You are on page 1of 2

Strategi-strategi yang sesuai untuk syarikat

1. Mengenal Pasti Misi dan Objektif Syarikat


Misi syarikat merupakan pernyataan formal tentang tujuan penubuhan organisasi dan perkara
yang ingin dicapai. Misi syarikat dijadikan sebagai garis panduan untuk mencapai matlamat
organisasi. Pernyataan misi mestilah berorientasikan pasaran, realistic dan bersesuaian
dengan situasi persekitaran pasaran.

2. Menentukan Objektif Syarikat


Syarikat kemudian perlu menukarkan misi syarikat kepada objektif atau matlamat sokongan
yang lebih terperinci untuk setiap peringkat pengurusan atau jabatan. Setiap pengurus dalam
organisasi perlu mempunyai objektif yang tersendiri dan bertanggungjawab untuk
mencapainya.

3. Merekabentuk Portfolio Perniagaan


Organisasi perlu merancang portfolio perniagaan berpandukan pernyataan misi dan objektif
syarikat yang telah ditetapkan. Portfolio perniagaan ialah sekumpulan produk atau unit
perniagaan yang dimiliki oleh sesebuah syarikat. Analisis portfolio perniagaan adalah penting
dan perlu dilaksanakan bagi mengenal pasti portfolio perniagaan yang menguntungkan atau
merugikan supaya sumber kewangan sedia ada dapat disalurkan atau dihentikan dalam
portfolio tersebut.

4. Membentuk Strategi Pemasaran dan Strategi Fungsian Lain


Setelah objektif strategik ditakrifkan, pihak pengurusan dalam setiap unit perniagaan mesti
menyediakan satu set perancangan fungsian yang boleh menyelaraskan aktiviti pemasaran,
pengeluaran, kewangan dan jabatan-jabatan lain.

Kejayaan sesebuah organisasi bergantung kepada prestasi setiap jabatan dalam melaksanakan
aktiviti penambahan nilai kepada pengguna dan bagaimana jabatan-jabatan dalam organisasi
itu bekerjasama untuk melayan pengguna.
Untuk membentuk satu sistem perancangan yang paling baik bagi mencapai objektif strategik
keseluruhan organisasi, pengurus pemasaran mesti berusaha untuk memahami pendapat
pengurus fungsian lain.

You might also like