Minit Mesy 1

You might also like

You are on page 1of 2

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3

SEKOLAH KEBANGSAAN GELANG PATAH

MINIT MESYUARAT PANITIA RBT BIL 1 / (2021)

Tarikh : 27 Januari 2021

Masa : 1:20 petang

Tempat : Bengkel RBT SK Gelang Patah

Pengerusi : Pn. Bushra binti Abu Bakar

Kehadiran(Bilangan) : 3/3

Turut Hadir (Jika ada) : Tiada.

1 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pn. Bushra memulakan mesyuarat dengan bacaan Umul Kitab. Beliau mengucapkan
ribuan terima kasih atas kehadiran semua guru.
1.2 Pn. Bushra berharap agar Panitia dan bengkel RBT tahun ini lebih baik dari tahun-
tahun yang sebelumnya.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

2.1 Dicadang untuk disahkan oleh En. Raja Mohd Arif bin Raja Mahat
Disokong untuk pengesahan oleh Cik Nur Fatihin Aminin binti Norzin Asnudi

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1. Tiada

4 FOKUS MESYUARAT

4.1. Lantikan Ahli Jawatankuasa

4.1.1 Pn. Bushra mengumumkan Ahli Jawatankuasa RBT SK Gelang Patah bagi
sesi 2021 / 2022 (Rujuk Lampiran 1)
4.1.2 Pn. Bushra meminta En. Raja Mohd Arif agar memastikan Fail Panitia
dikemaskini.
Tindakan : Setiausaha Panitia
4.2 Pengurusan bengkel

4.2.1 Bengkel RBT perlu diperkemaskan lagi agar murid-murid dapat


menggunakannya dengan selesa.
4.2.2 Pn. Bushra berharap agar AJK RBT bekerjasama dalam memastikan bengkel
berwajah baru dan selesa.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

4.3 Kewangan Panitia

4.3.1 Pn. Bushra menyatakan baki wang PCG bagi panitia RBT ialah sebanyak
RM 270.98
4.3.2 Pn. Bushra berbesar hati kerana keseluruhan duit PCG pada tahun 2021 telah
digunakan dengan sebaik mungkin untuk kegunaan murid dan guru.

4.4 Penggunaan buku kerja

4.4.1 Tiada penggunaan buku kerja.. Gunakan buku latihan yang disertakan
bersama buku teks.
4.4.2 Guru perlu lebih fokus teori dan bijak mengubahsuai projek agar sesuai
dengan keadaan dan objektif pembelajaran murid.
Tindakan : Semua Guru

5 HAL-HAL LAIN

5.1 Tiada

6 PENUTUP

6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2:30 petang dengan bacaan Tasbih Kifarah dan
Surah Al-‘Asr.

Disediakan oleh,

_________________________
(RAJA MOHD ARIF BIN RAJA MAMAT)
28 JANUARI 2021

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00

You might also like