You are on page 1of 5

TUGASAN KERJA KURSUS PENDEK

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

Tajuk Program : Nama Guru Pelatih:


PISMP Januari 2010

Tajuk Kursus : Pengurusan Bilik Semester : 1


Darjah dan Tingkah Laku

Kod Kursus: EDU3104

Tarikh Mula : Tarikh Hantar :

Hasil Pembelajaran Kursus

1. Menjelaskan konsep pengurusan bilik darjah sekolah rendah


2. Mengaplikasikan pelbagai model pengurusan disiplin di dalam bilik
darjah.
3. Menganalisis masalah disiplin bilik darjah dan memilih pendekatan–
pendekatan dalam menanganinya.
4. Menghuraikan permasalahan pengurusan bilik darjah yang melibatkan
murid-murid berkeperluan khas.
5. Melaksanakan tugas dan tanggungjawab guru dalam pengurusan bilik
darjah.
6. Menyediakan pelan perancangan pengurusan bilik darjah yang
berkesan.

Objektif Kerja Kursus Pendek

Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut:

1. Merujuk dan menjelaskan konsep pengurusan bilik darjah sekolah


rendah
2. Mengaplikasikan pelbagai model pengurusan disiplin di dalam bilik
darjah.
3. Menganalisis masalah disiplin bilik darjah dan memilih pendekatan–
pendekatan dalam menanganinya.
4. Menghuraikan permasalahan pengurusan bilik darjah yang melibatkan
murid-murid berkeperluan khas.
5. Melaksanakan tugas dan tanggungjawab guru dalam pengurusan bilik
darjah.
6. Menyediakan pelan perancangan pengurusan bilik darjah yang
berkesan.
Tajuk Projek:

Membuat Ulasan Kritis (Critical Review) beberapa kajian kes dengan


berpandukan soalan dan seterusnya mengaitkan Model Pengurusan Bilik
dan Tingkah laku

Tugasan Kerja Kursus Pendek

2 M (Meja atau Murid)

Cikgu Syarul Anuar guru yang baru memulakan tugas di SK Tongod.


Beliau sangat prihatin tentang tingkah laku pelajar dalam bilik darjahnya yang
seramai 35 orang. Oleh itu, pada awal semester cikgu Syarul Anuar
mengubah susun atur kelas mengikut gaya Auditorium.
Cikgu Syarul Anuar mendapati beberapa pelajar yang sentiasa lewat
datang ke kelasnya akan menyusup masuk melalui pintu belakang tanpa
disedari oleh guru yang duduk di meja hadapan. Manakala sebahagian besar
pelajar lupa membawa buku latihan, buku teks, pensil mahupun tugasan
tetapi sukar dikesan oleh guru.
Semasa sesi pembentangan, pelajar-pelajar tidak melibatkan diri secara
aktif, tidak menjawab soalan malahan meninggalkan kelas tanpa kebenaran
guru. Terdapat pelajar yang berani membaling kertas antara satu sama lain
atau mengasah pensil dan bercakap sesama sendiri atau membuat kerja lain
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
Ketika kerja berkumpulan, pelajar hanya membuat tugasan pertama atau
kedua semasa guru memantau tetapi beralih kepada rakan-rakan kumpulan
lain apabila guru beralih ke belakang atau memberi bimbing secara individu
kepada pelajar lain.
Cikgu Akma Hafifi cuba untuk mengadakan peraturan bilik darjah dengan
memperkenalkan sistem ganjaran dan dendaan, antaranya menulis
penyataan positif tentang kesalahan tingkah laku sekiranya mereka didapati
membuat kesilapan tersebut seperti “saya berjanji tidak membuat bising di
dalam kelas”. Namun, sistem ini hanya berjaya mengubah tingkah laku
pelajar di kelas lain tetapi tidak berjaya di kelas ini.

Tugasan Kumpulan dan Individu:

1. Ulasan Kritis (Critical Review) Kajian Kes – 40 %

Berbantukan Cerita ”2M (Meja & Murid)” anda dikehendaki


membuat satu ulasan kritis dengan menggunakan model
Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku (Model Terapi Realiti
dan Teori Pilihan Glasser; Model Melangkah Disiplin Kohn; Model
Disiplin dengan Digniti Curwin dan Mendler; dan Program
Organisasi Bilik Darjah dan Pengurusan Evertson) berdasarkan
soalan yang berikut:
a) Cadangkan tindakan yang sewajarnya diambil oleh cikgu Syarul
Anuar bagi kelas ini?
b) Analisis kekuatan dan kekurangan setiap tindakan (Model
Pengurusan Bilik Darjah yang dipilih) berdasarkan pengalaman
anda sewaktu di sekolah.
c) Anda dikehendaki membantu Cikgu Syarul Anuar untuk membina
Pelan Pengurusan Bilik Darjah yang efektif beserta peraturan bilik
darjah (Rule & Prosedure) dalam bentuk ICT.

Sub-Tugasan:

1. Pembentangan (40 %) berdasarkan analisis kajian kes:

a. Setiap kumpulan akan menerima bahan kajian kes 2 minggu


sebelum pembentangan yang akan dijalankan dalam sesi
tutorial.

b. Setiap kumpulan perlu menganalisis kajian kes tersebut dan


menulis ulasan kritis tidak melebihi 1000 patah perkataan (lebih
kurang 5 muka surat) berdasarkan soalan berikut:

- Huraikan apakah yang anda faham tentang kes yang dikaji


(What do I know).
- Apakah konsep/model/teori yang anda perlu tahu untuk
memahami dengan mendalam kes yang dianalisis? (What
do I need to know)
- Apakah strategi yang mungkin boleh diambil untuk
membantu menyelesaikan kes yang dianalisis (What
possible strategies can be taken to solve this case problem)

c. Setiap kumpulan perlu membentangkan ulasan kritis tersebut


dalam sesi tutorial dan markah pembentangan kumpulan adalah
20%.

d. Laporan hendaklah diserahkan selepas pembentangan oleh


kumpulan yang berkenaan dan markah untuk penulisan laporan
adalah 20 %.

2. Portfolio Pelajar – 10 %

i. Setiap pelajar dikehendaki menyediakan portfolio


Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Kandungan
portfolio terdiri daripada
a) bahan-bahan kuliah dan nota-nota ringkas daripada
artikel yang dibaca dan yang diserahkan oleh
pensyarah.
b) Bahan-bahan edaran kursus oleh pensyarah
c) Bahan-bahan hasil pembentangan semasa aktiviti
tutorial (Disertakan ulasan krititis secara individu bagi
setiap pembentangan)
d) Sumber-sumber rujukan lain
e) Refleksi Individu
ii. Pensyarah boleh memeriksa portfolio pelajar dari semasa ke
semasa.

Panduan Perlaksanaan Kerja Kursus

1. Tugasan ini terdiri daripada tugasan individu dan tugasan kumpulan


2. Ulasan kritis perlu dilaksanakan berdasarkan Model Pengurusan Bilik
Darjah dan Tingkah laku yang telah dipelajari dan penilaian dibuat
berdasarkan keupayaan anda mengemukakan bukti-bukti dan bahan-
bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda.
3. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul maklumat.
4. Anda boleh memasukan sebarang bentuk visual pilihan (gambar,
jadual, graf atau grafik) bagi memantap dan menyokong ulasan kristis
anda.
5. Sertakan borang bukti kolaborasi
6. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:
a. Arial
b. Saiz huruf ialah 12
c. Langkau satu setengah baris
d. Rujukan mengikut format A.P.A
e. Lampiran
f. Muka hadapan laporan dan portfolio mengandungi:
 Nama pelatih  Program
 Angka Giliran  Pensyarah Pembimbing
 Nombor Kad Pengenalan & Kursus  Tarikh hantar

7. Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 50%


8. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian,
kematangan hujah dan ilmiah. Amalan plagiat tidak dibenarkan
9. Panjang tugasan tidak kurang daripada 15 muka surat (tidak termasuk
lampiran)
10. Tarikh penghantaran ……………………………..

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:

1. Ulasan kritis perlulah menyeluruh, konsisten dan terperinci


2. Tugasan anda perlu merangkumi perkara berikut:
a. Ulasan kritis kajian kes dengan menggunakan Model
Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku
b. Pelan Bilik Darjah efektif serta peraturan bilik darjah
c. Ulasan Kritis / Penulisan laporan Kajian Kes berkaitan
pembentangan tutorial mingguan
d. Folio Bahan Kuliah dan tutorial

3. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda


hendaklah dikemukakan
4. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukan keaslian hasil
olahan dengan sokongan ilmiah
5. Format penulisan perlu jelas dan tepat
6. Penulisan Ulasan Kritis harus menunjukkan kefasihan bahasa,
kematangan hujah dalam menterjemah maklumat secara analitikal.

Kriteria Pentaksiran

Tugasan akan disemak berdasarkan kriteria pentaksiran yang disediakan.

Tugasan disediakan Oleh: Disahkan Oleh:

(MOHD. NAZRI ABDUL RAHMAN)

You might also like