You are on page 1of 2

2.

2 Isu Vaksinasi COVID-19 dan Dos Penggalak terhadap masyarakat di Malaysia

2.2.1 PERNYATAAN ISU

Vaksin COVID-19 ialah vaksin yang akan digunakan untuk merawati penyakit Corona Virus 2019
(COVID-19). Vaksin ini mengandungi atau akan menghasilkan antigen untuk COVID-19 yang akan
merangsang sistem daya lawan jangkitan (sistem imuniti) tubuh untuk membentuk imuniti terhadap
penyakit COVID-19.. Biarpun tiada vaksin yang telah selesai menjalani ujian klinikal buat masa ini,
manakala pengambilan dos penggalak akan membantu meningkatkan semula gerak balas imun
terhadap jangkitan sebenar virus sama ada daripada varian asal ataupun varian yang
membimbangkan (VOC) yang masih berlegar. Terdapat beberapa usaha sedang dijalankan untuk
memupuk Vaksin sedemikian. COVID-19 atau dikenali sebagai Coronavirus ialah jangkitan yang tidak
dapat dielakkan. Kes utama yang diumumkan adalah pada Disember 2019 di Wuhan, China. COVID-
19 menyerang orang dalam pelbagai cara. Kesan sampingan jangkitan ini ialah demam, batuk kering
dan keletihan. Bagi yang lebih tua, anak-anak muda dan individu yang mempunyai penyakit sedia
seperti masalah jantung, diabetes, masalah pernafasan yang berterusan dan pertumbuhan malignan
berada pada keadaan bahaya yang tinggi untuk dijangkiti. Simptom serius merangkumi masalah
pernafasan atau angin, kesakitan dada atau rasa cemas di dada dan perkembangan yang terhad.
COVID-19 disampaikan melalui penghantaran dan sentuhan molekul pernafasan manusia. Apabila
berada dekat dengan pesakit yang mempunyai tanda-tanda, penghantaran molekul akan berlaku
dengan berkesan apabila mulut dan hidung mereka tidak ditutup. Penghantaran molekul juga akan
berlaku dengan berkesan berdekatan di sekeliling pesakit.

Apakah kandungan vaksin COVID-19? vaksin COVID-19 mengandungi bahan aktif dipanggil antigen.
Antigen ini sama ada dalam bentuk virus hidup, virus yang telah dimatikan, protein virus yang telah
disucikan, toksin bakteria yang telah dilemahkan atau sebahagian dari struktur bakteria. Vaksin juga
mengandungi komponen tambahan seperti pengawet, penstabil, adjuvant dan beberapa komponen
lain. Setiap bahan yang terkandung di dalam vaksin mempunyai fungsi tersendiri dan menyumbang
kepada kualiti, keselamatan dan keberkesanan sesuatu vaksin.

Isu ini wujud apabila sesetengah masyarakat dalam kalangan Malaysia memprotes dan mendukung
terhadap suntikan Vaksin COVID-19 dan Dos penggalak yang dikenakan kepada kepada golongan
yang berisiko seperti warga emas berusia 65 tahun keatas, kanak-kanak, pesakit yang menghidap
penyakit kronik, pesakit dengan daya ketahanan yang rendah dan Wanita hamil.Tambahan
mengenakan Dos penggalak yang menyebabkan kematian. Beberapa penceramah misalnya, dikesan
menyebarkan maklumat salah tentang vaksin, menyebabkan pihak berkuasa agama negeri,
mengeluarkan amaran akan mengambil tindakan. Seorang doktor di Kedah pula didapati
menggalakkan umat Islam agar tidak divaksinasi atas dakwaan vaksin itu mengandungi produk
khinzir, justeru tidak halal. Selain itu, Banyak khabar angin mengatakan COVID-19 adalah pandemic
yang dirancang, kononnya juga konspirasi untuk mengurangkan populasi dunia. Turut dikaitkan ialah
pembangunan teknologi mudah alih generasi kelima (5G) dan cip nano dalam penghasilan vaksin
COVID-19. Teknologi 5G didakwa mendedahkan masyarakat pada risiko penyakit iaitu barah
manakala cip Nano dalam vaksin pula untuk mengesan kedudukan manusia. Dakwaan ini
menyebabkan sebilangan masyarakat mula meragui keupayaan vaksin berkenaan sedangkan
keperluannya penting bagi mencegah daripada dijangkiti virus. Sesetengah masyarakat yang
memprotes lebih suka menggunakan ubat-ubatan tradisional seperti Habbatus sauda, meminum air
lemon dan sebagainya. Manakala golongan yang mendukung vaksinasi adalah perlu supaya tubuh
badan kanak-kanak mempunyai sistem imun badan yang kuat bagi mengelak serangan virus penyakit
yang sering berevolosi setiap masa dan mereka tidak mempercayai konspirasi-konspirasi yang
diceritakan serta mengamalkan prinsip islam yang menitikberatkan soal kesihatan dengan
meletakkan beberapa prinsip asas dalam mendepani penyakit, sebelum dan juga semasa penyakit
menimpa seseorang. Antara prinsip yang diajarkan oleh Islam dalam berhadapan dengan penyakit
adalah seperti berikut:

Berdoa kepada Allah S.W.T.

Berdoa dilakukan dengan tujuan untuk mengelakkan seseorang itu ditimpa penyakit. Ini seperti doa-
doa dan zikir yang diajarkan menerusi pelbagai nas yang sahih seperti:

‫ون َو ْال ُج َذ ِام َو ِمنْ َس ِّيِئ اَأل سْ َق ِام‬


ِ ‫ص َو ْال ُج ُن‬
ِ ‫ك م َِن ال َب َر‬ ُ ‫اللَّ ُه َّم ِإ ِّني َأع‬
َ ‫ُوذ ِب‬

“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan dengan-Mu daripada penyakit sopak, gila,
kusta, dan juga penyakit-penyakit berbahaya yang lain.” [14]

(Riwayat Abu Daud (1554))

2.2.2 PANDANGAN PAKAR

Berkenaan dengan isu bahan kandungan yang terdapat di dalam vaksin, Mufti Wilayah Persekutuan
yang ke-7 Sohibus Sohamah Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri telah mengulas berkenaannya.

You might also like