You are on page 1of 1

PROGRAM SUKAN EKUESTRIAN SEMPENA HARI SUKAN NEGARA 2021 – HSN

RIDE 2021 ANJURAN KELAB EKUESTRIAN BEST DENGAN KERJASAMA


JABATAN BELIA DAN SUKAN (JBS) NEGERI SELANGOR DAN UNIVERSITI PUTRA
MALAYSIA (UPM)

Kelab Ekuestrian BEST dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor
(JBS Selangor) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) akan menganjurkan Program
Sukan Ekuestrian Sempena Hari Sukan Negara 2021 – HSN Ride 2021 pada
31 Oktober 2021 bertempat di Benua Ekuestrian Stables, Pusat Ekuin UPM,
Selangor. Pelaksanaan program ini adalah di bawah naungan Yang Berhormat Tuan
Muhammad Hilman bin Idham, Setiausaha Politik kepada Menteri Kanan Perdagangan
Antarabangsa & Industri (MITI) merangkap Ahli Dewan Negeri (ADN) Gombak Setia.
Program ini akan dirasmikan oleh YB Dato' Seri Ahmad Faizal bin Dato' Azumu,
Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Hadir sama dalam majlis perasmian ini adalah
YBhg. Dato’ Dr. Hajah Wasitah binti Haji Mohd Yusuf, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan
Sukan Negara, KBS dan YBhg. Prof Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Naib Canselor Universiti
Putra Malaysia (UPM).

Antara aktiviti yang telah dirancang dalam pelaksanaan program ini adalah pertandingan
mini HSN Ride 2021 kategori endurance sejauh 20 KM di Ladang 16 UPM yang akan
disertai seramai 16 orang peserta, Pertunjukan Dressage dan Show Jumping serta Sukan
Eventing. Pelaksanaan aktiviti-aktiviti ini juga akan disertai oleh atlet-atlet dari Pasukan
Remaja Malaysia yang telah memenangi Pingat Perak di Kejohanan Sukan Kuda Lasak
Dunia Remaja ‘FEI WECYJ 2021 Ermelo, Natherlands. Bagi menghargai pencapaian
atlet remaja ini, turut akan disampaikan cenderahati kepada Muhammad Yusuf Luqman
bin Zakaria, Muhammad Faris Haikal Bin Hassan Sa’ari, Nur Qasrina Amani Binti Zakaria,
An-Nur Muhammad Imran Eirfan Bin Anuwar Dan Anfal Insyirah Binti Abu Talib yang
memenangi Pingat Perak di FEI World Endurance Championship For Young and
Junior Riders 2021 oleh YB. Menteri Belia Dan Sukan Malaysia.

You might also like