You are on page 1of 7

4.

0 Metod Kajian
4.1 Kaedah Kajian
Kaedah kajian yang dijalankan oleh penyelidik adalah berbentuk tinjauan, di mana
data kajian yang diperoleh adalah melalui borang soal selidik yang telah diedarkan melalui
pautan kepada responden.
 
4.2 Sampel Kajian
Kajian ini telah dibuat dan difokuskan kepada sampel kajian yang bersekolah di
sekolah yang mempunyai kelas khas bermasalah pembelajaran. Sampel kajian ini adalah dari
kalangan responden yang berumur dari 13 hingga 17 tahun iaitu pelajar dari kalangan sekolah
menengah. Pemilihan sampel ini adalah secara rawak dan tidak memfokuskan mana-mana
jenis sekolah menengah, jantina mahupun tahap umur.
 
4.3 Instrumen Kajian
Alat kajian yang digunakan ialah borang soal selidik. Ia mengandungi 10 soalan dari
setiap 3 objektif, secara keseluruhan soal selidik mengandungi 30 soalan. Terdapat 4
bahagian iaitu bahagian A, B, C dan D. Bahagian A merupakan maklumat latar belakang
responden manakala bahagian B, C dan D merupakan bahagian berdasarkan objektif kajian
iaitu:

I- Pengetahuan dan pemahaman pelajar normal mengenai pelajar khas


bermasalah pembelajaran di sekolah mereka.
II- Persepsi pelajar normal terhadap tingkah laku dan disiplin pelajar khas
bermasalah pembelajaran.
III- Tahap penerimaan pelajar normal terhadap pelajar khas bermasalah
pembelajaran.

Kesemua item perlu dijawab oleh sampel kajian dengan memilih satu nombor skala.
Skala yang digunakan adalah berdasarkan Skala Likert terdiri daripada 5 pilihan iaitu dari
skala 1 hingga skala 5. Pilihan tersebut ialah:

1 Sangat Tidak Setuju


2 Tidak Setuju
3 Tidak Pasti
4 Setuju
5 Sangat Setuju

Skala Likert yang digunakan bagi tinjauan ini sudah semestinya mempunyai
kelebihan dan kekurangannya. Di mana kelebihan skala ini mempunyai kebolehpercayaan
yang tinggi, skala jawapan yang diberi adalah luas dan memberi peluang kepada responden
untuk membuat pilihan yang tepat. Kekurangannya terletak pada satu titik tengah pilihan
jawapan di mana titik tengah iaitu ‘tidak pasti’ mempunyai fungsi tersendiri yang
menunjukkan responden kurang pasti untuk menjelaskan jawapannya.
 
4.4 Tatacara Analisis Data
Tatacara analisis data dilakukan berdasarkan maklumat-maklumat soal selidik yang
diberikan oleh responden dalam setiap bahagian soal selidik ini. Kemudian data tersebut
dikumpulkan mengikut bahagian dan dianalisis menggunakan Microsoft Excel untuk
mendapatkan natijah daripada data yang diperoleh. Hasil analisis akan dibuat dalam bentuk
kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai.
 
4.5 Demografi Responden Kajian
Berikut adalah maklumat dan dapatan yang diperolehi mengenai latar belakang
responden kajian. 

JADUAL 1:
Taburan Responden Mengikut Jantina
JANTINA BILANGAN (%)

Perempuan 24 80

Lelaki 6 20

JUMLAH 30 100

CARTA PAI 1:
Taburan Responden Mengikut Jantina
Taburan Responden Mengikut Jantina

20%

80%

Lelaki Perempuan

Jadual 1 dan Carta Pai 1 menunjukkan responden yang terlibat di dalam kajian ini
mengikut jantina. Terdapat seramai 30 orang responden yang terlibat iaitu seramai 6 orang
adalah lelaki atau 20% dan 26 orang adalah perempuan atau 80%.

DAPATAN KAJIANNNN ros n amani, objektif 2

Obejktif 2: Persepsi pelajar normal terhadap tingkah laku dan disiplin pelajar khas bermasalah
pembelajaran
Item STS TS TP S SS Min Sp
1. Semua Pelajar 4 14 9 3 0 2.37 5.52
Pendidikan khas (13.33%) (46.67%) (30%) (10%) (0%)
mempunyai tingkah
laku yang pelik dan
tidak normal.
2. Pelajar Pendidikan 11 12 7 0 0 1.87 5.79
Khas suka (36.67%) (40%) (23.33%) (0%) (0%)
merosakkan peralatan
yang telah disediakan
di sekolah.
3. Pelajar Pendidikan 7 15 7 1 0 2.07 6.00
Khas suka bergaduh (23.33%) (50%) (23.33%) (3.33%) (0%)
dengan rakan sekelas
di sekolah.
4. Pelajar Pendidikan 6 12 11 1 0 2.23 5.52
Khas tidak suka (20%) (40%) (36.67) (3.33%) (0%)
berinteraksi dengan
pelajar tipikal.
5. Pelajar Pendidikan 3 14 13 0 0 2.33 6.96
Khas tidak (10%) (46.67) (43.33%) (0%) (0%)
mendengar dan
memahami arahan
guru.

N = 30

Petunjuk:

Kekerapan – Angka tanpa kurungan

Peratus – Angka dalam kurungan

Jadual (….) di atas menunjukkan skor setiap item bagi melihat persepsi pelajar
normal terhadap tingkah laku dan disiplin pelajar khas bermasalah pembelajaran. Dapatan
kajian menunjukkan bahawa kebanyakan responden memilih aras pilihan ‘tidak setuju’,
‘sangat tidak setuju’ dan ‘tidak pasti’ bagi item yang diberikan. Berdasarkan item 1, seramai
14 orang iaitu 46.67% responden dan 4 orang iaitu 13.33%‘tidak setuju’ dan ‘sangat tidak
setuju’ bahawa semua pelajar pendidikan khas mempunyai tingkah laku yang pelik dan tidak
normal. Namun begitu, terdapat 3 orang responden beranggapan tingkah laku pelajar
pendidikan khas pelik dan tidak normal manakala 9 orang responden ‘tidak pasti’ dengan
kenyataan tersebut. Seterusnya, seramai 12 responden iaitu 40% ‘tidak setuju’ dengan item 2
yang mengatakan pelajar pendidikan khas suka merosakkan peralatan yang telah disediakan
di sekolah dan seramai 11 orang pelajar iaitu 36.67% ‘sangat tidak setuju’. Walau
bagaimanapun, terdapat 7 responden berpendapat ‘tidak pasti’ dengan item 2. Item 3 ialah
pelajar pendidikan khas suka bergaduh dengan rakan sekelas di sekolah. Seramai 15 orang
responden iaitu sebanyak 50% ‘tidak setuju’ dan 7 responden iaitu 23.33% ‘sangat tidak
setuju’ dengan item 3. Namun, terdapat 7 orang berpendapat ‘tidak pasti’ dan seorang
responden bersetuju dengan kenyataan item 3. Bagi item 4, sebanyak 40% iaitu 12 responden
‘tidak setuju’ bahawa pelajar pendidikan khas tidak suka berinteraksi dengan pelajar tipikal
dan 6 orang responden ‘sangat tidak setuju’. Seramai 11 orang iaitu 26.67% ‘tidak pasti’ dan
seorang bersetuju dengan item 4. Berdasarkan item 5, seramai 14 responden iaitu 46.67%
‘tidak setuju’ dan 3 responden iaitu 10% ‘sangat tidak setuju’ bahawa pelajar pendidikan
khas tidak mendengar dan memahami arahan guru. Namun terdapat seramai 13 orang iaitu
43.33% ‘tidak pasti’ dengan kenyataan item 5.

Obektif 2: Persepsi pelajar normal terhadap tingkah laku dan disiplin pelajar khas bermasalah
pembelajaran
Item STS TS TP S SS Min Sp
6. Pelajar Pendidikan 10 13 7 0 0 1.9 5.87
Khas tidak (33.33%) (43.33%) (23.33% (0%) (0%)
menghormati guru. )
7. Di kantin sekolah, 8 14 8 0 0 2.0 6.00
Pelajar Pendidikan (26.67%) (46.67%) (26.67% (0%) (0%)
Khas tidak beratur )
dengan baik.
8. Pengawas sekolah 7 8 15 0 0 2.27 6.28
tidak dapat mengawal (23.33%) (26.67%) (50%) (0%) (0%)
kelakuan Pelajar
Pendidikan Khas.
9. Pelajar Pendidikan 6 12 11 1 0 2.23 5.52
Khas hanya suka (20%) (40%) (36.67) (3.33%) (0%)
bermain dan tidak
fokus semasa di
dalam kelas.
10. Pelajar Pendidikan 9 13 8 0 0 1.97 5.79
Khas tidak (30%) (43.33%) (26.67) (0%) (0%)
berpakaian kemas
semasa di sekolah.

N = 30

Petunjuk:
Kekerapan – Angka tanpa kurungan

Peratus – Angka dalam kurungan

Jadual (…) menunjukkan objektif 2 iaitu persepsi pelajar normal terhadap tingkah
laku dan disiplin pelajar khas bermasalah pembelajaran. Pada item ke 6 didapati mendapat
kekerapan tertinggi pada tidak setuju iaitu seramai 13 orang (43.33%) pada kenyataan
“Pelajar Pendidikan Khas tidak menghormati guru” dan seramai 10 orang (33.33%) yang
sangat tidak seteju dengan kenyataan tersebut. Namun, terdapat seramai 7 orang (23.33%)
yang tidak pasti berkaitan kenyataan yang diberikan. Seterusnya, pada item ke 7 majoriti
mereka tidak setuju iaitu seramai 14 orang (46.67%) terhadap kenyataan “Di kantin sekolah,
Pelajar Pendidikan Khas tidak beratur dengan baik”. Manakala selebihnya iaitu seramai 8
orang (26.67%) masing-masing sangat tidak setuju dan tidak pasti dengan kenyataan yang
diberikan. Bagi item ke 8 pula terdapat 7 orang pelajar iaitu 23.33% yang sangat tidak
bersetuju dan seramai 8 orang bersamaan 26.67% yang tidak bersetuju terhadap kenyataan
“Pengawas sekolah tidak dapat mengawal kelakuan Pelajar Pendidikan Khas”. Selebihnya
iaitu seramai 15 orang pelajar iaitu 50% yang tidak pasti terhadap kenyataan di item 8 dan
menjadikannya sebagai kekerapan yang tertinggi. Kekerapan tertinggi pada item ke 9 iaitu
“Pelajar Pendidikan Khas hanya suka bermain dan tidak fokus semasa di dalam kelas”
didapati pada tidak setuju kerana seramai 14 orang (40%). Seramai 11 orang (36.67%) yang
tidak pasti, 6 orang (20%) yang sangat tidak setuju dan berbaki 1 orang (3.33%) yang setuju
dengan item 9. Berdasarkan item 10 pula, seramai 13 responden iaitu 43.33% tidak setuju dan
9 responden iaitu 30% sangat tidak setuju bahawa Pelajar Pendidikan Khas tidak berpakaian
kemas semasa di sekolah. Namun terdapat seramai 8 orang iatu 26.67% tidak pasti dengan
kenyataan item 10.

PERBINCANGAN

2. Persepsi pelajar normal terhadap tingkah laku dan disiplin pelajar khas bermasalah
pembelajaran.

Dapatan hasil kajian yang diperolehi mendapati bahawa persepsi pelajar normal
terhadap tingkah laku dan disiplin pelajar khas bermasalah pembelajaran adalah di tahap
sederhana berdasarkan nilai min keseluruhan iaitu pada 2.12. Sebagai contoh, mereka
mempunyai tanggapan yang baik mengenai sikap pelajar pendidikan khas masalah
pembelajaran yang menghormati guru dan tidak bersetuju dengan kenyataan pelajar
pendidikan khas tidak beratur dengan baik di kantin sekolah. Pengkaji berpendapat bahawa
persepsi yang baik ini adalah berkemungkinan disebabkan oleh keadaan sebenar yang berlaku
di sekolah yang dilihat oleh pelajar tipikal adalah bertentangan dengan kenyataan-kenyataan
pada borang kaji selidik itu.

Selain itu, pengkaji juga mendapati mereka tidak bersetuju dengan kenyataan yang
menyatakan bahawa pelajar pendidikan khas tidak suka beinteraksi dengan pelajar tipikal.
Hal ini berkemungkinan kerana mereka telah didedahkan dengan pelajar pendidikan khas
pembelajaran di sekolah dan mereka melihat dengan mata mereka sendiri bahawa sikap serta
kemahiran komunikasi pelajar pendidikan khas pembelajaran ini tidaklah seburuk yang
mereka sangkakan. Secara langsung ini telah mengubah tanggapan yang tidak baik pelajar
tipikal kepada golongan khas tersebut.

Pelajar normal didapati mempunyai persepsi yang sederhana terhadap tingkah laku
dan disiplin pelajar pendidikan khas bermaslaah pembelajaran. Sebagai contoh, kebanyakan
responden tidak bersetuju dengan kenyataan bahawa pengawas sekolah tidak dapat mengawal
kelakuan pelajar pendidikan khas. Hal ini demikian kerana, semasa perhimpunan pelajar
tipikal mendapati pelajar pendidikan khas dapat dikawal oleh pengawas dan berkemungkinan
terdapat beberapa orang pelajar pendidikan khas yang membuat bising disebabkan bosan dan
masa yang agak lama tanpa membuat sebarang apa-apa aktiviti. Semasa perhimpunan, pelajar
khas seharusnya diberi peluang untuk menyertai aktiviti tertentu supaya perkara yang tidak
diingini seperti menganggu orang lain dapat dielakkan.

Kesimpulannya, didapati persepsi pelajar tipikal terhadap tingkah laku dan disiplin
pelajar pendidikan bermasalah pembelajaran adalah di tahap yang sederhana berdasarkan
nilai min keseluruhan item-item tersebut.

You might also like