You are on page 1of 32

1.

PENGENALAN

Ibn Khaldun dikatakan tokoh terulung pertama yang membuat kajian secara saintifik

mengenai teori kitaran tamadun atau perkembangan peradaban sesebuah bangsa. Perbincangan

dan penilaian objektif tentang kebangkitan dan kejatuhan sesebuah tamadun manusia sangat

bergantung kepada teori yang telah diperkenalkan oleh beliau.

Melalui pemikiran Ibn Khaldun terdapat teori kitaran mengenai kehidupan manusia iaitu

berkenaan kelahiran, kehidupan dan kematian seseorang manusia sebagai peryataan terhadap

teori perkembangan dan peradaban atau ketamadunan manusia. Ibn Khaldun kemudiannya

mengembangkan teori evolusi primer ini kepada perkembangan masyarakat. Melalui teori ini,

Ibn Khaldun telah menyatakan empat peringkat yang menjadi kitaran dalam sesebuah tamadun

iaitu Kelahiran, Perkembangan, Kegemilangan dan akhirnya kemerosotan.

Istilah Tamadun yang membawa kata ketamadunan itu sendiri berasal dari terminologi

yang diguna pakai oleh Ibn Khaldun daripada perkataan Mudun, yakni kota atau bandar.

Merujuk kepada kota yang didiami masyarakat yang tersusun dengan peraturan, norma, dan nilai

kolektif yang khusus.1 Ibn Khaldun menerokai kajian kritis terhadap sejarah. Beliau

menyediakan kajian analisis mengenai tamadun manusia, permulaannya, faktor-faktor yang

menyumbang kepada kemajuannya dan sebab-sebab kejatuhannya. Oleh itu, beliau telah

mengasaskan satu sains baru iaitu sains kemajuan sosial atau sosiologi. Bagi Ibn Khaldun,

tamadun atau peradaban merupakan perbandingan antara kehidupan desa dengan kehidupan

bandar serta perbentukan dan kejatuhan sebuah pemerintahan. Malahan, beliau juga berpendapat

peradaban merupakan satu tahap perubahan masyarakat daripada kehidupan berpindah-randah

dan mundur kepada peringkat yang lebih maju dan menetap dibandar.
1
Mohd Saleeh Rahamad.Satera Teras Negera Bangsa.2014.Kuala Lumpur: Institusi Terjemahan & Buku Malaysia
Berhad.
Ibn Khaldun sememangnya amat terkenal dalam memperkenalkan teori pusingan

sejarah atau ‘Historical Circle’ yang memberi gambaran tentang proses pembangunan dan

kejatuhan sesebuah dinasti atau empayar. Beliau berpendapat bahawa satu kehidupan dalam

sebuah peradaban mempunyai satu proses pusingan usianya tersendiri. Di mana, pada permulaan

sesebuah tamadun akan dimulai dengan semangat Assabiyah iaitu perasaan cintakan bangsa atau

kelompok dan mendorong masyarakat untuk memilih pemimpin, mewujudkan kerajaan.

Seterusnya membina teknologi, kesenian, ilmu pengetahuan serta perdagangan. Kemajuan yang

dicapai ini akan menghasilkan satu bentuk kehidupan yang mewah yang melampaui kehidupan

asas masyarakat. Semua ini berlaku apabila manusia tinggal di bandar. Namun, kemajuan yang

dinikmati masyarakat tidak akan kekal selamanya. Apabila kemewahan berada ditahap

puncaknya, budaya biadap akan melanda masyarkat dan terdapat kelalaian daripada kalangan

pemerintah. Semangat Assabiyah mula menjadi luntur dan gejala rasuah dan pembaziran

semakin berleluasa. Pada ketika itu, tamadun tersebut sedang berada diambang keruntuhan dan

hanya boleh diselamatkan sekiranya pemimpin mulai sedar dan kembali membina pegangan

agama. Hal ini menunjukkan keruntuhan akhlak telah membawa kemerosotan sesebuah tamadun.

1.1 DEFINISI TAMADUN

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Tamadun bermaksud keadaan masyarakat

manusia yang dicirikan atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan

pemikiran dari segi politik, ekonomi, sosial dan lain-lain yang tinggi.

Tersebarnya wahyu Ilahi yang dibawa oleh Rasulullah SAW secara langsung

menunjukkan bahawa Islam telah membawa pengaruh besar terhadap ketamadunan manusia

sejagat meliputi seluruh aspek kehidupan manusia.2 Istilah tamadun berdasarkan bahasa Arab
2
Wan Abdullah Haji Wan Mahmood.Sejarah Tamadun Islam.1991.Kuala Lumur: BIROTEKS ITM
adalah Umran. Menurut Ibn Khaldun dalam Fadhul Hadratul Islamiah Wal Arabiah alal Ilmi

oleh Zakaria Hashim Zakaria (1970), mengatakan bahawa Umran adalah membayangkan

sekumpulan orang yang tinggal di suatu tempat dalam keadaan subur dan makmur. Malahan,

terdapat binaan-binaan bangunan atau kota-kota yang didirikan oleh para pemerintah.

Ibn Khaldun juga ada menyatakan dalam Petunjuk Sepanjang Jalan oleh Sayyid

Qutb(1079) tentang istilah Hadharah yang menggambarkan suatu wilayah yang didiami oleh

sekumpulan manusia dalam keadaan aman dan makmur, serta memiliki ciri-ciri kehidupan yang

ketara dalam bidang ilmu pengetahuan , sistem pemerintahan dan kepercayaan kepada agama.

Istilah ini juga merujuk kepada kehidupan menetap. Hadharah, adalah satu keadaan kehidupan

yang berada ditahap yang maju. Lawannya pula adalah Badawah. Badawah adalah kehidupan

yang sentiasa bersandar dengan cara hidup nomad, sama ada dalam pertanian, perburuan dan

ternakan untuk memenuhi keperluan hidup. Walau bagaimanapun kehidupan Hadharah adalah

sebaliknya, dimana keperluan kehidupan banyak tertumpu pada kepada unsur-unsur yang

bercorak teknologi, termasuk industri dan perdagangan.3 Istilah Hadharah mengandungi dua

pengertian iaitu berdasarkan pengertian objektif bermaksud suatu himpunan fenomena kemajuan

dalam bidang kesusasteraan, teknik, keilmuan dan undang-undang yang dipindahkan dari satu

generasi ke satu generasi dalam sesuatu masyarakat. Manakala pengertian yang subjektif pula

membawa maksud suatu peringkat perkembangan kehidupan manusia yang tinggi yang

berlawanan dengan kehidupan liar atau ganas. Antara istilah lain dalam bahasa Arab adalah

Madaniah yang bermaksud suatu peringkat yang tinggi dalam kehidupan kebendaan sesebuah

masyarakat yang jelas kelihatan dalam aspek pembangunan, perancangan dan penyusunan

3
Esa Khalid.Konsep Tamadun Islam Sains Dan Teknologi.2001.Universiti Teknologi Malaysia.
bandar serta penyediaan kemudahan infrastruktur. Istilah ini juga telah digunakan oleh Farid

Wajdi dan Muhammad Abduh dalam penulisan mereka.

Istilah Tamadun berdasarkan bahasa Inggeris pula, diletakkan oleh kebanyakkan para

sarjana dengan istilah Culture dan Civilization sebagai dua perkataan dalam satu pengertian

sebagaimana diungkapkan oleh ahli sosiologi Inggeris yang bernama Arnold J. Toynbee dalam

Qiamu Hadhariah Fil Quranil Karim; Taufiq Mohd. Sabi (1972), menyatakan bahawa Culture itu

bermakna Civilization yang secara langsung memberi gambaran mengenai agama, senibina, seni

lukis, akhlak dan adat istiadat. Perkataan civilization berasal daripada kata civitas yang

membawa erti bandar.

Menerusi bahasa Melayu pula, Abu Bakar Hamzah (1972:12) mengatakan bahawa

perkataan tamadun lahir seiring sejalan dengan perkembangan hidup kehidupan masyarakat

setempat dari semasa ke semasa dalam bentuk pemikiran dan kebendaan. Manakala perkataan

peradaban pula adalah pencapaian semua aspek pemikiran, moral, social dan kebendaan dalam

kehidupan sesuatu masyarakat. Hasil daripada istilah-istilah yang dikemukakan oleh para sarjana

dalam berbagai bahasa dan bangsa telah menunjukkan bahawa tamadun itu bermaksud kemajuan

dalam segala aspek.4

2. LATAR BELAKANG IBN KHALDUN

4
Ibid.
Ibn Khaldun dilahirkan di Tunisia pada bulan Ramadhan 734H (27 Mei 1332). Beliau

berasal daripada sebuah keluarga Andalusia yang telah berhijrah dari Andalusia (Sepanyol

Islam) ke Tunisia pada abad ke-7H. Beliau bernama Wali al- Din ‘Abd al- Rahman bin

Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin al- Hasan bin Jabir bin Muhammad bin

Ibrahim bin ’Abd al- Rahman ibni Khaldun. Ibn Khaldun menyusur galurkan asal usulnya

kepada Arab Yaman di Hadramaut dan salasilahnya kepada Wa’ilibni Hajar,bersandarkan

laporan Ibnu Hazm,5 pengkaji salasilah Andalusia. Menurut salasilah ini, Ibn Khaldun ialah

keturunan keluarga salah satu daripada suku Arab yang tertua.

Dalam masa yang sama, beliau dikatakan berasal daripada keluarga Andalusia yang

terkenal dan berpengaruh dalam era penaklukan. Moyangnya, Khalid yang dikenali sebagai

Khaldun telah memasuki Andalusia dengan pasukan Yaman. Pada mulanya mereka menetap di

bandar Caramona dan memulakan kehidupan berkeluarga. Keturunan beliau kemudiannya

berpindah ke Seville. Bani Khaldun pula muncul pada akhir abad ke-3 semasa pemerintahan

Amir ‘Abdullah ibni Muhammad, Bani Umayyad (274- 300H), pada zaman Andalusia sedang

bergolak dengan penentangan dan revolusi yang berlanjutan kebanyak bahagian lain negara itu.

Ibn Khaldun juga dididik bapanya yang turut menjadi guru pertamanya. Beliau

membaca Al- Quran dan menghafalnya serta mengkaji bentuk qiraat yang berbeza dan

terjemahan, serta Hadith dan sistem perundangan. Beliau diajar nahu dan retorik oleh pujangga

Tunisia yang amat terkenal pada masa Tunisia menjadi pusat pembelajaran di Afrika Utara 6 dan

kediaman bagi beberapa cendekiawan Andalusia. Ibn Khaldun juga ada menyebut nama

sebahagian daripada buku yang dikajinya dan berjaya sehingga satu tahap dalam bidang Hadith

dan sistem undang-undang Maliki, bidang kajian filologi dan puisi.7 Beliau kemudiannya

5
Ibnu Hazm meninggal dunia pada 457H, TM1065.
6
Afrika Utara yang dimaksudkan di sini adalah kecuali Mesir.
7
Lihat Autobiografi Ibnu Khaldun( Al- Ta’rif) Kitab al- ‘Ibar (Bulaq), Jilid vii, hlm. 348- 385.
menyambung pengajian hingga mencapai umur 18 tahun. Pada ketika itulahAfrika Utara

menderita bencana besar yang menimpa seluruh dunia Islam dari Samarqand ke Mauritania. Ia

dimaksudkan sebagai Wabak Besar atau ‘wabak menyapu’ seperti yang dinamakan oleh Ibnu

Khaldun.

Antara guru yang mengajarnya dalam ilmu-ilmu yang dipelajarinya termasuklah

Muhammad Ibrahim Al-Abiliti, Abu Abd Allah Al-Jayyani dan Abd Allah Muhammad bin Abd

Al-Salam. Beliau mempunyai sifat peribadi yang tegas dalam menjalankan tugas yang

diamanahkan. Selain itu juga, kebolehan beliau dalam bidang sosiologi mengangkatkan lagi

martabat beliau sebagai seorang ahli cendekiawan yang agung. Beliau mengamalkan sifat

rendah diri dan tidak mementingkan pangkat dan bijak menyelesaikan masalah. Malah, turut

mempunyai kepakaran dalam ilmu kemasyarakatan, pendidikan, keagamaan, tamadun, undang-

undang dan falsafah. Perjalanan hidup beliau dipenuhi dengan berbagai peristiwa,

pengembaraan dan perubahan.

Ibn Khaldun sememangnya berbeza dari ahli sejarah Islam yang lain kerana beliau

menganggap sejarah sebagai satu ilmu yang wajar dicari, dan bukannya sekadar rakaman cerita.

Beliau menulis sejarah dengan cara penerangan dan pemikiran yang baharu, dan pemikiran serta

kajiannya telah membawanya mengasaskan sejenis falsafah sosial.8 Meskipun Ibn Khaldun

menjadi seorang cendekiawan yang agung sehingga disanjung oleh ramai cendekiawan Barat

kerana buah fikiran beliau. Tetapi jarang sekali umat Islam mengkaji tentang ilmu beliau.

Namun demikian, sumbangan beliau banyak dimuatkan dalam hasil karya beliau iaitu Al-

Muqaddimah yang merupakan kitab teragung yang beliau hasilkan.

8
Mohammad Abdullah Enan (2012). Ibnu Khaldun Riwayat Hidup dan Karyanya. Kuala Lumpur: Institut
Terjemahan Negara Malaysia, hlmn 79.
Kitab Al-Muqaddimah yang bermaksud pendahuluan ini merupakan kitab terbesar yang

dihasilkan oleh beliau. Di dalam kitab tersebut memuatkan persuratan tentang sejarah, falsafah

dan sosiologi, termasuk juga pendidikan. Tema utama dalam kitab beliau adalah mengecam

fakta-fakta psikologi, ekonomi, alam sekitar dan juga kemasyarakatan yang memainkan peranan

penting dalam proses memajukan peradaban manusia dan perjalanan sejarahnya. Beliau telah

membuat pelbagai analisis tentang dinamikah hubungan kumpulan-kumpulan dan menunjukkan

bagaimana setia kawan dan perpaduan sosial.

Mengenai tempat tinggal Ibn Khaldun yang terakhir, Al- Sakhawi menulis bahawa

beliau telah disemadikan di tanah perkuburan Sufi di luar Bab al- Nasr, dan Al- Maqrizi berkata

tanah perkuburan tersebut terletak di antara beberapa makam dan tanah perkuburan yang telah

dibina oleh amir dan orang kenamaan pada abadke- 8H, di luar Bab al- Nasr menghala kearah

al- Raydaniyyah (sekarang Al- ‘Abbasiyah).9 Tanah perkuburan ini telah disediakan golongan

Sufi dari Institut Al- Salahiyyah (Khanqah), sekitar penghujung abad ke- 8. Walaupun telah

lama meninggal dunia, pemikiran cemerlang yang dimilikinya telah menjadikan Ibn Khaldun

seorang yang mempunyai pengaruh besar bagi cendekiawan-cendekiawan barat dan timur.

9
Al- Khitat, Jilid ii, hlm. 463.
3. CABARAN MEMBINA TAMADUN MENURUT IBN KHALDUN

Tamadun mempunyai makna yang pelbagai, menurut padangan sarjana islam mahupun

barat yang membawa maksud kemajuan yang dicapai oleh sesebuah masyarakat sehingga

mengangkat martabat sesebuah kelompok masyarakat tersebut menjadi tamadun. Antara contoh

tamadun yang agung ialah Tamadun Mesir Purba, Mesotopomia, Tamadun Hwang Ho dan lain-

lain lagi. Pelbagai cabaran yang harus ditempuhi terutamanya golongan pemerintah bagi

mewujudkan sebuah tamadun yang agung. Bahkan tamadun tersebut juga haruslah bersedia

menghadapi sebarang masalah yang wujud bermula daripada fasa permulaan sehingga fasa

kegemilangan bagi mempertahankan tamadun yang dibina.

Menurut buku Muqaddimah karya Ibn Kaldun, terdapat empat fasa kitaran sesebuah

tamadun. Setiap fasa mempunyai perbezaan sama ada dari sudut politik, ekonomi dan juga sosial

bergantung kepada tampuk pemerintahan tersebut. Antara ciri-ciri sesebuah negara itu digelar

tamadun ialah bentuk agama yang tinggi, negara yang tersusun rapi, mempunyai sistem undang-

undang, bahasa dan sistem tulisan yang maju dan bentuk-bentuk kesenian dan senibina yang

istimewa.Antara cabaran membina tamadun menurut pandangan Ibn Khaldun dari aspek agama,

bangsa dan juga budaya.

3.1 Hubungan Antara Agama Dengan Tamadun

Setiap tamadun yang berkembang di negara ini mempunyai agama yang

tersendiri. Agama adalah satu aspek yang tidak boleh diabaikan dalam kajian

ketamadunan. Aspek ini juga merupakan fenomena yang amat penting kepada manusia

kerana aspek ini merupakan sebahagian daripada manusia. Berasaskan fahaman sekular

hanya melibatka kebendaan.10 Sebelum masyarakat tersebut berkembang maju aspek


10
Ros Aiza Mohd Mokhtar, Abd Hakim Mohad, Dg Hafizah Ag Basir dan Siti Halimah Putung. 2012. Tamadun Islam
dan Tamadun Asia. Universiti Malaya: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Hlm 6
keagamaan memainkan peranan yang penting bagi menjaga nilai mahupun adap yang

akan dibina oleh tamadun tersebut berdasarkan agama.

Cabaran sesebuah tamadun dalam aspek agama ialah bagaimana tampuk

pemerintahan yang dijalankan itu mengaplikasikan aspek keagamaan sama ada dalam

masyarakat ataupun dalam kalangan kaum kerabat mereka. Cabaran dari aspek agama ini

juga mampu menjatuhkan dan menaikkan sesebuah tamadun. Hal ini kerana melalui

didikan agama mempu melahirkan masyarakat yang mempunyi moral yang tinggi.

Ibn Khaldun cuba menghantar mesej yang jelas kepada pembaca khususnya umat

Islam kini melalui bukunya Muqaddimah bahawa peradaban adalah sesuatu yang perlu

ditanam, dibaja dan disiram dan disuburkan. Yang akan menentukan wajah dan citra

peradaban itu adalah manusianya. Maka itu manusia perlu dibentuk adabnya dan harus

bermula dari peringkat yang paling awal. Generasi beradab hanya akan dapat dilahirkan

dengan asuhan nilai-nilai yang mulia. Beliau juga membahaskan mengenai pendidikan

kanak-kanak (ta’lim al-wildan) (elementary education) yang diceritakan dalam

Muqaddimah.11Dalam hal ini beliau mengingatkan betapa perlunya menjadikan Al-Quran

sebagai asas landasan bagi pendidikan kanak-kanak. Hal ini kerana Al-Quran mesti

dijadikan sumber dan asas kepada pembinaan malakah (tabiat) yang akan diperolehi oleh

anak tersebut apabila membesar.

Sebagai contoh, beliau memberikan contoh mengenai pesanan Khalifah al- Rashid

kepada Khalaf al-Ahmar yang diamanahkan untuk mendidik anaknya Muhammad al-

Amin yang masih kecil. Antara pesan al-Rashid ialah “wahai Ahmar, sesungguhnya Amir

al-Mu’minin telah menyerahkan padamu buah hatinya, maka kini ikatlah tanganmu
11
Ahmadie Thoha (penterjemah). 2001. Muqaddimah Ibn Khaldun. Jakarta: Pustaka Firdaus. Hlm 547-553
padanya manakala dia mesti taat padamu. Lakukanlah sepertimana yang engkau telah

diamanahkan oleh Amir al-Mu’minin. Ajarkan dia membaca al-Qur’an”. Di samping itu

al-Rashid memperingatkan supaya mengajarkan anaknya dengan sejarah, sya’ir, sunnah

dan seni pertuturan”.

Oleh itu, jelaslah bahawa aspek utama dalam membina tamadun haruslah bermula

dengan agama yang perlu dipandang serius sejak daripada fasa penubuhan lagi. Hal ini

supaya generasi yang mempunyai agama ini mampu memimpin sesebuah kelompok

masyrakat yang membangun tersebut kearah fasa kedua iaitu pengukuhan dan seterusnya

dengan nilai moral yang berguna. Sekiranya aspek ini diabaikan nescaya sesebuah

masyarakat tersebut akan mengalami masalah sewaktu zaman kegemilangannya

sehinggakan boleh menjadi punca kepada keruntuhan ataupun kemerosotan sesebuah

tamadun.

Sebagai contoh, Daulah Uthmaniyyah sewaktu di fasa kemerosotan, tampuk

kepimpinan telah mengabaikan ajaran Islam apabila mula meniru gaya barat bagi

mengeluarkan daulah Uthmaniyah daripada terus dibelenggu masalah. 12 Hal ini

menyebabkan ramai rakyat yang memberontak apabila hak persamaan golongan

muslimin disamakan dengan golongan bukan muslimin.13 Namun bagi membina tamadun

aspek keagamaan haruslah seiring dengan keduniaan dan aspek agama juga tidak boleh

dipandang remeh. Jelaslah menurut Ibn Khaldun aspek ini haruslah diterapkan sejak dari

mula lagi.

12
Fadhlullah Jamil.Islam di Asia Barat moden, penjajahan dan pergolakan.2007.Shah Alam: Karisma Publication
Sdn. Bhd. Hlm 134
13
Syafiq A. Mughni. Sejarah Kebudayaan Islam.1997. Jakarta: Logos Wacana Ilmu. Hlm 129
3.2 Hubungan Antara Budaya dengan Tamadun

Budaya merujuk kepada tatacara ataupun reaksi masyarakat tersebut bertindak ke

atas persekitarannya (termasuk persekitaran sosial) dalam menguruskan kehidupan

secara kolektif. Kehidupan yang bertamadun, masyarakat manusianya dicirikan sebagai

masyarakat yang memiliki budaya yang tinggi dan terpuji.Menurut Mathew (2001),

personaliti rakyat sesebuah negara dibentuk oleh keadaan semulajadi serta jenis

persekitaran dimana mereka berada.

Cabaran yang dihadapi dalam aspek ini ialah bagaimana sesebuah masyarakat

tersebut mula berinteraksi dengan keadaan sekeliling yang merujuk kepada persekitaran

harian mereka supaya memberikan impak yang positif kepada mereka. Hal ini bermula

apabila manusia tersebut mula beriteraksi dengan keadaan sekeliling sehingga

mewujudkan satu budaya yang baru pada fasa permulaan penubuhan tamadun tersebut.

Namun lama kelamaan aspek budaya ini juga bertukar menjadi pekerjaan seharian

mereka. Sebagai contoh budaya dalam bidang pertanian. Hal ini terjadi apabila budaya

yang diamalkan tersebut mampu dijadikan sebagai sumber ekonomi sesebuah masyarakat

tersebut sehingga membawa kepada pengukuhan ataupun pembinaan sesebuah tamadun.

Ibn Khaldun di dalam bukunya menyebut mengenai iklim yang mempengaruhi

kebudayaan sesebuah masyarakat ataupun tamadun tersebut. 14Pendedahan mengenai

kaitan di antara iklim terhadap tingkah laku manusia di dalam Muqaddimah merupakan

cetusan idea Ibn Khaldun yang diperolehi beliau melalui pengalaman sepanjang

perantauannya. Aspek psikologi yang amat berkait rapat dengan sikap dan budaya hidup

14
Azizan Baharuddin, Zaid Ahmad, Nurdeng Deuraseh, Sri Rahayu Ismail dan Haslinda Abdullah. Pemikiran Ibn
Khaldun & Relevansinva Dalam Tamadun Kontemporari.2009.Universiti Putera Malaysia: Perpustakaan Negara.
Hlm 358
manusia perlu diketahui. Sebagai contoh, Ibn Khaldun mengemukakan dua

perbezaanwatak manusia di dua kawasan berbeza.

Bagi kawasan yang beriklim sederhana, Ibn Khaldun menggambarkan suasana

yang harmoni di antara watak manusia serta keadaan persekitarannya yang mempunyai

tanah yang subur, perumahan yang teratur serta terdiri dari bahan-bahan binaan yang

baik.15 Manakala di kawasan yang terlampau panas ataupun sejuk iklimnya, beliau

menggambarkan watak bangsa yang lebih cenderung ke arah watak yang agak kasar.

Kelompok ini juga memiliki tamadun yang agak mundur iaitu mereka tinggal di gua,

hutan belukar serta tidak bergaul di antara satu sama lain. Beliau mengambil contoh

Hadramaut serta Jamamah sebagai mereka yang berperlakuan begini.16

Sebagai contoh mengenai perkara yang dikemukakan oleh Ibn Khaldun mengenai

suasana iklim juga memberi kesan terhadap kesuburan tanah. Kesan daripada itu,

masyarakat setempat tersebut boleh mengusahakan aspek pertanian bagi meningkatkan

lagi mobiliti sosial mereka. Sebagai contoh, Tamadun China, apabila alam sekitar telah

mempengaruhi tamadun tersebut untuk mempunyai kedudukan yang unggul dalam

sejarah perkembangan peradaban Cina kerana dalam tempoh terdekat ini, aktiviti-aktiviti

pertanian telah dimulakan. Pusat utama kebudayaan Yangshao tersebar di sekitar dataran

tinggi Loes, menggalakkan penanaman bijirin, bersesuaian dengan keadaan cuaca

gersang di bahagian timur negeri China.

Tamadun ini juga telah menciptakan sistem pertanian purba apabila

memperlihatkan kesanggupan manusia untuk menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca

dan lokasi geografi yang berbeza (di kedua-dua dataran Loes tinggi dan lembah Sungai

15
Ibid, Hlm 359
16
Ibid, Hlm 360
Yangzi), dan menghasilkan apa yang disebut Kebudayaan Milet (Bijirin) dan

Kebudayaan Sawah Padi yang wujud secara berasingan di bahagian utara dan selatan

China. Kedua-dua jenis kebudayaan tersebut telah mengasaskan peradaban pertanian di

negara China untuk selama beberapa ribu tahun sekaligus meningkatkan kegemilangan

tamadun tersebut dimata dunia mengenai aspek pertanian yang dijalankan.

3.3 Hubungan Antara Bangsa dengan Tamadun

Antara cabaran utama bagi mewujudkan sebuah tamadun juga bermula dengan

bilangan bangsa yang terdapat di dalam sesebuah tamadun tersebut. Hal ini bergantung

kepada kemampuan pemerintah negara tersebut dalam mengawal kepelbagaian bangsa

yang terdapat dalam sesebuah negara tersebut. Perbezaan dari segi bangsa juga mampu

menaikkan tamadun tersebut sekiranya mereka bersatu malah mampu menjatuhkan

tamadun tersebut sekiranya wujud pertikaian pendapat mengenai sesuatu perkara.

Terdapat tamadun yang dibangun dan dimiliki oleh lebih daripada satu bangsa

atau kaum seperti tamadun Barat yang mengandungi beberapa bangsa atau kaum di

Eropah dan Amerika Utara. Manakala Tamadun Islam telah bangun dan berkembang

dengan dilatari oleh pelbagai budaya dan bangsa. Secara teorinya, tamadun dan bangsa

mempunyai kaitan walaupun selalunya tamadun melampaui batasan kebangsaan. Namun

demikian imej sesuatu tamadun itu banyak ditentukan oleh bangsa yang menerajui

tamadun itu.

Namun kesemua bangsa tersebut haruslah mempunyai semangat perpaduan yang

tinggi bagi menjamin kelancaran bagi membina sesebuah tamadun tersebut. Bagi

mewujudkan semangat perpaduan tersebut Ibn Khaldun telah memperkenalkan konsep


assabiyyah berdasarkan semangat kekitaan yang diamalkan pada zaman masyarakat

jahilliah dahulu.17 Bagi mengukuhkan perpaduan dalam kalangan pelbagai bangsa yang

ada untuk menangani cabaran dalam pembentukkan tamadun samaada dalam fasa

pertama sehingga terakhir aspek ini memainkan peranan penting dalam era kegemilangan

sesebuah tamadun.

Ibn Khaldun melihat dari aspek positif semangat asabiyyah untuk diaplikasikan

oleh beliau dalam proses kitaran tamadun.18 Beliau melihat proses sejarah sebagai sesuatu

kitaran yang konsisten yang mematuhi hukum tertentu. Berasaskan pengamatan ini beliau

dapat menjangkakan misalnya tempoh kitaran yang dikatakan bertahan sekitar tiga

generasi. Generasi awal dikatakan memiliki semangat juang dan kekuatan “asabiyyah”

yang tinggi, manakala generasi pertengahan memiliki keupayaan intelek, ilmu dan kraf,

manakala generasi berikutnya adalah generasi yang mula mabuk kemewahan, kehilangan

adab, akhlak dan jati diri yang akhirnya membawa kepada kemerosotan. Hal ini akan

berterusan menjadi punca kemerosotan sesebuah tamadun sekiranya semangat Asabiyyah

ini diabaikan akibat terpengaruh dengan kemewahan dunia.

Contohnya, dalam proses pembinaan sebuah negara islam ataupun tamadun islam

Nabi Muhammad S.A.W menghadapi pelbagai cabaran dalam membentuk sebuah negara

islam di Madinah. Hal ini kerana penduduk Madinah mempunyai kaum yang pelbagai

dan latar belakang agama yang berbeza. Malah semangat Assabiyyah dalam kalangan

masyarakat Madinah juga sukar diwujudkan apabila wujud kelompok yang tidak

menyukai ajaran agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W.

17
Muhd. Yusof Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahaya. 1988. Sejarawan dan Pensejarahan Ketokohan dan Karya.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 187
18
Ibid, Hlm 188
Sebagai contoh sewaktu Perang Uhud pada 625 Masihi, tentera kafir Mekah

menghantar seramai 3000 tentera yang berkubu di Bukit Uhud. 19 Tentera ini diketuai oleh

Abu Sufian bagi berperang dengan tentera Muslim di Madinah seramai 700 orang tentera

manakala 300 tentera yang dipimpin oleh Abdullah bin Ubai telah berpatah balik ke

Madinah.20 Namun bagi mewujudkan semangat Assabiyyah tersebut beberapa perjanjian

juga telah termeterai. Situasi ini jelaslah menunjukkan bahawa semangat Assabiyyah

dalam kalangan yang pelbagai kaum menjadi satu cabaran bagi membina sesebuah

tamadun. Oleh itu, amat jelaslah bahawa semangat Assabiyyah ataupun semangat

perpaduan amat penting seperti mana yang dikatakan oleh Ibn Khaldun dalam proses

kitaran tamadun melalui bukunya Muqaddimah.

4.0 TEORI KITARAN TAMADUN

19
Mohamad Nurhakim. 2008. Jatuhnya Sebuah Tamadun. Kuala Lumpur: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Hlm 35
20
Ibid, Hlm 36
Teori Ibn Khaldun (1332-1406) dalam bukunya Al-Muqaddimah menyatakan bahawa

pencapaian manusia sudah melebihi keperluan asasi kehidupan sehingga dapat membuka

pemikiran kea rah penghasilan daya cipta yang lebih halus dan mempunyai nilai seni. Oleh yang

demikian, melalui teori tersebut, beliau telah memperlihatkan ‘teori kitaran’ dari sudut

kebangkitan kerajaan atau dinasti yang bermula daripada kelahiran, perkembangan,

kegemilangan dan seterusnya kemerosotan.

4.1 TAHAP AWAL ATAU KELAHIRAN ZAMAN KERAJAAN BANI ABBASIAH

Tahap awal atau kelahiran ialah suatu tahap apabila dinasti yang baharu ditubuhkan

melalui penumpasan dinasti yang lama dan ketuanya akan mengekalkan perasaan kekitaan

atau semangat assabiyah yang tinggi melalui perhubungan yang rapat melalui tamadun yang

bermanfaat.21 Agama dijadikan sebagai pengukuh kepada semangat kekitaan yang sedia ada

yang membawa kepada perkembangan kedua iaitu kehidupan secara menetap. Hal ini dapat

dilihat dalam penubuhan Kerajaan Bani Abbasiah. Kerajaan Bani Abbasiah adalah khalifah

islam selepas kerajaan bani Umaiyah. Ia adalah kerajaan islam yang terbesar dan terpanjang

dalam sejarah Islam klasik.

Kerajaan yang berpusat di Baghdad ini didirikan oleh Abu al-Abbas al-Saffah sejak

750M. Al-Abbas adalah bapa saudara Nabi Muhammad. Kerajaan ini lahir selepas

perjuangan yang lama dan revolusi sosial melawan kerajaan Bani Umaiyah. Kerajaan ini

didirikan hasil daripada tindak balas kepada kerajaan Bani Umaiyah yang mengalami

kemerosotan di mata rakyat.

21
Mohd Syariefudin Abdullah. Kenegaraan dan Ketamadunan. 2009.Oxford Fajar Sdn.Bhn. Selangor. hlm 21
Pemerintahan Bani Umaiyah bercorak Arab ala tentera dan sekular. Pemerintahan Bani

Umaiyah pula bercorak pluralistik-etnik, sainstifik dan keagamaan. Kerajaan ini mengalami

kejatuhan pada tahun 1258M.

4.2 TAHAP PEMANTAPAN ATAU PERKEMBANGAN KERAJAAN BANI ABBASIAH

4.2.1 PERKEMBANGAN PEMERINTAHAN DAN POLITIK

Tahap ini dicirikan sebagai suatu tahap, iaitu wujudnya kelahiran sistem

berkerajaan. Bukan itu sahaja, kedudukan dan kekuasaan ketuanya sebagai raja atau

pemerintah tertinggi bagi membina golongan pendokongnya berdasarkan konsep

kekeluargaan dan turut terasing daripada rakyat jelata.22 Pada Zaman Kerajaan

Abbasiah, pemerintahan terdiri daripada dua khalifah. Pertamanya ialah Abu al-Abbas

al-Saffah (750-754M) adalah pemerintahan secara berpusat. Antara dua khalifah ini,

Abu Jaafar al-Mansur yang gigih dalam membina Kerajaan Bani Abbasiah. Beliau

menggunakan gelaran al-Mansur yang bermaksud ‘yang dimenangkan’.

Bagi memantapkan polisi kerajaan, beliau memerangi lawan-lawannya seperti

Bani Umaiyah, khawarij dan Syiah dengan bersungguh-sungguh. Beliau

menyingkirkan tokoh-tokoh yang menjadi musuh politiknya. Beliau membunuh

Abdullah bin Ali dan Soleh bin Ali, bapa saudaranya sendiri yang dilantik menjadi

gabenor di Syria dan Mesir oleh khalifah sebelumnya. Pembunuhan dilakukan oleh

orang suruhannya Abu Muslim al-Khurasani. Al-Khurasani kemudian dihukum mati

pada 755 M kerana khuatir akan menjadi musuhnya pada kemudian hari.

22
Ibid hlm 21
Bagi meneruskan kerajaannya, al-Mansur mengambil strategi yang berbeza

dengan Kerajaan Bani Umaiyah. Beliau menjalin hubunan dengan Parsi dan menyusun

struktur pemerintahan. Pertamanya, beliau memindahkan ibu kota dari Damaskus ke

Baghdad, berdekatan dengan ibu kota Parsi pada tahun 762 M. Keduanya, tentera

pengawal diambil dari kalangan orang-orang Parsi, bukan lagi orang Arab. Ketiganya,

beliau memulakan tradisi baru dengan melantik menteri menjadi ketua-ketua jabatan

seperti dalam pentadbiran pemerintahan Parsi. Antaranya Khalid bin Barmak yang

berasal dari Balkh di Parsi. Keluarga Khalid bin Barmak ini kemudiannya menjadi

salah satu sumber perkembangan ilmu pengetahuan kepada Bani Abbasiah.Keempat,

beliau menjadikan Muhammad bin Abdul Rahman sebagai Ketua Hakim Negara.

Beliau memperbaiki sistem komunikasi antara wilayah dengan cara menambah fungsi

Jabatan Pos. Antaranya melaporkan hal ehwal gabenor-gabenor kepada khalifah yang

sebelum ini tidak dilakukan.

Tidak hanya melakukan kekuatan dalam wilayah, al-Mansur juga berusaha

menguasai semula daerah-daerah yang sebelumya melepaskan diri daripada

pemerintahan pusat dan menawan daerah-daerah di perbatasan. Usaha-usaha yang

dilakukan termasuklah merebut daerah-daerah di Asia, Kota Malatia, Coppadocia dan

Cicilia pada tahun 756-758 M. Tentera al-Mansur mengawal keamanan di

Pergunungan Taurus dan daerah selatan Bosporus di wilayah utara ibu kota. Al-

Mansur melakukan perdamaian dengan Maharaja Contantine V. Bagi menawan

beberapa wilayahnya, tentera al-Mansur berperang dengan tentera Turki Khazar di

Kaukus, Daylami di laut Kaspia, Turki di bahagian lain Oxus dan India.23

23
Mohamad Nurhakim. Jatuhnya Sebuah Tamadun.2008. PTS Publications & Distributors Sdn Bhd. Selangor hlm
81.
Bagi mengukuhkan kedudukannya di mata rakyat, al-Mansur menggunakan nama

yang disahkan oleh pandangan teoologis. Beliau menamakan dirinya sebagai “Sultan

Allah fi al-Ardi” (Kekuasaan Allah di Muka Bumi) dan menggunakan gelaran al-

Mansur untuk dirinya sendiri. Tradisi seperti ini kemudian diteruskan oleh para

khalifah Kerajaan Bani Abbasiah.

Kedua-dua khalifah terdahulu berjaya meletakkan dasar-dasar asas kerajaan,

beberapa khalifah berikutnya meneruskan dasar itu hingga Kerajaan Bani Abbasiah

berjaya mencapai zaman keemasannya. Antaranya, al-Mahdi (775-785 M), al-

Makmun (813-833M), al- Mu’tashim (833-842 M), al-Watsiq (842-847M) dan al-

Mutawakkil (847-861 M)

Al-Mahdi berjaya meningkatkan ekonomi negara dengan cara memperbaiki

sistem pertanian dan perdagangan. Sistem pengairan dibaiki, pengeluaran gandum,

beras, kurma dan zaitun meningkat. Sistem perdagangan antara wilayah Timur dan

Barat juga meningkat dengan hasil pertanian dan barang-barang perlombongan seperti

perak, emas, tembaga dan besi.

Pada zaman Harun al-Rasyid dan puteranya al-Makmun, kerajaan mengalami

puncak kemajuan dalam bidang ilmu pengetahuan, kebudayaan dan ekonomi. Harun

al-Rasyid memanfaatkan kemajuan ekonomi bagi keperluan sosial seperti mendirikan

hospital,pusat pendidikan, perubatan dan farmasi.24 Kemudahan-kemudahan umum

seperti tempat-tempat mandi dan tempat-tempat belajar untuk masyarakat turut

didirikan.

24
Ibid hlm 84
Infrastruktur yang disediakan dengan lengkap oleh Harun al-Rasyid diteruskan

oleh al-Makmun khususnya dalam bidang pendidikan, ilmu pengetahuan serta

kebudayaan. Beliau mendirikan Bait al-Hikmah sebagai pusat pendidikan,

perpustakaan, penterjemahan dan penyelidikan. Sebagai pencinta ilmu, al-Makmun

memiliki perpustakaan dan sekolah peribadi di lingkungan istana yang berkualiti. Para

sarjana Islam, pengkaji serta pujangga berkumpul di situ dan melahirkan pelbagai ilmu

pengetahuan.

Apabila al-Mu’tasim, anak daripada ibu yang berasal dari Turki menjadi khalifah,

beliau melakukan teknik yang berbeza dengan khalifah-khalifah terdahulu. Beliau

tidak lagi mengamalkan pengaruh Parsi sebaliknya memasukkan pengaruh-pengaruh

Turki ke dalam pemerintahan Bani Abbasiah.25 Beliau melatih orang Turki secara

professional menjadi pengawalnya dan mengangkat senjata sebagai tentera upahan.

Tentera pengawal Turki pula menggunakan peluang ini bagi meraih pengaruh di istana

dan menjadikan khalifah-khalifah hanya sebagai boneka. Akhirnya, pemerintahan

jatuh ke tangan para perwira dan tentera Turki, bukan lagi para khalifah. Bagi

melepaskan pengaruh Turki ini,khalifah berikutnya al-watsiq, berpindah dari Baghdad

dan mendirikan ibu kota Samarra atau ‘Surra man ra’a’ yang bermaksud gembiralah

mereka yang melihatnya. Di Baghdad, khalifah-khalifah semakin mudah dikuasai oleh

tentera Turki.

Al-Mutawakkil adalah khalifah besar terakhir di zaman kejayaan Bani Abbasiah.

Khalifah-khalifah selepasnya lemah dan tdak dapat melawan kehendak tentera.

Akhirnya, khalifah al-Mu’tadid (870-892 M) memindahkan semula ibu kota ke

25
Ibid hlm 84
Baghdad. Dari zaman al-Mutawakkil hingga khalifah yang terakhir, al-Musta’sim

(1242-1258 M), corak pemerintahan dan politik mengalami disintegrasi. Akhirnya,

kerajaan mengalami kemunduran dan kejatuhan apabila tentera Haulagu dari Mongolia

melancarkan serangan pada 1258 M.

4.2.2 PERKEMBANGAN SAINS DAN KEBUDAYAAN

Berkat hubungan dunia luar khususnya dengan Parsi, Bani Abbasiah maju dalam

bidang sains dan kebudayaan. Sains dan kebudayaan mengalami puncak kejayaannnya

apabila dibandingkan dengan masa sebelum dan sesudahnya. Hal ini kerana khalifah

al-Makmun yang berfahaman Mu’tazilah mencintai ilmu pengetahuan. Hasilnya,

terbina Baitul Hikmah yang berfungsi sebagai perpustakaan, akademi pendidikan,

pusat penterjemahan dan pusat penyelidikan. Perpustakaan peribadi khalifah dan pusat

pendidikan didirikan di lingkungan istana, tempat para ulama, ilmuwan dan para

pujangga berkumpul.

Selain itu, khalifah memasukkan beberapa pakar daripada orang Parsi seperti

keluarga Khalid bin Barmak yang seterusnya mengembangkan ilmu di lingkungan

istana. Di samping itu, Khalifah Harun al-Rasyid berkahwin dengan perempuan Parsi.

Lalu lahirlah keturunan khalifah yang cinta kepada ilmu dan kebudayaan.

Hasil kejayaan penyebaran Islam ke pelbagai wilayah yang baru, umat Islam

terdedah kepada bermacam-macam budaya lain seperti Yunani dan Parsi. Ini menarik

minat mereka bagi mengkaji falsafah dan ilmu pengetahuan yang baru baginya. Ini

sesuai pula dengan ajaran islam yang sentiasa mendorong umatnya mencari dan

mengembangkan ilmu pengetahuan. Sejarah menunjukkan perkembangan ilmu-ilmu


pengetahuan, falsafah, agama dan sains seperti kedoktoran, matematik, optik, geografi,

fizik, astronomi, bahasa dan sejarah.26

Dalam bidang sains, lahir pakar-pakar seperti al-Fazari, astronomi Muslim

pertama menciptakan astrolob, Al-Farghani berjaya menyusun buku ringkasan

astrronomi yang kemudian diterjemahkan ke bahasa Latin oleh Gerard Cremona. Al-

Haytam, pakar optik yang menemukan teori benda mengirim cahaya ke mata, bukan

mata mengirim cahaya ke suatu benda seperti teori sebelumnya. Dalam bidang kimia,

lahir Jabir bin Hayyan, tokoh Aljabar dan juga al-Razi, pengarang buku kimia yang

terkenal yang mana kandungan bukunya baru dijumpai pada abad 20 di Eropah. Dalam

bidang fizik, lahir al-Bairuni yang mengatakan bumi berputar pada paksinya, sebelum

pendapat itu dikemukakan oleh Galilio.

Sementara itu, dalam bidang geografi pula, lahir pelapor seperti al-Mas’udi yang

menulis hasil pengembaraannya ke pelbagai dunia Islam pada abad ke-10 di dalam

bukunya Muruj al-Zahab. Seterusnya, tokoh-tokoh pengembaraan lain seperti Ibn

Hauqal, al-Bairuni dan Abu Hasan.27

Al-Razi, al-Farabi, Ibnu Sina dan Ibn Rushd juga adalah doctor pakar yang

terkenal di kalangan Muslim mahupun bukan Muslim. Al-Razi terkenal di Eropah

dengan bukunya al-Hawi. Lebih daripada 20 jilid bukunya menceritakan tentang

pelbagai cabang ilmu kedoktoran. Ibn Sina, terkenal dengan bukunya Al-Qanun fi al-

Tib.28 Buku ini diterjemahkan ke dalam bahasa Latin, diulang cetak sebanyak berpuluh

kali dan digunakan di Eropah hingga pertengahan abad ke-17. Di samping itu, beliau
26
Ibid hlm 87
27
Ibid hlm 90
28
Ibid hlm 90
juga mengarang buku Al-Syifa’, tentang fizik, metafisik dan matematik yang

berjumlah 18 jilid.

4.3 TAHAP KEGEMILANGAN TAMADUN ISLAM

Pada tahap ini, tamadun yang dicirikan oleh kehidupan yang mewah dengan binaan

bangunan-bangunan melambangkan keagungan sesebuah tamadun. Hal ini dapat dilihat

melalui pelonggokan harta, pangkat, kuasa dan pembinaan monument atau tugu. Menurut Ibn

Khaldun, seni bina merupakan asas kepada sesebuah tamadun. Banyak sejarawan moden

seperti Tonybee, Kluckhohn, Renfrew dan lain-lain juga turut bersetuju dengan pendapat Ibn

Khaldun. Hal ini dapat dilihat dengan kedatangan pemimpin-pemimpin islam dan pengikit-

pengikutnya ke bandar merupakan perangsang bagi perkembangan bandar.

Misalnya khalifah dan sultan mengasaskan bandar dengan membina tugu-tugu yang

besar. Dengan itu, mereka kan menjadi penganjur ‘urbanisme’ sebagai pengasas seni bina

Islam. Hal ini demikian keranan, bandar-bandar islam menjadi pusat Tamadun Islam dan

telah memancarkan sinarnya ke kawasan-kawasan pinggir dan luar kota. Monumen-

monumen ini bertujuan untuk menunjukkan kecermelangan dan kewujudan sesuatu tamadun

tersebut.29 Terdapat beberapa faktor kegemilangan Tamadun Islam antaranya ialah hubungan

perdagangan dan kehidupan bandar, kesenian dan sebagainya.

4.3.1 FAKTOR KESENIAN

Zaman Keemasan kesenian Islam berlangsung dari tahun 750 hingga abad ke-16,

apabila seni tembikar, kaca, seni logam, tekstil, manuskrip berhias dan pertukangan

kayu berkembang maju. Sepuh berkilat merupakan sumbangan Islam yang terunggul

29
Mohd Syariefudin Abdullah,2009.Kenegaraan dan ketamadunan.Oxford Fajar Sdn.Bhd.Selangor,hlm 21
kepada seni tembikar. Manuskrip berhias menjadi suatu seni yang penting dan amat

dihormati, dan lukisan potret kenit berkembang maju di Parsi. Seni khat, salah satu

aspek tulisan Arab yang penting, berkembang dalam manuskrip dan perhiasan seni

bina. Perkembangan kesenian ini telah memyebabkan kerajaan islam kian maju ekoran

pendapatan yang lumayan.

4.3.2 Faktor perdagangan dan kehidupan bandar

Sejak awal-awal lagi, asas tamadun Islam adalah berdasarkan kehidupan bandar

dan perdagangan, dan pertambahan penduduknya dan kemajuan pertaniannya

dicerminkan melalui rangkaian perdagangan sedunianya. Bandar-bandar Islam yang

berkembang secara tidak terkawal menghasilkan jalan-jalan yang sempit serta berliku-

liku di bandar dan kawasan-kawasan perumahan dipisahkan oleh perbezaan latar

belakang etnik dan hubungan keagamaan. Kualiti-kualiti ini ternyata cekap untuk

menghantar barangan ulang-alik dari pusat komersil besar sambil mengekalkan

kebersendirian yang dititikberatkan oleh kehidupan keluarga Islam. Subbandar-

subbandar yang berada di sebelah luar dinding kota terdiri dari kawasan perumahan

komuniti orang-orang kaya hingga ke kawasan separa sesak kelas pekerja.

Kawasan pembuangan sampah bandar terletak jauh dari bandar, begitu juga

dengan tapak perkuburan yang sering dijadikan kediaman untuk penjenayah dan

pelacur. Satu tempat menunaikan solat dapat dijumpai berhampiran salah satu pintu-

pintu utama untuk perayaan keagamaan dan pelaksanaan hukuman bunuh awam.

Serupa dengannya, tempat latihan tentera juga dapat dijumpai berdekatan satu pintu

utama.Walaupun berbeza dari segi rupa muka bumi akibat iklim dan tradisi setempat
sebelumnya, bandar-bandar Islam hampir selalu dikuasai kelas pertengahan saudagar.

Kesetiaan sesetengah orang terhadap kawasan kejiranan mereka amat kuat,

membayangkan etnik dan agama, manakala rasa kewarganegaraan kadang kala bukan

sesuatu yang biasa.

Keluarga luas menyediakan asas untuk program sosial, urusan perniagaan dan

perundingan dengan pihak berkuasa. Sebahagian unit ekonomi dan sosial ini sering kali

merupakan penyewa kepada bangsawan kaya. Kuasa negeri biasanya tertumpu di Dar

al Imara iaitu pejabat gabenor di dalam istana. Istana-istana ini mencuar tinggi

melampaui kota yang dibina hasil daripada ribuan tahun penempatan manusia. Fungsi

utama gabenor kota adalah untuk memberi perlindungan dan mengekalkan keteraturan

undang-undang. Sistem ini adalah bertanggungjawab atas berlakunya percampuran

pemerintahan autokrasi dengan pemerintahan autonomi di dalam kota.

Setiap kawasan perumahan dan kebanyakan blok rumah pangsa besar telah

melantik seorang wakil untuk berurusan dengan pihak berkuasa bandaraya. Kawasan-

kawasan perumahan ini juga dijangka untuk membentuk pemuda-pemudi mereka

menjadi militia untuk melindungi kawasan perumahan mereka sendiri, dan juga sebagai

bantuan kepada tentera profesional untuk mempertahankan kota secara menyeluruh.

Selain itu, Ketua sesebuah keluarga diberi kuasa dalam pengurusan rumah

tangganya tetapi kadi atau hakim boleh membincangkan dan menyelesaikan masalah

dalam isu permasalahan sesama keluarga dan dengan keluarga lain. Dua wakil kanan

kuasa perbandaran ialah kadi dan muhtasib. Mereka bertanggungjawab atas

kebanyakan isu termasuklah kualiti bekalan air, penyelengaraan jalan raya, mengawal
peletusan wabak penyakit, mengawasi pasar-pasar, dan pelaksanaan upacara

pengebumian.

Lagi satu aspek kehidupan bandar Islam ialah wakaf, sesuatu amal kebajikan

keagamaan yang terus berurusan dengan kadi dan imam. Melalui derma, kebanyakan

tempat mandi awam dan kilang dibina dan hasilnya digunakan untuk membiayai

pendidikan serta membekalkan pengairan untuk dusun luar bandar. Mengikuti

pengembangan, sistem ini diperkenalkan kepada masyarakat Eropah Timur oleh

kerajaan Turki Uthmaniyyah kecuali semua yayasan agama atau kepercayaan yang

tidak membayar perlu cukai dalam dunia Islam, orang awam perlu membayar cukai

kepada majlis perbandaran, askar kepada pemerintah tertinggi dan tuan tanah kepada

bendahari negeri. Cukai juga dikenakan keatas lelaki bujang sehingga dia berkahwin.

Ini berbeza dengan zakat, zakat merupakan derma kebaikan yang wajib terhadap

seseorang Muslim kepada golongan-golongan tertentu, manakala orang bukan Islam

perlu membayar jizyah, seperti cukai kepala.

Binatang ternakan yang dibawa ke bandar untuk penyembelihan dihadkan pada

kawasan di luar bandar sahaja, begitu juga dengan industri lain yang dianggap kurang

bersih. Manakala barang berharga diletakkan berdekatan dengan pusat bandar. Hal ini

menyebabkan penjual buku dan tukang emas tertumpu di sekeliling masjid utama di

pusat bandar.

Persatuan-persatuan (seperti kesatuan pekerja yang melindungi hak pedagang)

tidak diiktiraf secara rasmi oleh kota Islam zaman pertengahan, tetapi urusan

perdagangan dikawal-selia oleh penyelia yang diiktiraf oleh majlis perbandaran. Setiap
urusan perdagangan dijalankan dengan identiti tersendiri, ahli-ahlinya akan

mengunjungi masjid yang sama, dan berkhidmat bersama dalam ketenteraan.

Hamba pula kadang-kala diupah dalam perladangan tebu gula dan perlombongan

garam, walau bagaimanapun terdapat juga hamba yang diupah lebih kepada menjadi

pembantu di rumah atau askar upahan.Teknologi dan perindustrian tamadun Islam amat

maju sekali. Teknik penyulingan telah membantu meningkatkan mutu industri minyak

wangi, terdapat juga bahan kimia sepuh seramik yang dibuat dengan giat untuk

bersaing dengan seramik-seramik yang diimport daripada China. Pendekatan saintifik

dalam bidang kaji logam memudahkan kerja menyerap dan meningkatkan mutu

teknologi besi daripada India dan China. Eksport utama terdiri daripada perusahan dan

perkilangan barangan mewah, seperti ukiran kayu, logam dan kaca, tekstil, dan

seramik.

Sistem kontrak telah digunakan oleh pedagang-pedagang amat berkesan.

Pedagang akan membeli dan menjual untuk komisen, dengan wang yang dilaburkan

kepada mereka oleh pelabur-pelabur yang kaya, atau perkongsian perlaburan bersama

beberapa pedagang, yang terdiri daripada Muslim, Nasrani, dan Yahudi. Baru-baru ini,

dokumen-dokumen yang ditemui dalam tinggalan sinagog di Mesir menyatakan dengan

terperinci tentang pedagang-pedagang dan kehidupan manusia yang gemilang pada

zaman pertengahan di Timur Tengah. Perkongsian perniagaan dipupuk untuk tujuan

usaha perniagaan komersil, dan ikatan yang erat antara pedagang-pedagang telah

membolehkan rangkaian urusan perniagaan yang luas di tempat-tempat yang jauh.


Rangkaian ini dibangunkan semasa wang boleh didebitkan di Baghdad dan

dikreditkan di Sepanyol, mewujudkan sistem cek yang ada pada hari ini. Setiap kali

barangan melalui bandar, barangan akan dikenakan cukai, hal ini meningkatkan harga

barang dengan tinggi sebelum tiba ke destinasi akhir. Walau bagaimanapun, dalam

dunia Islam ketika itu, umat Islam mempunyai sumber yang mencukupi tanpa

bergantung kepada pasaran luar pada zaman ini. Pengangkutan adalah mudah tetapi

sangat berkesan. Setiap bandar mempunyai tempat di luar gerbang masuk untuk haiwan

dihimpunkan, iaitu tempat pusat membeli-belah atau pasaraya di bandar dengan

kemudahan gudang-gudang yang selamat, terdapat juga kemudahan-kemudahan yang

disediakan untuk pedagang-pedagang di bandar, di samping tempat-tempat untuk

berurus niaga di sepanjang jalan perdagangan seperti rumah penginapan zaman

pertengahan.

Selain daripada sungai Nil, Tigris dan Furat, sungai lain yang dilayari amat

kurang, maka pengangkutan adalah tertumpu kepada pengangkutan laut. Sains-sains

pengemudian telah dimajukan menggunakan sekstan asas yang dikenali sebagai kamal

untuk mengukur ketinggian bintang, dan kompas magnet. Dengan penggunaan semua

kelengkapan ini dengan bantuan peta, pelayar dapat melayari lautan berbanding

daripada pelayaran sebelum ini yang hanya tertumpu pada persisiran pantai. Pelayar

Muslim juga telah memperkenalkan kapal layar bertiang tiga kepada

penduduk Mediterranean.

Malah kapal layar (caravel) Christopher Columbus sebenarnya direka bentuk

mengikut rekaan kapal layar orang Islam Andalusia. Terusan buatan untuk

menghubungkan sungai Nil dengan Teluk Suez telah dibina, dan sebaliknya terusan ini
juga menghubungkan laut merah dengan Mediterranean walaupun ia dinaiki lumpur

beberapa kali.

Mengikut tradisi, Nabi Muhammad s.a.w. telah bernasihat kepada umatnya

supaya "menuntut ilmu biarlah sampai ke negeri China". Tidak lama selepas kewafatan

Muhammad s.a.w., iaitu ketika Zaman Keemasan Islam, telah wujud pengembaraan dan

penghijrahan ke tempat yang jauh. Sebagai contoh, Ala'eddin, telah diberi penghargaan

dalam sejarah rasmi dinasti Yuan China , keranq telah membina Manjanik

berpengimbau (counterweight trebuchet) untuk Kublai Khan.

4.4 ZAMAN KEMEROSOTAN

Pada tahap ini, pepecahan politik dan ekonomi ditunjukkan. Hal ini demikian kerana,

raja atau ketua akan membazirkan khazanah negara untuk keseronokan, berfoya-foya,

penentangan dan berlaku konflik dalaman serta pemberontakan dalam kalangan rakyat jelata.

Bukan itu sahaja, rakyat juga akan menderita dan miskin tetapi golongan atasan akan hidup

dalam kemewahan dan pembaziran. Disebabkan itu, taraf kehidupan rakyat miskin tidak akan

meningkat kerana pemerintah hanya mementingkan diri sahaja tanpa memikirkan

kepentingan rakyat. Disebabkan itu, semangat kekitaan akan luntur manakala sistem ekonomi

juga turut mengalami kemerosotan.

Akhirnya, keadaan ini akan membawa kepada satu pemusnahan oleh satu puak yang

baharu kepada satu tamadun atau kitaran yang baharu lagi. Terdapat beberapa faktor yang

menyebabkan kemerosotan.30 Faktor kemasukan didominasi kekuatan luar ke dalam pusat

pemerintahan Baghdad. Ini menjadikan kedudukan Khalifah sebagai boneka kepada kuasa

30
Ibid 21
tentera. Khalifah hanya berkuasa atas nama Kerajaan Bani Abbasiyah tetapi urusan

pemerintahan diuruskan oleh bahagian lain. Sejak awal lagi kerajaan Abbasiyah

memasukkan unsur-unsur bukan Arab seperti unsur Parsi dan unsur Turki. Disebabkan itu,

unsur-unsur ini telah mempengaruhi dalam bidang pentadbiran.

Selain itu, sumber pendapatan Kerajaan Bani Abbasiyyah juga daripada hasil kutipan

cukai wilayah dan pertanian. Apabila banyak wilayah yang melepaskan diri, maka jumlah

bayaran pajak daripada wilayah semakin berkurang. Bagi mengelak kerugian, pemerintah

telah mengarahkan tentera memungut cukai secara paksa. Menurut Jurji Zaidan, pendapatan

Bani Abbasyyah menurun kerana para pengutip cukai memonopoli hasil cukai. Pertanian

pula terganggu kerana lumpur menimbus sistem pengairan. Misalnya, Sungai Nahrawan

mengalami kerosakan besar akibat perang dan salurannya tidak diperbaiki. Disebabkan itu,

kerajaan Abbasiyyah tidak dapat bertahan ekoran masalah yang berlaku ini.31

4. KESIMPULAN
Bagi memupuk kesedaran berbudaya ilmu didalam masyarakat bukanlah satu impian

yang terlalu ideal atau mustahil untuk dicapai. Sejarah silam telah mengajar generasi kini

bagaimana generasi terdahulu pernah mencapai pelbagai bidang keilmuan. Hal ini dapat dilihat

melalui Teori Perkembangan 4 peringkat kitaran Tamadun Ibn Khaldun yang telah menjelaskan

secara terperinci mengenai kebangkitan sehinggalah kejatuhan sesebuah tamadun. Melalui

semangat Assabiyah iaitu semangat cintakan bangsa, menjadi permulaan kepada pembangunan

31
Mohammad Nurhakim,2008.Jaruhnya sebuah tamadun.PTS Publication & Distributor Sdn.Bhd. Selangor, hlm 90-
92
sesebuah pemerintahan dimana seorang pemerintah akan dilantik dan akan diikuti dengan

kemajuan teknologi. Peningkatan taraf hidup masyarakat sehingga membawa kekayaan

melebihi apa yang diperlukan oleh masyarakat telah mencetuskan sikap yang negatif, biadap,

membazir dan sebagainya membawa kepada keruntuhan sesebuah Tamadun tersebut. Sekiranya,

pemerintah tidak menpunyai kesedaran dan masih lagi hidup dlam kelalaian Tamadun itu akan

merosot secara berterusan. Malahan, cabaran-cabaran yang telah diungkap dalam proses

perjalanan sesebuah tamadun secara tidak langsung telah menunjukkan bagaimana sesebuah

tamadun boleh mengalami kemerosotan. Ternyata cabaran-cabaran dalam pembinaan tamadun

iaitu dari segi agama, bangsa dan budaya akan menjadi masalah yang besar sekiranya tidak

diatasi dengan segera sama oleh pemimpin atau masyarakat dalam tamadun itu sendiri. Melalui

pemikiran yang diperkenalkan oleh Ibn Khaldun, generasi seterusnya dapat menjadikan Teori

Kitaran Tamadun sebagai satu panduan dan pengajaran. Selain itu, Ibn Khaldun juga telah

membuktikan bahawa unsur spiritual seperti keagamaan memainkan peranan yang penting

dalam mengekalkan keamanan dalam sesebuah tamadun. Penerapan Nilai agama dalam

sesebuah masyarakat dapat menghindarkan mereka daripada menanam sikap-sikap dan budaya-

budaya negatif sehingga berleluasa dan menjadi amalan kebiasaan masyarakat sehingga

menyebabkan jatuhnya sesebuah Tamadun.

5. BIBLIOGRAFI

Ahmadie Thoha (penterjemah). 2001. Muqaddimah Ibn Khaldun. Jakarta: Pustaka Firdaus

Azizan Baharuddin, Zaid Ahmad, Nurdeng Deuraseh, Sri Rahayu Ismail dan Haslinda Abdullah.
2009. Pemikiran Ibn Khaldun & Relevansinva Dalam Tamadun Kontemporari. Universiti
Putera Malaysia: Perpustakaan Negara

Esa Khalid.2001.Konsep Tamadun Islam Sains Dan Teknologi.Universiti Teknologi Malaysia.


Fadhlullah Jamil.2007. Islam di Asia Barat moden, penjajahan dan pergolakan. Shah Alam:
Karisma Publication Sdn. Bhd

Mohamad Nurhakim.2008. Jatuhnya Sebuah Tamadun. Kuala Lumpur: PTS Publication &
Distributors Sdn. Bhd.

Mohammad Abdullah Enan .2012. Ibnu Khaldun Riwayat Hidup dan Karyanya. Kuala Lumpur:
InstitutTerjemahan Negara Malaysia.

Mohd Saleeh Rahamad.2014.Satera Teras Negera Bangsa.Kuala Lumpur: Institusi Terjemahan


& Buku Malaysia Berhad.

Mohd Syariefudin Abdullah.2009. Kenegaraan dan Ketamadunan. Oxford Fajar Sdn.Bhn.


Selangor.

Muhd. Yusof Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahaya.1988. Sejarawan dan Pensejarahan
Ketokohandan Karya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ros Aiza Mohd Mokhtar, Abd Hakim Mohad, Dg Hafizah Ag Basir dan Siti Halimah Putung.
2012. Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Universiti Malaya: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Syafiq A. Mughni.1997. Sejarah Kebudayaan Islam. Jakarta: Logos Wacana Ilmu.

Wan Abdullah Haji Wan Mahmood.1991.Sejarah Tamadun Islam.Kuala Lumur: BIROTEKS


ITM

You might also like