You are on page 1of 5

PENYATAAN MASALAH

Di Malaysia, program pendidikan khas telah bermula sejak awal tahun 1920-an lagi.
Pertambahan bilangan sekolah-sekolah di seluruh negara yang menjalankan program ini
sehingga kini telah berjaya membuka mata semua pihak. Program integrasi yang disediakan
ini adalah untuk mewujudkan satu hubungan sosial antara pelajar-pelajar khas dengan
pelajar-pelajar normal.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh JPK, sehingga Januari 2002 seramai 10
223 orang pelajar yang terlibat di dalam program pendidikan khas bermasalah pembelajaran
di seluruh negara (JPK 2002). Walau bagaimanapun kesedaran sahaja tidak bermakna
sekiranya persepsi masyarakat terhadap perkembangan program ini masih berada dalam
takuk yang lama. Oleh itu, sebagai sebuah masyarakat yang mempunyai pelbagai lapisan
peringkat, seharusnya berupaya dan sedar akan peranan masing-masing dalam
mempertingkatkan lagi program pendidikan khas ini. Masyarakat tidak seharusnya melihat
tanggungjawab membela nasib pelajar-pelajar berkeperluan khas ini hanya kepada pihak
sekolah dan ibu bapa sahaja, tetapi perlulah bersama-sama berganding bahu untuk
menjayakannya.

Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa ramai pelajar khas akan disingkir dan
dihalang daripada menyertai kelas atau sekolah aliran perdana. Kajian mengenai tahap
penerimaan terhadap populasi pelajar kecacatan mental dan bermasalah pembelajaran oleh
pelajar normal telah banyak dijalankan oleh penyelidik terdahulu. Kesahihannya telah
terbukti dalam beberapa kajian seumpamanya yang dijalankan di Amerika Syarikat.

Menyedari permasalahan ini, pengkaji telah berminat untuk meneliti tahap


penerimaan sekelompok komuniti sekolah, iaitu pelajar-pelajar normal terhadap pelajar-
pelajar berkeperluan khas yang terdapat di sekolah mereka . Komuniti pelajar yang terlibat
adalah terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim (2)
(SMKSID), Sekolah Kebangsaan Tiang Chandi (SKTC) Pasir Mas dan terdapat beberapa
buah lagi sekolah. Kajian yang dijalankan ini mengambil kira pandangan atau persepsi murid
aliran perdana terhadap murid Pendidikan khas yang telah sedia ada di sekolah mereka.
Obejktif 3 : Tahap penerimaan pelajar normal terhadap pelajar khas bermasalah pembelajaran .
Item STS TS TP S SS Min Sp
1. Saya akan berkawan 5 11 9 5 0 2.4
dengan pelajar khas
(16.67%) (36.67%) (30%) (16.67%) (0%)
masalah
pembelajaran bila
saya perlukan
sesuatu darinya
sahaja.
2. Saya akan 1 2 11 15 1 3.4
melibatkan diri di (3.33%) (6.66%) (36.67%) (50%) (3.33%)
dalam sebarang
aktiviti yang
berkaitan dengan
pelajar khas di
sekolah mahupun di
rumah.
3. Saya bersedia 1 1 3 18 7 3.9
menolong pelajar (3.33%) (3.33%) (10%) (60%) (23.33%)
khas jika mereka
perlukan bantuan.
4. Pelajar Pendidikan 8 9 6 4 3 2.5
Khas tidak suka (26.67%) (30%) (20%) (13.33%) (10%)
berinteraksi dengan
pelajar tipikal.
5. Pelajar Pendidikan 5 12 8 4 1 2.4
Khas tidak (16.67%) (40%) (26.67%) (13.33%) (3.33%)
mendengar dan
memahami arahan
arahan guru.
6. Pelajar-pelajar khas 3 6 12 6 3 3.0 10.39
masalah (10%) (20%) (40%) (20%) (10%)
pembelajaran perlu
diasingkan dari kelas
khas.
7. Saya tidak melebal 2 3 3 16 6 3.7 7.01
pelbagai gelaran (10%)
kepada pelajar khas (6.67%) (10%) (53.33% (20%)
masalah )
pembelajaran.
8. Saya berasa malu 14 4 7 5 0 2.1 7.27
sekiranya adik atau (46.67%) (13.33%) (23.33%) (16.66% (0%)
ahli keluarga saya )
ditempatkan di
dalam kelas khas.
9. Saya akan 1 2 7 15 5 3.7 6.86
meluangkan masa (3.33%) (6.66%) (23.33%) (50%) (16.66%)
dengan beramah
mesra dengan pelajar
khas masalah
pembelajaran.
10. Saya pernah 2 10 9 7 2 2.9 6.26
melawat ke kelas (6.66%) (33.33%) (30%) (23.33% (6.66%)
khas untuk melihat )
keadaan mereka
belajar.

Jadual di atas menunjukkan skor setiap item bagi melihat tahap penerimaan pelajar
normal terhadap pelajar khas bermasalah pembelajaran. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
kebanyakkan responden memilih aras pilihan ‘tidak setuju’ dan ‘tidak pasti’ yang paling
tinggi bagi kebanyakkan item yang diberikan. Berdasarkan item 1, 36% responden ‘tidak
setuju’ mereka akan berkawan dengan pelajar khas bermasalah pembelajaran bila perlukan
sesuatu sahaja.. Manakala 30% pula telah memilih aras ‘tidak pasti’ deegan penyataan
tersebut. Selain itu, sebanyak 5 orang responden atau 16.6% memilih ‘sangat tidak setuju’
dan ‘setuju’ dengan item 1.dapatan kajian juga mendapati bahawa 50% daripada responden
yang terlibat memilih aras ‘setuju’dengan item 2 iaitu responden akan melibatkan diri di
dalam sebarang aktiviti yang berkaitan dengan pelajar khas di sekolah mahupun di rumah.
Selebihnya pula ialah 36.6% ‘tidak pasti’, 2% ‘tidak setuju’ dan 1.3% ‘sangat tidak setuju’
dan ‘sangat setuju’.
Bagi item 3 pula, didapati 60% responden mengatakan bahawa mereka ‘setuju’
bahawa mereka bersedia menolong pelajar khas jika mereka perlukan bantuan. Manakala
23.3% telah ‘sangat setuju’ dengan item ini. Hanya 10% responden memilih aras ‘tidak
pasti’ dan 1.3% sahaja yang ‘sangat tidak setuju’ dan ‘tidak setuju’ mengenai item ini.
Seramai 9 orang atau 30 % responden yang ‘tidak setuju’ bahawa Pelajar Pendidikan Khas
tidak suka berinteraksi dengan pelajar tipikal bagi item 4. Manakala 26.6% dan 20% ‘sangat
tidak setuju’ dan ‘tidak pasti’ dengan pernyataan tersebut. Walau bagaimanapun 13.3% dan
10% lagi mengatakan bahawa mereka ‘setuju’ dan ‘sangat setuju’ dengan item tersebut.
Seterusnya untuk item 5, didapati bahawa 40% responden memilih aras ‘tidak setuju’ dengan
Pelajar Pendidikan Khas tidak mendengar dan memahami arahan arahan guru. Manakala
26.6% dan 16.6% memilih aras ‘tidak pasti’ dan ‘sangat tidak setuju’ dengan item ini
selebihnya 13.3% dan 1.3% responden ‘setuju’ dan ‘sangat setuju’ dengan Pelajar Pendidikan
Khas tidak mendengar dan memahami arahan arahan guru.

PERBINCANGAN
3. Tahap penerimaan pelajar normal terhadap pelajar khas bermasalah pembelajaran.

Dapatan hasil kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar


normal mempunyai persepsi pada tahap yang sederhana iaitu berdasarkan nilai min
keseluruhan iaitu 3.0 mengenai penerimaan mereka terhadap pelajar khas bermasalah
pembelajaran. Ini bermakna masih terhadap pelajar normal yang tidak menerima kehadiran
pelajar khas di dalam persekitaran mereka terutamanya di bawah satu sekolah yang sama.
Masalah integrasi sosial di kalangan pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran bukanlah satu
isu yang baru. Namun begitu, pelajar normal didapati bersedia membantu pelajar khas jika
mereka memerlukan bantuan. Sikap ini amat penting bagi pelajar normal kerana ia dapat
membantu pelajar berkeperluan khas dalam proses pembelajaran dan sebagainya,

Pelajar normal juga didapati tidak pernah melabel pelajar khas dengan pelbagai
gelaran. Ini dapat dilihat dengan pilihan aras 'setuju-sangat setuju' yang tinggi. menunjukkan
mereka faham dengan kekurangan dan keadaan ketidakupayaan yang dialami oleh golongan
tersebut lebih-lebih lagi mereka mempunyai emosi dan perasaan yang begitu sensitif.
Walaupun didapati pelajar normal bersikap positif dalam penerimaan mereka terhadap pelajar
khas bermasalah pembelajaran sebagai rakan di sekolah, namun mereka mempunyai sikap
disebaliknya terhadap penerimaan kehadiran golongan tersebut.

Secara keseluruhannya didapati tahap penerimaan pelajar normal terhadap pelajar


bermasalah pembelajaran adalah berada pada tahap yang sederhana. Oleh yang demikian
maka amat perlulah satu langkah yang berkesan untuk mengatasi atau memperbaiki masalah
ini agar kehadiran pelajar berkeperluan khas ini dapat diterima sebagaimana pelajar normal
yang lain.

You might also like