You are on page 1of 14

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/336279060

Persekitaran Bahasa Arab dalam Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Dini di


SABK

Article · October 2018

CITATIONS READS

0 1,142

3 authors:

Kamarulzaman Abdul Ghani Zawawi Ismail


University of Malaysia, Kelantan University of Malaya
37 PUBLICATIONS   67 CITATIONS    30 PUBLICATIONS   70 CITATIONS   

SEE PROFILE SEE PROFILE

Azmil Hashim
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
69 PUBLICATIONS   138 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

pendidikan Tahfiz View project

Pembinaan Standard Hafiz View project

All content following this page was uploaded by Azmil Hashim on 05 October 2019.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
e-ISSN: 2289-8042
SPECIAL ISSUE (2018)

Persekitaran Bahasa Arab dalam Pelaksanaan


Kurikulum Bersepadu Dini di SABK

Arabic Language Environment in The Implementation of


Dini Integrated Curriculum at SABK Malaysia

Kamarulzaman Abdul Ghani1, Ahmed Thalal Hj Hassan2, Ahmad Abdul Rahman3,


Mohd Aderi Che Noh4, Muhd Zahiri Awang Mat5, Zawawi Ismail6, Azmil Hashim7,
Saifuddin Hussin8, Rohaidi Habil9 & Siti Apipah Munirah Salleh10

ABSTRAK
Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) telah diiktiraf sebagai kurikulum kebangsaan pada tahun
2012. Ia telah digubal bersama oleh jawatankuasa yang dikendalikan oleh pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Lembaga Pendidikan Agama Islam (LEPAI)
JAKIM dan Jabatan/Yayasan Agama berdasarkan kurikulum agama-arab yang sebelum ini
dikenali sebagai Kurikulum Dini/Azhari. KBD merupakan kurikulum pendidikan Islam
baharu yang direka bentuk oleh KPM dan JAKIM untuk dilaksana di Sekolah Agama
Bantuan Kerajaan (SABK) seluruh Malaysia. Ia telah mula dilaksanakan pada tahun 2015 di
sekolah-sekolah tersebut. Aspirasi pelaksanaan kurikulum ini antara lain untuk
meningkatkan kualiti komunikasi dan berbahasa Arab dengan menjadikan bahasa Arab
sebagai bahasa pengantar. Sehubungan itu kajian ini bertujuan meninjau tahap persekitaran
bahasa Arab dari aspek prasarana dan komunikasi bahasa Arab di SABK dalam
merealisasikan aspirasi ini. Sebanyak 466 orang pelajar dan 146 orang guru dari seluruh
Malaysia telah menjadi sampel dalam kajian ini. Dapatan menunjukkan min keseluruhan
tahap persepsi guru terhadap prasarana dan komunikasi bahasa Arab di sekolah pada tahap
sederhana, iaitu min=3.28 dan min=3.31. Manakala persepsi pelajar pula juga pada tahap
sederhana, iaitu min=3.22 dan min=2.66. Dapatan ini menunjukkan hasrat bagi
merealisasikan aspirasi pelaksanaan kurikulum ini kurang memuaskan. Justeru pihak
berwajib perlu membuat tindakan yang lebih agresif dan proaktif bagi mengatasi kekurangan
dan permasalahan yang berlaku.

Kata Kunci: Kurikulum Bersepadu Dini, Persekitaran Bahasa Arab, Prasarana bahasa
Arab, Komunikasi bahasa Arab, SABK.

1
Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah, Universiti Malaysia Kelantan.
kamarulzaman@umk.edu.my
2
Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah, Universiti Malaysia Kelantan
3
Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah, Universiti Malaysia Kelantan
4
Pusat Transformasi Komuniti Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia
5
Fakul Pendidikan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
6
Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya
7
Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris
8
Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia
9
Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra
10
Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah, Universiti Malaysia Kelantan

644
JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
e-ISSN: 2289-8042
SPECIAL ISSUE (2018)

ABSTRACT
The Dini Integrated Curriculum (KBD) has been recognized as a national curriculum in
2012. It was jointly enacted by a committee run by the Ministry of Education Malaysia
(MOE), the Islamic Religious Education Board (LEPAI) JAKIM and the Department /
Religious Foundation based on the religious curriculum which was formerly known as the
Dini / Azhari Curriculum. KBD is a new Islamic education curriculum designed by KPM and
JAKIM to be implemented at the Government Assistance Religious School (SABK)
throughout Malaysia. It has been implemented in 2015 at these schools. The aspiration of
implementing this curriculum, among others, to improve the quality of communication and
Arabic language by making Arabic as the medium of instruction. The purpose of this study is
to examine the level of Arabic language environment in terms of Arabic language
infrastructure and communications in SABK in realizing this aspiration. A total of 466
students and 146 teachers from all over Malaysia have been sampled in this study. The
findings showed that the overall mean of teachers' perceptions of Arab language
infrastructure and communication at school was moderate, mean = 3.28 and mean = 3.31.
While the students' perception is also moderate, mean = 3.22 and mean = 2.66. This finding
demonstrates the desire to realize the aspiration of the implementation of this curriculum is
not satisfactory. Hence, the authorities need to make more aggressive and proactive actions
to address the shortcomings and problems.

Keywords: Dini Integrated Curriculum, Arabic Language Environment, Arabic Language


Infrastructure, Arabic Language Communication, SABK.

Penghargaan: Kajian ini dibiayai oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui Skim
Geran Penyelidikan Fundamental (R/FRGS/A04.00/01336A/001/2016/00363). Kami
mengucapkan terima kasih kepada KPT, Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan
Malaysia serta rakan-rakan yang telah memberikan bantuan dan kerjasama serta pandangan
dan kepakaran yang banyak membantu penyelidikan ini, walaupun mereka mungkin tidak
bersetuju dengan semua tafsiran / kesimpulan kertas ini.

PENDAHULUAN

Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) merupakan kurikulum Agama Islam yang digubal khas
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM),
dan Lembaga Penasihat Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (LEPAI). Kurikulum ini
dibina berasaskan Kurikulum Azhari/ al-Azhar bagi mengganti dan menambah baik
Kurikulum Azhari yang sedia ada dan diguna pakai di sekolah-sekolah agama di Malaysia
termasuklah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Sekolah Agama Negeri dan Sekolah
Agama Rakyat. Ia juga telah diiktiraf sebagai kurikulum kebangsaan pada tahun 2012.
Matlamat utama pelaksanaan kurikulum bersepadu dini adalah untuk menyediakan pelajar
yang seimbang dan cemerlang melalui KBD berasaskan naqli dan ‘aqli bagi menyediakan
bakal ulama’ dan agamawan muthaqqaf. Ia juga merupakan usaha bagi memartabatkan dan
memperkasakan proses pengajaran dan pembelajaran KBD di sekolah, menggilap potensi dan
keupayaan pelajar serta menyelaraskan sistem pengurusan KBD antara KPM dengan
kurikulum kebangsaan (Bahagian Pendidikan Islam KPM, 2015).

645
JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
e-ISSN: 2289-8042
SPECIAL ISSUE (2018)

ASPIRASI KURIKULUM BERSEPADU DINI

Penggubalan kurikulum ini selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia,


Gelombang 1 dalam perkara “Mengukuhkan laluan pendidikan agama” telah menyatakan
bahawa “ ..kementerian beriltizam menyediakan pendidikan agama berkualiti tinggi bagi
melengkapkan murid dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang relevan untuk berjaya
dalam pasaran kerja berasaskan nilai dan tasawur Islam yang kukuh. Kementerian akan
memperkukuhkan pelaksanaan kurikulum kebangsaan di sekolah agama dengan mengangkat
kurikulum Dini dan Tahfiz sebagai kurikulum kebangsaan serta menerapkan unsur-unsur
agama ke dalam kurikulum kebangsaan” – (Bab 7- m.s. 12) (Kementerian Pendidikan
Malaysia 2013).

Melalui pelaksanaan KBD negara dapat menawarkan kepada warganegara yang


memerlukan pendidikan aliran agama kepada anak-anak mereka dan seterusnya
mengukuhkan pendidikan agama di dalam aliran perdana.Ini akan memberikan lebih peluang
kepada murid di dalam menentukan laluan kerjaya mereka. KBD yang menggunakan bahasa
Arab sebagai bahasa pengantar akan mempertingkatkan kualiti komunikasi dan berbahasa
serta mampu merujuk asas-asas ilmu pengetahuan dalam kitab-kitab muktabar (Bahagian
Pendidikan Islam KPM, 2015).

Antara fokus dalam pelaksanaan kurikulum ini adalah untuk memperkasakan bahasa
Arab dalam kalangan pelajar. Perkara ini disebut dengan jelas dalam dokumen maklumat asas
pelaksanaan kurikulum bersepadu dini (pelaksanaan tahun 2015) yang dikeluarkan oleh
Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia. Dokumen tersebut antara
lain menyatakan pelaksanaan KBD dapat menawarkan kepada warganegara yang
memerlukan pendidikan aliran agama kepada anak-anak mereka dan seterusnya
mengukuhkan pendidikan agama dalam aliran perdana. Ini akan memberikan lebih peluang
kepada murid dalam menentukan laluan kerjaya mereka. KBD yang menggunakan bahasa
Arab sebagai bahasa pengantar akan mempertingkatkan kualiti komunikasi dan berbahasa
serta mampu merujuk asas-asas ilmu pengetahuan dalam kitab-kitab muktabar.

Selain itu KBD berperanan mempertingkat keupayaan murid berasaskan aspirasi


murid dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), iaitu memastikan murid-
murid menguasai pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran
dwibahasa, etika dan kerohanian, dan identiti nasional. Aspek pengetahuan kurikulum ini
akan mengembangkan potensi dan keupayaan murid dalam ilmu agama dan bahasa Arab.
Kurikulum ini yang menjadikan bahasa Arab sebagai bahasa pengantar mampu memberi
kelebihan dan nilai tambah kepada murid dalam penguasaan bahasa selain Bahasa Malaysia
dan Bahasa Inggeris (Kemahiran dwibahasa) (Bahagian Pendidikan Islam KPM, 2015).

Bagi merealisasikan hasrat ini satu usaha yang lebih agresif perlu dilakukan bagi
menyokong pelaksanaan kurikulum ini. Memandangkan bahasa Arab bukanlah bahasa
komunikasi harian masyarakat di Malaysia serta penggunaannya tidak meluas sebagaimana
bahasa Inggeris, justeru satu ekosistem berbahasa Arab yang kondusif perlu diwujudkan
persekitaran bahasa Arab di sekolah bagi menyokong aspirasi penggubalan kurikulum ini.

646
JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
e-ISSN: 2289-8042
SPECIAL ISSUE (2018)

PERSEKITARAN BAHASA ARAB DALAM PEMBELAJARAN

Peri pentingnya persekitaran pembelajaran murid dalam menguasai sesuatu pembelajaran


telah dibuktikan dalam banyak kajian sebelum ini. Kajian yang dijalankan oleh Majdah
(2011) mendapati kelemahan murid dalam pembelajaran Bahasa Arab adalah berpunca
daripada kurangnya amalan dalam mempraktikkan bahasa Arab di rumah mahu pun di
sekolah. Kajian yang dijalankan oleh Mohd Aderi (2008) pula menunjukkan terdapat
hubungan yang signifikan antara persekitaran pembelajaran murid dengan pencapaian murid
dalam tilawah Al-Quran.
Secara teorinya, peranan persekitaran dalam sesuatu pembelajaran telah ditegaskan
oleh Dunkin dan Biddle (1974) dalam Model Pengajaran dan Pembelajaran yang telah
dibentuk oleh beliau. Dunkin dan Biddle (1974) menyatakan persekitaran pembelajaran
mempengaruhi tingkah laku murid di dalam bilik darjah dan seterusnya pencapaian murid
dalam sesuatu pelajaran. Manakala, Abdul Raof (1998) pula menyatakan persekitaran
pembelajaran murid amat penting dalam usaha untuk membentuk pembelajaran murid yang
berkesan. Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab kepimpinan dan pengurusan sekolah
dalam mewujudkan persekitaran yang positif untuk murid belajar dan berkehendak untuk
belajar (Bowring-Carr & West- Burnham, 1999).

Brown (1994) menyatakan persekitaran bahasa meliputi bilik darjah, kandungan serta
pengajaran guru semasa menjalankan pengajaran atau pendirian masyarakat dalam
pengajaran secara terus tanpa guru. Ia meliputi semua aktiviti berbahasa yang berlaku di
dalam kelas atau di luar kelas secara formal atau tidak formal, terancang atau tidak. Beliau
beranggapan bahawa persekitaran adalah satu unsur yang tidak dapat diasingkan daripada
pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam pengajaran bahasa sebagai satu media untuk
berhubung.

Jubran (1986) menyatakan, persekitaran bahasa diwujudkan agar dapat mendorong


dan menggalakan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Ia bukan hanya merujuk
kepada kelas yang meliputi interaksi antara pelajar dengan guru, pengajaran, kandungan
pelajaran, peralatan dan kemudahan, malah melibatkan suasana di luar kelas. Manakala Ishak
Rejab (1992) pula mencadangkan agar mata pelajaran Pendidikan Islam diajarkan dalam
bahasa Arab bagi menyediakan suasana pembelajaran dan penggunaan bahasa yang lebih
meluas di peringkat sekolah.

Mok (2012) membahagikan persekitaran pembelajaran kepada tiga faktor: faktor


fizikal, faktor kemanusiaan dan faktor teknikal. Faktor pertama iaitu faktor fizikal sekolah
merangkumi segala bentuk kemudahan dan peralatan yang terdapat di sekolah, sama ada di
dalam bilik darjah mahu pun di dalam kawasan sekolah. Faktor kedua pula faktor
kemanusiaan diklasifikasikan kepada dua kategori: suasana sosial dan suasana emosi.
Suasana sosial ialah hubungan dan corak interaksi di antara murid dengan murid, khasnya di
dalam bilik darjah. Manakala, suasana emosi pula ialah perasaan murid-murid terhadap guru
dan pemimpin mereka. Akhir sekali iaitu faktor ketiga merupakan faktor teknikal, merujuk
kepada teknik-teknik yang digunakan untuk merangsang semangat dan kesediaan belajar
serta suasana sekolah yang kondusif. Ketiga-tiga faktor ini tidak bertentangan dan saling
lengkap-melengkapi antara satu sama lain dalam mewujudkan iklim belajar yang kondusif
untuk keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

647
JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
e-ISSN: 2289-8042
SPECIAL ISSUE (2018)

Kajian terhadap persekitaran pembelajaran Bahasa Arab pula telah dijalankan oleh
Kamarulzaman et al. (2001) dengan melihat peranan persekitaran pembelajaran terhadap
penguasaan bahasa Arab Komunikasi. Kamarulzaman et al. (2001) merumuskan persekitaran
pembelajaran perlu diwujudkan semasa pengajaran dan pembelajaran, di persekitaran sekolah
atau tempat belajar, di persekitaran sosial tempat belajar dan semasa aktiviti ko-kurikulum.

PERNYATAAN MASALAH

KBD baharu dilaksanakan selama tiga tahun bermula tahun 2015. Asas penggubalan
kurikulum ini adalah berasaskan pengantar bahasa Arab. Namun ia dilaksanakan disekolah-
sekolah agama yang sedia ada yang mana kebanyakan dahulunya menggunakan kurikulum
Azhari. Isu kelemahan penguasaan bahasa Arab telah lama disuarakan oleh para ilmuan
pendidikan bahasa Arab yang melibatkan sekolah-sekolah ini. Isu kelemahan ini bukanlah
suatu yang baharu. Pelbagai faktor telah dikenal pasti dan dikaji antaranya Osman Khalid
(1993) yang telah mengenal pasti punca yang membawa kepada kemerosotan bahasa, iaitu
persekitaran yang tidak membantu dalam melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran
dalam berbahasa Arab. Beliau menegaskan bahawa tidak terdapat suasana atau persekitaran
bahasa yang menggalakkan. Dorongan persekitaran yang kurang telah membantutkan atau
melemahkan penguasaan bahasa di kalangan para pelajar di Malaysia.

Nik Mohd Rahimi (1999) pula mendapati bahawa penggunaan bahasa Arab tidak
berada pada tahap yang membanggakan. Hanya 5% pelajar sahaja yang selalu
menggunakannya ketika berkomunikasi dengan guru di dalam kelas, tetapi apabila berada di
luar kelas peratusan pelajar yang selalu menggunakan bahasa Arab ialah 0.0% manakala
58.3% pelajar pula tidak pernah menggunakan bahasa Arab untuk berkomunikasi di luar
kelas. Penggunaan yang terhad di dalam kelas dan dewan kuliah akan melambatkan
penguasaan bahasa.

Dapatan kajian Wan Sakiah dan rakan-rakan (2015) menunjukkan persekitaran


pembelajaran kefahaman bacaan Bahasa Arab dalam kalangan murid Bahasa Arab j-QAF
berada pada tahap sederhana (min = 3.44). Kajian ini juga mendapati persekitaran
ibupa/keluarga (min = 3.25) dan persekitaran komuniti (min 2.96) hanya pada tahap rendah,
manakala persekitaran sekolah berada pada tahap sederhana (min = 3.74). Hal ini
menunjukkan sesuatu perlu dilakukan bagi mempertingkatkan tahap persekitaran
pembelajaran murid dalam pembelajaran Bahasa Arab khususnya dalam pembelajaran
kefahaman bacaan Bahasa Arab.

Kajian-kajian ini merujuk kepada persekitaran bahasa Arab dalam pelaksanaan


kurikulum sedia ada sebelum pelaksanaan KBD. Dalam konteks KBD belum terdapat kajian
seumpama ini dilakukan melainkan tinjauan awal yang dilakukan oleh Siti Apipah Munirah
dan rakan-rakan (2017) terhadap persepsi pelajar di sebuah SABK di Kelantan terhadap
pelaksanaan KBD di sekolah tersebut. Kajian mendapati min persekitaran bahasa adalah pada
tahap sederhana.

Dapatan-dapatan ini memperlihatkan trend permasalahan yang berterusan. Bagi


mendapatkan gambaran yang lebih menyeluruh berkaitan isu persekitaran bahasa dalam
pelaksanaan KBD pada peringkat nasional satu tinjauan perlu dilakukan. Dapatan kajian ini
boleh memberi gambaran sejauhmana aspek persekitaran bahasa di SABK yang mengguna

648
JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
e-ISSN: 2289-8042
SPECIAL ISSUE (2018)

pakai kurikulum ini melakukan transformasi bagi merealisasikan aspirasi negara terhadap
kurikulum ini.

METODOLOGI KAJIAN

Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau tahap persekitaran bahasa Arab dalam pelaksanaan
KBD di SABK seluruh Malaysia. Aspek persekitaran bahasa Arab yang ditinjau adalah
berkaitan prasarana bahasa dan komunikasi bahasa. Sehubungan itu reka bentuk yang sesuai
bagi kajian ini adalah berbentuk kuantitatif deskriptif (Creswell 2015). Bagi mencapai tujuan
tersebut dua set soal selidik telah dibina, iaitu satu set untuk guru dan satu set untuk pelajar.
Setiap set soal selidik ini mengandungi dua aspek, iaitu prasarana bahasa Arab (15 item) dan
komunikasi bahasa Arab (12 item). Skala persetujuan responden adalah dengan
menggunakan 5 skala Likert di mana bagi konstruk prasarana adalah 1=Sangat Tidak Setuju
(STS), 2=Tidak Setuju (TS), 3=Kurang Setuju (KS), 4=Setuju (S), dan 5=Sangat Setuju (SS).
Manakala bagi konstruk komunikasi pula adalah 1=Tidak Pernah (TP), 2=Jarang-jarang (JJ),
3=Kadang-kadang (KK), 4=Kerap (K), dan 5= Sangat Kerap (SK). Soal selidik ini telah
dilakukan kesahan kandungan oleh beberapa orang pakar bidang serta telah dibuat kajian
rintis dengan memperoleh nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach bagi konstruk prasarana
bahasa Arab 0.763 dan konstruk komunikasi bahasa Arab 0.773 (Cohen & Manion 1984).

Kajian ini dilakukan di SABK seluruh Malaysia tidak termasuk Sabah dan Sarawak
bagi menjimatkan kos. Kaedah pensampelan yang digunakan adalah teknik persampelan
berkelompok pelbagai tahap berstrata (stratified multistage cluster sampling). Sehubungan itu
hanya empat buah negeri yang terlibat mewakili empat zon, iaitu Johor (zon selatan),
Selangor (zon tengah), Kedah (zon utara) dan Kelantan (zon timur). Jumlah sampel guru
yang terlibat pula adalah sebanyak 146 orang dari populasi lebih kurang 500 orang guru yang
mengajar KBD tingkatan 1 hingga tingkatan 3, manakala sebanyak 466 orang pelajar telah
menjadi sampel dari populasi pelajar tingkatan 1 dan 2 sebanyak lebih kurang 3000 orang
(Krejcie & Morgan 1970).

Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian SPSS bagi melihat peratusan
dan nilai min. Dalam persembahan dapatan bagi tahap persetujuan aspek prasarana ia
dibahagi kepada dua tahap, iaitu Tidak Setuju (STS, TS dan KS) dan Setuju (S dan SS),
manakala aspek komunikasi ia dibahagikan kepada tiga tahap, iaitu Tidak Pernah (TP),
Kurang Kerap (JJ dan KK) dan Kerap (K dan SK).

DAPATAN KAJIAN

Dalam tinjauan persepsi guru berkaitan aspek persekitaran prasarana bahasa Arab di SABK,
Jadual 1 menunjukkan peratusan TIDAK SETUJU pada item-item konstruk ini yang melebihi
30 peratus responden melibatkan hampir kesemua item kecuali item 9 dan 12, iaitu “saya
pernah mendengar pengumuman dalam Bahasa Arab” dan “terdapat buku/bahan rujukan
dalam Bahasa Arab yang sesuai untuk murid di perpustakaan sekolah”. Manakala item 2
“terdapat banyak iklan dalam Bahasa Arab di sekolah saya”, item 5 “pihak sekolah
melanggan akhbar/majalah berbahasa Arab”, dan item 6 “saya pernah menulis surat rasmi
dalam Bahasa Arab kepada pihak sekolah” memperoleh persetujuan TIDAK SETUJU paling

649
JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
e-ISSN: 2289-8042
SPECIAL ISSUE (2018)

banyak, iaitu lebih daripada 60 peratus. Manakala min seluruhan pula menunjukkan konstruk
ini berada pada tahap sederhana, iaitu min=3.28.

JADUAL 1: Peratus Persetujuan Guru Terhadap Persekitaran Prasarana Bahasa Arab dan Min
Keseluruhan
Bil Item Tidak Setuju
Setuju
f (%) f (%)
1 terdapat banyak papan tanda berbahasa Arab di sekolah saya 67 88
(43.2) (56.7)
2 terdapat banyak iklan dalam Bahasa Arab di sekolah saya 97 58
(62.5) (37.4)
3 sekolah menyediakan bahan bacaan ringan dalam Bahasa Arab 57 98
(36.7) (63.2)
4 saya pernah membaca akhbar/majalah Arab di sekolah 62 93
(40.0) (60.0)
5 pihak sekolah melanggan akhbar/majalah berbahasa Arab 107 48
(69.0) (30.9)
6 saya pernah menulis surat rasmi dalam Bahasa Arab kepada pihak 134 21
sekolah (86.4) (13.5)
7 bahasa Arab digunakan dalam perhimpunan mingguan 59 96
(38.1) (61.9)
8 murid diberi peluang untuk memberikan tazkirah dalam Bahasa 51 104
Arab (32.9) (67.1)
9 saya pernah mendengar pengumuman dalam Bahasa Arab 34 121
(21.9) (78.1)
10 saya pernah membuat pengumuman dalam Bahasa Arab 73 82
(47.1) (52.9)
11 saya pernah menonton rancangan tv/filem Arab di sekolah 60 95
(38.7) (61.2)
12 terdapat buku/bahan rujukan dalam Bahasa Arab yang sesuai 34 121
untuk murid di perpustakaan sekolah (21.9) (78.1)
13 saya pernah melayari laman web berbahasa Arab ketika pengajaran di 52 103
sekolah (33.5) (66.4)
14 terdapat sudut bacaan bahasa Arab di dalam kelas 82 73
(52.9) (47.1)
15 sekolah menganjurkan aktiviti (kem, rehlah, nadwah, klinik dll) dalam 54 101
Bahasa Arab (34.8) (65.1)
Min keseluruhan 3.28

Manakala persepsi guru dari aspek persekitaran komunikasi bahasa Arab pula jadual
2 di bawah menunjukkan peratusan KERAP bagi setiap item bagi konstruk ini berada antara
26.4 hingga 77.4 peratus. Item yang memperoleh peratusan tertinggi persetujuan KERAP
adalah pada item 4 (77.4%) dan item 12 (72.9%), manakala item yang memperoleh peratus
persetujuan KERAP yang rendah adalah item 7, 8 dan 9. Min keseluruhan aspek ini berada
pada tahap sederhana juga, iaitu min=3.31.

650
JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
e-ISSN: 2289-8042
SPECIAL ISSUE (2018)

JADUAL 2 Peratus Persetujuan Guru Terhadap Persekitaran Komunikasi Bahasa Arab dan Min
Keseluruhan
Bil Item Tidak Kurang Kerap
Pernah Kerap
f (%) f (%) f (%)
1 saya bertutur dalam Bahasa Arab di dalam kelas 72 82
(46.4) (52.9)
2 saya mendengar murid bertutur dalam Bahasa Arab di dalam 12 90 53
kelas (7.7) (58.1) (34.1)
3 saya menggunakan Bahasa Arab ketika pengajaran dan 70 85
pembelajaran (46.1) (54.8)
4 saya pernah bertanyakan soalan dalam Bahasa Arab di dalam 35 120
kelas (22.5) (77.4)
5 saya pernah mendengar rakan-rakan bertanya menggunakan 2 62 91
Bahasa Arab (1.3) (40.0) (58.7)
6 saya berbincang menggunakan Bahasa Arab di dalam kelas 6 82 67
(3.9) (52.9) (43.2)
7 saya berkomunikasi dengan rakan-rakan dalam Bahasa Arab di 10 104 41
luar kelas (6.5) (67.1) (26.4)
8 saya menggunakan Bahasa Arab untuk berkomunikasi dengan 14 100 41
guru di luar kelas (9.0) (64.5) (26.4)
9 saya mendengar perbualan Bahasa Arab di sekolah 9 84 62
(5.8) (54.1) (40.0)
10 saya berkomunikasi dengan murid dalam Bahasa Arab di luar 13 95 47
kelas (8.4) (61.2) (30.3)
11 saya membetulkan kesilapan murid ketika berkomunikasi 5 54 96
dalam Bahasa Arab (3.2) (34.8) (61.9)
12 saya menggalakkan murid untuk berkomunikasi dalam Bahasa 1 41 113
Arab (0.6) (26.4) (72.9)
Min keseluruhan 3.31

Tinjauan terhadap persepsi pelajar berkaitan persekitaran prasarana bahasa Arab pula
Jadual 3 menunjukkan 13 daripada 15 item memperoleh persetujuan TIDAK SETUJU lebih
daripada 30 peratus. Item-item yang memperoleh item yang kurang daripada 30 peratus
adalah item 3 “sekolah menyediakan bahan bacaan ringan dalam Bahasa Arab” (29.8%), dan
item 12 “terdapat buku / bahan rujukan dalam Bahasa Arab yang sesuai untuk murid di
perpustakaan sekolah” (25.2%). Manakala terdapat tiga item yang memperoleh lebih 70
peratus persetujuan TIDAK SETUJU, iaitu item 6 “saya pernah menulis surat rasmi dalam
Bahasa Arab kepada pihak sekolah” (93.5%), item 10 “saya pernah membuat pengumuman
dalam Bahasa Arab” (82.1%), dan item 13 “saya pernah melayari laman web berbahasa Arab
ketika pengajaran di sekolah” (70.3%).

JADUAL 3: Peratus Persetujuan Pelajar Terhadap Persekitaran Prasarana Bahasa Arab dan Min
Keseluruhan
Bil Item Tidak Setuju
Setuju
f (%) f (%)
1 terdapat banyak papan tanda berbahasa Arab di sekolah saya 171 295
(36.6) (63.3)
2 terdapat banyak iklan dalam Bahasa Arab di sekolah saya 210 256
(45.1) (54.9)
3 sekolah menyediakan bahan bacaan ringan dalam Bahasa Arab 139 327
(29.8) (70.1)
4 saya pernah membaca akhbar/majalah Arab di sekolah 257 209
(55.1) (44.8)

651
JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
e-ISSN: 2289-8042
SPECIAL ISSUE (2018)

5 pihak sekolah melanggan akhbar/majalah berbahasa Arab 306 160


(65.6) (34.3)
6 saya pernah menulis surat rasmi dalam Bahasa Arab kepada pihak 436 30
sekolah (93.5) (6.4)
7 Bahasa Arab digunakan dalam perhimpunan mingguan 230 236
(49.3) (50.6)
8 murid diberi peluang untuk memberikan tazkirah dalam Bahasa 269 197
Arab (57.7) (42.2)
9 saya pernah mendengar pengumuman dalam Bahasa Arab 140 326
(30.1) (69.9)
10 saya pernah membuat pengumuman dalam Bahasa Arab 383 83
(82.1) (17.8)
11 saya pernah menonton rancangan tv/filem Arab di sekolah 259 207
(55.5) (44.4)
12 terdapat buku / bahan rujukan dalam Bahasa Arab yang sesuai 117 349
untuk murid di perpustakaan sekolah (25.2) (74.8)
13 saya pernah melayari laman web berbahasa Arab ketika 328 138
pengajaran di sekolah (70.3) (29.6)
14 terdapat sudut bacaan bahasa Arab di dalam kelas 280 186
(60.1) (39.9)
15 sekolah menganjurkan aktiviti (kem, rehlah, nadwah, klinik dll) 241 225
dalam Bahasa Arab (51.7) (48.2)
Min keseluruhan 3.22

Dari aspek persekitaran komunikasi bahasa Arab pula tinjauan terhadap persepsi pelajar
sebagaimana dalam Jadual 4 menunjukkan kebanyakan item memperoleh kurang daripada 60
peratus persetujuan KERAP kecuali dua item sahaja memperoleh lebih 60 peratus, iaitu item
11 “guru membetulkan kesilapan saya ketika berkomunikasi dalam Bahasa Arab” (60.9%)
dan item 12 “guru menggalakkan saya untuk berkomunikasi dalam Bahasa Arab” (76.3%).
Terdapat sembilan item memperoleh peratus persetujuan KERAP kurang daripada 30 peratus,
iaitu item-item 1 (9.8%), 2 (15.8), 3 (24.2%), 4 (24.8%), 6 (10.1%), 7 (5.7%), 8 (7.5%), 9a
(13.1%), dan 10 (7.9%). Min keseluruhan persepsi pelajar terhadap konstruk ini adalah pada
tahap sederhana, iaitu min=2.66.

JADUAL 4 Peratus Persetujuan Pelajar Terhadap Persekitaran Komunikasi Bahasa Arab dan Min
Keseluruhan
Bil Item Tidak Kurang Kerap
Pernah Kerap
f (%) f (%) f (%)
1 saya bertutur dalam Bahasa Arab di dalam kelas 44 376 46
(9.4) (80.6) (9.8)
2 saya mendengar rakan-rakan bertutur dalam Bahasa Arab di 45 347 74
dalam kelas (9.7) (74.4) (15.8)
3 saya menggunakan Bahasa Arab ketika pengajaran dan 41 312 113
pembelajaran (8.8) (66.9) (24.2)
4 saya pernah bertanyakan soalan dalam Bahasa Arab di dalam 60 290 116
kelas (12.9) (62.2) (24.8)
5 saya pernah mendengar rakan-rakan bertanya menggunakan 49 274 143
Bahasa Arab (10.5) (58.7) (30.6)
6 saya berbincang menggunakan Bahasa Arab di dalam kelas 129 290 47
(27.7) (62.2) (10.1)
7 saya berkomunikasi dengan rakan-rakan dalam Bahasa Arab 220 219 27
di luar kelas (47.2) (46.9) (5.7)
8 saya menggunakan Bahasa Arab untuk berkomunikasi 207 224 35

652
JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
e-ISSN: 2289-8042
SPECIAL ISSUE (2018)

dengan guru di luar kelas (44.4) (48.1) (7.5)


9 saya mendengar perbualan Bahasa Arab di sekolah
dikalangan:
a) rakan-rakan 107 61 61
(23.0) (13.1) (13.1)
b) guru-guru 36 234 234
(7.7) (50.2) (50.2)
10 saya berkomunikasi dengan guru dalam Bahasa Arab di luar 201 228 37
kelas (43.1) (48.9) (7.9)
11 guru membetulkan kesilapan saya ketika berkomunikasi 22 160 284
dalam Bahasa Arab (4.7) (34.3) (60.9)
12 guru menggalakkan saya untuk berkomunikasi dalam Bahasa 12 98 356
Arab (2.6) (21.0) (76.3)
Min keseluruhan 2.66

PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

Hasil dapatan tinjauan ini menggambarkan persekitaran bahasa Arab dari aspek prasarana
dan komunikasi adalah kurang memberangsang. Kebanyakan item konstruk ini memperoleh
peratus persetujuan TIDAK SETUJU melebihi 30 peratus, iaitu antara 30.1 peratus sehingga
93.5 peratus bagi kedua-dua sampel guru dan pelajar. Peratusan yang besar ini menunjukkan
keadaan persekitaran prasarana bahasa Arab di SABK seluruh Malaysia kebanyakannya
kurang kondusif.

Masih banyak penambahbaikan yang perlu dilakukan bagi mewujudkan persekitaran


yang kondusif bagi menyokong pelaksanaan KBD di SABK di seluruh negara. Jika di tinjau
kepada dapatan guru dan pelajar pada konstruk ini didapati terdapat trend peratus persepsi
TIDAK SETUJU yang hampir sama dalam beberapa item. Ia melibatkan pernyataan-
pernyataan “terdapat banyak papan tanda berbahasa Arab di sekolah saya”, “sekolah
menyediakan bahan bacaan ringan dalam Bahasa Arab”, “pihak sekolah melanggan
akhbar/majalah berbahasa Arab”, “saya pernah menulis surat rasmi dalam Bahasa Arab
kepada pihak sekolah”, “saya pernah mendengar pengumuman dalam Bahasa Arab” dan
“terdapat sudut bacaan bahasa Arab di dalam kelas”.

Terdapat juga beberapa pernyataan yang menggambarkan ketidakseimbangan antara


keterlibatan guru dan pelajar dalam memanfaat persekitaran prasarana ini. Ia dapat dilihat
pada pernyataan-pernyataan yang peratus TIDAK SETUJU antara kedua sampel ini agak
besar perbezaannya di mana peratus persetujuan guru lebih kecil berbanding persetujuan
pelajar. Pernyataan-pernyataan itu adalah “saya pernah membaca akhbar/majalah Arab di
sekolah”, “murid diberi peluang untuk memberikan tazkirah dalam Bahasa Arab”, “saya
pernah membuat pengumuman dalam Bahasa Arab”, “saya pernah menonton rancangan
tv/filem Arab di sekolah”, dan “saya pernah melayari laman web berbahasa Arab ketika
pengajaran di sekolah”. Ia memberi gambaran aktiviti-aktiviti seumpama ini hanya lebih
banyak melibatkan guru berbanding pelajar yang sepatut dibudayakan juga dalam kalangan
pelajar.

Peratusan yang besar pada persetujuan TIDAK SETUJU terhadap kebanyakan item
konstruk persekitaran prasarana bahasa Arab dengan tahap sederhana secara keseluruhan
menunjukkan hasrat KBD untuk memperkasa bahasa Arab mungkin sukar dicapai disebabkan
suasana yang kurang kondusif. Ini mungkin disebabkan budaya dan sistem yang dilaksanakan

653
JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
e-ISSN: 2289-8042
SPECIAL ISSUE (2018)

dalam pelaksanaan kurikulum lama, iaitu kurikulum Azhari masih sukar ditinggalkan.
Ditambah pula kebanyakan SABK ini adalah asalnya merupakan sekolah-sekolah agama
rakyat yang kekurangan dari aspek pengurusan, kewangan, prasarana dan sumber manusia.
Untuk melakukan tarnsformasi dalam masa dua hingga tiga tahun terhadap budaya sekolah
berasaskan aspirasi kurikulum baharu mungkin memerlukan masa yang lebih lama khususnya
dalam mempertingkatkan kualiti setiap aspek pengurusan kurikulum baharu dan dalam
merubah budaya pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan warga SABK.

Dalam aspek persekitaran komunikasi bahasa Arab juga menunjukkan corak atau
trend yang sama malah lebih rendah dari aspek prasrana. Ini dapat dilihat pada nilai min
keseluruhan kedua-dua konstruk ini sama ada pada sampel guru mahupun pelajar. Walaupun
kedua-dua konstruk ini berada pada tahap sederhana bagi sampel guru dan pelajar namun
nilai min keseluruhan konstruk persekitaran komunikasi lebih rendah berbanding persekitaran
prasarana. Aktiviti komunikasi dalam persekitaran sekolah menjadi pemangkin dan pengukuh
kepada pemerkasaan KBD di SABK. Kunci kejayaan pelaksanaan KBD boleh dilihat apabila
pihak sekolah berjaya mewujudkan persekitaran komunikasi bahasa Arab yang kondusif
dalam kawasan sekolah. Perkara ini penting memandangkan para pelajar tidak akan dapat
memperoleh pengalaman dan aplikasi berbahasa Arab secara langsung di luar kawasan
sekolah. Sekolah seharusnya menjadi tempat mereka memperoleh kemahiran bahasa melalui
pembudayaan bahasa Arab dalam kawasan sekolah dan bukan hanya berada dalam buku teks
KBD sahaja.

Tinjauan terhadap dapatan soal selidik guru dan pelajar dalam aspek ini menunjukkan
hanya item “guru membetulkan kesilapan saya ketika berkomunikasi dalam Bahasa Arab”
dan item “guru menggalakkan saya untuk berkomunikasi dalam Bahasa Arab” sahaja yang
memperoleh persetujuan KERAP melebihi 60 peratus bagi sampel guru dan pelajar.
Manakala item-item (10 item) yang berkaitan persekitaran komunikasi kebanyakannya
memperoleh antara 5.7 peratus hingga 58.7 peratus. Situasi ini menunjukkan walaupun
terdapat usaha untuk menggalakkan pelajar berkomunikasi dalam bahasa Arab namun
persekitaran aktiviti harian di sekolah kurang memberi ruang, peluang dan dorongan ke arah
pembudayaan berbahasa Arab dalam kalangan pelajar di sekolah.

Jika dibanding peratus persetujuan KERAP antara sampel guru dan pelajar didapati
peratus persetujuan guru lebih tinggi berbanding sampel pelajar. Dapatan ini menunjukkan
keselarasan dengan dapatan aspek persekitaran prasarana dari sudut keterlibatan dalam
mewujudkan persekitaran berbahasa Arab. Budaya menggunakan bahasa Arab lebih
didominasi guru. Ia satu perkara yang baik kerana pembudayaan itu perlu dimulakan dengan
pihak guru. Tetapi pembudayaan ini belum dioptimumkan sesuai dengan sekolah agama
aliran Arab. Pembudayaan ini tidak diperturunkan secara menyeluruh khususnya melibatkan
pelajar. Peratusan yang kecil dalam penglibatan aktiviti berkomunikasi dalam bahasa Arab
menyebabkan persekitaran berbahasa Arab dalam kalangan pelajar kurang
memberangangkan. Justeru pembelajaran KBD yang berteraskan bahasa Arab tidak dapat
direalisasikan dengan sepenuhnya dan akhirnya hasrat memperkasa kemahiran bahasa Arab
dalam kalangan pelajar kurang berjaya.

654
JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
e-ISSN: 2289-8042
SPECIAL ISSUE (2018)

KESIMPULAN

KBD merupakan satu inovasi kurikulum yang diinspisarikan daripada kurikulum Azhari yang
mula diguna pakai oleh kebanyakan sekolah-sekolah agama rakyat di Malaysia. Ia digubal
bagi meningkat kualiti pendidikan agama Islam dan pada masa yang sama memperkasa
keupayaan berbahasa Arab dalam kalangan pelajar khususnya di SABK. Pelaksanaannya
memerlukan kepada anjakan paradigma dan budaya mendidik para warga SABK. Aspirasi
penggubalannya antara lain menjadikan bahasa Arab sebagai bahasa pengantar. Untuk
merealisasikan hasrat ini satu sistem sokongan perlu diwujud melalui pembudayaan
persekitaran berbahasa Arab dalam kawasan sekolah sama ada melibatkan aktiviti dalam
kelas mahupun di luar kelas. Kegagalan melakukan transformasi terhadap budaya
persekitaran bahasa boleh membantutkan kejayaan pelaksanaan kurikulum ini. Pelaksanaan
kurikulum baharu telah melalui tahap pertama, iaitu tahap menengah rendah. Dalam tempoh
tiga tahun pelaksanaannya ia boleh ditinjau bagi melihat sejauhmana transformasi budaya
persekitaran sekolah berlaku berbanding sebelumnya. Kajian ini telah menunjukkan
walaupun penerimaan terhadap konsep kurikulum ini diterima dengan baik namun tahap
transformasi yang diharapkan terhadap pelaksanaannya tidak berlaku sebagaimana yang
diinginkan. Oleh itu semua pihak perlu memberi komitmen terbaik dalam merealisasikan
hasrat penggubalan kurikulum ini agar segala usaha yang telah disumbangkan bagi
memartabat pendidikan Islam dan SABK ditebus dengan melahirkan pelajar yang cemerlang
dan berdaya saing.

RUJUKAN

Abdul Raof Dalip. (1998). Teknik pengajaran dan pembelajaran agama Islam di sekolah
menengah. Dlm. Pendidikan di Malaysia. Bangi. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Bahagian pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Islam (2015), Maklumat Asas
Pelaksanaan Kurikulum bersepadu Dini.
Bowring-Carr, C., & West-Burnh, J. (1999). Belajar secara berkesan di sekolah. Terj. Annuar
Ayob (Edisi ke-6). Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia.
Brown, H.D. 1994. Usus ta’lim al-lughah wa ta’allumuh. Terj. Abduh al-Rajie. Beirut: Darul
Nahdhah al-‘Arabiyyah.
Cohen, L. & Manion, L. 1984. Research methods in education. London: Groom Helm.
Creswell, J.W. 2005. Educational research: planning, conducting and evaluating quantitative
and qualitative research. Ed. Ke-2. New Jersey: Pearson Education Inc.
Dunkin, M. J., & Biddle, B. J. (1974). The study of teaching. New York, NY: Holt, Rinehart
& Wisnton.
Ishak Rejab. 1992. Masalah pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di Malaysia. Dlm
Ismail Ab. Rahman (pnyt). Pendidikan Islam di Malaysia. Bangi: Penerbit UKM.
Kamarulzaman Abdul Ghani, Zawawi Ismail, & Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff. (2001).
Peranan persekitaran bahasa Arab terhadap bahasa Arab Komunikasi. Prosiding
Wacana Pendidikan Islam (Siri 1) (hh. 254- 263). Siri Penerbitan Fakulti Pendidikan,
UniversitiKebangsaan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2013. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. 2013-
2025. Pendidikan Pra Sekolah hingga Lepas Menengah. Putrajaya.
Krejcie, R. V. & Morgan, D. W. 1970. Determining sample size for research activities.
Educational and Psychological Measurement, 30, 607–610.

655
JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
e-ISSN: 2289-8042
SPECIAL ISSUE (2018)

Majdah Mohammad. (2011). Kajian keberkesanan perlaksanaan bahasa Arab komunikasi


dalam program j-QAF di sekolah rendah. Tesis Sarjana, Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Mohd. Aderi Che Noh. 2008. Hubungan antara amalan pengajaran guru dengan pencapaian
pelajar tingkatan dua di Malaysia. Tesis Dr. Fal. Universiti Putra Malaysia.
Mok, Soon Sang. 2012. Prinsip Teras Pengajaran & Pembelajaran 1. Puchong: Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.
Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff. 1999. Bahasa Arab untuk kemahiran komunikasi: satu kajian
untuk pelaksanaannya dan cabaran pengajaran dan pembelajaran di abad ke 21.
Prosiding Isu-Isu Pendidikan Negara. Bangi : Fakulti Pendidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Osman Khalid. 1993. Pengajian bahasa Arab di sekololah-sekolah dan pusat pengajian tinggi
di Malaysia. Dlm Ismail Ab. Rahman, Abdul Aziz@Ahmad Mohd & Mohd Yasin
Muda (Pnyt). Isu-isu pendidikan di Malaysia: cabaran dan harapan. Hlm. 210-217.
Kuala Terengganu: Kolej Agama Sultan Zainal Abidin.
Siti Afifah Munirah Salleh, Ummu Dhabitah Binti Fadzir & Kamarulzaman Abdul Ghani.
2017. Pelaksanaan KBD di SABK Kelantan berdasarkan persepsi pelajar: satu
tinjauan awal. Prosiding Seminar Kebangsaan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa
Arab 2017 (SEBAR 2017): Isu Dan Cabaran. Hlm. (235-244).
Wan Sakiah Wan Ngah, Kamarulzaman Abdul Ghani dan Maimun Aqsha Lubis. 2015.
Persekitaran pembelajaran kefahaman bacaan bahasa arab dalam kalangan murid j-
QAF. O-jIE The Online Journal of Islamic Education, Special Issue of ICIEd2014.
Kuala Lumpur: Fakulti Pendidikan Universiti Malaya.

656

View publication stats

You might also like