You are on page 1of 13

FORMAT PEPERIKSAAN SPM 2021

DUA KEMAHIRAN DIUJI

KEMAHIRAN FAKTA
• Maksud konsep
• Peristiwa
• Perjanjian
• Faktor
• Kesan
KEMAHIRAN BERFIKIR ( KBAT)
• Hujah
• Cadangan
• Pandangan
• Pendirian
• Ikhtibar
• Ulasan penyataan
1. KEMAHIRAN FAKTA
• FAKTA
• HURAIAN/PENERANGAN
• CONTOH
SETIAP KRITERIA AKAN DAPAT MARKAH.
FAKTA PERLU DISAMPAIKAN DENGAN AYAT YANG LENGKAP.

CONTOH 1: 0 markah

Jelaskan faktor faktor yang membawa pembentukan Malaysia.


( 6 markah )
Pembentukan Malaysia dipengaruhi oleh 3 faktor utama. Faktor politik, Faktor
ekonomi dan faktor Sosial. Ketiga tiga faktor ini telah membawa tanah
Melayu,Sarawak,sabah dan Singapura digabungkan menjadi Malaysia.

CONTOH 2: 0.5 (½ markah)


Jelaskan faktor faktor yang membawa pembentukan Malaysia.
( 6 markah )

Pembentukan Malaysia dilakukan atas sebab mengatasi ancaman komunis,


mempercepatkan kemerdekaan,pembangunan wilayah dan keseimbangan
komposisi kaum.

Ulasan : Jawapan dalam bentuk ayat yang tidak lengkap. Bina ayat lengkap dengan
menggunakan sebahagian keratan soalan.
CONTOH 3- F/H/C dapat markah
Jelaskan faktor faktor yang membawa pembentukan Malaysia
( 6 markah )
Pembentukan Malaysia dilakukan untuk mengatasi ancaman komunis.
Pembentukan Malaysia akam membawa keamanan wilayah-wilayah tersebut.
Komunis telah mengugatkan keselamatan dan keamanan negeri negeri tertentu.
Contohnya di Singapura yang menjadi pusat kegiatan komunis. Pembentukan
Malaysia juga akan membangunkan wilayah-wilayah yang kurang maju. Idea
Malaysia juga dapat mempercepatkan kemerdekaan Sarawak dan sabah yang masih
dibawah penjajahan British. Pembentukan Malaysia akan memudahkan British
melaksanakan dasar dekolonisasi.

Ulasan : Setiap satu elemen samada ia fakta (tanpa penerangan/huraian), contoh


yang tepat dan huraian tanpa fakta/contoh akan diberikan markah.

Mitos : Kalau berikan fakta sahaja tanpa huraian dan contoh yang lengkap tidak
dapat markah adalah tidak betul.

Realiti : Fakta ,huraian dan contoh akan mempercepatkan perolehan markah


Latihan Bab 7

Latihan Esei

1.Hubungan sesama kaum di negara kita sangat penting dalam pembinaan negara bangsa Malaysia.

a) Jelaskan maksud konsep:

i) Perpaduan Kaum
( 2 markah )

F1 Masyarakat yang terdiri daripada pelbagai ethnik/ agama / wialayah yang hidup
dengan aman
F2 hidup secara Bersatu
F3 Memberikan komitment yang penuh
F4 Mematuhi identiti kebangsaan
F5 Hidup berlandaskan Perlembagaan Persekutuan /Rukun Negara

konsep idea ini ialah untuk rakyat memberikan komitmen yang penuh kepada negara (f3)

=====================================================================================
ii) Integrasi Nasional
( 2 markah )

F1 Hubungan rapat masyarakat antara negeri


F2 proses pembentukan satu bangsa
F3 Mempunyai identiti tersendiri
F4 Masyarakat berteraskan Perlembangaan Persekutuan dan rukun Negara

Proses untuk merapatkan hubungan masyarakat antara wilayah dan negeri {f1) bagi
membentuk satu bangsa ( F2 )

===================================================================================
b) Mengapakah isu hubungan antara kaum telah wujud sejak zaman penjajahan British.
( 8 markah )

F1 Dasar Pentadbiran British/Dasar Pecah dan Perintah penjajah


H1a Memperkenalkan sistem Residen
H1b Mengutamakan kepentingan ekonomi penjajah
H1c Membawa masuk pekerja dari luar
C Bekerja di Sektor perladangan/perlombongan/ perniagaan
H1d Kaum bumiputera/Orang Melayu tertumpu di kawasan luar bandar
H1e Menjalankan kegiatan ekonomi tradisional
H1f Masyarakat terpisah /berlaku kerenggan hubungan kaum
F2 Kegiaran ekonomi dan petempatan
H2a Setiap kaum dipisahkan dengan kegiatan ekonomi
H2b Rakyat dipisahkan dengan Kawasan petempatan/tempat tinggal
C Petempatan bandar/estet/perkampungan
H2c Kesannya kurang berinteraksi antara kaum
H2d Wujudkan jurang ekonomi yang tidak seimbang antara kaum
H2e Menjalankan kegiatan ekonomi tradisional
H2f Taraf hidup masyarakat berbeza

F3 Sistem pendidikan British


H3a Kemunculan sistem pendidikan vernakular
C Sekolah Melayu/Cina/Tamil/Inggeris
H3b Berkembang mengikut kaum masing masing
H3c Mewujudkan perbezaan pemikiran dalam kalangan rakyat

F4 Fahaman politik yang berbeza


H4a Penubuhan parti politik bersifat perkauman
H4b Memperjuangkan kepentingan kaum masing masing
C Perjuangan berkaitan Bahasa/budaya/Pendidikan /ekonomi
H4c Mempengaruhi hubungan antara kaum

( 8 x 1 : 8 Markah )

Contoh Jawapan Pelajar 1:

Isu hubungan antara kaum telah wujud sejak zaman penjajahan British kerana dasar pecah dan

perintah . Contohnya, kaum Melayu bertempat di kampung dan mereka bekerja

sebagai petani. Kaum Cina duduk di ladang dan bekerja sebagai pelombong manakala

kaum India bertempat di ladang/estet dan bekerja sebagai buruh ladang. Oleh sebab itu, hal ini

menyukarkan setiap kaum untuk memahami budaya kaum lain. Hal ini juga menyebabkan

ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum dan perbezaan dalam pencapaian taraf hidup.
Selain itu, perkembangan sistem pendidikan vernakular dari segi sistem pendidikan.

Kewujudan sekolah Melayu, vernakular tamil dan Inggeris mewujudkan perbezaan

pemikiran dalam kalangan rakyat.

Contoh Jawapan Pelajar 2

Isu hubungan antara kaum telah wujud semasa zaman penjajahan British kerana British telah
melancarkan dasar pecah dan perintah (1 ) . Orang Melayu telah ditempatkan di kampung untuk
pertanian (1 ) , orang Cina telah ditempatkan di kawasan bandar untuk bidang perlombongan
manakala orang India telah ditempatkan di kawasan ladang untuk buruh ladang (1) . Hal ini telah
menyebabkan pemisahan kaum dari segi kegiatan ekonomi dan petempatan (1) telah
menyukarkan setiap kaum sukar memahami adat resam dan budaya kaum lain (1 ) . Selain itu ,
dasar pentadbiran semasa zaman penjajahan British//u juga telah mewujudkan isu hubungan
antara kaum . Pengenalan Sistem Residen (1) dalam pentadbiran British telah menyebabkan
kaum bumiputera tertumpu di kawasan luar bandar//u dan menjalankan kegiatan
tradisional//u . Tambahan pula, perkembangan sistem pendidikan vernacular (1) telah
menyebabkan isu perhubungan antara kaum . Hal ini telah menyebabkan masyarakat
berkembang mengikut kaum masing-masing serta telah mewujudkan perbezaan pemikiran (1)
dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum . Akhir sekali , parti politik semasa penjajahan
British juga telah menyumbang kepada isu perhubungan antara masyarakat yang berbilang
kaum . Semasa zaman penjajahan British , parti politik telah ditubuhkan berasaskan kaum (1).
Parti politik yang ditubuhkan memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing (1 ) . Hal ini
telah mempengaruhi hubungan antara kaum .

Mak 8
KEMAHIRAN BERFIKIR
( FAKTA/HURAIAN/HURAIAN LANJUTAN/CONTOH/INFERENS
Aras 1 1-2 markah
Aras 2 3-4 markah
Aras 3 5-6 markah
Aras 4 7-8 markah

Aras 4
• Pengetahuan dan pemahaman yang jelas
• Bukti /contoh yang sesuai
• Membuat inferens yang tepat
• Jawapan yang sangat mendalam/terperinci
• Pengolahan sangat menarik
• Menunjukkan kematangan
( 7-8 markah )
Aras 3
• Pengetahuan dan pemahaman yang jelas
• Bukti /contoh yang sesuai
• Membuat inferens yang tepat
• Jawapan yang sangat mendalam/terperinci
• Pengolahan sangat menarik
(5-6 markah)
Aras 2 :
• Pengetahuan dan pemahaman yang jelas
• Jawapan yang kurang mendalam
• Menyatakan hujah secara ringkas
(3-4 markah )
Aras 1 :
• Pengetahuan dan pemahaman yang jelas
• Jawapan yang umum

(1-2 markah)
c) Mengapakah kerajaan menitik beratkan isu perpaduan kaum dan integrasi nasional dalam
pembinaan negara bangsa Malaysia ? Gunakan pengetahuan sejarah dan pengetahuan am
anda. ( 8 markah )
Contoh Skema

F Menjamin kestabilan politik negara


H Masyarakat antara negeri/wilayah mengikiskan semangat kenegerian
C Orang semenanjung/sabah dan Sarawak membentuk satu bangsa
I Bersedia nempertahankan kedaulatan negara daripada dicabar oleh kuasa luar
Malahan kerajaan juga mahu………
F Memastikan kesejahteraan sosial masyarakat
H Memupuk semangat kekitaan/saling berkerjasama/kikiskan unsur perkauman
C Setiap kaum secara bersama menyumbangkan idea/kemahiran masing masing
I untuk pembangunan negara/meningkatkan imej negara dipersada dunia
( mana-mana jawapan munasabah )
CONTOH 1- JAWAPAN PELAJAR

Isu perpaduan dan integrasi nasional sangat penting dalam pembinaan negara bangsa
Malaysia. Perpaduan wujud kerjasama antara rakyat yang berbilang kaum. Perselisihan fhm
antara kaum dapat dielakkan. Keamanan negara dpt dikekalkan. Masyarakat yg bersatu padu
memberi sokongan kepada pemimpin. Pemimpin dapat melaksanakan dasar-dasar
pentadbiran. Pentadbiran dapat dijalan dengan licin. Malahan Pelabur juga akan meyakini
untuk datang dan akan melabur di negara kerana mempunyai kestabilan politik. Ekonomi
negara akan meningkat. Taraf hidup rakyat juga dapat ditingkat. Negara akan maju dalam
setiap sektor spt perindustrian dan tekonologi. Negara bangsa dapat dibentuk. .

Ulasan :
Jawapan aras 4.layak mendapat 8 markah. Ada 8 isi/fakta dan huraian serta huraian lanjutan.
Pengolahan yang menarik. Jawapan ada kesinambungan . Diberikan contoh dan membuat s
inferens.

CONTOH 2- JAWAPAN PELAJAR


Kerajaan menitikberatkan isu perpaduan dan integrasi nasional supaya keamanan negara
mampu dikekalkan. Sekiranya diabaikan, masyarakat akan berasa tidak tenteram dan
melahirkan suasana yang huru-hara. Hal ini secara tidak langsung mampu menjejaskan
pentadbiran negara kita. Di samping itu, pembangunan ekonomi negara kita mampu
menjadi lebih stabil. Hal ini kerana hubungan antara kaum akan menjadi lebih erat dan
mewujudkan satu negara yang bersatu-padu. Fakta ini dapat dibuktikan dengan Peristiwa 13
Mei 1969 yang telah memberikan impak yang negatif dalam pembangunan negara kita.
Seterusnya, kestabilann politik juga boleh dijamin. Sekiranya wujud perpaduan,maka ia
boleh menjejaskan kestabilan politik. Misalnya, jika perpaduan tidak wujud, akan wujudnya
parti-parti kecil yang mewakili kaum masing-masing untuk mempertahankan hak mereka.

Ulasan
Aras 2- terdapat 5 isi. Idea tiada kesinambungan idea. Kekurangan idea yang
menjawab kehendak /kata tugas soalan .
Soalan Esei 2

2. Pemerintah negara menggunakan sistem Pendidikan, Bahasa Kebangsaan,Kebudayaan Kebangsaan


dan sukan sebagai alat untuk melahirkan perpaduan kaum dan Integrasi nasional.

a) Bagaimanakah sukan dapat melahirkan perpaduan kaum dan integrasi nasional ?

( 4 markah )
Skema jawapan

F1 Acara-acara sukan melibatkan pelbagai kaum


H1a Pemilihan atlit sukan berdasarkan kecemerlangan bukannya warna kulit
H1b Aktiviti kokurikulum peringkat sekolah melibatkan generasi muda kaum yang berlainan
C1 1 Murid 1 Sukan/Program RIMUP
H1c Memupuk semangat setiakawan/patriotik/berpasukan
F2 Kejohanan olahraga tahunan sekolah
H2a Melibatkan pelbagai kategori kaum dan umur
H2b Memberikan sokongan kepada rumah sukan tanpa mengira kaum
F3 Mengalakkan perpaduan antara staf Universiti tempatan
H3a Dimulakan Majlis Sukan Universiti Malaysia ( MASUM )
F4 Usaha membentuk integrasi antara negeri
H2b Di adakan Sukan Malaysia ( SUKMA) disertai oleh 13 buah negeri
F5 Kejayaan Malaysia menganjurkan sukan antarabangsa
H5a Pemimpin dan sukarelawan pelbagai kaum saling berkerjasama
H5a Mendapat pengikhtirafan pelbagai pihak
C2 Hoki Piala Dunia/ Sukan Komanwel/Piala Thomas

Contoh 1 : Jawapan Pelajar


C1
Sukan dapat melahirkan perpaduan Kaum Dan integrasi nasional dengan dasar 1 murid 1
H2a
sukan.Dasar ini mengalakkan murid pelbagai kaum melibatkan diri dalam sukan yang digemari.Ia
H1c F2
juga memupuk semangat setia kawan dan berpasukan.Selain itu, kejohanan olahraga tahunan
H2b
sekolah juga membantu murid untuk melibatkan diri Dari pelbagai kategori umur dan kaum dan

murid akan memberi sokongan kepada atlet rumah sukan tanpa mengira kaum.
H3a F3
Seterusnya, MASUM mengadakan pertandingan sukan dalam kalangan penuntut Dan staf
F4
universiti.Penganjuran MASUM mengalakkan integrasi antara negeri Dan memupuk semangat

kesukanan dalam kalangan generasi muda.

Mak :4//

b) Pendidikan Negara kita memfokuskan agenda perpaduan kaum . Buktikan pernyataan ini.
( 8 markah )

F1 1960 dikeluarkan Laporan Rahman Talib


H1a Menjadikan teras Pendidikan untuk memupuk perpaduan
Hib Menitikberatkan penggunaan Bahasa yang seragam dalam Pendidikan
C Menjadikan BM sebagai Bahasa penghantar pada semua peringkat Pendidikan
H1c Mengadakan kurikulum yang sama bagi semua jenis sekolah
H1d Kurikulum yang berorientasikan negara
H1e Bertujuan melahirkan perasaan cinta akan negara
H1f Memberikan penekanan kepada matapelajaran Sejarah
H1g Mewajibkan mata pelajaran tatarakyat
Hih Bagi membentuk sikap bertoleransi/berkerjasama /persefahaman kaum

F2 Diperkenalkan kajian Aminuddin Baki


H2a Melakukan penambahbaikan laporan Rahman Talib
H2b Mewujudkan sekolah kebangsaan yang menggabungkan semua kaum

F3 1974 Laporan jawatankuasa Kabinet


H3a Mengkaji semula pelaksanaan Sistem Pelajaran Kebangsaan
H3b Di perkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah ( KBSR )
H3c Menitikberatkan pelajar menguasai dan menghargai BM sebagai alat perpaduan
H3d Diperkenalkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
H3e Bertujuan melahirkan generasi berilmu/berkemahiran/Bersatu padu
H3f Bahasa Melayu dijadikan Bahasa wajib lulus dalam peperiksaan awam
H3g Memberikan penekanan kepada aktiviti kokurikulum

C Melibatkan semua kaum dalam badan beruniform/sukan /permainan/kelab persatuan


F3 1988 Diperkenalkan Falsafah Pendidikan Malaysia (FPN)
H3a Mengukuhkan hala tuju Pendidikan negara ke arah perpaduan
H3b 1996 FPN digantikan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
H3c Mahu membentuk peajar yang seimbang
H3d Dalam Jasmani ,emosi,Rohani dan Intelek

F4 1996-Pengenalan Akta Pendidikan


H4a Mewajibkan pengajaran BM disemua sekolah/institusi
H4b Institusi Pendidikan swasta dikehendaki mengadakan pengajaran Bahasa
( 8 x 1 : 8 markah )

c) Berikan cadangan anda untuk memperkasakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu dan Bahasa
Perpaduan kaum
( 8 mrkah )

Contoh 1: Jawapan pelajar

1. Cadangan saya untuk memperkasakan Bm sbg bahasa ilmu adalah dengan membuat
sesuatu persembahan dalam BM. Saya akan menggunakan Bm apabila menyampaikan
sesuatu maklumat sms majlis rasmi. Sy akan menggunakan bm sms memuatnaik sesuatu
informasi di laman sosial. Kementerian pendidikan harus menjadikan bm sbg bahasa
pengantar di semua sekolah termasuk sekolah swasta. Sbg bahasa perpaduan, rakyat
harus menggunakan bm sbg alat komunikasi. Banyak sekolah kebangsaan harus
diwujudkan.

Penilaian : Aras 1 1-2

• Pengetahuan dan pemahaman yang jelas


• Jawapan yang umum

Contoh 2 : Jawapan pelajar

Cadangan saya sebagai pelajar untuk memperkasakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu dan
Bahasa Perpaduan kaum ialah saya perlu rajin mempelajari bahasa Melayu kerana ia merupakan
satu-satunya bahasa yang menyatukan rakyat yang berbilang kaum di negara ini. Contohnya,
kita boleh menyemai minat dalam mempelajari bahasa Melayu melalui pelbagai cara yang
berkesan seperti mendengar lagu atau filem yang diterbitkan dalam Bahasa Melayu. Seterusnya,
pelajar juga boleh melibatkan diri dalam komuniti seperti di sekolah dan badan-badan yang
relevan. Contohnya, peglibatan pelajar dalam kelab Bahasa Melayu dan Pertandingan Pidato
dapat membiasakan pelajar bertutur dalam Bahasa Melayu serta menjadikannya sebagai bahasa
penghantar yang pertama. Selain itu, para pelajar boleh menjalankan program-program yang
berkaitan dengan bahasa Melayu seperti bengkel mempromosikan bahasa Melayu dan kempen
kesedaran tentang kepentingan bahasa Melayu. Hal ini kerana, aktiviti-aktiviti ini tentu dapat
membantu para pelajar memartabatkan bahasa Melayu dalam diri mereka. Akhirnya, rakyat
pelbagai kaum tidak mengira umur harus menguatkuasakan penggunaan Bahasa Melayu dalam
penyiaran dan pengiklanan. Hal ini demikian kerana, penggunaan bahasa kebangsaan dalam
media elekronik seperti televisyen dan radio atau dalam media cetak seperti akhbar dan majalah
dapat memperbaiki komunikasi bahasa ini akan dapat menambahbaik sesebuah organisasi.
Kesimpulannya, pembangunan negara bersepadu hanya tercapai apabila semua bidang yang
penting diberi perhatian yang sama beratnya, termasuklahh bidang bahasa dan budaya.

Contoh 3 -Jawapan Pelajar

Cadangan saya untuk memperkasakan bahasa melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa
perpaduan kaum adalah dengan memastikan urusan negara seperti surat - menyurat menggunakan
bahasa melayu.Hal ini demikian kerana ia menunjukkan bahawa bahasa melayu adalah bahasa rasmi
yang digunakan dalam urusan yang melibatkan pentadbiran negara.Contohnya,tidak dapat dinafikan
bahawa terdapat sebahagian daripada jabatan kerajaan dan agensi yang lebih gemar menggunakan
bahasa inggeris dalam komunikasi dan juga dalam pengisian borang tertentu ( dalam amalan sedia ada,
bukan cadangan baru ).

Selain itu,cadangan yang lain ialah memansuhkan sistem persekolahan vernakular .Hal ini
kerana kita boleh melihat kesan penubuhan sekolah vernakular iaitu di mana terdapat warganegara
malaysia yang tidak fasih malah tidak mampu bertutur dalam bahasa melayu .Dengan cara
ini,perpaduan antara kaum dan bangsa dalam negara masih lagi erat,tetapi isu-isu rasisme tetap
mengundang kepada perselisihan faham dan pergaduhan dan dengan menyatukan institusi
persekolahan rendah,ia pasti dapat merencana perpaduan yang lebih kukuh( penerangan yang tiada
kaitan dengan fakta utama/tidak jawab kata tugas soalan ).

Akhir sekali,kerajaan boleh mengetatkan undang -undang iaitu pihak media perlu menggunakan
bahasa melayu sebagai bahasa penghantar dalam menyiarkan iklan . Hal ini disebabkan kerana media
sosial memainkan peranan yang amat penting dalam era moden ini,dengan ini kebanyakkan kanak-
kanak menggunakan media sosial dan mereka dapat mempelajarinya dari kecil lagi dan dapat
mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian .

Aras 2 :
• Pengetahuan dan pemahaman yang jelas
• Jawapan yang kurang mendalam
• Menyatakan hujah secara ringkas

Cadangan Skema :

F Memantapkan peranan Dewan Bahasa dan Pustaka


H Menerbitkan lebih banyak buku dalam pelbagai judul/bidang dalam Bahasa Melayu
C Kejuruteraan/Perundangan/ teknologi/ICT
H Buku terbitan DBP dijadikan bahan rujukan dalam kajian ilmiah
I Meletakkan Bahasa Melayu Bahasa ilmu dalam bidang pengajian peringkat pusat pengajian
tinggi
F Menjadikan BM sebagai Bahasa global/antarabangsa
H Membuka pusat/jabatan/fakulti pembelajaran dan pengajian BM di Univ luar negara
C Universiti Tokyo,di Jepun/TUFS
H Menggalakkan pelajar luar negara berminat mempelajari BM
I Menyusun langkah menambahkan pengguna BM pada peringkat antarabangsa

You might also like