You are on page 1of 4

Faktor yang mempengaruhi kadar kelahiran meningkat disesebuah negara.

 Kemudahan kesihatan dan perubatan yang semakin bertambah.


 Amalan kahwin pada usia muda.
 Dasar kerajaan seperti Penduduk 70 juta menjelang tahun 2100 oleh Malaysia.
 Kegagalan amalan perancangan keluarga.
 Halangan adat resam dan agama.
 Kestabilan ekonomi negara.

Tiga langkah untuk meningkatkan kadar kelahiran di Malaysia.

 Meningkatkan kadar rebat bayaran cukai pendapatan : diberikan kepada


keluarga yang mempunyai tanggungan yang ramai- bertujuan meringan
beban kos sara hidup keluarga yang meningkat khususnya di bandar.

 Meluaskan pemberian cuti bersalin 90 hari bergaji kepada pihak swasta:


keistimewaan ini terpakai kepada pekerja kerajaan- majikan swasta juga
perlu memberikan cuti ini kepada pekerja mereka- meningkatkan minat
pekerja wanita yang sudah berkahwin untuk melahirkan anak ramai.

 Memudahkan kelulusan pinjaman perumahan: memastikan setiap keluarga


mempunyai rumah untuk membesarkan anak dengan baik- memudahkan
proses permohonan dan bayaran balik pinjaman- mengenakan kadar faedah
yang rendah bagi mengurangkan kadar bayaran bulanan.

Tiga kesan sosioekonomi akibat pertumbuhan penduduk rendah di sesebuah negara.


Kesan negatif

 Isu kekurangan tenaga buruh. Pertumbuhan penduduk rendah akan


menyebabkan kekurangan bilangan penduduk muda yang akan menjadi aset
modal insan masa depan sesebuah negara contohnya seperti Singapura. Hal ini
akan menganggu perkembangan kepada pelbagai sektor ekonomi yang
memerlukan ramai tenaga buruh seperti perladangan, perkilangan, pembinaan
dan perkhidmatan. Kesannya, kebergantungan kepada tenaga buruh asing akan
meningkat bagi memenuhi kekurangan tersebut.

 Berlakunya ketidakseimbangan komposisi penduduk. Pertumbuhan penduduk


rendah akan mengakibatkan bilangan penduduk tua melebihi penduduk muda.
Kemajuan dalam bidang perubatan akan memberi kesan kepada peningkatan
jangka hayat dan proses penuaan penduduk. Penduduk tua yang bertambah
akan membebankan perbelanjaan mengurus kerajaan bagi menyediakan
kemudahan prasarana dan bayaran pencen.

 Saiz pasaran dalam negara menjadi kecil. Bilangan penduduk akan


menentukan saiz pasaran. Apabila pertumbuhan penduduk rendah secara tak
langsung saiz pasaran akan mengecil. Hal ini akan menyebabkan permintaan
terhadap barangan dan perkhidmatan turut terjejas. Kesannya, kuasa beli dan
daya saing pasaran dalam negara menjadi lemah.
Kesan positif:

 Melahirkan modal insan berkualiti yang ramai. Hal ini berlaku kerana kerajaan
mampu untuk menyediakan pelbagai kemudahan pendidikan kepada rakyat
untuk menjadi tenaga buruh mahir. Penduduk yang sedikit akan memberikan
peluang yang besar untuk membina pelbagai kemudahan Pendidikan tinggi
dan pusat kemahiran. Akhirnya, modal insan berkualiti seperti doktor,
jurutera, arkitek dan sebagainya dapat ditingkatkan dan sebahagiannya dapat
dieksport ke luar negara sebagai kepakaran asing.

 Masalah pengangguran berkurangan. Hal ini berlaku kerana kurangnya


persaingan di kalangan tenaga buruh tempatan bagi mendapatkan pekerjaan.
Perkembangan ekonomi yang pesat telah mewujudkan pelbagai peluang
pekerjaan dalam pelbagai sektor ekonomi. Selari dengan perkembangan
ekonomi, penduduk tempatan dapat mengisi peluang kerja yang terhidang
dengan kelayakan masing-masing.

Enam peranan bandar dalam pembangunan di Malaysia:


 Pusat pemasaran barangan. Bandar menyediakan tapak pasaran kepada keluaran hasil
pertanian dan penternakan desa untuk dipasarkan. Antara tapak pasaran yang dibina
ialah tapak pasar malam, pasar borong, pasar raya, rangkaian kedai runcit dan
sebagainya. Hasil tanaman, hasil buah-buahan dan hasil ternakan yang dijual dibandar
akan menambahkan lagi pendapatan penduduk.

 Pusat peluang pekerjaan. Bandar menyediakan pelbagai jenis pekerjaan dalam sektor
ekonomi moden seperti perkilangan, pembinaan, perniagaan, perkhidmatan dan
sebagainya. Peluang pekerjaan ini akan menyerap lebihan tenaga buruh mahir dan
tidak mahir dari kawasan luar bandar dan sekitarnya. Oleh itu kadar pengangguran
dapat dikurangkan, pendapatan penduduk akan meningkat dan kuasa beli penduduk
turut bertambah.

 Pusat kemudahan kesihatan. Di bandar terdapat pelbagai kemudahan kesihatan sama


ada kerajaan ataupun swasta. Kewujudan hospital, klinik, poliklinik, dan sebagainya
mampu menyediakan perubatan serta rawatan moden yang terbaik kepada penduduk.
Pertambahan bilangan doktor-doktor pakar dan penemuan pelbagai kaedah rawatan
terkini mampu merawat pelbagai jenis penyakit merbahaya serta mengawal rebakan
penyakit berjangkit dengan berkesan.

 Pusat pemodenan. Di bandar penduduk dapat memiliki pelbagai peluang pendidikan


di peringkat menengah, diploma dan ijazah yang akan menggalakkan perubahan
sosial serta mental penduduk. Bandar menjadi arena kepada proses pemodenan
penduduk di mana ianya akan meningkatkan taraf pendidikan dan kelulusan penduduk
seterusnya meningkatkan kemahiran buruh untuk memudahkan mereka diterima
dalam agensi kerajaan mahupun swasta.

 Pusat pembentukan golongan menengah. Di bandar wujud kumpulan penduduk yang


mempunyai pendapatan yang agak tinggi, berpendidikan tinggi dan mengamalkan
gaya hidup berbeza dengan kumpulan penduduk miskin yang tinggal di luar bandar.
Golongan ini juga akan melahirkan tenaga kerja profesional, pemimpin dan ahli
korporat. Golongan menengah ini juga bertumpu di kawasan bandar disebabkan oleh
pertambahan kemudahan kesihatan dan pendidikan yang dibina seperti doktor dan
pensyarah.

 Pusat kemudahan perkhidmatan sosial. Di bandar antara kemudahan perkhidmatan


sosial yang diperlukan ialah seperti pejabat pos, balai polis, pejabat daerah, majlis
pembandaran, pejabat penerangan dan sebagainya. Kemudahan ini memudahkan
urusan harian penduduk seperti membayar bil ultiliti, cukai, saman dan sebagainya.
Bandar juga menyediakan tempat rekreasi dan pusat sukan. Kewujudan fungsi ini
akan meningkatkan lagi kualiti hidup penduduk.

Kesan negatif pembangunan bandar yang pesat terhadap sosioekonominya.

 Berlakunya kesesakan lalulintas. Pertambahan penduduk menyebabkan peningkatan


penggunaan bilangan kenderaan awam dan persendirian di kawasan bandar khususnya
di jalan-jalan utama. Kesesakan berlaku teruk pada waktu puncak iaitu awal pagi
ketika hendak pergi kerja pagi dan lewat petang ketika hendak pulang daripada kerja.
Kesannya, kadar kemalangan jalan raya akan meningkat.

 Berlaku isu kemiskinan bandar. Aliran migrasi penduduk yang berlebihan dari luar
bandar yang tidak mempunyai kemahiran dan migrasi antarabangsa akan
menyebabkan kadar pengangguran meningkat di bandar. Hal ini juga akan
mewujudkan persaingan untuk mendapatkan pekerjaan dan seterusnya mewujudkan
kemiskinan bandar bagi mereka yang gagal mendapatkan pekerjaan. Oleh itu akan
lahir golongan miskin tegar di dalam bandar.

 Berlaku isu perumahan. Pertambahan penduduk akan meningkatkan permintaan


terhadap tempat tinggal di bandar. Permintaan yang meningkatkan ini tidak mampu di
atasi kerana wujud persaingan gunatanah yang tinggi di bandar oleh sektor
perkilangan dan perniagaan. Hal ini telah menyebabkan kos tanah dan harga rumah
meningkat mendadak serta tidak mampu dibeli oleh penduduk berpendapatan rendah.
Akhirnya mewujudkan golongan gelandangan di dalam bandar.

 Berlakunya peningkatan masalah sosial. Pembangunan bandar yang pesat


mempengaruhi peningkatan kos hidup yang tinggi dan memberikan tekanan hidup
maka lahirlah masalah sosial seperti mencuri, meragut, merompok, pelacuran dan
sebagainya. Kemerosotan nilai murni dan keruntuhan akhlak masyarakat kian
meningkat akibat pengaruh budaya negatif barat kesan kewujudan pub serta disko.
Hal ini turut menyebabkan penularan budaya gay, lesbian dan pengkid di kalangan
penduduk bandar. Kesannya, kadar jenayah meningkat dan mengancam keselamatan
penduduk dari segi nyawa serta harta benda.

 Penularan penyakit berjangkit. Penduduk bandar yang ramai dan padat akan
memudahkan proses perebakan penyakit berjangkit seperti Covid 19, H1N1, demam
denggi, taun dan sebagainya. Selain itu, sikap tidak menjaga kebersihan, sistem
pembentungan yang tidak teratur, masalah peparitan dan pengurusan sampah sarap
yang lemah turut mempengaruhi perebakan penyakit di dalam bandar. Situasi ini akan
mengundang kehadiran haiwan perosak seperti tikus dan serangga seperti nyamuk dan
lalat untuk menjadi agen penyebaran penyakit. Kesannya, taraf kesihatan penduduk
akan menurun dan bilangan kematian akan meningkat.
 Kos hidup bandar yang semakin tinggi. Peningkatan penduduk akan mempengaruhi
peningkatan permintaan barangan dan perkhidmatan. Hal ini akan mempengaruhi
kenaikan harga barangan keperluan tidak sepadan dengan peningkatan pendapatan.
Kos pengangkutan meningkat akibat kenaikan harga minyak dan kadar tol. Kos
perkhidmatan juga meningkat seperti perkhidmatan kesihatan, pendidikan, ultiliti,
cukai harta yang dikenakan kepada penduduk. Selain itu perbelanjaan isi rumah,
tempat kediaman, makanan dan pengangkutan semua terus meningkat.

You might also like