You are on page 1of 3

Analisis Strukturalisme

Tajuk: Alang Rentak Seribu


Genre Drama: Komedi Tragedi
Sinopsis:
Tema:

1.Permasalahan sosial di antara penduduk kampung dan bandar


Contoh : Pergelutan di antara perbezaan pangkat dan kedudukan iaitu Puan Laila dan penduduk kampung
yang kurang terdedah dengan dunia moden berbanding orang bandar.

2. Kurang peradaban dalam kalangan masyarakat


Contoh: Cara pengucapan yang kasar dilemparkan oleh Puan Laila menyebabkan penduduk kampung
kecil hati dan terasa dengan kata-katanya.

Isu
ADAT

Muka surat: 17-18

Dialog:

Puan Laila : Macam mana boleh kita jalankan.

Khalid : Selalu dalam kampung ni tiap-tiap kerja

penting didulukan dengan kenduri atau arwah.

Puan Laila : Apa istiadatnya?

Halim : Doanya ditambah dengan marhaban,

berzanji, bertahlil. Jamuannya nasi. Lauknya

bermacam-macam la. Kalau nak besar lagi, nasi

minyak dengan daging. Itu terpulang kepada tuan


kendurinya.

Puan Laila : Upacara lain?

Halim : Kalau nak seronok lagi, diadakan main

gambus, main silat, tarian dan nyanyian.

Puan Laila : Lain-lain lagi ada?

Halim : Di sini itu saja yang ada.

Puan Laila : Baik la. Kita akan adakan satu kenduri

besar. Jamu nasi minyak dengan kambing. Lepas

berdoa dan makan, kita berseronok dengan apa yang

boleh dibuat.

Di dalam adegan ini menunjukkan


bahawa adanya isu adat dimana Khalid
PERKARA dan Halim memberitahu kepada Puan
Laila yang merupakan orang bandar dan
menyatakan tentang penduduk kampung
kebiasannya akan mengadakan satu
sambutan atau kenduri bagi memulakan
sesuatu kerja-kerja penting di kampung
tersebut.

Ulasan: (Analisis dan sintesis)


Di dalam naskah Alang Rentak Seribu ini mengangkat isu adat yang diketengahkan pada

penduduk kampung. Dimana dapat dilihat sikap penduduk kampung yang sangat

mementingkan adat di dalam harian mereka tidak kira apa jua unsur budaya luar yang datang

ke kampung mereka. Kedatangan orang bandar ini terlihat sangat jelas apabila rombongan

datang tidak menanyakan apa-apa adat yang dipegang oleh kampung dan hanya meneruskan

pengambaraan tanpa memikirkan kepentingan penduduk kampung. Perbezaan di antara

penduduk kampung dan orang bandar sangat ketara kerana oran bandar kebanyakkan sudah
mulai lupa tentang adat istiadat orang melayu. Sepanjang perjalanan pengambaraan mereka

asyik terpaksa berhenti dan mempunyai banyak gangguan luar seperti di muka surat 6,7 dan

8. Bermula dengan gangguan orang kampung dan seterusnya Halim merupakan bapa kepada

Mazni heroin cerita tersebut. Jadi, Puan Laila menjadi bingung dan berputus asa untuk

meneruskan pengambaraan tersebut sehinggalah masalah diselesaikan. Di muka surat 17,

Halim dan Khalid sebagai penduduk kampung yang menetap di situ menjelaskan bahawa di

kampung ini mementingkan adat apabila ingin memulakan sesuatu kerja penting dan akan

megadakan majlis meraikan dengan jamuan makan atau kenduri. Di muka surat 18 pula, Puan

Laila mengetahui tentang perkara tersebut telah bersetuju dan mengadakan satu kenduri

kepada semua penduduk kampung. Akhir sekali, semua orang tidak kira pangkat dan

kedudukan saling mengenali dan mengeratkan lagi silaturahim di dalam satu majlis adat

istiadat.

You might also like