You are on page 1of 2

1.

Definisi persatuan

Persatuan didefinisikan sebagai sesuatu entiti kumpulan yang berstruktur,


berperlembagaan, berperaturan dan berkepimpinan. Persatuan biasanya
dianggotai oleh mereka yang mempunyai minat, kegemaran, hasrat dan
kecenderungan yang sama serta bertujuan untuk saling bekerjasama, bantu-
membantu dan berkongsi sumber dalam melaksanakan aktiviti dan mencapai
cita-cita serta matlamat yang telah ditetapkan dan dipersetujui bersama bagi
memperkembangkan minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan masing-
masing.

2. Ciri-ciri persatuan
 Keberkesanan
- Kemampuan melakukan sesuatu aktiviti.
- Aktiviti yang dilakukan perlu mempunyai satu kesan jangka panjang.
- Elakkan mengadakan aktiviti atau program yang kurang memberi
impak atau fokus yang mendalam.
- Gunakan strategi publisiti yang sesuai.
 Berterusan
- Perjumpaan harus dijalankan secara berterusan dan tidak boleh
dibatalkan sesuka hati untuk memastikan aktiviti yang dirancang dapat
dilaksanakan.
- Aktiviti persatuan perlulah konsisten, contohnya seperti mengadakan
perjumpaan sekali seminggu.
- Bagi aktiviti besar seperti karnival kebudayaan, ia perlu dilakukan
secara berterusan setiap tahun.
 Peluang Pembelajaran
- Apabila suatu aktiviti dijalankan, kedua-dua pihak peserta mahupun
AJK perlulah bekerjasama dalam menjayakan sesuatu aktiviti.
- Menjemput penceramah yang bertauliah dan berbeza untuk memberi
ceramah bagi pelbagai topik atau tajuk.
 Interaksi/Pendedahan
- Menambahkan interaksi atau pergaulan dengan pihak luar bagi
mendapat ilmu pengetahuan.Mengelakkan ahli daripada berada
dalam kumpulan yang sama dalam semua aktiviti kerana pemikiran
akan menjadi kurang dinamik dan pengulangan idea kerap berlaku.

3. Konsep/Teori Persatuan
Menurut Peraturan 4 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan
Sekolah) tahun 1998, Warta Kerajaan P.U(A) 196 bertarikh 21 Mei 1998
menegaskan bahawa Guru Besar atau Pengetua, setelah menerima
permohonan secara bertulis MESTILAH menubuhkan persatuan sekolah dari
kategori yang berikut iaitu:

 Mata pelajaran diajar di sekolah yang dinyatakan dalam Peraturan


Pendidikan
 Hobi dan rekreasi
 Sukan dan permainan
 Badan beruniform Atau
 Apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh pendaftar.

You might also like