You are on page 1of 5

1

Tugasan 1 Individu: Interview

Umi Afida binti Norijan

Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah

PK30903: Kaunseling Industri

Dr. Sharon Kwan Sam Mee

Jan. 17, 2022


2

Pengenalan

Satu temuduga secara ‘online’ melalui pautan Google Meet telah saya jalankan

bersama seorang Pengurus Kanan Jabatan Kaunseling di sebuah syarikat besar di Sabah iaitu

Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) tentang jawatan beliau sebagai seorang Pengurus Kanan di

Jabatan Kaunseling yang dimana dia juga terlibat dalam perkhidmatan membantu pekerja

setempat. Latar belakang beliau ialah beliau bernama Arnas Fazwan bin Ismail dan beliau

memegang jawatan sebagai Pengurus Kanan di Jabatan Kaunseling di organisasi tersebut.

Latar belakang pelajarannya pula beliau pernah menjalani pengajian Degree in Human

Science (Psychology) di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) dan kemudia beliau

melanjutkan pelajarannya dalam peringkat Master in Counselling di Universiti Malaysia

Sabah (UMS). Kemudian, sejarah perkhidmatannya pula beliau pernah bekerja sebagai Tutor

Psychology di sebuah kolej dan kemudian bekerja sebagai seorang kaunselor di SESB

semenjak 2013 sehingga kini.

Peranan dan Jawatan

Beliau menyatakan bahawa beliau bertugas sebagai kaunselor di organisasi tersebut

dimana beliau banyak menjalankan sesi kaunseling dimana beliau menyatakan dia membantu

pekerja lain didalam ‘work-performance’, masalah prestasi pekerja dan masalah peribadi

serta pelbagai lagi bentuk masalah seperti masalah kesihatan. Melalui pernyataan beliau, saya

lebih memahami jawatan dan peranan yang dipikul apabila menjadi seorang kaunselor di

sebuah organisasi yang memberi perkhidmatan membantu pekerja lain dari segala jenis

masalah yang dialami tanpa mengkritik atau memperkecilkan masalah mereka. Disini saya

juga lebih memahami apakah perbezaan peranan antara kaunselor dalam bidang yang lain dan

juga kaunselor yang telah berkhidmat di dalam organisasi atau syarikat tertentu. Selain itu,
3

beliau ada juga mengendalikan program-program yang penting kepada staf-staf SESB seperti

mengurus Employee Assistance Programme seperti Psychoeducation, Awareness

Programme, Performance Management dan Support Service for Traumatic Event. Beliau

sehingga kini bertugas dan menjalani perkhidmatanya serta kebanyakan programnya yang

dijalankan di Wisma SESB. Program-program yang dijalankan oleh beliau telah banyak

memberikan kebaikan dan kesedaran yang tinggi tentang kesihatan mental dan emosi di

dalam kalangan pekerja-pekerja yang bekerja di SESB kerana program-program tersebut

adakan diadakan pada setiap tahun dan memerlukan penglibatan daripada semua pekerja

tidak kira dari jabatan-jabatan yang berlainan agar dapat memberikan kesedaran yang tinggi

dalam kalangan pekerja.

Isu-isu Dalam Organisasi

Antara isu-isu yang dibahaskan oleh beliau adalah isu-isu dalaman seperti jika berlaku

pergaduhan atau salah faham antara pekerja atau majikan yang biasanya juga berlaku dimana-

mana organisasi dimana beliau menjadi perunding agar isu tersebut tidak berlarutan. Objektif

utama yang beliau nyatakan adalah agar isu yang berlaku tidak akan berlarutan dan agar

pekerja-pekerja dapat bekerja semula dengan lebih baik selepas timbulnya isu yang tidak

diinginkan berlaku.

Beliau juga ada menyatakan beliau juga pernah mengendalikan isu-isu lain seperti isu

kewangan, isu kesihatan dan isu kesihatan mental. Bukan itu sahaja, beliau juga

mengendalikan isu-isu disiplin pekerja, isu peribadi pekerja, isu komunikasi pekerja dan isu

masalah prestasi pekerja agar dapat membantu pekerja menyelesaikan masalah mereka

dengan baik dan cepat supaya mereka dapat kembali pekerja dengan keadaan yang baik dan

produktif.
4

Cara Menangani Isu Tempat Kerja

Beliau banyak menggunakan pendekatan yang lebih ‘humanistic’ iaitu banyak

mendengar kepada masalah-masalah pekerja serta beliau juga menggunakan pendekatan

‘problem-solving’ kepada isu-isu pekerja agar dapat menyelesaikan masalah mereka secepat

mungkin. Hal ini kerana beliau ada menyatakan bahawa mereka tidak boleh menggunakan

masa yang terlalu lama ketika menjalankan sesi kaunseling agar tidak menganggu masa

produktiviti pekerja dan agar mereka dapat kembali bekerja dengan baik secepat yang

mungkin. Oleh itu beliau perlu menggunakan pendekatan yang lebih sesuai dan lebih

munasabah yang mengiut kesesuaian individu/klien kerana mereka memerlukan anggota

pekerja yang bekerja dan bukannya menghabiskan masa menjalani sesi kaunseling sahaja.

Oleh itu beliau juga banyak kali menyatakan bahawa dia menggunakan pendekatan yang

lebih kepada penyelesaian masalah iaitu ‘problem-solving’. Pendekatan ini akan

mengutarakan isu yang timbul dan memberikan beberapa cadangan penambahbaikan atau

penyelesaian yang boleh dilakukan untuk menyelesaikan isu terbabit.

Beliau juga ada menyatakan bahawa aplikasi beliau adalah mesti mengikuti

kesesuaian isu klien dan tidak memerlukan penggunaan teori yang terlalu mendalam seperti

perkhidmatan kesihatan mental yang professional kepada masyarakat seperti di JKM. Hal ini

kerana pendekatan beliau adalah lebih kepada penyelesaian masalah yang berlaku di dalam

organisasi dimana ianya lebih utama untuk kesejahteraan organisasi tersebut. Beliau juga ada

menyebut pendekatannya bukan sahaja untuk kebaikan organisasi semata-mata dan tidak juga

menidakkan emosi personal individu, beliau cuba untuk mengimbangi antara kebaikan

organisasi dan juga kebaikan untuk kesejahteraan pekerja itu sendiri. Perkara ini adalah amat
5

penting untuk diseimbangkan agar tidak akan berlaku ‘bias’ di dalam sesebuah organisasi itu

dalam mencapai kesejahteraan semua pihak.

Model dan Teori Kaunseling

Model kaunseling tempat kerja dan teori kaunseling yang digunakan oleh beliau

dalam mengendalikan isu-isu ditempat kerja adalah ‘solution-based’ atau pun ‘problem-

focused model’ dimana beliau banyak menggunakan teknik ‘problem-solving’ kepada

masalah-masalah klien agar dapat menyelesaikan masalah mereka dengan cepat supaya dapat

kembali bekerja seperti biasa tanpa gangguan emosi ataupun gangguan-gangguan lain yang

menganggu ketenteraman pekerja di tempat kerja. Kemudian untuk teori kaunseling pula,

beliau lebih banyak menggunakan teori ‘Cognitive Behavioral Therapy (CBT)’ semasa

mengendalikan sesi kaunseling bersama klien. Beliau lebih banyak mendengar kepada luahan

klien semasa sesi.

Penutup

Konklusinya, selepas menjalani sesi temuduga bersama pengurus kanan bahagian

Jabatan Kaunseling di SESB, yang juga berkhidmat sebagai kaunselor di organisasi tersebut,

saya banyak mempelajari dan memahami tugas-tugas sebenar yang dipikul oleh seorang

kaunselor yang berkhidmat di dalam sesebuah organisasi iaitu banyak memberi bantuan

secara mental demi mengekalkan kesejahteraan antara pekerja dan juga kepada organisasi itu

sendiri. Saya juga akan mengambil contoh daripada temuduga yang telah dilakukan untuk

rujukan di masa hadapan.

You might also like