Professional Documents
Culture Documents
Komunikasi Perundingan Rumusan Artikel
Komunikasi Perundingan Rumusan Artikel
!
!
!
!Individual!Assignment!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
“Tugasan!1!–Rumusan”!!
!SCCG!3123:!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
KOMUNIKASI!PERUNDINGAN!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
EN.!ABDUL!HADI!BIN!CHE!HASSAN!!
MOHD!SOFIAN!MUHAMMAD! ! ! ! ! 218431!
!
!
TUGASAN 1 - RUMUSAN ARTIKEL
RUMUSAN 1 3
Tajuk : Integrative Agreements in Multilateral Negotiation: The Case of Fiat and Chrysler
Oleh : Adrea Caputo – School of Economics, University of Rome Vergata - Italy
Penerbit : International Journal od Business and Social Science-Vol.3 No.12, Jun 2012
RUMUSAN 2 4
Tajuk : Towards a Substantive Theory of Leadership, Negotiation & Decision of Leaders
Oleh : Hinh Kramataulh Makhdom dan Dr. Mohd Zulkifli Ghazali
International Business of School, Universiti Teknologi Malaysia
Penerbit : International Journal of Innovation and Business Strategy Vol.02, Aug 2013
RUMUSAN 3 5
Tajuk : Negotiation Between Chinese and Americans: Examining the Cultural Context and
Salient Factors
Oleh : Asuman Akgunes, Stephen F, Dr. Robert Culpepper, Austin State University, USA
Penerbit : The Journal of International Management Studies, Vol 7 No.1, Apr 2012
RUMUSAN 4 6
Tajuk : A study of Negotiations Within Ethnic Chinese Community - Taiwan & Hong Kong
Oleh : Lieh-Ching Chang, Christopher P.Furner and Robert Zinko
Hsuan Chuang University, Taiwan, West Texas A&M University Texas, East
Carolina University, United States of America
Penerbit : Management Research and Practice Vol.2 Issue 2, 2010
RUMUSAN 5 7
Tajuk : International Business Negotiations: Culture, Dimensions, Context
Oleh : Kestutis Peleckis, Vilnius Gediminas Technical University, Lithuania
Penerbit : International Journal of Business, Humanities and Technology
RUJUKAN 8
LAMPIRAN ARTIKEL 1 – 5
RUMUSAN 1 - Integrative Agreements in Multilateral Negotiation: The Case of Fiat and Chrysler
Tujuan artikel ini ditulis adalah kerana penulis ingin memahami peranan pihak ketiga (pihak
persetujuan yang dicapai bersifat integratif. Merujuk kepada analisis kajian kes pakatan strategik
perniagaan sektor automobil yang hendak diwujudkan antara Fiat dan Chrysler, penulis telah membuat
carta aliran proses perundingan yang memperlihatkan peranan pihak kerajaan Amerika Syarikat yang
Melalui analisis yang dibuat daripada kajian kes yang dijadikan rujukan, penulis ingin mengkaji
bagaimana kehadiran pihak ketiga mempengaruhi proses aliran perundingan dan sekali gus menjadi
rujukan dan faktor kepada setiap keputusan yang hendak dibuat. Dalam kajian kes yang dirujuk, pakatan
strategik perniagaan yang hendak dilakukan oleh pihak FIAT dan Chrysler mempunyai objektif mereka
tersendiri malah sanagat berbeza. Ketika keadaan ekonomi Amerika Syarikat yang tidak stabil dan
perlaksaan dasar-dasar kerajaan yang tidak dapat memberikan pinjaman kepada syarikat-syarikat besar
seperti Chrysler daripada muflis. Kedua-dua syarikat bertindak mengadakan rundingan dengan pihak
ketiga bagi memastikan perjanjian pakatan strategik berjaya dan dapat diteruskan.
Antara kesan yang dapat dilihat adalah bagaimana kuasa pihak ketiga memainkan peranan dan
memberikan kebaikan dan keuntungan kepada pihak FIAT, Chrysler dan kerajaan Amerika Syarikat itu
sendiri. Walaupun beberapa syarat-syarat telah ditetapkan kepada FIAT dan terutamanya Chrysler selaku
syarikat tempatan, rundingan yang dilakukan boleh diketegori sebagai dianggap rundingan Menang-
Secara keseluruhannya, peranan pihak ketiga yang turut serta di dalam setiap perbincangan ketika
proses rundingan dilakukan berjaya menghasilkan satu rundingan yang baik selain memastikan syarat-
syarat perjanjian dipatuhi sebagai badan pengawal sesebuah negara. Strategi perundingan dan
penglibatan pihak ketiga atau berkepentingan di dalam sesuatu proses perundingan banyak membantu
Ulasan terhadap artikel ini adalah mengenai cadangan yang diusulkan oleh penulis tentang rangka
kerja kepemimpinan yang terdiri daripada visi, strategi, struktur, proses perundingan yang memerlukan
Penulis juga membuat kutipan kajian-kajian terdahulu seperti teori-teori kepemimpinan sepertu
Great Man, Trait, Behaviorist, Situasi, Kontijensi, Transaksional dan Transformasional. Penulis juga
mendakwa bahawa daripada hasil karya-karya terdahulu yang dirujuk, tiada rangka kerja teoritikal yang
integratif tentang bagaimana seseorang ketua itu memimpin, berunding dan membuat keputusan yang
Atas faktor di atas, penulis cuba untuk mengaitkan kesemua perkara di atas dan membuat satu
rangka kerja konsepsual yang akan menjadi proses yang amat penting. Rangka kerja ini juga dapat
melahirkan ketua yang berkebolehan untuk membuat keputusan yang berani dan dapat berkomunikasi
dengan pengikut untuk mempengaruhi mereka, efisen dan seterusnya menjadi faktor kejayaan bagi
sesebuah rundingan. Penulis juga berpendapat bahawa kecerdasan emosi seseorang pemimpin juga
Cadangan ke atas rangka kerja kepemimpinan oleh penulis seperti struktur, strategi, visi,
pengurusan kepimpinan dan perundingan dan pembuatan keputusan adalah kunci kepada gaya
Budaya merupakan satu faktor yang sangat besar terhadap perundingan perniagaan antarabangsa
antara syarikat-syarikat yang menjalankan perniagaan di negara asing. Tujuan artikel ini ialah penulis cuba
menilai perbezaan dalam konteks budaya antara China dan Amerika Syarikat memandangkan mereka
saling bergantungan di dalam perniagaan melalui proses rundingan dan mencapai persetujuan bersama
Penulis juga menyenaraikan faktor-faktor yang akan mempengaruhi proses rundingan dalam
konteks budaya antara China dan Amerika Syarikat seperti pendidikan, komunikasi bukan lisan,
xenophobia, pegangan hidup (ajaran agama/nilai moral) dan sistem ekonomi. Menurut penulis lagi,
dimensi budaya di China yang berteraskan empat (4) faktor utama iaitu agrarianisma, moral, bahasa
piktografi dan sikap sentiasa berhati terhadap bangsa asing juga merupakan amalan hidup yang
diamalkan oleh masyarakat cina dan menjadi panduan yang mendorong keputusan perundingan yang
dilakukan mereka.
Dapat dilihat di sini bahawa jurang budaya masyarakat Cina dan Amerika dan cara perundingan
dibuat amat besar sekali. Proses dan cara perundingan yang dilakukan melibatkan banyak elemen
budaya seperti falsafah, strategi dan taktik serta gaya pengurusan. Apabila dua (2) budaya ini bertemu,
peluang untuk berlakunya salah faham amatlah tinggi dan tidak juga mustahil untuk mencapai persetujuan
Pemahaman terhadap pengaruh budaya sesama mereka dan kemahuan untuk mengadakan
pakatan pernigaan, saling bertolak ansur ketika proses perundingan dijalankan telah menyumbang kepada
kejayaan syarikat China dan Amerika Syarikat bekerja sama dalam perniagaan mereka.
RUMUSAN 4 - A study of Negotiations Within Ethnic Chinese Community - Taiwan & Hong Kong
mengembangkan perniagaan, pengambil alihan, mengadakan pakatan strategik perniagaan dan lain-lain
lagi. Berbeza dengan rumusan yang dibuat sebelum ini, artikel ini ditulis kerana ingin memahami apakah
faktor yang mendorong pemilihan strategi perundingan daripada etnik Cina di Taiwan dan Hong Kong.
Penulis artikel ini juga berharap hasil tulisan dan hasil kajian mereka dapat menyumbang kepada liberatur-
Jika lihat, artikel ini ditulis kerana ingin melihat kesan kepada perbezaan budaya di negara yang
berlaianan walaupun mempunyai persamaan dari sudut biologi atau susur galur bangsa Cina. Apa yang
dapat dilihat menerusi penulisan artikel ini, pendekatan dan kaedah yang diambil oleh penulis hampir
sama seperti kajian-kajian perundingan silang budaya yang terdahulu apabila mereka mengkaji sesuatu
budaya atau kumpulan etnik seperti perbezaan tahap kekuasaan, adat resam, invidualisma, kolektiflisma,
jantina, orientasi jangka masa panjang dan mencari perbezaan pada budaya atau etnik itu.
Pada saya, pendekatan atau kaedah kajian sebegini perlu di perbaiki apabila isu yang hendak
disentuh melibatkan kumpulan etnik yang sama tetapi di dua berlainan negara. Apa yang perlu dilihat oleh
penulis di sini adalah persamaan budaya yang sama-sama diamalkan yang mendorong kepada hasil
rundingan yang positif dan persamaan strategi perundingan kerana melibatkan satu etnik atau bangsa
walaupun di Taiwan atau di Hong Kong. Mungkin penekanan perlu pada etnik bangsa di Hong Kong
kerana negara ini diperintah British sebelum kembali semula kepada China. Kesan daripada pengaruh
British di Hong Kong seperti terjadinya konsep asimilasi, amalgamasi dan akomodomasi pada etnik Cina
di sana perlu diambil kira kerana ia amat mempengaruhi strategi dan cara mereka di dalam proses
perundingan.
Di akhir kajian ini, penulis menunjukkan perbezaan yang ada di antara masyarakat Cina di Taiwan
dan Hong Kong yang lebih cenderung menggunakan tiga (3) strategi dan cara perundingan iaitu keperluan
memenuhi permintaan, penolakan dan persaingan tetapi tidak menyatakan faktor-faktor yang boleh
mempengaruhi keputusan rundingan iaitu proses akhir yang terpenting bagi sesebuah rundingan.
RUMUSAN 5 - International Business Negotiations: Culture, Dimensions, Context
Artikel ini membincangkan faktor terhadap dimensi kebudayaan dan kesannya terhadap
perundingan perniagaan antarabangsa. penulis juga mengkaji konteks perundingan antarabangsa dari
aspek kognitif. Artikel ini juga telah menyertakan cadangan bagi kajian yang dilakukan berkaitan
Penulis menyatakan bahawa, setiap perniagaan antarabangsa di seluruh dunia perlu menyesuaikan
dengan keadaan ketika melebarkan sayap perniagaan mereka di negara asing dan akan membuat kajian
terperinci terlebih dahulu terhadap budaya, tradisi, iklim politik, sistem ekonomi, persaingan dan banyak
Perincian kajian tentang sesuatu budaya banyak mempengaruhi proses perundingan dan
keputusan yang hendak dibuat. Kajian mendalam perlu dijalankan dan perlu dijadikan rujukan kepada
mereka. Mengambil contoh, kebanyakkan simbol-simbol dan tindakan mungkin mempunyai risiko kerana
perbezaan budaya yang ada. Satu contoh yang saya boleh berikan di sini, pengalaman melalui proses
penjenamaan semula syarikat saya bekerja. Syarikat saya telah diambil alih oleh dua pemegang saham
baharu iaitu Prudential Financial, Inc. dari Amerika Syarikat memiliki 70% saham dan 30% baki saham
dimiliki oleh Bank Simpanan Nasional. Saya juga dapat melibatkan diri dalam proses pengambil alihan ini
dijalankan dan mendapati, kajian yang dilakukan oleh pemegang saham melalui perunding yang dilantik
oleh mereka amat terperinci dan mengambil masa hampir setahun untuk disiapkan. Banyak keputusan
penting yang dibuat berdasarkan kajian yang dijalankan ketika proses perundingan dijalankan.
Penulis berpendapat bahawa budaya adalah faktor utama sebagai penyumbang dan
mempengaruhi suasana perundingan antarabangsa sama ada positif dan negatif. Dalam konteks
perundingan perniagaan silang budaya, banyak faktor sampingan seperti undang-undang setempat, nilai
sesebuah organisasi dan cara atau strategi komunikasi perundingan yang berbeza antara satu sama lain.
Penulis merumuskan bahawa kajian saintifik terhadap kesan atau keputusan daripada proses
perundingan silang budaya tidak sepebuhnya dikaji dan memerlukan perincian yang lebih mendalam.
Rujukan
Akgunes, A., Culpepper, R., & F, S. (2012). Negotiations Between Chinese and Americans:
Examing the Cultural Context and Salient Factors. The Journal of International Management
Studies , 7 (1), 191-200.
L.C, C., Furner, C., & R, Z. (2010). A Study of Negotiations Within Ethnic Chinese Community
Between Taiwan and Hong Kong. Management Research and Practice , 2 (4), 329-343.
Caputo, A. (2012). Integrative Agreements in Multilateral Negotiations: The Case of Fiat and
Chrysler. International Journal of Business and Social Science, 3 (12), 167-180.
!