You are on page 1of 12

BAHAGIAN (A): SOALAN OBJEKTIF (30 MARKAH)

Arahan: Sila jawab semua soalan.

1. Rajah 1 menunjukkan sekeping kad nombor.

9683
Rajah 1
Nilai digit bagi nombor 9 dalam nombor tersebut ialah
A 9 C 900
B 90 D 9000

2. Tujuh ribu dua puluh empat dalam angka ialah


A 7204 C 724
B 7024 D 7224

3. Antara berikut, nombor manakah yang akan menjadi 8560 selepas dibundarkan
kepada puluh terdekat.
A 8556 C 8554
B 8552 D 8565

4.

Rajah 2
Nombor yang ditunjukkan pada Rajah 2 ialah
A 3816 C 3715
B 3815 D 3616

5. Apakah hasil tambah tiga nombor di bawah?

6065 1587 572

A 3979 C 4504
B 2999 D 3699

6. Tolak 7689 daripada 9999.


A 2310 C 2210
B 2211 D 2301

7. Pilih jawapan yang betul berdasarkan Rajah 3.

1
Rajah 3

A 6 X 3 = 18
B 6 X 6 = 36
C 4 X 6 = 24
D 4 X 4 = 16

8. Apakah pecahan yang berlorek dalam Rajah 4?

Rajah 4

A 4/9 C 5/9
B 3/9 D 2/9
9.

2
10. Permudahkan pecahan yang berikut.

6/8

A 1/4 C 3/4
B 2/4 D 1/2

11. Antara berikut, yang manakah tidak memberikan hasil 30?


A 15 x 2 C 61 - 31
B 90 ÷3 D 18 + 13

12. Encik Shukor membeli 9 buah buku cerita untuk anaknya. 2 daripada buku cerita itu
adalah buku berbahasa Inggeris. Pecahan buku cerita yang bukan berbahasa Inggeris
ialah
A 2/11 C 7/11
B 2/9 D 7/9

13. Sebuah kotak mempunyai 80 biji epal merah dan epal hijau. Bilangan epal merah
adalah 4 kali bilangan biji epal hijau. Berapakah bilangan epal hijau yang ada di dalam
kotak itu?
A 32 C 16
B 24 D 10

14. Hobi Bazli adalah mengumpul pelekat bergambar kereta dan pelekat bergambar adi
wira. Bilangan pelekat bergambar kereta ialah 540. Kira bilangan pelekat adi wira
jika jumlah kedua-duanya ialah 1176.
A 615 C 736
B 636 D 750

15. Seorang penjaja buah-buahan membeli 4 bakul buah mangga. Sebakul buah mangga
tersebut mempunyai 135 biji mangga. Hitung jumlah buah mangga yang dibelinya.
A 540 C 545
B 548 D 553

3
BAHAGIAN B: SOALAN SUBJEKTIF (70 MARKAH)
Arahan: Bahagian ini mempunyai 14 soalan. Jawab semua soalan. Tulis jawapan
dalam ruangan yang disediakan. Tulis langkah-langkah yang penting kerana ini boleh
membantu mendapatkan markah.

1. Rajah 5 menunjukkan tiga keping kad nombor.

3967
Rajah 5

i. Nyatakan nilai tempat bagi digit yang paling besar dalam nombor tersebut. (1
markah)

ii. Bundarkan nombor tersebut kepada ribu yang terdekat. (1 markah)

2. Rajah 6 menunjukkan sekeping kad perkataan.

Empat ribu lima ratus dua belas


Rajah 6

i. Tulis nombor pada kad dalam angka. (1 markah)

ii. Bundarkan jawapan dalam soalan (i) kepada ratus yang terdekat. (1 markah)

4
iii. Berapakah yang perlu ditambah dalam jawapan soalan (i) supaya menjadi 5500?
(2 markah)

3. Rajah 7 menunjukkan dua keping kad nombor.

55 5228
(a) (b)
Rajah 7

i. Darabkan (a) dengan 4. (2 markah)

ii. Tambahkan jawapan di (i) dengan kad (b). (2 markah)

4. Terdapat 5 kumpulan murid yang sedang bermain di padang sekolah.


i. Jika setiap kumpulan terdiri daripada 8 orang murid, berapakah jumlah murid
yang ada di padang? (2 markah)

ii. Daripada jumlah murid di (i), 15 orang adalah lelaki. Berapakah jumlah murid
perempuan di padang itu? (2 markah)

5. Rajah 8 menunjukkan bilangan pokok buah dalam sebuah ladang buah-buahan.

Rajah 8

i. Berapakah bilangan pokok yang ada di dalam ladang tersebut? (3 markah)

ii. Berapakah beza pokok pisang dan pokok betik? (2 markah)

5
6. Rajah 9 menunjukkan satu garis nombor.

Rajah 9

i. Nyatakan nilai M, N dan P. (3 markah)


M: _______________.
N: _______________.
P: _______________.

6
ii. Hitung M + N + P. (3 markah)

7. Selesaikan.
i. 4023 - 1784 + 536. (3 markah)

ii. 8407 + 827 - 1593. (3 markah)

iii. 1065 x 9. (2 markah)

iv. 6030 ÷ 6. (2 markah)

8. Rajah 10 menunjukkan sebiji piza dalam kedai Mak Cik Kiah. Piza tersebut dibahagikan
kepada 8 bahagian yang sama besar.

Rajah 10

7
i. Berdasarkan gambar di atas, berapa pecahan piza yang telah terjual? (1 markah)

ii. Nyatakan pecahan bagi jawapan di (i) dalam bentuk termudah. (2 markah)

iii. Jika satu bahagian piza itu dijual, berapakah baki piza tersebut? (2 markah)

9. Rajah 11 menunjukkan beberapa bahagian yang berlorek dalam petak-petak segi empat
yang sama besar.

Rajah 11

i. Berapakah pecahan bahagian berlorek? (1 markah)

ii. Nyatakan jawapan dalam soalan (i) sebagai peratus. (2 markah)

iii. Tukarkan pecahan (i) kepada perpuluhan. (2 markah)

10. Jadual 1 menunjukkan 3 jenis buah yang terdapat di sebuah gerai buah-buahan.

Buah Bilangan
Durian 165 biji
Manggis 2 kali jumlah buah durian
Betik 142 biji kurang daripada buah manggis
Jadual 1

i. Berapakah jumlah buah manggis di gerai tersebut? (2 markah)

8
ii. Kira jumlah buah betik yang terdapat di gerai tersebut. (2 markah)

iii. Berapa jumlah keseluruhan buah yang ada di gerai tersebut? (3 markah)

9
11. Rajah 12 menunjukkan seguni kentang yang dibeli oleh Encik Furqan.

Rajah 12
i. Encik Furqan memindahkan 600 biji kentang ke dalam bekas yang lain.
Berapakah baki kentang yang tinggal? (2 markah)

ii. Baki kentang yang tinggal di (i) dibungkus sama banyak ke dalam 10 bungkus beg
plastik. Berapa biji kentang yang terdapat dalam setiap beg plastik? (2 markah)

12. Rajah 13 menunjukkan satu balang yang mempunyai 120 biji gula-gula.

Rajah 13

10
i. Adelia membeli 3 balang gula-gula. Berapakah jumlah biji gula-gula yang dia ada?
(2 markah)

ii. Adelia memberikan gula-gula tersebut kepada 6 orang sahabatnya. Berapakah


gula-gula yang setiap orang perolehi? (2 markah)

13. Rajah 14 menunjukkan 4 keping kad nombor.

3450 1480 2485 1400


P Q R S
Rajah 14
i. Susun kad-kad nombor di atas dalam tertib menaik. (1 markah)

ii. Namakan nilai tempat bagi digit yang mempunyai nilai yang sama. (1 markah)

iii. Tambahkan nilai yang ada pada kad Q, R dan S. (3 markah)

11
14. Rajah 15 menunjukkan sekotak manik dan seutas gelang.

Rajah 15

i. Seutas gelang memerlukan 12 butir manik. Berapakah manik yang diperlukan


untuk membuat 5 utas gelang? (2 markah)

ii. Berapakah jumlah gelang yang dapat dihasilkan daripada bilangan manik di atas?
(3 markah)

- KERTAS SOALAN TAMAT -

12

You might also like