You are on page 1of 2

RUJUKAN

o Penggunaan rujukan di dalam teks mestilah mengikut sistem pengarang-tarikh.


Contohnya Abdul Latif (2003) atau (Abdul Latif 2003; Mohd Yusof 2009).
o Setiap rujukan yang dirujuk di dalam teks mestilah dinyatakan di dalam senarai
rujukan dan menjadi tanggungjawab penulis untuk memastikan ketepatan
maklumat rujukan.
o Rujukan yang dipetik dari laman web perlu dinyatakan tarikh ianya dirujuk.
o Senarai rujukan hendaklah disusun menurut susunan abjad serta menggunakan
gaya APA; American Psychology Association.

Contoh beberapa rujukan:

Rujukan makalah dari jurnal- Pengarang, initial, tahun terbit, tajuk, nama jurnal (berhuruf
condong), bilangan jilid, isu dan halaman

Mohd Safar Hasim. 2003. Circulation of Malaysian newspapers: A decade of mixed


fortune. Journal Komunikasi. 19(1): 145-160.

Hamzah, N., Mohamed, A. & Hussain, A. 2004. A new approach to locate the voltage
sag source using real current component. Journal of Electric Power System
Research 72: 113-123.

Rujukan buku- Pengarang, initial, tahun terbit, tajuk (berhuruf condong), tempat
diterbitkan dan penerbit

Abdull Rahman Mahmood, Jaffary Awang & Zakaria Stapa. 2009. Survival Politik
Muslim. Bangi: Institut Islam Hadhari.

Rujukan bab dalam buku- Pengarang, initial, tahun terbit, tajuk bab, nama penyunting,
tajuk buku (berhuruf condong), halaman bab, tempat diterbitkan dan penerbit

Abdul Latif Samian. 1995. Pendekatan Permasalahan dalam Sains dan Teknologi. Dlm.
Mohd Yusof Hj. Othman (ed.). Siri Wacana Sejarah dan Falsafah Sains Jilid 4,
hlm. 132-154. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rujukan kertas kerja- Pengarang, initial, tahun terbit, tajuk, nama seminar/persidangan,
penganjur, tempat dan tarikh

Mohd Yusof Hj. Othman. 2006. Isu-isu yang Menghalang Kelancaran Pelaksanaan Islam
Hadhari. Kertas kerja Konvensyen Islam Hadhari Peringkat Kebangsaan. Anjuran
Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Kuala Lumpur, 23-24
Jun.

Rujukan hadith- pengarang, tahun terbit, tajuk, tempat diterbitkan, penerbit


al-Tabrani, Sulayman Ibn Ahmad. 1311H/1894. Al-Mucjam al-Saghir. Delhi: al-Matbacah
al-Ansari.

Rujukan elektronik- pengarang, initial, tahun terbit, tajuk, nama jurnal/buku, nombor
jilid, nombor keluaran, alamat sesawang dan tarikh capaian

United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization(UNESCO). 2009.


Investing in cultural diversity and intercultural dialogue: UNESCO world report.
http://unesdoc.unesco.org/ulis/cgi-
bin/ulis.pl?catno=185202&gp=1&mode=e&lin=1[25 Februari 2010].

Clark, J.K.1999. Humidity sensor. Journal of Physics 2(2): 9-13


http://www.cit.edu/phys/sensor.html [20 Julai 1999].

Rujukan umum (akhbar, majalah, buletin, kamus)- pengarang, initial, tahun terbit, tajuk,
nama sumber, tarikh, halaman

Suffian A. Bakar. 2005. Pemegang saham syer rombak Lembaga Pengarah. Berita
Harian, 5 Ogos: 17.

Ismail Hamid. 1990. Sastera Kitab. Dewan Sastera, Mei: 79-83.

Rujukan Tesis- pengarang, initial, tahun terbit, tajuk tesis, Ph.D Thesis, Nama fakulti dan
universiti.

Howie, J. 1977. Topics in the theory of groupoids. Ph.D Thesis. Faculty of Science &
Technology, University of London.

You might also like