You are on page 1of 2

TUGASAN BAHASA MELAYU TAHUN 5

TARIKH; 14/07/2021(RABU)
Tema 5 : Jati Diri ,Patriotisme dan Kewarganegaraan
Unit 15 : Keranamu Malaysia / Buku Teks m/s 109

Menulis maklumat tersurat dan tersirat.

Bahasa Asas Kewarganegaraan

Cikgu : Afifi, bagaimanakah kedudukan dan peranan bahasa Melayu di negara


kita ?
Afifi : Kedudukan bahasa Melayu di negara kita dimartabatkan sebagai

bahasa kebangsaan dan digunakan dalam semua urusan rasmi

negara.

Cikgu : Mengapakah bahasa kebangsaan digunakan dalam sistem pendidikan


kita ,Kai Jun ?
Kai Jun : Bahasa kebangsaan digunakan dalam sistem pendidikan kerana
bahasa Melayu telah terbukti sebagai bahasa perpaduan dan

bahasa komunikasi yang berkesan oleh semua kaum di Malaysia.

Cikgu : Tinesh, pada pendapat kamu, mengapakah penguasaan bahasa Melayu


penting bagi semua warganegara Malaysia.
Tinesh : Pada pendapat saya, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
dapat menunjukkan identiti bangsa Malaysia. Sesiapa yang
bertutur akan menunjukkan jati diri yang baik sebagai rakyat yang
cinta akan tanah air.

You might also like