You are on page 1of 4

BAHAGIAN A : SISTEM DAN APLIKASI BAHASA

Soalan 1 : Morfologi

Baca petikan di bawah dengan teliti. Beri imbuhan awalan kata nama pada perkataan
bergaris. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap yang
dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda
tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas.

Amalan pemakanan dan tabiat rokok yang menghisap rokok secara berlebihan boleh
mendatangkan pelbagai sakit kepada remaja atau golongan tua. Antara risiko yang dihadapi
ialah peningkatan kes barah dan serangan jantung. Banyak dapat mengatakan bahawa diet
pemakanan yang tidak seimbang menjadi halangan utama untuk mengekalkan berat badan
ideal. Prof. Madya Dr. Abd Latif Ahmad pula menegaskan bahawa pengalamannya sebagai
seorang syarah akan digunakan dengan sebaik-baiknya untuk memberikan kesedaran kepada
masyarakat supaya mengamalkan pemakanan seimbang.

peN

pe + rokok = perokok
pe + sakit = penyakit
pen + dapat = pendapat
pen + syarah = pensyarah

pem + baris = pembaris


peng + kaji = pengkaji
penge + tua = pengetua
penye + selam = penyelam

Perokok tegar berisiko mendapat penyakit kanser paru-paru.

Kita hendaklah sentiasa bersenam supaya dapat menghindari diri daripada pelbagai penyakit.

Persatuan Sahabat Pena ditubuhkan untuk menggalakkan ahli bertukar-tukar pendapat.

En Haris merupakan seorang pensyarah yang disayangi kerana sikapnya yang berdedikasi.

Soalan 2 : Sintaksis

Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukar ayat aktif yang bergaris di bawah kepada ayat
pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

Fakulti Muzik dan Seni Persembahan (FMSP) Universiti Pendidikan Sultan Idris,
baru-baru ini telah menganjurkan persembahan makyung. Penulis dapat menyaksikan
persembahan makyung yang sungguh unik. Penulis juga yakin masa tidak terbazir apabila
menonton persembahan makyung itu. Ramai penonton menghadiri persembahan seni
tradisional makyung yang berlangsung pada pukul 8.30 malam. Meskipun begitu, kehadiran
mereka belum dapat menjamin kelangsungan seni persembahan berterusan. Penggiat
makyung memerlukan bantuan daripada pihak yang berwenang untuk mempromosikan
makyung.
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan media massa harus menyebarluaskan
maklumat tentang seni persembahan ini.

Ayat aktif = ayat yang mengutamakan subjek


Ayat pasif = ayat yang mengutamakan objek

Ali / telah memukul ular itu. – ayat aktif


Saya telah memukul ular itu.

Ular itu / telah dipukul oleh Ali – ayat pasif ke-3


Ular itu telah saya pukul. – ayat pasif pertama

Kamu telah pukul ular itu?


Ular itu telah kamu pukul? – ayat pasif ke-2

Penulis / dapat menyaksikan / persembahan makyung yang sungguh unik.


Subjek kata kerja aktif objek/penyambut

Persembahan makyung yang sungguh unik dapat disaksikan oleh penulis.

Ramai penonton / menghadiri / persembahan seni tradisional makyung yang berlangsung


pada pukul 8.30 malam.

Persembahan seni tradisional makyung yang berlangsung pada pukul 8.30 malam dihadiri
oleh ramai penonton.

Penggiat makyung/ memerlukan/ bantuan daripada pihak yang berwenang untuk


mempromosikan makyung.

Bantuan daripada pihak yang berweanang untuk mempromosikan makyung diperlukan oleh
penggiat makyung.

Soalan 3 : Penyuntingan

Dalam petikan 1, terdapat enam kesalahan bahasa manakala petikan 2 terdapat lima
kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda
tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan
soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.

Kesalahan

1. ejaan
2. imbuhan
3. kata/ istilah
4. bahasa
Petikan 1

Teknologi Mudah Alih Generasi Kelima (5G) bakal menjadi komponen penting
kepada Malaysia di dalam mencapai status negara maju. Teknoloji ini mampu memperkenal
perkhidmatan baru dan meningkatkan keberkesanan pengeluaran.
Sehubungan itu, sejak April tahun lalu, syarikat telekomunikasi membuat persiapan
bagi menyediakan teknologi 5G dan negara dijangka dapat memulakan operasi komersial
pada suku ketiga tahun ini. Katanya, penggunaan 5G ialah permulaan kepada usaha negara
memperkukuhkan ekonomi bagi pencapaian pertumbuhan yang mapan. Setakat ini, terdapat
56 tapak langsung 5G di Kedah, Kuala Lumpur, Perak, Selangor, Terengganu dengan Pulau
Pinang.

i. di dalam – dalam
ii. Teknoloji – teknologi
iii. memperkenal – memperkenalkan
iv. Sehubungan itu – Sehubungan dengan itu
v. memperkukuhkan – memperkukuh
vi. pencapaian – mencapai

Petikan 2

KUALA LUMPUR, 30 Jun – Sebanyak 21,862 kes jenayah siber direkodkan di seluruh
negara membabitkan harga kerugian mencecah RM5.8 bilion.
Penjenayah siber seperti Macau Scam dan African Scam akan menggunakan internet
sebagai medium supaya mencari mangsa.
Oleh itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melihat wujud keperluan untuk menyebarkan
tentang ilmu pengetahuan pada masyarakat supaya mereka dapat mengelak daripada menjadi
mangsa sindiket penipuan jenayah siber.

harga – jumlah
internet – Internet
supaya – untuk
menyebarkan tentang – menyebarkan
pada – kepada

Soalan 4 : Bahasa Melayu Standard

Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan
tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

KGKT
K – kerat mengikut ayat/ noktah
G – gugurkan – kata klasik
K – kekalkan – bentuk. maksud, dialog, tanda baca
T – tambah perkataan lain untuk menjadikan ayat gramatis
Adapun seperti khabar penjurit tujuh bersaudara yang di Bukit Cina, jika tiada ia mati,
nescaya alahlah Melaka itu.
Setelah sudah ia fikir, maka Patih Gajah Mada pun ingat akan Petala Bumi itu. Maka
Patih Gajah Mada pun segera menyuruh kepada bini Petala Bumi bertanyakan anaknya yang
Bernama Kertala Sari pergi mencuri ke Daha itu, sudahkah datang dari Daha atau belumkah.

Berita tentang pahlawan tujuh bersaudara yang berada di Bukit Cina, jika mereka tidak mati,
pasti Melaka akan kalah.

Setelah Patih Gajah Mada berfikir, Patih Gajah Mada teringat akan Petala Bumi.

Patih Gajah Mada dengan segera menyuruh isteri Petala Bumi bertanya tentang anaknya
yang bernama Kertala Sari pergi mencuri di Daha, sudah balik dari Daha atau belum.

Soalan 5 : Peribahasa

Baca dialog di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan tiga peribahasa yang sesuai bagi
dialog tersebut.

Hakimi : Saya kecewa dengan sikap segelintir remaja sekarang yang enggan
mendengar
nasihat. Segala nasihat yang diberikan tidak pernah diambil peduli.

Maslina : Betul kata awak, Hakimi. Mereka tidak tahu bahawa segala kesilapan mereka
akan memalukan diri sendiri dan keluarga mereka. Perbuatan mereka hanya
menyebabkan ibu bapa mereka menanggung malu.

Hakimi : Mereka sewajarnya menyiapkan diri dengan pelbagai ilmu,


kemahiran dan
nilai murni kerana pemuda dan pemudi inilah yang akan mewarisi tampuk
pemerintahan negara kelak. Mereka bertanggungjawab menentukan hala tuju
negara pada masa hadapan.

Maslina : Benar. Merekalah nanti yang akan diharapkan meneruskan legasi


kecemerlangan dan kejayaan negara.

i. bagai mencurah air ke daun keladi/ bagai mencurah garam ke laut/ masuk telinga kanan
keluar telinga kiri

ii. menconteng arang ke muka/ membuka pekung di dada

iii. pemuda harapan bangsa pemudi tiang negara

You might also like