You are on page 1of 2

CONTOH-CONTOH KESALAHAN YANG BOLEH DI TAWARKAN KOMPAUN DI BAWAH AKTA 342

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB), WP K. LUMPUR, PUTRAJAYA, SELANGOR


( Terpakai dari 14 Oktober hingga 27 Oktober 2020 )

RUJUKAN : SOP MAJLIS KESELAMATAN NEGARA ( 19 OKTOBER 2020 )

1. Keluar dari rumah melebihi dua orang dalam satu masa bagi tujuan mendapatkan bekalan makanan
/ keperluan asas, perubatan dan lain-lain keperluan.

2. Tiada kebenaran bertulis daripada PDRM untuk membuat pergerakan udara melalui KLIA, KLIA2 dan
Subang.

3. Pemandu dan pengguna kenderaan awam (e-hailing, teksi, bas, keretapi, ERL, LRT) tidak memakai
pelitup muka semasa menaiki kenderaan awam.

4. Penumpang melebihi dua orang (tidak termasuk pemandu) semasa menaiki / mengguna perkhidmatan
e-hailing dan teksi.

5. Tiada kebenaran bertulis daripada PDRM untuk membuat pergerakan kecemasan seperti sakit dan
pengurusan jenazah di luar daerah.

6. Tiada kebenaran bertulis daripada PDRM untuk membuat pergerakan pulang ke kawasan PKPB bagi
individu yang berasal dari kawasan PKPB.

7. Tiada kebenaran bertulis daripada PDRM untuk membuat pergerakan merentasi kawasan PKPB bagi
individu yang tinggal selain daripada kawasan PKPB.

8. Tidak menjaga penjarakan fizikal (social distancing) 1 meter semasa berada di kedai makan dan
peruncitan, dll.

9. Duduk makan (Dine In) melebihi empat orang pada satu meja di premis makanan.

10. Tidak memakai pelitup muka semasa berada di tempat awam yang sesak.

11. Melanggar perintah pengoperasian antara jam 6.00 pagi hingga 2.00 petang bagi pasar harian.

12. Melanggar perintah pengoperasian antara jam 12.00 pagi hingga 5.00 petang bagi pasar borong.

13. Melanggar perintah pengoperasian antara jam 6.00 pagi hingga 12.00 tengah hari bagi pasar tani dengan
pematuhan SOP dan pengawasan anggota RELA.

14. Melanggar perintah pengoperasian antara jam 6.00 pagi hingga 10.00 malam bagi pengepaman di stesen
minyak (kecuali di lebuh raya).

15. Melanggar perintah pengoperasian antara jam 6.00 pagi hingga 10.00 malam bagi premis Restoran,
kedai gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan
selera / pusat penjaja, gerai makan tepi jalan / kiosk, kedai runcit dan kedai serbaneka.

16. Melanggar perintah pengoperasian antara jam 8.00 pagi hingga 11.00 malam bagi farmasi dan kedai
menjual ubat-ubatan.

17. Tidak membuat kawalan keluar masuk pelanggan ke premis iaitu catitan butir-butir pelanggan,
penggunanan aplikasi MySejahtera, penjarakan fizikal 1 meter, penggunaan hand sanitizer dan sukatan
suhu badan pelanggan.

18. Tiada pas kerja yang sah atau surat kebenaran daripada majikan bagi pekerja yang membuat
pergerakan dalam daerah ataupun luar daerah PKPB.
1|Page
Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Putrajaya
CONTOH-CONTOH KESALAHAN YANG BOLEH DI TAWARKAN KOMPAUN DI BAWAH AKTA 342
PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB), WP K. LUMPUR, PUTRAJAYA, SELANGOR
( Terpakai dari 14 Oktober hingga 27 Oktober 2020 )

RUJUKAN : SOP MAJLIS KESELAMATAN NEGARA ( 19 OKTOBER 2020 )

19. Tiada pas kerja yang sah atau surat kebenaran daripada majikan bagi pekerja yang membuat
pergerakan merentas negeri ke dalam kawasan PKPB.

20. Pekerja dan pelanggan premis makanan, peruncitan dan pasar tidak memakai pelitup muka
semasa berada di dalam premis.

21. Melanggar perintah dengan penganjuran majlis keramaian.

22. Melanggar perintah dengan mengadakan aktiviti hiburan.

23. Melangar perintah dengan mengadakan seminar / bengkel / persidangan/ pameran.

24. Melangar perintah dengan mengadakan aktiviti pelancongan.

25. Mengadakan / terlibat aktiviti sukan bersentuhan fizikal.

26. Mengadakan / terlibat dalam aktiviti berkelah, aktiviti kolam renang, aktiviti bersentuhan fizikal/ sukan
tempur, aktiviti perlawanan bagi sukan berpasukan dan aktiviti penganjuran kejohanan / pertandingan.

27. Melakukan, menganjurkan, mengusahakan atau selainnya terlibat dalam, mana-mana aktiviti terlarang
yang dinyatakan dalam Jadual Aktiviti Terlarang (Peraturan 3) PPDPPB (LLDKTJ)(NO. 7) 2020
bertarikh 09 June 2020 iaitu :-

27.1.1. Penganjuran acara dan pertandingan sukan, dan acara dan pertandingan sukan

27.1.2. Sukan sentuh

27.1.3. Aktiviti taman tema air dan taman air

27.1.4. Aktiviti kolam renang (selain aktiviti kolam renang di kolam renang di rumah persendirian
dan di kolam renang untuk kegunaan persendirian di premis penginapan di bawah Akta
Industri Pelancongan 1992 [Akta 482]) kecuali untuk latihan atlet negara yang menyertai
Sukan Olimpik Tokyo 2020.

27.1.5. Aktiviti pelancongan ke luar negeri oleh warganegara dan aktiviti pelancongan dalam negeri
yang melibatkan pelancong asing memasuki Malaysia.

27.1.6. Aktiviti di pusat karaoke, tempat permainan kanak-kanak di pusat membeli belah dan pusat
hiburan keluarga.

27.1.7. Aktiviti di dalam pub dan kelab malam, kecuali perniagaan restoran di dalam pub dan kelab
malam.

27.1.8. Menyedang pakaian, penggunaan bilik acu di kedai pakaian, mencuba aksesori fesyen di
kedai dan menyediakan sampel penguji kosmetik di kedai.

27.1.9. Aktiviti refleksologi dan urut di dalam establismen kesihatan dan kecantikan.

27.1.10. Aktiviti kapal persiaran.

27.1.11. Apa-apa aktiviti dengan kehadiran yang ramai di suatu tempat sehingga menyukarkan untuk
melaksanakan penjarakan sosial dan pematuhan kepada arahan Ketua Pengarah
2|Page

Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Putrajaya

You might also like