You are on page 1of 3

Universiti Selangor (UNISEL) merupakan Universiti swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

dan dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor. Kami menawarkan pelbagai program pengajian di Kampus Shah
Alam dan Bestari Jaya. Sesuai dengan perkembangan yang pesat, kami mempelawa warganegara Malaysia yang
berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut.
___________________________________________________________________________________________

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN AKADEMIK UNIVERSITI SELANGOR (UNISEL)

Jawatan : PENOLONG PENSYARAH (DA41) / PENSYARAH (DS45)


Fakulti : FAKULTI PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL, KAMPUS BESTARI JAYA
Bidang :

BIL BIDANG KEKOSONGAN STATUS


1. Pendidikan Awal Kanak-Kanak 3 Orang
Pendidikan Bahasa Inggeris
2. 3 Orang Lantikan Secara Kontrak
Sebagai Bahasa Kedua
(1 Tahun)
3. Psikologi 2 Orang
4. Pengajian Islam 2 Orang

JADUAL GAJI DA41 MINIMUM – MAKSIMUM

GRED GAJI PERINGKAT GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM


P1 RM2,111.28 RM3,562.78
DA41 P2 RM2,218.20 RM3,726.25
P3 RM2,329.85 RM3,894.57

JADUAL GAJI DS45 MINIMUM – MAKSIMUM

GRED GAJI PERINGKAT GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM


P1 RM2,877.04 RM6,453.00
DS45 P2 RM2,985.53 RM6,795.72
P3 RM3,098.74 RM7,163.65

RINGKASAN JAWATAN

Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial, Universiti Selangor ingin melantik Penolong Pensyarah (DA41) / Pensyarah (DS45)
dalam bidang-bidang yang berkaitan bagi mengisi kekosongan jawatan dan keperluan yang terdapat di fakulti dengan
kelayakan akademik seperti berikut:

SYARAT KELAYAKAN:

1. PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

1. Warganegara Malaysia;
2. Mempunyai Ijazah Sarjana dan Ijazah Sarjana Muda (CGPA 3.0 ke atas) dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-
Kanak yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia dan Diploma (Pendidikan) daripada institusi-institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
3. Berpengalaman dalam pengajaran Program Permata Pintar Pendidikan merupakan satu kelebihan; dan
4. Berpengalaman mengajar sekurang-kurangnya 2 hingga 3 tahun dalam bidang pengajaran di peringkat institusi
pengajian tinggi; dan
5. Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

___________________________________________________________________________________________
2. PENDIDIKAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA KEDUA

1. Warganegara Malaysia;
2. Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh lantikan jawatan;
3. Mempunyai Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) / (Ed.D), Ijazah Sarjana dan Ijazah Sarjana Muda (CGPA 3.0 ke atas)
dalam bidang TESL/Linguistik terapan atau Pengajian Bahasa Inggeris yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia dan
Diploma (Pendidikan) daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
dan
4. Berpengetahuan dalam IELTS (International English Language Testing System) dan CEFR (Common European
Framework of Reference for Languages); dan
5. Berpengalaman sekurang-kurangnya 5 tahun dalam bidang pengajaran Bahasa Inggeris di peringkat institusi
pengajian tinggi; dan
6. Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
______________________________________________________________________________________

3. PSIKOLOGI

1. Warganegara Malaysia;
2. Mempunyai Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D), Ijazah Sarjana dan Ijazah Sarjana Muda (CGPA 3.0 ke atas) dengan
pengkhususan dalam bidang psikologi yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia daripada institusi-institusi pengajian
tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan;
3. Berpengalaman mengajar sekurang-kurangnya 2 hingga 3 tahun dalam bidang pengajaran di peringkat institusi
pengajian tinggi; dan
4. Mempunyai pengalaman menjalankan kajian berkaitan psikologi; dan
5. Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai pengkhususan dalam bidang Psikologi Kaunseling dan
Psikologi Klinikal; dan
6. Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

______________________________________________________________________________________

4. PENGAJIAN ISLAM

1. Warganegara Malaysia;
2. Umur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh lantikan jawatan;
3. Mempunyai Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) / (Ed.D), Ijazah Sarjana dan Ijazah Sarjana Muda (CGPA 3.0 ke atas)
dengan pengkhususan dalam bidang Pengajian Islam (Syariah/Usuluddin/Pendidikan dan Bahasa Arab) yang diiktiraf
oleh kerajaan Malaysia daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya; dan
4. Berpengalaman sekurang-kurangnya 3 tahun dalam bidang pengajaran diperingkat institusi pengajian tinggi; dan
5. Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
______________________________________________________________________________________

TATACARA MEMOHON

a) Calon yang berminat hendaklah mengemukakan Borang Permohonan beserta gambar berukuran pasport terkini,
sijil-sijil yang telah disahkan dan Curriculum Vitae (CV) yang mengandungi maklumat berikut :

i. Maklumat peribadi termasuk nombor kad pengenalan, keluarga, alamat surat menyurat, nombor telefon dan
email untuk dihubungi;
ii. Maklumat pendidikan dan pengalaman kerja;
iii. Anugerah dan hadiah yang diterima di mana-mana peringkat termasuk di peringkat antarabangsa;
iv. Sumbangan-sumbangan kepada komuniti masyarakat / penduduk setempat / kariah dan sebagainya.
b) Permohonan perlu dihantar ke alamat berikut :

Pengarah Pentadbiran & Sumber Manusia


Universiti Selangor, Jalan Timur Tambahan
Kampus Bestari Jaya
45600 Bestari Jaya
Selangor

Tel : 03-3280 5058 / 03-3280 5077

c) Sila tulis nama jawatan dipohon di bahagian atas sebelah kanan sampul surat.

d) Tarikh akhir penerimaan borang permohonan adalah pada atau sebelum 22 Oktober 2021.

e) Lain-lain:

i) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
ii) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan pada tarikh tutup iklan hendaklah
menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
iii) Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

You might also like