You are on page 1of 2

TERHAD

Rujukan : SKTA.100-1/5/1( )
Tarikh : 22 Januari 2021

Seperti Lampiran

Tuan,

KEBENARAN HADIR KE PEJABAT/SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG ARU, WP LABUAN


DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (13 JANUARI 2021 – 26 JANUARI 2021)

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas dan Surat Arahan Ketua
Pengarah Perkhidmatan Awam dengan rujukan JPA.100-1/4/2 (15) bertarikh 12 Januari 2021
mengenai Arahan Pengoperasian Pejabat Kerajaan Di Bawah Perintah-Perintah Kawalan Pergerakan
adalah berkaitan.

2. Sepertimana pihak tuan sedia maklum, Kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan Perintah
Kawalan Pergerakan kepada semua rakyat Malaysia bermula pada 13 Januari 2021 hingga 26 Januari
2021. Perintah ini bertujuan untuk mengurangkan perhubungan individu secara bersemuka bagi
mengelakkan penularan wabak Pendemik COVID-19.

3. Sehubungan itu, tuan adalah dibenarkan ke pejabat untuk menyelesaikan tugas-tugas penting
yang kritikal dan perlu dibuat dengan kadar segera dan hanya dibenarkan membawa dokumen bukan
dokumen terperingkat.

4. Selaras dengan itu, tuan dikehendaki berhubung dengan Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Tanjung Aru untuk membuka premis Sekolah Kebangsaan Tanjung Aru, Wilayah Persekutuan Labuan
dengan mematuhi para 3 di atas. Surat kebenaran ini hanya berkuatkuasa pada 22 Januari 2021
sahaja.

5. Sebarang pertanyaan / pengesahan sila hubungi Puan Faridah Binti Amit, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Tanjung Aru, Wilayah Persekutuan Labuan di talian 013-7061582.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(FARIDAH BINTI AMIT)


Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Tanjung Aru
Wilayah Persekutuan Labuan
TERHAD

Rujukan : SKTA.100-1/5/1( )
Tarikh : 22 Januari 2021

Lampiran

KEBENARAN HADIR KE PEJABAT/SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG ARU, WP LABUAN


DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (13 JANUARI 2021 – 26 JANUARI 2021)

1. Pn. Rostina binti Mohd Kassim


Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
SK Tanjung Aru
W.P. Labuan

2. Pn. Roselin Felis


Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
SK Tanjung Aru
W.P. Labuan

3. En. Ladindry Lumbis


Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
SK Tanujung Aru
W.P. Labuan

4. Pn. Masni Juitah binti Tuda


Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
SK Tanjung Aru
W.P. Labuan

5. En. Suliana binti Amin


Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
SK Tanjung Aru
W.P. Labuan

6. Pn. Laura binti Aban


Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
SK Tanjung Aru
W.P. Labuan

You might also like