You are on page 1of 5

NOTA UNTUK MURID

Baca dengan teliti nota Kadet Remaja Sekolah (KRS)


Nota KRS yang disediakan adalah untuk membimbing murid mengetahui tentang Kadet
Remaja Sekolah.

1. LOGO KADET REMAJA SEKOLAH MALAYSIA

a. Perisai - Benteng ketahanan diri daripada gejala yang tidak sihat.


b. Bulan dan Bintang - Agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia.
c. Dua Tangkai Padi Bersilang - Resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan serta
matang dan rasional dalam semua tindakan.
d. Buku Yang Terbuka dan Rehal - Peranan institusi pendidikan yang
mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan dan kaum,
agama dan latar belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras
dengan Falsafah Pendidikan Negara.
e. Warna Hijau - Alam skitar yang sihat.
f. Warna Merah - Keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara
tercinta.
g. Warna Kuning - warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan negara Malaysia.
h. Warna putih - Keikhlasan serta kesucian.

2. LAGU KADET REMAJA SEKOLAH

Kadet Remaja Sekolah


Menuju satu ikatan bersaudara
Bersatu menjulang keamanan negara
Menjayakan Ilmu, Iman dan Amal
Marilah kita membina peribadi
Membentuk insan yang kreatif
Ke arah kecemerlangan diri
Sepanjang masa yang berterusan
Remaja sambutlah cabaran
Menjadi bangsa malaysia
Maju dan cemerlang
Remaja berwawasan
Jangan kita lupa kepada pencipta
Renaja hayati budaya
Ilmu iman dan amal
Kekalkan di hati dan jiwamu
Wawasan kadet remaja sekolah
3. Motto KRS – Ilmu Iman Amal

4. Pakaian uniform dan aksesori TKRS


a. Baju b. Seluar
c. Jambul d. Beret
e. Lapik beret f. Lencana beret
g. Lencana kolar h. Lencana poket
i. Mafla j. Tali pinggang
k. Kasut

5. Sejarah Penubuhan TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH ( TKRS )

Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) telah mula diasaskan pada 15 Mac
1999. Sekolah yang menjadi sekolah pertama (perintis) menubuhkan TKRS
ialah Sekolah Kebangsaan Seri Melati, Kuala Lumpur yang sekarang ini
dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Setapak Indah. Idea
penubuhan Tunas Kadet Remaja Sekolah dicetuskan oleh En. Wan Mohd.
Ariffin bin Wan Hussin iaitu khas untuk murid-murid sekolah rendah
seperti mana Kadet Remaja Sekolah untuk pelajar-pelajar sekolah
menengah sahaja. Antara tujuan TKRS ditubuhkan adalah untuk
memberikan pendedahan awal kepada pelajar-pelajar mengenai KRS. Ini
kerana TKRS merupakan KRS di peringkat awal (sekolah rendah).
Kurikulum, matlamat dan objektif serta perjuangan TKRS adalah
berdasarkan Kadet Remaja Sekolah (KRS). Pada awal penubuhan, pasukan
ini dinamakan Tunas Kadet Remaja Islam Sekolah (TKRIS). Dewasa ini
TKRIS dikenali dengan nama Tunas Kadet Remaja Sekolah. Penubuhan
Tunas Kadet Remaja Sekolah secara rasminya telah disempurnakan oleh
Timbalan Menteri Pelajaran YB Dato’ Noh b. Omar di Stadium Sultan
Abdul Halim, Kedah Darul Aman pada 26 Mac 2006.
NAMA : …………………………………. TAHUN……………..

1. Warnakan Bendera KRS di bawah.


MAKLUMAT TENTANG WARNA BENDERA AKAN DISEDIAKAN OLEH GURU DALAM GROUP WHATSAPP
2. Tuliskan Maksud pada logo KRS

A. PERISAI _____________________________________________

B BUNGA PADI _____________________________________________

C BUKU & REHAL _____________________________________________

D BULAN DAN BINTANG _____________________________________________

E WARNA HIJAU _____________________________________________

F WARNA MERAH _____________________________________________

G WARNA KUNING _____________________________________________

H WARNA PUTIH _____________________________________________

3. TULISKAN MOTTO KRS

A. ____________________ B. ____________________ C. ___________________

4. TULISKAN LIRIK LAGU KRS PADA RUANG YANG DISEDIAKAN


5. ISI TEMPAT KOSONG DENGAN JAWAPAN YANG BETUL

a. Pengasas KRS Malaysia ialah __________________________________________


b. KRS telah ditubuhkan secara rasminya pada ___________________________
c. Idea penubuhan TKRS telah dicetuskan oleh _________________________
d. Pelancaran TKRS telah disempurnakan oleh ___________________________

6. TULISKAN PAKAIAN DAN AKSESORI KRS


a. ______________________________

b. ______________________________

c. ______________________________

d. ______________________________

e. ______________________________

f. ______________________________

g. ______________________________

h. ______________________________

i. ______________________________

j. ______________________________

You might also like