You are on page 1of 2

Kerjasama Malaysia dengan Emiriah Arab Bersatu, Indonesia, Jepun

EMIRIAH ARAB BERSATU


● Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) bersetuju meningkatkan
kerjasama, khususnya dalam merangsang peluang ekonomi memandangkan
kedua-dua negara menumpukan kepada pemulihan ekonomi yang kukuh dan
berdaya tahan selepas berakhirnya pandemik Covid-19.
● kedua-dua menteri berbincang tentang inisiatif penting di bawah empat
bidang utama kerjasama dalam era selepas pandemik, iaitu perdagangan
dan pelaburan; pertanian dan keselamatan makanan; kesihatan; dan
pertukaran diplomatik
● UAE juga merupakan destinasi eksport terbesar Malaysia dan sumber
import kedua terbesar di wilayah Asia Barat
● berikutan kedudukannya yang strategik di Asia Tenggara, Malaysia
komited menjadi pintu gerbang kepada UAE memasuki pasaran Asia
Tenggara yang mempunyai populasi sekitar 650 juta orang.

INDONESIA

● Indonesia dan Malaysia berkongsi banyak kepentingan ekonomi dan kerjasama


yang lebih rapat akan memastikan pertumbuhan yang berterusan bagi kedua-dua
negara.
● Antara kerjasama yang perlu dipertingkatkan adalah dalam sektor pertanian
atau degan lebih spesifik - kelestarian minyak sawit.
● Malaysia dan Indonesia menyumbang hampir 85 peratus pengeluaran minyak
sawit global.
● Walaupun Malaysia dan Indonesia adalah pesaing sengit di dalam pasaran
antarabangsa sawit, kedua-dua negara boleh mencari jalan strategik untuk
bekerjasama melancarkan kempen antarabangsa yang mampu menangkis persepsi
negatif terhadap minyak sawit.
● Untuk mencapai objektif ini, kedua-dua pemimpin harus menumpukan usaha bagi
memastikan syarikat minyak sawit mematuhi piawaian dan mempromosi strategi
mesra alam dan menjaga hak pekerja tanpa mengira di mana mereka beroperasi.
JEPUN

● Jepun merupakan pelabur yang terbesar di Malaysia sejak tahun 2019


● Kini berkembang daripada fokus tradisi pada barangan elektronik kepada
pembuatan bernilai tambah yang tinggi seperti peralatan perubatan dan sektor
perkhidmatan seperti, digital, industri halal dan logistik
● Satu lagi kerjasama utama adalah pendidikan dan pembangunan manusia dan
sejak pelancaran Polisi Pandang ke Timur hampir 40 tahun lepas. Kira-kira
27,000 rakyat Malaysia telah menerima manfaat daripada melanjutkan
pelajaran di Jepun.
● Jepun juga memberikan banyak sokongan untuk menangani cabaran yang dihadapi
oleh Malaysia akibat pandemik COVID-19, Hal ini termasuklah peralatan
perlindungan peribadi (PPE) dan peralatan perubatan lain.
● Untuk mencapai objektif, kedua-dua pihak Malaysia dan Jepun perlulah
memupuk semangat bekerjasama supaya kedua-dua pihak dapat menjadi lebih
maju

You might also like