You are on page 1of 6

SOALAN 1 (20 MARKAH: 30 MINIT)

A. Berikan definisi frod dan kesilapan. Berikan dua (2) contoh yang sesuai bagi
setiap satu.
(6 markah)

B. Senaraikan empat (4) contoh audit operasi yang boleh dilaksanakan oleh juruaudit
dalam di sebuah syarikat perkilangan.
(4 markah)

C. Anda telah dilantik oleh Ketua Jabatan anda sebagai juruaudit di sebuah syarikat
perkilangan. Syarikat ini mempunyai dua (2) buah kilang iaitu di Skudai dan Kota
Tinggi. Adalah menjadi tanggungjawab juruaudit untuk melihat kilang-kilang
tersebut. Bincangkan dengan ringkas dalam keadaan bagaimana lawatan ke
kilang-kilang tersebut dapat membantu anda membuat perancangan dan
melaksanakan kerja-kerja auditnya.
(6 markah)

D. Jelaskan dua (2) sebab diwujudkan undang-undang atau kod-kod etika bagi
juruaudit.
(4 markah)

1
SOALAN 2 (20 MARKAH : 30 MINIT)

A. Puan Aminah Hassan merupakan seorang pengurus audit di sebuah firma


perakaunan yang terkemuka di Johor Bahru. Beliau telah dijemput oleh
Persatuan Industri Kecil untuk memeberi ceramah pada malam jamuan Makan
Malam persatuan. Presiden persatuan mencadangkan Aminah memberikan
ceramahnya berkenaan fasa-fasa dalam proses audit. Sebagai pembantu Puan
Aminah yang mempunyai pengalaman yang luas, anda diminta oleh beliau
untuk menyediakan rangka ucapan beliau. Puan Aminah mencadangkan agar
anda menjawab soalan-soalan di bawah dalam menyediakan rangka ucapan
tersebut.

a. Terangkan dengan ringkas fasa-fasa yang terlibat dalam satu proses audit.
(7 markah)

b. Salah satu fasa adalah memahami sistem kawalan dalaman syarikat.


Bagaimana pemahaman berkenaan kawalan dalaman syarikat boleh
memberi kesan kepada pekerja syarikat?
(3 markah)

B. Jelaskan maksud pendekatan kitaran dalam menjalankan tugas audit. Beri dua
(2) contoh kitaran yang ada dalam penyata kewangan.
(6 markah)

C. Berikan definisi pernyataan pengurusan di bawah. Pilih mana-mana dua (2)


dari lima (5) yang disenaraikan di bawah.

a. Kewujudan
b. Kesempurnaan
c. Hak dan Obligasi
d. Penilaian
e. Persembahan dan Pendedahan

(4 markah)

2
SOALAN 3 (20 MARKAH : 30 MINIT)

A. Nyatakan jenis bukti audit yang sesuai bagi setiap tatacara audit di bawah,

f. Menghantar satu borang penyemakan baki akaun belum terima kepada


pelanggan dan meminta pelanggan memulangkan satu slip yang
dikepilkan bersama borang tersebut dengan menulis jumlah baki yang
terhutang dengan syarikat.

g. Memeriksa invois jualan yang mempunyai jumlah yang besar bagi tempoh
dua (2) hari sebelum dan dua (2) hari selepas tarikh tahun kewangan
berakhir syarikat untuk menentukan samada jualan telah direkodkan pada
tempoh yang betul.

h. Bersetuju dengan jumlah akaun belum terima di lejar subsidiari dengan


jumlah akaun belum terima di lejar am.

i. Berbincang dengan pengurus kredit berkenaan kesesuaian jumlah hutang


lapok syarikat bagi suatu tahun kewangan.

(8 markah)

B. Berikan tiga (3) langkah dalam menentukan materialiti.


(3 markah)

C. Nyatakan tiga (3) sebab mengapa firma audit perlu membangunkan polisi dan
prosedur sendiri berkaitan penentuan materialti.
(3 markah)

D. Lengkapkan jadual di bawah.

Nombor Risiko Risiko Risiko Risiko


klien Audit Semulajadi Kawalan Pengesanan
1 5% 40% 50% ?
2 5% 60% 80% ?
3 10% 50% 25% ?
4 10% 80% 50% ?

(6 markah)

3
SOALAN 4 (24 MARKAH : 36 MINIT)

A. Kertas kerja audit merupakan rekod-rekod bagi kerja-kerja audit yang


dilakukan oleh juruaudit serta kesimpulan yang dicapai dalam suatu ikatan
audit. Terangkan dengan ringkas,

a. Tiga (3) tujuan kertas kerja audit disediakan.


(3 markah)

b. Empat (4) faktor yang memberi kesan kepada pertimbangan juruaudit


berkenaan kuantiti, jenis dan kandungan kertas kerja audit.
(4 markah)

B. Selepas mengenalpasti populasi, apakah keputusan tambahan yang perlu


dibuat oleh juruaudit berkaitan populasi tersebut?
(3 markah)

C. Senaraikan tiga (3) faktor yang perlu dipertimbangkan dalam membuat


keputusan mengenai saiz sampel.
(3 markah)

D. Senaraikan dua (2) syarat untuk mengenalpasti liabiliti kontigensi.


(2 markah)

E. Jelaskan “perkara selepas tarikh lembaran imbangan “dan bagaimana ianya


ditunjukkan dalam penyata kewangan.
(6 markah)

F. Senaraikan tiga (3) teknik persampelan berstatitistik yang boleh digunakan


oleh juruaudit.
(3 markah)

4
SOALAN 5 (16 MARKAH : 24 MINIT)

A. Nyatakan jenis laporan yang akan dikeluarkan berserta alasan bagi situasi-
situasi di bawah,

a. Anda adalah seorang juruaudit di syarikat Izlan Sdn. Bhd. dan beberapa
anak syarikat yang lain. Salah satu anak syarikat di mana anda bukan
juruauditnya telah mengeluarkan laporan audit bersyarat.

b. Pihak pengurusan atasan Amina Sdn. Bhd. sebuah syarikat yang tersenarai
di Bursa Malaysia telah bersetuju untuk tidak mendedahkan beberapa
urusuniaga dengan pihak ketiga (merupakan syarikat yang kukuh) dengan
alasan urusniaga berkenaan adalah terlalu sensitive untuk dilaporkan serta
ianya merupakan rahsia syarikat.

c. Sepanjang menjalankan tugas audit di STB Sdn. Bhd. pengawal kewangan


STB tidak membenarkan anda untuk melihat beberapa dokumen
berkenaan akaun belum terima atas sebab-sebab tertentu. Ini menyebabkan
anda terpaksa menggunakan tatacara audit yang lain untuk mengesahkan
baki akaun belum terima syarikat. Walaubagaimanapun, anda tidak
berpuashati dengan jumlah baki akaun belum terima tersebut.

d. Syarikat klien anda mengalami kerugian yang sangat teruk dalam


beberapa tahun kebelakangan ini dan tidak berupaya untuk membayar
hutang-hutang jangka panjang syarikat dengan beberapa buah bank
tempatan. Keupayaan syarikat untuk meneruskan perniagaan diragui.

(8 markah)

B. Berikan definisi dan kegunaan dokumen-dokumen dan borang-borang di


bawah,

a. Borang Pesanan Belian


b. Invois Jualan
c. Borang Potongan Gaji
d. Memo Kredit
(8 markah)

5
6

You might also like