


mengenai keahlian dalam Persekutuan ini di atas bijaksana mereka sama ada menerima
semula, menggantung atau membuang mereka daripada menjadi ahli, asalkan tindakan-
tindakan yang diambil itu hendaklah mengikut syarat yang ada dalam
Peraturan-Peraturan ini.

(m) Memberikan kuasa pendaftaran oleh Ibu Pejabat Persekutuan di atas Persekutuan-
Persekutuan Tempatan dan menentukan kawasan bagi Persekutuan-Persekutuan
Tempatan dan memansuhkan Persekutuan-Persekutuan itu daripada
pendaftaran.

(n) Memberikan kuasa pendaftaran oleh Ibu Pejabat Persekutuan di atas semua Kumpulan-
Kumpulan Pengakap dan memansuhkan Kumpulan-Kumpulan itu daripada pendaftaran.

(o) Memberikan kuasa pengeluaran Tauliah-Tauliah oleh Ibu Pejabat Persekutuan kepada
semua Pemimpin dalam Kumpulan dan Pemimpin-Pemimpin Pasukan-Pasukan
Pengakap Kelana Kanan.
(p) Mengadakan Ibu Pejabat dan Pekerja yang cukup bagi menjalankan pentadbiran dan
tugas-tugas yang dikuasakan oleh kedua-kedua Ketua Pesuruhjaya Negara dan Majlis
Pengakap dan JawatanKuasa Kerja dan JawatanKuasa-JawatanKuasa Kecilnya.

(q) Mendapatkan penyelarasan dan sokongan di atas kerja Majlis-Majlis Pengakap Negeri
dan Persekutuan-Persekutuan Tempatan dan memelihara dan menggalakkan tujuan-tujuan
Persekutuan di dalam dan di luar Persekutuan. Jika perlu Ketua Pengakap Negara boleh
mewakilkan sebarang kuasa atau tugas-tugasnya kepada seorang Pesuruhjaya Negeri.

(5) Penolong-Penolong Ketua Pesuruhjaya Negara : Maka hendaklah diadakan beberapa


orang Penolong-Penolong Ketua Pesuruhjaya Negara yang difikirkan perlu dari semasa
ke semasa, dilantik oleh Ketua Pengakap Negara atas perakuan Ketua Pesuruhjaya Negara
untuk tugas-tugas yang akan ditentukan oleh Ketua Pesuruhjaya Negara. Tauliah-
Tauliah bagi perlantikan Penolong-Penolong Ketua Pengakap Negara dan dikeluarkan
oleh Ibu Pejabat Persekutuan ini.

(6) Pesuruhjaya Antarabangsa : Maka hendaklah diadakan seorang Pesuruhjaya


Antarabangsa daripada seorang warganegara Malaysia dilantik oleh Ketua Pengakap
Negara atas perakuan Ketua Pesuruhjaya Negara. Tauliah bagi perlantikan Pesuruhjaya
Antarabangsa hendaklah ditandatangani oleh Ketua Pengakap Negara dan dikeluarkan
oleh Ibu Pejabat Persekutuan dan nama orang yang dilantik itu hendaklah diberitahu
kepada Biro Pengakap Sedunia.

Tugas-tugas Pesuruhjaya Antarabangsa adalah seperti berikut :-

(a) Mewakili Persekutuan dan hak-haknya dalam halehwal Antarabangsa.

(b) Bertanggungjawab kepada Ketua Pesuruhjaya Negara berkenaan dengan perhubungan


dengan Persekutuan-Persekutuan Budak-Budak Pengakap Kebangsaan lain yang
menjadi ahli kepada Persidangan Pengakap Sedunia.
(c) Bertanggungjawab kepada Ketua Pesuruhjaya Negara berkenaan dengan perhubungan
dengan Biro Pengakap Sedunia dan Pejabat Wilayahnya yang berkenaan.

(7) Penolong-Penolong Pesuruhjaya Antarabangsa : Maka hendaklah ada beberapa orang


Penolong Pesuruhjaya Antarabangsa yang difikirkan perlu dari semasa ke semasa
dilantik oleh Ketua Pengakap Negara atas perakuan Ketua Pesuruhjaya Negara, untuk tugas-
tugas yang akan ditentukan oleh Ketua Pesuruhjaya Negara. Tauliah-Tauliah bagi perlantikan
Penolong-Penolong Pesuruhjaya Antarabangsa hendaklah ditandatangani oleh
Ketua Pengakap Negara dan dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Persekutuan, dan nama
orang-orang yang dilantik itu hendaklah diberitahu kepada Biro Pengakap Sedunia.

(8) Pesuruhjaya Latihan Negara : Maka hendaklah ada seorang Pesuruhjaya Latihan
Negara daripada seorang warganegara Malaysia dan dia adalah juga seorang ahli
Pasukan Latihan Antarabangsa, dilantik oleh Ketua Pesuruhjaya Negara. Sijil Tugas
Kehormatan bagi Pesuruhjaya Latihan Negara akan dikeluarkan oleh Biro
Pengakap Sedunia dan ditandatangani timbal oleh Ketua Pengakap Negara.

Tugas-tugas Pesuruhjaya Latihan Negara adalah seperti berikut :-

(a) Bertanggungjawab kepada Ketua Pesuruhjaya Negara atas pengelolaan semua latihan
bagi Pemimpin mengikut cara-cara yang ditentukan dari semasa ke semasa oleh Pasukan
Latihan Antarabangsa.

(b) Memperakui dengan persetujuan Ketua Pesuruhjaya Negara atas perlantikan Timbalan-
Timbalan Ketua Kem, Ketua-Ketua Akela, Penolong-Penolong Timbalan Ketua Kem
dan Penolong-Penolong Ketua Akela daripada Pemimpin-Pemimpin yang dilatih khas dan
berkelayakan bagi membantu dalam latihan Pemimpin-Pemimpin mengikut kehendak-
kehendak Pasukan Latihan Antarabangsa.

(c) Menjadi Ketua Pasukan Latihan Negara dan Pengerusi Pasukan Latihan Negara.
(d) Bertanggungjawab kepada Ketua Pesuruhjaya Negara dan bertindak melalui penguasa
yang sesuai bagi :-

(i) Menetapkan adanya tempat-tempat perkhemahan yang sesuai cukup bagi


keperluan-keperluan latihan Pemimpin.

(ii) Melengkapkan tempat-tempat perkhemahan itu dengan alat-alat latihan bagi


Pemimpin-Pemimpin yang difikirkan perlu.

(iii) Pengelolaan umum dan penyelenggaraan tempat-tempat perkhemahan.

(9) Ketua Setiausaha : Maka hendaklah ada seorang Ketua Setiausaha yang dilantik oleh
Ketua Pesuruhjaya Negara dengan pengesahan Jawatan Kuasa Kerja dan hendaklah
dikeluarkan Tauliah baginya sebagai Pesuruhjaya Ibu Pejabat. Tugas-tugasnya akan
diwakilkan kepadanya dan atau ditetapkan oleh Ketua Pesuruhjaya Negara dan atau
Jawatan Kuasa Kerja.

Majlis Pengakap

12. Majlis Pengakap adalah ditubuhkan seperti berikut :-

(1) Keahlian Majlis Pengakap : Majlis Pengakap mengandungi Yang Dipertua iaitu Ketua
Pengakap Negara dan mereka yang tersebut di bawah ini :-

(a) Ahli-ahli Rasmi :-

Naib Yang DiPertua


Ketua Pesuruhjaya Negara
Penolong-Penolong Ketua Pesuruhjaya Negara
Pesuruhjaya Antarabangsa
Penolong-Penolong Pesuruhjaya Antarabangsa Sarawak dan Sabah
Pasuruhjaya Latihan Negara
Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Negeri
Setiausaha-Setiausaha Majlis Pengakap Negeri
Setiausaha Latihan Negara
Pengelola Persaudaraan Pengakap B.P. Negara
Bendahari Majlis Pengakap
Ketua Setiausaha Majlis Pengakap

(b) Ahli-ahli Yang Dilantik :-

Seorang ahli biasa daripada tiap-tiap Majlis Pengakap Negeri yang dipilih oleh
Majlis Pengakap Negeri.

Seorang ahli yang dilantik oleh Menteri Kerajaan Pusat yang


bertanggungjawab berkenaan dengan kewangan.

Seorang ahli yang dilantik oleh Menteri Kerajaan Pusat yang


bertanggungjawab berkenaan dengan pelajaran.

Seorang ahli yang dilantik oleh Menteri Kerajaan Pusat yang


bertanggungjawab berkenaan dengan belia.

Seorang ahli yang dilantik oleh Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri.

(c) Ahli-ahli Yang Dipilih :-

Tidak lebih daripada dua puluh (20) orang dipilih dari semasa ke semasa oleh
Majlis Pengakap di mesyuarat dua tahunannya menjadi ahli-ahli
Majlis Pengakap untuk selama tidak lebih daripada dua tahun mulai
daripada tarikh pencalonan mereka.

Orang-orang yang dipilih itu hendaklah bukan orang-orang yang memegang


Tauliah.

(2) Surat Akuan Ahli-Ahli : Ibu Pejabat Persekutuan hendaklah mengeluarkan Sijil-Sijil
Keahlian yang ditandatangani oleh Ketua Setiausaha Majlis Pengakap kepada semua
orang yang telah dipilih atau dilantik dan mereka yang berkelayakan menjadi ahli dan
hanya orang-orang yang telah dikeluarkan
Sijil-Sijil itu sahaja berhak menyertai atau mengundi di mesyuarat-mesyuarat Majlis
Pengakap.

(3) Tugas-tugas dan Tanggungjawab-tanggungjawab :

(a) (i) Mencari dan mentadbirkan segala wang, sama ada dicari, diderma,
yuran, dikurnia atau diterima daripada sebarang punca yang sesuai
dengan Peraturan-Peraturan ini untuk penyelenggaraan Ibu Pejabat
Persekutuan dan pembangunan Berpengakap di Malaysia dan
mengelola dan mengamalkan Dasar Kewangan Persekutuan
di peringkat Kumpulan, Persekutuan Tempatan, Negeri dan Ibu Pejabat
mengikut bagaimana yang tersebut dalam Peraturan-Peraturan
ini.

(ii) Di mana Jawatan Kuasa Kerja itu puas hati bahawa sesuatu Majlis
Pengakap Negeri itu mempunyai keadaan kewangan tersendiri, Majlis
Pengakap Negeri itu adalah mempunyai tanggungjawab
penuh untuk mengawal dan mentadbirkan segala wang berkenaan
negeri mereka dengan syarat bahawa dalam menjalankan kuasa
mereka, mereka hendaklah patuh kepada kehendak-kehendak
Perlembagaan dan Dasar Persekutuan.

(b) Menjual kepada ahli-ahli yang berhak segala lencana-lencana dan lambang-
lambang kebesaran yang terkawal untuk dianugerah dan dipakai bagaimana
disebutkan dalam Peraturan-Peraturan ini ; dengan syarat bahawa segala
lencana- lencana dan lambang-lambang kebesaran itu adalah kekal menjadi hak
Persekutuan walaupun pembayaran telah dibuat oleh tiap-tiap seorang
bagi mendapatkannya.

(c) Menguruskan atas bijaksananya, satu jabatan alatan untuk memberi khidmat
yang berfaedah kepada ahli-ahli dan sebagai satu punca kewangan kepada
Persekutuan.

(d) Menerbit, menyiar dan menjual buku-buku dan risalah-risalah dalam sebarang
bahasa yang sesuai bagi kegunaan ahli-ahli Persekutuan dengan syarat bahawa
kandungan sesuatu penerbitan itu telah disahkan oleh Ketua Pesuruhjaya
Negara.

(e) Mengatur dan menjalankan sebaran am dalam apa cara jua pun, dibentuk bagi
menggalakkan persetujuan dan sokongan orang ramai kepada Persekutuan dan
Pergerakan Pengakap umumnya.

(f) Menguruskan mesyuarat-mesyuarat, pertunjukan-pertunjukan, perhimpunan-


perhimpunan, persidangan-persidangan dan gerakerja-gerakerja Kebangsaan
bersama bagi faedah Persekutuan dan ahli-ahlinya.

(g) Mengelola dan menggalakkan perkembangan “ Persaudaraan Pengakap B.P. ”


dan menerima dan jika sesuai mempersetujukan Undang-Undang Kecil dan
Dasar Persaudaraan itu dan Cawangan-Cawangannya.

(h) Melantik seorang Jurukira yang berkelayakan yang menjadi ahli kepada badan
profesional yang diakui bagi memeriksa buku kira-kira kewangan Persekutuan,
Kunci Kira-Kira Dua Tahunan dan melaporkan pendapatnya kepada
Majlis pada tiap-tiap Mesyuarat Agong Biasa.

(i) Meminda, mengubah dan menambah Peraturan-Peraturan ini mengikut


bagaimana yang tersebut dalam Peraturan 48.

Dan tugas-tugas yang berikut yang hendaklah dijalankan bersama dan dengan
persetujuan Ketua Pesuruhjaya Negara

(j) Menimbangkan dan jika sesuai mempersetujukan semua pencalonan bagi


Anugerah-Anugerah Pengakap kerana Perkhidmatan Lama, Keberanian,
Pekerti Baik, Perkhidmatan Baik dan Perkhidmatan-Perkhidmatan Cemerlang.

(k) Menjalankan tugas-tugas dan kuasa Perbadanan yang dikuatkuasakan dalam


Akta (Perbadanan) Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia 1968.

(l) Melantik, mengelola dan atas bijaksananya, membuang atau menggantung


jawatan pekerja-pekerja Persekutuan
yang difikirkan patut dari semasa ke semasa dan menentukan kuasa-kuasa dan
kerja-kerja mereka dan menetapkan gaji dan syarat-syarat perkhidmatan
mereka.

(m) Menguruskan mengikut kehendak-kehendak Peraturan-Peraturan ini, sebarang


perbalahan mengenai keahlian dalam Persekutuan ; atas bijaksana mereka
menerima semula, menggantung atau membuang mereka daripada menjadi
ahli, asalkan tindakan yang diambil itu mengikut syarat-syarat yang ada
dalam Peraturan-Peraturan ini.

(n) Memberi kuasa pendaftaran oleh Ibu Pejabat Persekutuan di atas Persekutuan-
Persekutuan Tempatan dan menentukan kawasan bagi Persekutuan-Persekutuan
Tempatan dan memansuhkan Persekutuan-Persekutuan Tempatan itu
daripada pendaftaran.

(o) Memberi kuasa pendaftaran oleh Ibu Pejabat Persekutuan di atas semua
Kumpulan-Kumpulan Pengakap dan memansuhkan Kumpulan-Kumpulan itu
daripada pendaftaran.

(p) Memberi kuasa pengeluaran Tauliah-Tauliah oleh Ibu Pejabat Persekutuan


kepada semua Pemimpin-Pemimpin di Kumpulan-Kumpulan dan Pemimpin-
Pemimpin bagi Pasukan-Pasukan Pengakap Kelana Kanan.

(q) Mengadakan Ibu Pejabat dan pekerja-pekerja yang cukup bagi menjalankan
pentadbiran dan tugas-tugas yang dikuasakan oleh Ketua Pesuruhjaya Negara
dan Majlis Pengakap dan Jawatan Kuasa Kerja dan Jawatan Kuasa-Jawatan
Kuasa Kecilnya.

(r) Mendapatkan penyelarasan dan sokongan di atas kerja Majlis-Majlis Pengakap


Negeri dan Persekutuan-Persekutuan Tempatan dan memelihara dan
menggalakkan tujuan-tujuan Persekutuan di dalam dan di luar
Persekutuan.

(4) Pegawai-Pegawai : Pegawai-Pegawai Kehormat Majlis Pengakap ialah Yang Dipertua,


Naib Yang Dipertua dan Bendahari. Naib Yang Dipertua dan Bendahari
hendaklah dipilih pada tiap-tiap Mesyuarat Agong Dua Tahunan Majlis
Pengakap untuk berkhidmat sehingga mereka digantikan disalah satu mesyuarat Majlis
Pengakap selepasnya. Selepas dipilih pegawai-pegawai tersebut tidak boleh berkhidmat
atau seterusnya berkhidmat dalam sebarang pangkat yang bertauliah tetap ; akan
menerima Sijil dalam pangkat yang tidak bertauliah yang ditandatangani oleh Ketua
Pengakap Negara dan dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Persekutuan.

(5) Mesyuarat-Mesyuarat :

(a) Majlis Pengakap hendaklah mengadakan Mesyuarat Agongnya sekali pada


tiap- tiap dua tahun. Mesyuarat-mesyuarat Agong Luar Biasa Majlis
Pengakap boleh diadakan dengan arahan Ketua Pengakap Negara, atau Ketua
Pesuruhjaya Negara, atau Jawatan Kuasa Kerja, atau atas permintaan oleh
sepuluh orang ahli- ahli, dengan syarat pemberitahu bagi mesyuarat-
mesyuarat itu hendaklah diberikan sekurang-kurangnya 3 hari sebelum
mesyuarat-mesyuarat itu diadakan.

(b) Mesyuarat Agong Dua Tahunan Majlis Pengakap hendaklah :-

(i) Menerima dan mempersetujukan Laporan Dua Tahunan Persekutuan ;

(ii) Menerima dan mempersetujukan Kira-Kira Persekutuan yang telah


diperiksa ;

(iii) Memilih pegawai-pegawai ; dan

(iv) Menjalankan sebarang perkara-perkara lain yang dimasukkan dalam


Agenda atau dimasukkan sebagai mustahak oleh Pengerusi atau
sebilangan besar ahli-ahli yang hadir dalam mesyuarat itu.

(c) Mesyuarat-mesyuarat hendaklah dijalankan mengikut peraturan yang


ditentukan dalam Peraturan-Peraturan Mesyuarat.
(6) (a) Jawatan Kuasa Kerja : Maka hendaklah ada suatu Jawatan Kuasa Kerja bagi
Majlis Pengakap dan Jawatan Kuasa ini hendaklah mengandungi ahli-ahlinya
seperti berikut :-

Yang Dipertua
Naib Yang Dipertua
Ketua Pesuruhjaya Negara
Penolong-Penolong Ketua Pesuruhjaya Negara
Pesuruhjaya Antarabangsa atau wakilnya
Pesuruhjaya Latihan Negara atau wakilnya
Ketua Setiausaha
Bendahari Majlis Pengakap

Ahli dalam Majlis Pengakap yang dilantik oleh Menteri Kerajaan


Pusat yang bertanggungjawab berkenaan kewangan

Ahli dalam Majlis Pengakap yang dilantik oleh Menteri Kerajaan


Pusat yang bertanggungjawab berkenaan pelajaran

Ahli dalam Majlis Pengakap yang dilantik oleh Menteri Kerajaan


Pusat yang bertanggungjawab berkenaan belia

Tiga orang ahli Majlis Pengakap dipilih oleh Majlis Pengakap di


mesyuarat dua tahunannya

(b) Jawatam Kuasa Kerja hendaklah dianggap sebagai telah diberikan kuasa
kepadanya segala tugas-tugas Majlis Pengakap kecuali di mana-mana ada
disebutkan dalam Peraturan-Peraturan ini, tetapi hendaklah memberikan
laporan- laporan pada tiap-tiap mesyuarat Majlis Pengakap.

(c) Jawatan Kuasa Kerja hendaklah mengadakan mesyuaratnya sekali dalam enam
bulan pada tiap-tiap tahun dan akan mengadakan mesyuarat-
mesyuaratnya untuk sebarang tujuan yang diarahkan oleh Yang Dipertua, Naib
Yang Dipertua atau Ketua Pesuruhjaya Negara.
(d) Mesyuarat-mesyuarat Jawatan Kuasa Kerja hendaklah diadakan dan dijalankan
mengikut peraturan yang ditentukan dalam Peraturan-Peraturan
Mesyuarat.

(e) Jawatan Kuasa Kerja boleh melantik Jawatan Kuasa-Jawatan Kuasa Kecil yang
difikirkan perlu.

(7) Peraturan-Peraturan Mesyuarat :

(a) Kekosongan Jawatan : Sebarang ahli hendaklah meninggalkan dan berhenti


daripada menjadi ahli :-

(i) Jika ia disahkan dan didapati tidak siuman ,

(ii) Jika ia memberitahu dengan bertulis kepada Persekutuan bahawa ia


hendak berhenti ,

(iii) Jika Majlis Pengakap dengan suara dua-pertiga daripada bilangan


ahlinya yang akan hadir di suatu Mesyuarat Khas yang diadakan untuk
tujuan tersebut membuat usul bahawa ahli itu diberhentikan.

(b) Memenuhkan Kekosongan : Sekiranya berlaku kekosongan Jawatan Kuasa


Kerja boleh melantik ganti sebarang orang untuk menggantikannya hingga
Mesyuarat Agong DuaTahunan yang akan datang.

(c) Perkara-Perkara Untuk Dipertimbangkan : Perkara-perkara untuk


dipertimbangkan hendaklah dihantar dengan cara bertulis dan tindakan akan
diambil oleh Jawatan Kuasa Kerja atau Jawatan Kuasa-Jawatan Kuasa
Kecilnya mana-mana sesuai.

(d) Pengurusan Perkara-Perkara Dengan Cara Surat Menyurat : Apabila tindakan


atas perkara-perkara berkehendakkan pertimbangan segera dibuat dengan cara
surat-menyurat, bilangan jawapan suara yang terbanyak adalah perlu bagi
memberi kuasa kepada Ketua Pesuruhjaya Negara mengambil tindakan bagi
pihak Majlis Pengakap atau Jawatan Kuasa Kerjanya.
(e) Pemberitahu Mesyuarat : Bagi mesyuarat-mesyuarat Majlis Pengakap Dua
Tahunan dan Luar Biasa, ahli-ahli hendaklah menerima pemberitahu tidak
kurang dari empat minggu dan bagi mesyuarat-mesyuarat Jawatan Kuasa Kerja, ahli-
ahli hendaklah menerima pemberitahunya tidak kurang dari dua minggu.

(f) Pengerusi : Yang Dipertua atau jika ia tiada hadir Naib Yang Dipertua,
hendaklah mengerusikan tiap-tiap mesyuarat Majlis Pengakap dan
Jawatan Kuasa Kerja. Jika Yang Dipertua atau Naib Yang Dipertua tiada hadir
dalam tempoh 15 minit selepas waktu yang ditetapkan bagi mesyuarat itu,
ahli-ahli Majlis Pengakap atau Jawatan Kuasa Kerja yang hadir
hendaklah memilih seorang daripada mereka mengerusikannya.

(g) Cukup Bilangan : Tidak suatu perkara pun boleh dijalankan di sebarang
mesyuarat jika cukup bilangan seperti berikut tidak ada :-

Mesyuarat-mesyuarat Majlis Pengakap - satu pertiga daripada bilangan


keahlian Majlis Pengakap.

Mesyuarat-mesyuarat Jawatan Kuasa Kerja - 8 orang ahli.

Jika cukup bilangan yang dikehendaki itu tidak ada mesyuarat itu hendaklah
dibubarkan, kiranya mesyuarat itu Mesyuarat Agong Luar Biasa yang diadakan
dengan permintaan ahli-ahli.

Jika diadakan dengan cara-cara lain, mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan


selama satu jam sekurang-kurangnya dan mesyuarat yang ditangguhkan itu
akan mempunyai kuasa hanya menjalankan perkara-perkara yang sama sebagaimana
yang ada dalam agenda yang asal sama ada cukup bilangan yang
dikehendaki ada atau tiada.

(h) Undi : Dalam semua mesyuarat-mesyuarat Majlis Pengakap dan Jawatan


Kuasa Kerja keputusan
hendaklah dibuat mengikut undi yang terbanyak daripada ahli-ahli yang hadir
dan Pengerusi mempunyai hak undi pemutus. Mengundi hendaklah dengan
cara undi sulit atau dengan cara mengangkat tangan mengikut keputusan Pengerusi
bagi tiap-tiap satu perkara.

(i) Penggunaan Persetiaan Pengakap di Mesyuarat ;

Semua mesyuarat-mesyuarat Majlis Pengakap, Jawatan Kuasa Kerja dan


Jawatan Kuasa-Jawatan Kuasa Kecil hendaklah dimulakan dengan membaharui
Persetiaan Pengakap.

(j) Penangguhan : Pengerusi mesyuarat, dengan persetujuan ahli-ahli boleh


menangguhkan mesyuarat dari semasa ke semasa dan dari setempat ke
setempat.

(k) Minit Mesyuarat : Minit hendaklah disimpan bagi semua mesyuarat Majlis
Pengakap. Bagi mesyuarat Jawatan Kuasa Kerja keputusan-keputusan sahaja
bagi tiap-tiap mesyuarat direkodkan. Bagi mesyuarat-mesyuarat Jawatan
Kuasa- Jawatan Kuasa Kecil laporan am di atas perjalanan mesyuarat-
mesyuarat dan kertas-kertas yang berkenaan hendaklah disimpan dan
dikemukakan bagi dipertimbangkan oleh Jawatan Kuasa Kerja pada
tiap-tiap mesyuaratnya.

(l) Am : Pengerusi bagi satu-satu mesyuarat adalah diberi kuasa bagi


menjalankan perkara-perkara dalam mesyuarat dengan cara yang
difikirkannya patut, kecuali dalam mana peraturannya diadakan khas
dalam Peraturan-Peraturan ini, dan keputusannya adalah muktamad.

SEKSYEN II

MENJADI AHLI PERSEKUTUAN

Keahlian

13. Menjadi ahli Persekutuan hendaklah dengan sukarela. Hendaklah jangan ada beza-membeza
untuk masuk menjadi ahli atas sebarang sebab kerana bangsa, agama atau keturunan. Mereka yang
berikut adalah dianggap sebagai ahli Persekutuan selagi mereka menjalankan khidmat
mereka dengan betul mengikut pangkat dan jawatan yang dinyatakan di bawah ini :-

(1) Pengakap-Pengakap yang menjadi ahli dalam Kumpulan yang berdaftar atau Pasukan
Pengakap Kelana Kanan atau mereka sendiri berdaftar sebagai Pengakap Perseorangan
(Lone Scout), Pengakap Kelana Perseorangan (Lone Rover Scout) atau Pengakap Laut
Dalam.

(2) Pemimpin-Pemimpin Pengakap.

(3) Orang-orang yang memegang pangkat tiada bertauliah atau kehormat seperti tersebut
dalam Bahagian IV.

(4) Ahli-ahli Jawatan Kuasa-Jawatan Kuasa Kumpulan yang dilantik mengikut Peraturan-
Peraturan ini.

(5) Ahli-ahli Majlis-Majlis Pengakap Negeri dan Persekutuan-Persekutuan Tempatan.

(6) Ahli-ahli Majlis Pengakap dan Jawatan Kuasa-Jawatan Kuasanya.

14. (Disimpan)

Warganegara Asing

15. (1) Warganegara negara asing boleh diterima sebagai ahli bergantung kepada persetujuan
Ketua Pesuruhjaya Negara dan mereka akan membuat atau membaharui Persetiaan Pengakap seperti
berikut - “On my honour I promise that I will do my best to do my duty to God and to the lawfully
constituted Government of Malaysia ; To help other people at all times and to obey the Scout Law”.

(2) Nama penuh dan alamat sebarang orang yang diterima masuk, bersama-sama dengan
nama Kumpulan di Negara Asingnya dahulu yang mana dia mungkin telah menjadi ahli, hendaklah
dihantarkan kepada Ketua Pesuruhjaya Negara.

(3) Pengeluaran sebarang Tauliah atau Lencana pangkat kepada seorang warganegara
negara asing yang diterima masuk adalah berkehendakkan kebenaran khas daripada Ketua Pesuruhjaya
Negara.

(4) Warganegara negara asing tidak boleh sesama mereka menubuhkan suatu Kumpulan
Pengakap sendiri dan bersekutu dengan
Persekutuan Penngakap Negara asalnya atau memakai pakaian seragam Pengakap kebangsaannya di
Malaysia, kecuali jika Pengakap-Pengakap itu melawat Malaysia dengan kebenaran Pesuruhjaya
Antarabangsa.

Penentuan

16. Selain daripada cara-cara lain yang ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan ini kemasukan
seseorang ahli itu boleh diputuskan dengan dibuat usul oleh Majlis Pengakap. Majlis Pengakap tidak
terpaksa memberikan sebarang sebab di atas sebarang tindakan di bawah Peraturan-Peraturan ini.

SEKSYEN III

DASAR AGAMA

Dasar Agama

17. (1) Persekutuan in tidak terhad kepada sesuatu agama. Walaubagaimana pun, adalah
diharapkan bahawa tiap-tiap seorang Pengakap hendaklah mengamalkan kerja-kerja agama yang
dianutinya dan menghormatkan kepercayaan orang-orang lain. Dalam sesuatu Kumpulan yang
mengandungi ahli-ahlinya daripada satu agama sahaja, Pemimpin Kumpulan itu boleh mengaturkan
sembahyang dan pelajaran bagi agama itu yang difikirkannya baik dengan berunding dengan pegawai
agama yang berkenaan.

(2) Dalam sesuatu Kumpulan yang mengandungi ahli-ahlinya daripada berbagai-bagai


agama, maka adalah menjadi tanggungjawab Pemimpin-Pemimpin menggalakkan mereka membuat
ibadat mengikut cara agama mereka masing-masing dan janganlah diadakan satu sembahyang yang khas
bagi kesemuanya dalam Kumpulan itu. Jika ada tegahan tiada membenarkan seorang Pengakap itu
menghadiri perkumpulan agama selain daripada perkumpulan agamanya sendiri, maka Pemimpin-
Pemimpin Pengakap dalam Kumpulan itu hendaklah menjaga supaya tegahan itu dipatuhi selagi
Pengakap itu berada di bawah kawalannya.

SEKSYEN IV

PERBALAHAN POLITIK DAN PERINDUSTRIAN

Politik

18. (1) Persekutuan ini tidak ada perhubungan dengan mana-mana satu badan politik. Ahli-ahli
Persekutuan dalam masa menjadi wakil-wakil Pergerakan Pengakap tidak boleh mengambil bahagian
dalam mesyuarat-mesyuarat atau gerakerja-gerakerja politik.
(2) Pergerakan Pengakap atau pun sebahagian daripadanya tidak boleh digunakan pada
bila-bila masa pun bagi dakyah politik untuk memberikan faedah kepada sesuatu parti politik. Tidak ada
dalam Peraturan ini yang boleh diertikan bahawa seorang Pengakap itu tidak boleh membantu Kerajaan
Malaysia yang dibentuk mengikut Perlembagaan walau daripada apa parti atau parti-parti sekali pun
membentuk Kerajaan itu.

Perbalahan Perindustrian

19. Oleh kerana Persekutuan ini bukannya satu badan politik, maka sokongan tidak boleh diberikan
kepada mana-mana pihak dalam perbalahan perindustrian. Jika sesuatu badan awam yang diakui
mengumumkan bahawa pekerja-pekerja sukarela adalah dikehendaki bagi mengelakkan kemalangan
awam yang buruk atau menyusahkan disebabkan oleh keadaan itu, maka tidak ada halangan bagi seorang
Pemimpin Kumpulan itu, dengan persetujuan Pesuruhjaya Daerah, menawarkan bantuan Pasukan
Pengakap, Pasukan Pengakap Kanan atau Pasukan Pengakap Kelananya kepada badan itu, asalkan tidak
ada paksaan dibuat atas seseorang Pengakap, Pengakap Kanan atau Pengakap Kelana itu bagi
menawarkan perkhidmatan sukarelanya dan tidak ada denda dikenakan atasnya kiranya ia tiada
menyumbangkan perkhidmatan sukarelanya.

SEKSYEN V

DASAR KEWANGAN

Tujuan

20. Maka adalah menjadi tujuan Persekutuan ini supaya berjalan dengan sendirinya. Perjalanan ini
hendaklah bermula dalam Kumpulan di mana tujuannya ialah mencari wang yang cukup dengan cara-cara
yang sah bagi membantu Kumpulan itu sendiri dan memberikan bantuan kewangan kepada Persekutuan
Tempatan, Majlis Pengakap Negeri dan Ibu Pejabat Kebangsaan.

Menerima Hadiah-Hadiah

21. Adalah dibenarkan bagi Persekutuan ini menerima hadiah harta yang bergerak atau yang tidak
bergerak dan hadiah wang sama ada pemberian tahunan atau dengan cara-cara lain ; asalkan semua
hadiah itu diterima atas nama Majlis Pengakap.
Anggaran Dan Peruntukan Tahunan

22. Jawatan Kuasa Kerja adalah bertanggungjawab bagi menguntukkan segala wang bagi
dibelanjakan.

(1) Jawatan Kuasa Kecil Kewangan hendaklah tidak lewat daripada 30hb September pada
tiap-tiap tahun menghantarkan kepada Jawatan Kuasa Kerja cadangan-cadangan bagi Anggaran
Pendapatan dan Perbelanjaan untuk tahun berikut.

(2) Jawatan Kuasa Kerja adalah diberi kuasa bagi menahan atas sebarang sebab berapa
banyak wang peruntukan negeri daripada tabung wang Majlis Pengakap.

(3) Semua tuntutan dari negeri-negeri bagi peruntukan daripada tabung wang Majlis
Pengakap mestilah dihantarkan kepada Bendahari Majlis Pengakap pada atau sebelum 15hb Disember,
pada tiap-tiap tahun ; jika tidak, tuntutan itu akan dihitung sebagai tuntutan atas peruntukan yang
disahkan bagi tahun yang berikut.

23. Jawatan Kuasa Kecil Kewangan hendaklah menyediakan kunci Kira-Kira dan Kira-Kira
Pendapatan dan Perbelanjaan Majlis Pengakap bagi tahun yang lalu berakhir pada 31hb Disember untuk
dihantarkan kepada Juru Audit yang dilantik oleh Jawatan Kuasa Kerja tidak lewat daripada 30hb Januari.

Menyemak Kira-Kira Negeri

24. Jawatan Kuasa Kecil Kewangan hendaklah menerima dan menyemak kira-kira Majlis-Majlis
Pengakap Negeri bagi tahun yang lalu tidak lewat daripada 7hb Mac pada tiap-tiap tahun dan
menghantarkan laporannya kepada mesyuarat Jawatan Kuasa Kerja yang diadakan sebelum Mesyuarat
Agong Dua Tahunan Majlis Pengakap diadakan.

25. (Disimpan)

Harta

26. Semua harta yang bergerak dan yang tidak bergerak walau di mana terletaknya sama ada
dipegang bagi kegunaan Majlis Pengakap, Majlis-Majlis Pengakap Negeri, Persekutuan-Persekutuan
Tempatan atau Kumpulan-Kumpulan hendaklah dikuasamilik di atas nama Perbadanan Persekutuan
Budak-Budak Pengakap Malaysia.
Peyuran-Peyuran

27. Penderma-Penderma $1,000.00 dan ke atas kepada tabung wang Majlis Pengakap akan menjadi
Ahli Bersekutu Seumur Hidup kepada Persekutuan ; peyuran tahunan sebanyak $100.00 atau lebih akan
dianggap sebagai Ahli Bersekutu selama tempoh yurannya dibayar. Sijil-Sijil akan dikeluarkan kepada
Ahli-Ahli Bersekutu Seumur Hidup dan Ahli-Ahli Bersekutu itu.

Rayuan Untuk Mendapat Wang

28. Kumpulan-Kumpulan tidak dibenarkam membuat sebarang rayuan umum untuk mendapatkan
wang melainkan dibenarkan oleh Pesuruhjaya Negeri. Sesuatu Kumpulan tidak dibenarkan membuat
rayuan atau cuba mencari wang di sebarang kawasan luar daripada kawasannya sendiri.

(1) Bahawa semangat Pergerakan Pengakap, bagi pihak Pengakap-Pengakap itu sendiri
ialah wang itu hendaklah dicari dan bukan diminta.

(2) Dengan syarat Kumpulan atau Persekutuan Tempatan itu bertanggungjawab bagi
mengadakan sebahagian yang munasabah daripada tabung kewangannya, menerima pemberian wang
pertolongan tidaklah salah dari segi Peraturan ini. Permohonan kepada Majlis pengakap bagi bantuan
kewangan mestilah dipersetujukan oleh Pesuruhjaya Negeri.

(3) Wang bantuan selain daripada bantuan daripada Kerajaan Negeri tidak boleh diterima
atau diminta jika tidak terlebih dahulu dirujukkan kepada Ketua Pesuruhjaya Negara.

(4) Pengakap-Pengakap tidak boleh mengambil bahagian menjual apa-apa di jalan-jalan


atau memungut wang sama ada untuk pergunaan mereka sendiri atau untuk pergunaan lain-lain
pertubuhan atau badan-badan khairat dan mereka tidak boleh meminta wang daripada orang ramai ; tetapi
dengan kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Pesuruhjaya Negeri mereka boleh menolong
pertubuhan-pertubuhan atau badan-badan khairat sebagai penghantar surat atau lain-lain pekerjaan yang
tidak berkehendakkan perhubungan secara langsung dengan orang ramai. Mereka boleh juga menolong
menjual buku-buku acara dengan harga yang tetap di temasya-temasya yang diakui dengan syarat kerja
itu hendaklah dijalankan dengan kawalan yang betul.

(5) Semua ahli-ahli Persekutuan hendaklah mengikut Peraturan 28.(4), dan hendaklah
jangan membenarkan atau campur tangan di dalam apa-apa pekerjaan memungut wang daripada orang
ramai untuk Pengakap atau untuk lain-lain yang berlawanan dengan Undang-Undang negeri atau yang
harus boleh menggalakkan Pengakap berjudi.
Insuran

29. (1) Persekutuan hendaklah mengambil Insuran Perlindungan (Indemnity Policy) bagi
Pemimpin-Pemimpin Pengakap untuk melindungkan semua Pemimpin-Pemimpin Pengakap yang
bertauliah daripada tanggungjawab undang-undang disebabkan oleh kemalangan yang berlaku dalam
masa gerakerja-gerakerja Pengakap yang benar dan sah.

(2) Persekutuan hendaklah mengambil Insuran Perlindungan (Indemnity Policy) bagi


Pemimpin-Pemimpin Pengakap untuk melindungkan semua Pemimpin-Pemimpin Pengakap daripada
tuduhan-tuduhan atau fitnah yang harus berlaku kerana menjalankan tugas-tugas mereka yang benar dan
sah sebagai Pemimpin-Pemimpin Pengakap.

(3) Persekutuan hendaklah mengadakan kemudahan-kemudahan bagi Kumpulan-Kumpulan


melalui Ibu Pejabat mengambil Insuran kemalangan perseorangan dan perbelanjaan perubatan bila-bila
difikirkan perlu.

Kumpulan Wang Cadangan Khas

30. (1) Adalah menjadi tanggungjawab tiap-tiap Majlis Pengakap Negeri membayar pada tiap-
tiap tahun kepada Bandahari, Majlis Pengakap, sebanyak mana wang yang dikehendaki untuk Kumpulan
Wang Cadangan Khas (Sinking Fund) yang dipegang amanah oleh Majlis Pengakap bagi melindungi
Persekutuan di atas semua harta yang didirikan di atas tanah pajak (leasehold land).

(2) Kiranya wang pembayaran tersebut tidak disempurnakan hingga pada 28hb Februsri
pada tiap-tiap tahun maka Bandahari, Majlis Pengakap adalah dikuasakan memotong sebanyak mana
wang daripada sebarang wang yang ada untuk pembayaran kepada Majlis Pengakap Negeri yang
berkenaan.

SEKSYEN VI

PERHUBUNGAN-PERHUBUNGAN LUAR DAN ANTARABANGSA

Jabatan-Jabatan Kerajaan

31. Persekutuan Pengakap adalah suatu badan persendirian tidak dikawal atau diarah oleh Jabatan-
Jabatan Kerajaan. Persekutuan ini bukannya askar. Persekutuan ini tidak ada hubungan sama sekali
dengan Pasukan-Pasukan Tentera Negara. Latihan tentera tidak boleh diberikan kepada ahli-ahli
Persekutuan Pengakap.

Persahabatan Dan Pertubuhan Lain

32. Persekutuan Pengakap inginkan persahabatan dengan pertubuhan-pertubuhan kebangsaan lain


yang tidak bercorak politik dan yang mempunyai tujuan-tujuan yang sama.

33. (Disimpan)

Pergabungan Dengan Biro Sedunia

34. Persekutuan Pengakap ini, sebagaimana juga Persekutuan-Persekutuan Pengakap Negara asing
yang berdaftar, adalah bergabung dengan Persidangan Pengakap Sedunia, yang bertanggungjawab
mengaku dan mendaftar Persekutuan Pengakap Kebangsaan seluruh dunia dan bagi merancangkan
peristiwa-peristiwa antarabangsa.

Akhbar, Siaran Radio Dan Televisyen, Filem Dan Penerbitan-Penerbitan

35. (1) Ahli-ahli Persekutuan Pengakap tidak dibenarkan mengeluarkan fikiran mereka di
dalam akhbar atau melibatkan diri mereka dalam penyiaran radio dan televisyen dalam sebarang perkara
berkenaan dengan dasar Pengakap atau perkara-perkara mengenai Pergerakan Pengakap dengan tidak
mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Ketua Pesuruhjaya Negara.

(2) Sungguh pun begitu, Majlis-Majlis Pengakap Negeri boleh mengeluarkan pemberitahu-
pemberitahu dan laporan-laporan di atas gerakerja-gerakerja ahli-ahli mereka kepada akhbar dan boleh
juga menerbitkan risalah-risalah dan buku-buku bagi perkembangan Pergerakan Pengakap dalam Negeri
mereka masing-masing, tetapi hendaklah mengikut dasar yang ditetapkan oleh Jawatan Kuasa Kerja dan
dalam perkara buku-buku dan risalah-risalah, kandungan-kandungannya hendaklah dihantarkan kepada
Ketua Pesuruhjaya Negara bagi persetujuannya dan apa yang tidak dipersetujukan tidak boleh diterbitkan.

(3) Majlis Pengakap Negeri boleh, dengan kebenaran Pesuruhjaya Negeri, menerbitkan dan
menggalakkan penerbitan Majalah Pengakap asalkan apa yang diterbitkan tidak melanggar dasar dan
tujuan bagaimana yang ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan ini.
SEKSYEN VII

PERATURAN-PERATURAN AM

Pertubuhan Am

36. Peraturan am bagi pertubuhan di Malaysia ada dibentangkan di dalam rajah di Lampiran “A”
yang menunjukkan bagaimana pentadbiran Persekutuan ini dipecah-pecahkan.

37. Ketua Pengakap Negara hanya boleh menghadiri perhimpunan-perhimpunan yang besar-besar
dan berucap kepada orang ramai mengikut bijaksananya dan pada majlis-majlis khas sahaja. Begitu juga
dengan Ketua Pesuruhjaya Negara, tetapi ada beberapa orang Penolong Ketua Pesuruhjaya Negara
sukarela dan Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Ibu Pejabat sukarela telah dilantik untuk membantu dalam tugas-
tugas khas ini, lawatan-lawatan daripada mereka dan Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Pelawat yang bekerja
penuh di Ibu Pejabat akan diaturkan atas permintaan dari Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Negeri yang
berkehendakkan bantuan mereka.

Jabatan-Jabatan

38. Seorang Ketua Setiausaha yang digaji penuh adalah dilantik bagi menjaga berbagai-bagai
jabatan di Ibu Pejabat.

Pangkat

39. Ahli-ahli Majlis Pengakap dan Jawatan Kuasa-Jawatan Kuasanya, pemegang-pemegang setengah
jawatan Ibu Pejabat dan ahli-ahli Pasukan Latihan adalah berpangkat sebagai Pesuruhjaya.

Saluran Perhubungan

40. Saluran perhubungan biasanya adalah mengikut garisan-garisan yang ditunjukkan dalam rajah
pertubuhan dalam Lampiran “A” kecuali jika diarahkan sebaliknya atau dalam perkara-perkara khas atau
berkenaan dengan perkara-perkara yang berkehendakkan tindakan segera.

Raja-Raja Dan Jabatan-Jabatan Kerajaan

41. Surat-menyurat berkenaan dengan perkara-perkara Pengakap tidak boleh dialamatkan kepada
Raja-Raja, Jabatan-Jabatan Kerajaan Malaysia atau kepada Kedutaan-Kedutaan sama ada di dalam atau di
luar negeri, kecuali melalui Ibu Pejabat.
Perkara-Perkara Negeri

42. Terkecuali daripada Peraturan 41, surat-menyurat dengan Kerajaan Negeri (tetapi tidak kepada
Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja dan Tuan-Tuan Yang Tetutama Gabenor Pulau Pinang, Gabenor
Melaka, Gabenor Sarawak dan Yang Dipertua Negara Sabah), berkenaan dengan perkara-perkara
Pengakap sahaja hendaklah dibuat melalui Pesuruhjaya Negeri. Dalam hal ini, kiranya perkara-perkara itu
melibatkan dasar maka Pesuruhjaya Negeri itu hendaklah terlebih dahulu berunding dengan Ketua
Pesuruhjaya Negara.

PENGESAHAN KEAHLIAN

Tauliah, Sijil Dan Surat Perlantikan

43. Sesiapa juga yang memegang sebarang tauliah, Sijil atau Surat Perlantikan di mana tempoh
jawatan yang berkenaan ada disebut di dalamnya atau bagaimana dinyatakan dalam Bahagian IV
Peraturan ini, akan tamat perlantikannya apakala cukup tempohnya dan tidak boleh memegang atau
menyambung lagi jawatan dalam Majlis Pengakap, Jawatan Kuasa Kerja atau Jawatan Kuasa-Jawatan
Kuasa Kecilnya atau sebarang jawatan dalam Persekutuan kecuali Tauliah, Sijil atau Surat Perlantikan itu
dibaharui atau dilanjutkan.

PENDAFTARAN SEMULA TAHUNAN DAN BANCI

Tarikh Banci

44. Banci tahunan dan pendaftaran semula semua Kumpulan-Kumpulan dan Persekutuan-
Persekutuan Tempatan adalah dijalankan pada 31hb Oktober pada tiap-tiap tahun.

Borang Dan Arahan

45. Borang-Borang yang berkenaan dan arahan-arahan akan dikeluarkan kepada penguasa-penguasa
yang tertentu dengan tidak payah diminta.

Tarikh Akhir Bagi Menghantar Penyata-Penyata

46. Penyata-Penyata banci dan pendaftaran semula yang lengkap bagi semua Kumpulan-Kumpulan
dan Persekutuan-Persekutuan Tempatan mestilah dihantarkan kepada Ibu Pejabat sebelum 31hb Januari
tiap-tiap tahun.
Kegagalan Mendaftar Semula

47. Kegagalan menghantarkan banci dan pendaftaran semula bagaimana dikehendaki dalam
Peraturan 46 akan menyebabkan Kumpulan-Kumpulan yang berkenaan dengan sendirinya dipotong
daripada pendaftaran, dan bagi sesuatu Persekutuan Tempatan yang gagal menghantarkan penyata-
penyata bagi Kumpulan-Kumpulannya, Persekutuan Tempatan itu akan dengan sendirinya dipotong
daripada pendaftaran. Dalam semua perkara yang di atas, semua Tauliah, Sijil dan Surat Perlantikan,
Lencana-Lencana, wang dan harta-benda hendaklah dengan tiada berlengah lagi diserahkan kepada
Pesuruhjaya Daerah dan pegawai-pegawai Persekutuan Tempatan kiranya Kumpulan-Kumpulan yang
dimansuhkan, dan kepada Pesuruhjaya Negeri dan pegawai-pegawai Majlis Pengakap Negeri kiranya
Persekutuan-Persekutuan Tempatan yang dimansuhkan, Mulai daripada 1hb Mac pada tiap-tiap tahun
semua Kumpulan-Kumpulan yang telah dipotong pendaftarannya dan semua ahli-ahli dalam Kumpulan-
Kumpulan itu tidak lagi menjadi ahli-ahli Persekutuan, dan tindakan akan diambil mengikut perbekalan-
perbekalan yang tersebut dalam Akta (Perbadanan) Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia, 1968
berkenaan perkara-perkara mengenai mereka yang tidak menjadi ahli Persekutuan.

Pindaan Kepada Peraturan-Peraturan

48. Perubahan, tambahan atau pindaan kepada Peraturan-Peraturan ini tidak boleh dibuat melainkan
sekurang-kurangnya enam minggu pemberitahu menerangkan di atas perubahan, tambahan atau pindaan
itu telah dihantarkan kepada semua ahli-ahli yang hadir di Mesyuarat Luar Biasa Majlis Pengakap yang
diadakan khas bagi tujuan itu sahaja, kecuali tidak ada perubahan, tambahan atau pindaan dibuat kepada
Peraturan-Peraturan 1 hingga 7 dengan tidak ada kebenaran bertulis daripada Biro Pengakap Sedunia.

49. (Disimpan)

50. (Disimpan)

51. (Disimpan)

52. (Disimpan)

53. (Disimpan)

54. (Disimpan)

55. (Disimpan)
BAHAGIAN IV

TAULIAH-TAULIAH - PANGKAT-PANGKAT

Pangkat-Pangkat - Bertauliah

56. Tauliah-tauliah adalah dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Persekutuan Budak-Budak Pengakap
Malaysia kepada Pemimpin-Pemimpin yang berpangkat seperti berikut :-

(1) Ketua Pesuruhjaya Negara, Penolong Ketua Pesuruhjaya Negara, Pesuruhjaya


Antarabangsa, Pesuruhjaya Latihan Negara, Pesuruhjaya Ibu Pejabat.

(2) Pesuruhjaya-Pesuruhjaya dan Penolong-Penolong Pesuruhjaya bagi Latihan - (TKK.,


K.AK., PTKK., PK.AK.).

(3) Pesuruhjaya-Pesuruhjaya - (PN., PPN., PW., PD., PPD., Waden).

(4) Pemimpin-Pemimpin dalam Kumpulan - (PK., PPKK., PP., PP(K)., PPK., PPPKK.,
PPP., PPP(K)., PPPK.).

(5) Pasukan-Pasukan Pengakap Kelana Kanan - (PPK(K).).

Tidak Bertauliah

57. Tauliah-tauliah tidak dikeluarkan untuk :-

(1) Pangkat Kehormat yang dilantik oleh Pesuruhjaya Negeri di bawah Peraturan 97 (5)
atau oleh Pesuruhjaya Daerah dan Persekutuan Tempatan di bawah Peraturan 165.

(2) Pangkat-pangkat yang tidak Bertauliah :-

Bendahari Majlis } Dilantik mengikut


Pengakap Negeri } Undang-Undang Kecil
Setiausaha Majlis } Majlis Pengakap
Pengakap Negeri } Negeri

Pengerusi P.T. } Dilantik mengikut


Bendahari P.T. } Undang-Undang Kecil
Setiausaha P.T. } P.T.

Jurulatih } Dilantik oleh Jawatan Kuasa


Penguji } Kerja P.T. dengan persetujuan
} P.D.
Pangkat-pangkat yang tidak Bertauliah menerima Sijil-Sijil Perlantikan.

Wanita-Wanita

58. Wanita-wanita sungguh pun layak bagi pangkat-pangkat yang tidak Bertauliah, hanya boleh
diperakukan bagi diberi Tauliah-Tauliah berhubung dengan Cawangan Pengakap Kanak-Kanak dalam
Pergerakan ini, melainkan dalam keadaan yang istimewa dan khususnya sebagaimana yang ditentukan di
bawah Peraturan-Peraturan 170 dan 232.

Tauliah-Tauliah Tambahan

59. Seseorang itu tidak dibenarkan memegang dua atau lebih Tauliah-Tauliah dan / atau lain-lain
jawatan melainkan dia ada masa dan kebolehan untuk menjalankan kerja-kerja itu dengan sempurnanya
dan atas tiap-tiap satu lantikan itu tertakluk kepada pengesahan semua Persekutuan Tempatan dan
Pesuruhjaya Daerah yang berkenaan, di mana jawatan-jawatan itu di dalam Persekutuan Tempatan-
Persekutuan Tempatan yang berasingan dan sebagai tambahan, dari Pesuruhjaya Negeri-Pesuruhjaya
Negeri di mana lebih dari satu Negeri terlibat.

Had Umur

(i) Walau pun ada had umur bagi sesuatu pangkat, dalam Peraturan 69, Ketua Pesuruhjaya
Negara boleh mengikut bijaksananya mempersetujukan pengeluaran Tauliah kepada seorang yang layak
dalam segala aspek melainkan umurnya.

(ii) Seseorang di bawah umur 18 tahun tidak boleh dikeluarkan tauliah.


SAHGUNA

Lengkongan Sahguna

60. Tauliah-tauliah adalah sah sebagaimana dibuat :-

P.N., P.P.N. - untuk Negeri


P.W. - untuk Wilayah

Pesuruhjaya-Pesuruhjaya }
bagi Latihan } untuk Ibu Pejabat PBBPM
(TKK., K.AK.) }

Penolong-Penolong }
Pesuruhjaya bagi } untuk Negeri
Latihan }

Waden-Waden dan }
Penolong-Penolong } untuk Kawasan Perkhemahan
Waden }

} untuk Kumpulan bagaimana di


} tetapkan dalam Tauliah, dan
} tidak boleh digunakan bagi memberi
Pemimpin-Pemimpin } kuasa kepada seorang
dalam Kumpulan } Pemimpin itu berkuasa dalam
} jawatan yang sama di sebarang
} lain Negeri atau Daerah atau
} Kumpulan.

Tempoh

61. Tauliah-tauliah adalah sahguna bagi tempoh-tempoh yang berikut :-

Pesuruhjaya-Pesuruhjaya - sehingga 31hb Disember yang akan datang selepas satu tarikh
pengeluaran (dua tahun).

Pasukan Kelana Kanan - dua tahun.


Pemimpin-Pemimpin
Pasukan
Pemimpin-Pemimpin - Tidak ada had, tetapi bagi tiap-tiap satu Tauliah itu berhenti
dalam Kumpulan kuatkuasanya jika pemegangnya tidak menyambung atau
tidak menjalankan tugas-tugas bagi maksud Tauliah itu
dikeluarkan.

Tauliah-Tauliah Yang Dikeluarkan Sebelum Ogos 1957

61A. Bagi tujuan Peraturan-Peraturan ini, Tauliah-tauliah yang dikeluarkan oleh Persekutuan Budak-
Budak Pengakap, Cawangan Persekutuan Tanah Melayu, sebelum 31hb Ogos, 1957 akan dianggap telah
dikeluarkan mengikut Peraturan-Peraturan ini dan tarikh mulai kuatkuasa pengeluarannya adalah tarikh
yang dinyatakan pada Tauliah-tauliah itu.

PERMOHONAN-PERMOHONAN - PESURUHJAYA-PESURUHJAYA

Permohonan-Permohonan - Pesuruhjaya-Pesuruhjaya

62. Tauliah-Tauliah bagi pangkat-pangkat Ketua Pesuruhjaya Negara, Penolong Ketua Pesuruhjaya
Negara, Pesuruhjaya Antarabangsa, Pesuruhjaya Latihan Negara, Pesuruhjaya Ibu Pejabat dan
Pesuruhjaya Negeri adalah diuruskan oleh Ibu Pejabat PBBPM dan permohonan tidak dikehendakkan.

Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Lain

63. Pencalonan bagi Tauliah-tauliah untuk lain-lain pangkat Pesuruhjaya-Pesuruhjaya adalah dibuat
kepada Ibu Pejabat PBBPM dengan cara bertulis oleh pencalon (P.N.) yang mana borang yang tertentu
akan dihantar untuk dipenuhkan.

Tanggungjawab Semua Pesuruhjaya-Pesuruhjaya

63A. Semua perlantikan Pesuruhjaya-Pesuruhjaya adalah melalui Ketua Pesuruhjaya Negara dan
semua Pesuruhjaya adalah bertanggungjawab kepada Ketua Pesuruhjaya Negara bagi menjalankan semua
tugas-tugas yang ditanggungkan kepada mereka oleh Ketua Pesuruhjaya Negara.

Semua Pesuruhjaya-Pesuruhjaya adalah bertanggungjawab bagi menentukan penggunaan


Peraturan-Peraturan ini dengan berkesannya dan semua perkara-perkara Dasar yang ditentukan oleh
Ketua Pesuruhjaya
Negara dari masa ke semasa mengikut kuatkuasa yang diberikan kepadanya dalam Peraturan-Peraturan
ini dan oleh Perlembagaan serta Act Perbadanan Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia.

PERMOHONAN-PERMOHONAN - PEMIMPIN-PEMIMPIN
DALAM KUMPULAN

Permohonan-Permohonan - Pemimpin-Pemimpin Dalam Kumpulan

64. Permohonan-Permohonan bagi Tauliah-tauliah untuk Pemimpin-Pemimpin dalam Kumpulan


adalah dibuat bersama oleh Persekutuan Tempatan dan Pesuruhjaya Daerah mengikut peraturan yang
disediakan di dalam Peraturan-Peraturan yang berikut.

Pencalonan-Pencalonan

65. Pemohon-pemohon bagi Tauliah-tauliah sebagai Pemimpin-Pemimpin dalam Kumpulan


hendaklah terlebih dahulu dicalonkan kepada Persekutuan Tempatan oleh seorang ahli Persekutuan
Tempatan atau sesiapa yang kenamaan, yang bagaimana pun telah kenal kepada pemohon yang tersebut
dan bertanggungjawab atas kelakuan dan kesesuaian keseluruhannya.

Pencalonan Kumpulan-Kumpulan Dianjur

66. Dalam hal permohonan-permohonan bagi Pemimpin-Pemimpin yang Kumpulan-Kumpulannya


dianjur (lihat Peraturan-Peraturan 179-180) pencalonan mestilah dibuat oleh Kuasa Penganjur bagaimana
dalam Peraturan 180 (4).

Pencalonan - Makluman Kepada Pesuruhjaya Daerah

67. Persekutuan Tempatan mestilah dengan serta merta memberitahu Pesuruhjaya Daerah atas
sebarang pencalonan.

Percubaan Bagi Pemimpin-Pemimpin Dalam Kumpulan

68. Permohonan-Permohonan bagi Tauliah-Tauliah sebagai Pemimpin-Pemimpin dalam Kumpulan


mestilah menjalani tempoh percubaan selama tiga bulan dalam pangkat bagi Tauliah yang dikehendakkan
itu. Satu Tauliah Sementara akan dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Negeri dan dalam tiap-tiap satu
pengeluaran pemberitahu dihantar kepada Ibu Pejabat PBBPM tujuh hari sebelum ianya dikeluarkan.
Tauliah Sementara yang seumpama itu berjalan kuatkuasa selama tempoh hanya tiga bulan dari tarikh
pengeluarannya.
Tugas Persekutuan Tempatan

69. Persekutuan Tempatan mesti berpuashati dalam tiap-tiap pengeluaran bahawa pemohon itu layak
dengan sebab baik kelakuan dan latarbelakangnya boleh dipercayai untuk menjaga budak-budak, dan ada
khususnya :-

(1) Kelayakan-kelayakan yang dikehendakkan oleh Peraturan berhubung dengan pangkat


yang dimaksudkan.

(2) Penuh menghargai tujuan agama dan moral secucuk dengan dasar Berpengakap.

(3) Pendirian dan kelakuan yang boleh memberi pengaruh moral yang baik dan ketabahan
bagi menjalankan tugas dengan giat dan tidak berputusan.

(4) Sedia melapangkan masa kepada sebarang kemudahan-kemudahan yang diberi untuk
berlatih sesuai dengan kerjanya.

(a) Pemimpin Kumpulan (P.K.)

(i) Ada pengetahuan am dalam “Berpengakap bagi Budak-Budak”, “Buku


Panduan Pengakap Kanak-Kanak”, “Kejayaan Berkelana”, “Perlembagaan dan
Peraturan- Peraturan”, dan sastera yang ada sekarang bagi Pengakap
Kanan.

(ii) Boleh mendapatkan tempat yang sesuai untuk mengadakan mesyuarat-


mesyuarat PENGAKAP.

(iii) Berumur sesuai baginya boleh menjalankan kerja dengan sempurna. P.N. - P.N.
dan P.T. - P.T., adalah diharapkan menimbang dengan telitinya di atas
kesesuaian pemohon berhubung dengan ini dan terutama dalam hubungan umur
dengan lain-lain Pemimpin dalam Kumpulan. Dalam keadaan biasa
permohonan bagi Tauliah untuk pangkat ini bagi seorang yang
berumur di bawah 30 tahun tidak boleh diedarkan dan walau bagaimanapun
Tauliah tidak boleh dikeluarkan kepada seorang yang berumur di bawah
daripada 25 tahun.
(b) Pemimpin Pengakap Kanak-Kanak dan Penolong Pemimpin Pengakap Kanak-Kanak
(P.P.K.K. & P.P.P.K.K.)

(i) Ada pengetahuan am dalam “Berpengakap bagi Budak-Budak”, “Buku


Panduan Pengakap Kanak-Kanak”, dan “Perlembagaan dan Peraturan-
Peraturan” .

(ii) Umur bagi P.P.K.K. tidak kurang daripada 20 tahun ; bagi P.P.P.K.K. tidak
kurang daripada 18 tahun.

(c) Pemimpin Pengakap dan Penolong Pemimpin Pengakap (P.P. & P.P.P.)

(i) Ada pengetahuan am dalam “Berpengakap bagi Budak-Budak”, “Buku


Panduan Pengakap Kanak-Kanak”, “Kejayaan Berkelana”, “Perlembagaan dan
Peraturan- Peraturan” dan sastera yang ada sekarang bagi Pengakap
Kanan.

(ii) Umur bagi P.P. tidak kurang daripada 20 tahun ; bagi P.P.P. tidak kurang
daripada 18 tahun.

(d) Pemimpin Pengakap (Kanan) dan Penolong Pemimpin Pengakap (Kanan) P.P.(K) &
P.P.P.(K).

(i) Ada pengetahuan am dalam “Berpengakap bagi Budak-Budak”, “Buku


Panduan Pengakap Kanak-Kanak”, “Kejayaan Berkelana”, “Perlembagaan dan
Peraturan- Peraturan” dan sastera yang ada sekarang bagi Pengakap
Kanan.

(ii) Umur bagi P.P.(K) tidak kurang daripada 30 tahun ; atau, jika ada orang lain
(selain daripada seorang wanita) pemegang tauliah sebagai P.K., tidak kurang
daripada 25 tahun. Umur bagi P.P.P.(K) tidak kurang daripada 21 tahun.

(iii) Tidak seorang pun yang memegang sebarang tauliah lain dalam Kumpulan
yang sama, melainkan P.K. boleh dilantik kepada salah satu pangkat-
pangkat ini.

(e) Pemimpin Pengakap Kelana dan Penolong Pemimpin Pengakap Kelana (P.P.K. &
P.P.P.K.)
(i) Ada pengetahuan am dalam “Berpengakap bagi Budak-Budak”, “Kejayaan
Berkelana”, “Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan” dan sastera yang ada
sekarang bagi Pengakap Kanan.

(ii) Ada pengetahuan tentang kehendak-kehendak masyarakat sekeliling dan boleh


mencari perkhidmatan untuk Pengakap-Pengakap Kelananya.

(iii) Pendirian, kelakuan dan pengalaman hidup yang membolehkan dia mengetuai
belia-belia dan faham atas dasar-dasar pemimpin yang terlibat di dalamnya.

(iv) Diterima oleh Kelana-Kelana Kanan dalam Pasukan yang berkenaan.

(v) Berumur sesuai baginya boleh menjalankan kerja dengan sempurna.


Pesuruhjaya Daerah-Pesuruhjaya Daerah dan Persekutuan Tempatan-Persekutuan
Tempatan adalah diharapkan menimbang dengan telitinya atas
kesesuaian Pemohon berhubung dengan ini, dan terutama dalam hubungan
umur ahli-ahli Pasukannya. Dalam keadaan biasa permohonan bagi
tauliah untuk pangkat ini tidak boleh diedarkan bagi P.P.K. di bawah umur 30
tahun atau P.P.P.K. di bawah umur 25 tahun.

(f) Pemimpin Pengakap Kelana Kanan ( P.P.K.(K) ).

(i) Ada pengetahuan am dalam “Berpengakap bagi Budak-Budak”, “Kejayaan


Berkelana”, “Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan” dan Buku Panduan bagi
Pengakap Kanan.

(ii) Ada pengetahuan am tentang kehendak-kehendak masyarakat sekeliling dan


boleh mencari perkhidmatan untuk Pengakap-Pengakap Kelananya.

(iii) Pendirian, kelakuan dan pengalaman hidup yang membolehkan dia mengetuai
belia-belia dan faham atas dasar-dasar pemimpinan yang terlibat di dalamnya.
(iv) Diterima oleh Kelana-Kelana Kanan dalam Pasukan yang berkenaan.

(v) Berumur sesuai baginya boleh menjalankan kerja dengan sempurna. P.D. - P.D.
dan P.T. - P.T. ; adalah diharapkan menimbang dengan telitinya atas
kesesuaian pemohon berhubung dengan ini, dan terutama dalam
hubungan umur ahli-ahli dalam Pasukannya. Dalam keadaan biasa pemohon
bagi tauliah untuk pangkat ini tidak boleh diedarkan bagi P.P.K.(K) di bawah umur
30 tahun.

Persetujuan Pemimpin Kumpulan

70. Bagi Pemimpin dalam Kumpulan, selain daripada P.K., P.T. mestilah menentukan bahawa P.K.
bersetuju dengan perakuan pengeluaran tauliah itu.

Kerja Pesuruhjaya Daerah

71. Pesuruhjaya Daerah mesti dalam tiap-tiap pemohon berpuashati sendirinya, bebas daripada
Persekutuan Tempatan bahawa pemohon itu layak dan sesuai bagaimana dalam Peraturan-Peraturan 69-
70 dan peraturan yang berikut diikuti dengan betul.

Pengawasan Khas

72. Oleh sebab tanggungjawab terhadap ibubapa dan oleh sebab pernah terdapat berlakunya bahaya,
P.T. - P.T. dan P.D. - P.D. ; mestilah berjaga-jaga bagi menentukan bahawa tidak seorang pun yang
disyaki mempunyai kelakuan buruk dibenarkan menjadi ahli Pergerakan, dan mereka tidak boleh
menaruh belas kasihan atas sesiapa yang telah masuk ke dalamnya. Di mana terdapat keadaan
menunjukkan bahawa kesalahan jenayah telah berlaku, P.D. mestilah menengokkan bahawa pihak Polis
diberitahu.

73. (i) Di mana seorang yang kelakuan dan latar-belakangnya tidak diketahui sepenuhnya
mempelawakan perkhidmatannya atau mencari jalan untuk bersekutu dalam apa jua jalan dengan
Pergerakan atau sebarang ahli sedemikian, perkara ini mestilah dilaporkan kepada P.D. yang akan
memberitahu Pesuruhjaya Negeri, P.N. kemudiannya akan berunding dengan Ibu Pejabat PBBPM.
Ketegasan bahawa seorang itu masih atau pernah menjadi seorang ahli dalam Pergerakan tidak boleh
dengan sendirinya menjadi bukti mengelakkan dari mematuhi Peraturan-Peraturan ini.

(ii) Jikalau tiada badan penguasa yang tertentu atau jikalau dalam keadaan yang cemas,
Pemimpin yang menjaga Kumpulan yang berkenaan mestilah berhubung terus kepada Ibu Pejabat
PBBPM.
(iii) Ibu Pejabat PBBPM akan mengadakan laporan sulit, dan, di mana penyiasatan itu
datangnya daripada seorang lain daripada Pesuruhjaya, akan juga memberitahu kepada P.N. dan P.D.

Borang WM (A)

74. Apabila kedua-dua P.T. dan P.D. telah berpuas hati, perakuan dibuat kepada Ibu Pejabat PBBPM
dalam WM (A) dan hendaklah ditandatangani oleh pencalon, Setiausaha P.T. dan P.D. Setiausaha P.T.
akan mengirimkannya kepada Ibu Pejabat PBBPM setelah tamat tempoh percubaannya.

Penolakan

75. Apabila perakuan itu ditolak oleh sebab orng itu tidak diingini atau tidak layak bagi menjaga
budak-budak, suatu laporan mestilah dihantar oleh Setiausaha P.T. kepada Ibu Pejabat PBBPM.

Pembatalan

76. Tauliah-tauliah dibatalkan seperti berikut :-

(1) Ketua Pesuruhjaya Negara oleh Ibu Pejabat PBBPM.


Penolong Ketua Pesuruhjaya Negara oleh Ibu Pejabat PBBPM.

(2) Lain-lain Pesuruhjaya-Pesuruhjaya oleh Ibu Pejabat PBBPM.

(3) Pemimpin-Pemimpin Daerah dan Kumpulan oleh Ibu Pejabat PBBPM atas perakuan
P.D. dan P.T., dibuat selepas mesyuarat P.T. atau Jawatan Kuasa Kerjanya, di mana
Pemimpin yang berkenaan berhak boleh didengar.

(4) Semua Pangkat oleh Ibu Pejabat PBBPM., apabila Tauliah itu tidak berjalan
kuatkuasanya lagi mengikut Peraturan-Peraturan 60-61, atau mengikut keputusan Jawatan
Kuasa Majlis mengikut Peraturan 27.

Kumpulan-Kumpulan Yang Dianjur

77. Berkenaan dengan satu Kumpulan yang dianjur, Kuasa Penganjur adalah berhak didengar oleh
P.T. dan P.D. dalam sebarang perkara berhubung dengan pembatalan Tauliah sebarang Pemimpin dalam
Kumpulan itu.

Pengembalian Kepada Pemegang

78. Setelah dibatal, Tauliah itu boleh dikembalikan kepada pemegang oleh Ibu Pejabat PBBPM
mengikut bijaksananya dengan syarat perkhidmatannya telah memuaskan.
PENGGANTUNGAN

Cara Penggantungan

79. (i) Di mana nampaknya perlu bagi faedah Pergerakan Pemegang Tauliah boleh
digantungkan perkhidmatannya seperti berikut :-

Ketua Pesuruhjaya Negara }


Penolong-Penolong Ketua }
Pesuruhjaya Negara } oleh Ketua Pengakap Negara
Pesuruhjaya Antarabangsa }
Pesuruhjaya Latihan }
Negara }

Pesuruhjaya-Pesuruhjaya }
Negeri }
Pesuruhjaya-Pesuruhjaya } oleh Ketua Pesuruhjaya Negara
Ibu Pejabat }
Pesuruhjaya-Pesuruhjaya }
bagi Latihan }

Lain-Lain Pesuruhjaya - oleh Pesuruhjaya Negeri

Pemimpin-Pemimpin - oleh Pesuruhjaya Daerah


dalam Kumpulan atau Persekutuan Tempatan

(ii) Penggantungan perkhidmatan semua Pemimpin dalam kawasan Persekutuan Tempatan


atau semua Pemimpin dalam Kumpulan masing-masing, harus disebabkan oleh penggantungan
Persekutuan Tempatan di bawah Peraturan 135 atau bagi Kumpulan di bawah Peraturan 190.

Akibat

80. Seorang yang telah digantung perkhidmatannya mestilah buat sementara itu menyerahkan
Tauliahnya mengikut Peraturan 86, mestilah enggan daripada menyertai dalam sebarang aktiviti
berhubung dengan Pergerakan, dan mesti jangan memakai pakaian seragam atau lencana-lencana.
Sebarang pangkat atau jawatan yang dipegang dalam Pergerakan oleh orang semacam itu adalah
dianggap kosong buat sementara. Sebarang kesusahan yang timbul di bawah peraturan ini hendaklah
dirujukkan kepada Ibu Pejabat PBBPM.

Laporan Atas Penggantungan

81. Seorang Pesuruhjaya Negeri yang telah menggantungkan sebarang Pesuruhjaya mestilah dengan
segera membuat laporan penuh atas perkara itu kepada Ibu Pejabat PBBPM.
82. (i) Seorang Pesuruhjaya Daerah yang telah menggantung perkhidmatan sebarang
Pemimpin Pengakap dalam Kumpulan dalam Daerahnya di bawah Peraturan 79 (i) mestilah dengan serta
merta memberitahu kepada Persekutuan Tempatan dan jika berkenaan dengan seorang Pemimpin dalam
Kumpulan yang dianjur, kepada Kuasa Penganjur.

(ii) Persekutuan Tempatan mestilah juga memberitahu kepada Pesuruhjaya Daerah dan jika
berkenaan dengan Kumpulan yang dianjur, kepada Kuasa Penganjur, atas sebarang tindakan yang diambil
dalam kawasan itu.

Penyiasatan

83. (i) Penggantungan oleh Pesuruhjaya Daerah atau Persekutuan Tempatan adalah semata-
mata langkah sementara ; ianya hendaklah diikuti dengan seberapa segera oleh suatu penyiasatan penuh
bersama oleh P.D. dan P.T. Untuk tujuan ini P.T. boleh melantik sebuah Jawatan Kuasa Kecil dengan
kuasa penuh untuk bertindak dengan Pesuruhjaya Daerah.

(ii) Orang yang digantung itu mestilah diberitahu tentang cadangan mengadakan mesyuarat
itu, dan diberi peluang untuk menghadiri serta menyatakan perkaranya.

(iii) Jikalau sesuatu Kumpulan yang dianjur itu terlibat, Kuasa Penganjur mestilah diberi
peluang yang sama bagi menghadiri dan memperdengarkan dirinya.

(iv) Pengerusi Persekutuan Tempatan biasanya akan menjadi Pengerusi bagi mesyuarat
bersama ini ; tetapi kiranya dia atau Pesuruhjaya Daerah memikirkan ini tidak sesuai, mereka hendaklah
bersetuju melantik orang lain yang mereka fikir sesuai. Kiranya mereka tidak mencapai persetujuan,
perkara itu mestilah dirujukkan kepada Pesuruhjaya Negeri siapa akan sendiri melantik seorang Pengerusi
yang tidak berat sebelah. Walau bagaimana pun Pengerusi itu mestilah ada kaitan (sama ada dalam
Pengakap atau dalam ahli biasa) dengan Pergerakan Pengakap, tetapi tidak semestinya dengan
Persekutuan Tempatan yang berkenaan.

(v) Pesuruhjaya Negeri mestilah diberitahu tentang penggantungan perkhidmatan dan diberi
masa berpatutan atas cadangan mengadakan mesyuarat itu supaya jika difikirkannya sesuai, sama ada dia
sendiri akan hadir atas melantik wakilnya ; tetapi tidak dikehendaki dia sendiri menjadi Pengerusi atau
mengambil sebarang bahagian cergas dalam perbicaraan itu.
Pemberhentian

84. Selepas penyiasatan di bawah Peraturan 83, penggantungan itu mestilah ditarik balik, atau suatu
perakuan bagi membatalkan Tauliah dengan laporan penuh hendaklah diedarkan kepada Ibu Pejabat
PBBPM oleh atau melalui Pesuruhjaya Negeri mengikut keadaan perkara itu.

PEMULANGAN TAULIAH-TAULIAH

Pemulangan Tauliah-Tauliah Kepunyaan Ibu Pejabat PBBPM

85. Semua Tauliah adalah hak kepunyaan Ibu Pejabat PBBPM dan mestilah dipulangkan kepada
Pembantu Pejabat, Ibu Pejabat PBBPM pada bila-bila masa diminta dengan tidak payah Ibu Pejabat
PBBPM menyatakan sebarang sebab.

Negeri Dan Persekutuan Tempatan - Peraturan

86. Tauliah-Tauliah mestilah dipulangkan oleh pemegang-pemegang sama ada dituntut atau tidak,
seperti berikut :-

Pesuruhjaya Negeri - terus kepadaIbu Pejabat PBBPM.

Pesuruhjaya-Pesuruhjaya - kepada P.N.

Pemimpin-Pemimpin dalam Kumpulan - kepada Setiausaha P.T. atau jika diarah, kepada
P.D.atau P.N. yang akan seterusnya mengirimkan
Tauliah itu kepada Ibu Pejabat PBBPM.

Dalam sebarang keadaan dan perkara yang berikut :-

(1) Atas berhentinya kuatkuasa Tauliah itu di bawah Peraturan-Peraturan 60-61.

(2) Di mana perakuan pembatalan dibuat kepada Ibu Pejabat PBBPM di bawah Peraturan
76.

(3) Dalam tempoh sebarang penggantungan pemegang di bawah Peraturan 79, tetapi dalam
hal ini Tauliah itu hendaklah disimpan oleh P.N., P.D., atau Setiausaha P.T.
kepada siapa akan dipulangkan sehingga perkara itu diputuskan.

Laporan Oleh Pesuruhjaya Negeri

87. Pesuruhjaya Negeri pada masa memulangkan Tauliah kepada Ibu Pejabat PBBPM atas sebarang
sebab mestilah menyatakan sebabnya. Jikalau Tauliah itu berkenaan dengan Pesuruhjaya, laporan itu
mestilah dibuat dalam Borang PW (B).
Laporan Oleh Setiausaha Persekutuan Tempatan

88. Setiausaha Persekutuan Tempatan pada masa memulangkan Tauliah bagi sebarang Pemimpin
dalam Kumpulan, mestilah melampirkan suatu laporan dalam Borang PW(C) dan, bila keadaan
menunjukkan seorang yang berkenaan itu telah tidak memberikan perkhidmatan dengan memuaskan, atau
dalam sebarang cara tidak dikehendaki sebagai seorang ahli dalam Pergerakan atau tidak layak lagi bagi
menjaga budak-budak, laporan mestilah dihantar kepada Ibu Pejabat PBBPM melalui Pesuruhjaya
Negeri.

Perselisihan Di Antara P.T. Dan P.D.

89. Jika dalam sebarang soalan berhubung dengan Tauliah, P.T. dan P.D. tidak boleh mencapai
persetujuan, perkara itu mestilah dirujukkan kepada P.N. yang akan membuat keputusan dan, jika
nampaknya bahawa orang itu tidak dikehendaki atau telah gagal pada memberi perkhidmatannya dengan
sempurna, dia akan melaporkan keputusannya kepada Ibu Pejabat PBBPM.

PERTUKARAN-PERTUKARAN DAN PERUBAHAN JAWATAN

Perubahan Jawatan

90. (i) Di mana seorang Pemimpin berubah pangkat dalam Kumpulan yang sama, atau
menyandang jawatan dengan Kumpulan yang lain atau P.T. yang lain atau Negeri, perkara ini mestilah
dianggap sebagai pembatalan di atas Tauliah yang terdahulunya, yang mana mestilah dipulangkan bagi
tujuan itu. Permohonan bagi pengeluaran Tauliah yang baru dibuat dengan cara biasa.

Pertukaran

(ii) Alamat yang baru bagi sebarang Pemimpin yang meninggalkan Daerah hendaklah
dimasukkan ke dalam Borang PW(C) oleh Setiausaha P.T. supaya Ibu Pejabat PBBPM boleh
memberitahu P.D. bagi Daerah itu ke mana Pemimpin itu akan pergi.

BAHAGIAN V

PERTUBUHAN NEGERI

Negeri Pengakap

91. Kawasan Negeri berkenaan dengan Pengakap biasanya mengikut sempadan Negeri-Negeri tetapi
jika dikehendakkan atas keperluan Kumpulan-Kumpulan yang terlibat, sempadan-sempadan Negeri boleh
diubahkan dengan persetujuan Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Negeri yang berkenaan setelah berunding dengan
Ketua Pesuruhjaya Negara.

Undang-Undang Kecil

91A. Majlis Pengakap Negeri akan menggunakan Undang-Undang Kecil mengikut Contoh
Undang-Undang Kecil (Borang HS(a) (A)). Undang-Undang Kecil Majlis Pengakap Negeri mesti
dipersetujukan oleh Ketua Pesuruhjaya Negara sebelum boleh digunakan dan berkuatkuasa.

YANG DIPERTUA MAJLIS PENGAKAP NEGERI

Yang Dipertua - Perlantikan

92. Yang Dipertua Majlis Pengakap Negeri akan dilantik oleh Ketua Pengakap Negara mengikut
bijaksananya dan akan berkhidmat selama dua tahun.

Pangkat Yang Dipertua Majlis Pengakap Negeri

93. Jawatan itu berpangkat Pesuruhjaya Kehormat satu Surat Perlantikan yang ditandatangani oleh
Ketua Pengakap Negara akan dikeluarkan oleh Ibu Pejabat PBBPM.

Tugas-Tugas

94. Tugas-tugas Yang Dipertua Majlis Pengakap Negeri ialah menggalakkan kebajikan dan
kemajuan Pergerakan dalam Negeri dengan bekerjasama dengan Pesuruhjaya Negeri dan mengetuai
mesyuarat-mesyuarat penuh Majlis Pengakap Negeri.

Pakaian Seragam Dan Lencana-Lencana

95. Yang Dipertua Majlis Pengakap Negeri boleh, jika dia hendak, memakai pakaian seragam
bagaimana dalam Peraturan di Bahagian VIII dan lencana-lencana bagaimana dalam Peraturan di
Bahagian yang sama.

PESURUHJAYA NEGERI

Pesuruhjaya Negeri - Perlantikan

96. Pesuruhjaya Negeri adalah dilantik oleh Ketua Pengakap Negara atas perakuan Ketua
Pesuruhjaya Negara mengikut bijaksananya setelah menerima permohonan ; Pesuruhjaya Negeri diberi
tauliah yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat PBBPM mengikut Bahagian IV.
Tugas-Tugas

97. Tugas-tugas Pesuruhjaya Negeri dalam Negerinya adalah pada keseluruhannya


bertanggungjawab kepada Ketua Pesuruhjaya Negara melalui Ibu Pejabat PBBPM kerana kebajikan,
kemajuan, dan latihan Pergerakan dan kerana mengekalkan Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan
Persekutuan, dan khususnya :-

(1) Memajukan pertubuhan dan pekerjaan Majlis Pengakap Negeri dengan berkesan.

(2) Bertindak bersama-sama dengan Jawatan Kuasa Kerja Majlis Pengakap Negeri atas
semua perkara bersabit dengan kewangan dan harta Majlis Pengakap Negeri.

(3) Mendapatkan khidmat orang-orang yang layak dilantik sebagai Pesuruhjaya-


Pesuruhjaya, dan menguruskan berkenaan dengan Tauliah-tauliah mereka bagaimana
ditentukan dalam Bahagian IV.

(4) Memajukan pertubuhan dan perjalanan Persekutuan-Persekutuan Tempatan dengan


berkesan, dan menguruskan berkenaan dengan pendaftarannya mengikut bagaimana
Peraturan-Peraturan 132-135, dan menerima daripada Persekutuan-Persekutuan
Tempatan, tidak lewat daripada 31hb Januari pada tiap-tiap tahun salinan-
salinan Laporan Tahunan dan kira-kira yang telah diperiksa bersama dengan satu jadual harta
Persekutuan Tempatan.

(5) Memberi, mengikut bijaksananya, sehingga 31hb Januari berikut, pangkat kehormat
yang serupa kepada seorang Pesuruhjaya yang menyerahkan tauliahnya, dengan
kuasa boleh membaharui dari setahun ke setahun.

(Pesuruhjaya Negeri boleh, jika hendak, mengeluarkan Surat Perlantikannya sendiri


kepada Pesuruhjaya Kehormat, tetapi Tauliah yang rasmi atau sijil tiada dikeluarkan).

(6) Menguruskan berkenaan dengan Anugerah-Anugerah di bawah Bahagian IX.

(7) Menjalankan, atau dengan secara lain mengaturkan mengikut bagaimana Peraturan 126,
perjalanan tugas Pesuruhjaya Daerah.
(8) Memberi keputusan dan, di mana telah ditentukan, melapor kepada Ibu Pejabat PBBPM
atas semua perkara yang dirujukkan kepadanya sebagaimana diarah di bawah
Peraturan- Peraturan ini, khususnya dalam sebarang perkara yang berselisihan di
antara seorang Pesuruhjaya Daerah dengan Persekutuan Tempatan.

(9) Menyelesaikan sebarang perselisihan di antara ahli-ahli Pergerakan ; dan apabila perlu,
mengambil tindakan mengikut bagaimana Peraturan 123 (3). Sebarang perselisihan
yang tidak terbatas kepada ahli-ahli dalam satu Daerah yang tidak boleh diselesaikan
oleh Pesuruhjaya Negeri pada awal-awal lagi mestilah dirujukkan kepada Ibu
Pejabat PBBPM di mana Ibu Pejabat PBBPM boleh mengikut bijaksananya, melantik
seorang pendamai yang bebas dan keputusannya akan diterima sebagai
muktamad oleh semua pihak yang berkenaan.

(10) Bekerjasama dan mengekalkan perhubungan yang baik dengan Pandu-Pandu Puteri dan
lain-lain pertubuhan-pertubuhan dalam Negeri dan dengan Persaudaraan Pengakap B.P.

Kekosongan

98. Apabila jawatan Pesuruhjaya Negeri kosong, tugas-tugasnya dijalankan oleh Ketua Pesuruhjaya
Negara di Ibu Pejabat PBBPM atau oleh seorang yang diwakilkan olehnya untuk menjalankan tugas-tugas
itu.

Pakaian Seragam Dan Lencana-Lencana

99. Pesuruhjaya Negeri memakai pakaian seragam bagaimana dalam Peraturan di Bahagian VIII dan
lencana-lencana bagaimana dalam Peraturan di Bahagian yang sama.

PENOLONG-PENOLONG PESURUHJAYA NEGERI DAN


PESURUHJAYA-PESURUHJAYA KAWASAN

Perlantikan

100. (1) Penolong-Penolong Pesuruhjaya Negeri adalah dilantik oleh Ibu Pejabat PBBPM
dengan Tauliah-tauliah mengikut bagaimana dalam Bahagian IV.
Tugas-Tugas

(2) Jawatan-jawatan itu diadakan untuk menolong Pesuruhjaya Negeri dalam perkara-
perkara yang berikut :-

(a) kerana kerja-kerja am bagi seluruh Negeri.

(b) kerana melatih Pemimpin-Pemimpin Pengakap mengikut di bawah Peraturan


104.

Pesuruhjaya Kawasan - Perlantikan

101. (1) Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Kawasan adalah dilantik oleh Ibu Pejabat PBBPM dengan
Tauliah-tauliah mengikut bagaimana dalam Bahagian IV.

Tugas-tugas

(2) Jawatan-jawatan itu diadakan untuk menolong Pesuruhjaya Negeri bagi kawasan-
kawasan dalam Negeri yang ditentukan, di mana Majlis-Majlis Pengakap Kawasan ada ditubuhkan.

Pakaian Seragam Dan Lencana-Lencana

102. Penolong-Penolong Pesuruhjaya Negeri dan Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Kawasan memakai


pakaian seragam bagaimana dalam peraturan di Bahagian VIII, dan lencana-lencana bagaimana dalam
Peraturan di Bahagian yang sama.

TIMBALAN-TIMBALAN KETUA KEM DAN


KETUA-KETUA AKELA

TKK., KA., PTKK., Dan PKA. - Gelaran-Gelaran

103. Pesuruhjaya-Pesuruhjaya dan Penolong-Penolong Pesuruhjaya bagi Latihan yang melatih


Pemimpin-Pemimpin Pengakap adalah diketahui sebagai Timbalan-Timbalan Ketua Kem dan Penolong-
Penolong Timbalan Ketua Kem (kerana melatih Pemimpin-Pemimpin Pengakap dalam kerja Pengakap,
Pengakap Kanan atau Pengakap Kelana) dan Ketua-Ketua Akela dan Penolong-Penolong Ketua Akela
(kerana melatih Pemimpin-Pemimpin Pengakap dalam kerja Pengakap Kanak-Kanak).

Timbalan-Timbalan Ketua Kem dan Ketua-Ketua Akela adalah menjadi ahli-ahli Pasukan
Latihan Antarabangsa dengan Sijil Kehormat dikeluarkan oleh Biro Pengakap Sedunia di Geneva.
Penolong Pesuruhjaya Negeri Bagi Latihan

104. Seorang yang dipilih daripada Timbalan-Timbalan Ketua Kem dan Ketua-Ketua Akela yang
tinggal di Negeri itu boleh dengan bijaksana Ketua Pesuruhjaya Negara diperakukan memegang jawatan
Penolong Pesuruhjaya Negeri bagi Latihan kerana melatih Pemimpin-Pemimpin Pengakap di mana satu
Tauliah Penolong Pesuruhjaya Negeri di bawah Peraturan 100 (2) (b) dikeluarkan. Wanita-wanita tidak
boleh dilantik kepada jawatan ini.

Perlantikan

105. (1) Timbalan-Timbalan Ketua Kem dan Ketua-Ketua Akela, kesemuanya mesti ada
berkelayakan, adalah dilantik atas perakuan Pesuruhjaya Latihan Negara di Ibu Pejabat PBBPM kepada
Ketua Pesuruhjaya Negara. Mereka diberi Tauliah sebagai Pesuruhjaya-Pesuruhjaya bagi Latihan.
Permohonan tidak payah dibuat.

(2) Penolong-Penolong Timbalan Ketua Kem dan Penolong-Penolong Ketua Akela,


kesemuanya mesti ada berkelayakan, adalah dilantik atas perakuan Pesuruhjaya Negeri dengan
persetujuan Pesuruhjaya Latihan Negara di Ibu Pejabat PBBPM dan Ketua Pesuruhjaya Negara kerana
bertugas dengan Pasukan Latihan Negeri. Mereka diberi Tauliah sebagai Penolong-Penolong Pesuruhjaya
bagi Latihan.

Ibu Pejabat PBBPM - Sijil Kehormat

106. Penolong-Penolong Timbalan Ketua Kem dan Penolong-Penolong Ketua Akela, apabila dilantik
menerima Sijil Kehormat dikeluarkan oleh Ibu Pejabat PBBPM dan di mana peraturan-peraturan
berkenaan dengan Tauliah-Tauliah Pesuruhjaya-Pesuruhjaya biasa sebagaimana dinyatakan dalam
Bahagian IV juga dipakai.

Tugas-Tugas

107. (1) Tugas-tugas Timbalan-Timbalan Ketua Kem dan Ketua-Ketua Akela di bawah
pimpinan Pesuruhjaya Latihan Negara adalah menolong Ketua Pesuruhjaya Negara pada menggalakkan
dan memberi kemudahan-kemudahan melatih Pemimpin-Pemimpin Pengakap, dan mengaturkan Kursus-
Kursus Latihan Manikayu di Malaysia.

(2) Penolong-Penolong Timbalan Ketua Kem dan Penolong-Penolong Ketua Akela akan
menjalankan tugas-tugas sebagaimana yang diarahkan oleh Penolong Pesuruhjaya Negeri (Latihan)
dan/atau Pesuruhjaya Latihan Negara Ibu Pejabat PBBPM.
Pakaian Seragam Dan Lencana-Lencana

108. Timbalan-Timbalan Ketua Kem dan Ketua-Ketua Akela (dan Penolong-Penolong mereka
masing-masing) memakai pakaian seragam bagaimana dalam Peraturan di Bahagian VIII dan lencana-
lencana bagaimana dalam Peraturan di Bahagian yang sama.

MAJLIS PENGAKAP NEGERI

Majlis Pengakap Negeri

109. (1) Dalam tiap-tiap sebuah Negeri, sebuah Majlis Pengakap Negeri hendaklah ditubuhkan,
wakil daripada semua Persekutuan-Persekutuan Tempatan didaftarkan dalam Negeri, dan Majlis
Pengakap Negeri hendaklah juga didaftarkan dan Tauliah ditandatangani oleh Ketua Pengakap Negara
dikeluarkan.

Undang-Undang Kecil

(2) Undang-undang Kecil mengikut bagaimana contoh dalam Borang HS (a) A hendaklah
digunakan oleh Majlis itu setelah dipersetujukan oleh Ketua Pesuruhjaya Negara sebelum dikeluarkan
Tauliah.

Tugas-Tugas

110. Tugas-tugas Majlis Pengakap Negeri adalah :-

(1) Memajukan kebajikan Pergerakan dalam Negeri itu dan mengaturkan kerjasama yang
tenteram di antara Persekutuan-Persekutuan Tempatan yang didaftarkan dalam Negeri
itu.

(2) Mengaturkan kerjasama dengan pertubuhan belia latihan yang lain dalam Negeri itu.

(3) Bertindak bersama-sama dengan Pesuruhjaya Negeri dalam semua perkara berkenaan
dengan kewangan dan harta Negeri mengikut peraturan-peraturan dalam Bahagian III
Seksyen V Peraturan-Peraturan ini.

(4) Memilih Jawatan Kuasa Kerja, Jawatan Kuasa Kewangan, Jawatan Kuasa Kecil Hal
Ehwal Am dan lain-lain Jawatan Kuasa Kecil kerana tugas-tugas yang tertentu, jika
perlu.

(5) Mengirim kepada Ibu Pejabat PBBPM pada tiap-tiap tahun satu salinan Laporan
Tahunan dan kira-kira yang telah diperiksa bersama dengan jadual harta tidak lewat
daripada 28hb Februari tiap-tiap tahun.
PERLANTIKAN ANGGOTA-ANGGOTA

Pengerusi

111. (1) Pengerusi Jawatan Kuasa Kerja Majlis Pengakap Negeri dipilih pada tiap-tiap tahun
oleh Majlis Pengakap Negeri. Dia tidak boleh menjadi atau menyambung menjadi seorang Pemimpin
Pengakap.

(2) Satu Sijil Jawatan yang tidak Bertauliah yang ditandatangani oleh Ketua Pengakap
Negara dikeluarkan oleh Ibu Pejabat PBBPM.

Bendahari Kehormat

112. (1) Bendahari Kehormat dipilih pada tiap-tiap tahun oleh Majlis Pengakap Negeri. Dia
tidak boleh menjadi atau menyambung menjadi seorang Pemimpin Pengakap.

Jawatan

(2) Jawatan itu tidak boleh disatukan dengan jawatan Setiausaha Kehormat Majlis
Pengakap Negeri.

(3) Satu Sijil Jawatan yang tidak Bertauliah yang ditandatangani oleh Ketua Pengakap
Negara dikeluarkan oleh Ibu Pejabat PBBPM.

Tugas-Tugas

113. Bendahari Kehormat akan bertindak mengikut bagaimana Dasar Kewangan Persekutuan itu
sebagaimana dinyatakan dalam Bahagian III Seksyen V Peraturan-Peraturan ini dan akan menerima
semua wang bagi pihak Majlis Pengakap Negeri, dan akan menyimpan kira-kira semua tabung mengikut
cara yang telah dipersetujukan. Dia tidak boleh membayar sebarang wang melainkan telah dibenarkan
oleh seorang atau orang-orang yang telah dilantik oleh Majlis Pengakap Negeri kerana tujuan itu.

Pakaian Seragam Dan Lencana-Lencana

114. Bendahari Kehormat boleh memakai pakaian seragam bagaimana dalam Peraturan di Bahagian
VIII dan lencana-lencana bagaimana dalam Peraturan di Bahagian yang sama.

Setiausaha Kehormat

115. (1) Setiausaha Kehormat dipilih pada tiap-tiap tahun oleh Majlis Pengakap Negeri. Dia
tidak boleh menjadi atau menyambung menjadi seorang Pemimpin Pengakap.
Jawatan

(2) Jawatan itu tidak boleh disatukan dengan jawatan Bendahari Kehormat Majlis Pengakap
Negeri.

(3) Ibu Pejabat PBBPM mesti diberitahu dengan tidak berlengah lagi sebarang pertukaran-
pertukaran nama dan/atau alamat Setiausaha Kehormat.

Pangkat

116. Satu Sijil Jawatan yang tidak Bertauliah ditandatangani oleh Ketua Pengakap Negara
dikeluarkan oleh Ibu Pejabat PBBPM.

Tugas-Tugas

117. Tugas-tugas Setiausaha Kehormat adalah seperti berikut :-

(1) Bertindak sebagai Setiausaha kepada Majlis Pengakap Negeri dan membantu
Pesuruhjaya Negeri dalam hal pentadbiran.

(2) Mendaftarkan Pengakap-Pengakap Berseorangan (Lone Scouts), Pengakap-Pengakap


Kanan Berseorangan (Lone Senior Scouts) dan Pengakap-Pengakap Kelana
Berseorangan (Lone Rovers) mengikut bagaimana Peraturan 200 (1).

(3) Menjalankan kerja-kerja yang lain yang akan diberi kepadanya oleh Pesuruhjaya Negeri
atau Majlis Pengakap Negeri.

Bayaran

118. Di mana kedudukan kewangan Majlis Pengakap Negeri itu mengizinkan maka bolehlah diadakan
seorang Penolong Setiausaha yang bergaji, tetapi persetujuan Ibu Pejabat PBBPM hendaklah diperolehi
sebelum daripada jawatan itu diwujudkan.

Pakaian Seragam Dan Lencana-Lencana

119. Setiausaha Kehormat boleh memakai pakaian seragam bagaimana dalam Peraturan di Bahagian
VIII dan lencana-lencana bagaimana dalam Peraturan di Bahagian yang sama.

PERSELISIHAN DI ANTARA PESURUHJAYA NEGERI DENGAN


MAJLIS PENGAKAP NEGERI

Perselisihan

120. Jika Pesuruhjaya Negeri dan Majlis Pengakap Negeri tidak dapat bersetuju dalam sebarang
perkara, perkara itu mestilah dirujukkan kepada Ibu Pejabat PBBPM dengan tidak berlengah lagi oleh
kedua-dua pihak.
BAHAGIAN VI

PERTUBUHAN DAERAH - DAERAH PENGAKAP

Daerah Pengakap - Rancangan Am

121. Negeri itu adalah dibahagikan kepada daerah-daerah Pengakap, tiap-tiap satunya dalam jagaan
seorang Pesuruhjaya Daerah dengan satu atau lebih Persekutuan Tempatan. Istilah-istilah “Daerah”
dan “Persekutuan Tempatan” ada berasingan maknanya dan satunya tidak boleh dianggap bermaksud
yang lagi satu atau pun kedua-dua itu dicantumkan digunakan sebagai satu istilah.

Besarnya

122. (1) Besarnya dan sempadan-sempadan daerah-daerah itu adalah diselesaikan oleh
Pesuruhjaya Negeri dengan berunding dengan Ibu Pejabat PBBPM. Daerah-daerah mestilah dibataskan
kepada had-had kawasan di mana Pesuruhjaya Daerah itu boleh selalu berhubung sendirinya dengan
semua Persekutuan Tempatan-Persekutuan Tempatan, Kumpulan-Kumpulan dan Pemimpin-Pemimpin di
dalamnya, dan bilangan Kumpulan-Kumpulan yang berkenaan tidak bersabit langsung dengan ini.

(2) Adalah dikehendakkan bahawa rundingan dengan Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Pandu


Puteri bagi kawasan-kawasan yang sama hendaklah diadakan apabila menimbangkan sempadan-
sempadan itu.

Perselisihan Di Antara P.T. Dan P.D.

123. Jika Persekutuan Tempatan dan Pesuruhjaya Daerah tidak dapat bersetuju dalam sebarang
perkara, perkara itu mestilah dirujukkan dengan tidak berlengah lagi kepada Pesuruhjaya Negeri siapa
akan membuat keputusan dan melaporkan hal-hal itu dan keputusannya kepada Ibu Pejabat PBBPM.

PESURUHJAYA-PESURUHJAYA DAERAH

Perlantikan

124. Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Daerah adalah dilantik oleh Ibu Pejabat PBBPM dengan Tauliah-
Tauliah bagaimana dalam Peraturan-Peraturan 63 dan 63 (a).

Tugas-Tugas

125. Tugas-tugas Pesuruhjaya Daerah dalam daerahnya adalah pada keseluruhannya,


bertanggungjawab kepada Pesuruhjaya Negeri dan kepada
Ibu Pejabat PBBPM dengan kerjasama Persekutuan Tempatan mana yang munasabah, bagi kebajikan dan
kemajuan Pergerakan dan bagi mengekalkan Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan Persekutuan,
khususnya :-

(1) Mengada dan menggalakkan penubuhan P.T.-P.T., Kumpulan-Kumpulan dan


Cawangan- Cawngan “Persaudaraan Pengakap B.P.” dan menentukan
perjalanannya dengan berkesan.

(2) Mengadakan kerjasama yang tenteram bagi Persekutuan Tempatan-Persekutuan


Tempatan, Pemimpin-Pemimpin dan Jawatan Kuasa-Jawatan Kuasa Kumpulan
dalam Daerah itu.

(3) Menyelesaikan sebarang perbalahan di antara ahli-ahli Pergerakan. Sebarang perbalahan


yang Pesuruhjaya Daerah tidak dapat menyelesaikan pada awal-awal lagi, atau
di mana dia sendiri terlibat, mestilah dirujukkan kepada Pesuruhjaya Negeri, siapa, jika dia
sendiri tidak dapat menyelesaikan, akan dengan serta merta (melainkan dalam perkara-
perkara peraturan di bawah Bahagian IV) melantik seorang pendamai bebas yang
keputusannya, mestilah diterima sebagai muktamad oleh semua pihak yang
berkenaan.

(4) Menyeliakan latihan Pemimpin-Pemimpin dan PENGAKAP-PENGAKAP.

(5) Selalu melawat Kumpulan-Kumpulan dan menasihat bagaimana hendak


menjalankannya mengikut garisan-garisan yang ditentukan dalam “Berpengakap bagi Budak-
Budak”, “Buku Panduan Pengakap Kanak-Kanak”, “Kejayaan Perkelana” dan
sastera yang ada sekarang bagi Pengakap Kanan dan lain-lain sastera yang telah
diluluskan dan Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan.

(6) Menguji pemakai sebarang lencana-lencana kepandaian atas pengetahuannya dalam


perkara itu, dengan kuasa menarik balik lencana itu jika pengetahuannya tidak
mencukupi.

(7) Menjalankan, bagaimana yang telah ditentukan, atas semua perkara-perkara yang telah
diberikan kepadanya di bawah Peraturan-Peraturan ini dan, khususnya dengan :-

Tauliah-tauliah di bawah Bahagian IV.

Pangkat-pangkat Kehormat dan yang tidak Bertauliah di bawah


Peraturan-Peraturan 155-156.
Pendaftaran-pendaftaran Kumpulan di bawah Peraturan-Peraturan
177- 196.

Keahlian PENGAKAP-PENGAKAP di bawah Peraturan-Peraturan


197- 200.

Bintang-bintang dan Anugerah-anugerah di bawah Bahagian IX.

“Persaudaraan Pengakap B.P.” di bawah Peraturan-Peraturan dan


Dasar berkenaan dengannya.

(8) Memberi, mengikut bijaksananya, kebenaran berkhemah kepada PENGAKAP-


PENGAKAP dan Pemimpin-Pemimpin dalam Daerahnya, dan menyelia semua
perkhemahan yang diadakan dalam Daerah, sama ada oleh PENGAKAP-
PENGAKAPNYA sendiri atau PENGAKAP-PENGAKAP yang melawat atau
Pemimpin- Pemimpin.

(9) Mengawal atas semua PENGAKAP-PENGAKAP yang melawat sama ada berkhemah
atau tidak ; jika perlu, melaporkan perkara-perkara itu kepada Pesuruhjaya Negeri, siapa
akan kelak memberitahu Pesuruhjaya Daerah, Daerah daripada mana
PENGAKAP itu datang jika dalam Negeri yang sama, atau kepada Ibu Pejabat PBBPM
jika datangnya daripada Negeri yang lain.

(10) Menyatukan tugas-tugasnya sendiri dengan tugas-tugas Persekutuan Tempatan dalam


sebarang pihak di Daerahnya di mana tiada badan yang seumpamanya buat sementara
waktu.

(11) Bekerjasama dan mengekalkan perhubungan yang baik dengan Pandu-Pandu Puteri dan
lain-lain pertubuhan latihan belia dalam Daerah, dan dengan orang awam.

Kekosongan

126. Di mana jawatan Pesuruhjaya Daerah itu kosong, Pesuruhjaya Negeri akan sama ada
mewakilkan seorang daripada Penolong Pesuruhjaya Daerah atau lain Pesuruhjaya memangku sementara
atau dia sendiri menjalankan tugas-tugas, sehingga jawatan itu telah diisikan dengan betul.

Pakaian Seragam Dan Lencana-Lencana

127. Pesuruhjaya Daerah-Pesuruhjaya Daerah memakai pakaian seragam bagaimana dalam Peraturan
di Bahagian VIII dan lencana-lencana bagaimana dalam Peraturan di Bahagian yang sama.
PENOLONG - PENOLONG PESURUHJAYA DAERAH

Penolong Pesuruhjaya Daerah - Perlantikan

128. Penolong-Penolong Pesuruhjaya Daerah adalah dilantik oleh Ibu Pejabat PBBPM dengan
Tauliah-tauliah mengikut dalam Peraturan-Peraturan 63 dan 63 (a).

Tugas-Tugas

129. Jawatan-jawatan itu diadakan kerana memberi pertolongan kepada Pesuruhjaya Daerah dalam
saluran-saluran yang berikut :-

(1) kerana kerja-kerja am bagi kesluruh Daerah.

(2) kerana kerja-kerja khas, iaitu Pengakap Kanak-Kanak, Pengakap-Pengakap, Pengakap-


Pengakap Kanan, Pengakap-Pengakap Kelana, Pengakap-Pengakap Laut, Pengakap-
Pengakap Udara, Pengakap-Pengakap Cacat.

(3) Dalam kerja-kerja di bawah (2) kerja khas bagi jawatan itu ada disebutkan dalam
Tauliah itu.

Pakaian Seragam Dan Lencana-Lencana

130. Penolong-Penolong Pesuruhjaya Daerah memakai pakaian seragam bagaimana dalam Peraturan
di Bahagian VIII dan lencana-lencana bagaimana dalam Peraturan di Bahagian yang sama.

PERSEKUTUAN TEMPATAN

Persekutuan Tempatan - Kawasan

131. (1) Kawasan yang diwakili oleh satu Persekutuan Tempatan itu adalah diselesaikan oleh Ibu
Pejabat PBBPM setelah berunding dengan Pesuruhjaya Negeri. Boleh jadi, tetapi tidak perlunya,
seperenggan dengan Daerah Pengakap Pesuruhjaya Daerah itu, yang ada dua atau lebih Persekutuan
Tempatan-Persekutuan Tempatan didaftarkan dalam Daerah itu.

(2) Adalah dikehendakkan bahawa rundingan diadakan dengan Pesuruhjaya Pandu Puteri
bagi kawasan yang sama dalam masa menimbangkan sempadan-sempadan.
Pendaftaran

132. (1) Persekutuan Tempatan-Persekutuan Tempatan adalah didaftarkan dan Tauliah-


tauliahnya dikeluarkan oleh Ibu Pejabat PBBPM mengikut bijaksananya, atas perakuan Pesuruhjaya
Negeri setelah berunding dengan Pesuruhjaya Daerah.

(2) Selepas mesyuarat bakal ahli-ahli Persekutuan Tempatan yang baru, di mana penubuhan
dan Undang-Undang Kecilnya diterima dengan rasmi, tiga salinan Borang RS (b) A dan tiga salinan
Borang HS (b) A mestilah dipenuhkan dan ditandatangani oleh bakal Setiausaha Persekutuan Tempatan
itu dan Pesuruhjaya Daerah. Kesemuanya itu dikirimkan kepada Ibu Pejabat PBBPM melalui Setiausaha
Majlis Pengakap Negeri siapa akan mendapatkan persetujuan dan tandatangan Pesuruhjaya Negeri.

(3) Selepas mendapat persetujuan Pendaftaran dn Undang-Undang Kecil daripada Ibu


Pejabat PBBPM, satu Tauliah bagi Persekutuan Tempatan itu dikeluarkan oleh Ibu Pejabat PBBPM dan
dikirim kepada Setiausaha Majlis Pengakap Negeri. Ibu Pejabat PBBPM menyimpan satu salinan Borang
RS (b) A dan satu salinan Borang HS (b) A dan mengirim yang lagi dua set itu kepada Setiausaha Majlis
Pengakap Negeri di mana satu set disimpan dalam rekod Negeri dan satu set dikirim kepada Setiausaha
Persekutuan Tempatan bersama-sama dengan Tauliah bagi disimpan dalam rekod Persekutuan Tempatan.
Setiausaha Majlis Pengakap Negeri memberitahu Pesuruhjaya Daerah bahawa tindakan ini telah
dijalankan.

(4) Gelaran yang penuh yang akan digunakan oleh Persekutuan Tempatan untuk semua
tujuan dengan tiada kecualian ialah “PERSEKUTUAN TEMPATAN BUDAK-BUDAK PENGAKAP
(Nama Tempat)”.

Pembatalan

133. Pendaftaran-pendaftaran Persekutuan Tempatan-Persekutuan Tempatan dibatalkan, dan Tauliah-


tauliahnya ditarik balik oleh Ibu Pejabat PBBPM atas perakuan Pesuruhjaya Negeri setelah berunding
dengan Pesuruhjaya Daerah atau terus oleh Pesuruhjaya Negeri atau Ibu Pejabat PBBPM kerana sebarang
sebab yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan ini.

Penggantungan

134. Pesuruhjaya Negeri ada kuasa boleh menggantung sebarang Persekutuan Tempatan sementara
menunggu pertimbangan oleh Ibu Pejabat PBBPM atas perakuannya bagi membatalkan pendaftarannya.
Keahlian

135. Dalam tempoh penggantungan semua tugas-tugas Persekutuan Tempatan itu terhenti, dan hanya
sepanjang mana Ibu Pejabat PBBPM akan mengarah pada sebaliknya, semua Pemimpin-Pemimpin dan
orang-orang yang menyandang pangkat yang tidak Bertauliah atau Kehormat di dalam Persekutuan
Tempatan itu adalah dengan sendirinya tergantung dari masa bagaimana di bawah Peraturan-Peraturan 79
dan 80 dan demikian juga semua Kumpulan-Kumpulan bagaimana di bawah Peraturan-Peraturan 189 dan
192.

Yang Dipertua

136. Jika dikehendakkan seorang Yang Dipertua bagi Persekutuan Tempatan boleh dilantik oleh
Pesuruhjaya Negeri atas bijaksananya dan akan berkhidmat bagi tempoh dua tahun. Jawatan itu
berpangkat sebagai Pesuruhjaya Kehormat dan Satu Surat Perlantikan ditandatangani oleh Pesuruhjaya
Negeri dikeluarkan.

Tugas-Tugas

Tugas-tugas Yang Dipertua Persekutuan Tempatan itu ialah menggalakkan kebajikan dan
kemajuan Pergerakan dalam kawasan Persekutuan Tempatan dengan bekerjasama dengan Pesuruhjaya
Daerah dan mengetuai mesyuarat-mesyuarat penuh Persekutuan Tempatan.

Keahlian

137. Keahlian Persekutuan Tempatan hendaklah mengikut bagaimana Undang-Undang Kecil


Persekutuan Tempatan yang telah dipersetujukan.

Tugas-tugas

138. Tugas-tugas Persekutuan Tempatan selain daripada menolong Pesuruhjaya Daerah jika dia
berkehendakkan adalah :-

(1) Menjaga, menyokong dan menggalakkan Pergerakan dalam kawasannya dengan


seberapa sedikit gangguan atas kebebasan dan daya penggerak Kumpulan-Kumpulan.

(2) Menjalankan, sebagaimana yang telah ditentukan, atas semua perkara yang diberikan
kepadanya di bawah Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan dan khususnya berkenaan
dengan :-

Tauliah-tauliah di bawah Bahagian IV.

Pangkat-pangkat yang tidak Bertauliah dan Kehormat di bawah Peraturan-


Peraturan 155-156 dan “Persaudaraan Pengakap B.P.”.
Pendaftaran Kumpulan di bawah Peraturan-Peraturan 177-196.

Keahlian PENGAKAP-PENGAKAP di bawah Peraturan-Peraturan 197-200.

Bintang-bintang dan Anugerah-anugerah di bawah Bahagian IX.

(3) Menentukan akan pemakaian dengan berkesannya Dasar Kewangan Persekutuan


mengikut bagaimana Bahagian III Seksyen V, memungut dan mentadbirkan tabung-
tabung kewangan dengan cara yang dipersetujukan, menyelia akan hal kewangan
Kumpulan, perlantikan Jawatan Kuasa-Jawatan Kuasa Kumpulan mengikut bagaimana
Peraturan-Peraturan 202-203 dan mengadakan wakil-wakil penjaga harta Kumpulan
mengikut bagaimana Peraturan-Peraturan 204-206.

(4) Bertanggungjawab bagi mengada dan mengeluarkan semua lencana kepandaian dan
mengaturkan peperiksaan bagi semua lencana kepandaian mengikut bagaimana
Peraturan- Peraturan lencana-lencana yang tertentu.

Mesyuarat Tahunan

139. Persekutuan Tempatan itu akan mengadakan Mesyuarat Tahunannya selepas 1hb Januari tetapi
sebelum 31hb Januari pada tiap-tiap tahun apabila perkara-perkara yang berikut akan dibincangkan :-

(1) Pengesahan Laporan Tahunan dan Ikatan Kira-Kira yang telah diperiksa, salinan-
salinannya, bersama-sama dengan satu jadual harta Persekutuan Tempatan mesti
dikirimkan kepada Setiausaha Majlis Pengakap Negeri dan Pesuruhjaya Negeri dengan
serta merta selepas Mesyuarat Agong Tahunan itu.

(2) Pilihan bagi tahun yang akan datang anggota-anggota, dan ahli-ahli Jawatan Kuasa
Kerja.

(3) Menimbangkan semua perlantikan bagi orang-orang yang akan menyandang pangkat
kehormat mengikut di bawah Peraturan-Peraturan 155-166.

Pengerusi

140. (1) Persekutuan Tempatan akan memilih seorang Pengerusi dalam Mesyuarat Tahunan pada
tiap-tiap tahun.
(2) Pengerusi Persekutuan Tempatan itu akan juga menjadi Pengerusi Jawatan Kuasa Kerja.

(3) Pengerusi itu tidak boleh menjadi, atau menyambung menjadi seorang Pemimpin
Pengakap.

(4) Pengerusi itu diberi satu Sijil Pangkat yang tidak Bertauliah oleh Ibu Pejabat PBBPM
dan, sebagai tambahan, dengan persetujuan Pesuruhjaya Negeri dia boleh diberi pangkat Pesuruhjaya
Kehormat.

(5) Dia boleh memakai pakaian seragam bagaimana dalam Peraturan di Bahagian VIII dan
lencana-lencana bagaimana dalam Peraturan di Bahagian yang sama, atau jika dilantik sebagai
Pesuruhjaya Kehormat mengikut bagaimana dalam Peraturan di Bahagian yang sama juga.

Bendahari

141. (1) Persekutuan Tempatan dalam Mesyuarat Tahunannya pada tiap-tiap tahun akan memilih
seorang Bendahari siapa tidak boleh menjadi atau menyambung menjadi seorang Pemimpin Pengakap.

(2) Jawatan itu tidak boleh disatukan dengan Jawatan Setiausaha Persekutuan Tempatan.

(3) Bendahari itu diberi satu Sijil Pangkat yang tidak Bertauliah oleh Ibu Pejabat PBBPM.

(4) Dia boleh memakai pakaian seragam bagaimana dalam Peraturan di Bahagian VIII dan
lencana-lencana bagaimana dalam Peraturan di Bahagian yang sama.

Setiausaha

142. (1) Persekutuan Tempatan dalam Mesyuarat Tahunannya pada tiap-tiap tahun akan memilih
seorang Setiausaha siapa tidak boleh menjadi atau menyambung menjadi seorang Pemimpin Pengakap.

(2) Jawatan itu tidak boleh disatukan dengan jawatan Bendahari Persekutuan Tempatan.

(3) Ibu Pejabat PBBPM dan Setiausaha Majlis Pengakap Negeri hendaklah sentiasa
dimaklumkan nama dan alamat Setiausaha Persekutuan Tempatan dan sebarang perubahan-perubahan.

(4) Setiausaha Persekutuan Tempatan itu diberi Sijil Pangkat yang tidak Bertauliah oleh Ibu
Pejabat PBBPM.

(5) Dia boleh memakai pakaian seragam bagaimana dalam Peraturan di Bahagian VIII dan
lencana-lencana bagaimana dalam Peraturan di Bahagian yang sama.
Jawatan Kuasa Kerja

143. (1) Jawatan Kuasa Kerja itu akan dipilih dalam Mesyuarat Tahunan pada tiap-tiap tahun.

(2) Jawatan Kuasa Kerja itu akan ditubuhkan mengikut bagaimana Undang-Undang Kecil
Persekutuan Tempatan yang telah dipersetujukan.

(3) Cukup bilang dan tempoh bagi memberitahu mesyuarat Jawatan Kuasa Kerja itu akan
ditentukan dalam Undang-Undang Kecil ; tertakluk kelak, Jawatan Kuasa Kerja akan membuat
ketentuannya sendiri bagi mengadakan mesyuarat-mesyuarat dan bagi menjalankan perkara-perkara di
dalamnya.

144. Jawatan Kuasa Kerja boleh menjalankan semua tugas-tugas Persekutuan Tempatan kecuali
berkenaan dengan menerima atau mengubah Undang-Undang Kecil dan perkara-perkara yang ditentukan
oleh Peraturan 139.

Jawatan Kuasa - Jawatan Kuasa Kecil

145. (1) Jawatan Kuasa Kerja boleh melantik Jawatan Kuasa-Jawatan Kuasa Kecil untuk
mengelolakan soalan-soalan berkenaan dengan kewangan, lencana-lencana dan lain-lain perkara, dan
Setiausaha-Setiausaha Jawatan Kuasa-Jawatan Kuasa yang tersebut.

(2) Jawatan Kuasa-Jawatan Kuasa Kecil hendaklah dianggap sebagai Jawatan Kuasa-
Jawatan Kuasa Kecil, Jawatan Kuasa-Jawatan Kuasa Kerja dan Setiausaha-Setiausaha bagi Jawatan
Kuasa- Jawatan Kuasa Kecil itu hendaklah dianggap sebagai Penolong-Penolong kepada Setiausaha
Persekutuan Tempatan.

(3) Orang-orang boleh dipilih sebagai ahli-ahli Jawatan Kuasa-Jawatan Kuasa itu sungguh
pun tidak menjadi ahli-ahli Jawatan Kuasa Kerja, tetapi mereka mesti menjadi ahli-ahli Persekutuan
Tempatan.

Jawatan Kuasa Pengakap Laut

146. (1) Apabila dalam sebarang kawasan bermain laut (boating) adalah menjadi bahagian
aktiviti-aktiviti Pengakap-Pengakap, Pengakap-Pengakap Kanan atau Pengakap-Pengakap Kelana, sebuah
Jawatan Kuasa Kecil Khas (yang akan digelar “Jawatan Kuasa Pengakap Laut”) mesti dilantik oleh
Persekutuan Tempatan di bawah Peraturan 145.
Istilah bermain laut (boating) meliputi semua bot-bot dan pengangkutan air (water-craft)
yang digunakan oleh Pengakap-Pengakap, termasuk kayak-kayak dan canoe-canoe.

(2) Dua atau lebih Persekutuan Tempatan, walau pun dalam lain-lain Negeri boleh,
tertakluk kepada persetujuan Pesuruhjaya-Pesuruhjaya yang berkenaan, menubuh sebuah Jawatan Kuasa
Bersama untuk menjalankan semua kerja jika tidaknya akan dijalankan oleh Jawatan Kuasa Pengakap
Laut Persekutuan Tempatan yang berkenaan.

Kerja - Kerja Jawatan Kuasa Pengakap Laut

146A. Kerja-kerja Jawatan Kuasa Pengakap Laut adalah seperti berikut :-

Peraturan - Peraturan Tempatan

(1) Mengeluarkan peraturan-peraturan jika difikirkan perlu berkenaan dengan sebarang


perairan dalam kawasannya dan mengambil semua langkah yang munasabah pada
menentukan peraturan-peraturan itu dipatuhi oleh ahli-ahli Pergerakan. Peraturan-
Peraturan tempatan tidak akan ada kuatkuasanya sehingga telah dipersetujukan oleh Ibu
Pejabat PBBPM.

Sijil - Sijil Bot

(2) Melantik orang-orang yang berkelayakan (siapa akan digelar Penguji-Penguji Sijil Bot)
untuk menimbangkan permohonan-permohonan dan memeriksa bot-bot untuk diberi
Sijil-Sijil Bot ; dan di atas perakuan seorang Penguji Sijil Bot yang telah dilantik,
mengeluarkan Sijil-Sijil Bot dalam borang yang telah dipersetujukan oleh Ibu
Pejabat PBBPM.

Sijil Penjaga

(3) Melantik orang-orang yang berkelayakan (siapa akan digelar “Penguji-penguji Sijil
Penjaga”) untuk menimbangkan permohonan-permohonan dan menguji calon-calon
untuk diberi Sijil-Sijil Penjaga ; dan di atas perakuan seorang Penguji Sijil Penjaga yang
telah dilantik, mengeluarkan Sijil-Sijil Penjaga dalam borang yang telah
dipersetujukan oleh Ibu Pejabat PBBPM.

Pengesahan

(4) Mengesahkan bahawa Sijil-Sijil Penjaga itu adalah sah bagi perairan-perairan yang
ditentukan diluar daripada kawasannya
sendiri setelah berunding atas tiap-tiap satu perkara dengan Jawatan Kuasa Pengakap
Laut (jika ada) bagi kawasan yang dipersoalkan dan setelah menentukan apa, jika ada,
kesusahan-kesusahan dan merbahaya-merbahaya yang terhad kepada perairan-perairan
yang tertentu itu dan sebarang peraturan-peraturan tempatan Pengakap Laut yang
berkenaan dengannya. Sebelum mengesahkan satu Sijil Penjaga, Pesuruhjaya Pengakap
Laut mestilah berpuas hati bahawa pemegang itu telah diberitahu dengan jelasnya atas
semua keadaan-keadaan berkenaan dengan perairan-perairan yang dipersoalkan dan
bahawa dia cukup layak dan dipercayai boleh menjaga satu bot dalam keadaan-keadaan
ini.

Pendaftaran

(5) Menyimpan sebuah daftar mengandungi butir-butir semua Sijil-sijil Bot dan Sijil-sijil
Penjaga yang dikeluarkannya, dan semua pengesahan pada Sijil-sijil Penjaga dibuat di
bawah (4) di atas, sama ada olehnya sendiri kerana Pemimpin-Pemimpinnya, atau lain
Jawatan Kuasa Pengakap Laut kerana Pemimpin-Pemimpin yang melawat kawasannya.

UNDANG - UNDANG KECIL PERSEKUTUAN TEMPATAN

Contoh Undang-Undang Kecil

147. (1) Persekutuan Tempatan mesti apabila didaftarkan memakai Undang-Undang Kecil. Tiga
salinan contoh Undang-Undang Kecil (Borang HS (b)A) sebagaimana ditunjukkan dalam Lampiran “B”
mesti diedarkan, selepas dipersetujukan oleh Pesuruhjaya Daerah kepada Setiausaha Majlis Pengakap
Negeri, siapa akan, selepas dipersetujukan oleh Pesuruhjaya Negeri, mengedarkannya kepada Ibu Pejabat
PBBPM. Undang-Undang Kecil itu dan sebarang pindaan yang berikut kelak mesti dipersetujukan oleh
Ibu Pejabat PBBPM sebelum ianya berkuatkuasa.

(2) Perubahan-perubahan tempatan atas Undang-Undang Kecil itu tidak akan diluluskan
oleh Ibu Pejabat PBBPM melainkan ada sebab yang baik diberi bagi mengeluarkannya daripada Contoh
(Borang HS (b)A).

Kewangan

148. (1) Persekutuan Tempatan akan memungut di tempatnya wang yang dikehendakkan kerana
belanja-belanja kerjanya, dan kerana menyokong Pergerakan amnya. Yuran-yuran dan derma-derma
kerana tujuan ini hendaklah diterima dan disimpan kira-kira oleh Bendahari
Persekutuan Tempatan itu dan bukan oleh sebarang Pemimpin berseorangan. Persekutuan Tempatan akan
menggalakkan Kumpulan-Kumpulan memungut wang untuk membiayai Kumpulan-Kumpulan dan
Pergerakan amnya.

(2) Salinan-salinan kira-kira yang telah diperiksa dengan satu jadual harta Persekutuan
Tempatan mesti dikirimkan kepada Pesuruhjaya Negeri dan Setiausaha Majlis Pengakap Negeri dengan
serta selepas Mesyuarat Agong Tahunan.

(3) Persekutuan Tempatan akan menentukan bahawa Dasar Kewangan Persekutuan itu
sebagaimana yang dinyatakan dalam Bahagian III Seksyen V itu diikuti di kedua-dua peringkat
Kumpulan-Kumpulan dan Persekutuan Tempatan.

149. Persekutuan Tempatan boleh mengikut bijaksananya meminta yuran daripada ahli-ahlinya di
bawah Peraturan 136 dan daripada semua Kumpulan-Kumpulan yang telah didaftarkan di bawah
Peraturan 186.

Harta

150. Adalah menjadi mustahak bahawa harta Persekutuan Tempatan hendaklah diserahmilik kepada
Wakil Penjaga di bawah Surat Menjaga mengikut kaedah dalam Peraturan 25.

Kekosongan

151. Di mana tiada Persekutuan Tempatan, Pesuruhjaya Daerah akan menyatukan tugas-tugas
Persekutuan Tempatan itu dengan tugas-tugasnya sendiri, buat sementara.

152. (Disimpan)

153. (Disimpan)

154. (Disimpan)

Pangkat-pangkat Yang Tidak Bertauliah

155. Perlantikan-perlantikan yang berikut dibuat oleh Persekutuan Tempatan dan Pesuruhjaya Daerah
dan adalah diketahui sebagai pangkat-pangkat yang tidak Bertauliah :-

Jurulatih

Penguji
Sebagai tambahan, pangkat yang tidak bertauliah akan dengan sendirinya diberi oleh Ibu Pejabat
PBBPM apabila menerima permohonan bagi :-

Pengerusi Persekutuan Tempatan di bawah Peraturan 140 (4)

Bendahari Persekutuan Tempatan di bawah Peraturan 141 (3)

Setiausaha Persekutuan Tempatan di bawah Peraturan 142 (4)

Perlantikan

156. Pangkat-pangkat ini ada membawa Sijil-Sijil Perlantikan ( Borang WC(B) atau WC(C) ).
Peraturan yang hendak diikuti dan ingatan-ingatan yang hendak dipakai, oleh Persekutuan Tempatan dan
Pesuruhjaya Daerah ( termasuk penyiasatan mengikut Peraturan 73 ) dan di mana kemungkinan timbul,
oleh Pesuruhjaya Negeri dalam semua perkara yang bersangkut dengannya dan khususnya berkenaan
dengan kelayakan-kelayakan am perlantikan itu, penggantungan dan keberhentian adalah sama dalam
tiap-tiap satunya sebagaimana kedudukan Pemimpin-Pemimpin melainkan :-

(1) Perlantikan itu dibuat di tempatnya, berkenaan dengan Jurulatih-jurulatih dan Penguji-
penguji, dan satu Sijil Perlantikan Khas ( Borang WC(C) ) bagi penggunaan
Persekutuan Tempatan-Persekutuan Tempatan dan Pesuruhjaya Daerah-
Pesuruhjaya Daerah boleh dapat dibeli daripada Kedai Pengakap di Ibu Pejabat
PBBPM.

(2) Pemberitahu berkenaan dengan perlantikan dan keberhentian Pengerusi Persekutuan


Tempatan, Bendahari atau Setiausaha dan perubahan-perubahan alamat mesti dikirim
kepada Ibu Pejabat PBBPM dengan tidak berlengah.

Kelayakan-Kelayakan

157. Sebagai tambahan kepada kelayakan-kelayakan am sebagaimana di atas dan kelayakan-


kelayakan khas yang telah ditetapkan bagi tiap-tiap pangkat seorang yang akan menerima pangkat yang
tidak Bertauliah mesti sekurang-kurangnya berumur 18 tahun.

158. (Disimpan)

Jurulatih

159. Pangkat Jurulatih boleh diberi sebagaimana yang di atas kepada seorang (bukan seorang
Pemimpin) siapa ada pengetahuan cekap atas
sebarang perkara di mana dia bersedia melatih PENGAKAP-PENGAKAP, dan siapa telah sudah pun
menjalankannya sekurang-kurangnya tiga bulan lamanya. Perlantikan itu boleh dibuat kerana satu atau
lebih Kumpulan atau Persekutuan Tempatan pada keseluruhannya.

INGATAN : Peraturan ini tidak berkenaan dengan “Jurulatih Pengakap Kanak-Kanak” di bawah
Peraturan 225.

Penguji

160. (1) Pangkat Penguji boleh diberi sebagaimana yang di atas kepada seorang (bukan seorang
Pemimpin) siapa ada pengetahuan cekap atas sebarang perkara berhubung dengan Lencana Kepandaian
PENGAKAP, di mana dia bersedia menguji PENGAKAP-PENGAKAP. Perlantikan itu boleh dibuat
kerana satu lebih Kumpulan atau Persekutuan Tempatan pada keseluruhannya dan bagi lencana-lencana
yang ditentukan. Seorang Jurulatih boleh juga dilantik menjadi Penguji.

(2) Seorang Penguji boleh kedua-duanya melatih dan menguji seorang PENGAKAP kerana
sebarang bahagian Bintang Satu dan Lencana-lencana Kelas Dua, atas permintaan Pemimpin-Pemimpin
yang berkenaan.

(3) Di mananya tepat perlu, seorang Pemimpin dalam Kumpulan boleh dilantik menjadi
Penguji bagi lencana-lencana yang ditentukan tetapi dalam keadaan itu dia tidak boleh menguji
Pengakap-Pengakap dalam kumpulannya sendiri. Dalam keadaan itu kerja yang terlibat oleh perlantikan
itu jangan sekali-kali mengganggu dalam apa cara pun dengan kerja-kerja dan tanggungjawab Pemimpin
itu dalam kumpulannya sendiri.

161. (Disimpan)

162. (Disimpan)

Pengerusi, Bendahari Dan Setiausaha P.T.

163. Pemilihan Pengerusi, Bendahari dan Setiausaha Persekutuan Tempatan terpulang kepada
Persekutuan Tempatan sahaja, tetapi Sijil-Sijil Perlantikan kepada Pangkat yang tidak Bertauliah adalah
dikeluarkan kepada mereka oleh Ibu Pejabat PBBPM selepas perisytiharan pemilihan itu dan nama-nama
yang penuh dan alamat-alamat mereka.
Pakaian Seragam Dan Lencana-Lencana

164. Orang-orang yang memegang pangkat yang tidak Bertauliah boleh memakai pakaian seragam
bagaimana dalam Peraturan di Bahagian VIII dan lencana-lencana bagaimana dalam Peraturan di
Bahagian yang sama.

PANGKAT-PANGKAT KEHORMAT

Pangkat-Pangkat Kehormat - Perlantikan Dan Lain-Lain

165. Persekutuan Tempatan dan Pesuruhjaya Daerah boleh bersama-sama dalam keadaan yang sesuai
memberi pangkat kehormat yang serupa kepada seseorang yang telah berhenti daripada memegang
Tauliah sebagai seorang Pemimpin dalam Kumpulan dan tidak memegang sebarang pangkat yang lain
sebagai seorang Pemimpin dalam Pergerakan. Tauliah atau Sijil tidak dikeluarkan tetapi jika
dikehendakkan Pesuruhjaya Daerah boleh menandatangani satu suratnya sendiri memberitahu orang itu
atas perlantikannya yang kehormat itu.

Pembaharuan

166. Pangkat yang seumpama itu terbuka untuk disemak pada tiap-tiap tahun pada masa adanya
Mesyuarat Tahunan Persekutuan Tempatan.

Pakaian Seragam Dan Lencana-Lencana

167. Orang-orang yang memegang pangkat kehormat boleh memakai pakaian seragam bagaimana
dalam Peraturan di Bahagian VIII dan lencana-lencana bagaimana dalam Peraturan di Bahagian yang
sama.

BAHAGIAN VII

PERTUBUHAN KUMPULAN

Rancangan Am

168. (1) Unit bagi Pertubuhan Pengakap dalam Daerah ialah Kumpulan. Rancangan am bagi
pertubuhan Kumpulan-Kumpulan adalah bagaimana dimasukkan dalam carta dalam
Lampiran A.

(2) Sesebuah Kelab Pengakap di Universiti atau Maktab boleh dianggap bagi pendaftaran
dan pentadbiran sebagai sebuah Kumpulan di dalam Persekutuan Tempatan yang berkenaan.
PEMIMPIN KUMPULAN

P.K.

169. (1) Apabila sebuah Kumpulan mengandungi lebih dari satu cawangan, maka adalah
dikehendaki seorang yang tidak menjaga satu-satu cawangan dilantik sebagai
Pemimpin Kumpulan. Dalam hal yang demikian, satu tauliah sebagai Pemimpin
Kumpulan bagaimana dalam Bahagian IV mestilah dipohonkan atas
perakuan Persekutuan Tempatan dan Pesuruhjaya Daerah.

(2) Jika ada seorang yang seperti itu, maka Pemimpin yang menjaga salah satu daripada
Cawangan-Cawangan dalam Kumpulan itu yang ada kelayakan sekali dari segi tingkah-
laku, umur dan pengalaman boleh dipilih oleh Persekutuan Tempatan dan Pesuruhjaya
Daerah untuk menjalankan kerja-kerja Pemimpin Kumpulan tetapi satu Tauliah yang
berasingan sebagai Pemimpin Kumpulan tidak perlu dipohon.

(3) Apabila memilih seseorang di bawah (1) dan (2), Persekutuan Tempatan dan
Pesuruhjaya Daerah hendaklah mengindahkan hak-hak kuasa penganjur bagaimana dalam
Peraturan 66 dan hendaklah juga berunding dengan Majlis Kumpulan.

(4) Tauliah sebagai Pemimpin Kumpulan tidak boleh dikeluarkan dalam Kumpulan-
Kumpulan yang mengandungi satu Cawangan sahaja, dalam mana Pemimpin
yang menjaga Cawangan itu akan dianggap sebagai memangku jawatan Pemimpin
Kumpulan bagi segala tujuan.

Wanita-Wanita

170. Tauliah sebagai Pemimpin Kmpulan hanya akan dikeluarkan kepada seorang wanita atas
bijaksana Ibu Pejabat PBBPM dalam keadaan yang luarbiasa. Dalam hal yang demikian, satu perakuan
khas oleh Persekutuan Tempatan atau Pesuruhjaya Daerah sebagai tambahan kepada Borang GG mestilah
dikemukakan kepada Ibu Pejabat PBBPM dan mesti mengandungi :-

(1) Satu kenyataan yang penuh atas keadaan luarbiasa itu.

(2) Satu pengakuan bahawa berkenaan dengan adanya Sebarang Pengakap Kanan dan
Pengakap Kelana dalam Kumpulan itu
maka syarat-syarat dalam Peraturan-Peraturan 247G dan 255 masing-masingnya akan
dipatuhi.

171. (Disimpan)

Kelayakan-Kelayakan

172. Kelayakan-kelayakan yang dikehendakkan sebagai Pemimpin Kumpulan ialah bagaimana


disebutkan dalam Peraturan-Peraturan 69 dan 69 (a).

Tugas-tugas

173. Tugas-tugas Pemimpin Kumpulan adalah seperti berikut :-

(1) Menjalankan pengawasan atas semua Cawangan dalam Kumpulan dan menyelaraskan
aktiviti-aktiviti mereka, dalam pada itu meletakkan sepenuh tanggungjawab tentang
pengurusan kepada Pemimpin-Pemimpin yang menjaganya.

(2) Menjadi Pengerusi dalam Majlis Kumpulan di bawah Peraturan 201 (2) dan
menggalakkan kerjasama di antara Pemimpin-Pemimpin dalam Kumpulan itu.

(3) Menubuhkan Jawatan Kuasa Kumpulan di bawah Peraturan 202 dan sendirinya
berkhidmat di dalamnya.

(4) Menguruskan perkara-perkara berhubung dengan keahlian Pengakap-Pengakap


mengikut bagaimana Peraturan-Peraturan 197-199.

(5) Menentukan bahawa perhubungan adalah sentiasa kekal dengan ahli-ahli Kumpulan
yang berkhidmat dalam angkatan tentera.

174. (1) Seorang yang telah dikeluarkan tauliah sebagai Pemimpin Kumpulan boleh, jika
dipersetujui oleh Persekutuan Tempatan dan Pesuruhjaya Daerah menjaga satu
Cawangan dalam Kumpulan itu, tetapi tauliah tambahan bagi pangkat itu tidak perlu
dipohonkan.

(2) Pemimpin Kumpulan tidak seharusnya menjaga Pasukan Pengakap Kelana melainkan
dia benar-benar ada kelayakan di bawah Peraturan 250.
175. Pemimpin Kumpulan-Pemimpin Kumpulan memakai pakaian seragam bagaimana dalam
Peraturan di Bahagian VIII dan lencana-lencana bagaimana dalam Peraturan-Peraturan di Bahagian yang
sama.

KUMPULAN PENGAKAP

Kandungan Dalam Kumpulan

176. Kumpulan yang lengkap mengandungi Pasukan Pengakap Kanak-Kanak, Pasukan Pengakap dan
Pasukan Pengakap Kelana, dengan tambahan, jika hendak, satu Pasukan Pengakap Kanan ; tetapi boleh
pada bila-bila masa hanya mengandungi satu atau dua Cawangan sahaja.

Penubuhan

177. Langkah-langkah bagi menubuhkan satu Kumpulan baru tidak boleh diambil melainkan telah
mendapat kebenaran sementara daripada Persekutuan Tempatan dan Pesuruhjaya Daerah.

Pendaftaran

178. Semua Kumpulan mestilah didaftarkan di Ibu Pejabat PBBPM, dan diakui sebagai unit-unit
Persekutuan Budak-Budak Pengakap dalam masa ianya berdaftar. Ahli-ahli Kumpulan-Kumpulan yang
tidak didaftarkan yang memakai lencana-lencana atau dengan apa cara pun mengenalkan diri mereka
sebagai ahli-ahli Persekutuan boleh didakwa mengikut peraturan-peraturan dalam Bahagian I.

Pendaftaran Kumpulan-Kumpulan Yang Dianjur

179. (1) Badan-badan yang berikut, bersama-sama dengan yang lain-lain yang mungkin dari
semasa ke semasa diluluskan bagi tujuan itu oleh Ibu Pejabat PBBPM adalah berhak
memohon pendaftaran khas bagi Kumpulan-Kumpulan yang ditubuhkannya :-

Gereja-gereja dari sebarang mazhab, Universiti-Univesiti, Maktab-Maktab dan


Sekolah-Sekolah (lihat Peraturan 212), Hospital-Hospital dan Institusi-Institusi,
Y.M.C.A. dan Toc H.

Kuasa Penganjur

(2) Kumpulan-Kumpulan yang didaftarkan sedemikian adalah dikenal sebagai Kumpulan-


Kumpulan “dianjur” berlainan daripada Kumpulan-Kumpulan “terbuka”, dan orang atau
Jawatan Kuasa yang dilantik oleh badan yang berkenaan bagi menjalankan tugas-tugas
berkaitan dengan Kumpulan-Kumpulan itu adalah dikenal sebagai “Kuasa Penganjur”.

179A. Atas permohonan untuk mendaftar Kumpulan yang dianjur Kuasa Penganjur mesti :-

(1) Menerima tujuan-tujuan, cara-cara dan dasar Persekutuan bagaimana yang ditentukan
dalam “Pengakap bagi Budak-Budak” dan P.O.R. dan tugas mencuba menentukan
supaya Kumpulan itu berjalan terus.

(2) Bersetuju menurut syarat-syarat dalam Peraturan 180.

(3) Merekodkan persetujuan dengan Persekutuan Tempatan berkenaan dengan harta


mengikut bagaimana Peraturan 205.

(4) Bersetuju memberikan kepada Pemimpin Kumpulan bantuan yang seberapa boleh
baginya menjalankan kerja-kerja yang telah diberikan kepadanya mengikut Peraturan
182.

Akibat Pendaftaran

180. Akibat pendaftaran sebagai Kumpulan yang dianjur ialah :-

(1) Kuasa Penganjur tidak boleh, melainkan telah ditetapkan dalam Peraturan ini, menerima
dalam Kumpulan-Kumpulan Gereja, budak-budak daripada lain Gereja atau
mazhab, atau jika berkenaan dengan Kumpulan-Kumpulan yang ditubuhkan oleh lain-lain
badan yang dinyatakan dalam Peraturan 179 (1) budak-budak daripada lain badan
yang serupa.

Tidak patuh kepada syarat ini tidak dengan sendirinya menukarkan keadaan pendaftaran
itu, tetapi jika disengajakan, akan menjadi sebab yang sah untuk diperakukan
kepada Ibu Pejabat PBBPM oleh Persekutuan Tempatan dan Pesuruhjaya Daerah
supaya pendaftaran itu diubahkan. Jika pada pendapat Persekutuan Tempatan dan
Pesuruhjaya Daerah adalah perlu dibenarkan budak-budak yang lain masuk dalam
Kumpulan yang dianjur itu maka Kumpulan itu mestilah patuh kepada Peraturan 17
(2).

(2) Kuasa Penganjur mendapat hak mencalon orang-orang sebagai Pemimpin-Pemimpin


dalam Kumpulan mengikut
bagaimana Peraturan 66 dan Persekutuan Tempatan dan Pesuruhjaya Daerah tidak boleh
menimbangkan sebarang orang kerana jawatan itu sehingga telah dicalonkan.
Selepas dicalon, permohonan itu berjalan mengikut cara biasa bagaimana dinyatakan
dalam Peraturan-Peraturan 67-75.

(3) Kuasa Penganjur berhak didengar oleh Persekutuan Tempatan dan Pesuruhjaya Daerah
dalam semua perkara penolakan, pengubahan atau pembatalan pendaftaran Kumpulan,
pengeluaran, penggantungan, atau pembatalan, tauliah bagi sebarang Pemimpin dalam
Kumpulan, atau dalam keadaan yang dinyatakan dalam Peraturan 197 (3), pembuangan
sebarang Pengakap dalam Kumpulan itu.

(4) Kuasa Penganjur adalah bertanggungjawab dalam beberapa hal di bawah Peraturan 17
(1) memberi latihan agama kepada Pengakap-Pengakap, menyokong dan menggalakkan
kumpulan dan memperhatikan supaya perkara ini berkekalan, Kuasa Penganjur tiada
terlibat dalam perkara latihan Pengakap, di mana Pemimpin Kumpulan adalah
bertanggungjawab kepada Persekutuan Tempatan dan Pesuruhjaya Daerah.

Peraturan Pendaftaran

181. Permohonan untuk mendaftar satu Kumpulan hendaklah dibuat oleh bakal Pemimpin yang
menjaga selepas sahaja Cawangannya yang pertama ditubuhkan, sama ada kepada Pesuruhjaya Daerah
yang akan memberitahu Persekutuan Tempatan atau kepada Setiausaha Persekutuan Tempatan yang akan
memberitahu Pesuruhjaya Daerah.

182. Persekutuan Tempatan dan Pesuruhjaya Daerah mestilah masing-masingnya berpuas hati bahawa
pendaftaran itu adalah perlu, bahawa Kumpulan itu akan dijalankan dengan baik, Pemimpin-Pemimpin
yang sesuai dan layak ada, dan bakal Pemimpin yang menjaga itu menerima tujuan-tujuan, cara-cara dan
dasar Persekutuan, dan bersetuju dengan daya upayanya :-

(1) menubuhkan Jawatan Kuasa Kumpulan dengan secepat mungkin, dan walau macam
mana pun tidak lewat daripada tiga bulan selepas daripada tarikh pendaftaran.

(2) mengembangkan sehingga manjadi satu Kumpulan yang penuh, melainkan keadaan
tidak mengizinkan.
(3) menegaskan tentang keagamaan dalam Pengakap, dan bagaimana nyawa dan perjalanan
Kumpulan itu berpandu kepada agama.

(4) menentukan bahawa semua cawangan dalam Kumpulan itu menerima dengan
sepenuhnya latihan Pengakap dalam segi tingkahlaku, kesihatan, pertukangan tangan
dan khidmat.

(5) menolong Kumpulan itu mendapatkan Ibu Pejabat yang sesuai dan barang-barang
keperluan dan peluang-peluang untuk berlatih.

(6) bagi Kumpulan yang dianjur atau Kumpulan khas daripada sebarang jenis, patuh akan
sebarang perbekalan Dasar, Pertubuhan dan Peraturan (P.O.R.) mengenai Kumpulan
yang tersebut.

183. (1) Apabila kedua-dua Persekutuan Tempatan dan Pesuruhjaya Daerah telah puas hati,
perakuan hendaklah dibuat kepada Ibu Pejabat PBBPM dalam borang CC dengan tiga salinan dan mesti
ditandatangani oleh Setiausaha Persekutuan Tempatan dan oleh Pesuruhjaya Daerah. Berkenaan dengan
Kumpulan-Kumpulan yang dianjur, Borang CC mestilah juga ditandatangani oleh Kuasa Penganjur.

(2) Borang-borang CC dihantar kepada Ibu Pejabat PBBPM melalui Pesuruhjaya Negeri.

(3) Apabila Kumpulan yang mana permohonan bagi pendaftaran telah dihantar, tidak
mengandungi Pasukan Pengakap Kanak-Kanak, satu laporan yang ringkas mengandungi sebab-
sebab ketiadaan Pasukan Pengakap Kanak-Kanak itu hendaklah dihantar bersama-sama dengan
permohonan itu.

(4) Di mana perakuan itu ditolak, maka tindakan di bawah Peraturan 196 mungkin menjadi
perlu .

184. Apabila didaftarkan Ibu Pejabat PBBPM mengambil satu salinan Borang CC itu, salinan yang
kedua dihantar kepada Setiausaha Negeri bagi rekod, dan salinan yang ketiga kepada Setiausaha
Persekutuan Tempatan.

Pembaharuan Pendaftaran

185. Pendaftaran hanya berjalan kuatkuasanya sehingga 30hb Oktober yang berikut. Jika tidak
dibarukan pada tempoh pendaftaran semula
tahunan, di bawah Peraturan-Peraturan 44-46, Kumpulan itu terhenti daripada diaku bagaimana dalam
Peraturan 47.

Bayaran Pendaftaran Dan Lain-Lain

186. Persekutuan Tempatan boleh, jika dikehendakkan, mengenakan bayaran pendaftaran yang kecil
dan/atau yuran tahunan daripada tiap-tiap Kumpulan.

Perubahan-Perubahan Pendaftaran Dan Pertukaran-Pertukaran

187. Sebarang perubahan yang hendak dibuat berkenaan dengan nama Kumpulan, atau keadaan
pendaftaran itu (sebagai terbuka atau dianjur) dan sebarang pertukaran daripada satu Persekutuan
Tempatan kepada satu Persekutuan Tempatan yang lain, hendaklah diuruskan dengan Persekutuan
Tempatan-Persekutuan Tempatan dan Pesuruhjaya Daerah-Pesuruhjaya Daerah yang berkenaan serupa
bagaimana peraturan yang di atas, tetapi sebarang perakuan kepada Ibu Pejabat PBBPM adalah dibuat
dalam Borang CC2 dengan tiga salinan, dan jikalau satu Kumpulan itu hendak ditukarkan ke Negeri yang
lain maka kedua-dua Pesuruhjaya Negeri mestilah mempersetujukan.

Pembatalan Pendaftaran

188. Pendaftaran satu Kumpulan itu dibatalkan oleh Ibu Pejabat PBBPM :-

(1) atas perakuan Persekutuan Tempatan dan Pesuruhjaya Daerah dihantar jika perlu
mengikut Peraturan 196, dan dibuat setelah diadakan mesyuarat Persekutuan tempatan
(atau sebuah Jawatan Kuasa yang dilantik kerana tujuan itu dengan penuh kuasa
bertindak) di mana Pemimpin-Pemimpin yang berkenaan dan, jika berkenaan dengan
Kumpulan-Kumpulan yang dianjur, Kuasa Penganjur adalah berhak didengar.

(2) apabila gagal membaharui pendaftaran dalam sebarang tahun mengikut Peraturan 185.

(3) apabila dibatalkan pendaftaran Persekutuan Tempatan mengikut Peraturan 133.

Penggantungan Pendaftaran

189. Satu Kumpulan itu boleh digantung :-

(1) oleh Pesuruhjaya Daerah yang akan kelak memberitahu Persekutuan Tempatan atas
tindakan yang diambilnya.
(2) oleh Persekutuan Tempatan dan Pesuruhjaya Daerah mestilah diberitahu dengan serta
merta.

(3) oleh sebab penggantungan Persekutuan Tempatan di bawah Peraturan 134, melainkan
jika Pesuruhjaya Negeri mengarahkan sebaliknya. Sebarang Kumpulan yang tidak digantung
dalam masa Persekutuan Tempatan itu digantung akan dianggapkan sebagai
Kumpulan Berseorangan, di bawah Peraturan 193.

190. Dalam tempoh penggantungan semua aktiviti-aktiviti Kumpulan itu akan berhenti dan,
melainkan ditentukan sebaliknya menurut syarat penggantungan itu, semua Pemimpin-Pemimpin dalam
Kumpulan adalah dengan secara automatis tergantung mengikut kuasa di bawah Peraturan 80, dan ahli-
ahli Kumpulan itu tidak boleh memakai pakaian seragam atau lencana-lencana.

191. Penggantungan hendaklah dianggap semata-mata sebagai langkah sementara, dan mestilah
diikuti dengan seberapa segera oleh penyiasatan yang penuh oleh Pesuruhjaya Daerah dan Persekutuan
Tempatan bersama-sama. Pemimpin-Pemimpin yang berkenaan, dan jika Kumpulan yang dianjur yang
terlibat, Kuasa Penganjur mestilah diberitahu atau dibawa kepada mesyuarat dan diberi peluang didengar.

192. Atas keputusan penyiasatan itu, penggantungan itu mestilah ditarik balik, atau satu perakuan
bagi membatalkan pendaftaran dan / atau tauliah-tauliah sebarang Pemimpin-Pemimpin mestilah
dimajukan dengan laporan yang lengkap kepada Ibu Pejabat PBBPM melalui Pesuruhjaya Negeri.

Pendaftaran Kumpulan Berseorangan

193. Di mana oleh sebab-sebab yang luarbiasa satu Kumpulan tidak boleh dimasukkan dengan
mudahnya dalam kawasan sebarang Persekutuan Tempatan, ia boleh didaftarkan sebagai Kumpulan
Berseorangan atas perakuan Pesuruhjaya Daerah yang akan bertindak bersendirian dalam semua perkara
mengenai Kumpulan itu mengikut bagaimana Peraturan 151.

Pendaftaran Cawangan-Cawangan

194. (1) Penambahan sebarang Cawangan kepada Kumpulan yang telah sedia didaftarkan
berkehendakkan kebenaran yang bertulis daripada
Persekutuan Tempatan dan Pesuruhjaya Daerah. Pendaftaran tidak perlu lagi tetapi Ibu Pejabat PBBPM
mestilah diberitahu akan tambahan itu.

(2) Penubuhan satu Pasukan Pengakap Kanan adalah tertakluk kepada syarat-syarat dalam
Peraturan 247.

(3) Penubuhan satu Pasukan Pengakap Kelana adalah tertakluk kepada syarat-syarat dalam
Peraturan 255.

(4) Jika persetujuan bagi satu cawangan baru dalam Kumpulan itu ditolak, maka tindakan
di bawah Peraturan 196 mungkin menjadi perlu.

195. Sebarang cawangan dalam satu Kumpulan boleh dibubarkan oleh tindakan bersama Persekutuan
Tempatan dan Pesuruhjaya Daerah, atau digantungkan sama ada oleh Persekutuan Tempatan atau
Pesuruhjaya Daerah. Walau macam mana pun peraturan yang hendak diikutkan ialah sebagaimana
ditentukan bagi Kumpulan-Kumpulan dalam Peraturan-Peraturan 188-192, dan laporan tiada dibuat
kepada Ibu Pejabat PBBPM melainkan jika perkara itu terjatuh di bawah Peraturan 196.

Pendaftaran - Laporan Kepada Ibu Pejabat PBBPM

196. Satu laporan yang penuh mesti dibuat kepada Ibu Pejabat PBBPM melalui Pesuruhjaya Negeri
apabila tindakan diambil oleh Persekutuan Tempatan dan Pesuruhjaya Daerah mengenai perkara yang
bertentangan atas perangai atau kesesuaian seseorang berhubung dengan perkara-perkara yang berikut :-

(1) Enggan memperakukan pendaftaran satu Kumpulan, atau persetujuan menambah


Cawangan baru kepada Kumpulan yang telah didaftarkan.

(2) Perakuan untuk membatalkan satu Kumpulan, atau ketetapan untuk membubarkan satu
Cawangan dalam Kumpulan itu.

Keahlian

197. (1) Penerimaan sebarang Pengakap terpulanglah kepada Pemimpin Kumpulan, tetapi dalam
keadaan biasa, dan tertakluk kepada Peraturan 264, biasanya diserahkan kepada Pemimpin yang menjaga
sebarang Cawangan yang berkenaan, bagi seorang Pengakap atau Pengakap Kelana akan bertindak
setelah berunding dengan Ketua-Ketua Patrol atau ahli-ahli Pasukan Kelana itu masing-masing.
(2) Persetujuan Pemimpin Kumpulan adalah perlu dalam sebarang pemecatan seorang
Pengakap.

(3) Dalam sebarang pemecatan Pengakap itu berhak merayu kepada Persekutuan Tempatan
dan Pesuruhjaya Daerah siapa dalam masa menguruskannya akan mengambil perhatian akan Peraturan
180 (3) dan mengikut Peraturan yang ditentukan dalam Bahagian IV berkenaan dengan pembatalan
tauliah seorang Pemimpin dalam Kumpulan.

198. Seorang Pengakap hanya boleh menjadi ahli dalam satu Kumpulan, tetapi boleh untuk sementara
ditempatkan pada yang lain, jika layak.

Pertukaran - Pertukaran

199. (1) Budak tidak boleh diterima menjadi seorang ahli dalam satu Kumpulan dalam tempoh
dua bulan dia meninggalkan Kumpulan yang lain atau lain pertubuhan budak-budak yang diakui dengan
tidak mendapat kebenaran yang bertulis atas pertukaran itu daripada Pemimpin Kumpulan-Kumpulannya
(Borang T1), atau oleh pihak yang berkuasa pertubuhan yang lain itu.

(2) Jika berlaku perbalahan berhubung dengan pertukaran itu, perkara itu mestilah
dirujukkan kepada Pesuruhjaya Daerah untuk mendapat ketetapan.

Pengakap Berseorangan Dan Pengakap Kanan Berseorangan

200. (1) Di mana, oleh sebab keadaan yang istimewa, seorang budak itu tidak boleh menjadi ahli
satu Kumpulan, Pesuruhjaya Daerah jika difikirnya perlu, dan boleh mengaturkan pengawasannya, boleh
meminta Setiausaha Persekutuan Negeri mendaftarkan budak itu sebagai Pengakap Berseorangan, atau
Pengakap Kanan Berseorangan.

(2) Seorang budak itu tidak boleh didaftarkan sebagai seorang Pengakap Kanak-Kanak
Berseorangan.

(3) Pengakap-Pengakap atau Pengakap-Pengakap Kanan, yang meninggalkan Kumpulan-


Kumpulannya kerana pergi ke laut hendaklah memohon melalui Ibu Pejabat PBBPM mengikut
bagaimana Peraturan 396 supaya didaftarkan sebagai Pengakap-Pengakap Laut Dalam, dan tidak sebagai
Pengakap-Pengakap Berseorangan atau Pengakap-Pengakap Kanan Berseorangan.
Majlis Kumpulan

201. (1) Di mana Kumpulan itu mengandungi dua atau lebih cawangan, Pemimpin-Pemimpin
cawangan-cawangan itu hendaklah selalu berjumpa membincangkan perkara-perkara yang mengenai
Kumpulan itu. Perjumpaan seperti itu dipanggil “Majlis Kumpulan”.

(2) Pemimpin Kumpulan adalah menjadi Pengerusi Majlis Kumpulan itu.

Jawatan Kuasa Kumpulan

202. (1) Di mana sebarang wang ada diterima sebagaimana disebutkan dalam Peraturan 208,
atau Kumpulan itu ada sebarang harta atau alatan kepunyaannya sendiri, sebuah Jawatan Kuasa
Kumpulan yang kecil mengandungi ibubapa-ibubapa Pengakap, wakil-wakil daripada Persaudaraan B.P.
(B.P. Guild), dan lain-lain orang yang ada minat dalam Kumpulan itu, hendaklah ditubuhkan supaya
bertanggungjawab atas harta Kumpulan itu dan menolong Pemimpin Kumpulan dalam hal kewangan,
dakyah dan mendapatkan tempat, tapak perkhemahan dan menentukan tugas ahli-ahli Kumpulan itu.

(2) Pemimpin Kumpulan adalah menjadi ahli dalam Jawatan Kuasa Kumpulan itu.

(3) Jawatan Kuasa Kumpulan itu tidak terlibat di mana-mana pun berkenaan dengan latihan
Pengakap-Pengakap atau dalam pengurusan Persaudaraan B.P.

(4) Jika berlaku perselisihan faham di antara Jawatan Kuasa Kumpulan dan Majlis
Kumpulan berhubung dengan perbelanjaan wang, perkara itu hendaklah dirujukkan kepada Persekutuan
Tempatan dan Pesuruhjaya Daerah.

203. Ahli-ahli Jawatan Kuasa Kumpulan itu adalah dilantik atau disarakan oleh Pemimpin Kumpulan,
tertakluk kepada persetujuan Persekutuan Tempatan dan Pesuruhjaya Daerah dan jika berkenaan dengan
Kumpulan-Kumpulan yang dianjur, setelah berunding dengan Kuasa Penganjur.

Harta Kumpulan

204. Adalah sangat mustahak bahawa di mana Kumpulan itu ada mempunyai harta yang berharga,
maka harta itu hendaklah dikuasamilik mengikut dalam Peraturan 26.
205. Berkenaan dengan Kumpulan yang dianjur maka adalah perlu ditentukan terlebih dulu
sebahagian mana daripada harta itu, jika ada, dipunyai oleh Kumpulan itu sendiri dan tidak kepunyaan
Kuasa Penganjur, dan ketetapan ini hendaklah direkodkan dalam satu surat perjanjian di antara Pemimpin
Kumpulan dan Kuasa Penganjur. Harta itu, jika kepunyaan Kumpulan dan berharga hendaklah
dikuasamilik mengikut dalam Peraturan 26.

206. Satu jadual harta Kumpulan itu mestilah dihantar pada tiap-tiap tahun kepada Persekutuan
Tempatan.

Kewangan Kumpulan

207. Pemimpin Kumpulan mestilah menentukan bahawa cara mengutip wang bagi Kumpulan itu
hendaklah mengikut bagaimana Peraturan 28.

208. Semua wang, melainkan telah ditentukan dalam Peraturan 209, yang diterima oleh atau bagi
pihak Kumpulan atau sebarang cawangan daripada Kumpulan, mestilah ditadbirkan oleh Jawatan Kuasa
Kumpulan bertindak berunding dengan Majlis Kumpulan dan mesti disimpan di sebuah bank, di Pejabat
Pos atau lain tempat yang serupa, atas nama Kumpulan dan dikendali oleh dua orang ahli Jawatan Kuasa
Kumpulan itu.

209. Yuran-Yuran yang dibayar oleh Pengakap-Pengakap sendiri hendaklah ditadbirkan oleh
cawangan yang berkenaan, demikian juga sebarang wang yang diuntukkan kepada cawangan itu kerana
perbelanjaan biasanya oleh Jawatan Kuasa Kumpulan bersamaan dengan Majlis Kumpulan. Kira-kira
kewangan cawangan itu, jika disimpan berasingan, hendaklah dimasukkan dalam kira-kira tahunan
Kumpulan itu.

210. Pemimpin Kumpulan-Pemimpin Kumpulan mestilah memperhatikan bahawa kira-kira semua


wang ada dibuat, dan sebarang ahli Kumpulan yang berkenaan ada hak boleh memeriksanya.

211. Kira-kira tahunan Kumpulan itu mestilah dikemukakan kepada Persekutuan Tempatan setelah
diaudit.

Kumpulan-Kumpulan Sekolah

212. Satu Kumpulan Sekolah ialah Kumpulan yang didaftarkan sebagai dianjur oleh Guru Besar atau
Guru Besar Perempuan sesuatu sekolah dan mengandungi kesemuanya daripada budak-budak yang ada
atau lepasan sekolah itu. Adalah mustahak bahawa keahlian Kumpulan itu hendaklah sebenarnya
sukarela.
PEMIMPIN PENGAKAP KANAK-KANAK DAN PENOLONG
PEMIMPIN PENGAKAP KANAK-KANAK

Perlantikan P.P.K.K. dan P.P.P.K.K.

213. (1) Pemimpin Pengakap Kanak-Kanak dan Penolong Pemimpin Pengakap Kanak-Kanak
adalah dilantik atas perakuan Persekutuan Tempatan dan Pesuruhjaya Daerah dengan tauliah-tauliah
dikeluarkan mengikut dalam Bahagian IV.

(2) Wanita-wanita adalah layak bagi kedua-dua pangkat.

Kelayakan-Kelayakan

214. Kelayakan-kelayakan yang dikehendakkan sebagai Pemimpin Pengakap Kanak-Kanak dan


Penolong Pemimpin Pengakap Kanak-Kanak ialah bagaimana disebutkan dalam Peraturan-Peraturan 69
dan 69 (b).

Tugas-Tugas

215. (1) Pemimpin Pengakap Kanak-Kanak menjaga Pasukannya dibantu oleh sebarang
Penolong Pemimpin Pengakap Kanak-Kanak dan tertakluk kepada pengawasan Pemimpin Kumpulan
bagaimana dalam Peraturan 173.

(2) Dalam menentukan perkara-perkara berkenaan dengan urusan Pasukan, maka adalah
perlu bagi Pemimpin Pengakap Kanak-Kanak itu atas mana yang boleh berunding dengan Majlis Ketua
Enam Sekawan bagaimana dalam Peraturan 224.

Perlu Ada Penolong Pemimpin Pengakap Kanak-Kanak

216. Untuk menentukan supaya pekerjaan itu terus-menerus maka adalah perlu bahawa tiap-tiap
Pasukan itu hendaklah ada seorang Penolong Pemimpin Pengakap Kanak-Kanak dan di mana Pasukan itu
mengandungi lebih daripada tiga Enam Sekawan, Penolong Pemimpin Pengakap Kanak-Kanak tambahan
adalah perlu.

Pakaian Seragam Dan Lencana-Lencana

217. Pemimpin Pengakap Kanak-Kanak dan Penolong Pemimpin Pengakap Kanak-Kanak memakai
pakaian seragam bagaimana dalam Peraturan di Bahagian VIII dan lencana-lencana bagaimana dalam
Peraturan di Bahagian yang sama.
PASUKAN ( PEK )

Bilangan Dalam Pasukan

218. Melainkan dalam keadaan yang luarbiasa satu Pasukan tidak boleh mengandungi lebih daripada
36 orang Pengakap Kanak-Kanak.

Latihan

219. Latihan bagi Pengakap Kanak-Kanak itu hendaklah dengan seberapa boleh berlainan daripada
Pengakap-Pengakap.

220. Di mana Pasukan itu adalah sebahagian daripada Kumpulan Pengakap Laut atau Pengakap
Udara, ahli-ahlinya mestilah menerima hanya latihan biasa sahaja bagi Pengakap Kanak-Kanak dan nama
panggilan dan pakaian seragam Pengakap Kanka-Kanak itu mestilah serupa dengan lain-lain Pengakap
Kanak-Kanak. Latihan berhubung dengan laut atau udara tidak boleh diberi.

Enam Sekawan

221. Pasukan itu dibahagikan kepada Enam Sekawan, tiap-tiap satunya mengandungi enam orang
Pengakap Kanak-Kanak, termasuk Ketua dan Penolongnya.

Ketua Dan Ketua Kanan Enam Sekawan

222. (1) Ketua Enam Sekawan ialah seorang Pengakap Kanak-Kanak dilantik oleh Pemimpin
Pengakap Kanak-Kanak mengetuai Enam Sekawan itu.

(2) Seorang daripada Ketua-Ketua Enam Sekawan itu boleh dipanggil “Ketua Kanan Enam
Sekawan” jika dikehendakkan.

(3) Ketua-Ketua Enam Sekawan dan Ketua-Ketua Kanan Enam Sekawan memakai pakaian
seragam bagaimana dalam Peraturan di Bahagian VIII, dan lencana-lencana bagaimana dalam Peraturan
di Bahagian yang sama.

Penolong-Penolong

223. (1) Seorang Penolong ialah seorang Pengakap Kanak-Kanak yang dilantik oleh Pemimpin
Pengakap Kanak-Kanak setelah berunding dengan Ketua Enam Sekawan yang berkenaan, untuk
menolong Ketua Enam Sekawan itu dan mengambil tempatnya apabila dia tiada.
(2) Penolong-Penolong memakai pakaian seragam bagaimana dalam Peraturan di Bahagian
VIII dan lencana-lencana bagaimana dalam Peraturan di Bahagian yang sama.

Majlis Ketua Enam Sekawan

224. (1) Majlis Ketua Enam Sekawan ialah satu badan yang tidak rasmi mengandungi
Pemimpin-Pemimpin Pasukan, Ketua-Ketua Enam Sekawan, dan jika dikehendakkan, Penolong-
Penolongnya.

(2) Tugas Majlis Ketua Enam Sekawan adalah bagaimana ditentukan dalam Peraturan 215
(2).

Jurulatih Pengakap Kanak-Kanak

225. (1) Pemimpin Pengakap Kanak-Kanak boleh dengan persetujuan Pemimpin Pengakap yang
berkenaan, mendapatkan perkhidmatan seorang Pengakap atau Pengakap Kanan, atau dengan persetujuan
Pesuruhjaya Daerah dan Ketua Pandu Puteri yang berkenaan, seorang Pandu Puteri atau Ranger, menjadi
seorang Jurulatih Pengakap Kanak-Kanak.

(2) Seorang Jurulatih Pengakap Kanak-Kanak berhak, atas perakuan Pemimpin Pengakap
Kanak-Kanak memakai lencana Kepala Serigala disebelah atas saku kirinya, atau di tempat yang serupa
pada bajunya.

PENGAKAP KANAK-KANAK

Perlantikan Pengakap Kanak-Kanak

226. Seorang budak menjadi Pengakap Kanak-Kanak dengan dilantik mengikut bagaimana
dinyatakan dalam buku “Panduan Pengakap Kanak-Kanak”, di mana dia melafazkan Persetiaan dalam
Peraturan 3. Dia dikenalkan sebagai “Tenderpad” dan berhak memakai pakaian seragam dan lencana-
lencana bagaimana dalam Peraturan di Bahagian VIII.

Had Umur

227. Untuk menjadi seorang Pengakap Kanak-Kanak seorang budak itu mestilah telah berumur 8
tahun, tetapi belum sampai umur 11 tahun. Dia tidak boleh menyambung sebagai Pengakap Kanak-Kanak
apabila dia telah sampai umur dua belas tahun.

Kelayakan-Kelayakan

228. Sebelum dilantik, dia mesti memuaskan hati Pemimpin Pengakap Kanak-Kanak bahawa dia tahu
akan Undang-Undang Pengakap Kanak-
Kanak dan Persetiaan, cara memberi hormat, Laung Tok Guru dan makna-maknanya.

Latihan Berikut

229. (1) Selepas dilantik sebagai “Tenderpad”, seorang Pengakap Kanak-Kanak itu berlatih
untuk menjadi Pengakap Kanak-Kanak Bintang Satu dan kemudiannya Pengakap Kanak-Kanak Bintang
Dua dengan meluluskan ujian-ujian yang tertentu.

(2) Selepas mendapat Bintang Kedua, dia boleh melayakkan diri dengan mendapat lencana-
lencana kepandaian khas bagaimana yang ditentukan.

Pakaian Seragam Dan Lencana-Lencana

230. Seorang Pengakap Kanak-Kanak memakai pakaian seragam bagaimana dalam Peraturan di
Bahagian VIII dan lencana-lencana bagaimana dalam Peraturan di Bahagian yang sama.

PEMIMPIN PENGAKAP DAN PENOLONG


PEMIMPIN PENGAKAP

Pemimpin Pengakap Dan Penolong Pemimpin Pengakap - Perlantikan

231. Pemimpin Pengakap dan Penolong Pemimpin Pengakap adalah dilantik atas perakuan
Persekutuan Tempatan dan Pesuruhjaya Daerah dengan tauliah-tauliah dikeluarkan mengikut bagaimana
dalam Bahagian IV.

Wanita-Wanita

232. Tauliah sebagai Pemimpin Pengakap atau Penolong Pemimpin Pengakap hanya boleh
dikeluarkan kepada seorang wanita atas bijaksana Ibu Pejabat PBBPM dalam keadaan yang luarbiasa.
Dalam hal yang demikian, satu perakuan khas, sebagai tambahan kepada Borang GG, dengan kenyataan
yang penuh atas perakuan itu, mestilah dihantar kepada Ibu Pejabat PBBPM oleh Persekutuan Tempatan
atau Pesuruhjaya Daerah.

Kelayakan-Kelayakan

233. Kelayakan-kelayakan yang dikehendakkan sebagai Pemimpin Pengakap dan Penolong Pemimpin
Pengakap ialah bagaimana yang disebutkan dalam Peraturan-Peraturan 69 dan 69 (c).
Tugas-Tugas

234. (1) Pemimpin Pengakap menjaga Pasukannya dibantu oleh sebarang Penolong Pemimpin
Pengakap dan tertakluk kepada pengawasan Pemimpin Kumpulan bagaimana dalam Peraturan 173.

(2) Sungguhpun demikian, Pemimpin Pengakap akan atas mana yang boleh memberikan
tugas kepada Majlis Ketua-Ketua Patrol bagaimana dalam Peraturan 242 berkenaan dengan sebarang
perkara mengenai tatatertib, dan pentadbiran termasuk perbelanjaan wang Pasukan bagaimana ditentukan
dalam Peraturan 209.

(3) Pemimpin Pengakap adalah bertanggungjawab memberi latihan kepada Ketua-Ketua


Patrol Pasukan itu dalam tugas-tugasnya yang dinyatakan dalam Peraturan 241.

Keperluan Adanya Penolong Pemimpin Pengakap

235. Untuk menentukan supaya pekerjaan itu terus menerus maka adalah perlu bahawa tiap-tiap
Pasukan itu hendaklah adanya seorang Penolong Pemimpin Pengakap dan di mana Pasukan itu
mengandungi lebih daripada empat Patrol, Penolong Pemimpin Pengakap tambahan adalah perlu.

Pakaian Seragam Dan Lencana-Lencana

236. Pemimpin-Pemimpin Pengakap dan Penolong-Penolong Pemimpin Pengakap memakai pakaian


seragam bagaimana dalam Peraturan di Bahagian VIII dan lencana-lencana bagaimana dalam Peraturan-
Peraturan di Bahagian yang sama.

PASUKAN ( TROOP )

Besarnya Pasukan

237. Adalah tidak dikehendakkan bahawa satu Pasukan itu mengandungi lebih daripada enam Patrol.

Ketua Pasukan

238. (1) Seorang Ketua Pasukan boleh, jika dikehendakkan dilantik oleh Pemimpin Pengakap
dengan berunding bersama dengan Majlis Ketua-Ketua Patrol.

(2) Kelayakan-kelayakan seperti berikut adalah dikehendakkan :-

Kebolehan mengetuai.
Umur tidak kurang daripada 15 tahun.
Telah berkhidmat sebagai Ketua Patrol tidak kurang daripada enam bulan.
Ada Lencana Kelas Satu.
Ada pengetahuan am berkenaan dengan “Pengakap Bagi Budak-Budak”.

(3) Ketua Pasukan memakai pakaian seragam bagaimana dalam Peraturan di Bahagian VIII
dan lencana-lencana bagaimana dalam Peraturan di Bahagian yang sama.

Majlis Ketua-Ketua Patrol

239. (1) Majlis Ketua-Ketua Patrol adalah satu badan mengandungi Ketua Pasukan, jika ada, dan
Ketua-Ketua Patrol ; Penolong-Penolongnya boleh juga menjadi ahli, tetapi kehadiran mereka tidak perlu
dalam perkara-perkara mengenai tatatertib. Pemimpin-Pemimpin Pasukan itu, jika hadir, hanya sebagai
penasihat sahaja.

(2) Majlis Ketua-Ketua Patrol itu adalah bertanggungjawab menjaga maruah Pasukan itu,
mengatur acara kegiatan-kegiatan Pasukan, dan mentadbir Pasukan itu, termasuk perbelanjaan wang
Pasukan itu, mengikut bagaimana Peraturan 234 (2). Dia adalah juga saluran untuk memberi latihan
kepada Ketua-Ketua Patrol.

PATROL

Patrol

240. (1) Pasukan itu mengandungi Patrol-Patrol, tiap-tiap satunya ada 6 hingga 8 orang
Pengakap termasuk Ketua Patrol dan Penolongnya.

(2) Patrol itu adalah satu unit bagi segala kegiatan-kegiatan.

241. (1) Ketua Patrol itu adalah seorang Pengakap yang dilantik oleh Pemimpin Pengakap
setelah berunding bersama dengan Majlis Ketua-Ketua Patrol atau Patrol yang berkenaan, untuk menjaga
satu Patrol Pengakap.

(2) Ketua Patrol melatih Patrolnya melalui kegiatan-kegiatan dalam perjumpaan-


perjumpaan Pasukan dan Patrol dan dalam perkhemahan-perkhemahan.

(3) Ketua Patrol merancang akan kegiatan-kegiatan untuk perjumpaan-perjumpaan Patrol


dan perkhemahan-perkhemahan dengan bantuan Penolongnya dan tertakluk kepada nasihat Pemimpin
Pengakap dan Majlis Ketua-Ketua Patrol.
(4) Ketua-Ketua Patrol memakai pakaian seragam bagaimana dalam Peraturan di Bahagian
VIII dan lencana-lencana bagaimana dalam Peraturan di Bahagian yang sama.

242. (1) Penolong adalah seorang Pengakap dipilih oleh Ketua Patrol dengan persetujuan
Pemimpin Pengakap dan Majlis Ketua-Ketua Patrol, untuk menolong dia dan mengambil tempatnya jika
dia tiada.

(2) Penolong-Penolong memakai seragam bagaimana dalam Peraturan di Bahagian VIII dan
lencana-lencana bagaimana dalam Peraturan di Bahagian yang sama.

242A. Patrol dalam Majlis adalah satu Perjumpaan semua Pengakap dalam Patrol itu untuk
membincangkan hal ehwalnya di bawah pengetuaan Ketua Patrol.

PENGAKAP

Pengakap - Perlantikan

243. Seorang budak menjadi Pengakap dengan dilantik mengikut bagaimana dinyatakan dalam buku
“Pengakap Bagi Budak-Budak”, di mana dia melafazkan Persetiaan dalam Peraturan 3. Dia kemudiannya
dikenalkan sebagai “Tenderfoot”, dan berhak memakai pakaian seragam dan lencana-lencana bagaimana
dalam Peraturan di Bahagian VIII.

Had Umur

244. (1) Untuk menjadi seorang Pengakap seorang budak itu mestilah telah berumur 11 tahun
tetapi belum sampai umur 18 tahun, melainkan jika hendak menjadi seorang Pengakap Kelana bagaimana
dalam Peraturan 267 (2).

(2) Seorang Pengakap apabila sampai kepada umur 15 tahun mesti menerima latihan dan
layanan khas sesuai dengan umurnya. Sampainya keperingkat ini dalam Pengakapannya mestilah
ditunjukkan dengan mengadakan satu istiadat yang sesuai di mana dia akan diberi satu tanda bagaimana
dinyatakan dalam Peraturan 283 dan dia akan melafazkan balik Persetiaan Pengakap, dengan makna yang
lebih besar sesuai dengan umur yang telah meningkat itu.

(3) Seorang Pengakap hendaklah meninggalkan Pasukannya apabila sampai umurnya 18


tahun.

Kelayakan-Kelayakan

245. Sebelum dilantik, dia hendaklah diberitahu akan riwayat hidup dan kejayaan-kejayaan Pengasas
dan sedikit tawarikh berkenaan dengan
Pergerakan ini, dan dia mestilah memuaskan hati Pemimpin Pengakap dalam ujian-ujian yang berikut :-

(1) Permulaan.

Tahu akan Undang-Undang Pengakap dan Persetiaan Pengakap, dan makna-maknanya,


mengikut umurnya.

Memberi hormat bagaimana diterangkan dalam buku “Pengakap Bagi Budak-Budak”.

Tahu kandungan Bendera Malaysia dan Bendera Negerinya dan bagaimana menaik dan
memecahkannya.

(2) Kesihatan.

Mencuci luka dan membuat pembalut dan membalut luka itu.

(3) Memerhatikan.

Buat tanda-tanda ilmu hutan bagaimana diberi dalam Cerita Unggun Api No. 4 dalam
buku “Pengakap Bagi Budak-Budak”.

(4) Merintis.

Tunjukkan bagaimana membuat ikatan-ikatan yang berikut dengan tali, buku sila, bunga
keti, simpul manuk, tindih kasih, simpul belit, simpul pulih, dan terangkan
kegunaan-
kegunaannya. Bagaimana mematikan hujung tali.

Latihan Berikut

246. (1) Selepas dilantik sebagai “Tenderfoot”, dia melanjutkan latihannya untuk melayakkan
diri sebagai seorang Pengakap Kelas Dua, dan kemudiannya sebagai seorang Pengakap Kelas Satu dengan
meluluskan ujian-ujian yang tertentu bagaimana dalam Peraturan-Peraturan yang disediakan berasingan.

(2) Selepas mendapat Lencana Kelas Dua, dia boleh mengikut peraturan yang tertentu,
melayakkan diri dengan mendapat lencana-lencana kepandaian khas bagaimana yang ditentukan dalam
Peraturan-Peraturan yang berasingan sehingga dia sampai kepada peringkat yang dinyatakan dalam
Peraturan 244 (2), selepas itu dia hanya boleh melayakkan
diri dengan mendapat lencana-lencana kepandaian khas bagaimana ditentukan dalam Peraturan-Peraturan
yang berasingan.

Pakaian Seragam Dan Lencana-Lencana

247. Seorang Pengakap memakai pakian seragam bagaimana dalam Peraturan di Bahagian VIII dan
lencana-lencana bagaimana dalam Peraturan di Bahagian yang sama.

PEMIMPIN PENGAKAP (KANAN) DAN PENOLONG


PEMIMPIN PENGAKAP (KANAN)

P.P.(K) Dan P.P.P.(K) - Perlantikan

247A. Pemimpin Pengakap (Kanan) dan Penolong Pemimpin Pengakap (Kanan) adalah dilantik atas
perakuan Persekutuan Tempatan dan Pesuruhjaya Daerah dengan tauliah-tauliah dikeluarkan mengikut
bagaimana dalam Bahagian IV.

Wanita-Wanita

247B. Wanita-wanita tidak boleh sama sekali diberikan tauliah untuk mana-mana satu pangkat.

Kelayakan-Kelayakan

247C. Kelayakan-kelayakan khas yang dikehendakkan sebagai Pemimpin Pengakap (Kanan) dan
Penolong Pemimpin Pengakap (Kanan) adalah bagaimana disebutkan dalam Peraturan-Peraturan 69 dan
69 (d).

Tugas-Tugas

247D. (1) Pemimpin Pengakap (Kanan) menjaga Pasukan Kanan, dibantu oleh sebarang Penolong
Pemimpin Pengakap (Kanan), tertakluk kepada pengawasan am oleh Pemimpin Kumpulan bagaimana
dalam Peraturan 173.

(2) Sungguhpun demikian, Pemimpin Pengakap (Kanan) akan atas mana yang boleh
memberikan tugas kepada Majlis Ketua-Ketua Patrol bagaimana dalam Peraturan 247L, semua perkara-
perkara tatatertib dan pentadbiran dalam, termasuk perbelanjaan wang Pasukan Kanan itu bagaimana
diterangkan dalam Peraturan 209; dan dalam menguruskan hal ehwal Pasukan Kanannya, tenaga Majlis
Ketua-Ketua Patrol hendaklah digunakan dengan sepenuhnya.
Keperluan Adanya Penolong Pemimpin Pengakap (Kanan)

247E. Untuk menentukan supaya pekerjaan itu terus menerus maka adalah perlu bahawa tiap-tiap
Pasukan Kanan itu hendaklah adanya Penolong Pemimpin Pengakap (Kanan); dan di mana Pasukan
Kanan itu mengandungi lebih daripada 4 Patrol, Penolong Pemimpin Pengakap (Kanan) tambahan adalah
perlu.

Pakaian Seragam Dan Lencana-Lencana

247F. Pemimpin Pengakap (Kanan) dan Penolong Pemimpin Pengakap (Kanan) memakai pakaian
seragam bagaimana dalam Peraturan-Peraturan di Bahagian VIII dan lencana-lencana bagaimana dalam
Peraturan-Peraturan di Bahagian yang sama.

PASUKAN KANAN

Pasukan Kanan - Syarat-Syarat Penubuhannya

247G. Pasukan Kanan boleh mengandungi satu atau lebih Patrol Pengakap Kanan, tetapi Persekutuan
Tempatan dan Pesuruhjaya Daerah tidak boleh membenarkan perkembangan Pasukan Kanan itu lebih
daripada satu Patrol, melainkan mereka telah berpuas hati bahawa ada seorang Pemimpin yang sesuai
yang tidak memegang sebarang tauliah yang lain dalam Kumpulan itu, kecuali jika perlu sebagai
Pemimpin Kumpulan.

Ketua Pasukan (Kanan)

247H. (1) Seorang Ketua Pasukan (Kanan) itu boleh, jika dikehendakkan, dilantik oleh Pemimpin
Pengakap (Kanan) setelah berunding bersama dengan Majlis Ketua-Ketua Patrol.

(2) Kelayakan-kelayakan seperti berikut adalah dikehendakkan :-

Kebolehan mengetuai.

Telah berkhidmat sebagai Ketua Patrol (K) sekurang-kurangnya enam bulan.

Ada Lencana Pengakap Raja.

Ada pengetahuan am berkenaan dengan buku “Pengakap Bagi Budak-Budak” dan


sastera yang ada berkenaan dengan Pengakap Kanan.

(3) Ketua Pasukan (K) memakai pakaian seragam bagaimana dalam Peraturan di Bahagian
VIII dan lencana-lencana bagaimana dalam Peraturan di Bahagian yang sama.
Patrol

247I. (1) Pasukan Kanan itu adalah dibahagikan kepada Patrol-Patrol Pengakap Kanan
mengandungi tidak kurang daripada 4 orang dan tidak lebih daripada 7 orang Pengakap Kanan termasuk
Ketua Patrol (K) dan Penolongnya.

(2) Patrol itu adalah satu unit bagi segala kegiatan-kegiatan.

Ketua Patrol (K)

247J. (1) Seorang Ketua Patrol itu adalah seorang Pengakap Kanan yang dilantik oleh Pemimpin
Pengakap (K) setelah berunding bersama dengan Majlis Ketua-Ketua Patrol atau Patrol yang berkenaan,
untuk menjaga satu Patrol Pengakap Kanan.

(2) Ketua Patrol (K) itu boleh membawa Bendera Patrol.

(3) Ketua-Ketua Patrol (K) memakai pakaian seragam bagaimana dalam Peraturan di
Bahagian VIII dan lencana-lencana bagaimana dalam Peraturan di Bahagian yang sama.

Penolong (K)

247K. (1) Seorang Penolong (K) itu adalah seorang Pengakap Kanan yang dipilih oleh Ketua
Patrol (K) dengan persetujuan Pemimpin Pengakap (K) dan Majlis Ketua-Ketua Patrol untuk
membantunya dan mengambil tempatnya apabila dia tiada.

(2) Penolong (K) memakai pakaian seragam bagaimana dalam Peraturan di Bahagian VIII
dan lencana-lencana bagaimana dalam Bahagian yang sama.

Majlis Ketua-Ketua Patrol

247L. (1) Majlis Ketua-Ketua Patrol adalah satu badan mengandungi Ketua Pasukan (K), jika ada,
dan Ketua-Ketua Patrol. Jikalau Patrol-Patrol itu kurang daripada 3, Penolong-Penolongnya juga akan
menjadi ahli-ahli Majlis Ketua-Ketua Patrol itu. Di mana hanya ada satu Patrol, Patrol dalam Majlis akan
mengambil alih Majlis Ketua-Ketua Patrol. Pemimpin-Pemimpin Pasukan Kanan, jika hadir, hanya
sebagai penasihat sahaja.

(2) Majlis Ketua-Ketua Patrol mengendali perkara-perkara dalam termasuk perbelanjaan


wang Pasukan Kanan mengikut dalam Peraturan 247D (2).
PENGAKAP KANAN

Pengakap Kanan - Perlantikan

247M. Seorang budak menjadi Pengakap Kanan dengan dilantik, di mana dia akan melafazkan semula
Persetiaan Pengakap dalam Peraturan 3. Dia kemudiannya berhak memakai Pakaian seragam bagaimana
dalam Peraturan di Bahagian VIII dan lencana-lencana bagaimana dalam Peraturan di Bahagian yang
sama.

Umur

247N. (1) Untuk menjadi seorang Pengakap Kanan, seorang budak itu mestilah berumur 15 tahun
tetapi belum sampai umur 18 tahun.

(2) Seorang Pengakap Kanan hendaklah meninggalkan Pasukan Kanan itu apabila dia
berumur 18 tahun.

Kelayakan-Kelayakan

247O. Sebelum daripada dilantik menjadi Pengakap Kanan dia mesti, melainkan Pengakap itu ada
memegang Lencana Kelas Satu, menyelesaikan ujian awal yang berikut :-

(1) Lulus atau luluskan semula Ujian Tenderfoot dan melafaz atau melafaz semula
Persetiaan Pengakap.

(2) Ada pengetahuan tentang kehidupan dan kerja B.P. dan dengan secara kasar tawarikh
pergerakan ini.

(3) Mengetuai satu Patrol dalam enam senaman yang diberi dalam buku “Pengakap Bagi
Budak-Budak” dan menerangkan kepada Patrol itu akan mustahaknya menjaga badan
dengan tegasan khas atas kebersihan, udara yang baik, senaman dan rehat. Terangkan
bahaya-bahaya yang utama kepada kesihatan yang baik dan bagaimana hendak
mengelakkannya, dan faham akan kepentingan bersederhana dalam semua
perkara.

(4) Telah tinggal sejumlah sekurang-kurangnya 3 malam di luar daripada rumah sendiri,
bersama dengan Pengakap-Pengakap Kanan, tidur dalam khemah, pondok atau tempat
perlindungan yang seumpama itu.
(5) Berjalan atau bersampan dengan seorang Pengakap Kanan sejauh lapan batu. Tidak
perlu berkhemah pada malamnya, tetapi dalam semua perjalanan, hendaklah
membawa satu bungkusan yang disediakan olehnya sendiri, mendirikan khemah,
menyalakan api, dan memasak makanan untuk dia sendiri dan untuk kawannya.
Apabila dia pulang hendaklah memberi laporan dengan secara lisan kepada
Pasukan atau Patrolnya. Pengakap Kanan kawannya itu hendaklah juga melaporkan
tentang kecekapannya.

Latihan Berikut

247P. Selepas dilantik sebagai Pengakap Kanan dia melanjutkan latihan untuk melayakkan sebagai :-

(1) Pengakap Kelas Satu - jika belum lagi.

(2) Bushman’s Thong, Lencana Kelasi atau Lencana Penerbang, mana yang sesuai.

(3) Pengakap Raja.

Perjumpaan-Perjumpaan Bersama

247Q. (1) Patrol-Patrol Pengakap Kanan dan Pasukan-Pasukan Kanan dalam satu Persekutuan
Tempatan boleh berjumpa bersama bila-bila dikehendakkan kerana berlatih dan lain-lain kegiatan, tetapi
percantuman itu tidak boleh didaftarkan sebagai satu Pasukan Kanan Persekutuan Tempatan.

(2) Kegiatan-kegiatan itu akan digalak dan diselaraskan oleh Pesuruhjaya Daerah atau
Penolong Pesuruhjaya Daerah (K) atau lain-lain Pemimpin yang berpengalaman yang boleh dilantik oleh
Pesuruhjaya Daerah kerana tujuan itu.

Pakaian Seragam Dan Lencana-Lencana

247R. Seorang Pengakap Kanan memakai pakaian seragam bagaimana dalam Peraturan di Bahagian
VIII dan lencana-lencana bagaimana dalam Peraturan di Bahagian yang sama.
PEMIMPIN PENGAKAP KELANA DAN PENOLONG
PEMIMPIN PENGAKAP KELANA

P.P.K. Dan P.P.P.K. - Perlantikan

248. Pemimpin Pengakap Kelana dan Penolong Pemimpin Pengakap Kelana adalah dilantik atas
perakuan Persekutuan Tempatan dan Pesuruhjaya Daerah dengan tauliah-tauliah dikeluarkan mengikut
bagaimana dalam Bahagian IV.

Wanita-Wanita

249. Wanita-Wanita tidak boleh sama sekali diberikan tauliah untuk mana-mana satu pangkat.

Kelayakan-Kelayakan

250. Kelayakan-Kelayakan khas yang dikehendakkan sebagai Pemimpin Pengakap Kelana dan
Penolong Pemimpin Pengakap Kelana adalah bagaimana disebutkan dalam Peraturan-Peraturan 69 dan 69
(e).

Tugas-Tugas

251. (1) Pemimpin Pengakap Kelana menjaga Pasukannya dibantu oleh sebarang Penolong
Pemimpin Pengakap Kelana tertakluk kepada pengawasan am oleh Pemimpin Kumpulan bagaimana
dalam Peraturan 173.

(2) Pemimpin Pengakap Kelana akan, atas mana yang boleh, memberikan tugas kepada
Pasukannya berkenaan dengan perkara-perkara dalam seperti tatatertib dan pentadbiran, termasuk
perbelanjaan wang Pasukan bagaimana diterangkan dalam Peraturan 209.

Pemakai Gelaran

252. Di mana ayatnya berkehendakkan, perkataan Pemimpin Pengakap Kelana berhubung dengan
semua tugas akan bermakna sebarang orang yang bertindak sebagai Ketua Pasukan itu mengikut
Peraturan 255.

Pakaian Seragam Dan Lencana-Lencana

253. Pemimpin Pengakap Kelana dan Penolong Pemimpin Pengakap Kelana memakai pakaian
seragam bagaimana dalam Peraturan di Bahagian VIII dan lencana-lencana bagaimana dalam Peraturan-
Peraturan di Bahagian yang sama.
PASUKAN (CREW)

Pasukan - Tujuan-Tujuan

254. Berpengakap Kelana ialah suatu Persaudaraan di tengah lapang dan Berkhidmat dan tujuan-
tujuannya adalah :-

(1) melanjutkan latihan dalam kewarganegaraan yang telah diberi kepada Pengakap Kanak-
Kanak, Pengakap dan Pengakap Kanan, dengan tujuan yang sama bagaimana
dinyatakan dalam Peraturan 1, tetapi dengan lebih luas lagi pemandangan sesuai
dengan umur Pengakap-Pengakap Kelana, dan

(2) menggalakkan Pengakap-Pengakap Kelana menjalankan kerja-kerja yang berguna untuk


dirinya dan berkhidmat kepada masyarakat. Latihan dalam Pengakap Kelana
meliputi tempoh di mana belia itu akan “menentukan dirinya” iaitu mengasuh
tabiatnya dan kecekapan kuasaannya dan mencuba menolong dirinya mengamalkan
dengan lebih luas akan prinsip-prinsip Persetiaan dan Undang-Undang
Pengakap.

Latihan ini diterima olehnya dalam Pasukan Pengakap Kelana dan selepas itu dia
berpindah kepada Pasukan Pengakap Kelana Kanan bagaimana dinyatakan
dalam Peraturan 272, di mana kegiatan-kegiatannya adalah bagaimana
diterangkan dalam Peraturan 273.

Syarat-Syarat Penubuhan

255. Sebelum daripada Persekutuan Tempatan dan Pesuruhjaya Daerah mempersetujukan penubuhan
sesuatu Pasukan, maka adalah mustahak hendaklah ada :-

(1) Seorang ketua yang sesuai siapa jika boleh, seorang Pemimpin Pengakap Kelana yang
bertauliah. Jika ini tiada dapat, Persekutuan Tempatan dan Pesuruhjaya Daerah mestilah
membuat ketentuan sama ada Pemimpin Kumpulan atau seorang daripada
Penolong Pemimpin Pengakap Kelana menjaganya (dalam mana kelayakan-
kelayakan bagaimana dinyatakan dalam Peraturan 250 mestilah dipatuhi) atau
pengawasan yang cukup dijalankan oleh Penolong Pesuruhjaya Daerah bagi Pengakap-
Pengakap Kelana.

(2) Bangunan yang sesuai.

Perjumpaan-Perjumpaan Bersama

256. (1) Pengakap-Pengakap Kelana dalam satu Persekutuan Tempatan boleh berjumpa bersama
bila-bila dikehendakkan kerana kegiatan-kegiatan di bawah pengetuaan seorang Penolong Pesuruhjaya
Daerah bagi Pengakap Kelana, atau sebarang Pemimpin Pengakap Kelana yang telah dipersetujukan oleh
Persekutuan Tempatan dan Pesuruhjaya Daerah.

(2) Perkumpulan Pengakap-Pengakap Kelana seperti itu tidak boleh didaftarkan sebagai
Pasukan Persekutuan Tempatan atau Kumpulan oleh sebab Pengakap-Pengakap Kelana itu mungkin sedia
menjadi ahli-ahli Kumpulan-Kumpulan yang telah didaftarkan di bawah Persekutuan Tempatan itu, atau
dalam Pasukan Kelana Kanan yang telah didaftarkan dengan Persekutuan Tempatan di bawah Peraturan
272.

(3) Pengakap-Pengakap Kelana Kanan dan Pengakap-Pengakap Kelana boleh berjumpa


bersama kerana kegiatan-kegiatan yang termasuk lebih daripada satu Pasukan atau Pasukan Kanan dalam
Persekutuan Tempatan yang sama.

Peringkat-Peringkat

257. Pasukan Kelana adalah dibahagikan kepada dua peringkat seperti berikut -

(1) Peringkat Percubaan - Bakal-Bakal Kelana


(Rover Squires)

(2) Peringkat Latihan - Selepas dilantik sebagai Pengakap-


Pengakap Kelana

Kegiatan-Kegiatan

258. Rangka Pasukan itu dibuat supaya dapat diadakan acara kegiatan-kegiatan kerana Bakal-Bakal
Kelana dan Pengakap-Pengakap Kelana yang sedang berlatih mengikut Peraturan 254.

259. (1) Tiap-tiap Pengakap Kelana akan membuat pilihannya sendiri akan perkara-perkara
kerana latihan khas. Pasukan itu akan berjumpa selalu kerana kegiatan-kegiatan sosial dan lain-lain
kegiatan. Pasukan itu akan mengadakan satu acara yang boleh memberi perangsang kepada
kemahuan Pengakap-Pengakap Kelana menghabiskan rancangan latihannya dalam semangat yang
berkobar-kobar.

(2) Cara berpatrol tidak akan dipakai dalam Pasukan ini.

260. Pengakap-Pengakap Kelana yang menjalankan kegiatan-kegiatan sekumpul akan memilih ketua-
ketua sementara kerana kegiatan-kegiatan itu.

Majlis Pasukan Dan Pentadbiran Dalam

261. (1) Di mana besarnya Pasukan itu berkehendakkan, seperti ada lebih daripada 8 orang
Pengakap Kelana, Majlis Pasukan itu hendaklah ditubuhkan, mengandungi Pengakap-Pengakap
Kelana yang dipilih.

(2) Maka hendaklah ada seorang ahli bagi tiap-tiap empat orang Pengakap-Pengakap
Kelana.

(3) Majlis Pasukan Pengakap Kelana akan memilih Pengerusinya, dan Pemimpin-Pemimpin
Pasukan itu, jika hadir, hanya sebagai penasihat sahaja.

(4) Di mana ahli-ahlinya kurang daripada 8 orang, keseluruh Pasukan itu akan menjalankan
tugas-tugas Majlis Pasukan itu, dengan seorang Pengerusi dipilih oleh Pasukan itu.

(5) Majlis Pasukan itu akan menguruskan semua perkara-perkara bagaimana dinyatakan
dalam Peraturan 209 dan berkenaan dengan perkara maruah dan tatatertib.

Pemimpin-Pemimpin Sebagai Ahli

262. Seorang Pengakap Kelana boleh memegang satu tauliah dengan tidak payah berhenti daripada
menjadi seorang ahli Pasukan itu tetapi kerjanya sebagai Pemimpin mestilah didahulukan.
Adanya tauliah padanya tidak akan memberi keutamaan kepadanya sebagai seorang Pengakap
Kelana.

Berhenti Daripada Menjadi Ahli

263. Ahli-ahli yang tidak cergas hendaklah diminta berhenti daripada Pasukan itu.

(1) Ahli yang tidak cergas itu ialah seorang (a) yang gagal membuat kemajuan dalam
rancangan latihannya, dan (b) kerap tiada hadir dalam kegiatan-kegiatan Pasukan tanpa
sebab yang munasabah.

(2) Sebarang permintaan kerana keberhentian itu hendaklah datangnya daripada Majlis
Pasukan.
BAKAL KELANA (ROVER SQUIRE)

Bakal Kelana Syarat-Syarat Keahlian

264. Sebelum belia itu diterima masuk Pasukan, syarat-syarat yang berikut hendaklah dipatuhi;-

(1) Dia mesti dipersetujukan oleh Pemimpin Kumpulan dan Pemimpin Pengakap Kelana
dan oleh Pasukan itu.

(2) Dia mesti diperakukan sama ada oleh Pemimpin Pengakap atau oleh Pemimpin
Pengakap (Kanan) sebagai seorang Pengakap Kanan yang mencuba menjalankan
kewajipannya sebagai Pengakap, termasuk membuat khidmat, atau jika dulunya dia
bukan seorang Pengakap atau Pengakap Kanan, dia mestilah rela belajar tentang
Pengakapan, mengikut cara penghidupan di tengah lapang dan menerima cara
penghidupan bagaimana ditentukan dalam Persetiaan dan Undang-Undang
Pengakap.

(3) Dia mesti berumur sekurang-kurangnya 17 1/2 tahun dan seelok-eloknya 18 tahun.

(4) Tarikh yang terakhir sekali baginya diterima menjadi Bakal Kelana ialah masa umurnya
21 tahun.

265. Apabila diterima masuk Pasukan, dia dikenal sebagai Bakal Kelana sehingga sampai masanya
dia dilantik sebagai Pengakap Kelana.

Latihan Sebagai Bakal Kelana

266. Sebelum daripada seorang Bakal Kelana boleh dilantik sebagai seorang Pengakap Kelana dia
mestilah telah memenuhi syarat-syarat yang berikut dengan memuaskan hati Pemimpin
Pengakap Kelana dan Pasukan :-

(1) Telah membaca dan mengkaji buku “Pengakap Bagi Budak-Budak” dan “Kejayaan
Berkelana” dan “Buku Panduan Pengakap Kanan”.

(2) Telah mengkaji dan faham akan Persetiaan Pengakap dan Undang-Undang Pengakap
dari segi Pengakap-Pengakap Kelana, dan mengamalkannya dengan semangat
pengorbanan dalam kehidupan sehari-hari.
(3) Boleh menerangkan kepada Pemimpin Pengakap Kelana kewajipannya terhadap
agamanya sendiri.

(4) Tahu akan kehendak-kehendak untuk mendapatkan kerakyatan Persekutuan, dan


kerakyatan Negeri bagaimana dikehendakkan dalam Negerinya sendiri.

Kenalkan 14 bendera-bendera yang digunakan di Malaysia. Tahu lagu Negaraku dan


lagu Kebangsaan Negerinya dan tahu apa mesti dibuat apabila lagu-lagu itu
dimainkan.

(5) Tunjukkan gaya yang betul yang patut diperbuat dengan kejadian cemas yang berikut -
kebakaran, lemas, shock kena kawat letrik dan dipagut ular.

Mengetahui akan kedudukan urat nadi yang besar-besar dan tahu menahan keluaran
darah dari urat-urat nadi dan urat-urat biru.

Tunjukkan bagaimana hendak dibuat apabila tulang selangka, tulang lengan dan tulang
tangan patah.

Tunjukkan bagaimana hendak dibuat berkenaan dengan terkejut (shock) disemua


peringkat.

(6) Berenang sejauh 50 ela melainkan seorang tabib mengaku bahawa berenang itu adalah
merbahaya kepada kesihatan Bakal Kelana itu.

(7) Mengenal akan kesan-kesan atau bekas jejak yang senang-senang dibuat di atas pasir
atau tanah lain yang munasabah.

(8) Kenal dua belas jenis pokok-pokok yang biasa dan dua belas jenis burung-burung yang
biasa.

(9) Agakkan jauh tiga tempat dan tiga jenis benda yang tinggi dalam lengkongan 10%
mungkin daripada sukatan yang sebenarnya, baik terlebih atau terkurang.

(10) Membaca dan boleh menggunakan peta ukur 1” atau alat berkenaan dengannya.

Tunjukkan bagaimana menggunakan sebuah pedoman (compass).


(11) Berjalan kaki seorang diri atau dengan seorang Pengakap Kelana lain, membuat
perjalanan sejauh 18 batu atau 36 batu dengan menunggang basikal. Perjalanan itu
mestilah dimulakan pada tempat sejauhnya sekurang-kurang 12 batu
daripada rumah Bakal Kelana itu, dan Bakal Kelana itu boleh pergi ketempat itu
dengan apa cara pun.

Kenderaan-Kenderaan yang berjentera tidak boleh digunakan boleh pergi ke tempat itu
dengan apa cara pun.

Perjalanan itu hendaklah mengambil masa sekurang-kurangnya 42 jam. dan masa itu
termasuk dua malam berkhemah. Perjalanan itu akan dipenuhi dengan kerja-kerja yang
ditentukan oleh Pemimpin Pengakap Kelana dan Majlis Pasukan, kepada siapa Bakal
Kelana itu mesti membuat laporan yang menggunakan buku catitan (log) dalam tempoh
tujuh hari sekembalinya.

INGATAN: Jikalau perjalanan itu dibuat oleh dua orang peserta, dua buah buku
catitan adalah dikehendakkan.

Pakaian Seragam Dan Lencana-Lencana

267. (1) Bakal Kelana yang telah menjadi Pengakap Kanan memakai pakaian seragam
bagaimana
dalam Peraturan di Bahagian VIII dan lencana-lencana bagaimana dalam Peraturan di
Bahagian yang sama.

(2) Bakal Kelana yang tidak pernah menjadi Pengakap Kanan dan berhajat hendak
memakai pakaian seragam dan lencana-lencana, hendaklah lebih dulu lulus Ujian Tenderfoot dan
melafazkan Persetiaan Pengakap.

PENGAKAP KELANA

Pengakap Kelana - Perlantikan

268. Seorang Bakal Kelana yang telah lulus ujian kelayakan boleh dilantik sebagai Pengakap Kelana
selepas daripada habis sahaja tempoh percubaan tiga bulan mengikut ketetapan Pemimpin Pengakap
Kelana dan Majlis Pasukan.

268A. Tiada seorang pun boleh tinggal sebagai ahli Pasukan Pengakap Kelana selepas umurnya 22
tahun. Dia boleh kemudiannya masuk Pasukan Pengakap Kelana Kanan bagaimana dinyatakan dalam
Peraturan 272.
269. Satu proses ujian bersendiri (seperti berjaga(vigil) atau lain) dan Istiadat Perlantikan, di mana dia
melafaz balik atau melafaz Persetiaan Pengakap adalah mustahak diadakan supaya menekan
kepadanya bahawa sebagai seorang Pengakap Kelana dia menanggung sesuatu tanggungan yang
tertentu. Satu cara istiadat, dengan syur-syur bagi ujian bersendiri atau Berjaga ada diterbitkan
dalam risalah Perlantikan Seorang Pengakap Kelana (The presentation of a Rover Scout).

Istiadat Perlantikan itu hendaklah dijalankan oleh Pemimpin Pengakap Kelana. Jika dia tiada,
istiadat itu hendaklah dijalankan oleh seorang Pemimpin yang dia sendiri telah dilantik sebagai Pengakap
Kelana.

270. Pengakap Kelana adalah diharapkan mengikut dan tertakluk kepada rukun-rukun yang berikut ;-

(1) Janjinya taat kepada Tuhan, dengan bersungguh-sungguh mencuba mengembangkan


kebaikan rohaninya dengan membuat ibadat.

(2) Janjinya taat kepada Raja, dengan bersungguh-sungguh mencuba mengetahui akan
perjalanan Kerajaan Negerinya, dan menjalankan kerjanya sebagai seorang rakyat.

(3) Janjinya berkhidmat kepada jiran-jirannya, melalui perbuatan yang baik bagi seorang
Pengakap, selepas disedia dan dilatih dengan betul, memberi khidmat yang berkesan
kepada masyarakat. Dalam menjalankan itu dia hendaklah sedar bahawa khidmatnya
yang utama ialah terhadap rumahtangganya dan menyediakan dirinya untuk masa
hidup. Dia hendaklah mencuba dengan seberapa daya upayanya mengemaskan
dirinya supaya tidak menjadi bebanan kepada orang lain atau kepada Negeri.

(4) Janjinya akan patuh kepada Undang-Undang Pengakap dengan menjadikannya sebagai
satu cita perbuatannya, dan dalam muhibbah, perpaduan dan hidup yang suci.

Latihan Praktik

271. (1) Selepas dilantik, Pengakap Kelana itu akan menjalankan latihan untuk mendapat
Lencana Kemajuan Pengakap Kelana (Progress Badge). Ujian-ujian untuk ini ada diberikan dalam
Peraturan 526 dan meliputi perkara-perkara yang berikut :-

Perkhidmatan Awam (Public Service)


Pekerjaan Pengakap (Scoutcraft)
Hal Ehwal Dunia (World Affairs)
Hal Ehwal Kebangsaan (National Affairs)
Perkara-Perkara Kebudayaan (Cultural Subjects)
Kegiatan Jasmani dan Kesukaan Sendiri (Physical Activities and Hobbies)

(2) Sebahagian daripada latihan yang mustahak bagi Pengakap-Pengakap Kelana ialah
pengurusan hal ehwal Pasukannya di bawah pengtuaan Pemimpin Pengakap Kelana.

271A. Pengakap-Pengakap Kelana memakai pakaian seragam bagaimana dalam Peraturan di Bahagian
VIII dan lencana-lencana bagaimana dalam Peraturan di Bahagian yang sama.

PASUKAN PENGAKAP KELANA KANAN

Peringkat Berkhidmat

272. Pasukan Pengakap Kelana Kanan diwujudkan untuk menerima orang-orang yang telah selesai
latihan dalam Pasukan Pengakap Kelana dan suka kekal dalam Persaudaraan Di tengah Lapang dan
Berkhidmat.

(1) Pasukan Pengakap Kelana Kanan itu tidak menjadi sebahagian daripada sebarang
Kumpulan. Dia didaftarkan dengan Persekutuan Tempatan dan dibezakan
dengan menggunakan huruf dan tidak angka.

(2) Pasukan itu akan didaftarkan bagi tempoh dua tahun. Dalam tempoh itu Pesuruhjaya
Daerah akan menentukan bahawa Pasukan ini akan menumpukan masanya kepada
Berkhidmat kepada masyarakat dan kepada orang-orang perseorangan. Jika ia gagal
menjalankan ini, pendaftarannya tidak akan dibaharukan.

(3) Pasukan itu akan ditadbirkan oleh seorang Pemimpin Pengakap Kelana dan sebuah
Jawatan Kuasa Pasukan mengandungi tidak lebih daripada enam orang Pengakap-
Pengakap Kelana yang dipilih oleh Pasukan itu.

(4) Jawatan Kuasa Pasukan itu dipilih tiap-tiap enam bulan sekali.

273. Peluang dan corak khidmat yang dijalankan oleh Pasukan Kanan itu ditetapkan oleh Jawatan
Kuasa Pasukan Kanan itu.
Pemimpin Pengakap Kelana Kanan

274. (1) Kelayakan-kelayakan bagi jawatan ini adalah bagaimana ditentukan dalam Peraturan-
Peraturan 69 dan 69 (f). Pemimpin Pengakap Kelana (Kanan) dipilih oleh Pasukannya bagi
tempoh dua tahun.

(2) Tertakluk kepada syarat-syarat pengeluaran tauliah dalam Bahagian IV diikuti,


Persekutuan Tempatan dan Pesuruhjaya Daerah akan menimbangkan permohonan untuk mendapat tauliah
dalam Borang GG ditandatangani seperti berikut :-

Bagi tempat pencadang - oleh Setiausaha Pasukan Pengakap Kelana Kanan.

Bagi tempat P.K. - tiada apa-apa tandatangan.

274A. Tiada pangkat Penolong Pemimpin Pengakap Kelana (Kanan) bagi Pasukan Pengakap Kelana
Kanan.

274B. Pemimpin Pengakap Kelana (Kanan) memakai pakaian seragam bagaimana dalam Peraturan di
Bahagian VIII dan lencana-lencana bagaimana dalam Peraturan di Bahagian yang sama.

Pengakap Kelana Kanan

274C. Pengakap Kelana Kanan diterima masuk ke dalam Pasukan Pengakap Kelana Kanan apabila
umurnya sampai 22 tahun, dan selepas habis latihannya dalam Pasukan Pengakap Kelana. Tiada had
umur di atas bagi Pasukan Kanan, tetapi ahli-ahli yang tidak cergas akan diminta masuk ke dalam
Persaudaraan Pengakap Lama B:P. Ahli yang tiada cergas ialah seorang yang kerap gagal daripada
mencampuri kegiatan di Tengah Lapang dan Berkhidmat yang dijalankan oleh Pasukan Pengakap Kelana
Kanan itu.

274D. Lencana Pengembara (Rambler Badge) adalah dianugerahkan kepada Pengakap-Pengakap


Kelana Kanan kerana kegiatan-kegiatan di Tengah Lapang, atas syarat-syarat yang tertentu.

274E. Seorang Pengakap Kelana Kanan memakai pakaian seragam bagaimana dalam Peraturan-
Peraturan di Bahagian VIII dan lencana-lencana bagaimana dalam Peraturan di Bahagian yang sama.
BAHAGIAN VIII

PAKAIAN SERAGAM DAN LENCANA PANGKAT


PAKAIAN SERAGAM

Pakaian Seragam

275. (1) Pakaian seragam yang betul dan lengkap dipakai oleh ahli-ahli dalam semua cawangan
Pengakap dalam Pergerakan ini termasuk Penaung dan Penaung Utama adalah bagaimana yang
dinyatakan di bawah peraturan-peraturan di dalam Bahagian ini.

(2) Cawangan-cawangan Pengakap itu adalah seperti berikut :-


(a) Pengakap Kanak-Kanak.
(b) Pengakap.
(c) Pengakap Putera (termasuk Laut dan Udara).
(d) Pengakap Kelana.
(e) Pemimpin (termasuk Pemimpin Kumpulan).
(f) Pesuruhjaya.
(g) Pesuruhjaya Kehormat.

Rupabentuk Dan Corak

276. Rupabentuk dan corak alat-alat yang mengandungi pakaian seragam itu hendaklah mengikut
rupabentuk, ukuran dan corak bagaimana yang telah ditetapkan. Ahli-ahli Pergerakan ini tidak dibenarkan
memakai pakaian seragam yang berlainan daripada apa yang telah ditetapkan dalam Bahagian ini.

Warna

277. Warna rasmi bagi kemeja, baju wanita dan jaket dan seluar atau kain wanita dan apa jua jenis
pakaian ialah KELABU bagi kemeja, baju wanita dan jaket dan BIRU TUA bagi seluar atau kain wanita.

ISTIADAT-ISTIADAT RASMI DAN LAIN-LAIN

278. Apabila pakaian seragam dipakai di dalam istiadat-istiadat rasmi, di perhimpunan-perhimpunan


Pengakap atau dalam masa menjalankan gerakerja-gerakerja Pengakap, pakaian seragam itu hendaklah
dengan betul dan lengkap mengandungi pakaian di kepala, kemeja (atau baju wanita atau jaket), seluar
(atau kain wanita), skaf (atau tali leher atau ‘ribbon’), tali pinggang, sarung kaki dan kasut sebagaimana
yang telah ditetapkan dalam peraturan-peraturan di dalam Bahagian ini.
Perkhemahan, Kursus Dan Lain-Lain

279. Ahli-ahli Pergerakan ini boleh, mengikut bijaksana Pemimpin yang berkenaan, memakai
sebarang pakaian yang sesuai dan selesa dalam masa perkhemahan atau dalam kursus atau masa-masa
yang lain tetapi apabila keluar daripada kawasan perkhemahan atau tempat kursus itu, mereka hendaklah
memakai pakaian seragam yang betul dan lengkap.

Pakaian Seragam Bagi Pemimpin Dan Pesuruhjaya

280. Tiga jenis pakaian seragam bagi Pemimpin dan Pesuruhjaya adalah seperti berikut :-

(1) Pakaian No. 1 - Untuk dipakai bagai kegiatan luar seperti jambori, perhimpunan, kerja
dalam masa kecemasan dan seumpamanya.

(2) Pakaian No. 2 - Untuk dipakai pada masa hadir dalam jambori, perhimpunan atau
kegiatan luar sebagai tetamu.

(3) Pakaian No. 3 - Untuk dipakai pada masa hadir dalam istiadat-istiadat rasmi Pengakap,
Negeri dan Kebangsaan.

Pakaian Seragam Bagi Pesuruhjaya Kehormat, Penaung Dan


Penaung Utama

281. Pesuruhjaya Kehormat, Penaung dan Penaung Utama hanya memakai Pakaian No. 3.

Pakaian Di Kepala

282. (1) Pakaian di kepala bagi tiap-tiap cawangan adalah seperti berikut :-

(a) Pengakap Kanak-Kanak - ‘cap’ berwarna kelabu dengan Lambang Pengakap.

(b) Pengakap - ‘beret’ berwarna hijau dengan Lambang Pengakap.

(c) Pengakap Putera - ‘beret’ berwarna maroon dengan Lambang


Pengakap.
(d) Pengakap Laut - songkok kelasi bulat berwarna putih bertulis
Pengakap Laut dengan Lambang Pengakap.

(e) Pengakap Udara - ‘beret’ berwarna biru muda dengan Lambang


Pengakap.

(f) Pengakap Kelana - ‘beret’ berwarna merah dengan Lambang Pengakap.

(2) Pemimpin :

(a) Pakaian No. 1 - ‘beret’ berwarna coklat dengan Lambang Pengakap bagi kedua-dua
laki- laki dan wanita.

(b) Pakaian No. 2 - songkok ‘forage’ berwarna biru tua berjalur benang emas dengan
Lambang Pengakap bagi kedua-dua laki-laki dan wanita.

(c) Pakaian No. 3 - (i) Laki-Laki:


songkok Melayu berwarna biru tua.

(ii) Wanita:
bentuk songkok Melayu tetapi rendah berwarna biru
tua.

(3) Pemimpin Pengakap Laut memakai ‘peak cap’ berwarna putih dengan Lambang
Pengakap bagi Pakaian No. 1 dan No. 2 dan memakai songkok Melayu berwarna biru
tua bagi Pakaian No. 3.

(4) Pesuruhjaya:
(a) Pakaian No. 1 - ‘beret’ berwarna ungu dengan Lambang Pengakap bagi kedua-dua
laki- laki dan wanita.

(b) Pakaian No. 2 - songkok ‘forage’ berwarna biru tua berjalur benang emas dengan
Lambang Pengakap bagi kedua-dua laki-laki dan wanita.
(c) Pakaian No. 3 - (i) Laki-laki:
songkok Melayu berwarna biru tua.

(ii) Wanita:
bentuk songkok Melayu tetapi rendah berwarna biru
tua.

(5) Pesuruhjaya Kehormat:


Pakaian No. 3 sahaja - songkok Melayu berwarna biru tua.

(6) Penaung dan Penaung Utama:


Pakaian No. 3 sahaja - songkok Melayu berwarna biru tua.

(7) Ahli-ahli Pergerakan daripada keturunan Sikh boleh memakai tarban bagi pakaian di
kepala mengikut warna bahagian yang berkenaan.

(8) Wanita-wanita boleh memakai pakaian di kepala jika mereka suka.

Tanda-Tanda Peringkat Kebangsaan, Negeri Dan Daerah

283. Bagi menandakan peringkat masing-masing, songkok Melayu yang dipakai dengan Pakaian No.
3 akan dililitkan dengan jalur benang emas dengan ukuran mengikut kedudukan masing-masing seperti di
bawah ini:-

(a) Peringkat Kebangsaan - emas lebarnya 1”.

(b) Peringkat Negeri - emas lebarnya 1/2”.

(c) Peringkat Daerah - emas lebarnya 1/4”.

Tanda-Tanda Pangkat Pada Songkok Melayu

284. Lencana songkok yang dipakai pada songkok Melayu berupa ‘plume’ dengan Lambang
Pengakap yang mengandungi warna-warna seperti berikut:-

(a) Penaung Utama dan Penaung:


‘plume’ emas mengandungi empat warna iaitu ungu, kuning, merah dan hijau.

(b) Ketua Pengakap Negara:


‘plume’ perak mengandungi tiga warna iaitu merah, kuning dan hijau.
(c) Ketua Pesuruhjaya Negara:
‘plume’ perak mengandungi dua warna iaitu ungu dan merah.

(d) Pesuruhjaya di semua peringkat:


‘plume’ perak dengan satu warna sahaja iaitu ungu.

(e) Pemimpin Kumpulan:


‘plume’ perak dengan warna coklat.

(f) Pemimpin:
‘plume’ perak dengan warna cawangan masing-masing iaitu:-

(i) Pengakap Kanak-Kanak - kelabu


(ii) Pengakap - hijau
(iii) Pengakap Putera - maroon
(iv) Pengakap Laut - putih
(v) Pengakap Udara - biru muda
(vi) Pengakap Kelana - merah

Jalur Dan ‘Plume’ Bagi Pesuruhjaya Kehormat

285. Pesuruhjaya Kehormat memakai songkok Melayu berwarna biru tua dengan jalur emas mengikut
peringkat masing-masing dan ‘plume’ perak dengan satu warna sahaja iaitu ungu.

Skaf, Tali Leher Dan ‘Ribbon’

286. (1) Semua cawangan Pengakap hendaklah memakai skaf yang sama iaitu berupabentuk tiga
penjuru berwarna biru tua berjalur merah putih. Sebarang lencana tidak dibenarkan dilekat pada skaf itu.

(2) Tali leher berwarna biru tua bersulam dengan Lambang Pengakap Malaysia hendaklah
dipakai dengan Pakaian No. 2 oleh Pemimpin dan Pesuruhjaya laki-laki dan ‘ribbon’ berwarna biru tua
disemat dengan ‘pin’ Lambang Pengakap Malaysia hendaklah dipakai dengan Pakaian No. 2 oleh
Pemimpin dan Pesuruhjaya Wanita.

(3) Dalam masa kursus latihan skaf ‘Gilwell’ boleh dipakai jika skaf latihan yang lain tiada
dikeluarkan untuk dipakai.

Kemeja, Baju Wanita Dan Jaket

287. Kemeja, baju wanita dan jaket bagi tiap-tiap cawangan hendaklah seperti berikut:-

(1) Pengakap Kanak-Kanak - kemeja berupa ‘jersey’ leher bulat dan berlengan
pendek dipakai di luar seluar.
(2) Pengakap - kemeja biasa, bersaku dua, ada ‘strap’ di bahu dan
berlengan pendek dipakai di dalam seluar.

(3) Pengakap Putera - kemeja biasa, bersaku dua, ada ‘strap’ di bahu dan
(termasuk Laut dan Udara) berlengan pendek pakai di dalam seluar.

(4) Pengakap Kelana - (a) Laki-laki:


kemeja biasa, bersaku dua, ada ‘strap’ di
bahu dan berlengan panjang dipakai di
dalam seluar.

- (b) Wanita:
baju wanita bersaku dua di bahagian bawah,
ada ‘strap’ di bahu dan berlengan
panjang dipakai di luar kain atau seluar.

(5) Pemimpin - (a) Laki-laki:


(i) Pakaian No.1 dan No.2
kemeja biasa, bersaku dua, ada
‘strap di bahu dan berlengan
panjang dipakai di dalam seluar.

(ii) Pakaian No.3


Baju ‘bush jaket’bersaku empat;
dua bertampal di bahagian atas dan
dua bertebuk serong di
bahagian bawah, tiada
‘strap’ di bahu, berbutang lima,
berlengan
panjang/pendek dan berbelah dua
pada sebelah belakang.

(b) Wanita:
(i) Pakaian No.1 dan No.2
baju wanita bersaku dua di
bahagian bawah, ada ‘strap’ di
bahu dan berlengan panjang
dipakai di luar kain atau seluar.
(ii) Pakaian No.3
serupa bagaimana 287 (5) (a) (ii).

(6) Pesuruhjaya - (a) Laki-laki:


(i) Pakaian No.1 dan No.2
serupa bagaimana 287 (5) (a) (i).
(ii) Pakaian No.3
serupa bagaimana 287 (5) (a) (ii).

- (b) Wanita:
(i) Pakaian No.1 dan No.2
serupa bagaimana 287 (5) (b) (i).
(ii) Pakaian No.3
serupa bagaimana 287 (5) (a) (ii).

(7) Pesuruhjaya - Pakaian No.3 sahaja - serupa bagaimana 287 (5) (a)
Kehormat (ii).

(8) Penaung dan - Pakaian No.3 sahaja - serupa bagaimana 287 (5) (a)
Utama (ii).

Seluar Dan Kain Wanita

288. Seluar dan kain wanita bagi tiap-tiap cawangan hendaklah seperti berikut:-

(1) Pengakap Kanak-Kanak - seluar pendek dengan menggunakan getah elastik


pada pinggang menggantikan tali pinggang dan
bersaku dua di sebelah hadapan potong serong.

(2) Pengakap - seluar pendek biasa dengan mengguna tali pinggang


dan bersaku dua di sebelah hadapan potong serong.
(3) Pengakap Putera - seluar panjang biasa dengan mengguna tali pinggang
(termasuk Laut dan dan bersaku dua di sebelah hadapan potong
serong, Udara) kakinya tidak berlipat dengan ukuran lebar
tidak lebih daripada 18”.

(4) Pengakap Kelana - (a) Laki-laki:


seluar serupa bagaimana 288 (3).
- (b) Wanita:
kain berupa maxi.
wanita boleh juga memakai seluar panjang
pada masa menjalankan kegiatan luar atau
berkhemah, berkursus dan seumpamanya.

(5) Pemimpin - (a) Laki-laki:


seluar serupa bagaimana 288 (3).
- (b) Wanita:
serupa bagaimana 288 (4) (b).

(6) Pesuruhjaya - (a) Laki-laki:


seluar serupa bagaimana 288 (3).
(b) Wanita:
serupa bagaimana 288 (4) (b).

(7) Pesuruhjaya - serupa bagaimana 288 (3) bagi laki-laki dan 288 (4)
(b) Kehormat bagi wanita.

(8) Penaung dan - serupa bagaimana 288 (3).


Penaung Utama

Tali Pinggang

289. Tali pinggang bagi tiap-tiap cawangan adalah seperti berikut:-


(1) Pengakap Kanak-Kanak - tiada memakai tali pinggang.
(2) Pengakap - diperbuat daripada kulit berwarna hitam lebarnya
1 1/2” berkepala tembaga dan bertangkup dengan
Lambang Pengakap Malaysia.

(3) Pengakap Putera - serupa bagaimana 289 (2).


(termasuk Laut dan
Udara)

(4) Pengakap Kelana - diperbuat daripada kulit berwarna hitam lebarnya


1 1/2” berkepala perak bertangkup dengan Lambang
Pengakap Malaysia.

(5) Pemimpin - serupa bagaimana 289 (4).

(6) Pesuruhjaya - serupa bagaimana 289 (4).

(7). Pesuruhjaya - serupa bagaimana 289 (4).


Kehormat

(8) Penaung dan - serupa bagaimana 289 (4).


Penaung Utama

Sarung Kaki

290. Sarung kaki bagi tiap-tiap cawangan adalah seperti berikut:-

(1) Pengakap Kanak-Kanak - sarung kaki panjang berwarna biru tua dan memakai
garter berwarna kelabu.

(2) Pengakap - sarung kaki panjang berwarna biru tua dan memakai
garter berwarna hijau.

(3) Pengakap Putera, Pengakap Kelana, Pemimpin dan Pesuruhjaya -

(i) Ahli-ahli yang memakai seluar panjang hendaklah dengan seberapa boleh
memakai sarung kaki pendek yang berwarna biru tua.

(ii) Pemimpin dan Pesuruhjaya yang memakai seluar pendek hendaklah memakai
sarung kaki panjang berwarna biru tua dengan garter mengikut warna beretnya
iaitu coklat bagi Pemimpin dan ungu bagi Pesuruhjaya.
Kasut

291. (1) Pengakap Kanak-Kanak dan Pengakap hendaklah memakai kasut berwarna hitam
samada daripada kanvas atau kulit.

(2) Ahli-ahli Pergerakan yang lain hendaklah memakai kasut kulit berwarna hitam.

LENCANA PANGKAT

Lencana-Lencana
292. Menurut fasal-fasal 12 dan 13 Akta (Perbadanan) Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia
1968, lencana-lencana Pengakap adalah barang yang terkawal dan tiada sesiapa pun boleh menjual,
mempamer untuk dijual, membawa, menunjuk, memakai dan memiliki lencana-lencana itu dengan tiada
kebenaran yang bertulis daripada Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia.

Bagaimana Mendapatkannya

293. Lencana-lencana pangkat hanya boleh didapati daripada Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap-
Pengakap Malaysia dan dikeluarkan seperti berikut:-

(1) Bagi Pengakap - oleh Setiausaha Majlis Pengakap Persekutuan


Tempatan atau lain-lain pegawai yang telah
ditetapkan atas perakuan Pemimpin yang berkenaan.

(2) Bagi Pemimpin - oleh Setiausaha Majlis Pengakap Negeri atau lain-
lain pegawai yang telah ditetapkan setelah Pemimpin itu
menerima Surat Tauliah daripada Ibu
Pejabat Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia.

(3) Pesuruhjaya - oleh Setiausaha Majlis Pengakap Negeri atau lain-


lain (peringkat negeri pegawai yang telah ditetapkan setelah Pesuruhjaya
itu dan daerah) menerima Surat Tauliah daripada Ibu Pejabat
Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia.
(4) Pesuruhjaya - oleh Ketua Setiausaha Persekutuan Pengakap-
(peringkat Pengakap Malaysia setelah Pesuruhjaya itu
menerima kebangsaan) Surat Tauliah daripada Ibu Pejabat
Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia.

(5) Pesuruhjaya - oleh Ketua Setiausaha Persekutuan Pengakap-


Kehormat Pengakap Malaysia setelah Pesuruhjaya Kehormat
itu (peringkat menerima Surat Perlantikan daripada Ibu Pejabat
kebangsaan) Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia.

(6) Pesuruhjaya - menurut peraturan-peraturan 97 (5) dan 165.


Kehormat
(peringkat negeri
dan daerah)

Pemakaian Lencana-Lencana

294. (1) Lencana-lencana pangkat kerana dua atau lebih jawatan tidak boleh dipakai pada satu
masa.

(2) Pemimpin yang memegang lebih daripada satu jawatan hendaklah memakai pakaian
seragam dan lencana yang tertentu bagi satu-satu tugas. Sekiranya ini tidak dapat dilakukan, pemimpin
itu hendaklah memakai pakaian seragam dan lencana-lencana jawatan yang terkanan sekali.

(3) Pemimpin yang menjadi ahli dalam Pasukan Kelana boleh memakai ‘strap’ Kelana di
bahu.

(4) Pemimpin boleh memakai Lencana Pengakap Raja yang kecil (miniature) yang telah
dianugerahkan kepadanya semasa pemimpin itu menjadi Pengakap dulu, dilengan sebelah kiri.

(5) Pesuruhjaya tidak boleh memakai sebarang lencana menunjukkan cawangan-cawangan


Pengakap yang telah diikutinya.

Lencana Pangkat Pemimpin

295. (1) Pemimpin akan memakai tanda jawatan diperbuat daripada plastik ukuran 1 1/2” x 3
1/2” yang berwarna mengikut cawangan masing-masing iaitu:-

(a) Pengakap Kanak-Kanak - kelabu (tulisan hitam)


(b) Pengakap - hijau (tulisan putih)

(c) Pengakap Putera - maroon (tulisan putih)

(d) Pengakap Laut - putih (tulisan hitam)

(e) Pengakap Udara - biru muda (tulisan putih)

(f) Pengakap Kelana - merah (tulisan putih)

(2) Pemimpin Kumpulan memakai tanda jawatan diperbuat daripada plastik ukuran 1 1/2” x
3 1/2” yang berwarna coklat (tulisan putih).

(3) Pada plastik itu akan diukir Lambang Pengakap, nama jawatan dan nama penyandang
dan dipakai pada sebelah atas saku kanan kemeja atau baju wanita atau jaket.

Lencana Pangkat Pesuruhjaya Dan Pesuruhjaya Kehormat

296. (1) Pesuruhjaya dan Pesuruhjaya Kehormat memakai tanda jawatan diperbuat daripada
plastik ukuran 1 1/2” x 3 1/2” yang berwarna ungu (tulisan putih).

(2) Pada plastik itu akan diukir Lambang Pengakap, nama jawatan dan nama penyandang
dan dipakai pada sebelah atas saku kanan kemeja atau baju wanita atau jaket.

Pengakap Kanak-Kanak

297. (1) Ketua Enam Sekawan memakai tanda jawatan berupa lencana dengan Lambang
Pengakap dan dua garisan berwarna kelabu atas latar biru tua.

(2) Penolong Ketua Enam Sekawan memakai tanda jawatan berupa lencana dengan
Lambang Pengakap dan satu garisan berwarna kelabu atas latar biru tua.

(3) Ketua Kanan Enam Sekawan jika dilantik, memakai tanda jawatan berupa lencana
dengan Lambang Pengakap dan tiga garisan berwarna kelabu atas latar biru tua.

(4) Tanda jawatan ini dipakai pada sebelah atas kiri kemeja.

Gelaran Enam Sekawan

298. (1) Tiap-tiap pasukan enam sekawan akan diberi gelaran dengan menggunakan nama bunga
dan berupa lencana.
(2) Lencana ini dipakai pada tepi bahu kiri.

Pengakap

299. (1) Ketua Patrol memakai tanda jawatan berupa lencana dengan Lambang Pengakap dan
dua garisan berwarna hijau atas latar biru tua.

(2) Penolong Ketua Patrol memakai tanda jawatan berupa lencana dengan Lambang
Pengakap dan satu garisan berwarna hijau atas latar biru tua.

(3) Ketua Pasukan jika dilantik, memakai tanda jawatan berupa lencana dengan Lambang
Pengakap dan tiga garisan berwarna hijau atas latar biru tua.

(4) Tanda jawatan ini dipakai pada sebelah atas saku kiri kemeja.

Gelaran Patrol

300. (1) Tiap-tiap patrol akan diberi gelaran dengan menggunakan nama burung dan berupa
lencana.

(2) Lencana ini dipakai pada tepi bahu kiri.

Pengakap Putera

301. (1) Ketua Patrol memakai tanda jawatan berupa lencana dengan Lambang Pengakap dan
dua garisan berwarna maroon atas latar biru tua.

(2) Penolong Ketua Patrol memakai tanda jawatan berupa lencana dengan Lambang
Pengakap dan satu garisan berwarna maroon atas latar biru tua.

(3) Ketua Pasukan jika dilantik, memakai tanda jawatan berupa lencana dengan Lambang
Pengakap dan tiga garisan berwarna maroon atas latar biru tua.

(4) Tanda jawatan ini dipakai pada sebelah atas saku kiri kemeja.

Gelaran Patrol

302. (1) Tiap-tiap Patrol akan diberi gelaran dengan menggunakan nama pahlawan tanah air
berupa lencana.

(2) Lencana ini dipakai pada tepi bahu kiri.


‘Strap’ Bahu

303. Pengakap Putera memakai ‘strap’ bahu berwarna maroon dengan Lambang Pengakap pada
kedua-dua belah bahu.

Pengakap Kelana

304. Bakal Pengakap Kelana memakai ‘strap’ di bahu berwarna hijau pada kedua-dua belah bahu.

305. Bakal Pengakap Kelana yang telah lulus ujian kelayakan dan dilantik sebagai Pengakap Kelana
memakai ‘strap’ di bahu berwarna hijau bertepi merah pada kedua-dua belah bahu.

306. Pengakap Kelana Kanan memakai ‘strap’ di bahu berwarna merah dengan Lambang Pengakap
pada kedua-dua belah bahu.

Gelaran

307. Tiap-tiap Pasukan Kelana akan diberi gelaran dengan menggunakan nama Ketua Pengakap
Negara atau Ketua Pesuruhjaya Negara atau orang-orang yang telah berjasa kepada Pergerakan Pengakap
di Malaysia.

Lencana-Lencana Khas

308. (1) Lencana yang dikeluarkan khas bagi satu-satu peristiwa seperti jambori, perhimpunan,
gerakerja dan lain-lain dengan persetujuan Ibu Pejabat Pengakap-Pengakap Malaysia hanya boleh dipakai
selama satu tahun di sebelah atas saku kanan kemeja.

(2) Lencana khas yang diperolehi kerana menghadiri jambori, perhimpunan, gerakerja dan
lain-lain di seberang laut hanya boleh dipakai selama satu tahun di sebelah atas saku kanan kemeja.

309. - 357 (Disimpan)

BAHAGIAN IX
BINTANG-BINTANG DAN ANUGERAH-ANUGERAH

Bintang-Bintang Dan Anugerah Yang Diluluskan

358. Sebarang bintang, anugerah, lencana, tali (cord) dan seumpamanya tidak boleh dipakai pada
pakaian seragam Pengakap melainkan yang tersebut di bawah ini:-

(1) Bintang, anugerah, lencana dan tali (cord) Pengakap yang diluluskan dalam Peraturan
ini.
(2) Bintang dan anugerah Kebangsaan dan Negeri-Negeri di Malaysia.

(3) Bintang dan anugerah Negara Asing yang diakui oleh Malaysia.

(4) Pingat Peperangan Dunia yang diakui oleh Kerajaan Malaysia.

(5) Bintang dan anugerah Pengakap Sedunia, wilayah-wilayahnya dan Persekutuan-


Persekutuan Pengakap Kebangsaan Negara-Negara Asing.

(6) Bintang dan anugerah St.John Ambulance dan Palang Merah dan lain-lain Persatuan
yang diakui oleh Pergerakan Pengakap.

BINTANG KHIDMAT LAMA

Bintang Khidmat Lama - Rupabentuk

359. (1) Bintang Khidmat Lama adalah sejenis sahaja daripada tembaga atau kain menunjukkan
bilangan banyak tahun berkhidmat.

(2) Warna lapik belakangnya adalah seperti berikut:-

Pengakap Kanak-Kanak - kuning


Pengakap - hijau
Pengakap Kanan - (maroon)
Pengakap Kelana - merah
Pemimpin, pangkat - tanah liat atau biru
bukan eksekutif
atau pangkat
kehormat

360. Bintang Khidmat Lama ini dipakai di sebelah atas saku kiri.

Pengakap

361. Seorang Pengakap memakai satu bintang sahaja menunjukkan lamanya dia berada di dalam satu-
satu bahagian Kumpulan itu. Lapik belakangnya mengikut kesesuaian bahagiannya dan hendaklah ditukar
pada tiap-tiap tahun supaya menunjukkan bilangan yang betul.

Perkhidmatan Sebagai Pengakap Kanak-Kanak

362. Seorang Pengakap yang dulunya telah menjadi Pengakap Kanak-Kanak boleh memakai Bintang
Khidmat Lama sebagai Pengakap Kanak-Kanak
dengan lapik kuning dan menunjukkan bilangan lamanya dia berada di dalam bahagian itu, bersama-sama
dengan Bintang Khidmat Lama sebagai Pengakap.

Perkhidmatan Sebagai Pengakap Kanak-Kanak, Pengakap Dan Pengakap Kanan

363. (1) Seorang Pengakap Kanan boleh memakai Bintang Khidmat Lama sebagai Pengakap
Kanak-Kanak dan Pengakap bersama-sama dengan Bintang Khidmat lama sebagai Pengakap Kanan.

(2) Demikian juga seorang Pengakap Kelana boleh memakai Bintang Khidmat Lama bagi
bahagian-bahagian yang pernah dia berkhidmat di dalamnya.

Pemimpin Dan Lain-Lain Orang

364. (1) Seorang Pemimpin, seorang yang berpangkat bukan eksekutif atau pangkat kehormat
atau seorang ahli Persaudaraan B.P. boleh memakai Bintang Khidmat Lama jika dia suka.

(2) Jika dipakainya, dia hanya boleh memakai satu bintang sahaja yang menunjukkan
bilangan lamanya pada keseluruhan dia berkhidmat sebagai Pemimpin, lain-lain pangkat dan sebagai
Pengakap. Bintang ini hendaklah ditukar pada tiap-tiap tahun supaya menunjukkan bilangan yang betul.

(3) Satu Bintang Khidmat Lama Khas yang tiada apa-apa lapik boleh dipakai bagi
perkhidmatan selama 25 tahun atau lebih.

Hitungan

365. (1) Perkhidmatan bagi lebih daripada satu jawatan yang dijalan serentak hanya boleh
memakai satu bintang dan lapik sahaja.

(2) Bagi Pengakap, perkhidmatannya dikira daripada tarikh dia dilantik, bagi Pemimpin,
dikira daripada tarikh percubaannya dan bagi yang lain-lain pangkat, dikira daripada tarikh
perlantikannya.

366. Jika dalam tempoh setahun dia berkhidmat di dalam beberapa bahagian yang tidak dijalankan
dengan serentak, perkhidmatan yang lama sekali di dalam satu bahagian itu akan dikira sebagai cukup
setahun untuk mendapat bintang itu.
367. (1) Perhitungan untuk mendapat bintang serta cara mentakrif Peraturan di atas ini tidak
mengira sebarang pertukaran.

(2) Perkhidmatan dengan Persekutuan asing yang diakui boleh dimasuk kira.

(3) Perkhidmatan dengan Persatuan Pandu Puteri boleh dimasuk kira.

(4) Jika, oleh sebab peperangan atau darurat, seorang Pengakap atau Pemimpin itu pindah
ke suatu tempat yang tiada Kumpulan Pengakap di mana dia boleh menyertai di dalamnya, maka
tempohnya di tempat itu boleh dimasuk kira bagi mendapat bintang itu dengan syarat di dalam tempoh itu
dia hendaklah mengekalkan minatnya di dalam Pengakap dan akan serta merta masuk ke dalam sebarang
Kumpulan yang terbuka kepadanya atau balik kepada Kumpulannya yang asal apabila sahaja keadaan
mengizinkan. Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini hendaklah diselesaikan oleh Pesuruhjaya Daerah
di mana permohonan untuk memperakui perkhidmatan itu dibuat.

MANIKAYU

Manikayu - Syarat Memberinya

368. (1) Manikayu ini diberikan kepada Pemimpin dan orang yang berpangkat bukan eksekutif
yang telah tamat dan berjaya dalam kursus-kursus yang tertentu.

(2) Manikayu ini adalah hak kepunyaan Ibu Pejabat PBBPM dan mestilah diserahkan balik
apabila dituntut.

Rupabentuk

369. (1) Manikayu ini mengandungi dua butir kayu tiruan daripada kepala rantai yang dipunyai
oleh Ketua Dinizulu yang telah ditawan oleh Pengasas Pergerakan Pengakap di dalam peperangan Zulu.

(2) Manikayu yang dipakai oleh Timbalan Ketua Perkhemahan dan Ketua Akela adalah
serupa tetapi ditambah dengan dua butir kayu lagi.

(3) Manikayu yang dipakai oleh Penolong Timbalan Ketua Perkhemahan dan Penolong
Ketua Akela adalah serupa tetapi ditambah dengan sebutir kayu lagi.
Cara Memakai

370. Manikayu ini dipakai pada pakaian seragam dengan digantung pada leher dengan tali kulit.

LENCANA TERIMA KASIH

Lencana Terima Kasih - Rupabentuk

371. Lencana ini mengandungi Lencana Pengakap dalam satu lingkungan yang tertulis perkataan
“Lencana Terima Kasih”.

Peluang Mendapatnya

372. Tujuan utama lencana ini ialah untuk dianugerahkan kepada mereka yang bukan Pengakap atau
Pemimpin yang bergerak cergas di dalam Berpengakap.

373. (1) Tertakluk kepada peraturan 372, Lencana Terima Kasih ini boleh dianugerahkan oleh
seorang Pengakap atau Pemimpin kepada sesiapa yang berjasa kepada Pengakap dengan syarat kebenaran
daripada Persekutuan Tempatan atau Pesuruhjaya Daerah hendaklah didapatkan terlebih dulu.

(2) Jika orang yang hendak dianugerahkan lencana itu ada kaitan dengan Pergerakan
pengakap dalam Persekutuan Tempatan yang lain, maka kebenaran Persekutuan Tempatan atau
Pesuruhjaya Daerah itu mestilah didapatkan dulu.

Akibat

374. Adanya lencana ini pada seseorang tidak memberi kepadanya taraf keahlian kepada Persekutuan.

Cara Memakai

375. Lencana Terima Kasih ini dipakai pada pakaian biasa dan tidak boleh dipakai pada pakaian
seragam Pengakap.

TANDA PERKHIDMATAN LAMA

Tanda Perkhidmatan Lama

376. Tanda Perkhidmatan Lama kerana perkhidmatan yang taat setia dan bijaksana selama 15 tahun
atau lebih boleh diberi kepada Pemimpin dan pangkat kehormat atas perakuan Pesuruhjaya Negeri.
Cara Memakai

377. Tanda ini dipakai pada pakaian seragam di sebelah atas saku kanan.

378. (Disimpan)

379. (Disimpan)

ANUGERAH KEBERANIAN

Anugerah Keberanian

380. (1) Anugerah kerana keberanian adalah dianugerahkan mengikut bijaksana Ibu Pejabat
PBBPM kepada Pengakap, Pemimpin, mereka yang berpangkat bukan eksekutif dan pangkat kehormat
dan ahli Persaudaraan B.P. dan juga kepada Kumpulan jika bertindak bersama, atas perakuan Persekutuan
Tempatan, Pesuruhjaya Daerah dan Pesuruhjaya Negeri dan permohonan itu dibuat di dalam borang yang
tertentu.

(2) Jika permohonan itu bagi Pesuruhjaya, perakuan itu hanya boleh dibuat oleh
Pesuruhjaya Negeri.

(3) Permohonan itu hendaklah mengandungi kenyataan yang lengkap berkenaan dengan
kejadian itu, dengan keterangan daripada saksi yang betul nampak atas apa yang berlaku, mana yang
dapat.

(4) Permohonan itu janganlah menentukan apa peringkat anugerah itu.

Peringkat

381. Anugerah ini terbahagi kepada lima peringkat iaitu:-

(1) Pingat Emas - Pita merah.


Anugerah yang tertinggi sekali kerana keberaanian, dianugerahkan hanya kerana
keberaniaan yang teristimewa atau menghadapi bahaya yang luar biasa.

(2) Pingat Perak - Pita biru.


Kerana keberanian dengan menghadapi bahaya.

(3) Pingat Gangsa - Pita biru dan merah.


Kerana keberanian dengan menghadapi bahaya yang sederhana.
(4) Timbal - Timbal kepada Pingat-Pingat (1), (2) dan (3) boleh diberi kerana keberanian
selanjutnya.

(5) Surat Kepujian - kerana kejadian keberanian yang tidak patut diberi Pingat atau Timbal
kepada Pingat.

Cara Memakai

382. Pingat ini dipakai pada pakaian seragam di sebelah atas saku kanan, melainkan jika
dianugerahkan kepada Kumpulan, maka Pingat ini hendaklah disematkan kepada bendera Kumpulan itu.

Tanda Kain

383. Tanda kain mengikut warna peringkat Pingat itu ada diberikan bersama-sama dengan Pingat itu
untuk dipakai pada pakaian seragam pada tempat yang sama.

384. Sijil penganugerahan itu juga diberi bersama-sama dengan Pingat itu.

ANUGERAH PEKERTI BAIK

Anugerah Pekerti Baik - Permohonan Dan Pengeluaran

385. Anugerah kerana pekerti baik hendaklah dipohon, dan akan dianugerahkan kepada mereka
serupa di dalam Peraturan 380, di dalam borang yang tertentu.

386. Mana satu daripada anugerah-anugerah ini boleh diberi mengikut keadaan kejadian itu:-

(1) Pingat Pekerti Baik - Pita hijau berjalur merah.

(2) Timbal - Timbal kepada Pingat Pekerti Baik boleh diberi kerana pekerti baik
selanjutnya.

(3) Sijil Pekerti Baik.

(4) Surat Penghargaan.

Cara Memakai

387. Pingat ini dipakai pada pakaian seragam di sebelah atas saku kanan, melainkan jika
dianugerahkan kepada Kumpulan, maka pingat itu hendaklah disematkan kepada bendera Kumpulan itu.
Tanda Kain

388. Tanda kain berwarna hijau dan merah ada diberikan bersama-sama dengan pingat itu untuk
dipakai pada pakaian seragam pada tempat yang sama.

389. Sijil penganugerahan itu juga diberi bersama-sama dengan pingat itu.

ANUGERAH PERKHIDMATAN BAIK

Anugerah Perkhidmatan Baik - Permohonan Dan Pengeluaran

390. (1) Anugerah kerana perkhidmatan baik kepada Pergerakan adalah dianugerahkan kepada
Pemimpin dan mereka yaang berpangkat bukan eksekutif atau pangkat kehormat mengikut bijaksana Ibu
Pejabat PBBPM atas perakuan Persekutuan Tempatan, Pesuruhjaya Daerah dan Pesuruhjaya Negeri.
Permohonan adalah dibuat di dalam borang yang tertentu.

(2) Jika anugerah itu untuk seorang Pesuruhjaya, perakuan adalah dibuat oleh Pesuruhjaya
Negeri sahaja. Jika yang diperaku itu seorang Penolong Pesuruhjaya Daerah, maka Pesuruhjaya Negeri
hendaklah berunding dengan Pesuruhjaya Daerah dulu.

(3) Perakuan itu hendaklah mengandungi kenyataan yang lengkap berkenaan dengan kerja-
kerja yang diperaku itu, dan mestilah menunjukkan, melainkan perkara itu luarbiasa, perkhidmatan yang
terkemuka di dalam tempoh tujuh tahun yang diperakukan itu.

Peringkat

391. Mana satu daripada anugerah-anugerah ini boleh diberi mengikut keadaan kejadian itu:-

(1) Pingat Perkhidmatan Baik - Pita hijau.


Telah berkhidmat sekurang-kurangnya tujuh tahun.

(2) Timbal kepada Pingat Perkhidmatan Baik - Pita hijau berjalur kuning.
Boleh dianugerahkan kerana perkhidmatan baik selanjutnya bagi tempoh lima tahun
lagi.

(3) Kepujian Ketua Pengakap Negara - bagi Pemimpin yang berpakaian seragam.
(4) Surat Penghargaan - bagi ahli biasa.

Cara Memakai

392. Syarat-Syarat berhubung dengan Pingat ini berkenaan dengan:-

(1) Cara Memakai.

(2) Tanda Kain.

(3) Sijil Penganugerahan.

adalah serupa bagaimana dinyatakan di dalam Peraturan-Peraturan 387-389.

PINGAT SEMANGAT PADI DAN SEMANGAT RIMBA

Pingat Semangat Padi Dan Pingat Semangat Rimba - Syarat Anugerahan

393. (1) Pingat Semangat Padi adalah anugerah Pengakap Malaysia yang tertinggi sekali kerana
perkhidmatan cemerlang yang luarbiasa.

(2) Pingat Semangat Rimba adalah anugerah Pengakap Malaysia yang kedua tingginya
kerana perkhidmatan yang terkemuka.

(3) Timbal kepada Pingat Semangat Rimba adalah anugerah Pengakap Malaysia yang
kedua tingginya kerana perkhidmatan yang terkemuka selanjutnya.

(4) Pingat-Pingat ini hanya boleh dianugerahkan oleh Ketua Pengakap Negara mengikut
bijaksananya.

Cara Memakai

394. (1) Pingat Semangat Padi dipakai pada pakaian seragam atau pakaian biasa dengan
digantung pada leher dengan pita hijau berjalur kuning.

(2) Pingat Semangat Rimba dipakai pada pakaian seragam atau pakaian biasa dengan
digantung pada leher dengan pita kuning.

(3) Timbal kepada Pingat Semangat Rimba dipakai pada pakaian seragam satu pakaian
biasa dengan digantung pada leher dengan pita kuning berjalur hijau.
(4) Pemegang Pingat Perkhidmatan Baik atau Timbal kepada Pingat Perkhidmatan Baik
tidak boleh memakai Pingat-Pingat itu lagi apabila dianugerahkan Pingat Semangat Rimba atau Timbal
kepada Pingat Semangat Rimba.

Semangat Rimba.

(5) Pemegang Pingat Semangat Rimba atau Timbal kepada Pingat Semangat Rimba tidak
boleh memakai Pingat-Pingat itu lagi apabila dianugerahkan Pingat Semangat Padi.

Tanda Kain

395. Tanda kain mengikut warna pita bagi tiap-tiap satu Pingat itu ada diberikan dengan Pingat itu
untuk dipakai pada pakaian seragam pada sebelah atas saku kanan.

BAHAGIAN X

Seksyen I

LATIHAN BAGI PEMIMPIN

Dasar Latihan

396. Latihan bagi pemimpin-pemimpin yang disediakan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia adalah
dengan maksud supaya memberi sokongan peribadi dan latihan yang dikehendakkan oleh pemimpin-
pemimpin bagi membolehkan mereka menggunakan Cara Pengakap untuk mencapai tujuan Persekutuan
ini iaitu bagi tiap-tiap seorang ahlinya menolong budak-budak dan belia-belia dalam asuhan dan
perkembangan dalam beberapa perkara seperti akal, jasmani, rohani dan pergaulan melalui satu sistem
latihan yang progresif berasas kepada Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap.

Tujuan

397. Tujuan mengadakan latihan bagi pemimpin-pemimpin ialah untuk menolong mereka memberi
latihan didikan yang lebih baik dan berkesan kepada PENGAKAP yang dipimpinnya. Dengan yang
demikian, latihan adalah sebahagian yang penting dalam kegiatan-kegiatan pemimpin itu yang mesti
mereka dengan seberapa boleh mengambilnya. Demikian juga kepada jurulatih-jurulatih yang memberi
latihan kepada pemimpin-pemimpin, latihan adalah juga sebahagian penting dalam kegiatan-kegiatan
mereka dan mereka hendaklah sentiasa mengemaskinikan ilmu dan pengalaman pengakap.
Skim Latihan

398. Skim latihan bagi pemimpin-pemimpin mengandungi lima peringkat yang progresif berakhir
dengan anugerahan manikayu seperti berikut:-

(1) Peringkat 1 - Kursus Penerangan.


Kursus ini mengambil masa selama 6-7 jam dan dijalankan oleh Penolong Jurulatih atau
Jurulatih, bertujuan memberi penerangan dan pengertian atas prinsip-prinsip
Pengakap di semua bahagian dalam perkara-perkara yang berikut:-

(a) Tujuan dan prinsip Pergerakan Pengakap.


(b) Persetiaan dan Undang-Undang.
(c) Objektif keagamaan.
(d) Cara-Cara dan tekniknya.
(e) Tanggungjawab seorang pemimpin.
(f) Ilmu jiwa kanak-kanak.
(g) Sejarah Pengakap.

(2) Peringkat 2 - Latihan Sambil Berkhidmat.


Latihan ini mengambil masa selama 6-8 minggu, bertugas samada dengan kumpulannya
sendiri atau dengan kumpulan-kumpulan yang lain di bawah panduan seorang
pembimbing yang berpengalaman.

(3) Peringkat 3 - Kursus Asas Manikayu.


Kursus ini mengambil masa selama dua hari, dijalankan di Pusat Latihan atau tempat
yang sesuai dan lengkap dengan segala kemudahan-kemudahan untuk menjalankannya dan
diketuai oleh Penolong Jurulatih atau Jurulatih sendiri.

Keperluan latihan yang diberikan dalam kursus ini ialah asas merancang, pelaksanaan
dan kemahiran-kemahiran Pengakap. Setelah tamat kursus ini, peserta-peserta dijangka
boleh menjalankan dengan berkesan satu Kumpulan Pengakap atau Pengakap Kanak-
Kanak.

(4) Peringkat 4 - Kursus Lanjutan.


Kursus ini mengambil masa selama 54 jam atau 6 hari penuh, dijalankan di Pusat
Latihan, bertujuan mengembangkan lagi kemahiran-kemahiran dalam perkara-perkara
seperti pengertian, perhubungan, perancangan dan pelaksanaan dan mengkaji dengan
lebih mendalam perkara-perkara asasi.
Sebagai tambahan kepada 54 jam itu, 10 jam lagi hendaklah diberikan kerana membuat
penyelidikan atas satu-satu projek yang tertentu.

(5) Peringkat 5 - Tempoh Penilaian.


Tempoh penilaian ini ialah selama 4 bulan dimana pemimpin itu sendiri bersama
dengan Pesuruhjaya Daerahnya menilai akan kerja-kerja dan kegiatan-kegiatan
pemimpin itu dengan bersemuka. Tempoh ini boleh dilanjutkan jika perlu.

Bahan Rujukan

399. Peraturan-peraturan yang penuh mengenai kursus dan latihan yang disebutkan dalam peraturan
ini boleh didapati dalam buku-buku di bawah ini:-

(1) Dasar dan Susunan Latihan Baru bagi Pemimpin-Pemimpin.


(2) Latihan Kepimpinan Dalam Pengakap.
(3) Kaedah-kaedah dan Teknik-Teknik yang berguna bagi Latihan Pemimpin-Pemimpin.

Latihan Khas

400. Latihan khas dan teknikal yang lebih mendalam mengenai beberapa perkara samada di dalam
Pengakap atau di luar Pengakap, yang berguna dan memberi faedah kepada pemimpin-pemimpin dan
budak-budak dan kepada Persekutuan Pengakap ini pada keseluruhannya, akan diatur dan dijalankan oleh
Pasukan-Pasukan Latihan Daerah, Negeri dan Kebangsaan dari semasa ke semasa mengikut keperluan
masing-masing.

Pasukan-Pasukan Latihan

401. (a) Pasukan-Pasukan Latihan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan hendaklah
ditubuhkan bagi menggalak dan mengendali latihan-latihan yang ditetapkan dalam peraturan ini. Ahli-
ahlinya hendaklah terdiri daripada mereka yang ada kelulusan, pengalaman dan kemahiran berpengakap.

(b) Suatu peraturan yang khas mengenai penubuhan pentadbiran dan perjalanan Pasukan
Latihan ini hendaklah diadakan dan mendapat persetujuan daripada Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara.
Seksyen II

SKIM LATIHAN BAGI PENGAKAP

Skim Latihan

402. Bahagian Latihan, Persekutuan Pengakap Malaysia akan, dari semasa ke semasa menerbitkan
buku-buku skim latihan, bagi Pengakap dalam semua bahagian. Buku-buku ini akan mengandungi
peraturan-peraturan, rupabentuk lencana-lencana, cara-cara mendapat dan memakai lencana-lencana ini
dan lain-lain hal berkaitan dengan skim latihan itu, setelah mendapat kelulusan daripada Ketua
Pesuruhjaya Pengakap Negara.

Ujian-Ujian

403. Ujian-ujian bagi mendapatkan lencana-lencana ini hendaklah dijalankan dengan seberapa boleh,
oleh penguji-penguji bebas yang ada kelulusan dan diterima oleh Pesuruhjaya Daerah.

BAHAGIAN XI

AM

Pancaragam

404. Pancaragam hendaklah sentiasa diawasi supaya tidak menjadi gangguan kepada orang ramai dan
dilarang bermain apabila melalui tempat-tempat ibadat, hospital-hospital dan di tempat-tempat larangan.
Bermain di jalanraya selepas jam 9.00 malam adalah juga dilarang melainkan telah mendapat kebenaran.

Pakaian

405. Ahli-ahli pancaragam memakai pakaian seragam Pengakap bagaimana di bahagian-bahagian


yang lain melainkan telah mendapat kebenaran Ibupejabat PPM untuk memakai pakaian seragam yang
berlainan rupa.

Main Di Laut

406. Sebelum memberi kebenaran kepada Pengakap untuk bermain di laut seperti berenang,
bersampan, berakit dan sebagainya, Pemimpin itu hendaklah meneliti terlebih dulu -

(1) keadaan laut samada dalam atau tohor, bergelombang, berarus dan lain-lain.
(2) keadaan sampan, rakit atau sebarang benda yang hendak digunakan.

(3) ada mempunyai alat-alat penyelamat nyawa seperti pelampung, tali timba dan ada
penyelamat-penyelamat di pantai.

(4) umur, pengalaman dan kecekapan Pengakap itu atau penjaganya.

(5) peraturan-peraturan tempatan mengenai keadaan perairan dan alat-alat yang hendak
digunakan.

Berkhemah

407. (1) Pengakap tidak dibenarkan berkhemah melainkan telah mendapat kebenaran bertulis
daripada Pesuruhjaya Daerahnya.

(2) Pesuruhjaya Daerah tidak boleh membenarkan Pengakap Kanak-Kanak berkhemah


bersama-sama Pengakap melainkan dalam keadaan yang luarbiasa.

Mengembara

408. Pengakap tidak dibenarkan mengembara melainkan telah mendapat kebenaran bertulis daripada
Pesuruhjaya Daerahnya.

Lawatan Ke Negara Asing

409. Pengakap yang hendak melawat atau melancong ke negara asing hendaklah terlebih dulu
mendapat kebenaran daripada Ibupejabat PPM dan segala permohonan hendaklah melalui Pesuruhjaya
Daerah masing-masing.

Berlakon

410. Pengakap-Pengakap yang berpakaian seragam tidak dibenarkan berlakon di panggung-panggung


awam melainkan pertunjukan itu ialah kerana mereka sendiri atau telah mendapat kebenaran
terlebih dulu daripada Pesuruhjaya Daerah masing-masing.

( Thian Hiong-Boon - Ibu Pejabat Pengakap Negeri Sarawak, Jun 1999)

You might also like