You are on page 1of 5

 

SK.___________________________ SERDANG KEDAH DARULAMAN


MINIT MESYUARAT PBS KALI KEDUA 2019

Tarikh : 
Masa               :
Tempat :
Pengerusi :

Guru yang hadir       :


1 PK PENTADBIRAN
2 PKHEM
3 PK KOKURIKULUM
4 PK PENDIDIKAN KHAS
5 SETIAUSAHA PBS
6 PENYELARAS PPSI
7 PENYELARAS PAJSK
8 GURU AKADEMIK BIASA
9 GURU AKADEMIK BIASA
10 GURU AKADEMIK BIASA
11 GURU AKADEMIK BIASA
12 GURU AKADEMIK BIASA
13 GURU AKADEMIK BIASA
14 GURU AKADEMIK BIASA
15 GURU AKADEMIK BIASA
16 GURU AKADEMIK BIASA
17 GURU AKADEMIK BIASA
18 GURU AKADEMIK BIASA
19 GURU AKADEMIK BIASA
20 GURU AKADEMIK BIASA
21 GURU AKADEMIK BIASA
22 GURU AKADEMIK BIASA
23 GURU AKADEMIK BIASA
24 GURU AKADEMIK BIASA
25 GURU AKADEMIK BIASA
26 GURU AKADEMIK BIASA
27 GURU AKADEMIK BIASA
28 GURU AKADEMIK BIASA
29 GURU AKADEMIK BIASA
30 GURU AKADEMIK BIASA
31 GURU AKADEMIK BIASA
32 GURU AKADEMIK BIASA
33 GURU AKADEMIK BIASA

1
34 GURU AKADEMIK BIASA
35 GURU AKADEMIK BIASA
36 GURU AKADEMIK BIASA

GURU YANG TIDAK HADIR:

1 TAKLIMAT

2 KE SK TERAP

3 LATIHAN BOLA SEPAK MSSD KBB

4 TIDAK SIHAT (MC)

5 TIDAK SIHAT (MC)

6 TIDAK SIHAT (MC)

Agenda Mesyuarat

I. PERUTUSAN PENGERUSI

1. Pengerusi mengucapkan salam dan syukur kehadrat Ilahi  serta bacaan Ummul kitab. Pengerusi
mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran semua guru.
          Makluman

2. Pentaksiran sumatif 1 dan dua tidak perlu dilaksanakan mengikut tempoh tertentu. Guru
melaksanakan sendiri mengikut ketetapan guru itu sendiri.

                                                                                                                      Makluman

                                                                                                                  

II. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

5. Minit Mesyuarat PBS kali pertama 2019 diterima sebulat suara tanpa sebarang pindaan.
                                                                                

                                                                                                                   Makluman

III. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

6. Rujuk maklum balas.


7. Tiada perkara berbangkit, kerana semua telah selesai.

                                                                                                                   Makluman

2
IV. PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)

8. Template pelaporan Tahap 1 dikeluarkan version 3 yang terbaru, guru perlu muatturun di
laman web BPK. Guru perlu bersedia dan menerima jika BPK menarik balik template V3.

Makluman

9. Template pelaporan Tahap 2 masih seperti dulu, kecuali mendapat template baru, akan
diberitahu jika ada.

Makluman

10 Template pelaporan baru akan mula dikumpulkan 1 Mei sehingga 13 Jun 2019. Semua guru
dikehendaki mematuihi tempoh masa yang diberikan. Ini kerana selepas tarikh tersebut,
akan diadakan Hari Terbuka bersama waris.

Tindakan: Semua guru

11 SU PBS dalam usaha meneroka penggunaan template pelaporan di dalam Google Sheets, jika
berjaya, guru2 akan mengisi secara online di Google Sheets menggunakan template yg sama
juga. Jika ada data yang tidak dapat dipindahkan dari Excel ke dalam Sheets, penggunaan
Telegram akan diteruskan seperti tahun lepas. Semua guru bersetuju mengikut perancangan
SU PBS sama ada menggunakan Google Sheets ataupun Telegram.

Makluman

12 SUPBS berhasrat meletakkan template pelaporan ke dalam site Frog VLE bertujuan
menaikkan rating penggunaan VLE dalam kalangan murid/waris. (dalam proses try n error)

Tindakan: SU PBS

13 Hari Terbuka akan diadakan selepas 13 Jun 2019, bagi memberi laluan kutipan template
pelaporan. Belum ada tarikh khusus.

Makluman

14. Pemberian satu tahap penguasaan kepada murid akan dibuat semasa akhir tahun. Semua

guru subjek akan bermesyuarat untuk menentukan satu TP bagi mewakili pencapaian murid

secara keseluruhan. Tahap penguasaan keseluruhan ini boleh menentukan kecemerlangan

untuk Hari Anugerah.

Tindakan: semua guru

3
V. Penjaminan Kualiti

15. Mulai 1 Mei 2019 – 20 Mei 2019 segala borang penjaminan kualiti pengesanan, penyelarasan,
pemantauan dan pementoran (bagi yang belum) akan dikumpulkan.

Tindakan: Semua guru, Ketua Panitia dan Jurulatih Utama

18. SU PBS juga mengedarkan borang PKS 1A kepada semua guru untuk penjaminan kualiti
penyelarasan subjek masing-masing. Semua guru dikehendaki mengisi borang itu. Guru- guru perlu
memilih satu rancangan pelajaran harian, instrumen pentaksiran berkaitan, dan menyerah 10
sampel buku kerja murid kepada ketua panitia untuk penjaminan kualiti penyelarasan. Penerangan
tentang pengisian borang juga telah diberikan oleh SU PBS.

Tindakan: Semua guru dan Ketua Panitia

19.Guru-guru perlu bekerjasama dengan Jurulatih utama yang menjalankan pengesanan di mana
mereka akan melihat instrumen pentaksiran yang digunakan.

Tindakan: semua guru dan Jurulatih Utama

20.Guru-guru perlu memilih topik tertentu saja, itu sudah memadai untuk penjaminan kualiti.

Makluman

21.Ketua Panitia akan menjalani penyelarasan oleh GPK1 Puan Salina Hamzah. Oleh itu Ketua Panitia
perlu menyerahkan borang PKS 1A kepada GPK1.

Tindakan: Ketua Panitia dan GPK1

22. SU PBS mengedarkan borang penyelarasan dan pengesanan dalam sampul surat berwarna putih
kepada panitia yang belum menerima borang.

Makluman

VI PAJSK / SEGAK

23. GPK kokurikulum, memohon kerjasama guru penasihat unit uniform, persatuan, kelab dan
permainan untuk mendaftarkan nama murid ke dalam sistem PAJSK. Nama murid boleh rujuk di
dalam fail persatuan/kelab/unit uniform masing-masing di bilik GPK KOKO.

Tindakan: Guru Penasihat Unit Uniform, Persatuan, Kelab dan Permainan

24. GPK kokurikulum tidak membenarkan pertukaran murid ke persatuan lain. Murid bermain untuk
pasukan sekolah, tetapi unit permainan berbeza, satu kelebihan kepada murid dari segi
pemarkahan.

Makluman

25. Guru-guru penasihat perlu kreatif merangka aktiviti untuk persatuan dan permainan. Aktiviti luar
bilik darjah sepatutnya lebih menyeronokkan.

4
Makluman

26. Segak 1 telah selesai sepenuhnya.


Makluman

VII Pentaksiran PSikometrik

27. Ikep Tahun 6 selesai semuanya pada 18 April 2019. Penskoran sedang dalam proses.
Tindakan: Penyelaras PPSI

28. Taklimat PPSi kepada murid PPKI diberikan pada 10 April 2019 sementara itu pentaksiran
sedang dalam proses.

Tindakan: Penyelaras PPSi dan Guru PPKI

VIII Kes-Kes Khas

29. _____________didapati ponteng kerap dan menganggu PBD beliau. Cikgu xxxxxx sudah
melawat abang beliau (murid PPKI) untuk berbincang tentang kes tidak datang ke sekolah.
Didapati murid tersebut sihat sahaja, masih tidur tanpa alasan kukuh untuk tidak hadir ke
sekolah. Harap tindakan daripada pihak sekolah. PBD beliau tergendala disebabkan kes ponteng
yang serius.

Tindakan: GPK Hem dan guru kelas

VIII. HAL-HAL LAIN

9. Guru tahap 2 diminta membuat soalan peperiksaan


sendiri.                                                                                            
 Tindakan: guru tahap 2

VII. PENUTUP

Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru yang hadir dalam mesyuarat ini.
Pengerusi berharap semua dapat menjalankan tugas dengan baik dan berdedikasi. Guru
dinasihatkan menggunakan professional Judgement dalam mengurniakan Tahap Penguasaan kepada
murid.

                                                                                                                    Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang.


Disediakan oleh,
Setiausaha PBS
Tarikh: 26 April 2019

You might also like