You are on page 1of 12

SEMESTER I

SIDANG AKADEMIK 2021/2022

HSM215 – PERSEJARAHAN MALAYSIA


TUTORIAL SELASA (4-5 PETANG)

SOALAN 9: Kemajuan internet menjadikan perbahasan sejarah terbuka kepada orang awam.
Dengan merujuk kepada dua (2) contoh perbahasan di internet yang ada kaitan dengan
sejarah negara, bina satu rumusan tentang baik dan buruk bahan internet kepada bidang
sejarah.

AHLI KUMPULAN:

NAMA
NUR AMIRA SYAMIMI BINTI AZHAR
SYAZA QURRATUL AINI BINTI CHE MANSOR
LIM YEN CHIN

DISEDIAKAN UNTUK:
PROFESOR DR. MAHANI MUSA

TARIKH AKHIR PENGHANTARAN:


6 FEBRUARI 2022
PENGENALAN

Internet mula berkembang di Malaysia pada tahun 1983 apabila ahli Lembaga Pengarah

OUM memulakan idea untuk menghubungkan Malaysia dengan dunia menerusi Internet di

makmal Universiti Malaya. Penubuhan MIMOS (Malaysian Institue of Microelectronic System)

oleh kerajaan telah menyediakan peluang kepada warga Malaysia yang cerdik IT untuk

menghasilkan hubungan Internet yang lebih baik.1 Bukan itu sahaja, Koridor Raya Multimedia

(MSC) ialah satu rancangan pembangunan teknologi maklumat yang diumumkan oleh Perdana

Menteri Malaysia iaitu Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad, ketika beliau merasmikan Putrajaya

sebagai pusat pentadbiran baru kerajaan Malaysia pada 1 Ogos 1996.2

Internet merupakan singkatan dari interconnected network yang berfungsi untuk

menghubungkan jaringan komputer global yang terdapat di dunia. Daripada fungsi itu, Internet

semakin berkembang dan telah memiliki banyak manfaat kepada perkembangan dunia kini di

mana ia telah menjadi satu tuntutan pemodenan dan globalisasi. Rentetan arus kemajuan sains dan

teknologi maklumat ini, Internet dilihat kian meningkat perkembangannya sehingga dapat diakses

dengan lebih meluas. Kepantasan dalam pengaksesan Internet yang berada hanya di hujung jari

pengguna sahaja memaparkan keadaan dunia tanpa sempadan termasuklah dalam ruang lingkup

sesuatu isu sehingga menjadi satu titik tolak kepada kepentingan penggunaan Internet dalam setiap

bidang termasuklah bidang sejarah. Seiring dengan kemajuan Internet, persejarahan turut memilih

medium Internet sebagai platformnya untuk berkongsi mengenai sejarah kepada umum sehingga

membawa kaitan yang rapat antara Internet dan bidang sejarah. Mengikut definisi yang diberikan

oleh Aristotle, sejarah merujuk kepada peristiwa-peristiwa masa lalu yang mempunyai catatan,

1
Yeow Leong Swee, Pengenalan Kepada Internet (Kuala Lumpur: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd, 1997), hlm. 23.
2
Teh Hong Seng, Lai Teo Kuan & Yap Swee Seng, Koridor Raya Multimedia (Kuala Lumpur: Poral Vista Sdn. Bhd,
1997), hlm. 1.
rekod-rekod atau bukti-bukti yang kukuh dalam bentuk kronologi. Manakala persejarahan pula

bermaksud, hasil penulisan atau karya yang ditulis oleh ahli sejarah atau sejarawan di mana ia

merupakan satu proses dengan tahap-tahap dan aturan-aturan yang lazimnya dilaksanakan oleh

sejarawan dalam usahanya menghasilkan penulisan sejarah.3

Internet dalam bidang sejarah telah membawa kesan kepada pengetahuan dan pemahaman

masyarakat kini mengenai sejarah negara. Namun, ia sedikit sebanyak telah mendorong kepada

beberapa kontroversi sehingga menarik perhatian rakyat bagi sama-sama mencari kebenaran

dalam sesuatu isu sejarah yang dibangkitkan itu. Disebalik kemajuan Internet dalam bidang sejarah

ini, terselitnya kebaikan dan keburukan di mana ia sama ada secara langsung atau tidak langsung

menjadi perkara yang sangat menarik untuk dibincangkan. Oleh hal demikian, penulis akan

membuat rumusan mengenai kebaikan dan keburukan bahan Internet dalam bidang sejarah dengan

merujuk kepada dua contoh perbahasan di Internet yang berkait rapat dengan sejarah negara.

CONTOH PERBAHASAN DI INTERNET

1. Origins of Hang Tuah (and Hang Jebat Hang Lekiu etc) By John Chow

Perbahasan yang pertama dicetuskan oleh John Chow yang dikenali sebagai ‘blogger’,

penceramah dan usahawan. John Chow dilahirkan di sebuah perkampungan pertanian kecil di

tanah besar, China. Pada tahun 2005, beliau memulakan pendapatan blog untuk membuktikan

bahawa blog mampu menjana pendapatan di mana selepas 2 tahun, beliau berjaya menjana

3
Muhd. Yusof Ibrahim, Ilmu Sejarah: Falsafah, Pengertian dan Kaedah (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
1997), hlm. 223.
lebih $40000 sebulan.4 Kini, beliau telah menulis banyak buku lain dan mengendalikan salah

satu blog menjana wang terbesar di dunia.

Perbahasan ini dimulakan apabila John Chow mendakwa bahawa Hang Tuah dan

rakan-rakannya adalah berketurunan Cina. Hal ini dibangkitkan pada blognya dengan

penemuan daripada pakar arkeologi, saintis serta sejarawan daripada Amerika Syarikat, United

Kingdom, Jerman, Kanada, Yaman dan Rusia di mana tanah perkuburan yang dikatakan

pahlawan Melaka itu telah ditemui lalu kerangka mereka telah dianalisis. Keputusan DNA

mereka menunjukkan bahawa Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekiu dan lain-lain bukanlah

daripada keturunan melayu tetapi cina. Perkara ini diperoleh daripada petikan seperti yang

dinyatakan di bawah:

The graves of Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekiu and their close friends have
been found and their skeletons had been analysed. Their DNA had been analysed
and it is found that Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekiu etc. are not Malay, but
Chinese (Islamic Chinese, just like the famous Admiral Cheng Ho). Malacca was
a protectorate of China at that time, and the Emperor of China sent the Sultan of
Malacca “yellow gifts” as a token of his sovereignty. The 5 warrior brothers were
believed to be sent to help protect Malacca and its Sultan from Siam (Thailand).5

Seterusnya, John Chow turut memberi bukti lain melalui cara penamaan Hang Tuah

dan rakan-rakannya itu yang mengatakan nama bangsa cina adalah bermula dengan Hang, Tan,

Maa dan Lee. Hang dikatakan nama yang tidak sinonim digunakan untuk keturunan melayu di

mana nama melayu adalah dimulai dengan nama yang diberikan terlebih dahulu dan nama ayah

diletakkan pada akhir seperti Ahmad Bin Yusuf yang bererti Ahmad anak kepada Yusuf.

Sebaliknya, nama cina dimulakan dengan nama keturunan terlebih dahulu yang diletakkan di

4
John Chow and Michael Kwan, Make Money Online: Roadmap of a dot com mogul (New York: Morgan James
Publishing, 2010), hlm. 2.
5
Shahabudeen Jalil, Hang Tuah Keturunan Cina (4 Jun, 2010), Dimuat turun daripada
https://sejarahhangtuah.wordpress.com/2010/06/04/hang-tuah-keturunan-china/
hadapan seperti nama anak Hang Tuah yang diberikan nama Hang Nadim. Pernyataan ini

dibuktikan melalui catatan di bawah:

“Hang” is an unusual surname or name for a Malay. It sounds likes corruption


of a Chinese surname. In fact, Chinese names start with the surname first, and
given names last. Malay names start with the given names first, and the father’s
name last (as in Ahmad bin Yusuf which means “Ahmad, the son of Yusuf”).
There is no surname in traditional Malay! There is no surname to carry forward
to the next generation. We also need to examine the genealogy. We know that
Hang Tuah’s father was Hang Mamat. Here, we do not see a Malay name
transmission. We see a name being carried forward. It is also noted that the
placement of the name that is carried forward is in front. This indicates that the
surname is “Hang”. It is the transmission of Chinese names.6

2. Perbahasan Utusan Online

Utusan Online telah mengeluarkan pernyataan “Orang Melayu Sebagai Pendatang-

M.Kulasegaran” di mana rakaman video ucapannya dalam satu program di Nilai, Negeri

Sembilan itu tular. Di dalam rakaman tersebut, beliau berucap dalam Bahasa tamil lalu

diterjemahkan oleh individu sehingga membangkitkan isu ini. M. Kulasegaran V. Murugeson

merupakan ahli Parlimen Ipoh Barat dan memegang jawatan Naib Pengerusi Kebangsaan Parti

DAP. Beliau juga merupakan bekas Menteri sumber manusia. Rakaman beliau telah

menimbulkan perbahasan antara kaum melayu dan india dalam mencari kepastian daripada

kata-katanya itu. Beliau mengatakan bahawa orang hindu mula menjejaki negara ini sejak 2500

tahun. Berikut merupakan antara pernyataan yang dilontarkan olehnya berdasarkan terjemahan

yang telah dibuat:

6
Ibid.
“Sekiranya anda pergi ke Lembah Bujang, terdapat banyak kuil lama yang ditemui
di sana. Kitalah yang berada di negara ini terlebih dahulu, maka merekalah yang
sebenarnya pendatang. Tanyalah kepada anak-anak kita yang bersekolah tentang
sejarah asal-usul kita, mereka akan berkata bahawa guru di sekolah telah ajar yang
orang Hindu menetap di sini 100 tahun yang lalu. Hindu, kaum pertama di
Malaysia, 2500 tahun yang lepas. Kita seharusnya sebarkan kepada semua supaya
hak kita tidak akan tertindas. Ini adalah tanah air kita. 2500 tahun dahulu kita sudah
menetap di sini. Kita mempunyai semua hak untuk berada di tanah ini.”7

RUMUSAN KEBAIKAN

Kebaikan Internet dalam bidang sejarah adalah sebagai medium perbincangan yang

memberi peluang kepada masyarakat untuk memberikan hujahan serta pandangan. Kemajuan

teknologi maklumat dalam memperkembangkan Internet sememangnya telah memberi

kemudahan kepada masyarakat. Internet membolehkan masyarakat saling berbincang antara satu

sama lain tanpa mengira agama, bangsa mahupun negara mengenai pelbagai isu termasuklah isu

berkaitan sejarah sesebuah negara. Bukan itu sahaja, Internet juga membolehkan individu yang

tidak mengenali antara satu sama lain melakukan perbincangan melalui laman sesawang

menyebabkan kewujudan kelompok yang mempunyai penyokong tersendiri berdasarkan pendapat

dan fahaman masing-masing. Meskipun terdapat jurang sosial antara masyarakat, namun

perbincangan terhadap sesuatu isu seperti isu sejarah masih dapat dilaksanakan dengan mudah

ekoran kewujudan Internet. Penggunaan Internet dalam bidang sejarah ini juga telah membantu

dalam melahirkan masyarakat yang bersikap lebih kreatif dan dapat berfikir secara kritis semasa

menyuarakan pendapat meskipun tidak bersependapat dengan pihak lain. Sebagai contoh dalam

perbahasan pertama, ahli-ahli sejarah telah mula melibatkan diri untuk membetulkan dakwaan bagi

isu Hang Tuah yang telah dibangkitkan menerusi blog dalam Internet. Perbahasan ini telah

7
Utusan Online, Kulasegaran dakwa Melayu sebagai bangsa pendatang (28 Julai, 2018), Dimuat turun daripada
http://www.utusan.com.my/berita/politik/kula-segaran-dakwa-melayu-bangsa-pendatang-1.717743
menimbulkan dua pandangan berbeza iaitu Khoo Kay Kim yang berpendapat bahawa Hang Tuah

adalah tidak wujud dan penulis-penulis Melayu seperti Hashim Musa serta Rohaidah Kamaruddin

pula berpendapat Hang Tuah adalah wujud. Pandangan Khoo Kay Kim terhadap Hang Tuah telah

dibincangkan oleh penulis-penulis Melayu sehingga mewujudkan perbincangan dalam mencari

kepastian sebenar. Manakala perbahasan yang kedua pula telah menarik perhatian dari kalangan

masyarakat Melayu dan India untuk melakukan perbincangan untuk sama-sama mengulas

berkaitan isu melayu sebagai pendatang tersebut. Jelaslah bahawa, kebaikan Internet dalam bidang

sejarah adalah sebagai media perbincangan dan kebaikan ini dapat dibuktikan melalui kedua-dua

perbahasan yang dibincangkan.

Di samping itu, Internet dalam bidang sejarah turut bertindak sebagai penghubung bahan

rujukan minima. Hal ini demikian kerana perkongsian mengenai sebarang isu dapat dikongsikan

dengan cepat di mana masyarakat seluruh dunia dengan mudah memperoleh maklumat yang kini

hanya berada di hujung jari pengguna sahaja. Internet yang menjadi penghubung adalah sangat

penting khususnya untuk ahli sejarah yang mempunyai keinginan untuk melakukan kajian atau

penyelidikan mereka terhadap sesuatu isu. Namun, kajian mereka kadang kala menghadapi

kekangan dalam mendapatkan sumber ekoran sumber yang terlalu terhad serta dikawal ketat oleh

pegawai perpustakaan negara dan pegawai arkib. Sebelum kemudahan Internet diperkenalkan, ahli

sejarah perlu berkunjung sendiri ke tempat kajian demi mendapatkan bahan penyelidikan. Secara

ringkasnya, Internet membawa pelbagai kebaikan dalam memperoleh sumber seperti akhbar ,

majalah serta buku dalam talian, tambahan pula kini perpustakaan turut dapat diakses secara dalam

maya. Misalnya, maklumat berkaitan Hang Tuah dapat diakses melalui laman web National

Library Singapore sahaja tanpa perlu berkunjung secara fizikal. Selain itu, Arkib Britain juga

menawarkan perkhidmatan memesan bahan asal secara dalam talian yang memudahkan lagi
urusan pencarian maklumat bagi ahli sejarah. Bagi perbahasan kedua pula, Utusan Online yang

mengeluarkan kenyataan mengenai “Kulasegaran nafi orang Melayu sebagai pendatang”. Selaras

dengan itu, terdapat juga terjemahan melalui percakapannya yang boleh didapati di ruangan

Internet sahaja. Pendek kata, Internet telah membawa kebaikan kepada bidang sejarah, iaitu

sebagai penghubung bahan rujukan minima yang dapat dibuktikan dengan contoh-contoh di atas.

RUMUSAN KEBURUKAN

Perkembangan Internet secara tidak langsung turut menyumbang kepada impak negatif

kepada para pengguna terutamanya dari segi penyalahgunaan kemudahan iaitu dengan melakukan

perkara yang menyalahi etika kepenggunaan, undang-undang dan sebagainya. Antara contoh

penyalahgunaan Internet adalah penyebaran maklumat tidak sahih, fitnah, penipuan transaksi atas

talian dan juga pembulian siber.8 Dari aspek persejarahan, kesan buruk yang amat ketara adalah

lahirnya ahli sejarah daripada masyarakat awam. Teknologi Internet menyediakan ruang dan

peluang yang tidak terhad menyebabkan sesiapa sahaja boleh mengakses Internet dan mereka juga

mampu untuk memberikan pendapat secara terbuka di media sosial masing-masing. Orang awam

juga mudah terpengaruh dengan bahan bacaan Internet tanpa membuat penyemakan semula fakta

dengan lebih mendalam. Sesetengah media sosial seperti facebook dan twitter dijadikan satu

platform untuk perdebatan dan provokasi tentang isu semasa terutamanya isu yang berkaitan

dengan agama dan perkauman. Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga telah merekodkan dalam

tempoh enam bulan pertama tahun 2020, sebanyak 266 kertas siasatan telah dibuka yang

8
Khairul Azhar Meerangani, S. Salahudin Suyumo dan Mohd Anuar Ramli, ‘Penyalahgunaan Media Sosial dan
Aplikasi Atas Talian Ketika Pandemik COVID-19 di Malaysia’, dalam Covid-19 dari Perspektif Sains dan Sosial
Implikasi dan Solusi, disunting oleh Abdul Rashid Abdul Aziz, et al. (Pahang: Universiti Malaysia Pahang, 2021),
hlm. 143-161 (hlm 143)
melibatkan jenayah hasutan dan penyebaran maklumat palsu.9 Ahli sejarah selalunya akan campur

tangan jika terjadinya perbalahan di Internet yang melibatkan persejarahan. Namun, jika isu

tersebut menjadi tular dengan meluas, ahli sejarah mungkin tidak mampu mengawal kesemua

perbalahan yang berlaku. Dalam pada itu, sejarawan selalunya lebih gemar membahaskan sesuatu

isu menggunakan platform yang formal seperti mengadakan seminar, forum dan sebagainya. Hal

ini akan menjadikan penyebaran maklumat adalah tidak menyeluruh kerana bukan semua anggota

masyarakat akan tertarik menghadirinya. Perkara ini juga menyebabkan perlakunya pemesongan

fakta daripada kebenaran. Sebagai contoh, isu Hang Tuah dan Melayu sebagai pendatang telah

dibangkitkan dan menarik perhatian umum terutamanya bagi kaum-kaum yang terlibat dan telah

menyebabkan berlakunya ketengangan kaum. Semuanya hanyalah berpunca daripada individu

yang membangunkan laman web sendiri dan mereka menganggap bahawa diri mereka mempunyai

semangat patritisme yang tinggi. Jadi, mereka cuba untuk memberikan ulasan isu-isu tersebut

walaupun sebenarnya mereka tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang isu yang

dibahaskan.

Seterusnya, kesan buruk yang kedua adalah kesukaran untuk menentukan kesahihan.

Kesahihan bahan di Internet sentiasa boleh dipersoalkan kerana sumber yang diperoleh sukar

dianalisis sama ada betul ataupun tidak. Hal ini demikian kerana, sumber tersebut mungkin datang

dari sesiapa sahaja termasuklah daripada masyarakat yang tidak berlatarbelakangkan ahli sejarah.

Selain itu, bahan di Internet adalah bersifat terbuka iaitu boleh diakses dan dimanipulasi oleh

sesiapa sahaja. Dalam pada itu, kadang-kala sesuatu yang dipertontonkan di dunia maya adalah

tidak selaras dengan perkara yang berlaku di dunia nyata. Contohnya perbahasan yang

menggunakan bahasa asing boleh disalahtafsirkan dan menimbulkan salah faham. Internet

9
Ibid, hlm. 152.
merupakan salah satu sumber yang amat besar untuk mendapatkan maklumat namun bukan semua

maklumat yang diperolehi boleh dijadikan sebagai sumber yang sah untuk persejarahan. Terdapat

juga maklumat yang ditafsirkan dengan gaya yang berlainan di laman web penulis. Maklumat

tersebut mungkin mempunyai unsur “berat sebelah”, propaganda politik dan sebagainya dan dapat

mempengaruhi tafsiran sejarah.10 Pencarian informasi menggunakan Google misalnya sering

memaparkan lawan web sejarah yang kebanyakkannya hampir tidak mempunyai nilai kesarjanaan

ilmiah. Sejarawan daripada kalangan rakyat Malaysia pula dilihat jauh ketinggalan berbanding

dengan sejarawan barat dalam penciptaan projek pendigitalan sejarah.11 Perkara ini dapat dilihat

ketika berlakunya isu orang Melayu sebagai pendatang. Akhbar Utusan Online telah mengeluarkan

satu artikel yang menyatakan bahawa M. Kulasegaran mendakwa orang Melayu adalah pendatang

namun dakwaan tersebut telah disangkal oleh beliau. Isu ini sebenarnya timbul ketika M.

Kulasegaran menyampaikan ucapan dalam satu program dengan menggunakan Bahasa Tamil

tetapi ucapan beliau telah ditafsirkan menggunakan sari kata Bahasa Inggeris di laman sosial yang

telah menyebabkan maksud sebenar ucapan tersebut berubah menjadi maksud yang berlainan.

Oleh itu, terbukti bahawa bahan yang diperoleh daripada Internet adalah sukar untuk ditentukan

kesahihannya.

10
Lee Bih Ni, ’ICT dan Pengajaran-Pembelajaran Sejarah di Sekolah’, Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi,
(2013), 106-115 (hlm. 112)
11
Shakila Yaakob, Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus dan Rosilawati Zainol, ‘Potensi di Luar Tempurung: Halatuju
digitalisasi Sejarah di Malaysia’, Malaysian Journal of Society and Space, 12:13 (2016), 61-73 (hlm. 68)
KESIMPULAN

Kemajuan teknologi sememangnya mendatangkan banyak kebaikan dalam pensejarahan

di Malaysia kerana memudahkan banyak urusan ahli sejarah dan juga masyarakat awam. media

sosial boleh menjadi medium perbincangan dalam kalangan masyarakat awam dan juga ahli

sejarah secara terbuka. Contohnya, sejarawan dapat berkongsi maklumat dan mencari bahan kajian

dengan sangat mudah manakala masyarakat pula boleh mendapatkan informasi sejarah hanya di

hujung jari. Namun begitu, terdapat juga kesan buruk akibat peningkatan kemajuan teknologi

Internet seperti terjadinya kelahiran ahli sejarah dari kalangan masyarakat awam dan kesukaran

dalam menentukan kesahihan. Oleh yang demikian, pengguna Internet sewajarnya bijak dalam

mengendalikan akaun media sosial masing-masing. Kemajuan teknologi perlulah dimanfaatkan

dengan sebaiknya oleh semua anggota masyarakat terutamanya ahli sejarah dan juga masyarakat

awam kerana Internet bukan sahaja dapat membantu dalam mengembangkan persejarahan negara

namun juga mampu untuk memberi manfaat kepada bidang-bidang lain juka digunakan dengan

sebaiknya. Perkembangan yang berlaku juga akan menjadi penanda arah kemajuan negara di

samping negara mampu untuk bersaing dengan negara maju yang lain.
BIBLIOGRAFI

Khairul Azhar Meerangani, S. Salahudin Suyumo dan Mohd Anuar Ramli., ‘Penyalahgunaan
Media Sosial dan Aplikasi Atas Talian Ketika Pandemik COVID-19 di Malaysia’, dalam COVID-
19 dari Perspektif Sains Sosial Implikasi dan Solusi, Abdul Rashid Adbdul Aziz (Pahang:
Univeristi Malaysia Pahang, 2021), hlm. 143-161.
Lee Bih Ni., ‘ICT dan Pengajaran-Pembelajaran Sejarah di Sekolah’, Seminar Pendidikan Sejarah
dan Geografi, (2013), 106-115.
Muhd. Yusof Ibrahim, Ilmu Sejarah: Falsafah, Pengertian dan Kaedah (Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, 1997)
Shahabudeen Jalil, Hang Tuah Keturunan Cina (4 Jun, 2010), Dimuat turun daripada
https://sejarahhangtuah.wordpress.com/2010/06/04/hang-tuah-keturunan-china/
Shakila Yaakob, Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus & Rosilawati Zainol., ‘Potensi di Luar
Tempurung: Halatuju Digitalisasi Sejarah di Malaysia’, Malaysian Journal of Society and Space,
12:13 (2016), 61-73.
Teh Hong Seng, Lai Teo Kuan & Yap Swee Seng, Koridor Raya Multimedia (Kuala Lumpur:
Poral Vista Sdn. Bhd, 1997)
Utusan Online, Kulasegaran dakwa Melayu sebagai bangsa pendatang (28 Julai, 2018), Dimuat
turun daripada http://www.utusan.com.my/berita/politik/kula-segaran-dakwa-melayu-bangsa-
pendatang-1.717743
Yeow Leong Swee., Pengenalan Kepada Internet (Kuala Lumpur: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd,
1997)

You might also like