You are on page 1of 1

Vikneswary A/P Muniandy,

No 32-A, Batu 1 1/4 Jalan Seremban,


Taman Woon, 73000 Tampin,
Negeri Sembilan darul Khusus.

Puan Yu Shun Tshu,


Guru Kelas 1 Arif,
Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Besar,
73000 Tampin,
Negeri Sembilan Darul Khusus. Tarikh: 22/11/2021

Puan,

MAKLUMAN KETIDAKHADIRAN ANAK KE SEKOLAH

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas. Saya Ibu Sharveneesah A/P
Saravana Kumar dari 1 Arif.

2. Untuk makluman pihak puan, anak saya tidak dapat hadir ke sekolah pada
22/11/2021. Anak saya tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah disebabkan
selsema dan batuk sejak semalam. Berhubung dengan perkara tersebut, saya ingin
memaklumkan kepada pihak sekolah bahawa saya tidak membenarkan anak saya
untuk hadir ke sekolah.

3. Saya akan memastikan anak saya hadir ke sekolah seperti biasa apabila urusan /
masalah ini telah selesai. Sekiranya pihak sekolah menghadapi sebarang masalah
atau keraguan boleh berhubung dengan saya Pn.Vikneswary A/P Muniandy di talian
0137946893.

4. Kerjasama dan perhatian daripada pihak puan amat saya hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Vikneswary A/P Muniandy
( Ibu Sharveneesah )

You might also like