You are on page 1of 15

DIPLOMA ISLAMIC STUDIES WITH EDUCATION

SEMESTER MEI / TAHUN 2021

ADSK2103

PRINSIP FIQH MUNAKAHAT

PUSAT PEMBELAJARAN : SUNGAI PETANI, KEDAH

1
ADSK2103 PRINSIP FIQH MUNAKAHAT
ISI KANDUNGAN

Pengenalan 3

1.0 Perbezaan Umur Dalam Pemilihan Pasangan 4-8

2.0 Implikasi Sebuah Perkahwinan Yang Mengenepikan Faktor Perbezaan

Umur Pasangan Untuk Berkahwin 8 - 10

3.0 Analisis Undang-undang Dan Peraturan Tentang Isu Perbezaan Umur

Antara Pasangan 10 - 12

Kesimpulan 13

Rujukan 13 - 15

2
ADSK2103 PRINSIP FIQH MUNAKAHAT
PENGENALAN

Sudah menjadi fitrah alam bahawa segala yang hidup di dunia ini telah dijadikan berpasang-
pasangan sebagaiman firman Allah SWT yang bermaksud:

“Maha Suci (Allah) yang telah menciptakan semuanya berpasang-pasangan, baik daripada apa
yang ditumbuhkan oleh bumi dan daripada diri mereka sendiri, mahupun daripada apa yang
tidak mereka ketahui”. (Surah Yasin 36:36)

Sementara hadith Rasulullah SAW (Sahih Sunan Abu Daud, No: 2082) bermaksud :

“Apabila salah seorang dari kalian melamar wanita, maka selagi dia boleh melihat apa yang
dapat mendorongnya untuk menikahi, maka lakukanlah ia”.

Manusia yang terdiri daripada lelaki dan perempuan mempunyai fitrah untuk saling
menyukai antara satu sama lain. Bagi memenuhi tuntutan naluri ini secara halal, Allah SWT
memerintahkan manusia supaya berkahwin. Selain itu, perkahwinan juga merupakan satu
mekanisme bagi menjamin kelangsungan zuriat manusia di muka bumi ini (Al-Zuhayli. 1985).
Bahkan perkahwinan juga merupakan satu cara untuk mencapai ketenangan jiwa dan kasih
sayang sesama pasangan.

Kufu dalam perkahwinan merupakan satu konsep kesepadanan taraf antara calon suami
dan isteri, dari sudut keagamaan, keturunan, keadaan bekerluarga dan sebagainya. Perbahasan
ulama berkenaan dengan konsep kufu sememangnya dibincangkan secara meluas berdasarkan
kepada keadaan masyarakat pada zaman dahulu yang lebih cenderung untuk memilih calon
suami dan isteri yang setaraf.

Tujuan tugasan ini adalah bertujuan untuk membincangkan tentang faktor perbezaan
umur antara pasangan suami isteri yang dipertimbangkan sebagai salah satu elemen kufu dalam
sesebuah perkahwinan.

3
ADSK2103 PRINSIP FIQH MUNAKAHAT
1.0 PERBEZAAN UMUR DALAM PEMILIHAN PASANGAN

Perkahwinan merupakan satu jalinan kasih sayang atau hubungan antara lelaki dan perempuan
yang sah di sisi Islam. Perkahwinan juga menjadi satu ibadah dan kewajipan kepada semua umat
Islam daripada seseorang itu mampu untuk memikul tanggungjawab sama ada bergelar seorang
suami atau isteri. Syarat sah seseorang itu untuk mendirikan sebuah masjid ialah mestilah
seorang yang baligh, berakal dan berkemampuan dari segi mental dan fizikal.

Perbezaan usia yang besar di antara pasangan sering dianggap tidak mampu kekal lama
namun sebenarnya banyak saja pasangan yang mampu mengecapi bahagia. Jarak usia bukanlah
penghalang untuk membina sebuah ikatan yang kukuh dan mampu kekal selamanya. Hubungan
dengan jurang usia yang jauh juga pasti akan melalui cabaran dan rintangan seperti perbezaan
pendapat, pegangan prinsip serta gaya hidup. Namun itu bukan bermaksud hubungan tidak
mempunyai keserasian sebaliknya terdapat pelbagai cara dan kaedah dalam menjaga dan
membina hubungan tersebut agar lebih kukuh walaupun berbeza usia. Islam tidak menetapkan
umur tertentu untuk berkahwin, sama ada untuk pihak suami atau isteri.

Umur dewasa mengikut undang-undag ilah apabila seseorangan mencapai umur akil
baligh. Dari segi undang-undang Islam, seorang gadis dianggap sudah dewasa apabila dia mulai
datang haid, iaitu seawall umur sembilan tahun. Jika dia tidak datang haid atau tanpa lain-lain
tanda dewasa, mengikut Imam Abu Hanifah, umur dewasa gadis itu ialah 16 tahun. Seorang
budak lelaki dianggap dewasa apabila bermimpi dan keluar air mani, seawal-awalnya 12tahun.
Jika tidak, mengikut Imam Abu Hanifah seorang budak lelaki dianggap dewasa apabila ia
mencapai umur 18 tahun. Murid-murid Imam Abu Hanifah berlainan pendapat darinya. Imam
Abu Yusuf dan Imam Muhammad al-Shaybani berpendapat jika seseorang budak lelaki
bermimpi dan keluar air mani tau seseorang gadis mulai datang haid atau mereka cukup 12 tahun
mereka boleh dianggap sebagai dewasa. Imam Syafie bersetuju dengan pendapat Imam Abu
Yusuf dan Muhammad al-Shaybani (Ahmad Ibrahim 1999: 36).

Hadith-hadith yang biasa dirujuk dalam perkara umur perkahwinan ialah hadith mengenai
Sayyidatina Aisyah r.a. Antaranya :

‫س ِن ْي َن‬ ْ ‫ َو َبنَى ِب ْي َوأَنَا ِب ْنتُ ِت‬. ‫س ِن ْي َن‬


ِ ‫س ِع‬ ِ ‫سلَّ َم ِلس‬
ِ ‫ِت‬ َ ‫علَ ْيه َو‬
َ ُ‫صلَّى هللا‬
َ ‫هللا‬ ُ ‫ت َ َز َّو َج ِني َر‬
ِ ‫س ْو ُل‬
4
ADSK2103 PRINSIP FIQH MUNAKAHAT
Maksudnya: “Rasulullah SAW telah menikahiku ketika umurku enam tahun dan baginda SAW
telah bersamaku ketika umurku sembilan tahun”. (Riwayat Muslim, no. Hadith 2547)

‫سنِ ْي َن‬
ِ ‫ت‬ ِ ُ‫سلَّم َوأ َ َنا ِب ْنت‬
ِ ‫س‬ َ ‫علَ ْي ِه َو‬
َ ُ‫صلَّى هللا‬
َ ‫ت َ َز َّو َجنِي النَ ِب ُّي‬
Maksudnya: “Nabi SAW telah menikahiku ketika umurku enam tahun”. (Riwayat al-Bukhari, no.
Hadith 3605)

ِ ‫س ْب ٍع أَ ْو‬
ٍ ‫س‬
‫ت‬ َ ُ‫ت َ َز َّو َجنِي َوأَنَا ِب ْنت‬
Maksudnya: “Telah menikahiku (Nabi SAW) ketika umurku tujuh atau enam (tahun)”. (Riwayat
Abu Daud, no. Hadith 4285) (Imam Abu Daud tidak memberi komentar terhadap hadith ini)

، ‫سنِ ْي َن‬ ْ ِ‫علَ َّي َوأ َ َنا ِب ْنتُ ت‬


ِ ‫س ِع‬ َ ‫ َو َد َخ َل‬، ‫ت‬ ِ ُ‫سلَّ َم َوأَنَا ِب ْنت‬
ٍ ‫س‬ َ ‫علَ ْيه َو‬
َ ُ‫صلَّى هللا‬ ُ ‫ت َ َز َّو َجنِي َر‬
َ ِ‫س ْو ُل هللا‬
‫ت‬ ُ َ‫َو ُك ْنتُ أَ ْلع‬
ِ ‫ب بِا ْل َبنَا‬
Maksudnya: “Rasulullah SAW telah menikahiku ketika umurku enam tahun dan baginda SAW
telah bersamaku ketika umurku sembilan tahun dan ketika itu aku masih bermain-main dengan
budak perempuan yang kecil”. (Riwayat al-Nasa’ie, no. Hadith 3325) (Hadith ini dinilai sahih
oleh Ibn Hibban di dalam Sahih Ibn Hibban)

Islam menetapkan bahawa perkahwinan dan pemilihan calon isteri dan suami ini
hendaklah pada agama dan akhlak.

َ ِ‫اب َلكُم ِم َن ٱلن‬


‫سا ِٓء‬ َ ‫ط‬ ۟ ‫فَٱن ِك ُح‬
َ ‫وا َما‬
“Maka nikahilah perempuan (lain) yang kamu senangi”. (Surah An-Nisa 4:3)

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a bahawa telah bersabda baginda Rasulullah SAW: “Jika
datang kepada kamu seseorang lelaki yang engkau redhai agamanya dan akhlaknya maka
nikahkanlah dia jika tidak kamu lakukan demikian maka akan timbullah fitnah dan kerosakan”.
(Hadith Hasaan Riwayat Tirmidzi no 1084).

Islam tidak menetapkan persoalan umur sebagai ukuran dalam pernikahan dan sepatutnya
hal ini jelas bagi lelaki dan perempuan bahawa yang dipentingkan ialah agama.

5
ADSK2103 PRINSIP FIQH MUNAKAHAT
ْ ُ‫س َر َو ََل يُ ِري ُد ِب ُك ُم ٱ ْلع‬
‫س َر‬ ْ ُ‫ٱَّللُ ِب ُك ُم ٱ ْلي‬
َّ ‫يُ ِري ُد‬
“Allah mengkehendaki kemudahan bagimu, dan tidak mengkehendaki kesukaran bagimu”.
(Surah Al-Baqarah 2:185)

Bagi seorang muslim dalam mencari pasangan maka hendaklah melihat kepada agama
sebagaimana pesan baginda Rasulullah SAW: “Wanita itu dinikahi kerana empat perkara iaitu
kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, kerana agamanya maka pilihlah
beragama nescaya kamu akan beruntung”. (Hadith Sahih Bukhari dan Muslim)

Di dalam hadith riwayat Abu Daud dari hadith Ma’qil ibn Yasar r.a mengenai pertanyaan
seorang lelaki kepada Rasulullah SAW meminta pandangan untuk menikahi seorang perempuan
yang cantik dan berkedudukan tetapi tidak mampu beranak maka dilarang oleh baginda dan
disuruh supaya menikahi wanita yang dapat beranak dan melahirkan. Demikian juga baginda
bersabda: “Dunia itu ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah”.
(Hadith Riwayat Muslim no 3628)

Ulama Feqah bersatu pendapat sah perkahwinan jika lelaki mengahwini perempuan yang
jauh lebih tua darinya. Ini kerana sifat ‫( الكفاءة‬setaraf) hanya terletak di bahu suami dan juga
suami mempunyai hak talak ke atas isteri. Isteri pula hanya insan yang lemah yang memerlukan
perhatian suami. Tetapi bagaimana pula hukum perempuan yang berkahwin dengan lelaki yang
jauh lebih tua darinya?

 Pendapat Pertama: Sah perkahwinan perempuan yang mengahwini lelaki yang jauh
lebih tua darinya dan hukumnya harus tanpa ada sebarang tegahan. Ini merupakan
pendapat yang selalu diperkatakan di dalam ilmu Feqah.

Hujah bagi menyokong pendapat ini ialah ulama-ulama Feqah dari Mazhab Empat dan Mazhab
Azzohiriah tidak melihat umur sebagai pengahalang kepada perkahwinan. Perkahwinan ini
memadai dinilai dari segi ilmu agamanya, baik keturunannya, harta sebagai bekalan masa depan
dan sebagainya. Selain itu, tiada dalil yang melarang berlakunya perkara ini bahkan dibuktikan
lagi dengan sahnya perkahwinan Nabi Muhammad SAW dengan Sayyidatina Aisyah yang mana
umur beliau ketika itu 9 tahun dan ketika Nabi Muhammad SAW wafat umur beliau baru
menjangkau 18 tahun.
6
ADSK2103 PRINSIP FIQH MUNAKAHAT
 Pendapat Kedua: Sah perkahwinan dengan lelaki yang berumur. Namun hukumnya
harus tetapi makhruh. Ini merupakan pendapat sebahagian Ahli Feqah.

Hujah pendapat ini ialah mungkin adanya kemudharatan kecil di dalam perkahwinan ini kerana
pasangan ini mungkin tidak serasi disebabkan perbezaan umur yang ketara di antara mereka.
Dalil perkahwinan Nabi Muhammad SAW dengan Sayyidatina Aisyah tidak boleh menjadi
ukuran kerana itu antara khususiat bagi baginda Nabi SAW.

 Pendapat Ketiga: Haram bagi perempuan mengahwini lelaki yang jauh lebih tua
darinya. Ini juga pendapat sebahagian Ahli Feqah dan pendapat ini dipuji oleh Almarhum
Dr Ahmad Khandur di dalam bukunya “Ahwal As- Syakhsiah”.

Hujah bagi pendapat ini ialah pendapat yang dikeluarkan oleh Mazhab Syafie berkaitan masalah
ini pendapat yang lemah. Mereka juga melihat orang tua tidak sekufu (setaraf) jika berkahwin
dengan perempuan yang jauh lebih muda darinya. Seperti yang diketahui sifat kufu ini untuk
kebahagian rumah tangga tersebut bukan sebagai syarat perkahwinan menurut pendapat Jumhur
Ulama. Maka harus bagi sesiapa yang memiliki hak kufu (wali atau isteri) untuk mengiktirafnya
atau menuntut fasakh. Tetapi menurut pendapat Hanafi dan sebahagian daripada Maliki kufu
adalah syarat sah perkahwinan dan dikira tidak sah jika tiada sifat kufu tersebut. Selain itu,
perkahwinan dengan orang yang berumur ini yang boleh mengundang kemudharatan kepada
pasangannya juga menjadi hujah haram berlakunya perkara ini.

Jadi jelas disini perubahan dalam arus masyarakat menjadi punca berlakunya msalah
yang dibincangkan ini. Pencanggahan pendapat Ulama’ di dalam masalah ini perlu kepada
penerangan-penerangan yang lebih jelas untuk menentukan hukum yang sesuai. Walau
bagaimanapun hukum perkahwinan ini sah jika menepati segala rukun dan syarat-syaratnya.
Terpulahlah kepada wali bagi perempuan tersebut untuk memilih pendapat paling sesuai
berdasarkan maslahah dan menepati kehendak syarak. Sesungguhnya wali ini lebih mengetahui
apa yang baik untuk anak-anak mereka bagi menjamin kebahagiaan perkahwinan tersebut hingga
ke akhir hayat.

Keperluan kufu dalam perkahwinan adalah dijelaskan dalam hadis Rasulullah SAW
sebagai antara usaha untuk meningkatkan lagi mutu kehidupan rumah tangga yang bahagia.

7
ADSK2103 PRINSIP FIQH MUNAKAHAT
Abdullah bin Said menceritakan kepada kami: al-Harith bin Imran al-Ja’fari menceritakan
kepada kami, daripada Hisham bin ‘Urwa, daripada bapanya, daripada Aisyah berkata:
Rasulullah SAW bersabda: “Pilihlah wanita sebagai wadah untuk menunpahkan nuftah kamu,
nikahilah mereka yang sekufu dengan kamu dan kahwinilah mereka”.
(Hadis Riwayat Ibn Majah)

Namun, setiap mazhab mempunyai perbezaan pendapat tentang ciri yang dimaksudkan dengan
kufu. Menurut mazhab Maliki, kufu dalam perkahwinan hanya dinilai daripada segi keagamaan
dan hal (keadaan), yang bermaksud keselamatan diri seseorang daripada berlakunya aib yang
membolehkan khiyar (membuat pilihan). Jumhur ulama pula berpendapat kufu dalam
perkahwinan perlu dilihat dari segi keagamaan, keturunan, kemerdekaan, pekerjaan dan
kemewahan seseorang (Wahbah, 2010). Para fuqaha, khususnya daripada aliran kontemporai
mempunyai perbahasan yang pelbagai berkenaan dengan kufu. Meskipun demikian, secara
prinsipnya kufu bermaksud wujudnya keseimbangan antara suami dan isteri dalam pelbagai
perkara dan merupakan antara panduan terbaik untuk membina sebuah perkahwinan yang
sakinah, mawaddah dan rahmah seperti yang dituntut oleh Islam (Badran, 2002).

2.0 IMPLIKASI BAGI SEBUAH PERKAHWINAN YANG MENGENEPIKAN


FAKTOR PERBEZAAN UMUR ANTARA PASANGAN

Institusi keluarga ialah nukleus masyarakat dan negara. Institusi ini bermula dengan ikatan
perkahwinan antara pasangan lelaki dan wanita. Bagi pasangan muslim, masing-masing perlu
memahami ikatan perkahwinan tidak boleh bersifat sementara atau sekadar menghalalkan
perhubungan semata-mata. Dalam Islam, perkahwinan yang dibina perlulah kekal selama-
lamanya melainkan ada sebab tidak dapat dielakkan. Pihak yang berakad perlu matang dan
memahami sebenarnya tujuan perkahwinan.

Terdapat isu yang timbul dalam melaksanakan keperluan tersebut antaranya ialah had
umur perkahwinan bagi lelaki dan perempuan. Sebagai contoh, masyarakat telah digemparkan
dengan isu perkahwinan pasangan di bawah umur di Kedah yang mana pengantin lelaki berumur
19 tahun manakala pasangannya pengantin perempuan berumur 13 tahun. Pasangan ini telah

8
ADSK2103 PRINSIP FIQH MUNAKAHAT
berkahwin setelah mendapat perintah mahkamah untuk kebenaran berkahwin di bawah umur dari
Mahkamah Rendah Syariah Kulim sepertimana yang telaj termaktub di dalam seksyen 18(1)(a)
iaitu sekiranya salah satu pihak kepada perkahwinan yang dicadangkan itu adalah di bawah umur
yang dinyatakan dalam seksyen 8, maka Hakim Syarie boleh memberi kebenaran apabila
berpuas hati tentang kebenaran perkara-perkara yang disebutkan di dalam permohonan itu.
Peruntukan tersebut telah menjadi satu ketetapan had umur minima bagi pasangan yang ingin
berkahwin dalam UKKI di Malaysia.

Antara negeri yang terawal yang mebuat peruntukan mengenai umur minima berkahwin
ialah Johor. Di mana setiap perempuan yang hendak dinikahkan iyu hendaklah berumur tidak
kurang dari 16 tahun dan bagi lelaki yang hendak dinikahkan hendaklah berumur tidak kurang
dari 18 tahun. Melainkan dengan sebab-sebab tertentu dan dengan kebenaran Kadi Besar.
Peruntukan ini tidak mempunyai beza dengan enakmen yang telah dipinda dan diamalkan di
Johor sekarang sepertimana yang telah dinyatakan di dalam seksyen 8.

Perlu difahami bahawa tujuan penetapan umur minimum untuk berkahwin di dalam
UUKI tersebut adalah untuk memastikan bahawa kedua-dua lelaki dan perempuan bersedia dari
segala aspek seperti emosi, fizikal dan kewangan untuk berumahtangga supaya perkahwinan
yang dibina oleh pasangan dapat dinikmati dan difahami akan tanggungjawab yang harus dipikul
oleh mereka. Ini menunjukkan bahawa, d dalam setiap peruntukan Undang-undang Keluarga
Islam bagi setiap negeri, had umur telah menjadi asas untuk seseorang melangsungkan
perkahwinan. Faktor kedewasaan seseorang diambil kira dalam menentukan had umur yang
layak berkahwin. Walaupun dalam Islam tidak menetapkan had umur untuk berkahwin, ianya
juga tidak melanggar hukum syarak kerana di dalam al-Quran sendiri menyatakan berdasarkan
firman Allah SWT :

‫ارا أَن‬ ً َ‫وا ٱلنِ َكا َح فَإ ِ ْن َءانَ ْستُم ِم ْن ُه ْم ُر ْشد ًا فَٱ ْدفَعُ ٓو ۟ا إِلَ ْي ِه ْم أ َ ْم َٰ َولَ ُه ْم ۖ َو ََل ت َأ ْ ُكلُو َها ٓ إِس َْرافًا َوبِد‬ ۟ ُ‫وا ْٱليَ َٰت َ َم َٰى َحت َّ َٰ ٓى إِذَا بَلَغ‬
۟ ُ‫َوٱ ْبتَل‬
ۚ ‫علَ ْي ِه ْم‬
َ ‫ُوا‬ ِ ‫يرا فَ ْليَأ ْ ُك ْل بِ ْٱل َم ْع ُر‬
۟ ‫وف ۚ فَإِذَا دَفَ ْعت ُ ْم إِلَ ْي ِه ْم أ َ ْم َٰ َولَ ُه ْم فَأ َ ْش ِهد‬ ً ‫ف ۖ َو َمن َكانَ فَ ِق‬ ْ ‫غنِيًّا فَ ْليَ ْست َ ْع ِف‬
َ َ‫وا ۚ َو َمن َكان‬ ۟ ‫يَ ْكبَ ُر‬
َّ ِ‫َو َكفَ َٰى ب‬
٦‫ٱَّللِ َحسِيبًا ۝‬

Maksudnya: “Dan ujilah anak-anak yatim itu (sebelum baligh) sehingga mereka cukup umur
(dewasa). Kemudian jika kamu nampak dari keadaan mereka (tanda-tanda yang menunjukkan

9
ADSK2103 PRINSIP FIQH MUNAKAHAT
bahawa mereka) telah cerdik dan berkebolehan menjaga hartanya, maka serahkanlah kepada
mereka hartanya; dan janganlah kamu makan harta anak-anak yatim itu secara yang melampaui
batas dan secara terburu-buru (merebut peluang) sebelum mereka dewasa. Dan sesiapa (di
antara penjaga harta anak-anak yatim itu) yang kaya maka hendaklah ia menahan diri (dari
memakannya); dan sesiapa yang miskin maka bolehlah ia memakannya dengan cara yang
sepatutnya. Kemudian apabila kamu menyerahkan kepada mereka hartanya, maka hendaklah
kamu adakan saksi-saksi (yang menyaksikan penerimaan) mereka. Dan cukuplah Allah sebagai
pengawas”. (Surah An-Nisa 4:6)

Ayat tersebut telah menjelaskan bahawa salah satu syarat untuk melayakkan seseorang
untuk melangsungkan perkahwinan adalah bergantung kepada pihak-pihak yang berkenaan
hendaklah mencapai umur dewasa. Menurut agama Islam pula, umur baligh adalah merupakan
had bagi seseorang memikul tanggungjawab hukum syarak atau disebut sebagai taklif dan
mereka yang mencapai umur baligh disebut sebagai mukallaf. Oleh itu untuk memudahkan
urusan pentadbiran, had umur perkahwinan dikira menggunakan kaedah penetapan umur.

3.0 ANALISIS UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN TENTANG ISU


PERBEZAAN UMUR ANTARA PASANGAN

Perlembagaan Persekutuan adalah sebuah undang-undang bertulis yang tertinggi di Malaysia.


Oleh yang demikian, setiap akta atau enakmen yang digubal mestilah tidak bertentandan dengan
peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Perkara 74(1) Perlembagaan Persekutuan
memperuntukkan bahawa Parlimen mempunyai bidang kuasa dalam menggubal undang-undang
berkaitan perkara yang disenaraikan di dalam Senarai Pertam dan Ketiga di dalam Jadual
Kesembilan iaitu Senarai Persekutuan dan Senarai Bersama. Manakala Badan Perundangan
Negeri diberi kuasa dalam menggubal undang-undang yang disenaraikan di dalam Senarai
Negeri iaitu Senarai Kedua dan Senarai Bersama seperti yang diperuntukkan di dalam Jadual
Kesembilan. Ini menunjukkan bahawa perkara berkaitan perkahwinan dan penceraian yang
melibatkan orang-orang Islam adalah di bawah bidang kuasa Badan Perundangan Negeri
manakala perkara berkaitan perkahwinan dan penceraian yang melibatkan orang-orang buka
Islam adalah di bawah bidang kuasa Parlimen seperti yang dinyatakan di dalam Senarai Pertama.
10
ADSK2103 PRINSIP FIQH MUNAKAHAT
Sehubungan dengan itu, Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan
Penceraian) 1976 adalah akta yang menjelaskan perkara berkaitan perkahwinan dan penceraian
bagi orang-orang bukan Islam. Menurut Akta tersebut, suatu perkahwinan adalah tidak sah
menurut undang-undang sekiranya seorang lelaki berumur 18 tahun ke bawah dan 16 tahun ke
bawah bagi perempuan melainkan ianya dibenarkan oleh Ketua Menteri atau Menteri Besar di
bawah subseksyen 21(2). Peruntukan adalah seperti berikut:

Perkara 10. Tak sah perkahwinan jika salah seorang berumur di bawah had umur
perkahwinan.
Mana-mana perkahwinan yang berupa sebagai diupacarakan di Malaysia adalah tidak
sah jika ada perkahwinan itu salah satu daripada pihak-pihak berumur di bawah 18
tahun melainkan jika, bagi seseorang perempuan yang telah genap 16 tahun,
pengupacaraan perkahwinan itu telah dibenarkan oleh suatu lessen yang diberi oleh
Ketua Menteri di bawah subseksyen 21(2).

Peruntukan tersebut adalah terpakai dan mengikat semua negeri bagi perkara berkaitan
perkahwinan dan penceraian yang melibatkan orang-orang bukan Islam. Akta tersebut jelas
menyatakan bahawa sebuah perkahwinan adalah tidak sah menurut perspektif undang-undang
sekiranya pihak-pihak adalah seseorang yang belum mencapai umur 18 tahun bagi lelaki dan 16
tahun bagi perempuan melainkan dengan kebenaran daripada Ketua Menteri atau Menteri Besar.

Merujuk kepada orang-orang Islam, Enakmen Undang-undang Keluarga Negeri


memperuntukkan perkara yang berkaitan perkahwinan dan penceraian. Walaupun setiap negeri
diberi bidang kuasa untuk menggubal undang-undang, namun secara umumnya had umur
minimum bagi perkahwinan bagi orang-orang Islam di semua negeri adalah 18 tahun bagi lelaki
dan 16 tahun bagi perempuan kecuali jika Hakim Syarie telah memberi kebenarannya secara
bertulis di dalam keadaan tertentu. Sebagai contoh, seksyen 8, Enakmen Undang-undang
Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003 dan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Kedah
Darul Aman) 2008 dan Fasal 8 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Johor) 2003
menyatakan seperti berikut:

11
ADSK2103 PRINSIP FIQH MUNAKAHAT
Umur minimum untuk perkahwinan.
Tiada perkahwinan boleh diakad nikahkan di bawah Enakmen ini jika lelaki itu berumur
kurang daripada lapan belas tahun atau perempuan itu berumur kurang daripada enam
belas tahun kecuali jika Hakim Syarie telah memberikan kebenarannya secara bertulis
dalam hal keadaan tertentu.

Sehubungan dengan itu, perkahwinan di bawah umur yang tidak mendapat kebenaran
Hakim Syarie adalah suatu kesalahan dan boleh dijatuhkan hukuman tidak melebihi satu ribu
ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-keduanya sekali seperti peruntukkan
berikut:

Seksyen 40(2), Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.


Seseorang yang berkahwin atau berbuat sesuatu yang berupa sebagai akad nikah atau
yang menjalani sesuatu cara akad nikah dengan sesiapa jua berlawanan dengan mana-
mana peruntukan Bahagian II adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah
dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan
atau kedua-duanya denda dan penjara itu.

Syariat Islam tidak menetapkan umur minum berkahwin, asalkan ia berlangsung


mengikut hukum syarak dan memberi keadilan kepada kedua-dua pihak yang bernikah.
Kebenran Mahkamah Syariah perlu dimohon sebelum perkahwinan bawah umur dilangsungkan.
Ia bermakna kebenaran perkahwinan di Malaysia tertakluk di bawah budi bicara Mahkamah
Syariah yang berpuas hati dengan permohonan yang dikemukakan. Tidak semua perkahwinan
bawah umur mendapat kebenaran mahkamah seperti kes Re Husseinah Banoo. Ia membabitkan
kes kahwin lari seorang gadis berusia 14 tahun dan dibantah bapanya yang kemudian dibenarkan
mahkamah untuk pembatalan perkahwinan.

Sehubungan dengan itu, mana-mana pihak yang ingin melangsungkan perkahwinan di


Malaysia, dinasihatkan agar tidak membelakangkan undang-undang demi maslahat bersama. Ia
bagi memastikan perkahwinan mencapai matlamat mewujudkan rumah tangga dihiasi nilai
positif sakinah mawaddah dan rahmah. Ia juga demi menjamin institusi perkahwinan dalam
Islam tidak dicemuh dan diejek sehingga mencemarkan imej agama yang mulia lagi tinggi
kedudukannya.
12
ADSK2103 PRINSIP FIQH MUNAKAHAT
KESIMPULAN

Perkahwinan berbeza usia khususnya bagi wanita tidaklah mempunyai apa-apa mudharat dan
sebaliknya jika wujud kelebihan dan kebaikan maka ianya sangat digalakkan dan anjurkan supa
fitrah manusia dipenuhi. Walau bagaimana pun, usia hanyalah bilangan yang tidak
menggambarkan watak atau kualiti peribadi seseorang. Mencari jodoh berdasarkan standard
jurang usia hanyalah peraturan kuno. Tidak mudah untuk mencari orang yang tepat sebagai
pasangan hidup. "Mencari pasangan hidup adalah tentang menjalin hubungan di mana kita
tumbuh bersama, belajar bersama dan membina kehidupan bersama," kata pakar percintaan
Sarah Ryan. Jadi, usia bukanlah satu standard yang boleh dijadikan rujukan dalam mencari
pasangan. Yang paling penting adalah kepercayaan di hati, bahawa seseorang adalah orang yang
tepat sebagai pasangan hidup.

RUJUKAN

Al-Quran

Dr Muhammad Zahiri Awang Mat. (2020). ADSK2103 Prinsip Fiqh Muamalat. Pusat Reka
Bentuk dan Teknologi. Open University Malaysia

Ariska Puspita Anggraini. (2019). Jarak Usia Dalam Memilih Pasangan Hidup. Apa
Pentingnya?. Diperolehi daripada
https://lifestyle.kompas.com/read/2019/03/27/120000120/jarak-usia-dalam-memilih-pasangan-
hidup-apa-pentingnya-?page=all

Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Kedah Darul Aman) 2008. Diperolehi daripada
http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/State_Enact_Ori.nsf/f831ccd
dd195843f48256fc600141e84/ccf121f01d91d01e4825752b00306c85?OpenDocument

Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Johor) 2003. Diperolehi daripada


http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen/State_Enact_Ori.nsf/100ae747c72
508e748256faa00188094/b7b0a4048ca7fac448257118002ea322?OpenDocument

13
ADSK2103 PRINSIP FIQH MUNAKAHAT
Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. Diperolehi daripada
http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/State_Enact_Upd.nsf/f831cc
ddd195843f48256fc600141e84/ca9cc9e2f91e354748257115000d69dd?OpenDocument

Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003. Diperolehi daripada


http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/State_Enact_Ori.nsf/f831ccd
dd195843f48256fc600141e84/f47e757292b8ea8b4825712200094a2d?OpenDocument

Mohd Ali Muhamad Don. (2018). Faham, Caknan Kedudukan Undang-undang Keluarga Islam.
Diperolehi daripada https://www.bharian.com.my/kolumnis/2018/07/445256/faham-cakna-
kedudukan-undang-undang-keluarga-islam

Mohd Zahiruddin Ahmad Zakhi. (2015). Perkahwinan Tidak Mengikut Prosuder: Kajian Di
Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Diperolehi daripada
http://studentsrepo.um.edu.my/5021/1/MOHD_ZAHIRUDDIN_FAHMI.pdf

Muhammad Mushfique. (2016). Irsyad Al-Hadith Siri Ke 127 : Umur Aisyah r.a. Diperolehi
daripada https://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-al-hadith/1455-irsyad-al-hadith-siri-ke-127-
umur-aisyah-ra

Nik Rahim Nik Wajis, Mualimin Mochammad Sahid, Mohamad Ismail Hj Mohamad Yunus &
Nurliyana Shahira Baharli. (2020). Perkahwinan Kanak-kanak Di Malaysia: Had Umur Minimun
Dan Implikasinya. Malaysian Journal of Syariah and Law. Vol 8 No.2, pp. 15-30 | December
2020. Diperoleh daripada
https://www.researchgate.net/publication/348136801_PERKAHWINAN_KANAK-
KANAK_DI_MALAYSIA_HAD_UMUR_MINIMUM_DAN_IMPLIKASINYA_CHILDREN'
S_MARRIAGE_IN_MALAYSIA_MINIMUM_AGE_LIMIT_AND_ITS_IMPLICATIONS

Nurhafizah Haji Ismail, Mohd Norhusairi Mat Hussin & Raihanah Abdullah. (2019). Analisis
Persepsi Pihak Berkuasa Agama Terhadap Permasalahan Kufu Dalam Perkahwinan Masyarakat
Melayu Negara Brunei Darussalam. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu. 12(1), 124-143.
Diperolehi daripada http://jurnal.dbp.my/index.php/Melayu/article/view/1951

14
ADSK2103 PRINSIP FIQH MUNAKAHAT
Nurbazla Ismail. (). PPPG 3553 Undang-undang Keluarga Perbandingan (Sem 1 10/11)
Perkahwinan Bawah Umur. Diperolehi daripada
https://www.academia.edu/5990016/PPPG_3553_UNDANG_UNDANG_KELUARGA_PERBA
NDINGAN_SEM_1_10_11_Perkahwinan_Bawah_Umur

Trah Kecheq. Konsep Sekufu dan Kriteria Pemilihan Calon. Diperolehi daripada
https://www.academia.edu/9551522/konsep_sekufu_dan_kriteria_pemilihan_calon

warisan15.blogspot. Hukum Perempuan Yang Mengahwini Lelaki Yang Jauh Lebih Tua
Darinya. Diperolehi daripada https://redaksi.com/1325-hukum-perempuan-yang-mengahwini-
lelaki-yang-jauh-lebih-tua-darinya

Yasmin Hanani Mohd Safian. (2018). Had Umur Kahwin Jaga Maslahah Masyarakat.
Diperolehi daripada https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2018/07/445415/had-umur-
kahwin-jaga-maslahah-masyarakat

Zamali Tarmudi, Razizi Tarmuji & Nor Alhana Abd Malik. (2014). Pemilihan Pasangan Hidup
Bercirikan Nilai-Nilai Islam: Pendekatan Kabur. Malaysian Journal of Mathematical of Sciences
8(1): 139-155 (2014). Diperolehi daripada
https://einspem.upm.edu.my/journal/fullpaper/vol8/9.%20zamali%20tarmudi.pdf

(2006). Perbezaan Umur Dalam Perkahwinan- Menurut Agama. Diperolehi daripada


http://ustaz.blogspot.com/2006/03/perbezaan-umur-dalam-perkahwinan.html?m=1

(2019). Had Umur Berkahwin Dalam Islam?. Diperolehi daripada https://lelaki.my/had-umur-


berkahwin-dalam-islam/

(2021). Jangan bingung, pasangan lebih tua atau muda bukan penghalang bahagia… Ikut saja 4
tip ini pasti kukuh hubungan! Diperolehi daripada
https://www.mstar.com.my/xpose/famili/2021/01/13/jangan-bingung-pasangan-lebih-tua-atau-
muda-bukan-penghalang-bahagia-ikut-saja-4-tip-ini-pasti-kukuh-hubungan

15
ADSK2103 PRINSIP FIQH MUNAKAHAT

You might also like