You are on page 1of 3

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3
SMK TAMAN SERI KLUANG
MINIT MESYUARAT KHAS PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
2021/2022
Tarikh : 22/08/2021
Hari : Ahad
Masa : 8.45 Malam
Tempat : Kediaman masing-masing (google meet)
( https://meet.google.com/fpm-fega-vff )
Pengerusi : En. Mohamad Aiman Bin Mahari
Kehadiran :
1. En. Zailani Bin Abdul Ghani@Hassan
2. Pn. Sakdiah Binti Dollah
3. En. Ramli Bin Abd Rahman
4. En. Mohamad Aiman Bin Mahari
5. Pn. Azlina Binti Wahab
6. Pn. Hjh. Norul Jannah Binti Ahmad
7. Cik Azizah Binti Marhad
8. En. Samran Bin Selamat
9. En. Haizam Bin Hamid
10. En. Hamunata Rao a/l Ramalu
11. Pn. Jaminah Binti Zainal
12. Pn. Yeo Soh Hoon
13. Cik Shamshiyatulbaqiyah Binti Abdul Wahab
14. Pn. Leong@Long Kam Fong
15. Pn. Mariah Binti Hashim
16. En. Mohd Noor Hisham Bin Mohd Alawi
17. En. M. Pakharudin Salmi Bin Musa
18. Pn. Norhaida Binti Shuib

1 PERUTUSAN PENGERUSI

En. Mohamad Aiman , mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua AJK dalam
Mesyuarat Khas PIBG sesi 2021 dan membentangkan minit mesyuarat tahun 2020.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

2.1 En. Zailani mencadangkan pengesahan minit mesyuarat dan di sokong oleh Pn.
Norhaida.

3 PENERANGAN BANTUAN KERAJAAN

3.1 Pn. Sakdiah menerangkan jenis-jenis bantuan kerajaan yang telah diterima oleh
murid-murid sekolah bagi tahun 2021
3.2 Bantuan Awal Persekolahan (BAP) dari Kementerian Pendidikan Malaysia yang

1
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

diterima pada bulan Februari mensasarkan murid-murid dari keluarga B40 iaitu
sebanyak Rm100 bagi setiap murid yang layak.
3.3 Bantuan Awal Persekolahan Negeri Johor (BAPJ) mensasarkan murid dari
keluarga berpendapatan bawah Rm3000.
3.4 KWAMP yang diterima pada bulan Julai menyumbang RM150 kepada setiap
murid yang layak.
3.5 Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) menyumbang pakaian seragam kepada 18
orang murid yang terpilih

4 PEMBENTANGAN KEWANGAN TAHUN 2020


4.1 Pn. Hjh. Norul Jannah membentangkan jumlah kewangan PIBG bagi tahun 2020
iaitu:
Baki awal tahun 2020 : RM 66,379.25
Baki akhir tahun 2020 : RM 71,088.55
Baki berakhir sehingga 30 April 2021 : RM 74, 270.48

4.2 Butiran laporan kewangan seperti dalam lampiran.


4.3 Pembentangan laporan kewangan di sahkan oleh En. Haizam dan disokong oleh
Pn. Jamilah.
Tindak
an: Bendahari PIBG

5 PERUBAHAN AJK BAHAGIAN GURU


5.1 En. Mohamad Aiman memperkenalkan Cik Azizah Binti Marhad menggantikan
Pn. Hjh Norul Jannah sebagai Bendahari PIBG dan Pn. Azlina Binti Wahab
dilantik sebagai Penolong Setiausaha berkuatkuasa serta merta.

Makluman

6 BANTUAN COVID-19
6.1 Pengerusi meminta kelulusan AJK atas cadangan pemberian bantuan duit Rm150
secara One-Off kepada keluarga yang kematian ibu atau bapa kerana Covid-19
dan sebuah bakul makanan kepada setiap keluarga yang di jangkiti. Semua AJK
PIBG bersetuju.

Tindakan: Semua AJK


7. PERLANTIKAN PEMANGKU YDP PIBG
7.1 En. Zailani mencadangkan En. Samran Bin Hj. Selamat dilantik sehingga
mesyuarat Agong PIBG boleh diadakan secara bersemuka. Semua AJK
menyokong cadangan ini

Tindakan: Semua AJK


8 SUMBANGAN HADIAH PERSARAAN PENGETUA
8.1 En. Mohamad Aiman memaklumkan bahawa pengetua akan bersara pada 1
Oktober 2021 dan meminta cadangan jumlah nilai hadiah. Mesyuarat sebulat suara
telah menetapkan RM500 untuk pengetua dan RM200 bagi mantan bendahari.

Tindakan: Semua AJK


9 HAL-HAL BERBANGKIT
9.1 En. Samran mencadangkan minit mesyuarat dan laporan kewangan di masukkan
dalam aplikasi ‘Whatsapp’ PIBG bagi memudahkan rujukan semua ajk sementara

2
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

menunggu mesyuarat secara bersemuka yang belum dibenarkan.

Tindakan: Bendahari & Setiausaha

9.2 Cadangan tarikh bagi mengadakan Mesyuarat Agong perlu menunggu kelulusan
kerajaan berdasarkan situasi semasa Covid-19.

9.3 Pembukaan sekolah pada hanya melibatkan negeri-negeri Fasa 2 sahaja.

9.4 En. Zailani bertanyakan tarikh vaksinasi murid tingkatan 5 dan Pn. Sakdiah
memaklumkan semua guru telah mengemaskini maklumat murid dalam APDM
dan sedang menunggu arahan dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

Tindakan: GPK HEM

9.5 En. Mohamad Aiman menceritakan situasi struktur sekolah yang sedang dalam
proses baik pulih fasiliti yang mengalami kerosakan oleh pihak PPD Kluang.

Makluman

10 PENUTUP

10.1 Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat / ahli mesyuarat

10.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 9.40 malam.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

..............................................……… ……...............................………..
(AZLINA BINTI WAHAB) (MOHAMAD AIMAN BIN MAHARI)
PEN. SETIAUSAHA PIBG SETIAUSA PIBG
SMK TAMAN SERI KLUANG SMK TAMAN SERI KLUANG

You might also like