You are on page 1of 25

LAMPIRAN I

FAKULTI TEKNOLOGI KREATIF DAN WARISAN

GARIS PANDUAN PROJEK PENYELIDIKAN I & PROJEK PENYELIDIKAN II


DI FAKULTI TEKNOLOGI KREATIF DAN WARISAN

IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN WARISAN DENGAN KEPUJIAN


IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI KREATIF DENGAN KEPUJIAN
Julai 2008
KANDUNGAN

1. Pengenalan 4
2. Objektif Kursus Projek Penyelidikan 5
3. Hasil Pembelajaran 5
4. Syarat Pendaftaran Kursus Projek Penyelidikan 6
5. Penyelarasan Projek Penyelidikan pada Peringkat Fakulti 6
5.1 Panel Projek Penyelidikan 7
5.2 Panel Luar 7
5.3 Penyelia Kursus Projek Penyelidikan I dan Projek Penyelidikan II 8
6. Pelaksanaan Projek Penyelidikan 8
6.1 Kelulusan Rancangan Penyelidikan 8
6.2 Kategori Kaedah Penyelidikan 10
7. Penilaian Projek Penyelidikan 10
7.1 Isu dalam Penilaian 11
7.2 Sistem Pemarkahan 12
8. Panduan Penyediaan Laporan Projek Penyelidikan I dan Laporan Projek Penyelidikan II 12
8.1 Format Penulisan 14
8.2 Susunan Kandungan 16
8.3 Teks (Isi Laporan Projek Penyelidikan I dan Projek Penyelidikan II) 17
8.4 Bahan Rujukan 20
8.5 Lampiran 21
9. Ciplak dan Hak Milik 21
Appendiks A 22
Appendiks B 24
Appendiks C 25

2
1. PENGENALAN

Projek Penyelidikan (PP) merupakan kursus akhir untuk pelajar yang mengikuti program pengajian di
Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan. Kursus ini menggabungkan aplikasi ilmu pengetahuan dan
disiplin kursus-kursus yang telah diikuti. Pelajar diberi peluang memilih tajuk kajian berdasarkan
kecenderungan dan kesesuaian masing-masing bermula daripada penyediaan atau penyelidikan kajian
dan diakhiri dengan dokumentasi penemuan atau penyelesaian dan kesimpulan. Keupayaan pelajar
berfikir secara kritis, mengenal peluang dan masalah beserta pendekatan penyelesaian yang
menampakkan ciri- ciri keusahawanan diberi penekanan dalam kursus ini.

PP merupakan salah satu Kursus Teras Program yang mesti diikuti oleh setiap pelajar Ijazah Sarjana
Muda Teknologi Kreatif Dengan Kepujian dan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan
Kepujian di Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan. Projek Penyelidikan I (PP I) dan Projek Penyelidikan
II (PP II) mempunyai kod khusus bagi setiap program pengajian. PP I, ditawarkan pada Semester 6,
manakala PP II ditawarkan pada Semester 7. PP I pada dasarnya menekankan kepada perancangan
untuk melaksanakan penyelidikan, manakala PP II menumpukan kepada proses penghasilan produk
sebagai urutan daripada data dan penyelidikan yang dikumpul.

Kursus PP I dan PP II adalah kursus berturutan yang bermaksud kursus PP II adalah kesinambungan
daripada PP I. Cadangan penyelidikan yang dikemukakan dalam PP I akan digunakan untuk
menjalankan penyelidikan dan seterusnya digunakan juga untuk penulisan penuh Laporan PP II.
Setiap PP akan diperuntukkan seorang penyelia yang akan menjalankan tugasnya untuk kedua-dua
PP I dan PP II.

Sinopsis Projek Penyelidikan I (4 kredit)


Kursus ini menumpu kepada kajian yang menggabungkan pengetahuan dan disiplin kursus-kursus
yang telah diikuti dalam program ini. Pelajar diberi peluang memilih tajuk kajian berdasarkan
kecenderungan dan kesesuaian masing-masing. Penekanan terhadap keupayaan pelajar berfikir

3
secara kritis, mengenali peluang dan masalah beserta dengan pendekatan penyelesaian yang
menampakkan ciri-ciri keusahawanan rasional kepada cadangan hasil produk pembentangan.

Sinopsis Projek Penyelidikan II (4 kredit)


Kursus ini merupakan turutan kepada kursus Projek Penyelidikan I. Pelajar dikehendaki membuat
kajian lanjutan yang menekankan kepada kajian kes dan membuat cadangan secara terperinci ke arah
pembentukan program atau produk terpulang kepada pengkhususan masing-masing. Penekanan
terhadap keupayaan pelajar merancang tindakan termasuk kos implikasi terhadap projek.

2. OBJEKTIF KURSUS PROJEK PENYELIDIKAN

Objektif kursus ini ialah:


i. Untuk melatih pelajar kepada pendekatan komprehensif dan sensitiviti terhadap penyelesaian
sesuatu persoalan.
ii. Untuk memberi kemahiran melalui penyelidikan dalam bidang teknologi kreatif dan warisan
melalui pelbagai bahan rujukan dan kaedah.
iii. Untuk menonjolkan kebolehan individu dalam menyelesaikan masalah dan proses
merekabentuk sama ada program atau produk melalui teknik komunikasi secara visual, lisan
dan bertulis.
iv. Untuk melatih pelajar agar berupaya untuk berdikari, berkemahiran analitikal, mengatasi
masalah dan bertanggungjawab terhadap penyelidikan hasil kajian yang diperoleh.

3. HASIL PEMBELAJARAN

Antara hasil pembelajaran yang akan diperoleh daripada PP I dan PP II adalah:


i. Dapat mengenalpasti persoalan atau masalah yang dihadapi;
ii. Berupaya merancang proses untuk menyelesaikan masalah tersebut secara sistematik;
iii. Berupaya untuk membuat kajian pencarian kaedah masalah secara sistematik dan
komprehensif;
iv. Dapat memilih kaedah yang bersesuaian untuk proses penyelesaian masalah;
v. Dapat melaporkan hasil kajian dengan baik;

4
vi. Berupaya untuk menganalisis hasil siasatan secara objektif dan analitikal;
vii. Berupaya menggunakan analisis untuk membuat saranan dan cadangan;
viii. Dapat membentang penyelidikan dengan yakin;
ix. Berupaya mempertahankan saranan dan cadangan.

4. SYARAT PENDAFTARAN KURSUS PROJEK PENYELIDIKAN

Hanya pelajar pada Semester 6 dan Semester 7 sahaja dibenarkan untuk mendaftar kursus PP I dan
PP II tertakluk kepada syarat berikut:
i. Telah memenuhi keperluan semua Kursus Teras Fakulti.
ii. Pelajar mestilah telah berjaya mengumpul tidak kurang daripada 40 kredit Kursus Teras
Program.
iii. Hanya pelajar yang telah lulus kursus PP I dengan kelulusan sekurang-kurangnya gred C
layak mendaftar kursus PP II.
iv. Pelajar yang gagal kursus PP II perlu mengulangi projek dengan cadangan dan pantauan
penyelia.
v. Pelajar yang mendapat gred C- hingga D, boleh memperbaiki gred PP II dengan mengulangi
kursus tersebut.

5. PENYELARASAN PROJEK PENYELIDIKAN PADA PERINGKAT FAKULTI

PP I dan PP II akan dikendalikan pada peringkat fakulti melalui Jawatankuasa Penyelarasan Projek
Penyelidikan (JKPPP) yang dipengerusikan oleh Timbalan Dekan atau seorang staf akademik yang
dilantik oleh Dekan Fakulti. Keahlian adalah terdiri daripada Ketua Jabatan dan 2 ahli lain yang dilantik
oleh Jawatankuasa Akademik Fakulti. Antara tugas JKPPP adalah :
i. Menyediakan jadual pelaksanaan kerja untuk PP I dan PP II.
ii. Memastikan pelajar memenuhi syarat untuk mengikuti kursus PP pada setiap semester.
iii. Mengadakan seminar kepada pelajar tentang penulisan Laporan PP dan kaedah
pembentangan seminar hasil kajian.

5
iv. Mengumpul tajuk PP daripada pensyarah dan menentukan kesesuaian tajuk untuk
dilaksanakan oleh pelajar pada peringkat prasiswazah dari segi skop, peralatan dan
kemudahan yang ada di fakulti serta kepakaran staf.
v. Menentukan penyelia yang bersesuaian dengan tajuk penyelidikan yang telah dicadangkan.
vi. Mengenalpasti pemeriksa untuk penilaian PP berdasarkan cadangan daripada penyelia projek.
vii. Menjadi urusetia untuk segala urusan peperiksaan dan penilaian PP.
viii. Menyelaras pemarkahan dan penyediaan keputusan peperiksaan untuk pembentangan dalam
mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan Fakulti.

5.1 Panel Projek Penyelidikan

Panel PP I dan PP II dianggotai oleh sekumpulan pensyarah dan diketuai oleh ketua panel yang telah
dilantik oleh fakulti atau jabatan untuk menyelia dan memberi panduan kepada pelajar-pelajar yang
akan diselia di bawah mereka (termasuklah meluluskan tajuk, memberi tutorial, kritikan serta memberi
keputusan akhir).

Setiap pelajar perlu mengemukakan program kerja atau aliran kerja dan menghadiri setiap sesi kritikan
yang telah ditentukan oleh panel. Pelajar-pelajar mestilah bersedia menerima sebarang cadangan dan
pandangan semasa proses penyeliaan. Setiap pandangan perlu direkodkan dalam diari projek atau
buku kerja sebagai bukti perkembangan idea, rekabentuk dan kehadiran pelajar, serta akan diserahkan
kepada ketua panel pada akhir setiap sesi kritikan atau seliaan studio.

5.2 Panel luar

Panel luar akan dilantik pada Semester 6 dan Semester 7 untuk menilai kursus PP serta hasil kerja
pelajar. Mereka akan terlibat dalam perbincangan tentang hasil kerja pelajar bermula sesi kritikan
sehingga pembentangan akhir. Pelajar dinasihatkan berbincang bersama panel-panel luar untuk
mendapatkan pandangan berhubung projek yang telah dilakukan.

Secara umumnya dua orang panel akan dilantik daripada kalangan usahawan atau rakan industri
manakala staf akademik kanan akan dilantik menjadi pengerusi panel. Laporan pandangan serta

6
saranan perlu diserahkan sejurus selepas lawatan persembahan akhir dan diserahkan kepada
Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa.

5.3 Penyelia Kursus Projek Penyelidikan I dan Projek Penyelidikan II

Penyelia kursus akan dilantik pada Semester 6 dan Semester 7; bertanggungjawab menyelaras atau
mengurus keseluruhan pembangunan atau kemajuan PP serta kebajikan pelajar. Selain itu penyelia
kursus juga bertindak meninjau keseluruhan aliran projek, memberi panduan dan kaunseling umum.

6. PELAKSANAAN PROJEK PENYELIDIKAN

Secara umumnya, PP I dan PP II perlu melibatkan penerokaan bidang berkaitan dengan


pengkhususan pelajar. Isu semasa dalam pelbagai perkara atau keadaan sekeliling boleh
diketengahkan untuk dijadikan PP bagi menemukan atau mendapat justifikasi projek. Secara
umumnya, produk atau program perlu memenuhi kriteria berikut:
i. Isu projek yang mempunyai tahap kesukaran dan keperihatinan dalam segi kandungan
intelektual.
ii. Projek dari industri boleh dijadikan sebahagian daripada PP dengan kelulusan fakulti.
iii. Projek yang bersifat inovatif yang belum dibuat.

6.1 Kelulusan Rancangan Penyelidikan

i. Sekurang-kurangnya dua cadangan tajuk dan objektif PP perlu dihantar ke fakulti


sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum semester bermula untuk dipilih sesuai dengan
kepakaran yang ada di fakulti.
ii. Format cadangan perlu dihantar bersaiz A4 dan tidak melebihi 10 muka surat. Setiap
sebuah cadangan perlu menyatakan dengan jelas dan terperinci tajuk serta isi
kandungan cadangan. Pelajar boleh mengemukakan dua pilihan penyelia yang telah
dikeluarkan pihak fakulti.

7
iii. Pelajar juga perlu mempersembahkan cadangan PP serta mempamerkan portfolio
projek-projek atau kajian kursus kepada penyelia-penyelia pada minggu pertama
semeter. Objektif penilaian persembahan ini bertujuan menentukan PP yang telah dipilih
bersesuaian daripada segi skop, potensi, skala dan ketelusan mendapatkan informasi,
dan akan diberi pandangan berkaitan tajuk yang telah dipilih oleh panel penyelia.
A. Projek Penyelidikan I
Perkara yang perlu dilakukan pada Semester 6 (PP I):
i. Pemilihan dan pendaftaran projek.
ii. Perbincangan dengan penyelia yang telah dikenalpasti.
iii. Penyediaan kerja (membuat kajian literatur atau rujukan tentang aspek kajian).
iv. Membuat rangka kajian termasuk skop, objektif dan kaedah yang akan digunakan.
v. Penulisan cadangan penyelidikan beserta aliran kerja (timeline).
vi. Pembentangan seminar cadangan penyelidikan pada peringkat Fakulti.
vii. Pembetulan cadangan dan penambahbaikan kajian.
viii. Penyerahan laporan akhir PP I untuk pemeriksaan*.

B. Projek Penyelidikan II
Perkara yang perlu dilakukan pada Semester 7 (PP II):
i. Pendaftaran projek.
ii. Pencerapan dan pengumpulan data.
iii. Analisis data atau aktiviti rekabentuk.
iv. Membuat kesimpulan berdasarkan objektif penyelidikan.
v. Penulisan deraf pertama PP II atau perkembangan rekabentuk.
vi. Pembentangan hasil projek.
vii. Pembetulan dan penambahbaikan penulisan (kemungkinan kajian tambahan
dicadangkan) atau pemurnian hasil produk.
viii. Penulisan laporan penuh PP II.
ix. Penyerahan Laporan PP I dan PP II yang lengkap serta hasil produk untuk penilaian*.

Nota: Pengagihan masa dari segi tugas yang perlu dilaksanakan perlu dibincang dengan penyelia.
* Tarikh penyerahan akan ditetapkan oleh fakulti

8
6.2 Kategori Kaedah Penyelidikan

Untuk memenuhi kepelbagaian keupayaan serta minat pelajar, disamping memberi kebebasan untuk
meneroka dalam menjalankan PP, kaedah- kaedah penyelidikan berikut boleh diaplikasi;

Kategori 1 - Warisan
Penyelidikan – dengan cadangan atau teori atau kes untuk dikaji dan terbukti melalui kajian terhadap
bidang warisan.

Kategori 2 - Teknologi Kreatif


Rekabentuk – berdasarkan proses rekabentuk kritikal, untuk penerokaan, penemuan penyelesaian
baru seperti program berasaskan rekabentuk masa hadapan yang memerlukan fikiran kritis dan
pandangan global.

Kategori 3 - Teknologi Kreatif


PP yang komprehensif mengutamakan penyelesaian masalah, berpandukan teori atau prinsip
penyelesaian masalah.

7. PENILAIAN PROJEK PENYELIDIKAN


Pecahan markah untuk PP adalah seperti berikut :

A. Projek Penyelidikan I

i. Daya usaha* : 10%


ii. Pembentangan seminar : 20%
iii. Laporan cadangan penyelidikan : 20%

9
iv. Laporan akhir cadangan PP I : 50%

B. Projek Penyelidikan II

i. Daya usaha* : 20%


ii. Pembentangan PP II : 60%
iii. Laporan lengkap PP II : 20%

* Markah daya usaha hanya diberi oleh penyelia berdasarkan kesungguhan dan minat yang
ditunjukkan oleh pelajar.
Markah lulus minima adalah C.

7.1 Isu dalam Penilaian:

i. Adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk memastikan bahawa Laporan Cadangan


PP I dan deraf mutakhir Laporan PP II telah disemak oleh penyelia sebelum
diserahkan untuk penilaian.
ii. Markah daya usaha hanya diberi oleh penyelia berdasarkan kesungguhan dan minat
yang ditunjukkan oleh pelajar dalam menjalankan penyelidikan.
iii. Laporan cadangan penyelidikan akan juga dinilai oleh penyelia sebelum dibentangkan
dalam suatu persembahan akhir.
iv. Pembentangan akan dinilai oleh semua pensyarah dalam bidang tersebut termasuk
penyelia dan pemeriksa berdasarkan kepada kandungan pembentangan, persiapan
dan kemahiran dalam membuat pembentangan dan soal jawab.
v. Laporan akhir cadangan atau Laporan PP II akan dinilai oleh penyelia dan seorang
pemeriksa yang akan dilantik oleh JKPPP. Purata markah daripada pemeriksa dan
penyelia akan diambil sebagai markah akhir.

10
vi. Penilaian cadangan penyelidikan dibuat berdasarkan tinjauan bacaan, skop, objektif
kajian dan pendekatan kajian yang akan diambil. Di samping itu persembahan,
dokumentasi dan rujukan juga akan dinilai.
vii. Penilaian Laporan PP II dibuat berdasarkan kepada pendekatan kaedah yang
digunakan dalam penyelidikan, persembahan, dokumentasi dan rujukan dalam
penulisan, serta keputusan yang diperoleh daripada perbincangan dan kesimpulan
yang dibuat.
viii. Laporan Cadangan Penyelidikan (PP I) dan draf Laporan PP II hendaklah diserah
selewat-lewatnya minggu ke 14 semester berkenaan untuk penilaian.
ix. Selepas penilaian dan seminar, pembetulan mesti dilakukan oleh pelajar sebelum
menyerahkan kepada Fakulti 2 naskhah mutakhir Laporan PP II berjilid kulit keras
bersama borang “Penyerahan Dua (2) Naskah Disertasi Mutakhir” (Appendiks C).
Borang ini hendaklah ditandatangani oleh penyelia.

7.2 Sistem Pemarkahan


Sistem pemarkahan bergantung kepada 2 peringkat berpandukan kriteria di bawah:

A. Peringkat pertama (PP I)


i. Persembahan akhir (pemarkahan oleh minimum 2 orang panel)
ii. Sesi kritikan dan kehadiran perbincangan (pemarkahan oleh ketua panel)
iii. Laporan PP I; bersaiz A4 dan tidak perlu berjilid (pemarkahan oleh ketua panel)

B. Peringkat kedua (PP II)


i. Persembahan akhir (pemarkahan oleh minimum 2 orang panel)- minimum markah ialah C
ii. Sesi kritikan dan kehadiran perbincangan (pemarkahan oleh ketua panel)
iii. Laporan PP II; bersaiz A4 dan berjilid kulit keras (pemarkahan oleh ketua panel)

8. PANDUAN PENYEDIAAN LAPORAN PROJEK PENYELIDIKAN I DAN LAPORAN PROJEK


PENYELIDIKAN II

11
Laporan PP I dan Laporan PP II merupakan satu dokumen akademik yang disediakan untuk
memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif
Dengan Kepujian dan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian. Panduan ringkas ini
memberikan maklumat serta keperluan minimum bagi format ke dua-dua laporan tersebut. Penulisan
mestilah suatu karya bercorak penulisan seni yang tersusun, ringkas dan padat serta ditulis dalam
Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia.
Fakulti telah menetapkan bahawa Laporan Cadangan PP I dan Laporan PP II tidak melebihi had
maksimum sebanyak 120 muka surat. Bilangan mukasurat tidak termasuk gambarajah, gambarfoto,
jadual, lampiran dan rujukan.
Dalam penulisan Laporan PP II, pelajar hendaklah memasukkan Laporan Cadangan PP I ke dalam
penyelidikan tersebut. Oleh yang demikian, Laporan Cadangan PP I bolehlah diserahkan kepada
Fakulti tanpa berjilid, akan tetapi Laporan PP II mestilah diserahkan dalam bentuk berjilid mengikut
panduan yang telah ditetapkan:

A. Penulisan Laporan Cadangan PP I – tanpa jilid


Laporan cadangan projek harus mengandungi :

i. Tajuk projek penyelidikan


ii. Pengenalan projek penyelidikan
iii. Objektif projek penyelidikan
iv. Skop projek penyelidikan
v. Manfaat kajian
vi. Batasan kajian
vii. Kajian literatur
viii. Cadangan metodologi
ix. Bahagian rujukan

B. Penulisan Laporan PP II - berjilid


Laporan akhir harus mengandungi :

i. Tajuk projek penyelidikan

12
ii. Muka surat isi kandungan
iii. Abstrak
iv. Pengenalan projek penyelidikan
v. Objektif projek penyelidikan
vi. Skop projek penyelidikan
vii. Manfaat kajian
viii. Batasan kajian
ix. Kajian literatur
x. Cadangan metodologi
xi. Analisis dan dapatan (hasil kajian)
xii. Kesimpulan dan cadangan atau perbincangan
xiii. Bahagian Rujukan
xiv. Lampiran (jika ada)

Nota : Format di atas adalah sebagai panduan sahaja, walau bagaimanapun ia perlu diikuti sedaya
mungkin.

8.1 Format Penulisan


Cara penulisan Laporan penuh Projek Penyelidikan I dan II perlu mengikut format yang berikut:

8.1.1 Penjilidan dan Jumlah Naskah


Untuk tujuan penilaian, dua naskah penulisan lengkap yang tidak berjilid perlu
diserahkan oleh pelajar. Selepas penilaian dan persembahan seminar, sekurang-
kurangnya dua (2) naskah mutakhir Laporan PP II dan dijilid dengan kulit keras
diserahkan, selewat- lewatnya pada akhir minggu ke-20 untuk simpanan Fakulti dan
Perpustakaan Universiti. Pelajar disaran untuk menyediakan dua (2) naskhah
tambahan untuk simpanan penyelia dan untuk simpana sendiri.

8.1.2 Penaipan dan Cetakan Komputer

13
Gunakan corak taip atau font yang standard seperti Times New Roman atau Arial (saiz
font 12). Laporan mutakhir PP II yang dijilid itu mesti dicetak sebagai “letter-quality”
dengan pencetak laser pada kertas bond putih bersaiz A4.

Gambarajah yang dijanakan oleh komputer hanya diterima sekiranya


persembahannya adalah kemas dan resolusi memuaskan. Lembaran cetakan
komputer yang asal boleh dimasukkan sebagai Lampiran, tetapi bukan dalam teks.

8.1.3 Jarak dan Birai


Gunakan dua jarak bagi teks; satu jarak dibenarkan untuk jadual kandungan, tajuk
jadual dan gambarajah, keterangan yang mengandungi banyak baris dan senarai
rujukan. Birai yang diperakukan adalah:-

Tepi sebelah atas : 2.5 cm (1 inci)


Tepi sebelah kanan : 2.5 cm (1 inci)
Tepi sebelah kiri : 3.8 cm (1.5 inci)
Tepi sebelah bawah : 2.5 cm (1 inci)

8.1.4 Menomborkan Muka Surat


Semua nombor muka surat boleh diletakkan pada bahagian atas atau di bawah teks,
sama ada di pertengahan baris teks ataupun pada sudut di sebelah kanan.
Keseragaman aturan adalah lebih penting daripada pemilihan tempat untuk
meletakkan nombor tersebut.

Bahagian Permulaan dinomborkan dengan angka kecil Roman berturut-turut (ii, iii,
dsb.), kecuali muka surat judul dihadapan Laporan PP II yang dianggap sebagai muka
surat pertama (i), tetapi tidak ditaip. Teks dan semua muka surat yang berikut adalah
dinomborkan berturut-turut dalam angka Arab (1, 2, 3, dsb).

8.1.5 Jadual, rajah dan gambarfoto

14
Setiap jadual, rajah dan gambarfoto dinomborkan dalam siri berasingan, dengan
nombor dan tajuk, bersama dengan keterangan lanjutan yang perlu seperti catatan,
petunjuk, dsb.

Nombor Jadual dan tajuk diletak di bahagian atas, sementara untuk Rajah dan
Gambarfoto, nombor dan tajuknya diletak di bahagian bawah.

8.2 Susunan Kandungan

Setiap Laporan PP mengandungi 3 bahagian : Permulaan, Teks dan Bahan Rujukan. Setiap
bahagian mempunyai beberapa seksyen yang mesti disusun seperti berikut:-

8.2.1 Permulaan Laporan PP


Semua muka surat di dalam bahagian ini dinomborkan dengan angka kecil Roman
kecuali muka surat judul.

8.2.1.1 Muka Surat Judul (Appendiks A)


Muka surat ini mesti mengandungi maklumat berikut:-
(a) Tajuk kajian;
(b) Nama penuh pengarang;
(c) Jenis Ijazah dan keterangan tentang keperluan penganugerahan;
(d) Nama pusat pengajian dan Universiti;
(e) Bulan dan tahun kajian diserahkan.

8.2.1.2 Muka Surat Penerimaan


Seksyen ini dimestikan. Merupakan pengesahan oleh Penyelia bahawa
laporan ini telah mencapai suatu taraf yang boleh diterima.

8. 2.1.3 Dedikasi

15
Seksyen ini adalah pilihan. Jika dimasukkan, hendaklah ringkas dan
diletak di tengah-tengah muka surat.

8. 2.1.4 Penghargaan
Seksyen ini juga pilihan yang digalakkan. Sudah menjadi
kelaziman satu kenyataan pendek untuk menyampaikan penghargaan
terhadap sebarang bantuan istimewa dimasukkan.

8. 2.1.5 Abstrak
Abstrak ialah intisari kajian yang biasanya tidak melebihi 200 perkataan,
dan ditulis dalam dwibahasa; Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
Abstrak menyampaikan satu ikhtisar mengenai cara dan hasil
penyelidikan yang mengambil kira semua maklumat dan kesimpulan
utama. Ia mesti jelas, padat dan tepat, dan ditulis dengan bahasa yang
mudah difahami dengan tidak perlu merujuk pada kandungan laporan
yang asal.

8.2.1.6 Jadual Kandungan


Jadual Kandungan menyenaraikan semua bahan yang terkandung dalam
laporan mengikut susunannya. Semua tajuk bahagian dan seksyen utama
hendaklah disenaraikan dengan menggunakan perkataan serta nombor
muka surat yang sama seperti dalam laporan sebenar.

8.2.1.7 Senarai Jadual, Rajah dan Gambarfoto


Senaraikan setiap siri secara berasingan dan gunakan nombor dan tajuk
yang sama seperti yang ditunjukkan dalam laporan, bersama dengan
nombor muka surat Laporan PP II.

8.3 Teks (Isi Laporan Projek Penyelidikan I dan Projek Penyelidikan II)
Teks juga mengandungi beberapa seksyen seperti berikut:-

16
8.3.1 Pengenalan
Seksyen ini menerangkan latarbelakang penyelidikan yang dilakukan, objektif, skop
dan limitasi projek, perumusan dan pernyataan masalah penyelidikan.

Bahagian ini juga menghuraikan manfaat atau kepentingan kajian terhadap bidang
dan bagaimana penemuannya boleh menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat
sekitar dan insan sejagat. Ringkasan kaedah dan penemuan juga biasanya
disampaikan.
8.3.2 Kajian Literatur
Seksyen ini adalah tinjauan mendalam tentang bahan bacaan yang berkaitan dengan
persoalan yang diselidik. Ia merupakan garis panduan kepada penyelia, penilai atau
pembaca tentang pengetahuan dan latar belakang penyelidikan atau kajian. Kajian
literatur hendaklah ditulis dalam bentuk karangan dan dirancang setiap perkara yang
akan dibincangkan termasuk bahan rujukan yang berkaitan sahaja.

Artikel seorang pengarang dari sumber asal (buku, bab dalam buku, makalah jurnal
dan lain-lain) –

Dalam teks, rujukan dibuat dengan memberi nama pengarang dalam kurungan dan
tahun penerbitan seperti “……………. (Abdul, 1989).” Kecuali apabila pengarang itu
sebahagian daripada ayat, seperti “Kajian Abdul (1989) menunjukkan bahawa
……….”.

Artikel oleh dua orang pengarang dari sumber asal -

Rujukan ditulis seperti “………….(Abdul & Lok, 1989)” atau dalam ayat teks, “Abdul &
Lok (1989) mendapati.........”

Artikel oleh tiga orang pengarang dari sumber asal -

17
Rujukan ditulis seperti “………….(Abdul, Lok & Lim, 1989)” atau dalam ayat teks,
“Abdul, Lok & Lim (1989) mendapati.........”

Artikel lebih daripada dua pengarang dari sumber asal

Hanya pengarang pertama sahaja perlu ditulis dengan ditambah et al. (et alia
bermaksud, dan rakan-rakan), seperti “…………focus on ventilation (Abdul, et al.,
1989)”.

Nama binomial saintifik ditulis secara Latin dengan huruf italik.

8.3.3 Bahan dan Kaedah Penyelidikan


Keterangan tentang bahan-bahan dan kaedah penyelidikan secukupnya hendaklah
dinyatakan untuk membolehkan kerja-kerja penilaian dibuat oleh orang lain dan juga
bagi mereka yang ingin mengulangi kaedah yang telah dijalankan.

8.3.4 Hasil penyelidikan


Hasil penyelidikan perlu selaras atau tidak menyimpang dengan perbincangan
teoritikal yang telah diutarakan dalam kajian literatur.

8.3.5 Perbincangan
Bagi membincangkan hasil penyelidikan, data dalam bahagian keputusan hendaklah
dianalisis dengan merujuk kepada masalah atau hipotesis yang disarankan di
bahagian Pengenalan. Beberapa soalan perlu dijawab:-
 Adakah data itu menyokong cadangan anda?
 Adakah ianya memberi jawapan kepada soalan yang dinyatakan di awal
kajian anda?
 Adakah objektif penyelidikan telah dicapai?
Hasil kajian yang didapati melalui pemerhatian lain perlu dikaitkan serta dimasukkan
juga hasil yang tidak secucuk dengan hasil anda. Implikasi dan hasil yang diperoleh
hendaklah dibincang secara ringkas untuk kajian lanjutan. Jika terdapat satu siri

18
eksperimen maka perbincangan ringkas boleh dimasukkan selepas sesuatu
perbincangan untuk menyatukan keputusan yang diperolehi secara menyeluruh.

8.3.6 Kesimpulan
Sekiranya perlu, seksyen ini digunakan untuk memuatkan hasil penyelidikan secara
ringkas berdasarkan objektif kajian.

8.4 Bahan Rujukan

Sebarang penulisan akademik yang menggunakan karya-karya lain, sama ada dalam petikan
secara langsung ataupun melalui rujukan, mestilah mengandungi satu bibliografi yang
menunjukkan puncanya. Pelajar diingatkan agar menggunakan kemudahan perpustakaan
dengan sebaik mungkin termasuk penggunaan jurnal elektronik serta abstrak secara
berkesan.

8.4.1 Bibliografi (atau Senarai Rujukan)


Format bibliografi (senarai rujukan) mestilah mengikut panduan yang berikut:-
i) Rujukan/Bibliografi mestilah disenaraikan mengikut abjad penulis.
Penulis hanya disebut dalam teks menggunakan nama keluarga (surname),
tetapi nama kependekan lain, mestilah ditunjukkan dalam bibliografi.

ii) Rujukan kepada jurnal mestilah menunjukkan perkara yang berikut:-


Nama dan kependekan nama penulis, tahun penerbitan, judul artikel, nama
jurnal dengan penulis, nombor jilid, nombor muka surat pertama dan terakhir.
iii) Rujukan buku mestilah memasukkan:
Nama dan kependekan nama penulis, tahun penerbitan, judul, nama penerbit,
tempat penerbitan; nombor muka surat.

Contoh untuk penulisan rujukan adalah seperti berikut.

19
a) Artikel daripada jurnal.
Lok, D., Lim, J. and Abdul, N. (2007). Furniture: Future promotion
and market. Futurix Technology 98:1684 -1689.

b) Buku
Abdul, N. (1994). Pengenalan Tradisi Melayu. Universiti Sains
Malaysia Press. Pulau Pinang. p. 15 – 20.

c) Bab dalam buku


Abdul, N., Rosma, A., Darah, I. and Kumar, S. (2007). Utilization of
the Malaysian agrowaste resources for the generation of value added
products via biotechnological processes . In: Current Topics on
Bioprocesses in Food Industry Volume II. Koutinas, A., Pandey, A.
and Larroche C. (eds.). AsiaTech Publisher Inc. Delhi. p.361-391

d) Tesis
Uronu, A. B. (1989). Studies on the infection of pea (Pisum sativum)
by Colletotrichum pisi. M. Sc. Thesis. University of Bristol, U.K.

e) Kertas kerja Persidangan/ Prosiding/Seminar


Muhamed Odeh, A.A.L. and Ibrahim, C.O. (2007). Natural lighting:
comparative reference. International Conference on New Source,
Trivandrum, India. pp. 7
8.5 Lampiran

Sekiranya ada hendaklah dimasukkan untuk menambah bahan penjelasan tambahan seperti
data asal, analisis, dan petikan yang terlalu panjang untuk dimuatkan dalam teks atau yang
tidak diperlukan secara langsung untuk memahami perkara yang dijelaskan. Lampiran mesti
disebut dalam teks.

20
9 CIPLAK DAN HAK MILIK

Walaupun PP merupakan satu latihan, pelajar harus mematuhi kod etika penulisan saintifik dengan
mengelak daripada penciplakan (plagiarism). Ciplak merujuk kepada penggunaan maklumat orang lain
tanpa memberi rujukan asal atau menyalin data daripada penyelidikan orang lain. Pelajar yang didapati
menciplak akan diberi gred “F” tanpa membuat sebarang penilaian selanjutnya. Pelajar juga boleh
dikenakan tindakan tatatertib.

Appendiks A

PLASTIC BASED FURNITURE MAKING –


PRODUCTION OF MODULAR
SYSTEM

Mohamed Amran bin Rashid

21
A research report submitted as partial fullfilment for the award of
Bachelor of Creative Technology (Honours)

Faculty of Creative Technology and Heritage


Universiti Malaysia Kelantan,
Pengkalan Chepa, Kelantan, Malaysia

April 2011

PLASTIC BASED FURNITURE MAKING –


PRODUCTION OF MODULAR
SYSTEM

Mohamed Amran bin Rashid

22
Laporan Penyelidikan yang dihantar sebagai memenuhi sebahagian daripada keperluan untuk
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif Dengan Kepujian

Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan


Universiti Malaysia Kelantan,
Pengkalan Chepa, Kelantan, Malaysia

April 2011
Appendiks B

PLASTIC BASED FURNITURE MAKING –


PRODUCTION OF MODULAR
SYSTEM

Mohamed Amran bin Rashid

23
Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan
Universiti Malaysia Kelantan,
Pengkalan Chepa, Kelantan, Malaysia

April 2011

Appendiks C

FAKULTI TEKNOLOGI KREATIF DAN WARISAN


UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN

BORANG PENYERAHAN NASKHAH LAPORAN PENYELIDIKAN TAHUN AKHIR MUTAKHIR

Kepada,

Dekan,
Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan
Universiti Malaysia Kelantan

Penyerahan Naskah Mutakhir Laporan Projek Penyelidikan Tahun Akhir

Saya, ........................................................................................................... No Matrik ..........................................


menyerahkan dua (2) naskah mutakhir Laporan Projek Penyelidikan Tahun Akhir bertajuk:
.................................................................................................................................................................................
.................................................................................................................................................................................
.................................................................................................................................................................................
.................................................................................................

2. Saya dengan ini mengesahkan bahawa segala pembetulan yang perlu telah dilakukan sebagaimana yang
telah dicadangkan oleh penyelia dan pemeriksa.

Sekian, terima kasih

.........................................................

24
Tarikh :
.....................................................................................................................................
Perakuan Penyelia

Saya, ........................................................................................ penyelia kepada pelajar di atas dengan ini


memperakukan maklumat yang dinyatakan oleh pelajar adalah benar dan menerima penyerahan tersebut bagi
pihak fakulti.

Terima kasih.

........................................................
Tarikh :

25

You might also like