You are on page 1of 3

Kelab Sofbol,

SMK (Felda) Purun,


28330 Triang,
Pahang.
__________________________________________________________________________________________

Tarikh: 4 Januari 2021


Rujukan Tuan:
Rujukan Kami:

Pengetua,
SMK (Felda) Purun,
28330 Triang,
Pahang.

Tuan,

PERMOHONAN PENUBUHAN KELAB SOFBOL

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Saya bagi pihak Jawatankuasa Penaja memohon kebenaran daripada pihak tuan untuk menubuhkan Kelab
Sofbol SMK (Felda) Purun di sekolah ini berasaskan Peraturan (4) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan
Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42 ,No. 11, Tambahan No. 21, Perundangan (A):
P.U.(A) 196, bertarikh 21 Mei 1998.

3. Sehubungan itu, bersama-sama ini disertakan maklumat-maklumat berikut:

3.1 Draf Perlembagaan dan peraturan


3.2 Draf Aktiviti Asas
3.3 Senarai Nama Jawatankuasa Penaja

4. Kerjasama daripada pihak tuan meluluskan permohonan ini amat dihargai dab diucapkan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………………
( SITI SARAH BINTI MAHMOD)
Ketua Guru Penasihat,,
b.p. Jawatankuasa Kelab Sofbol,
SMK (Felda) Purun.

s.k: 1.Guru Penolong Kanan Kokurikulum


2.Fail Kelab/Persatuan
SMK (Felda) Purun,
28330 Triang,
Pahang.
Tel/Faks: 092481997
Emel: ceaa156.smkpurun@gmail.com

______________________________________________________________________________________

Tarikh: 12 Februari 2021


Rujukan Tuan:
Rujukan Kami:

Guru Penasihat,
Kelab Sofbol,
SMK (Felda) Purun,
28330 Triang,
Pahang.

Tuan,

KELULUSAN PERMOHONAN PENUBUHAN KELAB SOFBOL


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (FELDA) PURUN, TRIANG, PAHANG.

Dengan hormatnya surat tuan bertarikh 4 Januari 2021 adalah dirujuk.

2. Sehubungan itu berdasarkan kuasa yang diberikan kepada saya mengikut Peraturan (4) dalam Peraturan-
Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan
No. 21, Perundangan (A): P.U.(A) 196, bertarikh 21hb. Mei 1998, maka saya dengan sukacitanya meluluskan
penubuhan Kelab Sofbol SMK (Felda) Purun.

3. Pihak tuan perlu mengemukakan kepada saya Pelembagaan dan Peraturan-Peraturan Persatuan, Senarai
Ahli Jawatankuasa, dan Senarai Aktiviti Utama dalam tempoh empat belas hari daripada tarikh Mesyuarat
Penubuhan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………………..
( EN. ISHAK BIN ZAINAL ABIDIN)
Pengetua,
SMK (Felda) Purun,
28330 Triang, Pahang.
s.k: Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Fail Unit Kokurikulum

You might also like