Professional Documents
Culture Documents
PendidikanSTEMBersepadu BuletinPPSMJ
PendidikanSTEMBersepadu BuletinPPSMJ
net/publication/301567750
CITATIONS READS
12 56,691
1 author:
SEE PROFILE
Some of the authors of this publication are also working on these related projects:
Matching PCK with Instructional Practices: Amplifiers and Filters of Physics Teaching View project
All content following this page was uploaded by Muhammad Abd Hadi Bunyamin on 15 February 2018.
Pendahuluan
Dalam keadaan dunia yang kini berada pada abad ke dua puluh satu, gerakan-
gerakan pembaharuan bagi memberikan nafas baru kepada bidang pendidikan Sains dan
Matematik peringkat persekolahan telah bermula. Salah satu daripada pembaharuan itu
ialah pendekatan STEM (Science, Technology, Engineering & Mathematics) Bersepadu
atau lebih dikenali dengan istilah Integrated STEM. Istilah STEM ini bermula pada awal
tahun 90-an di Amerika Syarikat dalam polisi-polisi kerajaan Amerika Syarikat (Koehler,
Binns, & Bloom, 2016). Cabaran yang dikenalpasti ialah untuk mempersiapkan setiap
warganegara Amerika Syarikat untuk menceburi bidang Science, Technology,
Engineering & Mathematics (STEM) dan akhirnya memasuki kerjaya yang berkaitan
bidang STEM seperti saintis, jurutera, ahli matematik, atau ahli teknologi. Pada
permulaannya, istilah SMET (science, mathematics, engineering, & technology)
digunakan, namun ditukar kepada STEM oleh National Science Foundation (NSF) bagi
memudahkan penyebutan dan memperkukuhkan maknanya (National Academy of
Science, 2007).
Sejak idea STEM dikemukakan, kini ia mempunyai pelbagai definisi (Roehrig,
Moore, Wang, & Park, 2012). Akan tetapi, STEM yang ideal dan menjadi dambaan
sebenar para sarjana Amerika Syarikat ialah Integrated STEM yang menyepadukan
kesemua empat unsur STEM. Bryan, Moore, Johnson, and Roehrig (2016) mentakrifkan
STEM Bersepadu sebagai:
“Pengajaran dan pembelajaran isi kandungan serta amalan bidang ilmu yang
memasukkan unsur Sains dan Matematik dengan pengintegrasian amalan Kejuruteraan
dan Rekabentuk Kejuruteraan melalui Teknologi yang berkenaan”
Berdasarkan takrifan ini, dapatlah diketahui bahawa matlamat STEM Bersepadu ialah
bagi mengadunkan pengintegrasian Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik
dalam proses P&P. Mengulas lanjut definisi STEM Bersepadu itu, Moore, Johnson,
Peters-Burton, dan Guzey (2016) memperincikan enam teras STEM bersepadu iaitu:
(a) Penggunaan konteks pembelajaran yang bermakna dan berkait dengan
kehidupan sebenar murid.
(b) Mencabar potensi murid dengan menggunakan pendekatan Rekabentuk
Kejuruteraan (Engineering Design) bagi membentuk pemikiran kritis dan kreatif
melalui aktiviti rekabentuk berbantukan teknologi yang berkaitan.
(c) Murid dapat belajar daripada kegagalan dalam merekabentuk penyelesaian
dalam Rekabentuk Kejuruteraan dengan memperbaiki rekabentuk sedia ada.
(c) Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang diintegrasikan dengan
Sains dan Matematik serta subjek-subjek yang relevan seperti Kesusasteraan,
Kemanusiaan, dan Kajian Sosial.
(d) Melaksanakan aktiviti P&P yang berpusatkan murid agar murid dilibatkan
secara aktif dalam proses P&P.
(e) Melatih murid untuk bekerjasama dan berkomunikasi dalam menjalankan
aktiviti pembelajaran.
STEM Bersepadu mempunyai perbezaan dengan STEM terdahulu yang
mengasingkan setiap empat bidang STEM tersebut. Hujah bagi menggunakan pendekatan
STEM Bersepadu ini ialah sifat dunia nyata ini yang merentas pelbagai jenis ilmu
pengetahuan dan bukannya terpisah (Hurd, 1998). Permasalahan dan cabaran abad baru
ini menuntut agar adanya penyelesaian yang menyeluruh kepada permasalahan-
permasalahan yang dihadapi masyarakat dunia seperti gempa bumi, banjir besar, tsunami,
mahupun krisis bekalan makanan. Isu-isu ini hakikatnya adalah kompleks kerana perlu
melibatkan banyak pihak yang mempunyai kepakaran dan kepentingan. Sebagai contoh,
banjir besar yang melanda negeri-negeri Pantai Timur Malaysia pada hujung tahun 2014
yang lepas menuntut para ahli saintis untuk mengkaji sebab-sebab berlakunya banjir
besar itu, jurutera pula diperlukan untuk pembinaan semula rumah-rumah yang mampu
menahan tekanan air daripada banjir besar, ahli teknologi yang mampu mencipta dan
membekalkan alat-alat untuk memperbaiki rumah dan kemudahan yang rosak, mahupun
ahli matematik yang dapat menganggarkan jumlah bantuan kewangan yang diperlukan
untuk setiap mangsa banjir. Jelas bahawa, permasalahan dunia hari ini jauh lebih
kompleks dan memerlukan kerjasama daripada ramai pihak. Di sinilah perlunya didikan
tentang STEM Bersepadu agar murid-murid boleh mula membina kepakaran diri mereka
untuk membantu secara kolektif dalam pertanggungjawaban sosial.
Namun begitu, persoalan pokok dalam pendidikan STEM Bersepadu ini ialah,
apakah pula perkembangan terkini mengenai STEM Bersepadu di Malaysia? Apakah
usaha-usaha untuk melaksanakan pendekatan STEM Bersepadu di Malaysia? Persoalan-
persoalan ini akan cuba dijawab dengan membuat semakan-semakan kajian dan
dokumen-dokumen kerajaan Malaysia berkaitan STEM Bersepadu. Dengan yang
demikian, artikel ini ditulis bertujuan memberikan pandangan mengenai perkembangan
STEM Bersepadu pada peringkat global dan juga di Malaysia, seterusnya mengemukakan
pandangan untuk melaksanakan STEM Bersepadu secara menyeluruh dan inklusif dalam
konteks Malaysia.
Rujukan
Bryan, L. A., Moore, T. J., Johnson, C. C., & Roehrig, G. H. (2016). Integrated STEM
education. In C. C. Johnson, E. E. Peters-Burton, & T. J. Moore (Eds.), STEM road
map: A framework for integrated STEM education (pp. 23-37). NY: Routledge
Taylor & Francis Group.
Bunyamin, M. A. H., & Finley, F. (2016). STEM Education in Malaysia: Reviewing the
Current Physics Curriculum. Kertas kerja yang telah diterima untuk pembentangan
dalam International Conference of Association for Science Teacher Education
(ASTE), 7-9 Januari 2016 di Nevada, Amerika Syarikat.
Hurd, P. D. (1998). Scientific literacy: New minds for a changing world. Science
Education, 82(3), 407–416.
Isa, Z., Zakaria, A. M., Azlan, M. I., Noorani, M. S. M., Majid, N., Ismail, H., … Ahmad,
A. G. (2011). Students’ Perceptions of the implementation of teaching and learning
of Science and Mathematics in English. Procedia - Social and Behavioral Sciences,
18(1), 361–366.
Jayarajah, K., Saat, R. M., & Rauf, R. A. A. (2014). A review of science, technology,
engineering & mathematics (STEM) education research from 1999-2013: A
Malaysian perspective. Eurasia Journal of Mathematics, Science & Technology
Education, 10(3), 155–163.
Koehler, C., Binns, I. C., & Bloom, M. A. (2016). The emergence of STEM. In C. C.
Johnson, E. E. Peters-Burton, & T. J. Moore (Eds.), STEM road map: A framework
for integrated STEM education (pp. 13-22). NY: Routledge Taylor & Francis Group.
Moore, T. J., Johnson, C. C., Peters-Burton, E. E., & Guzey, S. S. (2016). The need for a
STEM road map. In C. C. Johnson, E. E. Peters-Burton, & T. J. Moore (Eds.), STEM
road map: A framework for integrated STEM education (pp. 3-12). NY: Routledge
Taylor & Francis Group.
National Academy of Science (NAS): Committee of Science, Engineering, and Public
Policy (2007). Rising above the gathering storm: Energizing and employing America
for a brighter economic future. Washington, DC: National Academies Press.
National Research Council (NRC). (2012). A framework for K-12 science education:
Practices, crosscutting concepts, and core ideas. Washington, DC: The National
Academies Press.
OECD. (2012). Program for International Student Assessment results (PISA) from PISA
2012: Country note- United States. Retrieved from
http://www.oecd.org/pisa/keyfindings/PISA-2012-results-US.pdf
Roehrig, G. H., Moore J., T., Wang, H.-H., & Park, M. S. (2012). Is adding the E
enough? Investigating the impact of K-12 engineering standards on the
implementation of STEM integration. School Science and Mathematics, 112(1), 31–
44.
Siew, N. M., Amir, N., & Chong, C. L. (2015). The perceptions of pre-service and in-
service teachers regarding a project-based STEM approach to teaching science.
SpringerPlus, 4(1), 1–20.