You are on page 1of 2

Pengkelasan Sistem Kerajaan Kekuatan Dan Kelemahan

Pengenalan
Kerajaan merujuk kepada institusi yang mengurus dan mentadbir hal ehwal negarany
a. Sistem kerajaan pula merujuk kepada institusi-institusi pemerintahan sesebuah
kerajaan yang bertanggungjawab menggubal dan melaksanakan dasar-dasar kerajaan.
Sistem kerajaan boleh dikelaskan kepada beberapa jenis dan masing- masing mempun
yai kekuatan dan kelemahan yang tersendiri. Antara sistem kerajaan adalah Republ
ik, Monarki, Demokratik, Totalitarian dan Autokrasi.
Sistem Kerajaan Republik
Dalam sesebuah negara Republik, kuasa pemerintahan terletak pada seseorang indiv
idu atau sesebuah parti politik. Ketua negaranya ialah seorang presiden atau pen
gerusi parti. Kelebihan sistem kerajaan ini ialah, presidennya dipilih secara la
ngsung oleh rakyat. Pengundi di negara ini bukan memilih parti yang memerintah t
etapi memilih bakal presiden mereka. Di negara China pula, pucuk pimpinan terlet
ak di tangan pengerusi parti politik yang memerintah. Walaubagaimanapun, sistem
kerajaan Republik tidak mempunyai raja. Contoh kerajaan yang mengamalkan sistem
kerajaan Republik ialah Amerika Syarikat, Filipina, Perancis, India, Singapura d
an Portugal.
Sistem Kerajaan Monarki
Di bawah sistem kerajaan Monarki, kuasa sepenuhnya terletak pada seseorang iaitu
raja atau ratu. Pada zaman dahulu, raja mempunyai kuasa mutlak dalam pemerintah
an negaranya iaitu dikenali sebagai sistem kerajaan Monarki. Kekurangan sistem k
erajaan Monarki ialah, rakyat tidak boleh memilih pemerintah yang mereka kehenda
ki. Hal ini demikian kerana di bawah sistem pemerintahan ini, tiada parti politi
k atau pilihan raya umum diadakan. Pentadbiran hanya dijalankan oleh raja dan ke
luarga atau kerabatnya. Tetapi, kini negara-negara yang mengamalkan sistem keraj
aan Monarki telah berubah dan kuasa raja dihadkan oleh perlembangaan dan parlime
n. Warisan takhta kerajaan ini berdasarkan keturunan dan ahli-ahli kerabat yang
membantu dalam pentadbiran. Contoh negara Monarki yang masih ada ialah Arab Saud
i dan Brunei Darussalam.
Sistem Kerajaan Demokratik
Berbeza dengan kerajaan Monarki, dalam kerajaan Demokratik rakyat mempunyai suar
a mutlak dalam menentukan pemerintahan melalui pilihan raya umum. Kelebihan sist
em kerajaan ini dapat dilihat melalui konsepnya yang menekankan kerajaan rakyat,
oleh rakyat dan untuk rakyat .
Antara ciri-ciri kerajaan Demokratik ialah rakyat menikmati kebebasan persamaan
dan hak-hak asasi, sistem pilihan raya dijalankan dari semasa ke semasa, badan p
erundangan terdiri daripada wakil-wakil yang dipilih oleh rakyat, warganegara ya
ng berumur 21 tahun ke atas berhak mengundi dan bertanding dalam pilihan raya, k
emenangan pilihan raya berdasarkan jumlah undi terbanyak dan parti politik atau
individu yang memperoleh undi majoriti akan memerintah negara tersebut.
Selain ciri kerajaan Demokrasi, Demokrasi liberal merujuk kepada rakyat yang mem
punyai lebih banyak kuasa menyuarakan pendapat dan tentangan mereka terhadap das
ar-dasar dan tindakan-tindakan kerajaan. Dalam sistem ini, akan wujud golongan p
embangkang yang akan sentiasa mengkritik pihak kerajaan. Kebaikannya, kerajaan a
kan lebih peka dan teliti dalam melaksanakan apa-apa dasar manakala keburukan ak
an wujud sekiranya pihak pembangkang dan pihak kerajaan bertelagah sehingga gaga
l mencapai satu haluan yang dipersetujui.
Terdapat negara-negara yang mengamalkan Demokrasi yang berbeza iaitu Demokrasi B
erparlimen dan Demokrasi Perpresiden. Dalam sistem Demokrasi berparlimen, parti
politik yang mendapat kerusi majority di Dewan Rakyat akan mengetuai pentadbiran
negara. Bagi sistem Demokrasi berpresiden pula, rakyat memlih presiden yang aka
n menjadi ketua eksekutif negara. Contoh negara yang mengamalkan sistem kerajaan
Demokratik ialah Malaysia, Singapura, Kanada, Amerika Syarikat, Britain dan Ind
onesia.
Sistem Kerajaan Totalitarian
Sistem pemerintahan Totalitarian hanya membenarkan kewujudan satu parti sahaja.
Kelemahan sistem ini ialah, rakyatnya dipaksa untuk mentaati pemerintah. Selain
daripada itu, sistem komunikasi dan ketenteraan dikuasai oleh pemerintah. Hal ya
ng demikian telah menyekat hak kebebasan rakyat dalam menjalani kehidupan sehari
an. Contoh kerajaan Totalitarian yang pernah wujud ialah Jerman semasa zaman pem
erintahan Adolf Hitler dan pemerintahan Musollini di Itali serta Stalin di Rusia
.
Sistem Kerajaan Autokrasi
Kerajaan ini merujuk kepada pemerintahan oleh individu atau badan politik yang m
empunyai kuasa sepenuhnya dalam pemerintahan. Bentuk kerajaan ini mempunyai pers
aingan politik yang terhad kerana kuasa dikawal oleh golongan elit tertentu teru
tama tentera. Penduduk dikawal dan dipaksa untuk mematuhi dan mentaati kerajaan.
Kebebasan awam dan kehakiman terhad. Contoh sistem pemerintahan autokrasi wujud
pada masa darurat dan dalam pemerintahan komunis.

You might also like