You are on page 1of 1

Rujukan Kami : SP/GPBBT/2020/04-1 Tarikh : 30 April 2020

YBhg Datuk Ir Haji Amrullah Bin Haji Kamal,


Presiden Majlis Perbandaran Tawau
Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Tawau,
Pusat Kawalan Operasi Bencana Daerah Tawau,

YBhg Presiden,

MEMOHON KELULUSAN UNTUK MENJALANKAN PROGRAM PENGAGIHAN BANTUAN


MAKANAN (PROGRAM BANTUAN DAPUR BELIA MAJLIS BELIA SABAH) DI DAERAH
TAWAU.

Perkara diatas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman YBhg Presiden, Gabungan Persatuan Belia Bahagian Tawau (GPBBT)
telah diberikan tanggungjawab untuk menjayakan Program Bantuan Dapur Belia Majlis Belia
Sabah (MBS) bagi daerah Tawau (Rujukan: MBS/SURAT/01/06-2020 (114). Program ini
merupakan sebuah program Kementerian Belia & Sukan Sabah dan Majlis Belia Sabah yang
memberikan tumpuan kepada pengagihan bantuan makanan kepada golongan yang terjejas
dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat wabak Covid-19.

3. Sehubungan dengan itu, sesuai dengan surat yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis
Daerah Tawau berkaitan Program Pengagihan Bantuan Makanan ( Ruj. Kami: (PR) 44/32 ),
GPBBT ingin memohon kelulusan daripada YBhg Presiden selaku Pengerusi Jawatankuasa
Pengurusan Bencana Daerah Tawau untuk melaksanakan Program Bantuan Dapur Belia MBS
ini di daerah Tawau.

4. Bersama dengan surat permohonan kelulusan ini dilampirkan maklumat berkaitan Program
Bantuan Dapur Belia Majlis Belia Sabah (MBS) untuk rujukan dan makluman di pihak YBhg
Presiden.

Kerjasama dan perhatian YBhg Presiden dalam mempertimbangkan permohonan ini didahului
dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian.

-------------------------------------
Saharudin Bin Japarudin
Setiausaha
Gabungan Persatuan Belia Bahagian Tawau
019 809 5150

You might also like