You are on page 1of 4
KEMENTERIAN PELAJARAN MALA\ BAHAGIAN KEWANGAN ARAS 6 & 7, BLOK E12, KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA ‘TELEFON: 03 - 8884 6000 NO. FAKS: 03 - 8884 7679 (PEJ. SUB) SIA “| MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAD Ruj. Kami: KP (BKEW) (PK) 1387/A-4 (30 ) Tarikh 24 Disember 2010 Semua Setiausaha / Pengarah Bahagian Semua Pengarah Pelajaran Negeri Jabatan Pelajaran Negeri Semua Pegawai Pelajaran Daerah Pejabat Pelajaran Daerah Semua Pengetua Y.Bhg, Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan, SURAT PEKELILING KEWANGAN BIL. 11 TAHUN 2010 PEMBERIAN BANTUAN PAKAIAN SERAGAM PASUKAN BADAN BERUNIFORM, DI SEKOLAH TUJUAN Surat Pekeliling Kewangan (SPK) ini bertujuan untuk menggariskan peraturan serta tatacara pemberian Bantuan Pakaian Seragam Pasukan Badan Beruniform (BPS) di sekolah mulai tahun 2011 LATAR BELAKANG 2. Pemberian BPS kepada murid telah dilaksanakan pada tahun 2008 berdasarkan ucapan pembentangan Bajet 2008 yang disampaikan oleh YAB Perdana Menteri pada 7 September 2007 3. Dasar pemberian BPS dipinda selaras dengan keputusan Mesyuarat Focus Group Mengenai Pembasmian Kemiskinan Bil.1/2010 bertarikh 7 Januari 2010 yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) memutuskan bahawa, semua Kementerian/Jabatan/Agensi adalah diwajibkan menggunakan data eKASIH sebagai rujukan utama bagi semua bentuk program/projek dan bantuan pembasmian kemiskinan. (Sila catatkan rujukan Kementerian ini bila berhubung) HoT! 1E303-7723 7070 ——_-FAKS: 03-8884 7701 ( 90, Petadbiran Kewangan), 03-8884 7500 (Caw, Pnilian & Sistem), a, Bajed), 03-8884 7611 (Caw, Bantuan) utp: fw. moe. gov.mny/bkew SPX Bil. 11/2010 KRITERIA KELAYAKAN 4, Mulai tahun 2011, kriteria kelayakan murid dalam pemberian BPS adalah tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut a) Murid warganegara Malaysia yang berada di Tahun 4, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan; dan b) Ketua Isi Rumah (KIR) berdaftar dengan sistem eKASIH dan telah dikategorikan sebagai Miskin atau Miskin Tegar. 5. Badan Beruniform yang terlibat dalam pemberian BPS ini terdiri daripada pasukan seperti berikut: a) Pasukan Kadet Pertahanan Awam b) Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat ©) Kor Kadet Polis, d) Pasukan Kadet Remaja Sekolah ) Persekutuan Pengakap Malaysia f) Pergerakan Puteri Isiam Malaysia 9) Persatuan Pandu Puteri h) St. John Ambulans i) Bulan Sabit Merah Malaysia j) Pasukan Tunas Kadet Remaja Sekolah k)Pasukan Seni Bela Diri 1) Briged Putera/Puteri yang ditubuhkan di sekolah 6. Sekiranya badan induk pasukan tersebut menyediakan uniform lengkap kepada semua ahli, murid yang layak tidak akan diberikan BPS. Jika badan induk pasukan tersebut menyediakan bekalan kain, bantuan yang diberikan adalah upah jahit uniform sahaja KADAR BANTUAN 7. Murid yang layak menerima bantuan ini akan dibekalkan dengan pakaian seragam asas mengikut pasukan badan beruniform yang mereka anggotai. Kadar BPS adalah tidak melebihi RM100.00 seorang murid. SULIT 2 SPK Bil. 11/2010 TATACARA PERMOHONAN 8 Semua murid Tahun 4, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 yang KIR berdaftar dengan sistem eKASIH dan telah dikategorikan sebagai Miskin atau Miskin Tegar akan diberikan BPS secara automatik tanpa perlu mengemukakan permohonan, 9. Bagi KIR yang belum berdaftar dengan sistem eKASIH, mereka boleh membuat permohonan secara_ online melalui. = laman — sesawang http:/Avww.ekasih.gov.my. BPS hanya diberikan setelah pemohon telah dibanci oleh pihak Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri dan dikategorikan sebagai Miskin atau Miskin Tegar PENYALURAN BANTUAN 10. Bahagian Kewangan menurunkan waran peruntukan kepada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) beserta dengan senarai nama murid daripada sistem eKASIH yang layak menerima BPS. 11. JPN mengagihkan peruntukan BPS terus ke sekolah yang melaksanakan sistem geran dalam tempoh dua (2) minggu selepas waran diterima dan satu salinan surat agihan hendaklah dihantar kepada PPD berkenaan. Sekolah yang menerima peruntukan BPS hendaklah mengakaunkan jumiah yang diterima di bawah lajur Pelbagai dalam Buku Tunai Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) dan menyelenggara Akaun Subsidiari BPS. 12, Bagi sekolah yang belum melaksanakan sistem geran, JPN hendaklah mengaginkan peruntukan BPS ke PPD dalam tempoh dua (2) minggu selepas waran diterima. PPD hendaklah mengakaunkan jumlah yang diterima di bawah lajur BPS. dalam Buku Tunai Akaun Khas PPD. PPD hendaklah membuat agihan kepada sekolah / murid selewat-lewatnya 30 hari dari tempoh peruntukan diterima TATACARA PEROLEHAN 13. Pihak sekolah dibenarkan mengurus perolehan BPS tertakluk kepada peraturan kewangan semasa yang sedang berkuat kuasa. Pihak sekolah tidak dibenarkan memberi BPS dalam bentuk wang tunai kepada murid. LEBIHAN DAN BAKI PERUNTUKAN 14. _Jika terdapat lebinan peruntukan (berikutan murid yang layak berhenti atau bertukar sekolah), pihak sekolah/PPD perlu memulangkan peruntukan tersebut SULIT 3 SPK Bil. 11/2010 kepada JPN. JPN perlu mengembalikan semua lebihan peruntukan tersebut kepada Bahagian Kewangan selewat-lewatnya pada 30 Julai. 15, Sekiranya terdapat baki peruntukan (berikutan penjimatan dalam perolehan pakaian seragam), pihak sekolah/PPD tidak perlu memulangkan baki tersebut kepada Bahagian Kewangan. Baki peruntukan perlu diambil kira dalam pengiraan permohonan peruntukan tahun berikutnya, Bahagian ini akan menurunkan peruntukan kepada sekolah/PPD melalui JPN berdasarkan keperluan peruntukan dengan mengambil kira baki yang ada di sekolah/PPD. PEMBATALAN 16. _ SPK ini membatalkan Surat Pekeliling Kewangan Bil. 4 Tahun 2008. TARIKH KUAT KUASA 17. SPK Bil. 11 Tahun 2010 berkuat kuasa mulai 1 Januari 2011. Sekian. Terima kasih, AT UNTUK NEGARA” “TINGKAYKAN PRODUKTIVITI KURANGKAN KOS” Saya yang Wenurut pprinien, 0 ‘ABD. RAHAMAN) Timbalan Ket(fa Setiausaha (Pembangunan) b.p Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia Tel 03-88846101 Fax 03-88845124 sk Ketua Setiausaha, KPM Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha, KPM Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, KPM Pegawai Perhubungan Awam, KPM SULIT 4

You might also like