You are on page 1of 2

Bahagian Audit Sekolah Johor

Lot G7-G10, Tingkat Bawah


Bangunan Pusat Profesional
Jalan Syed Mohd Mufti No.Tel: 07-2230632
80000 Johor Bahru, Johor. No. Faks: 07-2223870

Ruj. Kami : KP.1383/JB/TAD/11/JLD 15 ( )


Tarikh : 16.03.2020

Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Lepau
Kampong Lepau
Pengerang
81600 Kota Tinggi
JOHOR

Tuan,

PENGAUDITAN PENYATA KEWANGAN TAHUN 2019

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa pengauditan terhadap Penyata Kewangan Sekolah Tahun 2019


bagi sekolah tuan telah dijadualkan seperti berikut:

Tarikh Masa Tempat Auditan


Bahagian Audit Sekolah Negeri Johor
01.06.2020 10.00 Pagi
Cawangan Johor Bahru
Pegawai Audit No. Kad Kuasa
Salwah Binti Shaharudin (KWK/KWS) 0056

3. Sehubungan itu, pihak tuan hendaklah mengemukakan dokumen dan rekod kewangan
untuk tujuan pengauditan seperti di Lampiran A.

4. Bil/invois serta dokumen berkaitan yang ditulis dalam bahasa selain daripada Bahasa
Malaysia atau Bahasa Inggeris hendaklah diterjemahkan ke Bahasa Malaysia dan disahkan
oleh Pengurus Sekolah.
5. Seperti tuan sedia maklum, penyediaan Penyata Kewangan Sekolah yang benar dan
saksama adalah di bawah tanggungjawab Pengurus Sekolah. Pihak Audit bertanggungjawab
untuk menjalankan pengauditan terhadap Penyata Kewangan yang dibentangkan dan
mengeluarkan pendapat terhadap Penyata Kewangan tersebut.

6. Diharap pihak tuan dapat memberikan kerjasama yang sepenuhnya untuk menjawab
dan memberi keterangan dengan kadar segera apabila diminta berbuat demikian bagi
membolehkan pihak Audit menyelesaikan pengauditan dalam tempoh yang ditetapkan.

7. Kerjasama pihak tuan berhubung perkara ini amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(AFZAN BINTI AB MAJID)


b.p Setiausaha
Bahagian Audit Sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia

You might also like