You are on page 1of 5

87

BAB 5

PERBINCANGAN

5.1 PENGENALAN

Bab ini membincangkan tentang dapatan kajian daripada hasil analisis data

dalam bab 4. Hasil dapatan kajian ini dapat menentukan objektif tercapai atau

sebaliknya.

5.2 PERBINCANGAN

Daripada analisis data, perbincangan hasil kajian akan dibuat berdasarkan kepada

3 bahagian iaitu:-

i) Punca-punca berlakunya kemalangan di tapak bina

ii) Tahap pengaplikasian program latihan keselamatan dan kesihatan di tapak

bina

iii) Implikasi akibat pengabaian keselamatan dan kesihatan di tapak bina


88

Keputusan yang diperolehi dikaji samada ia dapat mencapai objektif kajian atau

tidak.

5.3 PUNCA – PUNCA BERLAKUNYA KEMALANGAN DI TAPAK BINA

Berdasarkan daripada maklumbalas kebanyakkan responden bersetuju bahawa

kemalangan berlaku disebabkan oleh kecuaian pekerja itu sendiri dan responden juga

bersetuju bahawa suasana di tempat kerja perlulah berada dalam keadaan selamat bagi

menghindar sebarang kemalangan dan jangkitan berlaku. Di samping itu, kurangnya

latihan dan kemahiran kerja juga merupakan salah satu punca berlakunya kemalangan di

tapak bina. Kemalangan juga berlaku disebabkan oleh pekerja tidak mempunyai

komitmen dan tidak bersungguh-sungguh semasa manjalankan kerja di tapak bina.

Kebanyakkan responden juga bersetuju bahawa kemalangan berpunca daripada

sikap sambil lewa,pekerja, tidak berdisiplin dan bertindak melulu semasa menjalankan

kerja. Selain itu, kurangnya pengawasan daripada penyelia tapak dan golongan yang

berkuasa juga akan mengundang situasi yang berbahaya kepada pekerja semasa

menjalankan kerja.

Berdasarkan teori daripada Bird dan Loftus ( 1976 ) dan Vincolli ( 1994 ) serta

Heinrich ( awalan tahun 1930-an ), apabila dianalisis kembali teori-teori yang digunakan

untuk menerangkan sebab munasabah berlakunya kemalangan dan elemen-elemen yang

terlibat didapati bahawa sebab primer berlakunya hampir semua kemalangan-

kemalangan di tapak bina adalah disebabkan pekerja tidak mempunyai kesedaran

mengenai keselamatan dan kesihatan di tapak bina, dimana pekerja menganggap

pematuhan peraturan keselamatan dan kesihatan adalah perkara yang remeh temeh.
89

Selain itu, kurangnya pengawasan daripada pihak pengurusan seperti penyelia tapak dan

kontraktor juga menyebebkan kemalangan tersebut berlaku. Ini disebabkan oleh sikap

kurang peka dan tidak bertanggungjawab segelintir pihak pengurusan dalam pengawasan

keselamatan dan kesihatan pekerja di tapak bina.

5.4 PENGAPLIKASIAN PROGRAM LATIHAN KESELAMATAN DAN

KESIHATAN DI TAPAK BINA

Berdasarkan keputusan daripada responden, kajian mendapati bahawa program

latihan keselamatan dan kesihatan di tapak bina memberi kesan dalam mengurangkan

masalah keselamatan dan kesihatan di tapak bina. Keberkesanan program keselamatan

dan kesihatan yang dilaksanakan adalah hasil daripada usaha kerjasama semua pihak

pengurusan yang membuktikan bahawa soal keselamatan pekerja merupakan bahagian

yang penting untuk semua pihak. Setiap pengurus di dalam organisasi perlu

bertanggungjawab untuk mengenal pasti risiko, bahaya atau situasi amalan yang selamat

dengan tujuan untuk mengambil langkah-lanhkah awal pencegahan agar pekerja dapat

bekerja dengan selamat.

Penilaian ke atas aspek keselamatan dan kesihatan bukan sahaja memberi faedah

kepada organisasi dari segi mengurangkan berlakunya kemalangan tetapi juga

membolehkan organisasi mengurangkan kos kemalangan. Dengan adanya pelbagai

program keselamatan, secara tidak langsung organisasi dapat mengurangkan

perbelanjaan kos kesihatan akibat kecederaan. Penilaian yang dilakukan juga penting

bagi melihat tahap kualiti kerja yang dicapai oleh pekerja. Ia digunakan sebagai alat

untuk mengetahui keperluan latihan, pampas an, kenaikan pangkat dan lain-lain.
90

Hasil kajian ini menyamai hasil kajian yang dibuat oleh Mohd Asrul Bin Rafiin

@ Shafien. Latihan keselamatan adalah penting untuk pekerja mahir,separuh mahir,atau

kurang mahir. Latihan pengukuhan diperlukan bagi semua pekerja bagi memastikan

segala prosedur dan kebenaran kerja dapat diikuti sepenuhnya. Antara latihan yang

diberi termasuk penggunaan peralatan, perlindungan diri, prosedur ketika berlaku

kecemasan dan juga pengendalian jentera atau mesin. Latihan keselamatan yang turut

disertai oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia ( CIDB ).

5.5 IMPLIKASI AKIBAT PENGABAIAN KESELAMATAN DAN

KESIHATAN DI TAPAK BINA

Berdasarkan maklumbalas daripada responden, implikasi akibat daripada

pengabaian keselamatan dan kesihatan di tapak bina telah menyebabkan penyiapan

projek tidak dilaksanakan mengikut jadual kerja yang telah ditetapkan. Hal ini akan

menyebabkan projek akan mengalami sedikit perubahan masa dalam penyiapan projek

tersebut. Selain itu, implikasi akibat pengabaian keselamatan dan kesihatan di tapak

bina juga menyebabkan organisasi mengalami kadar lantik henti yang tinggi

menurunkan produktiviti syarikat, dan menjejaskan prestasi syarikat. Oleh itu, denda

ataupun tindakan undang-undang akan dikenakan sekiranya pekerja ataupun pihak

syarikat melakukan pengabaian keselamatan dan kesihatan di tapak bina. Selain

daripada denda oleh pihak berkuasa, denda juga akan diberikan oleh pihak syarikat

bergantung kepada kesalahan yang telah dilakukan oleh pekerja tersebut. Berdasarkan

daripada lampiran di bawah menunjukkan denda-denda yang dikenakan oleh pihak

syarikat Enhance View Sdn Bhd kepada pekerjanya.


91

Hasil kajian ini menyamai hasil kajian yang dibuat oleh Roslan Bin Amirudin,

2005 dalam kajiannya yang bertajuk “Sisitem Pengurusan Keselamatan Pembinaan

Bersepadu : Pendekatan Sistem Berasaskan Pengetahuan.” Kemalangan telah

menyebabkan kerugian besar kepada negara. Dalam tahun 2000, kos yang ditanggung

oleh negara akibat daripada kemalangan dianggarkan bernilai RM2.4 billion. Dalam

tahun yang sama SOCSO telah membuat bayaran sejumlah RM608 juta ke atas pelbagai

tuntutan akibat kemalangan yang telah dikemukakan oleh ahlinya disebabkan kecacatan

sementara atau kekal, pampasan kepada waris, kos pnegkebumian dan perubatan serta

pencen. Selain daripada menanggung kos pembayaran pampasan, industri di negara ini

juga menanggung kerugian akibat kehilangan masa disebabkan kemalangan ( lost time

injuries ). Bancian yang telah dilaksanakan ke atas kehilangan masa disebabkan

kemalangan mendapati nilainya telah meningkat dari 1.1jam dalam tahun 1994 kepada

1.4jam dalam tahun 1995.

You might also like