You are on page 1of 3

Ahmad Hanafi Mohamad Yusoff

[2012] MLRSU lwn. Zulkifli Mat Isa Dan Satu Lagi 1

AHMAD HANAFI MOHAMAD YUSOFF


lwn.
ZULKIFLI MAT ISA DAN SATU LAGI

Mahkamah Sesyen,Butterworth
Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi HS
[Guaman Sivil No: 53-738-2010]
29 Ogos 2012

[Perintah sewajarnya.]

ALASAN PENGHAKIMAN

Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi HS:

[1] Di dalam kes ini, plaintif dan defendan telah terlibat dengan kemalangan
jalanraya. Akibat daripada kemalangan ini, plaintif telah mengalami
kecederaan.

[2] Plaintif telah mengambil tindakan kecuaian terhadap defendan. Setelah


meneliti keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak,
Mahkamah ini telah membenarkan tuntutan plaintif dengan kos atas kadar
liabiliti plaintif 10% dan defendan 90%. Mahkamah ini juga telah memberikan
awad untuk gantirugi am dan gantirugi khas kepada plaintif. Pihak defendan
telah tidak berpuashati dengan awad yang telah diberikan oleh Mahkamah ini
dan telah merayu ke Mahkamah Tinggi atas isu kuantum.

[3] Berikut adalah awad-awad yang telah diberikan oleh Mahkamah ini.
Mahkamah ini telah menaksir gantirugi am dan gantirugi khas untuk plaintif
berdasarkan umur dan latar belakang plaintif:-

1) Cerebral concussion.

RM5,000

2) Multiple laceration wound and abrasion wound on face.

RM3,000

3) Left subconjuction haemorrhage and laceration left supraorbital


area disabilities.

RM10,000

4) Teeth

RM3,000
Ahmad Hanafi Mohamad Yusoff
2 lwn. Zulkifli Mat Isa Dan Satu Lagi [2012] MLRSU

5) Fracture left zygomatic arch, zygoma and left maxilla disabilities.

RM30,000

Kecederaan kekal yang dialami oleh plaintif ialah kesusahan untuk


mengunyah makanan.

6) Nasal bleed.

RM2,000

7) Closed fracture base of 5th metacarpal bone.

RM5,000

8) Close Galeazzi's fracture of the left forearm, fracture of left radius.

RM12,000

9) Closed fracture left clavicle.

RM15,000

Terdapat "malunion" dan "deformity" pada kecederaan ini.

10) Open fracture mid shaft femur.

RM35,000

Plaintif mengalami kecacatan kekal akibat kecederaan ini.


Kependekan kaki adalah sebanyak 3cm dan plaintif perlu
menggunakan tongkat untuk berjalan. Plaintif juga mengalami
kesukaran untuk menaiki tangga dan membengkokkan kakinya.
Pergerakan kaki plaintif adalah terbatas.

11) Scars

RM15,000

Parut-parut yang dialami oleh plaintif adalah banyak.

12) Bone grafting operation

1/3 x RM10,000 = RM3,334

13) Medical bills

RM2,587
Ahmad Hanafi Mohamad Yusoff
[2012] MLRSU lwn. Zulkifli Mat Isa Dan Satu Lagi 3

Jumlah ini telah dibuktikan oleh plaintif melalui dokumen-dokumen


yang dikemukakan.

Kehilangan pendapatan:

RM1,800 x 12 bulan = RM21,600

Kehilangan pendapatan masa hadapan:-

Mahkamah ini memutuskan bahawa plaintif tertakluk di bawah s


28(A)(i)(ii) Oleh itu umur untuk pengiraan kehilangan pendapatan
masa hadapan ialah 16 tahun.

16 tahun x 12 bulan = 192 bulan

192 bulan - 12 bulan = 180 bulan

RM1,000 x 180 bulan = RM180,000

Serta faedah yang dituntut.

You might also like