You are on page 1of 1

Rujukan Kami : ST/GPBBT/2020/04-2 Tarikh : 30 April 2020

YBhg Tuan Darmiji Bin Haji Bustan,


Pegawai Kementerian Belia Dan Sukan Sabah Bahagian Tawau,
Pejabat KBSS Bahagian Tawau.
Tuan,
PEMAKLUMAN BERKAITAN PELAKSANAAN PROGRAM BANTUAN DAPUR BELIA
MAJLIS BELIA SABAH) DI DAERAH TAWAU

Perkara diatas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman pihak tuan, Gabungan Persatuan Belia Bahagian Tawau (GPBBT) telah
diberikan tanggungjawab untuk menjayakan Program Bantuan Dapur Belia Majlis Belia Sabah
(MBS) bagi daerah Tawau (Rujukan: MBS/SURAT/01/06-2020 (114). Program ini merupakan
sebuah program Kementerian Belia & Sukan Sabah dan Majlis Belia Sabah yang memberikan
tumpuan kepada pengagihan bantuan makanan kepada golongan yang terjejas dengan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat wabak Covid-19.
3. Sehubungan dengan itu, sesuai dengan Prosedur Operasi Standard (POS) no. 4.1.B yakni
membuat makluman awal kepada pihak berkenaan sehari sebelum gerakan iaitu Pegawai Belia
Daerah, pihak kami ingin memaklumkan kepada pihak tuan bahawa Program Bantuan Dapur
Belia MBS bagi daerah Tawau ini akan dilaksanakan pada:
Tarikh: 30 April 2020 Masa: 2 Petang Tempat: Kg Kalabakan
4. Untuk makluman pihak tuan juga, GPBBT juga telah memohon kelulusan daripada Pengerusi
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Tawau untuk menjalankan program ini sesuai
dengan surat yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau berkaitan Program
Pengagihan Bantuan Makanan ( Ruj. Kami: SP/GPBBT/2020/04-1)
Bersama dengan surat pemakluman ini dilampirkan maklumat berkaitan Pelaksanaan Program
Bantuan Dapur Belia Majlis Belia Sabah (MBS) di Daerah Tawau untuk rujukan dan makluman
di pihak tuan.

Sekian.

-------------------------------------
Saharudin Bin Japarudin
Setiausaha
Gabungan Persatuan Belia Bahagian Tawau
019 809 5150

You might also like