You are on page 1of 2

PENGURUSAN HEM STR

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) RANTAU


71200, RANTAU, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

TUGASAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU PENYELARAS SPBT


Guru penyelaras SPBT berperanan penting dalam pengurusan SPBT di sekolah. Oleh itu,
guru penyelaras SPBT ini dilantik khas oleh pihak sekolah bagi mengurus dan
malaksanakan program SPBT di sekolah. Secara umumnya, tugas dan tanggungjawab
guru penyelaras SPBT adalah seperti yang berikut:

Pengurusan Am
1. Menghayati, mematuhi dan melaksanakan semua arahan berkaitan dengan
SPBT.
2. Mendapatkan salinan borang maklumat murid, khususnya bahagian C
daripada GPK HEM.
3. Mandapat dan merumuskan enrolman murid daripada jawatankuasa
Pemilihan bantuan sekolah.
4. Memaklumkan kepada ibu bapa/ penjaga status murid yang tidak layak untuk
menerima SPBT, contohnya, bukan warganegara.
5. Menjadi setiausaha dalam Jawatankuasa Pengurusan SPBT sekilah dan AJK
dalam Jawatankuasa Pemilihan Bantuan Sekolah.
6. Melaporkan kepada GPK HEM senarang masalah berkaitan dengan SPBT
untuk tindakan selanjutnya.
7. Melaksanakan aplikasi Sisteksbbt dan eMATEKS dalam pengurusan SPBT di
sekolah.

Penentuan Keperluan Buku Teks SPBT


1. Mendapatkan data enorolman murid yang tepat.
2. Menyediakan senarai murid yang tidak memerlukan pinjaman buku teks
SPBT.
3. Menyediakan senrai murid yang tidak memerlukan pinjaman buku teks SPBT.
4. Merujuk Pengetua/ Guru Besar/ PK tentang pembukaan dan penutupan kelas
sebelum membuat pesanan buku teks.

Penerimaan Buku Teks SPBT


1. Menerima dan menyemak bekalan buku teks SPBT daripada penerbit atau
pengedar berpandukan Penyata Bekalan Buku Teks (BTBT460) dan kriteria
ditetapkan.
2. Menerima bekalan buku teks SPBT daripada penerbit atau pengedar dan
menandatangan SAP/ Invois atau Nota Serahan.
3. Mengurus penggantian buku teks SPBT yang diterima dalam keadaan rosak
daripada penerbit.
4. Memastikan buku teks SPBT dicapkan nama sekolah, mencatatkan tarikh
penerimaannya serta diberikan nombor perolehan pada ruangan yang
disediakan pada buku teks SPBT.
PENGURUSAN HEM STR

Pengagihan dan Pemulangan Buku Teks SPBT


1. Menyelaras pengagihan dan pemulangan buku teks SPBT murid melalui
Penyelaras Tingkatan/ Tahun atau Guru Kelas.
2. Menyelaras dan menyemak pengisian Borang Rekod Pinjaman Buku Teks
(Borang SPBT G)
3. Mengedar dan mengumpulkan semula Surat Akuan Pengesahan Penerimaan
dan Penjagaan Buku Teks SPBT.
4. Mengurus penggantian buku teks SPBT yang dirosakkan/ dihilangkan oleh
murid.

Pengurusan Bilik Operasi SPBT Sekolah (BOSS)


1. Mengurus Bilik Operasi SPBT sekolah (BOSS).
2. Mengurus dan mengemas kini fail serta buku stok SPBT dari semasa ke
semasa dengan kerjasama ahli Jawatankuasa SPBT Sekolah.
3. Membuat pemeriksaan fizikal buku teks SPBT yang diterima daripada penerbit
dan yang disimpan di BOSS serta di tangan murid dari semasa ke semasa.
4. Mengurus pelupusan buku teks SPBT dari semasa ke semasa atau mengikut
masa yang ditetapkan oleh PPD/ JAIN/JPN.
5. Merancang dan melaksanakan aktiviti baik pulih buku teks SPBT.
6. Memastikan buku lebih di BOSS tidak melebihi lima naskhah bagi setiap
jadual.

Kelab SPBT
1. Membantu Guru Penolong Kanan KOkurikulum menubuhkan Kelab SPBT,
membentuk perlembagaan dan peraturan Kelab SPBT di sekolah.
2. Menjadi Guru Penasihat Kelab SPBT sekolah.
3. Membimbing pelaksanaan aktiviti Kelab SPBT sekolah.

You might also like