You are on page 1of 15
* KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Krai Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan 18000 Kuala Krai Kelantan Darul Naim Talian Am . 09-9602201, 2202, 2203 Faks 09-9602200 E-mel: ppd kuslokralgomoe gov my Ruj. Kami: PPD KK 100-10/5 (4 ) Tarikh — : 2% Januari 2022 Semua Tuan Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah PPD Kuala Krai Tuan, PELAKSANAAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA-GURU {PIBG) DI SEKOLAH KERAJAAN DAN SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN TAHUN 2022 Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Sukacita_dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia telah memberikan kebenaran mengadakan Mesyuarat Agung PIBG berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan melalui surat No. Rujukan : KPM.100-1/3/3 Jid. 7 (26) yang bertarikh 10 Januari 2022 sebagaimana lampiran 3. Mohon kerjasama tuan dapat mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan apabila mengadakan Mesyuarat Agung nanti agar risiko yang tidak diingini dapat dihindari Sekian, terima kasih. “WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, MAZLAN BIN YAACOB Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Krai 6k 1 Fail KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan Bandar Baru Tunjong, Tel (09-741 8000 16010 Kota Bharu, Kelantan, a oa os a an Wel ikelantan.moe.govsmy Rujukan Kami: JPKn/SPS/USR.100-10/4 (9) Tarikh VJ vanuari 2022 Semua Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Kelantan Tuan, PELAKSANAAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA-GURU (PIBG) DI SEKOLAH KERAJAAN DAN SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN TAHUN 2022 Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas. 2. Bersama-sama ini dilampirkan surat dari Kementerian Pendidikan Malaysia No. Rujukan KPM,100-1/3/1 Jid. 7 (26) bertarikh 10 Januari 2021 untuk perhatian dan tindakan tuan selanjutnya 3. Mohon kerjasama tuan memberikan tumpuan dan fokus kepada isi kandungan surat yang dilampirkan dan memanjangkannya kepada semua Pengetua dan Guru Besar sekolah di bawah pentadbiran tuan. 4. Sebarang —pertanyaan sila hubungi En. Mohd Rashidi B. Ya @ Zakaria (Penolong Pengarah, Unit Rendah, Sektor Pengurusan Sekolah) di talian 09-7418055 / 013-9836885 atau En. Amlan B. Rashid (Penolong Pengarah, Unit Menengah, Sektor Pengurusan Sekolah) di talian 012-9621941. Kerjasama tuan berkaitan perkara di atas amailah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasin Sekian, “Raja Berdaulat, Rakyat Muafakat, Negeri Berkat” “WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, MOHD ZIN Timbalan Pe: p Pengaran Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan sk: Fail “PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA™ 23T/0/ 2022 Op) BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. “Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E VS Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Tel: +603-88849586 (Aras 3) eta PUTRAJAYA, nae ‘epee (Aras 4) aks: +803-6884931 SP CLANSIA Laman Web; www moe.gov my __Ruj Kami. KPM.100-1/3/1 Jid. 7 (26) , 4 Januari 2022 Semua Ketua Bahagian Semua Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri PCR) h vr ZULKERNAI BIN FAUZI Pengarah PELAKSANAAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSTUAN TE BABRCURU DI SEKOLAH KERAJAAN DAN SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN TAHUN 2022 YBhg, Datuk/Dato/Tuan/Puan, Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa perkara 21 dan 22 Perlembagaan Persatuan Ibu Bapa-Guru (PIBG) menyatakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PIBG hendaklah diadakan pada setiap tahun sebelum akhir bulan Mac, Sekiranya MAT tidak diadakan sebelum akhir bulan Mac, Jawatankuasa PIBG hendaklah mengemukakan alasan kegagalan mematuhi tarikh tersebut dan mencadangkan tarikh baharu mesyuarat kepada Pendaftar Negeri melalui Guru Besar atau Pengetua sebelum 31 Mac pada tahun semasa 3. Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) selaku bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang bertanggungjawab untuk menyelaraskan pengurusan PIBG bersama-sama jabatan pendidikan negeri (JPN) telah menerima pertanyaan daripada Pengarah Pendidikan selaku Pendaflar Negeri berhubung pelaksanaan MAT PIBG bagi tahun 2022. Ini disebabkan masih terdapat 573 PIBG yang belum melaksanakan MAT PIBG tahun 2020 dan 994 PIBG bagi tahun 2021 pada atau sebelum 30 Oktober 2021. Di samping itu, sesi persekolahan bagi Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 yang bermula pada 21 Mac 2022 memberikan tempoh masa yang singkat kepada sekolah untuk melaksanakan MAT PIBG pada atau sebelum 31 Mac seperti ditetapkan dalam Perlembagaan PIBG 4, Dengan mengambil kira perkara di alas dan penilaian risiko yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), didapati bilangan kes COVID-19 yang ketara masih berlaku di seluruh negara dengan jangkaan kadar jangkilan yang tinggi bagi varian baharu. KPM memutuskan bahawa pelaksanaan MAT PIBG Tahun 2022 yang sepalutnya diadakan pada atau sebelum 31 Mac 2022 dipinda kepada tarikh baharu iaitu pada atau sebelum 30 Jun 2022, Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat permohonan untuk mengadakan WAT PIBG selepas tarikh tersebut dengan justifikasi yang kukuh, YBhg, Datuk/Dato'/tuan/puan selaku Pendaftar Negeri boleh memberikan kelulusan. 2) Ruy. KPM.100-1/311 Jld.7 (26) 5. Justeru itu, bagi memastikan MAT PIBG berjalan lancar dan mematuhi peraturan yang ditelapkan dan memenuhi standard operating procedure (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), KKM dan pihak berkuasa tempatan, kerjasama YBhg. Datuk/Dato'/tuan/puan adalah dipohon untuk memastikan pelaksanaan MAT PIBG Tahun 2022 adalah seperti ketetapan berikut ( co) (iid) (iv) w Kebenaran melaksanakan MAT PIBG sepanjang tahun 2022 adalah terlakluk kepada pengisytinaran Pelan Pemullhan Negara (PPN) yang dikeluarkan oleh MKN dan KKM dari semasa ke semasa, Pelaksanaan MAT PIBG sepanjang tahun 2022 turut tertakluk kepada Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0 dan surat siaran yang dikeluarkan oleh KPM dari semasa ke semasa MAT PIBG hendakiah dilaksanakan (a) _diluar premis sekolah; {b) pada hari cuti atau hari minggu; (©) tidak metibatkan sebarang aktivili atau kehadiran murid; dan (d) tidak melibatkan pihak luar yang bukan warga KPM termasuk orang kenamaan Kaedah pelaksanaan MAT PIBG Tahun 2022 boleh dilaksanakan seperti berikut: (a) secara bersemuka atau secara dalam talian dan mematuni prosedur/SOP yang telah ditetapkan oleh pihak MKN dan KKM; dan (b) Sekolah di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) tidak dibenarkan melaksanakan MAT PIBG. Pelaksanaan MAT PIBG bagi §73 sekolah yang tidak dapat melaksanakan MAT PIBG Tahun 2020 dan 994 sekolah yang tidak dapat melaksanakan MAT PIG Tahun 2021 adalah seperti berikut (a) PIBG yang masin belum melaksanakan MAT Tahun 2020 dan 2021, perlu menyelesaikan MAT PIBG Tahun 2020 dan 2021 terlebih dahulu sebelum melaksanakan MAT PIBG Tahun 2022; (b) PIBG yang masih belum melaksanakan MAT Tahun 2021, peru menyelesaikan MAT PIBG Tahun 2021 terlebin dahulu sebelum melaksanakan MAT PIBG Tahun 2022; dan (c)_ pelaksanaan MAT PIBG Tahun 2020, 2021 dan 2022 boleh dijalankan pada hari dan di premis yang sama tetapi_ masa pelaksanaan setiap mesyuarat tersebut perl berlainan. Surat panggilan MAT PIBG Tahun 2020, 2021 dan 2022 perlu dikeluarkan berasingan, manakala minit mesyuarat MAT PIBG Tahun 2020, 2021 dan 2022 petlu disediakan secara berasingan. 3) Rj. KPM.100-1/3/1 Jld.7 ( 26) (d)_ Laporan MAT bersama-sama Penyata Kira-Kira Kewangan PIBG bagi tahun 2020, 2021 dan 2022 hendaklah dihantar kepada Pendaftar dalam tempoh 30 hari selepas mesyuarat, (vi) Sekolah yang baharu menubuhkan PIBG pada tahun 2021 dan telah melaksanakan Mesyuarat JK Penaja Penubuhan PIBG hanya perlu melaksanakan MAT PIBG Kali Pertama (1) pada tahun 2022 6. Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini disertakan Garis Panduan Pelaksanaan MAT PIBG Secara Dalam Talian Di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan KPM untuk rujukan. ¥8hg. Datuk/Dato'tuan/puan dipchon mengambil tindakan dengan memaklumkan kandungan surat ini kepada semua pegawai yang bertanggungjawab di jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah dan semua sekolah bawah pentadbiran YBhg. Datuk/Dato'/tuan/puan. 7. Sekiranya pihak YBhg. Datuk/Dato'tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkaitan perkara ini, sila hubungi Encik Mohd Hanizzan bin Mohd Hanafiah, di talian 03-8884 9354 atau e-mel m.hanizzan@moe.gov.my. Kerjasama pihak YBhg. Datuk/Dato'/tuan/puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih Sekian “WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030” “BERKH|MAT UNTUK NEGARA” in Pengurusan Sekolah Harian b.p. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Operasi Sekolah) merangkap Timbalan Ketua Pendaftar Institusi Pendidikan dan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia at 4 fori KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (MAT) PERSATUAN IBU BAPA-GURU (PIBG) SECARA DALAM TALIAN DI SEKOLAH KERAJAAN (SK) DAN SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN (SBK) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KANDUNGAN Perkara Tujuan Peranan dan Tanggungjawab 2.1 Pengetua/Guru Besar 2.2 Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa-Guru Lokasi Mesyuarat Agung Tahunan Secara Dalam Talian Peralatan Dan Kemudahan Semasa Pelaksanaan Mesyuarat Agung Tahunan Secara Dalam Talian Prosedur Pelaksanaan Mesyuarat Agung Tahunan Secara Dalam Talian 5.1 Sebelum 5.2 Semasa 5.3 Selepas Penutup Muka Surat 1. Tujuan Garis Panduan (GP) ini disediakan sebagai rujukan dan panduan kepada pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah 14 1.2. 18 14 (PPO), Pengetua dan Guru Besar (PGB) serta Jawatankuasa (JK) Persatuan Ibu Bapa-Guru (PIBG) untuk memastikan: (a) () (0) pelaksanaan Mesyuaral Agung Tahunan (MAT) PIBG secara dalam talian dapat berlaku dengan teratur dan lancar; keselamatan dan kesihatan warga sekolah dan ibu bapa diutamakan semasa mereka berada di sekolah; dan MAT PIBG berlaku dalam keadaan selamat dan mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) GP ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan 124 1.22. 123. Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Ibu Bapa-Guru) [PPP (PIBG)] Tahun 1998; Surat Pekelling ikhtisas (SPI) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bilangan 4 Tahun 2004: Perlembagaan Persatuan Ibu Bapa- Guru (PIBG); dan Surat pekeliling ikhtisas, surat siaran dan arahan serta peraturan berkaitan yang sedang berkuat kuasa dan yang akan dikeluarkan dari semasa ke semasa, GP ini terpakai kepada semua Sekolah Kerajaan (SK) dan Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) yang berdaftar dengan KPM, Dokumen utama yang perlu dirujuk bagi pelaksanaan MAT PIBG adalah PPP (PIBG) 1998 dan SPI KPM Bil4/2004: Perlembagaan PIBG. GP ini adalah dokumen tambahan yang peslu dirujuk bagi pelaksanaan MAT PIBG secara dalam talian 2. Peranan dan Tanggungjawab Peranan dan tanggungjawab umum pihak yang terlibat adalah seperti yang berikut: PengetualGuru Besar (PGB) 24 241 2.4.2 2.1.3. 2.4.4. 2.1.8. 2.1.9. 2.4.10 menyampaikan taklimat pelaksanaan MAT PIBG secara dalam talian kepada JK PIBG dan guru; memastikan warga sekolah dan ibu bapa mematuhi garis panduan yang ditetapkan; memastikan warga sekolah dan ibu bapa yang hadir ke sekolah berada dalam keadaan sihat dan selamat; menyediakan peralatan komputer dan kemudahan akses kepada Internet bagi melaksanakan MAT secara dalam talian memastikan guru dan ibu bapa mendapat akses kepada MAT PIBG secara dalam talian dengan sokongan dan kerjasama JPN, PPD, JK PIBG dan agensi-agensi yang berkaitan; memantau MAT PIBG secara dalam talian yang dijalankan adalah mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan berdasarkan PPP (PIBG) 1998 dan SPI KPM Bil.4/2004: Perlembagaan PIBG; memastikan tiada sebarang aktiviti_fizikal__ penyampaian hadiah/anugerah/penghargaan yang melibatkan murid, guru dan ibu bapa dalam MAT PIBG secara dalam talian. melaporkan petkembangan pelaksanaan MAT PIBG secara dalam talian kepada PPD/JPN; membuat keputusan untuk menangani isu pengoperasian pelaksanaan MAT PIBG secara dalam talian berdasarkan PPP (PIBG) 1998, SPI KPM Bil.4/2004: Perlembagaan PIBG dan garis panduan yang dikeluarkan oleh KPM serta mengambil kira pandangan pihak yang berkaitan seperti PPD, Pejabat Kesihatan Daerah (PKQ) dan PBT: dan Memastikan kehadiran bersemuka yang minimum dan saringan suhu badan, tidak bergejala dan sentiasa memakai pelitup separuh muka, 2.2, Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa-Guru (JK PIBG) 224 2.22 2.2.3. 2.2.4. 2.2.6. mematuhi persediaan dan persiapan yang perlu dilaksanakan bagi menjayakan MAT PIBG seperti digariskan dalam PPP (PIBG) 1998 dan SPI KPM Bil.4/2004: Perlembagaan PIBG; melaksanakan MAT PIBG secara dalam talian yang bersesuaian dengan kesediaan ibu bapa dan situasi semasa; menentukan bilangan ibu bapa dan guru yang boleh hadir ke sekolah untuk menghadiri MAT PIBG berdasarkan kesesuaian tempat, ruang di dalam kawasan sekolah dengan mengambil kira penjarakan fizikal, kebersihan dan keselamatan; membantu dan menggalakkan guru dan ibu bapa untuk hadir MAT PIBG secara dalam talian membantu. pentadbir sekolah menyediakan peralatan dan kemudahan pelaksanaan MAT PIBG secara dalam talian; dan memastikan agenda MAT dipatuhi dan dilaksanakan dalam tempoh masa yang pendek. Lokasi Mesyuarat Agung Tahunan Secara Dalam Talian Pilihan lokasi bagi melaksanakan MAT PIBG secara dalam taiian adalah seperti berikut (a) JK PIBG, PGB, sebahagian guru dan ibu bapa hadir di bilik/dewan atau lokasi lain yang dibenarkan oleh KPM dengan memastikan penjarakan fizikal, kebersihan dan keselamatan dipatuhi. Manakala sebahagian guru dan ibu bapa lain hadir MAT secara dalam talian; atau (b) JK PIBG, PGB, guru dan ib bapa hadir MAT di lokasi masing-masing secara dalam talian, Hanya urus setia teknikal MAT PIBG berada di bilik/dewan atau lokasi lain yang dibenarkan oleh KPM (c)__kehadiran di lokasi adalah secara minimum dengan dipastikan memakai pelitup separuh muka, tidak bergejala dan imbasan suhu badan dilaksanakan terlebih dahulu 4. Peralatan Dan Kemudahan Semasa Pelaksanaan Mesyuarat Agung Tahunan Secara Dalam Talian 44 Peralatan dan kemudahan semasa pelaksanaan MAT PIBG secara dalam talian yang perlu disediakan oleh pentadbir sekolah adalah seperti berikut: (a) peralatan komputer; (b)aplikasi Google Meet/Microsoft Teams/Zoom/WebEx atau yang setara; dan (©) kemudahan akses ke talian Intemet sepanjang tempoh MAT berlangsung 4.2. Guru dan ibu bapa yang hadir MAT PIBG secara dalam talian memerlukan peralatan dan kemudahan seperti berikut (a) _peralatan komputeritelefon pintar peribadi, {o) aplikasi Google Meet/Microsoft Teams/Zoom/WebEx atau yang setara; dan (c) kemudahan akses ke talian Internet sepanjang tempoh MAT berlangsung 5. Prosedur Pelaksanaan Mesyuarat Agung Tahunan Secara Dalam Talian PGB dan JK PIBG perlu mengambil tindakan seperti yang berikut 5.1. Sebelum 5.1.1, Memohon dan mendapatkan persetujuan daripada JPN atau PPD. untuk melaksanakan MAT PIBG secara dalam talian 5.1.2. Memastikan notis panggilan mesywarat kepada ibu bapa dan guru untuk hadir MAT secara dalam talian dihantar selewat-lewatnya 14 hari sebelum MAT secara dalam talian dilaksanakan 5.1.3, Membuat hebahan dan menggalakkan ibu bapa dan guru untuk hadir MAT secara dalam talian 5.1.6. 5.17. 5.1.10 5.1.14 5.41.12 5.1.13 Menentukan bilangan pentadbir sekolah, guru, JK PIBG dan ibu bapa yang boleh hadir MAT secara dalam talian di bilik/dewan atau lokasi lain yang dibenarkan oleh KPM. Memastikan ibu bapa can guru yang bersetuju untuk hadir MAT secara dalam talian menyerahkan slip pengesahan selewat- lewatnya tiga (3) hari sebelum MAT dilaksanakan Memastikan akses panggilan mesyuarat MAT secara dalam talian kepada ibu bapa dan guru diserahkan selewat-lewatnya dua (2) hari sebelum MAT secara dalam talian dilaksanakan. Memastikan talian Internet pada pautan MAT adalah baik serta mudah diakses oleh ibu bapa dan guru sekurang-kurang satu (1) jam sebelum MAT secara dalam talian bermula Memastikan Ibu bapa dan guru mula masuk kepautan MAT secara dalam talian sekurang-kurangnya 30 minit sebelum MAT secara dalam talian bermula ‘Menyediakan pelan laluan pergerakan terarah dan pelan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu (1) meter antara satu individu ke satu individu dalam semua keadaan bagi pentabir sekolah, guru dan JK PIBG yang hadir MAT secara dalam talian di bilik/dewan atau lokasi lain yang dibenarkan oleh KPM. Menyediakan pelan susun atur peralatan dan kemudahan bilikiclewan atau lokasi lain yang dibenarkan dengan merujuk SOP yang ditetapkan oleh MKN, KKM dan PBT. Memastikan tempat dan peralatan komputer telah dibersihkan serta selamat untuk digunakan. Memastikan peralatan pensanitasi tangan (hand _ sanitizer) disediakan. Memastikan ahli yang hadir mematuhi SOP melalui pengimbas suhu badan, tidak bergejala dan memakai pelitup separuh muka Semasa 6.2.1 5.2.4. 5.2.5. 5.2.6. Memastikan ibu bapa dan guru yang hadir MAT secara dalam talian di bilik/clewan atau lokasi lain yang dibenarkan oleh KPM mencuci tangan atau menggunakan pensanitasi tangan (hand sanitizer) sebelum memulakan dan selepas selesai MAT secara dalam talian dan sentiasa memakai pelitup separuh muka. Memastikan hanya ibu bapa dan guru tidak bergejala sahaja hadir mengikuti MAT secara dalam talian di bilik/dewan atau lokasi lain yang dibenarkan oleh KPML Memastikan ibu bapa dan guru yang hadir mengikuti MAT secara dalam talian di bilik/clewan atau lokasi lain yang dibenarkan oleh KPM tidak berkongsi peralatan komputer dan kemudahan semasa MAT secara dalam talian berlangsung. Sebaiknya guru dan ibu bapa digalakkan menggunakan peralatan komputeritelefon peribadi sendiriberasingan semasa MAT secara dalam talian Digalakkan seorang guru/ibu bapa yang mahir mengendalikan urusan teknikal peralatan komputer dan kemudahan akses ke talian Internet berada di bilik/dewan atau lokasi lain yang dibenarkan oleh KPM. Ini bertujuan untuk memastikan peralatan komputer dan kemudahan akses kepada Internet berada dalam keadaan baik dan tidak mengganggu atau menghalang pelaksanaan agenda MAT secara dalam talian Melaksanakan agenda MAT secara dalam talian tanpa melibatkan sentuhan fizikal, Memastikan kehadiran guru dan ibu bapa sama ada secara dalam talian atau hadir di bilik/dewan atau lokasi lain yang dibenarkan oleh KPM dicatat dengan baik oleh urus setia MAT. lou bapa atau guru yang didapati bergejala ketika MAT secara dalam talian di billk/dewan atau lokasi lain yang dibenarkan oleh KPM hendaklah diasingkan dengan segera dan menghubungi PKD yang 53 Selepas 534 5.3.2. 5.34, Penutup berhampiran untuk mendapatkan rawatan dengan mengambil langkah pencegahan jangkitan Memastikan semua peralatan dan kemudahan di bilikidewan atau lokasi lain yang dibenarkan oleh KPM dibersihkan selepas digunakan. Memastikan semua bahan pakai buang semasa MAT secara dalam talian di bilik/dewan atau lokasi lain yang dibenarkan oleh KPM yang telah digunakan dibuang ke dalam tong sampah bertutup. Memastikan guru/pekerja_kontrak yang ditugaskan sahaja menyusun peralatan dan kemudahan yang telah digunakan di bilik/dewan atau lokasi lain yang dibenarkan oleh KPM. Memastikan ibu bapa dan guru yang hadir di bilik/dewan atau lokasi lain yang dibenarkan oleh KPM perlu mencuci tangan dengan air dan sabun/pensanitasi tangan (hand sanitizer) selepas tama MAT. Memastikan Laporan MAT secara dalam talian bersama-sama Penyata Kira-Kira Kewangan PI8G dinantar kepada JPN dan PPD dalam tempoh 30 hari setelah MAT secara dalam talian dilaksanakan Pelaksanaan MAT PIBG secara dalam talian ini diharap dapat membantu pentadbir sekolah dan JK PIBG melaksanakan keperluan MAT seperti mana ditetapkan berdasarkan SPI KPM 8il.4/2004: Perlembagaan PIBG dengan lancar. JPN dan PPD hendaklah memantau pelaksanaan MAT PIBG secara dalam talian di sekolah selian masing-masing, Ini bagi memastikan semua PIBG yang melaksanakan MAT secara dalam talian mematuhi GP ini -TAMAT. Ruj. KPM.100-1/3/1 Jid.7 ( 26) sk Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia Semua Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia Semua Timbalan Kelua Pengarah Pendidikan Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Penasihat Undang-Undang Unit Undang-Undang

You might also like