You are on page 1of 28

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR

JABATAN PENDIDIKAN JASMANI, KESIHATAN DAN


KOKURIKULUM

TAHUN AKADEMIK : Semester 1 / 2021

TUGASAN KERJA KURSUS


(INDIVIDU)

PKES3013
PENDIDIKAN SEKSUALITI DAN KEKELUARGAAN

PROGRAM : PPISMP
AMBILAN: JUN 2020
SEMESTER: SATU

NAMA PENSYARAH: TUN HJ.ABD HALIM BIN MD


SALLEH

NAMA PELAJAR: RAAJESWARI A/P SELVARAJA


ANGKA GILIRAN: 2021152340157
NO KAD PENGENALAN: 020811070562

TARIKH HANTAR: 17 OGOS 2021

Pengesahan pelajar:
Saya mengesahkan bahawa maklum balas telah diberikan oleh
pensyarah.

Catatan (jika ada)


Tandatangan Pelajar: Tarikh:
BIODATA PELAJAR

NAMA : RAAJESWARI A/P SELVARAJA

ANGKA GILIRAN : 2021152340157

NO.KAD PENGENALAN : 020811-07-0562

KUMPULAN / UNIT : PENDIDIKAN JASMANI (PJMS3)

KURSUS / SEMESTER : PISMP – SEMESTER 1

AMBILAN : JUN 2020

KOD : PKES3013

NAMA PENSYARAH AKADEMIK : TUN HJ.ABD HALIM BIN MD SALLEH

TARIKH HANTAR : 17 OGOS 2021

ALAMAT E-MEL : raajes1118@gmail.com

ALAMAT RUMAH : NO 5 ,LORONG SERI BISTARI 12,


TAMAN SERI BISTARI,
14300 NIBONG TEBAL,
PULAU PINANG.

NO.TELEFON : 011-24269542
HALAMAN JUDUL

PENDIDIKAN SEKSUALITI DAN KEKELUARGAAN


JABATAN PENDIDIKAN JASMANI, KESIHATAN DAN KOKURIKULUM
IPG KAMPUS RAJA MELEWAR
HALAMAN PENGAKUAN

“Saya akui ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap – tiap
satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan: :
Nama : RAAJESWARI A/P SELVARAJA
Tarikh : 11/08/2021
PENGHARGAAN

Syukur kepada tuhan kerana telah mengurniakan saya kekuatan, kesihatan dan
masa yang mencukup untuk menyiapkan tugasan kerja kursus ini seperti yang
dikehendaki dalam masa yang telah ditetapkan.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah iaitu atas segala
bimbingan, teguran, panduan dan penerangan teliti yang telah beliau memberikan
kepada saya supaya saya dapat menyiapkan tugasan kerja kursus ini dengan baik dan
sempurna.

Selain itu, saya juga ingin mengucap sekian terima kasih kepada ahli keluarga
saya kerana, mereka telah memberi banyak sokongan kepada saya untuk menyiapkan
tugasan kerja kursus ini.

Bukan itu sahaja, saya juga ingin mengucapkan sekian terima kasih kepada rakan-rakan
yang telah memberi banyak kerjasama, sokongan, dan nasihat semasa membuat tugasan ini
agar saya dapat menyiapkan tugasan kerja kursus ini dalam tempoh yang diberikan.

Kesimpulannya, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak
atas kerjasama yang telah diberikan kepada saya. Saya sangat menghargai sokongan dan
dorongan yang telah diberikan dalam membantu saya menyiapkan tugasan kerja kursus ini.
ISI KANDUGAN

NO TAJUK

1.0 PENGENALAN

2.0 PERANAN DIRI DALAM MENGETAHUI ASPEK-ASPEK SEKSUALITI,


KESAHIHAN GENDER DAN SIFAT-SIFAT GENDER

2.1 Aspek-aspek seksualiti


2.2 Kesahihan gender dan sifat-sifat gender

3.0 MASALAH GENDER MENGIKUT ISU SEMASA


3.1 Isu LGBT
3.2 Diskriminasi gender di Malaysia

4.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH GENDER


4.1 Langkah mengatasi isu LGBT
4.2 Langkah mengatasi diskriminasi gender di Malaysia

5.0 PENUTUP
RUJUKAN
1.0 PENGENALAN

Dalam era globalisasi kini yang mencabar akal dan minda, sering kali kita dengar isu
seksualiti dalam kalangan remaja semakin berleluasa. Masalah ini sebenarnya merupakan
masalah utama negara kita dan perkara ini sangat membimbangkan pelbagai pihak terutama
yang melibatkan masalah gender. Menurut Alphonsus (2003), seks dilihat sebagai satu kuasa
dalaman yang utama dalam mengarah dan mempengaruhi tingkah laku manusia. Beliau juga
menyatakan bahawa peranan seks menjadi bertambah penting dengan teori psikoanalisis
oleh Sigmund Freud tentang tenaga libido (Alphonsus, 2003). Seks merupakan satu
keperluan asas dalam kehidupan setiap manusia. Tingkah laku seks merujuk kepada satu
persenyawaan, persetubuhan dan deria sentuhan kulit secara keseluruhan. Tingkah laku seks
bukanlah satu percantuman dari segi badan sahaja, malah ia melibatkan juga percantuman
minda dan jiwa dua individu yang terlibat dalam hubungan seks. Ia adalah satu tingkah laku
yang suci dalam membentuk generasi seterusnya.

Seksualiti ini merupakan proses sepanjang hayat bagi setiap manusia bermula dari
kelahirannya sehingga kematiannya. Seksualiti setiap individu dibentuk oleh nilai kendiri yang
dipengaruhi oleh keluarga , rakan , media , agama, budaya, persekitaran, dan undang-undang
masyarakat . Perkara ini bukan sekadar hubungan seks semata-mata tetapi meliputi aspek
perasaan, emosi , pemikiran , tingkah laku sebagai seorang wanita atau lelaki , identiti seksual
dan orientasi seksual. Perasaan ini merangkumi aspek perkembangan manusia yang
bersifat multi dimensi dan komprehensif, iaitu selain mengenai fungsi anatomi, fisiologi
dan biokimia sistem respons seksual manusia , seksualiti juga merangkumi aspek kognitif
,dan tingkah laku manusia seperti membina hubungan interpersonal yang sihat dan
berkemahiran komunikasi yang efektif (Khadijah Rohani Mohd. Yunus, 2008; Kong & Tan,
2010; Sex Education Council of the United States [SIECUS], 2004).

Pada era globalisasi ini, ramai yang lebih terbuka dalam membicarakan perihal seks
dari pelbagai sudut dan perspektif walaupun masih ada yang menganggap ia sesuatu yang
tabu dan tidak manis diperkatakan, terutamanya oleh mereka yang belum berkahwin. Dalam
hal ini, masyarakat Malaysia masih lagi menganggap seks sebagai satu aspek yang tidak
boleh dibincangkan secara terbuka di antara satu sama lain. Ini kerana, masyarakat Malaysia
masih melihat seks sebagai unsur negatif dan bersikap konservatif terhadap isu-isu yang
berkaitan dengan hubungan atau tingkah laku seks seperti hubungan seks sebelum kahwin,
seks bebas, homoseksual dan merancap (Somasundram, 1978). Sikap melihat topik ini
sebagai sesuatu yang ‘haram’ dibincangkan perlu diubah dengan segera. Ia harus
dibincangkan dengan terbuka dalam suasana yang matang dan aman. Jika tidak, remaja akan
belajar daripada enjin carian internet seperti ‘Google’ atau di media sosial .Ini tentunya lebih
membimbangkan. Bagi mengatasi isu ini pihak Kementerian Pendidikan Malaysia mangambil
langkah yang drastik dengan mewujudkan Pendidikan seksualiti di sekolah melalui
Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS).

Pendidikan seksualiti pula merupakan pendidikan seumur hidup yang melibatkan


proses memperolehi maklumat, membentuk atribut, kepercayaan dan pegangan nilai
seseorang (SIECUS, 2004). Pendidikan seks dikatakan lebih memfokuskan aspek
reproduktif, perlindungan dan keselamatan fizikal (Ang & Lee, 2013). Manakala pendidikan
seksualiti dilihat lebih luas dengan merangkumi aspek fizikal, rohani, afektif serta nilai dan
budaya (Sinkinson, 2009). Pendidikan seksualiti sebenarnya bertujuan memberikan
pendidikan bagaimana menangani masalah seksual termasuk menghindarkan diri daripada
penganiayaan seksual (Halstead & 2 Reiss, 2003). Pendidikan seksualiti penting kerana
setiap manusia secara semula jadi mempunyai keinginan nafsu, naluri dan syahwat seksual
(Mohd Ismail, 2010).

Perbezaan antara pendidikan seks dan pendidikan seksualiti ialah pendidikan seks
dikatakan meliputi dimensi reproduktif, perlindungan dan keselamatan fizikal manakala
pendidikan seksualiti pula seperti memupuk hubungan dan kesejahteraan personal, aspek
sosial-ekologikal, nilai dan moral, pemupukan pendekatan untuk memahami kesihatan dan
isu-isu seksualiti yang berlaku (Sinkinson, 2009).

Sekiranya dorongan seks ini tidak dapat dikawal , pelbagai masalah lain lagi yang akan
timbul dan mencemarkan imej agama, bangsa, dan negara kita sekaligus melahirkan generasi
yang rosak pemikirannya dengan perkara-perkara yang negatif . Oleh hal yang demikian ,
pihak bertanggungjawab haruslah berganding bahu untuk membendung masalah gender ini
sehingga ke akar umbi supaya mampu menguruskan risiko sepanjang hayat.
2.0 PERANAN DIRI DALAM MENGETAHUI ASPEK-ASPEK SEKSUALITI, KESAHIHAN
GENDER DAN SIFAT-SIFAT GENDER

2.1 Aspek-aspek seksualiti

Setiap individu harus peka dan mengambil berat tentang aspek-aspek seksualiti. Kita
perlu tahu bagaimana mahu mempertahankan diri serta tidak terjebak dengan gejala sosial
berkaitan dengan isu seksualiti. Menurut laman web rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
(2012), terdapat empat aspek seksualiti yang boleh diketengahkan dalam kehidupan manusia
iaitu aspek psikologi,budaya, biologi, dan kerohanian. Keempat-empat aspek ini memberi
pengaruh yang sangat besar dalam kehidupan kita untuk menjadikan seksualiti ini ke arah
yang lebih baik dan selamat.

Seksualiti menurut aspek budaya dipengaruhi oleh norma dan peraturan masyarakat
yang menentukan perilaku yang boleh diterima dalam sesuatu kelompok manusia. Aspek ini
lebih berfokus tentang pandangan sesuatu budaya itu terhadap keperluan seksual serta
perilaku dalam masyarakat . Seperti yang kita sedia maklum , tingkah laku dan pemikiran
seseorang individu itu , dipengaruhi oleh rangkaian sosial mereka dan cenderung untuk
melakukan apa-apa yang digariskan oleh persekitaran mereka . Budaya ini merupakan
pengaruh gaya hidup daripada keluarga, rakan sebaya dan komuniti. Budaya sosial ini
berbeza bagi setiap individu. Sebagai contoh , di Malaysia mereka yang beragama Islam perlu
memakai pakaian yang menutup aurat dan tidak melibatkan sentuhan ketika berkomunikasi
bersama jantina . Budaya inilah yang diikuti juga oleh mereka yang beragama Islam di negara
kita. Generasi muda semakin mengikut trend pakaian budaya Barat seperti crop top , high-
waisted pant dan skinny jeans . Sesetengah fesyen tidak sesuai atau bertentangan dengan
budaya rakyat Malaysia yang menggalakkan agar kaum Wanita untuk berpakaian lebih baik
dan sopan. Pemakaian yang ketat dan menjolok mata telah menyebabkan budaya asal kita
dilupakan sehingga maruah diri sendiri tidak dijaga. Hampir setiap hari kita ‘dihidangkan’
dengan berita mengenai jenayah rogol khususnya membabitkan wanita dari pelbagai lapisan
umur. Ada sesetengah orang yang berpendapat bahawa pakaian menjadi salah satu punca
utama yang menyebabkan seseorang wanita dirogol. Kita mungkin rasa ia merupakan hak
kita untuk berpakaian sesuka hati . Walau bagaimanapun sebagai seorang rakyat Malaysia
yang bertanggungjawab dan menghormati aspek budaya, kita tidak harus memakai pakaian
yang menjolok mata di khalayak ramai. Sebagai seorang individu yang mematuhi budaya
timur ini , kita harus memainkan peranan dengan menghormati tubuh badan sendiri dari segi
cara pemakaian dan penampilan diri bagi menjaga keselamatan diri di rumah dan luar rumah.
Aspek budaya ini juga memberi impak ke atas pendapat dan pandangan seseorang
mengenai isu seksualiti. Kebanyakan masyarakat memandang enteng isu seksualiti ini .
Mereka malu untuk berbincang mengenai isu ini dengan orang lain. Namun , perkara ini
sebenarnya merupakan suatu perkara yang sangat penting untuk diberikan pendedahan
kepada umum . Berdasarkan pemerhatian yang saya lakukan secara menyeluruh ,budaya
masyarakat di Malaysia iaitu kaum Melayu , Cina atau India , hanya ikatan perkahwinan yang
sah sahaja boleh membenarkan dua pasangan yang berlainan jantina melakukan hubungan
seks kerana negara kita masih mengekalkan budaya ketimuran yang mementingkan adab
dan kesopanan. Bagi menjaga keselamatan diri di rumah dan di luar rumah , sebagai seorang
individu yang mementingkan aspek budaya kita mestilah mempunyai jati diri yang kuat untuk
berfikir secara rasional mengenai segala risiko yang kita harus ambil setelah kita melakukan
hubungan seks sama ada sebelum perkahwinan atau sebaliknya. Kita perlulah cakna dengan
persekitaran kita, tidak termakan dengan kata-kata manis pasangan kita mahupun orang yang
tidak dikenali jika mengetahui niat mereka mahu membuat perkara yang tidak baik kepada diri
kita. Hubungan seks yang dilakukan mestilah berlandaskan nilai tanggungjawab antara
kedua-duanya . Contohnya bagi menunjukkan simbol penghormatan anda kepada pasangan
anda , anda tidak harus melakukan hubungan seks dengan pasangan sebelum berkahwin.

Kita beralih pula kepada seksualiti menurut aspek psikologi. Psikologi secara
umumnya bermaksud pemikiran dan perlakuan seseorang atau sesuatu kumpulan tertentu
.Setiap manusia mempunyai pendapat dan pandangan yang berlainan terhadap sesuatu
perkara. Latar belakang keluarga, akademik, budaya, genetik, perbezaan agama merupakan
faktor kita mempunyai perbezaan dari segi pemikiran . Setiap manusia tidak terkecuali
daripada menjadikan seksualiti ke arah yang salah. Sering kita lihat di dada-dada akhbar,
pelbagai isu semasa berkaitan masalah seksual berlaku bukan sahaja dari orang luar malah
dari anggota keluarga sendiri iaitu bapa menjadikan anak perempuannya sebagai tempat
melampiaskan nafsu. Jika, anak perempuan itu dibesarkan dengan cara begitu, tidak mustahil
anak perempuan itu akan memikirkan hubungan seks merupakan hal yang biasa. Perbuatan
sumbang mahram ini akan menjejaskan kesihatan fizikal, mental dan emosi seseorang. Oleh
hal yang demikian , bagi menjaga keselamatan diri di rumah dan di luar rumah kita harus
memainkan peranan dengan mengetahui batas diri kita dengan orang sekeliling termasuklah
ahli keluarga terutamanya kepada berlainan jantina. Kita perlu menerapkan dalam pemikiran
kita bahawa seksualiti bukanlah sesuatu yang salah untuk dibincangkan. Penting bagi
seseorang untuk tahu tentang bahagian badan yang tidak boleh disentuh oleh sesiapa pun
seperti payu dara, kemaluan serta bahagian lain.

Aspek psikologi dalam seksualiti juga bermaksud bagaimana sesuatu situasi


ditafsirkan dapat menentukan bagaimana individu akan bertindak balas terhadap rangsangan
tersebut. Dalam kata lain pula, aspek psikologi adalah pemikiran seseorang individu dalam
menilai rangsangan seksual mereka sama ada secara positif atau negatif. Sebagai contoh,
apabila mencapai akil baligh, seseorang perempuan akan mengalami kitaran haid. Apabila
pemikiran perempuan tersebut mengenai kitaran haid tersebut adalah sesuatu yang boleh
diterima sebagai satu proses dalam kehidupannya, maka perempuan tersebut dapat
menerima gendernya. Ini merupakan menerima dan menilai rangsangan seksual secara
positif. Pemikiran yang sebaliknya, dianggap sebagai menilai rangsangan seksual secara
negatif. Menilai rangsangan seksual diri secara negatif akan meyebabkan seseorang individu
menukar jantina mereka sama ada dari lelaki ke perempuan atau sebaliknya. Oleh hal yang
demikian , sebagai seorang yang bertanggungjawab untuk menjaga diri , kita harus
memainkan peranan diri dengan mendapatkan informasi yang jelas dan tepat mengenai
seksualiti. Pengetahuan dan maklumat mengenai seksualiti dapat diperolehi daripada orang
dewasa yang bertanggungjawab, dan dari punca-punca maklumat yang sahih bagi
memastikan remaja mendapat maklumat yang tepat. Ini akan mempengaruhi tingkah laku
seksual serta kemahiran remaja membuat keputusan. Selain itu , ibu bapa sememangnya
memberi pengaruh utama kepada anak-anak kerana mereka merupakan insan pertama yang
anak-anak jumpa sejak lahir. Bak kata pepatah, anak-anak ibarat kain putih, ibu bapa yang
mencorakkannya. Kasih sayang ibu bapa yang dicurahkan kepada anak-anak yang
berlandaskan ajaran yang betul, mampu mendidik psikologi generasi muda terutama dalam
kalangan remaja untuk bersikap baik dan mempunyai moraliti yang tinggi. Ibu bapa terlebih
dahulu perlu dididik untuk menerapkan pemikiran anak-anak mereka bahawa seksualiti
bukanlah suatu perkara yang salah untuk diperkatakan dan dibincangkan kerana banyak
perkara baik dan manfaat yang boleh kita peroleh bersama. Pemikiran negatif masyarakat
berkaitan isu seksualiti ini sebenarnya disebabkan oleh pelbagai masalah sosial remaja kini
yang menyalahgunakan nafsu seksual mereka terutama yang berkaitan dengan masalah
rogol, sumbang mahram, khalwat, pelacuran, lari rumah kerana mengikut pasangan, dan lain-
lain.

Aspek ketiga yang akan dibincangkan ialah aspek biologi dalam seksualiti manusia.
Dimensi ini bersifat luas bukan sahaja mengenai hubungan seks semata-mata, malah
berfokus kepada penjagaan diri dan organ reproduktif . Aspek ini berkaitan dengan anatomi
dan fungsi organ reproduktif manusia termasuk cara-cara untuk menjaga kesihatan organ
tersebut dan menjadikannya berfungsi secara optimum. Dari segi aspek biologi, hormon-
hormon adalah paling penting dalam seksualiti manusia (Strong, B. (1996). Hal ini dikatakan
demikian kerana, hormon adalah penggerak yang kuat bagi kelakuan seksualiti. Hormon-
hormon seperti androgens, estrogens, dan progestins adalah antara hormon yang
dirembeskan dalam badan lelaki dan perempuan tetapi ada perbezaan dari segi kuantiti yang
dirembeskan bagi kedua-dua jantina tersebut. Munurut kajian yang dijalankan oleh Reinisch
(1991), lelaki mempunyai kandungan androgen yang lebih tinggi di mana hormon tersebut
bertanggungjawab untuk membezakan sistem seksual pembiakan lelaki sebelum kelahiran
dan kematangan seksual lelaki ketika mencapai akil baligh. Contohnya, ketika mencapai akil
baligh, lelaki akan mempunyai suara yang garau, pertumbuhan misai akan berlaku dan
berlaku pertumbuhan rambut ari-ari. Wanita pula mempunyai kandungan estrogen dan
progestin yang lebih tinggi. Estrogen dan progestin yang merupakan hormon dominan dalam
wanita berfungsi mengatur kitaran haid, kematangan seksual wanita ketika mencapai akil
baligh dan penting untuk pembiakan. Contohnya, ketika mencapai akil baligh, payu dara
perempuan mula berkembang dan bulu mula tumbuh terutamanya di kawasan kemaluan dan
ketiak.

Misalnya , organ reproduktif lelaki dan wanita yang berbeza , memerlukan kaedah
rawatan dan penjagaan yang berbeza baik secara internal mahupun eksternal. Contohnya,
bagi perempuan boleh membuat pemeriksaan pelvik sekali setahun. Pemeriksaan rahim
wanita ini dijalankan bertujuan mencari tanda-tanda penyakit pada organ tertentu dalam tubuh
wanita. Antara sebab khas yang diperlukan untuk menjalani ujian ini termasuklah jika berlaku
pendarahan atau keputihan yang abnormal ataupun berkaitan kanser ovari. Aspek biologi ini
juga mempengaruhi dorongan seksual, fungsi seksual, dan kepuasan seksual seseorang.
Peranan diri adalah supaya dapat mengawal kepuasan seksual diri kita dengan tidak
bertindak luar kawalan seperti melakukan seks sebelum nikah, meliwat, rogol dan
sebagainya. Tambahan pula , bagi mengawal kepuasan seksual diri , kita perlu berwaspada
terhadap rangsangan dalaman serta persekitaran yang boleh meningkatkan nafsu syahwat .
Oleh itu, aspek biologi perlu diambil berat dalam kehidupan kita bagi menjaga keselamatan
diri kerana ia berkaitan dengan tubuh badan diri .

Tambahan pula , hubungan seksual yang dilakukan dengan betul memberi manfaat
bagi kesihatan manusia. Contohnya, menurut buku ‘Manfaat Seks bagi Kesihatan’ yang ditulis
oleh Ibnu Khalis, seks dapat membantu untuk meningkatkan tindak balas otak ,mengurangkan
masalah jantung , mengurangkan stres, mengekalkan awet muda, dan menghilangkan sakit
kepala akibat daripada rangsangan daripada hormon yang dirembeskan di dalam badan
ketika melakukan hubungan seks tersebut. Seperti yang kita sedia maklum, hubungan seks
yang dilakukan tanpa langkah keselamatan, boleh menyebabkan berlakunya persenyawaan
antara sperma dan ovum yang kelak boleh mewujudkan janin di dalam rahim wanita. Perkara
ini merupakan sesuatu yang normal dan biasa. Walau bagaimanapun, perkara utama yang
ingin saya tekankan di sini ialah penerimaan wanita tersebut terhadap bayinya. Adakah
kelahiran tersebut membawa malu kepadanya atau kegembiran yang tidak terhingga ?
Aspek keempat yang akan dibincangkan ialah aspek kerohanian dalam seksualiti
manusia. Kerohanian adalah melibatkan jiwa seseorang individu. Mengikut Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, unsur kerohanian ini juga antara apsek yang patut diterapkan dalam
kalangan murid. Kerohanian ini berkaitan dengan ilmu agama. Semakin banyak seseorang
individu mendekati dirinya dengan agama, semakin banyak individu tersebut mula
menghormati identiti gender diri dan gender bertentangan. Aspek kerohanian atau etika
dalam seksualiti dapat dilihat sekiranya kepuasan seksual melebihi batas etika individu
tersebut. Apabila perkara ini berlaku, konflik akan timbul dalam diri individu tersebut seperti
perasaan bersalah, berdosa, menyesal, dan sebagainya. Walaupun kebanyakan masyarakat
berpegang teguh dengan ajaran agama mereka dengan melakukan hubungan seks selepas
berkahwin , namun masih wujud individu-individu yang melanggar etika tersebut .Sekiranya
seseorang itu mempunyai keimanan yang teguh dan pegangan agama yang kuat, pelbagai
gejala sosial dan tingkah laku berisiko dalam kalangan remaja dapat dielakkan. Jika tidak,
masalah berkaitan rogol, khalwat, sumbang mahram akan berleluasa dan perasaan
menyesal, bersalah dan berdosa akan timbul . Setiap perkara yang kita lakukan dalam dunia
ini ada risikonya , sama ada risiko yang membina diri kita kearah yang lebih baik atau
menghancurkan masa depan kita . Bak kata pepatah , menyesal dahulu pendapatan ,
menyesal kemudian tidak berguna . Tamsilnya , apabila seseorang remaja perempuan telah
melahirkan anak luar nikah , maruahnya secara tidak langsung telah tergadai malah
dipandang serong oleh masyarakat . Penyesalan yang dirasakan tidak akan dapat
mengembalikan mahkota remaja tersebut sebagai seorang gadis kerana nasi telah menjadi
bubur. Kebanyakan individu sedar perbuatan mereka itu salah , namun akibat beberapa faktor
yang menghalang mereka daripada berkahwin seperti masalah kewangan , halangan
keluarga , hubungan kekeluargaan , dan sebagainya , menyebabkan mereka mengetepikan
akal yang waras untuk menidakkan perbuatan tersebut .Kita sebagai manusia yang beretika,
bermoral dan beragama berperanan untuk sentiasa memegang teguh kepada ajaran agama
kita kerana setiap agama pada dasarnya menyampaikan ajaran yang baik. Contohnya bagi
ajaran agama Islam, perempuan wajib menutup aurat dengan mamakai baju yang longgar
dan tidak menjolok mata supaya dijauhkan dari gangguan seksual.

2.2 Kesahihan dan sifat-sifat gender

Gender merupakan persepsi, perlakuan dan tindak tanduk individu masyarakat yang terhasil
daripada proses sosialisasi yang berbeza peranan, tanggungjawab, pengagihan kuasa,
sumber-sumber dan hak-hak di antara lelaki dan perempuan. Gender terbentuk melalui
konstruk sosial, ekonomi, politik dan budaya . Gender juga merupakan pelbagai peranan
dibina secara sosial dan hubungan, personaliti, tingkah laku, nilai, kuasa relatif dan pengaruh
masyarakat. Gender juga dikaitkan peluang-peluang berkaitan dengan menjadi lelaki atau
perempuan pada masa tertentu. World Health Organizations (WHO) menyatakan bahawa
gender adalah konstruksi sosial yang dijelaskan dengan sifat lelaki dan perempuan seperti
norma, peranan, dan hubungan antara kelompok lelaki dan wanita. Miller, V. (2014) pula
menyatakan bahawa jantina menentukan tingkah laku, psikologi, dan budaya ciri-ciri yang
dinyatakan pada kontinum. Gender itu merupakan persepsi seseorang tentang sifat-sifat
tentang lelaki dan perempuan .

Kesahihan atau identiti gender adalah cara seseorang menerima dan melihat dirinya
sama ada sebagai perempuan atau lelaki. Lelaki dan perempuan merupakan dua gender yang
utama dan disahkan oleh masyarakat negara kita. Kedua-dua gender tersebut mempunyai
sifat-sifat yang berlainan dan spesifik . Gender juga mempunyai kaitan dengan maskulin dan
feminin. Lelaki mempunyai tingkah laku maskulin iaitu ciri-ciri kelelakian seperti mempunyai
badan yang lebih berotot dan besar, berfikir secara logik, berambut pendek serta berkelakuan
pemimpin. Perempuan pula mempunyai tingkah laku feminin iaitu ciri-ciri kewanitaan seperti
lemah lembut ketika bercakap, berambut panjang dan suka mewarnakan atau hiaskan kuku.
Maskulin dan feminin ini mempunyai kaitan dengan seksualiti. Maskulin hanya khas untuk
lelaki manakala feminin pula khas untuk wanita. Maskulin mempunyai kaitan dengan sifat-sifat
kelelakian seperti bijak, berwawasan, rasional, tidak mudah beremosi, gagah, kuat,berdikari
dan lain-lain. Feminin pula berkaitan dengan sifa-sifat kewanitaan seperti lemah-lembut,
berbudi pekerti, lemah, bersopan-santun, sensitif, beremosi dan lain-lain. Konsep maskulin
dan feminin ini telah diserapkan ke dalam diri setiap manusia apabila mereka dilahirkan.
Sebagai contoh, budak lelaki telah diajar bahawa mereka tidak boleh mudah beremosi atau
menangis. Budak lelaki yang menangis akan dilihat sebagai tidak maskulin. Selain itu, budak
lelaki akan menolong ayahnya untuk membuat kerja yang berat dan mereka akan belajar
bagaimana untuk berdikari. Budak perempuan pula akan menolong ibu mereka memasak
atau menjaga adik. Budak perempuan juga akan diajar bersifat lemah-lembut dan beremosi.
Mereka tidak dibenarkan untuk berkelakuan seperti lelaki kerana ia akan bercanggah dengan
sifat feminin.

Perbezaan sifat-sifat gender ini tidak menjadi masalah kerana setiap gender
mempunyai peranan dan kelebihan masing-masing. Bahkan, perbezaan asas antara gender
adalah termaktub dalam struktur kelas, gender dan stratifikasi; dalam institusi keluarga,
pekerjaan, politik dan pendidikan, dan dalam ideologi sokongan (Wearing 1996: 30). Sifat-
sifat gender ini merupakan cara bagaimana setiap jantina perlu berpakaian, bercakap dan
bertindak, kerja yang mereka lakukan dan bagaimana mereka berinteraksi antara satu sama
lain. Contohnya bagi lelaki mereka mempunyai ego tersendiri yang menyebabkan sukar
menerima pertolongan orang lain dan pandangan orang lain terutama sekali pasangan ,
manakala perempuan pula mereka mudah menerima dan terpengaruh dengan pandangan
orang lain lebih-lebih lagi dengan orang yang dicintainya . Sifat gender seterusnya ialah
sekiranya lelaki kalah dalam sesuatu situasi mereka menganggap ia merupakan tanda tidak
bermaruah atau berprinsip manakala bagi perempuan pula mengalah merupakan tanda
sayang dan pengorbanan yang tidak berbelah bagi. Disamping itu secara umumnya lelaki
mempunyai emosi seperti getah iaitu sesuatu perasaan itu hanya sekejap sahaja , manakala
bagi perempuan pula mereka mempunyai emosi seperti ombak iaitu sesuatu perasaan yang
lambat reda . Sifat-sifat gender seterusnya ialah seorang lelaki biasanya suka memberi
arahan , bersifat ketua yang mempunyai kuasa , manakala perempuan pula suka berleter
sesuatu perkara sehingga puas hati .Lelaki juga bersifat pemurah atau boros manakala
perempuan pua bersifat kedekut atau berjimat. Seterusnya dari segi aspek perasaan cinta
pula,lelaki mempunyai perasaan cinta yang setia dan fleksibel manakala bagi perempuan pula
mereka akan cinta sepenuh hati dan setia pada yang satu sahaja. Apabila berkomunikasi
seorang lelaki bersifat kurang teliti mendengar tetapi mereka akan cepat memberi pendapat ,
manakala perempuan pula mereka akan mendengar dengan teliti sebelum membuat
keputusan. Lelaki juga suka menilai kejayaan diri berdasarkan hasil atau prestasi yang berlaku
di depan mata , manakala perempuan pula seringkali menilai diri berdasarkan perasaan dan
kualiti hubungan sesama manusia terutamanya orang yang disayangi . Tambahan pula , lelaki
sebenarnya lebih banyak menumpukan kepada aspek fizikal dan kebendaan , manakala
perempuan pula lebih menumpukan aspek perasaan dan kemanusiaan . Sifat-sifat gender
seterusnya ialah seorang lelaki selalu suka menyendiri dan menjauhkan diri apabila berada
dalam keadaan tertekan manakala perempuan pula mereka suka bercerita kepada orang lain
tentang masalah yang sedang dihadapi dengan harapan mendapati simpati.

Bagi kesahihan gender pula , kesahihan seseorang lelaki berdasarkan fizikal tubuh
badannya iaitu mempunyai badan yang sasa, tinggi, dada yang bidang dan berotot. Contoh
cara berpakaian mereka lebih kepada baju kemeja , berseluar panjang dan kasut kulit. Sifat-
sifat lelaki dilihat sebagai mempunyai perwatakan yang ganas, gagah, kuat, tidak beremosi,
berdikari Lelaki juga dikaitkan dengan sifat-sifat maskulin seperti gagah dan perkasa. Sebagai
contoh, budak lelaki telah diajar bahawa mereka tidak boleh mudah beremosi atau menangis.
Budak lelaki yg menangis akan dilihat sebagai tidak maskulin. Mempunyai ego tersendiri
menyebabkan sukar menrima pertolongan orang lain dan cenderung untuk berdikari.
Biasanya, suka memberi arahan iaitu bersifat ketua yang mempunyai kuasa. Lelaki haruslah
memilih pekerjaan bersifat maskulin seperti, doktor, mekanik, peguam dan jurutera.
Pekerjaan-pekerjaan ini dilihat bersesuaian dengan sifat lelaki yang gagah, berdikari serta
sebagai pelindung. Lelaki juga tidak dibenarkan untuk beremosi dan haruslah bersifat tegas.
Hal ini telah menyebabkan lelaki dibesarkan dalam persekitaran yang mengajar mereka
supaya sentiasa bersifat gagah dan kuat yang seterusnya menyumbang kepada sifat ego
yang tinggi dalam diri mereka. Sebagai contoh, sejak kecil lagi, budak lelaki diajar oleh ibu
supaya jangan menangis apabila jatuh ataupun kalah dalam pergaduhan dengan lelaki lain.
Peranan gender lelaki juga dapat dilihat semasa mereka dilahirkan dan dibentuk oleh keluarga
iaitu budak lelaki dipakaikan dengan pakaian berwarna biru, berseluar dan berkasut. Budak
lelaki dibenarkan untuk melakukan aktiviti yang lasak dan mencabar seperti main bola sepak,
panjat pokok dan lain-lain. Hal ini demikian kerana budak lelaki telah disosialisasikan sejak
dari mereka kecil lagi. Budak lelaki juga akan diberi pelajaran yang mencukupi kerana ilmu
tersebut dianggap amat penting kepada mereka apabila mereka membesar. Apabila mereka
membesar dan memiliki sesebuah keluarga, lelaki berperanan sebagai ketua keluarga.
Mereka yang akan bekerja di luar rumah dan mencari rezeki untuk menyara hidup isteri dan
anak-anak mereka. Sebagai contoh, suami yang akan bekerja di luar rumah sebagai peguam
atau doktor serta mencari pendapatan.

Bagi perempuan pula berdasarkan bentuk fizikal tubuh badan yang lebih keciL dari
lelaki, berkulit mulus. Contoh cara berpakaian mereka lebih kepada baju kurung, serta
bertumit tinggi dan segala pakaian dan perhiasan yang cantik. Bagi wanita pada pandangan
masyarakat adalah bersifat kewanitaan seperti lemah-lembut, bersopan-santun, berbudi
pekerti, sensitif, beremosi dan lain-lain. Seterusnya, suka berleter sesuatu perkara sehingga
puas hati, mengalah tanda sayang dan muda terpengaruh dengan pandangan orang lain
lebih-lebih lagi dengan orang yang dicintainya. Wanita pada pandangan masyarakat adalah
cantik, lemah-lembut, bersopan-santun, tahu memasak dan lain-lain. Para wanita juga
dikatakan sebagai golongan yang lemah dan memerlukan perlindungan daripada para lelaki.
Hal ini telah menyebabkan budak perempuan telah disosialisasikan sejak kecil lagi kerana
wujudnya persepsi masyarakat tersebut. Budak perempuan dari sejak kecil diajar untuk
memasak, menjahit baju, membasuh baju, menyidai baju dan lain-lain. Mereka dari kecil lagi
akan diajar oleh ibu-ibu mereka bagaimana untuk melakukan pekerjaan-pekerjaan ini. Budak-
budak perempuan pada zaman dahulu akan dikahwinkan pada usia yang muda seperti 14
tahun. Hal ini menyebabkan mereka tidak dapat untuk belajar dan tempat mereka hanyalah
berada di rumah. Budak-budak perempuan yang berkahwin ini juga haruslah mendengar
cakap suami mereka dan memasak serta menyediakan makanan untuk suami mereka.
Mereka bertindak sebagai isteri dan ibu yang menyokong keluarga. Wanita juga mempunyai
satu tanggungjawab yang besar iaitu melahirkan zuriat iaitu anak untuk keluarga suami.
Wanita yang tidak boleh melahirkan anak mungkin akan dipandang rendah oleh masyarakat
kerana masyarakat menganggap bahawa mereka tidak dapat menjalankan peranan mereka
dengan baik. Perempuan sering dikaitkan dengan pekerjaan guru dan jururawat kerana kerja
begini melibatkan belaian dan keprihatinan sebagai ciri-ciri yang dikatakan feminin. Bagi
wanita yang memilih pekerjaan yang bersifat maskulin akan dilihat sebagai pelik kerana
mereka tidak akur kepada persepsi masyarakat.

Setiap gender seharusnya memainkan peranan masing-masing kerana peranan yang


berbeza itulah apabila disatukan sebagai suami isteri menjadi pelengkap. Pembangunan
dunia menyebabkan kaum wanita turut diberi peluang yang meluas didalam sektor ekonomi
berbanding dengan zaman dahulu. Peranan kita supaya tidak berwatakan bercanggah
dengan jantina kita. Perkara ini dipanggil sebagai transgender. Menurut (Stryker 2008), Istilah
transgender merujuk kepada individu yang menjauhi jantina mereka sejak lahir. Contohnya,
lelaki berpakaian wanita dan wanita berpakaian seperti lelaki secara keterlaluan. Kewujudan
pondan dan tomboi disebabkan oleh pelanggaran sifat jantina yang telah ditetapkan sejak
asal. Perkara-perkara ini akan memberi pengaruh yang tidak baik kepada remaja yang ingin
membesar dan dalam proses mencapai kematanan mereka.

Setiap individu perlulah memainkan peranan mereka dalam mengetahui kesahihan


dan sifat-sifat gender. Menerima dan mempamerkan diri bersesuaian dengan gender
kelahiran kita sama ada sebagai lelaki atau perempuan adalah tanggungjawab diri kita dalam
mengetahui kesahihan dan sifat-sifat gender. Hal ini dikatakan demikian kerana, cara atau
tindakan kita dalam mempamerkan diri bersesuaian dengan gender kelahiran kita tersebut
menunjukkan dan menjaga identiti gender kita. Contohnya , perempuan memakai pakaian
lelaki dan berambut pendek adalah salah satu cara yang tidak betul mempamerkan diri
bersesuaian dengan gender kelahiran. Sepatutnya, seorang wanita perlu memakai pakaian
yang menunjukkan ciri-ciri wanita dan mempunyai rambut yang panjang. Selain itu, kita perlu
bijak memilih rakan sebaya. Hal ini demikian kerana, rakan sebaya yang tidak memiliki ciri-
ciri yang bersesuaian dengan gender diri sendiri , mampu mengubah fikiran ke arah yang
negatif dalam menunjukkan sifat-sifat gender dengan betul. Sebagai gambaran, apabila
seseorang lelaki mula bercakap dengan lemah lembut ataupun mula memakai pakaian
perempuan, kemungkinan besar rakan sebaya mengikuti perlakuan tersebut. Oleh itu, jika
rakan kita berkelakuan menunjukkan sifat-sifat gender bertentangan, kita mestilah menasihati
mereka atau memberitahu masalah tersebut kepada kaunselor sekolah supaya rakan dapat
mengatasi masalah tersebut. Seterusnya, kita perlulah mempunyai ajaran agama yang kukuh.
Hal ini dikatakan demikian kerana, setiap ajaran agama menunjukkan panduan yang perlu
dipatuhi oleh lelaki dan perempuan. Sebagai contoh, dalam ajaran agama Islam, wanita
semestilah memakai pakaian yang menutup aurat serta longgar supaya tidak mencolok mata.
Oleh itu, kita mestilah mengikut ajaran agama supaya identiti gender dapat terjamin.
3.0 MASALAH GENDER MENGIKUT ISU SEMASA

3.1 Isu LGBT

Gejala sosial dalam kalangan masyarakat di Malaysia semakin parah dan


membimbangkan. Masyarakat saban hari dihimpit dengan pelbagai perkara negatif sehingga
menjadikan kehidupan mereka tidak tenteram. Pelbagai gejala sosial yang bersifat negatif
semakin mengambil tempat dan menyusup dalam sosio kehidupan masyarakat dalam negara
ini dan antara yang paling menonjol ialah LGBT. Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual
atau nama singkatan umumnya LGBT telah mula masuk ke dalam sosio masyarakat Malaysia
sejak sekian lama, sehingga tertubuhnya pelbagai pertubuhan dan organisasi yang
menyokong mereka secara tersusun dan terancang (Mahfuzah, 2015) . Fenomena Lesbian,
Gay, Biseksual & Transgender (LGBT) semakin hari semakin menjadi isu utama yang
mendorong wujudnya tingkah laku songsang dalam kalangan masyarakat di Malaysia,
terutama dalam kalangan generasi muda. Kewujudan fenomena ini mencetuskan kontroversi
terutamanya apabila ia benar-benar menyimpang daripada ajaran agama Islam yang sebenar
di mana Malaysia merupakan salah sebuah negara yang berpegang kepada ajaran Islam
sebagai agama rasmi (Suhaya, 2013: 113).

Kewujudan golongan LGBT termasuk transgender yang membawa budaya songsang


di negara ini adalah satu ancaman terhadap nilai murni yang diajar oleh semua agama yang
didukung oleh masyarakat timur selama ini . Transgender mempunyai keinginan yang kuat
untuk menjadi jantina bertentangan dengan jantina asal mereka. Jika dilihat pada faktor-
faktor berlaku gejala transgender secara keseluruhannya seseorang tidak dapat mengawal
“naluri bertentangan” sejak zaman kanak-kanak mahupun sudah dewasa. Tidak lupa juga
kurang sokongan moral dan kurang pengetahuan serta iman lemah sehingga akhirnya
mendorong mereka menjadi transgender. Menurut hasil sumber R&D Jabatan Agama Islam
Selangor pada tahun 2016, antara faktor pendorong gejala ini berlaku ialah perubahan
hormon, faktor genetik, persekitaran, biologikal, akhlak dan moral, kekurangan ilmu
pengetahuan dan naluri sejak zaman kanak-kanak dan faktor keluarga .Kekurangan iman
seseorang menjadi salah satu kelemahan yang perlu dibendung agar gejala ini tidak
terus berleluasa. Kawalan sosial perlu dijaga dan diambil sepenuh perhatian agar
masyarakat berada dalam satu anjakan norma hidup yang lebih baik . Hasil kajian pelajar
sarjana muda di UKM pada tahun 2015 juga mendapati bahawa kefahaman tentang
ilmu agama dan kelemahan dalam ilmu agama menyebabkan kurang pengetahuan
menjadikan perkara transgender ini berlaku. Lelaki berkeinginan untuk menjadi seorang
wanita yang kuat sejak zaman kanak-kanak juga timbul disebabkan ibu bapa yang kurang
mengambil perhatian isu ini. Faktor persekitaran juga merupakan salah satu faktor yang
menyebabkan berlakunya masalah transgender, Dalam kalangan ibu bapa ada yang
mendidik anak mereka sesuai dengan anak perempuan kerana anak perempuan lebih
ramai berbanding anak lelaki. Maka apabila anak lelaki membesar, berlaku kecelaruan identiti
terhadap anak lelaki tersebut. Manakala, faktor genetik dan hormon boleh dilihat juga kepada
gaya corak ibu bapa yang mendidik kanak-kanak tersebut serta corak pemakaian .

Penularan kes-kes melibatkan LGBT melibatkan generasi muda amat


membimbangkan. Gejala LGBT di Malaysia mendapati remaja yang terlibat dengan LGBT,
mempunyai risiko yang tinggi untuk terlibat dengan tingkah laku berisiko dan mempunyai
masalah kesihatan mental berbanding remaja normal serta berisiko untuk terlibat dengan
penyalahgunaan dadah dan alkohol (Bell & Weinberg, 1978: 16). Perlakuan LGBT juga telah
membawa masalah kepada tahap kesihatan masyarakat dalam negara ini. Melalui aktiviti
yang dilakukan oleh golongan LGBT ini, ia telah membawa kepada penyebaran pelbagai
penyakit berjangkit antaranya ialah HIV/AIDS. Buktinya adalah berdasarkan laporan yang
dikeluarkan oleh Majlis AIDS Malaysia dan Yayasan AIDS Malaysia menunjukkan bahawa
jangkitan HIV secara majoritinya disumbangkan oleh golongan heterosexual iaitu sebanyak
42 peratus. Laporan ini juga menunjukkan bahawa golongan homosexual dan bisexual
penyumbang kedua kepada jangkitan HIV iaitu sebanyak 36 peratus (Majlis AIDS & Yayasan
AIDS, 2016: 8).

Kemudahan dan keterbukaan yang terdapat dalam media sosial sudah tentu menjadi
pilihan kumpulan LGBT untuk mempromosikan agenda mereka dan juga membina jaringan.
Salzburg Academy on Media and Global Change juga menyatakan bahawa gerakan LGBT
dunia menggunakan kemudahan media sosial untuk membentuk penerimaan masyarakat
dunia terhadap isu-isu yang berkaitan dengan LGBT. Berdasarkan pemerhatian umum
dengan merujuk kepada laman sesawang www.ranker.com dengan kata kunci “Top LGBT
Social Networks” terdapat lebih kurang 80 laman sosial yang dikenalpasti mempromosikan
agenda LGBT. Namun setelah diteliti, hanya 64 buah laman sosial sahaja yang masih aktif
digunakan. Kebanyakkan laman sosial menepati takrifan media sosial kerana ia digunakan
untuk berkongsi maklumat, berkomunikasi atau berinteraksi bersama rakan dari dalam negara
mahupun luar negara dan membangun jaringan (Kamal et.al, 2015: 13).

Kajian dari pengkaji terdahulu juga mendapati remaja yang terlibat dengan LGB
(Lesbian, Gay & Biseksual) mempunyai risiko yang tinggi untuk terlibat dengan tingkah laku
berisiko dan mempunyai masalah kesihatan mental berbanding dengan remaja normal serta
berisiko untuk terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan alkohol. Selain itu, mereka juga
dilaporkan mempunyai masalah berkaitan dengan sikap. Kesemua masalah ini menyebabkan
mereka makin dipinggirkan oleh individu terdekat dengan mereka serta masyarakat sekeling
sehingga menghalang kefungsian psikologikal mereka. Akibatnya, muncul bukti yang
menyatakan ketidakseimbangan terhadap kehidupan lesbian seperti kemurungan, putus
harapan dan bunuh diri (Ahmad et.al, 2015: 6). Di Malaysia, kajian yang dilakukan oleh
Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mendapati sebanyak 21 laporan polis telah dibuat
sepanjang tahun 2011 berkenaan pembabitan pelajar sekolah rendah dan menengah dalam
kegiatan seks luar tabii yang lebih dikenali sebagai seks sejenis. Presidennya, Azwanuddin
Hamzah berkata, statistik bagi seluruh negara amat membimbangkan dan keadaan dijangka
menjadi lebih dahsyat sekiranya perjuangan golongan LGBT mendapat tempat di negara ini
(Farhana, 2018: 61).

Antara masalah golongan transgender ini boleh dilihat daripada pelbagai perspektif
iaitu isu pekerjaan, kesihatan, agama Islam, identiti diri dan komuniti masyarakat. Dari segi
aspek pekerjaan, majoriti transgender dilabel sebagai pekerja seks dan umumnya dijauhi oleh
masyarakat dan tidak mendapat pekerjaan yang baik. Mereka akhirnya terlibat dalam
perdagangan seks.

Dari aspek kesihatan pula , menurut Malaysia Aids Council (MACs), sebanyak 111,916
rakyat Malaysia menghidap HIV atau AIDS dari tahun 1986 hingga 2016 (HIV Statistics |
Malaysian AIDS Council, 2016).). HIV dan AIDS ini disebarkan melalui suntikan dan
hubungan kelamin dimana ianya sinonim dengan golongan transgender dan lelaki yang
bersetubuh dengan lelaki (MSM). Bagi golongan transgender ini, penyakit itu bukan satu
masalah tetapi yang merisaukan mereka adalah duit dan juga penerimaan masyarakat. Isu
lain yang wujud dari aspek kesihatan ialah pembedahan alat kelamin. Pembedahan ini
telah diharamkan di Malaysia lalu mereka memilih untuk menjalani pembedahan di Thailand
atau Singapura. Namun menurut Marziana et al.(2014), terdapat beberapa buah hospital
swasta yang telah membenarkan pembedahan alat kelamin ini berlaku di Malaysia secara
haram (Marziana et al.2014).

Dari sudut psikologi, beberapa kajian mendapati pembedahan alat kelamin ini
dapat mengurangkan risiko serta mengatasi masalah mental seperti depresi dan cemas (Van
de Grift et al., 2018; Zavlin et al., 2018). Namun, terdapat dua aspek dalam isu ini yang
diketengahkan . Transgender atau gender identity disorder telah diklasifikasikan sebagai
masalah mental di dalam ICD-10 dan DSM-V. Klasifikasi ini sering dibahaskan dan
kebenaran transgender sebagai masalah mental sukar untuk dinafikan dan ia sepatutnya
ditangani secara psikologi bukan melalui pembedahan alat kelamin. Aspek kedua adalah
kesan dan komplikasi pembedahan ini. Hal ini sangat membimbangkan kerana
pembedahan alat kelamin adalah sangat rumit, memerlukan tenaga pakar dan mempunyai
banyak komplikasi kesihatan (Dreher et al., 2018).

Dari aspek komuniti dan masyarakat pula , pada tahun 2015, Presiden Amerika
Syarikat, Barack Obama mengumumkan bahawa sekolah-sekolah harus membenarkan
pelajar transgender menggunakan tandas mengikut kehendak masing-masing (The New York
Times, 2017). Namun ini telah menimbulkan perdebatan panjang bahawa peraturan ini
memberi akses kepada lelaki yang berlakon sebagai wanita untuk memasuki tandas wanita
justeru membuka peluang kepada gangguan seksual dan menyebabkan gejala salah laku
seks berleluasa tanpa kawalan. Masalah yang lebih membimbangkan pelbagai pihak
adalah struktur komuniti di Malaysia. Perempuan yang menukar jantina kepada lelaki
masih boleh mengandung tetapi lelaki yang menukar jantina kepada perempuan tidak
mungkin boleh mengandung. Dalam hal lelaki bertukar perempuan dan berkahwin dengan
lelaki, penerusan zuriat tidak akan terjadi. Manakala perempuan bertukar lelaki
menambah kekeliruan sedia ada dalam isu transgender kerana secara biologi, hanya
perempuan yang mampu mengandung dan melahirkan anak. Hal ini lantas membenarkan
kepincangan dalam sistem masyarakat dan kekeluargaan.

Dari aspek agama , kelompok transgender ini datang daripada pelbagai latar
belakang agama. Kebanyakan daripada golongan transgender yang menganut agama
bertentangan dengan naluri mereka memilih untuk meninggalkan agama asal mereka.
Ini terjadi termasuk kepada golongan transgender yang beragama Islam. Namun, keluar
agama atau murtad merupakan dosa besar yang tidak diampuni Allah melainkan mereka
bertaubat dengan taubat nasuha (sebenar-benar taubat). Dalam konteks transgender,
batasan aurat masih mengikut jantina asal namun penampilan mereka adalah
bertentangan. Isu ini seterusnya menimbulkan konflik dalam pelaksanaan ibadah dan
muamalah seperti solat, puasa dan pembahagian harta pusaka. Golongan transgender,
perempuan kepada lelaki, tidak boleh berjemaah bersama kaum lelaki dan sebaliknya.
Masalah juga timbul pada pembahagian harta pusaka kerana lelaki dan perempuan
mempunyai bahagian tertentu dalam memperoleh harta pusaka. Masalah di atas akan lebih
jelas apabila golongan transgender ini bertaubat dan ingin kembali kepada Islam yang
sebenar.(Mohd Idzwan et al.2015).

Dari segi identiti diri pula Malaysia tidak mengiktiraf jantina baru di atas kad
pengenalan. Pada tahun 2011, Mohd Ashraf Hafiz atau nama barunya Aleesha Farhana
telah mencetus kontroversi apabila memohon penukaran jantina di mahkamah (Utusan
Malaysia, 2011). Walaubagaimanapun, permohonan beliau tidak diluluskan. Sehingga
kini, jantina pada kad pengenalan adalah berdasarkan jantina kelahiran. Namun,
golongan transgender boleh mendapatkan surat pengesahan penukaran jantina dan
menggunakannya pada urusan rasmi.

3.2 Diskriminasi gender di Malaysia

Pada umumnya , diskriminasi gender yang berlaku di Malaysia sememangnya


membimbangkan orang ramai . Acap kali kita sering mendengar isu moral iaitu diskriminasi
gender yang sering diuar-uarkan di dada akhbar dan di kaca televisyen.Kalaukita lihat , di
mana-mana tempat pun , sudah pasti akan berlakunya diskriminasi gender . Persoalannya ,
apakah keseriusan diskriminasi gender di Malaysia ?

Sebenarnya, terdapat banyak impak diskriminasi gender di Malaysia . Terdapat kaum


wanita dan anak-anak gadis yang melalui kehidupan mereka kini telah melalui salah satu
bentuk kecederaan atau kerosakan pada alat kelamin (FGM/C) mereka yang boleh membawa
akibat buruk kepada kesihatan mereka khususnya kegagalan untuk sembuh sepenuhnya
,meningkatkan peluang untuk dijangkiti HIV , masalah-masalah ketika melahirkan anak,
penyakit-penyakit jangkitan kelamin dan juga gangguan pada saluran air kencing . Kesannya,
mereka terpaksa menjalani kehidupan yang sengsara kelak.

Selain itu , terdapat banyak anak gadis di bawah umur 18 tahun pernah mengalami
hubungan seksual yang dipaksa atau sebarang bentuk keganasan fizikal atau seksual.
Semakin muda anak gadis melakukan perhubungan seks buat pertama kali, semakin besar
kemungkinan perhubungna seksual itu telah dipaksa terhadap mereka . Secara tidak
langsung , mereka mengalami masalah emosi dan mental yang serius .

Disamping itu , terdapat banyak kaum wanita yang berumur di antara 20-24 tahun
telah berkahwin sebelum mereka mencecah umur 28 tahun.Kehamilan dan kelahiran bayi
yang tidak cukup bulan selalunya amat bahaya lebih-lebih lagi untuk anak gadis . Menurut
kajian , setiap minit , seorang wanita akan meninggal dunia disebabkan oleh masalah
kehamilan.

Wanita mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk dijangkiti virus HIV berbanding
dengan lelaki kemungkinan besar disebabkan oleh factor fisiologi . Diskriminasi gender juga
menyumbang kepada masalah tersebut kerana hal demikian menafikan hak wanita untuk
berunding agar mereka dapat mengurangkan risiko daripada dijangkiti . Lebih-lebih lagi ,
kadar buta huruf yang tinggi dalam kalangan wanita telah mencegah mereka daripada
mengetahui tentang risiko-risiko jangkitan HIV dan cara-cara untuk melindungi diri mereka
sendiri.

Seterusnya, wanita-wanita yang sudah berumur pula mungkin terpaksa menghadapi


diskriminasi berganda iaitu gender dan juga umur mereka . Wanita sememangnya mempunyai
kecenderungan untuk hidup lebih lama berbanding dengan lelaki . Walaubagaimanapun ,
mereka mungkin tidak mempunyai kawasan terhadap sumber-sumber keluarga dan mungkin
akan menghadapi diskriminasi di dalam warisan harta dan juga undang-undang yang
berkaitan dengan harta benda .

4.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH GENDER

4.1 Langkah mengatasi masalah LGBT

Permasalahan berkait dengan LGBT ini sememangnya perlu dibendung sehingga ke


akar umbi kerana risiko untuk menjadikannya menular secara kritikal sangat tinggi. Jika
budaya negatif ini dibiarkan tersebar secara berleluasa dalam masyarakat, dibimbangi ia
menjadi sejenis wabak yang boleh menyumbang ke arah keruntuhan bangsa dan negara.
Dalam era globalisasi dan media sosial kini, masyarakat sangat mudah untuk terpengaruh
dengan setiap apa yang dipapar dan dipertontonkan kepada mereka tanpa menilai kesan
baik dan buruknya. Justeru, kerajaan perlu komited dan bersungguh-sungguh mencegah
kemungkaran, sekali gus mengelakkannya daripada tersebar luas dalam kalangan
masyarakat sehingga boleh merosakkan keselamatan dan ketenteraman awam . Sebagai
salah satu usaha untuk memberi kesedaran tentang gejala LGBT ini pihak kerajaan harus
menganjurkan kempen kesedaran melalui media massa , seminar dan bengkel serta
tayangan filem dan drama yang memperlihatkan kesan buruk perbuatan LGBT.
Tambahan pula , masalah gender ini perlulah ditangani oleh pelbagai pihak supaya
masyarakat dapat hidup secara harmoni. Ibu bapa juga harus memainkan peranan yang
vital dengan mengambil tindakan awal tentang kelakuan anak-anak mereka. Ibu bapa
perlu melarang anak-anak lelaki memakai pakaian perempuan manakala melarang anak-
anak perempuan memakai pakaian lelaki. Ia boleh mengurangkan masalah transgender.
Baru-baru ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli
Mohamad Al-Bakri dalam kenyataan berkata, pihaknya memberi kuasa penuh kepada
penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk bertindak
terhadap golongan LGBT, namun perlu diberi pendidikan atau tarbiah supaya mereka
kembali ke pangkal jalan. Ia sekali gus menekankan kepentingan usaha pendidikan dan
wajar dialu-alukan oleh semua pihak. Wan Salim pula berkata, kerajaan wajar
menggunakan apa jua cara dan kaedah difikirkan mampu untuk menyelesaikan kemelut
LGBT ini. Ia termasuk menangkap dan memenjarakan mereka yang terbabit aktiviti negatif
ini supaya masyarakat terselamat daripada pengaruh mereka. Sememangnya gejala
songsang ini tidak dapat dibasmi melalui tindakan undang-undang sahaja, malah perlu
disertai proses mendidik atau tarbiah yang berkesan.Maka amat baik jika golongan ini
diberi kursus mengikut modul dirangka secara khusus dengan bantuan mereka yang
mempunyai kepakaran terutama dalam bidang agama, psikologi dan sains sosial.
Tambahan pula harus mengadakan pendekatan kaunseling dan penghayatan agama
sebagai salah satu cara bagi merawat dan diperluas dalam masyarakat sebagai usaha
mendepani masalah gender. Kem motivasi, bantuan kebajikan sosial dan sebagainya
perlu diberikan dan dipergiatkan lagi oleh semua lapisan masyarakat bagi membantu
golongan LGBT tersebut. Segala aktiviti dan kegiatan yang mempunyai unsur
mempromosikan LGBT perlu disekat sepenuhnya. Kerajaan juga harus mengadakan
program pemulihan kepada golongan yang terlibat dalam gejala keruntuhan akhlak dan
budaya hidup songsang. Pemimpin masyarakat dan pendidik juga diharap dapat
memainkan peranan secara bersepadu untuk menangani isu LGBT ini di lapangan
masing-masing. Pelbagai isu dapat dilihat yang kesemuanya menjurus kepada perkara
negatif yang mampu merosakkan institusi masyarakat dan seterusnya memberi risiko
kepada keruntuhan sesebuah negara. Peruntukan undang-undang sedia ada perlu
diperkemas dengan kadar yag segera bagi memastikan setiap permasalahan baru yang
muncul dalam negara dapat diatasi secepat yang mungkin. Gejala LGBT ini
sememangnya suatu yang sukar untuk dibendung jika pihak-pihak berwajib gagal untuk
bertindak pantas dalam memberikan respon terhadap tingkah laku LGBT. Walaupun
terdapat pelbagai cabaran yang perlu dihadapi oleh pihak-pihak yang diberikan
tangggungjawab untuk menangani isu LGBT ini, namun segala cabaran itu perlu ditempuh
dengan bijaksana agar kegiatan LGBT ini dapat dikekang sehabisnya. Usaha-usaha yang
dicadangkan diharap dapat membantu menyelesaikan gejala LGBT ini dan akhirnya
memastikan kehidupan sosial masyarakat sentiasa berada dalam keadaan yang
sepatutnya.

4.2 Langkah mengatasi isu diskriminasi gender

Konvensyen berkaitan Penghapusan segala Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita


(CEDAW) merupakan undang-undang yang wajar bagi melindungi hak-hak asasi manusia
dan kebebasan asas wanita . Oleh itu , pihak berkuasa hendaklah menguatkuasakan
Konvensyen berkaitan Penghapusan segala Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita
(CEDAW) di Malaysia . Pada masa yang sama , cabaran yang mungkin dihadapi pada
masa depan yang perlu diambil tindakan yang wajar dan segera adalah menentang
keganasan terhadap wanita , mengetengahkan isu-isu seperti kemiskinan yang
berterusan bagi rumah tangga di mana wanita merupakan ketua keluarga , meningkatkan
keberkesanan strategi-strategi yang mengutamakan gender , menghapuskan halangan-
halangan yang disebabkan oleh sikap yang boleh membawa kesan kepada pembinaan
kapasiti dan meningkatkan tahap penglibatan wanita di dalam pasaran buruh , perniagaan
serta di dalam politik termasuklah kerajaan.

5.0 PENUTUP

Pendidikan awal tentang seksualiti yang diberikan terutama dalam subjek pendidikan
kesihatan mampu untuk membantu golongan remaja untuk mengatasi masalah yang dihadapi
dan mampu untuk melahirkan golongan remaja yang cemerlang dalam kesihatan diri selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dalam era globalisasi dan media sosial kini,
masyarakat sangat mudah untuk terpengaruh dengan setiap apa yang dipapar dan
dipertontonkan kepada mereka tanpa menilai kesan baik dan buruknya. Pelbagai isu dapat
dilihat yang kesemuanya menjurus kepada perkara negatif yang mampu merosakkan
institusi masyarakat dan seterusnya memberi risiko kepada keruntuhan sesebuah Negara.
Setiap pihak perlulah mengambil tanggungjawab dalam mengatasi masalah-masalah ini.
RUJUKAN

Alphonsus Yong Sie Hing. (2003). Pengetahuan Seks Dan Sikap Terhadap Seks Di Kalangan

Guru Sekolah Menengah. Jabatan Psikologi: UKM

Ahmad et.al,. (2015). “Faktor dan Cara Gaya Hidup Serta Kemungkinan Kembali Pulih Dalam
Kalangan Lesbian : Satu Kajian Kes,”. Jurnal of Social Sciences and Humanities, Vol
10, No. 1, 1-15.

Ang, C. T. & Lee, L. W. (2013). Pendidikan Seksualiti dalam kalangan murid bermasalah
pembelajaran di sekolah menengah: Cabaran dan halangan. Jurnal Bitara Pendidikan
6(1), 53-62. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Perguruan Sultan Idris.

Dreher, P. C. et al. (2018) ‘Complications of the neovagina in male-to-female transgender


surgery: A systematic review and meta-analysis with discussion of management’,
Clinical Anatomy, 31(2), 191–199. doi: 10.1002/ca.23001.

Halstead, J. M., & Reiss, M. J. (2003). Values in Sex education: From principles to

practices. London : Routledge Falmer.

Kamal Azmi et.al,. (2015). “Profil Masyarakat Melayu Malaysia Di Media Sosial Yang
Mempromosikan LGBT,” Isu-Isu Semasa Media dan Dakwah. Kuala Lumpur. Penerbit
Universiti Malaya.
Khadijah Rohani Mohd. Yunus. (2008). Pendidikan seks untuk remaja berkeperluan khas

(terencat akal): Satu analisis keperluan.Dlm Nik Aziz Nik Pa & Noraini Idris,

Perjuangan memperkasakan pendidikan di Malaysia: Pengalaman 50 tahun merdeka

(ms. 308-335). Kuala Lumpur: Utusan Publications.

Kong, M. S.,& Tan, H. N. (2010). Kurikulum Pendidikan Seksualiti Di Peringkat Sekolah.Dlm

(Eds.), Pendidikan seksual perspektif kurikulm,pengajaran dan tingkah laku moral

(ms. 29-41).Kuala Lumpur:Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.

Mahfuzah Mohamad. (2015). “Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender: Perspektif


Undang-undang Jenayah Syariah,” Jurnal Undang-undang dan Masyarakat, no.19 29-
36.

Marziana, A. malib, Sofiah, D. M. and Mustafa, A. (2014) ‘Gejala Transeksual: Implikasi Yang

Membimbangkan, Bagaimana Keprihatinan Kita?’, Journal of Business and Social


Development, 2(2), 48–61. Available at: http://jbsd.umt.edu.my/wp-
content/uploads/sites/53/2014/11/6.pdf (Accessed: 26 March 2018).

Mohd Izwan Bin Md Yusof, Muhd Najib Bin Abdul Kodir, Mazlan Bin Ibrahim, Khader Bin
Ahmad dan Murshidi Bin Mohd Nor disusun oleh Saiful Azhar Bin Saadon (2015).
Hadis-Hadis Sahih Berkaitan Perlakuan Lesbian, Gay, Biseksual Dan Transgender.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

SIECUS National Guidelines Task Force. (2004). Guideliness for comprehensive

sexuality education: Kindergarten-12thgrade (3th edit). New York: Sex Education

Council of the United States.

Sinkinson, M. (2009). Sexuality isn’t just about sex’:pre-service teachers’ shifting

constructs of sexuality education.Sex Education. 9(4):421-436.


Somasundram, R. (1979). Sikap Dan Trend Terhadap Tingkah Laku Seks Di Sebauah Institusi

Pengajian Tinggi. Latihan Ilmiah Jabatan Psikologi: UKM.

Suhaya Deraman et.al,. (2017). “Identifikasi Identiti Biseksual dan Hubungannya dengan
Aspek Sokongan Sosial dan Kesihatan Mental dalam Kalangan Individu Biseksual di
Melaka,”Jurnal Al-Hikmah 9 (2) 113-130.

THE NEW YORK TIMES (2017) ‘Understanding Transgender Access Laws - The New York
Times’.daripada at: https://www.nytimes.com/2017/02/24/us/transgender-bathroom-
law.html (Accessed: 8 April 2018).

Utusan Malaysia (2011) ‘Lelaki Gagal Tukar Nama Kepada Perempuan Meninggal Dunia’.
daripadahttp://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0730&pub=Utusan_
Malaysia&sec=Terkin i&pg=bt_07.htm (Accessed: 8 April 2018)

van de Grift, T. C. et al. (2018) ‘Surgical Satisfaction, Quality of Life, and Their Association
After Gender-Affirming Surgery: A Follow-up Study’, Journal of Sex & Marital Therapy.
Routledge, 44(2), 138–148. doi: 10.1080/0092623X.2017.1326190.

Weinberg, E., & Bell, A. I. (1978). Performance of United States citizens with foreign medical
education on standardized medical examinations. The New England journal of
medicine, 299(16), 858-862.

You might also like