You are on page 1of 5

APLIKASI PSIKOLOGI DALAM PENDIDIKAN

DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO MATRIK
AMALIZA KHAIRUNISA BINTI KOSAT SL3800

PENSYARAH:

PROF MADYA DR NORSUHAILY BINTI ABU BAKAR

SARJANA MUDA PENGURUSAN PENDIDIKAN


UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

PENDAHULUAN

TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF

TEORI PEMBELAJARAN GESTALT

TEORI PEMBELAJARAN GAGNE

KESIMPULAN
PENDAHULUAN

Teori merupakan antara perkara asas kepada sesuatu bidang ilmu, termasuklah bidang psikologi

Pendidikan. Teori-teori pembelajaran dalam psikologi Pendidikan memberi fokus kepada aspek-

aspek pengajaran dan pembelajaran serta daripada teori tersebut datangnya idea dan prinsip-

prinsip tertentu agar pembelajaran yang dilakukan tersusun dengan baik.


TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF
Pendekatan kognitif menekankan pada proses mental dalaman. Maklumat yang
diterima akan melalui proses pemilihan,perbandingan dan penyatuan dengan maklumat
lain yang sedia ada dalam ingatan. Penyatuan maklumat ini kemudian akan diubah dan
disusun semula. Hasil pemikiran bergantung pada proses mental dalaman. Ahli-ahli
psikologi kognitif menekankan bahawa manusia bukan penerima rangsangan-
rangsangan yang pasif. Sebaliknya otak yang akan memproses secara akif maklumat
yang diterima dan menukarkan maklumat kepada bentuk atau kategori baru.

Aplikasi Teori Pembelajaran Kognitif Dalam Bilik Darjah


Antara teori pembelajaran Kognitif yang boleh diaplikasikan dalam bilik darjah adalah
teori yang diasaskan oleh Piaget. Kecerdasan dilihat oleh Piaget mempunyai tiga
komponen iaitu kandungan, fungsi dan struktur. Kandungan ialah merujuk kepada
kelakuan murid yang dapat diperhatikan dan mencerminkan aktiviti intelektual seperti
menyelesaikan masalah fizikal dan menulis esei. Komponen fungsi pula merujuk
kepada ciri-ciri aktiviti intelek, khususnya asimilasi dan akomodasi. Akhir sekali
komponen struktur yang merujuk kepada keupayaan Menyusun pada otak ataupun
skema jawapan yang diberikan.

Aplikasi teori Pembelajaran Kognitif di Luar Bilik Darjah

Kognitif Percanggahan adalah keadaan ketidakselesaan atau ketegangan dalam


individu bila seseorang individu berasa dirinya mempunyai idea atau tanggapan yang
tidak selaras dengan orang lain. Apabila muncul situasi percanggahan ini, seseorang itu
akan cuba mengurangkan jumlah ketegangan atau ketidakselesaan dengan mengubah
kepercayaan atau mengubah pendapat mereka.
Percanggahan ini mungkin berbentuk percanggahan di antara sikap dengan
sikap, tingkah laku dengan tingkah laku dan sikap dengan tingkah laku. Contohnya,
seseorang Wanita menentang prejudis (sikap). Dia tidak sukakan pekerja lelaki bekerja
di pejabatnya (sikap). Hal ini merupakan satu “percanggahan” antara sikap dengan
sikap. Contoh seterusnya, seseorang ingin mengamalkan diet (sikap), tetapi setiap hari
dia makan pada kuantiti yang tinggi (tingkah laku). Daripada contoh yang diberikan
percanggahan antara sikap dengan tingkah laku dapat dikenal pasti dengan baik.
Gangguan seumpama ini akan mendorong seseorang untuk bertindak dan proses
pembelajaran berlaku diluar

You might also like