You are on page 1of 10

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR


(HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI)

Kod Dokumen : OPR/HEPA/BR25/SPP

BORANG SOAL SELIDIK AKTIVITI PELAJAR

ARAHAN:

BERIKUT DISENARAIKAN PERNYATAAN BERKAITAN DENGAN KEMAHIRAN ANDA. SILA TANDAKAN SETIAP PERNYATAAN
BERDASARKAN SKALA 1 HINGGA 5 SEPERTI BERIKUT:

(1 2 3 4 5)

Tidak Sangat
Menggambarkan Diri ------------------------------------------------------------------------------------- Menggambarkan Diri
Saya Saya

No. Isu : 01
No. Semakan : 00
Tarikh Kuatkuasa : 22.08.2011
BAHAGIAN A: KEMAHIRAN 1 - KOMUNIKASI

Skala
Bil. Pernyataan
1 2 3 4 5

1. Boleh menyampaikan mesej dengan baik kepada pendengar.     

2. Boleh menggunakan komunikasi lisan dan gerak badan dengan baik.     

3. Boleh menulis dengan bahasa yang mudah difahami.     

4. Boleh menjelaskan matlamat tulisan dengan jelas.     

5. Mempunyai sikap menghormati penyampai maklumat.     

6. Mendengar dengan berfikiran terbuka terhadap pandangan yang disampaikan.     

7. Mampu memberikan maklum balas dalam perbincangan dengan efektif     

8. Mampu menyampaikan maklumat dengan yakin berserta contoh yang kukuh.     

9. Mampu menampilkan diri sesuai dengan audien.     

10. Berkemampuan untuk berkongsi maklumat dengan rakan.     

11. Boleh menerima pandangan yang berbeza.     

12. Boleh memahami pandangan dan idea mereka yang berlainan budaya dan
    
latarbelakang.

13. Boleh menyatakan “tidak” dalam perbincangan secara berhemah.     

14. Sentiasa memberi maklum balas menggalakkan.     

15. Boleh mengekalkan kontak mata sepanjang perbualan.     

16. Menunjukkan senyuman dan kemesraan semasa berbual.     

17. Boleh menyampaikan mesej melalui bahasa badan.     

No. Isu : 01
No. Semakan : 00
Tarikh Kuatkuasa : 22.08.2011
1
BAHAGIAN B: KEMAHIRAN 2 – BAHASA INGGERIS

Skala
Bil. Pernyataan
1 2 3 4 5

18. Berkemampuan memberi tunjuk arah dalam Bahasa Inggeris dengan baik.     

19. Menghadapi masalah untuk memahami filem Inggeris tanpa sari kata Bahasa
    
Melayu.

20. Mampu berucap secara spontan dengan lancar dalam Bahasa Inggeris.     

21. Boleh berbual dalam Bahasa Inggeris dengan baik dan yakin.     

22. Mampu berdiskusi dalam Bahasa Inggeris dengan yakin.     

23. Gemar menulis laporan dalam Bahasa Inggeris.     

24. Lebih memilih kuliah disampaikan dalam Bahasa Inggeris.     

No. Isu : 01
No. Semakan : 00
Tarikh Kuatkuasa : 22.08.2011
2
BAHAGIAN C: KEMAHIRAN 3 – BAHASA MALAYSIA

Skala
Bil. Pernyataan
1 2 3 4 5

25. Berkemampuan memberi tunjuk arah dalam Bahasa Malaysia dengan baik.     

26. Mampu berucap secara spontan dengan lancar dalam Bahasa Malaysia.     

27. Boleh berbual dalam Bahasa Malaysia dengan baik dan yakin.     

28. Mampu berdiskusi dalam Bahasa Malaysia dengan yakin.     

29. Gemar menulis laporan dalam Bahasa Malaysia.     

30. Lebih memilih kuliah disampaikan dalam Bahasa Malaysia.     

No. Isu : 01
No. Semakan : 00
Tarikh Kuatkuasa : 22.08.2011
3
BAHAGIAN D: KEMAHIRAN 4 – PEMIKIRAN KRITIS

Skala
Bil. Pernyataan
1 2 3 4 5

31. Boleh menilai secara konsisten apabila berhadapan dengan masalah.     

32. Setiap masalah yang rumit akan difikirkan secara konkrit.     

33. Mengenalpasti punca masalah berlaku adalah langkah pertama yang


    
dilakukan dalam penyelesaian sebarang masalah.

34. Berfikir dan merancang terlebih dahulu apa yang perlu dilakukan apabila ingin
    
menyelesaikan masalah.

35. Pelbagai pandangan dan perspektif diambil kira dalam penyelesaian masalah.     

36. Boleh membezakan hujah yang mempunyai asas yang benar atau sebaliknya
    
dengan baik.

37. Boleh menilai maksud yang tersirat semasa perbincangan.     

38. Sentiasa menggabungkan idea dari pelbagai perspektif untuk penyelesaian


    
masalah.

39. Mengunakan kreativiti sendiri dalam penyelesaian masalah yang dihadapi.     

40. Setiap keputusan yang dibuat telah melalui proses penyaringan yang ketat.     

41. Membuat penilaian semula terhadap semua kaedah penyelesaian masalah


    
yang telah dilaksanakan.

42. Berfikir secara terperinci terhadap implikasi yang berlaku hasil daripada
    
keputusan yang dibuat.

43. Sentiasa mencuba dan terus mencuba untuk menyelesaikan sebarang masalah
    
yang mendatang.

44. Tidak akan berhenti berusaha selagi saya tidak dapat mencari penyelesaian
    
masalah yang saya hadapi.

45. Yakin dapat menangani masalah apabila berhadapan dengan situasi baru.     

46. Faktor persekitaran akan diambil kira dalam penyelesaian masalah.     

47. Mudah menyesuaikan diri dengan pelbagai situasi.     

48. Selesa bekerja dengan orang yang berbeza budaya.     


No. Isu : 01
No. Semakan : 00
Tarikh Kuatkuasa : 22.08.2011
4
BAHAGIAN E: KEMAHIRAN 5 – KERJA BERKUMPULAN

Skala
Bil. Pernyataan
1 2 3 4 5

49. Boleh berbincang secara terbuka dengan ahli kumpulan.     

50. Cadangan dari ahli kumpulan boleh diterima secara terbuka.     

51. Gemar berinteraksi dengan ahli kumpulan.     

52. Sukar untuk menyesuaikan diri dengan ahli kumpulan.     

53. Kurang jelas peranan saya dalam kumpulan.     

54. Melihat kepelbagaian yang ada dalam kalangan ahli dalam kumpulan sebagai
    
satu kekuatan.

55. Boleh memimpin kumpulan jika diperlukan.     

56. Pandangan ahli kumpulan lebih utama daripada pandangan individu.     

57. Mampu menjadi pengikut yang efektif.     

58. Boleh menjadikan matlamat kumpulan sebagai matlamat diri.     

59. Boleh memberi sumbangan kepada kejayaan kumpulan.     

60. Boleh membantu ahli kumpulan yang lain untuk mencapai matlamat dengan
    
jayanya.

61. Merasa bangga jika ahli kumpulan mencapai kejayaan.     

No. Isu : 01
No. Semakan : 00
Tarikh Kuatkuasa : 22.08.2011
5
BAHAGIAN F: KEMAHIRAN 6 – ETIKA DAN MORAL

Skala
Bil. Pernyataan
1 2 3 4 5

62. Boleh merendahkan nilai dan etika budaya lain.     

63. Boleh mengkritik etika dan budaya sendiri.     

64. Mengambil baki yang melebihi daripada sepatutnya.     

65. Prinsip moral dan etika boleh diubahsuai mengikut keadaan.     

66. Keutamaan perlu diberi kepada orang yang terdekat dalam mengisi
    
kekosongan jawatan.

67. Setiap orang perlu dilayan sama rata tanpa sebarang diskriminasi.     

68. Sebarang perkara tidak bermoral perlu dijauhi.     

69. Lorong kecemasan di jalanraya boleh digunakan untuk cepat sampai ke


    
destinasi jika berlaku kesesakan.

70. Meniru atau menciplak adalah dibenarkan jika bahan tersebut diambil
    
daripada internet.

71. Buku-buku yang mahal boleh difotostat.     

72. Boleh memandu melebihi had laju jika perlu.     

73. Kita perlu menghormati hak orang lain.     

74. Sentiasa jujur apabila memberi maklumat peribadi terutamanya semasa


    
mengisi borang permohonan.

75. Boleh meniru dalam peperiksaan untuk mendapatkan keputusan yang baik.     

76. Boleh menghantar SMS kepada kawan semasa kuliah.     

No. Isu : 01
No. Semakan : 00
Tarikh Kuatkuasa : 22.08.2011
6
BAHAGIAN G: KEMAHIRAN 7 - KEUSAHAWANAN

Skala
Bil. Pernyataan
1 2 3 4 5

77. Berminat untuk mengikuti program peluang perniagaan yang dianjurkan.     

78. Gemar menghadiri ceramah Multi Level Marketing.     

79. Menjadikan internet sebagai sumber mencari peluang perniagaan.     

80. Gemar untuk bersama-sama orang yang telah berjaya dalam perniagaan.     

81. Berkemampuan mengambil risiko dalam setiap keputusan yang diambil.     

82. Membuat keputusan berdasarkan maklumat yang cukup.     

83. Merujuk kepada orang lebih tahu apabila berhadapan dengan masalah.     

84. Mempunyai pengetahuan untuk menyediakan kertas cadangan perniagaan.     

85. Mempunyai perancangan untuk terlibat dalam bidang perniagaan selepas


    
bergraduat.

86. Mengetahui dimana untuk mendapatkan pinjaman untuk memulakan


    
perniagaan.

87. Mempunyai kemampuan untuk menarik minat orang ramai terhadap produk
    
yang saya niagakan.

88. Seronok bergaul dan berkenalan dengan pelbagai peringkat masyarakat.     

89. Masa amat berharga kepada diri saya.     

90. Janji sentiasa saya tepati.     

91. Untuk cemerlang saya perlu bantu diri saya sendiri.     

No. Isu : 01
No. Semakan : 00
Tarikh Kuatkuasa : 22.08.2011
7
BAHAGIAN H: KEMAHIRAN 8 – KEPIMPINAN

Skala
Bil. Pernyataan
1 2 3 4 5

92. Mempunyai kemampuan mengenalpasti faktor yang menimbulkan bantahan


    
daripada orang lain.

93. Mampu menentukan keutamaan.     

94. Berkemampuan mengenalpasti matlamat kumpulan.     

95. Sentiasa melakukan yang terbaik untuk menyelesaikan tugas dan


    
tanggungjawab.

96. Mampu menilai kekuatan dan kelemahan diri.     

97. Berupaya menilai kesan daripada setiap tindakan dan keputusan yang dibuat.     

98. Mampu memberi semangat dan motivasi kepada orang lain.     

99. Memberi fokus kepada tugas dan tanggungjawab yang diberikan.     

100. Memastikan setiap matlamat dapat dicapai sepertimana yang dirancang.     

101. Mempunyai kemahiran mengawal tekanan dengan baik.     

102. Boleh bertoleransi dengan rakan sejawat yang berbeza pandangan.     

103. Memberi keutamaan kepada pandangan dan maklumbalas rakan sejawat.     

104. Berkebolehan menggunakan pelbagai kaedah untuk memotivasikan orang lain.     

105. Berupaya menilai diri dan orang lain dengan baik.     

106. Cenderung untuk membuat keputusan bersama secara berkumpulan     

No. Isu : 01
No. Semakan : 00
Tarikh Kuatkuasa : 22.08.2011
8
BAHAGIAN I: KEMAHIRAN 9 – PEMBELAJARAN BERTERUSAN & PENGURUSAN MAKLUMAT

Skala
Bil. Pernyataan
1 2 3 4 5

107. Menggunakan maklumat sedia ada untuk membuat keputusan.     

108. Gemar untuk memberikan perhatian untuk mendapatkan gambaran yang


    
jelas.

109. Menggunakan ICT untuk mendapatkan maklumat untuk tujuan pembelajaran.     

110. Mampu membezakan maklumat yang relevan atau tidak untuk kegunaan.     

111. Berkemampuan menggunakan perpusatakaan untuk mendapatkan maklumat.     

112. Boleh menggunakan ICT untuk mendapatkan maklumat terkini.     

113. Maklumat yang diperolehi disimpan secara sistematik.     

114. Sering membuat refleksi terhadap apa yang telah dipelajari.     

115. Berminat dan selesa dengan perkembangan teknologi masa kini.     

116. Mampu mendapat maklumat baru dengan menggunakan kaedah pencarian


    
maklumat secara tradisional.

117. Pembelajaran secara berterusan perlu untuk kemajuan diri.     

118. Gemar untuk meneroka maklumat baru walaupun tidak berkaitan dengan
    
bidang pengkhususan.

119. Menggunakan manual yang diberikan untuk mempelajari sesuatu kemahiran


    
yang baru.

120. Menggunakan pelbagai sumber untuk mempelajari ilmu baru.     

121. Sentiasa mencari maklumat baru walaupun arahan tidak diberikan.     

122. Sering menghadiri majlis atau program ilmu.     

123. Rindu kepada ilmu.     

124. Belajar sebagai tugas dan tanggungjawab bukan terpaksa.     

No. Isu : 01
No. Semakan : 00
Tarikh Kuatkuasa : 22.08.2011
9

You might also like