You are on page 1of 2

Bilangan Jurnal : 2

Minggu Praktikum : 2
Tarikh Peristiwa : 18/02/2022
Tajuk Jurnal : Murid kurang mahir menggunakan teknologi dalam pengajaran dan
pembelajaran

1. Masalah/ Perisitiwa
Pada minggu kedua, saya masuk ke kelas Bahasa Melayu Tahun 3 UTM bagi
mengajar Simpulan Bahasa. Namun, agak menyedihkan kerana apabila saya
bertanya tentang penggunaan mereka terhadap aplikasi yang saya gunakan iaitu
HALO AR yang berfungsi sebagai pengimbas , mereka tidak pernah mengetahui akan
kewujudan aplikasi itu, apatah lagi menggunakannya.

2. Analisis/masalah
Masalah ini timbul kerana kawasan kampung yang baru sahaja mempunyai talian
Internet di kawasan kampung termasuk sekolah. Dahulunya, sekolah dan kampung-
kampung yang berdekatan dengan sekolah tidak mempunyai talian Internet.

3. Cadangan
a) Saya akan sedaya upaya untuk meningkatkan tahap kemahiran murid dalam
menggunakan teknologi yang digunakan sebagai bahan pembelajaran bagi
menarik minat mereka untuk belajar.
b) Memperkenalkan murid dengan aplikasi-aplikasi yang sesuai digunakan ketika
sesi pembelajaran sedang berlangsung agar mereka dapat mengaplikasikannya
ketika berada di rumah.
c) Membina Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang boleh diimbas menggunakan
aplikasi yang digunakan.

4. Tempoh Penyelesaian
Tempoh menyelesaikan isu ini ialah selama lima minggu sewaktu menjalani praktikum.

Disediakan oleh,
................................
(RABIATUL ADAWIAH BINTI RAMLEE)
Guru Pelatih,
Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau,
Keningau.

Disemak oleh,
...................................
(MASLY BINTI SAWATAN)
Guru Pembimbing Bidang Teras,
SK. Temuno Teringai Darat,
Kota Marudu.

Disemak oleh,
.........................................
(DR. VIVEMARLYN F MUDIN)
Pensyarah Pembimbing Bidang Teras,
Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau,
Keningau.

You might also like