You are on page 1of 7

SJK(T) LADANG BATAK RABIT,

36009 TELUK INTAN, PERAK

MINIT MESYUARAT PERTAMA


PANITIA MATEMATIK( 1 / 2021 )

TARIKH : 28 Januari 2021

MASA : 2.00 t/hari

TEMPAT : Pusat Sumber Sekolah

KEHADIRAN : En. V. Arumugam (Guru Besar )


Pn. K. Kogilavani ( Guru Kanan Pentadbiran)
Pn. V. Nageswary ( Guru Kanan HEM)
En. L. Chelva ( Guru Kanan Kokurikulum)
Pn. S. Sumathi (Guru Panitia Matematik)
Pn. K. Thilagavathy
Pn. A. Saraswathi
Pn. M. Badmani
Pn. R. Sivasanggari
Pn. S. Vishtnu kala

TIDAK HADIR :
TURUT HADIR : -

01. PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Guru Besar sekolah selaku pengerusi panitia mengucapkan selamat sejahtera kepada
semua guru yang hadir dan berharap agar guru-guru dapat menyumbangkan idea-idea
yang bernas untuk meningkatkan PdP.

1.2 Pengerusi telah menyarankan supaya pengurusan panitia harus lebih efektif dan
bermakna di sekolah. Selaras dengan itu beliau telah membentangkan satu istilah baru
iaitu memaknakan panitia di sekolah.

1.3 Beliau juga telah member penerangan cara membina pelan strategik. Ianya adalah
berdasarkan kepada isi atau permasalahan utama yang dihadapi dalam matapelajaran
tersebut.

1.4 Pengerusi memohon kerjasama daripada semua pihak untuk menjayakan segala
program panitia.

Tindakan : Makluman
2.0 PENGESAHAN MINIT MESYURAT

2.1 Pn.S. Sumathi (Ketua Panitia) telah membentangkan Minit Mesyuarat Panitia
bilangan 1 / 2021. Pn. M. Badmani telah mencadangkan minit mesyuarat disahkan dan
disokong oleh Pn. S. Vishtnu kala.

3.0.MEMBENTUK JAWATANKUASA

3.1 Jawatankuasa Panitia Matematik telah dibentuk berdasarkan guru-guru yang mengajar
matapelajaran Matematik dan guru-guru lain.

 Pengerusi : En. V. Arumugam

 Setiausaha : Pn. S. Sumathi

 AJK : Guru Matapelajaran Matematik

Tindakan : Makluman

4.0 PERKARA BERBANGKIT

4.1 Pengerusi meminta program-program yang memberi kesan kepada murid dapat
diteruskan pada tahun ini dan juga ada program yang perlu ditambahbaik.

Tindakan : Makluman

5.0 ISU-ISU PANITIA

5.1 Program peningkatan akademik sekolah.

5.2 Pengerusi membentangkan aktiviti panitia bagi tahun 2021. Antara program panitia
yang dijalankan adalah:
1. Congak sifir sebelum mula kelas
2. Program smart sifir
3. Minggu matematik
4. Kangroo Maths
5. Sudut Keceriaan Matematik
6. Info Matematik (Papan Kenyataan)
7. Program 5 minit fakta asas Matematik
8. Kursus Dalaman
5.3 Pdpc
5.3.1 Semua guru perlu mewujudkan elemen pendidikan abad ke-21 seperti
contoh menggunakan peta I-think dan lain-lain.
5.3.2 Semua guru juga diminta mengambil gambar semasa pdpc sebagai eviden.
Guru perlu hantar laporan pengajaran.
5.3.3 Guru-guru diminta menerapkan elemen ke-3 tahap penguasaan membina
ayat matematik.

5.4 Isu –isu melibatkan murid


5.4.1 Antara isu-isu adalah:
○ Tidak menguasai kemahiran asas
○ Tidak mahir dalam penukaran unit
○ Murid lemah tidak dapat memahami teks soalan
○ Tidak tahu membaca
○ Tidak menyiap dalam masa tertentu
○ Tidak memahami kehendak soalan
○ Lemah dalam sifir
○ Tidak menjawab soalan KBAT.
○ Kerja rumah tidak siap
5.4.2 Cadangan mengatasi adalah
o Lima soalan setiap PdP (10 minit)
o 20 soalan penukaran unit
o Pengenalan kata kunci
o Penekanan soalan ‘direct’
o 1M1U(1 minggu 1 ujian)
o Penekanan bina jadual
o Hafalan/bina jadual
o soalan KBAT setiap PdP
5.5 PCG
5.5.1 Pengerusi memaklumkan jumlah peruntukan yang akan diterima masih belum
diketahui.
5.5.2 Guru-guru boleh senaraikan dahulu barang-barang yang ingin dibeli dan
maklumkan kepada guru besar untuk buat nota minta.

5.6 Pelaksanaan LADAP


5.6.1 Pengerusi memaklumkan kursus dalaman pertama iaitu teknik pemarkahan akan
dilaksanakan pada bulan Mac.
5.6.2 LADAP kedua Headcount pada bulan April iaitu applikasi untuk membina analisis
item.
5.6.3 LADAP ketiga bengkel pedagogi (PLC)
5.6.4 LADAP kempat perbincangan profesionaslime
5.7 RPH guru
5.7.1 Pengerusi meminta supaya guru menulis rph menggunakan templet dan
melengkapkan maklumat guru dan memastikan rancangan pengajaran dan
refleksi lengkap dan dihantar untuk semakan pihak pentadbiran pada setiap hari
Jumaat

5.8 Sukatan matapelajaran dan DSKP


5.8.1 Pengerusi meminta semua guru perlu mempunyai DSKP bagi setiap
matapelajaran dan menyerahkan satu set salinan DSKP untuk simpanan fail
panitia selewat-lewatnya sehingga 31/1/2021.
5.8.2 Perancangan PdP perlu mematuhi DSKP.

5.9 RPT
5.9.1 Pengerusi memaklumkan penyediaan RPT mestilah merujuk kepada SP/DSKP
yang sah dan terkini.
5.9.2 Bilangan latihan mestilah mencukupi dan berfokus.

Tindakan : Semua guru Matematik

6.0 TAKWIM PANITIA MATEMATIK 2021

BIL AKTIVITI TEMPOH TINDAKAN

1. MESYUARAT PANITIA PERTAMA Januari Setiausaha

2. MENGUMPUL MAKLUMAT GURU DAN Januari Setiausaha


JADUAL WAKTU MENGAJAR.

3. MESYUARAT PANITIA KEDUA April Setiausaha

4. PROGRAM BIJAK SIFIR Sepanjang Tahun Semua guru

5 MEWUJUDKAN SUDUT MATEMATIK DALAM Sepanjang Tahun Semua guru


KELAS

7. MINGGU MATEMATIK Jun Semua guru

8. TEKNIK MENJAWAB SOALAN Sepanjang Tahun Setiausaha

9. MEMANTAPKAN BANK SOALAN Sepanjang Tahun Setiausaha

10. KANGROO MATHS April Semua guru

Tindakan : Semua Guru Matematik


7.0 PELAN STRATEGIK

7.1 Guru Besar memberikan penerangan berkenaan perlaksanaan pelan strategik dan
perlaksanaannya. Menyenaraikan pemasalahan utama yang dihadapi dan mencari
menyenaraikan penyelesaiannya.

8.0 Pencerapan Buku Latihan & Buku Kerja Murid

8.1 Pencerapan hasil kerja murid akan dijalankan dua kali setahun iaitu pada penggal
pertama dan penggal kedua.

8.2 Tarikh pencerapan akan diberitahu kelak.


Tindakan : Makluman
9.0 Ucapan Penangguhan

9.1 Tuan Guru Besar sangat berharap agar guru –guru dapat menjalankan aktiviti –aktiviti
yang telah dirancangkan dengan sistematik dan terancang demi peningkatan akademik
murid sekolah.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.30 petang.

Minit dicatat , disusuli dan disediakan oleh ,

Yang menjalankan tugas,

…………………………

Pn. S.Sumathi

Setiausaha Panitia Matematik

SJK(T) Ldg Batak Rabit, 36000 Teluk Intan. Pn.Vimala Devi

Setiausaha Panitia Matematik

SJK(T) Ldg Nova 1, 36000 Teluk Intan


Disahkan pada ……………………………………

Minit dicadang oleh ……………………………………Minit di sokong oleh ……………………………

SJK(T) DATO SITHAMBARAM PILLAY


BATU 6, JALAN CHANGKAT JONG
36000, TELUK INTAN
PERAK DARUL RIDZUAN
KOD SEKOLAH:ABD5107

“PERAK SENTIASA DI PUNCAK KECEMERLANGAN

“1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”

RujKami : SJK(T)DSP.TI.Pk
Tarikh : 3 Januari 2018

SemuaGuru ,
SJK(T) Dato’ Sithambaram Pillay ,
Batu 6,Jalan Changkat Jong ,
Teluk Intan.

Tuan /Puan

NOTIS MESYUARAT PANITIA MATEMATIK YANG PERTAMA

Dimaklumkan bahawa Panitia Matematik akan mengadakan mesyuarat seperti ketetapan


berikut :

Tarikh : 8 Januari 2018

Masa : 1.30 t/hari

Tempat : Pusat Sumber Sekolah

Agenda : 1. Ucapan Pengerusi


2. Meluluskan Minit Mesyuarat lalu
3. Penubuhan Jawatankuasa
4. Takwim Panitia
5. Program Peningkatan Panitia
6. Takwim Peperiksaan dan Penyediaan Soalan
7. Penetapan target UPSR 2018
7. Pencerapan dan Penyemakan buku latihan
8. Ucapan Penangguhan

Kerjasama daripada pihak tuan / puan didahului dengan ucapan terima kasih .

SekianTerimaKasih .

Yang MenjalankanTugas ,
…………………………………………
Thamil Selvan a/l Shanmugam

Setiausaha Panitia Matematik.

You might also like